Rabu, 8 Mei 2024

Lantik dan pecat KP SPRM antara langkah baharu Strategi Pembanterasan Rasuah 2024-2028

 Buku Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028.  NSTP/MOHD FADLI HAMZAH. Foto NSTP

Buku Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) 2024-2028. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH. Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Strategi Pembanterasan Rasuah (NACS) 2024-2028 yang dilancarkan, semalam turut menyenaraikan syarat pelantikan dan pemecatan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

-ADVERTISEMENT-
Ads by

Turut diperkenal dalam NACS itu mengenai penggubalan Akta Perolehan Kerajaan, saringan pengambilan penjawat awam dan semakan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

NACS bukan sekadar memperkenal lima strategi baharu iaitu Pendidikan, Kebertanggungjawaban Awam, Suara Rakyat, Penguatkuasan dan Insentif, malah menyenarai 54 substrategi yang perlu dilaksanakan dalam lima tahun ini.

Ia membabitkan tempoh jangka pendek (1-2 tahun), tempoh jangka sederhana (2-3 tahun) dan tempoh jangka panjang (4-5 tahun)

Strategi kedua iaitu Kebertanggungjawaban Awam memperkenal substrategi terbanyak dengan 19 inisiatif, diterajui oleh agensi utama kerajaan seperti SPRM, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Kementerian Kewangan (MOF), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara (AGC), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Parlimen Malaysia.

MOF disokong oleh AGC akan bertanggungjawab memperkenal Akta Perolehan Kerajaan, manakala BHEUU disokong Parlimen Malaysia akan memperkenal semula Akta Perkhidmatan Parlimen.

SPRM pula menerajui substrategi bagi meneliti semula persyaratan dalam pelantikan dan pemecatan Ketua Pesuruhjaya SPRM serta penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM, yang disokong oleh BHEUU dan AGC.

Malah, SPRM juga menjalankan kajian kebolehlaksanaan penggubalan Rang Undang-Undang Tatakelola.

Selain itu, CGSO akan menjalankan inisiatif bagi meningkatkan sistem saringan dalam pengambilan kerja penjawat awam.

SPR pula diberi tanggungjawab untuk menyemak peruntukan berkaitan penggunaan jentera kerajaan untuk berkempen bagi calon dan parti politik dalam pilihan raya, untuk dimasukkan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

NACS yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam turut memfokuskan kepada strategi Pendidikan yang bermula seawal peringkat sekolah membabitkan 13 substrategi pendidikan dilaksanakan dalam dua fasa tempoh pelaksanaan, iaitu jangka pendek dan jangka sederhana.

Antara substrategi pendidikan bagi tempoh jangka pendek ialah pengukuhkan kegiatan kokurikulum di sekolah dengan pembabitan individu dan entiti swasta; memasukkan minggu tema mengenai etika, nilai-nilai murni dan antirasuah dalam kalendar akademik di sekolah; dan memperkenal pelaksanaan modul atau kursus integriti dan antirasuah kepada pelatih di institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Substrategi pendidikan bagi tempoh jangka sederhana pula seperti menekankan usaha meningkatkan kegiatan mengenai etika, nilai-nilai murni dan antirasuah di prasekolah dengan bantuan institusi latihan perguruan; menyemak dan menambah baik elemen etika, nilai murni dan antirasuah dalam buku teks sekolah rendah dan menengah serta menjalankan satu kaji selidik mengenai keberkesanan inisiatif integriti dan pendidikan antirasuah di sekolah.

Pelaksanaan Strategi Pendidikan juga membabitkan agensi penyokong teramai dalam NACS iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Kementerian Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Kementerian Pendidikan, KPT, KESUMA, JPA serta SPRM pula akan bertindak sebagai agensi peneraju dalam 13 substrategi pendidikan.

Dalam strategi Suara Rakyat, inisiatif NACS antara lain adalah kaji selidik nasional mengenai bidang yang terdedah terhadap rasuah; penilaian tahunan di p

Lantik dan pecat KP SPRM, saringan calon penjawat awam, semakan akta SPR antara startegi pembanterasan rasuah baharu; penilaian tahunan di peringkat nasional untuk mengenal pasti tahap rasuah dalam kalangan rakyat Malaysia; menubuhkan kaukus antirasuah Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO), masyarakat pribumi dan dewan perniagaan; dan memperhebatkan kempen antirasuah kepada kedutaan asing dan dewan perniagaan asing yang ditubuhkan di Malaysia.

Bagi strategi Penguatkuasaan, NACS akan meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 memperkenal Rang Undang-Undang Pembiayaan Politik, menyemak Bahagian III (Amalan Rasuah) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; memperkenal Ombudsman Malaysia dan menggubal perundangan bagi mengawal selia pintu masuk bagi menjamin keselamatan sempadan negara.

Strategi Insentif pula, NACS merangka substrategi bagi rebat cukai untuk individu dan syarikat yang mengambil bahagian dan menyumbang dalam program pencegahan rasuah, semakan elaun saksi dalam kes perbicaraan rasuah, menawarkan insentif kepada pemberi maklumatdan pengurangan cukai bagi mengalakkan penyertaan entiti yang menganjurkan program antirasuah.

-BH Online 

0 comments:

Catat Ulasan