Khamis, 22 September 2022

Saya lihat awak dah sempurna, tidak perlu ‘edit’ lagi – UAI

Tangkap layar komen Ustaz Azhar Idrus pada hantaran gambar yang dimuat naik Faiz di kumpulan Facebook, Edit Apa Hari Ni?.

 PETALING JAYA – “Alhamdulillah, saya lihat awak dah sempurna, tak perlu edit (sunting) lagi”.

Demikianlah kata-kata yang ditinggalkan oleh pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerusi ruangan komen pada gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Faiz Noor hari ini.

Menerusi gambar yang dikongsikan Faiz di kumpulan Facebook, Edit Apa Hari Ni? telah mendapat perhatian ramai temasuklah pendakwah popular tersebut.

Faiz yang juga orang kurang upaya (OKU) dilihat meminta ahli kumpulan Facebook tersebut untuk menyunting gambarnya bersama keluarga agar kelihatan seperti manusia biasa (sihat tubuh badan).

‘Boleh tak edit (sunting) badan saya sempurna macam orang normal, teringin sangat nak tengok,” tulisnya.

Namun, rata-rata orang ramai tetap memuji keadaan Faiz yang dikatakan sudah cukup sempurna dan tidak mempunyai sebarang kecacatan untuk diubah.

Mereka turut memberikan kata-kata semangat kepada Faiz agar terus percaya diri serta tidak perlu berasa malu dengan keistimewaan tubuh badannya.

“Awak cukup sempurna, semoga tuan diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dilimpahi rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa berada di dalam lindungan Allah serta rahmat Allah S.W.T.,” kata Cik Da Shabli.

“Awak sebaik-baik ciptaan Allah abang. Sebak baca hantaran ini dan komen kawan-kawan lain. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik untuk abang dan keluarga,” ujar Daia Aziz. – KOSMO! ONLINE

Related Posts:

  • Ustaz Azhar Idrus Tak Pandai Cakap Arab? Pada awalnya saya pelik kenapa banyak posting pasal bercakap Arab.Rupa-rupanya ia merujuk kepada video orang Arab bercakap Arab dengan Ustaz Azhar Idrus (UAI).Menurut netizen, orang Arab itu ialah pensyarah UNISHAMS.pen… Read More
  • Saya lihat awak dah sempurna, tidak perlu ‘edit’ lagi – UAITangkap layar komen Ustaz Azhar Idrus pada hantaran gambar yang dimuat naik Faiz di kumpulan Facebook, Edit Apa Hari Ni?. PETALING JAYA – “Alhamdulillah, saya lihat awak dah sempurna, tak perlu edit (sunting) lagi”.Demik… Read More
  • MENANGIS KETIKA MELALUI NEGERI YANG DILAKNAT ALLAH MENANGIS DI NEGERI MUSUH ALLAHSOALAN :Saya masih ingat dalam satu ceramah tentang kematian lama dahulu seorang ustaz ada menyebut sunat menangis jika lalu dekat negeri yang dilaknat atau kubur musuh-musuh Allah seperti … Read More
  • Hukum minum air yang ada bangkai serangga didalamnya BANGKAI SERANGGA DALAM AIRSOALAN :Adakah air kopi yang ada di dalamnya bangkai semut itu najis dan apakah hukum meminumnya?JAWAPAN :Serangga seperti semut dan lalat dan nyamuk adalah binatang yang tidak mempunyai darah … Read More
  • Tokoh Agama:MAZA dan UAI MAZA dan UAI2 tokoh agamawan yang popular di Malaysia.2 tokoh ini punyai berjuta pengikut di media sosial.Tak kisah la berapa pengikut, itu bukan ukuran kebenaran.2 tokoh ini punyai aliran, mazhab, metadologi, dan karak… Read More

0 comments:

Catat Ulasan