
KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berpandangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu diadakan pada tahun ini kerana kerajaan sedia ada kini tidak stabil.
Menurut beliau, antara faktor berlakunya ketidakstabilan termasuk tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan pemimpin DAP.Muhyiddin tidak sepatutnya mengadakan pertemuan dengan DAP kerana Bersatu pada masa ini bersama Barisan Nasional (BN), Pas dan beberapa parti lain berada dalam kerajaan yang memerintah sekarang.
“Macam mana kerajaan hendak stabil jika ada pemimpin daripada parti yang bersama-sama membentuk kerajaan mengadakan perbincangan dengan pembangkang seperti DAP.
“Disebabkan ketidakstabilan ini, eloklah PRU15 disegerakan. Namun, jika ditanya bila sepatutnya PRU15 diadakan, saya berpendapat eloklah pada tahun ini juga,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Zahidi yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, menambah, PRU15 perlu dipercepatkan demi menstabilkan kerajaan.
Tegasnya, cadangan itu juga tiada kena mengena dengan kes-kes mahkamah yang dihadapi pemimpin-pemimpin tertentu.
"Jika kerajaan stabil semua urusan pasti berjalan lancar dan masalah negara dan rakyat dapat diselesaikan segera. Yakinlah, kerajaan yang stabil dapat menyelesaikan pelbagai masalah rakyat.
"UMNO tidak pernah campur tangan dalam urusan melibatkan kes-kes mahkamah. Kes mahkamah diselesaikan melalui mahkamah untuk tentukan bersalah atau tidak,” katanya lapor Sinar Harian
-Anak Sungai Derhaka
Related Posts:
Umno masih ‘bergelut’ walaupun dapat jawatan PM, kata penganalisis Menurut penganalisis, untuk jangka pendek Umno perlu bersatu, susun semula pemimpin yang ada integriti dalam barisan Majlis Tertinggi parti.PETALING JAYA: Kenyataan terbaharu Tengku Razaleigh Hamzah bahawa Umno sudah be… Read More
Ku Li letak jawatan sebab gagal jadi PM: Nazri AzizAhli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz mendakwa Ku Li kecewa tidak mendapat sokongan UMNO untuk menjadi Perdana Menteri.Ahli Parlimen (MP) Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan Tengku Razaleigh… Read More
Khalid Samad mengaku sokong usaha pemaju dapatkan tanah di KL Bekas menteri Wilayah Persekutuan itu memberikan hujah tindakan beliau, mengatakan projek pembangunan tersebut adalah untuk pembinaan rumah mampu milik.Pemimpin Amanah dan Ahli Parlimen Shah Alam dalam sebuah sidang med… Read More
Tuduhan pindah RM13 juta ke Kanada: Beri kenyataan rasmi, tak perlu lontar dakyah, Mukhriz beritahu Sanusi Mukhriz Mahathir berkata beliau menunggu kenyataan rasmi dikeluarkan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor mengenai pemindahan wang RM13 juta ketika era pentadbirannya. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Dakwaan Menter… Read More
GPS curiga tindakan PN tubuh pejabat perhubungan negeri, kata Naib Presiden PBB Adakah selepas ini PN mahu mengumumkan jumlah kerusi yang mahu ditandingi menjelang pilihan raya negeri akan datang, soal Abdul Karim Rahman Hamzah.PETALING JAYA: Gabungan Parti Sarawak (GPS) curiga dengan tindakan Peri… Read More
0 comments:
Catat Ulasan