JIKA boleh diterjemahkan kandungan tersirat sidang akhbar Presiden Umno selepas mesyuarat khas Umno Sabah pada petang Isnin, bahawa Umno/BN mahu membina semula kerjasama dengan GRS, seperti mana kerjasama sebelum/selepas PRN-16 Sabah.
Persoalannya, apa kah hasrat Umno/BN itu dapat diterima GRS?
Mungkin Pengerusi GRS yang juga Ketua Menteri boleh bertolak ansur, akan tetapi pemimpin parti lain dalam gabungan tersebut, sukar menerima semula hasrat tersebut.
Bagi sesetengah pemimpin dalam GRS terutama para ADUN, mereka tidak mahu dipatuk ular pada lubang yang sama, dan jika pun “terpaksa” bersetuju maka memadai, dengan para ADUN yang setia pada kerajaan, ditambah dengan mereka yang membuat pusingan U.
Jika Umno/BN ikhlas secara en-blok, maka para ADUN yang telah menarik sokongan tersebut bertindak lah sebagai backbencher. Sokong lah barisan kabinet yang telah dibentuk sehingga tamat penggal terutama para ADUN parti itu.
Di atas kertas, cukup mudah melupakan pengkhianatan, akan tetapi selagi pemimpin itu adalah manusia, maka tidak mudah melupakan tindakan tersebut.
Seperti kata Ketua Menteri Sabah, kabinet yang dibentuk selepas gerakan menjatuhkan kerajaan gagal, adalah terdiri daripada mereka yang beraspirasi sama, berlandaskan pada faktor hormat dan saling mempercayai.-sumber
0 comments:
Catat Ulasan