PROTON Holdings Bhd telah mengambil inisiatif menganjurkan satu peraduan menarik sempena pelancaran model kenderaan elektrik (EV) yang pertama.
Ini merupakan satu usaha inovatif dari syarikat automotif terkemuka Malaysia itu, dalam usaha untuk mendekatkan lagi hubungan mereka dengan para pengguna serta peminat jenama PROTON.
Menurut satu perkongsian yang telah dibuat oleh PROTON di laman Facebook rasmi mereka, peraduan ini menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada para pemenang.
Pemenang hadiah utama bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000. Pemenang tempat kedua akan menerima wang tunai berjumlah RM1,500, manakala pemenang tempat ketiga akan memperoleh RM1,000.
Selain itu, lima pemenang sagu hati juga akan menerima wang tunai RM100 setiap seorang.
"Berita baik untuk semua! Model kenderaan elektrik pertama dari PROTON akan tiba tidak lama lagi! Bolehkah anda meneka nama jenama untuk PROTON EV ini? Sertailah peraduan meneka nama jenama Proton EV dan rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan yang bernilai keseluruhan RM8,000!" demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan.
Difahamkan, peraduan teka nama ini bermula 20 Mei dan akan berlangsung sehingga 5 Jun 2024. Ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat untuk menyertainya.
Cara sertai peraduan
Pertama, layari laman web https://protonev.pronet.my/.
Kedua, isikan maklumat peribadi anda dan teka nama model PROTON EV yang pertama.
Ketiga, kongsikan pautan peraduan ini kepada rakan-rakan anda dan pastikan anda mengikuti akaun media sosial rasmi PROTON untuk mendapatkan pengumuman mengenai pemenang.
Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Mungkin anda orang bertuah yang bakal memenangi hadiah lumayan dari PROTON.
Semoga berjaya.
-Siakapkeli.my
0 comments:
Catat Ulasan