"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Jumaat, 7 Januari 2022

Covid 19: Tinggal 2.3% untuk capai 100% populasi dewasa lengkap vaksinasi

 

Jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 58,812,436 dos dengan 7,356,445 daripadanya adalah dos penggalak. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2.3% sahaja lagi diperlukan negara untuk mencapai angka 100% populasi dewasanya lengkap divaksinasi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman CovidNow, setakat 11.59 malam tadi, seramai 22,876,224 individu atau 97.7% daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Setakat semalam juga, 98.9% atau 23,162,767 individu daripada populasi dewasa sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,763,787 individu atau 87.8 peratus daripada mereka telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,854,126 individu atau 90.7% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sementara itu, sejumlah 252,817 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,898 dos pertama, 4,549 dos lengkap dan 245,370 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 58,812,436 dos dengan 7,356,445 daripadanya adalah dos penggalak.-FMT

Jawatan Kosong: Parlimen Malaysia

 


PARLIMEN MALAYSIA MEMPELAWA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN UNTUK MEMOHON JAWATAN BERIKUT:

 

 

1.         BUTIRAN JAWATAN

 

1.1      Jawatan/ Gred                     :  Pembantu Penyelia Gimnasium N29

1.2      Kementerian/Jabatan        :  Parlimen Malaysia

1.3      Kumpulan Perkhidmatan  :  Pelaksana

1.4      Taraf Jawatan                      :  Kontrak (Personel MySTEP)

1.5      Bilangan Kekosongan       :  Satu (1)

 

2.         KADAR UPAH : RM1,800.00

 

3.         SYARAT LANTIKAN

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

           

3.1      Warganegara Malaysia berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup      iklan jawatan;

 

3.2      Memiliki Diploma Sains Sukan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;

 

3.3      Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai kepakaran dan berpengalaman dalam menguruskan gimnasium seperti berikut:

 

3.3.1     boleh mengoperasi peralatan-peralatan gimnasium; dan

3.3.2     mempunyai pengetahuan dalam peralatan gimnasium.

 

3.4      Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga.

 5.         CARA MEMOHON

 

5.1         Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan yang boleh dimuat turun secara online di Portal Parlimen Malaysia (www.parlimen.gov.my).

 

5.2         Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan satu (1) keping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan), Resume, salinan Sijil Kelahiran, Salinan MyKad, salinan Kelulusan Akademik, salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu dan salinan Sijil Berhenti Sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan. Semua salinan dokumen tersebut hendaklah ditandatangani dan diperakui sah oleh Pegawai Kerajaan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas).

 

5.3         Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke alamat seperti berikut:

 

KETUA PENTADBIR

 PARLIMEN MALAYSIA

                                          ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN

JALAN PARLIMEN

                                          50680 KUALA LUMPUR

                                          (U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)

 

 

 

6.         TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 17 Januari 2022 (ISNIN)

 

 

Catatan Am : Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.

#Maklumat lengkap klik link dibawah

 Penyelia Gimnasium N29 (MySTEP)


Borang BP-23 Pindaan 1/92 (CETAK)

PAS sambut baik langkah Ketua Pesuruhjaya SPRM

 

KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik langkah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, yang secara terbuka memberikan penjelasan tentang tuduhan beberapa pihak termasuk agensi media dan portal bebas terhadapnya berkaitan dakwaan isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah tersebut amat tepat kerana ia berkaitan dengan integriti SPRM sebagai sebuah badan penguatkuasa pencegahan rasuah yang utama di negara ini.

Menurutnya, kenyataan terbuka Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut yang berupa penafian terhadap tuduhan berkenaan diharap dapat menghentikan tindakan beberapa pihak yang kelihatan sengaja membangkitkan isu seumpamanya bagi menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat sekali gus untuk menggugat kestabilan negara di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

“Dengan ini juga, beban pembuktian terletak ke atas pihak yang masih terus membuat dakwaan yang serupa bagi membuktikan segala tuduhan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan berasas, sekiranya tidak ia adalah sekadar tuduhan melulu,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau menegaskan, PAS yakin pihak berkuasa akan meneliti kenyataan tersebut dan menilai serta seterusnya mengambil tindakan yang adil kepada semua pihak berdasarkan fakta dan undang-undang.

Selasa lalu, Azam menafikan tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dirinya mempunyai kepentingan dalam skandal pembelian saham yang dikaitkan dengannya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa mencemar imejnya.

Menurutnya, beliau telah menjelaskan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun sahamnya digunakan oleh adiknya untuk membuat urus niaga beliau dan tiada kepentingan atau mendapat faedah ke atas saham yang dibeli itu.

Azam juga menafikan sekeras-kerasnya tuduhan mengawal ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat seperti didakwa dan tular, sejak akhir-akhir ini.

Katanya, ia satu penipuan besar pihak tertentu untuk memberi persepsi negatif yang direka cipta untuk menjatuhkan reputasinya dan SPRM.

Suslan itu, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Azam berhubung skandal pembelian saham yang dikaitkan dengannya.

Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, setelah perbincangan bersama Ahli LPPR, mereka berpendapat Azam tiada sebarang kepentingan pecuniary (kewangan) atau benefisial ke atas saham berkenaan. – HARAKAHDAILY 7/1/2022

Jawatan Kosong: Universiti Malaya


 Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun keatas untuk mengisi jawatan kosong di Universiti Malaya

JAWATAN:

PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

DESKRIPSI TUGAS :

Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan -kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan.

SYARAT LANTIKAN :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 

(a) warganegara Malaysia; 

(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 

(c) (i) Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. atau 

(ii) bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik. 

(e) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

JADUAL GAJI :

Gaji minimum: RM1,205.00 

Gaji Maksimum : RM2,939.00 

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM80.00 

Elaun: RM745.00

KAEDAH PERMOHONAN :

1. Permohonan hendaklah dibuat secara online melalui https://e-recruitment.um.edu.my/ 

2. Sila emelkan dokumen berikut kepada emel sokongan@um.edu.my: 

a) Curriculum vitae; 

b) Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan benar; dan 

c) Salinan sijil-sijil akademik yang telah disahkan benar. 

3. Tarikh akhir permohonan adalah pada 12 Januari 2022 (Rabu

Klik untuk maklumat lengkap iklan jawatan

Klik untuk permohonan secara online

Jawatan Kosong: Majlis Daerah Baling(MDB)


Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun keatas untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Baling(MDB)

 CARA MEMOHON

  • Setiap permohonan hendaklah disertakan perkara-perkara berikut:-
    • Gambar berukuran passport
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Salinan Sijil Peperiksaan
    • Salinan Sijil Kelahiran
    • Salinan Lesen ( Bagi Jawatan yang Berkenaan Sahaja ) vi      Lain-lain Sijil yang berkaitan

(Setiap salinan dokumen di atas hendaklah diakui sah oleh Kakitangan Kerajaan Kumpulan Pengurusan Dan Profesional ke atas/ Wakil Rakyat (Parlimen)/ Penghulu Kerajaan/ Ahli Majlis MDB Sahaja)

  • Permohonan daripada Pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21 dan pastikan Laporan Prestasi tahunan terkini disertakan bersama.
  • Permohonan berikut akan DITOLAK
    • tidak disertakan dokumen yang diperlukan;
    • borang permohonan tidak lengkap atau tidak jelas;
    • borang permohonan tidak ditandatangani;
    • borang permohonan tidak disertakan gambar; dan
    • salinan dokumen yang tidak diakui sah.
    • salinan yang disahkan SELAIN daripada perkara (b) vi.
    • calon daripada kalangan SAUDARA kakitangan Majlis Daerah Baling.

ALAMAT PERMOHONAN

  1. Permohonan yang lengkap diisi hendaklah di alamatkan kepada:

YANG DIPERTUA,

MAJLIS DAERAH BALING, 09100 BALING,

KEDAH DARUL AMAN.

  • Sila tuliskan ‘Nama Jawatan’ di sebelah atas kiri sampul surat bagi setiap borang  permohonan yang dikemukakan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN. Pada atau sebelum :16hb, Januari 2022

Catatan Am

Sila tulis nama jawatan yang dipohon di tepi sampul sebelah kiri.

  • Susunan dokumen mestilah mengikut   arahan   di   (b)   dan dikepilkan bersama klip kertas
  • Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan ditemuduga;
  • Pemohon-pemohon yang berjaya dipanggil untuk temuduga tetapi tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh ditemuduga hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
1. Pemandu Kenderaan H11
2. Pembantu Awam H11
3. Pembantu Tadbir N19
4.Pembantu Penguatkuasa KP19
5. Penolong Arkitek Landskap Gred JA29
6. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
Borang Permohonan

1. Borang 1
2. Borang 2
3. Borang 3
4. Borang 4

Iklan lengkap klik sini

Khamis, 6 Januari 2022

Kerajaan negeri tiada kuasa tentukan kuota penebangan balak kata Timb.MB Kelantan


Mohd Amar ketika sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu pada Khamis.

KOTA BHARU - Kerajaan negeri tidak mempunyai kuasa menentukan kuota penebangan balak di setiap negeri, sebaliknya kegiatan tersebut dilakukan mengikut perkara yang termaktub di bawah Akta Perhutanan Negara 1984.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, setiap kegiatan penebangan balak mempunyai prosedur tersendiri terutama ia perlu mendapat kelulusan daripada Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

"Penebangan ada prosedurnya, perlu ada lesen, bukan tebang ikut suka. Ada teknik-teknik penebangan yang mana tidak akan menjejaskan pokok. Kalau penebangan berkenaan melanggar syarat ditetapkan, ia boleh dikenakan tindakan termasuk denda dan kegiatan dihentikan.

Cuma ada sesetengah kes berlaku pembalakan haram. Kita tidak nafikan, memang ada berlaku sebab pembalakan haram ini tidak terikat dengan peraturan. Itu yang menjadi masalah. Ia dihadapi di seluruh negara," katanya kepada pemberita ketika sidang akhbar di sini pada Khamis.

Beliau sebelum itu menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu 2022 di Dewan Jamuan Utama, Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan lebih 200,000 individu yang menandatangani petisyen digerakkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) bagi menggesa kerajaan mengenakan moratorium atau pemberhentian segera terhadap sebarang aktiviti pembalakan buat masa ini.

Mengulas lanjut, Mohd Amar berkata, mereka yang mengeluarkan petisyen berkenaan mungkin tidak memahami dengan jelas prosedur diperlukan untuk setiap aktiviti penebangan balak dalam negara.

Malah, katanya, tindakan mengaitkan isu pembalakan sebagai punca atau sebab berlakunya fenomena banjir adalah tidak tepat dan mentaliti pemikiran negatif berkenaan perlu diubah.

Jelas beliau, setiap pokok di dalam hutan mempunyai tempoh tertentu untuk hidup dan perlu ditebang berdasarkan keperluan untuk menjaga alam sekitar, dengan syarat ia ditanam kembali selepas ditebang.

"Jika tidak ditebang, pokok-pokok berkenaan boleh menjejaskan pertumbuhan kayu-kayu lain, selain berisiko untuk tumbang dan sebagainya.

"Kita di Kelantan memang akan menghentikan aktiviti pembalakan pada Oktober hingga Disember sebab hujan. Balak yang dibawa keluar pun melibatkan balak yang telah disimpan di Beta (tempat simpan balak) sebelum ini," jelas beliau.

-SH Online

Zahid kembali sokong cikgunya gesa sidang khas Parlimen diadakan

 

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersatu hati menggesa kerajaan mengdakan sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ‘bertaut’ kembali dengan cikgunya Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila turut mendesak kerajaan mengadakan sidang khas Parlimen bagi membincangkan dan meminta penjelasan berhubung bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

Kedua-duanya yang bersahabat baik di dalam UMNO sejak tahun 80-an lagi, kembali mengeratkan dan menyusun strategi untuk cuba membawa UMNO dan PKR bersatu di bawah ‘khemah besar’, malah sudah diketahui umum bahawa Zahid menandatangani akuan bersumpah memberi sokongan kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri ketika krisis politik pada 2020.

Kedua-duanya juga berhubung menerusi telefon dan berbincang stategi politik ketika UMNO mengadakan Perhimpunan Agung 2020 (PAU) pada Mac tahun lalu. Rakaman audio perbualan mesra kedua-duanya tular pada awal April yang ternyata benar tetapi telah cuba dinafikan oleh mereka.

Berita berkaitan

Audio berkaitan 

Semalam, Zahid menyokong desakan gabungan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Anwar supaya satu sidang khas Dewan Rakyat diadakan bagi membincangkan bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri minggu lalu.

Dalam satu kenyataan semalam, Zahid sekata dengan perkara yang dicadangkan Majlis PH untuk diadakan sidang khas Parlimen.

“UMNO menyarankan agar sidang khas Dewan Rakyat mengenai bencana banjir diadakan bagi membolehkan wakil-wakil rakyat mengutarakan pandangan dan resah rakyat serta melontarkan cadangan-cadangan untuk membantu kerajaan mencari jalan terbaik menghadapi bencana yang berlaku,” kata Zahid.

Pada 31 Disember lalu, Majlis PH menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan sidang khas Parlimen bagi memberi penjelasan penuh berhubung dakwaan kegagalan mengurus bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

“Suara rakyat yang kedengaran di media sosial amat lantang mengkritik respons Jemaah Menteri yang sangat lembab atau dilihat setakat ‘wayang’ tanpa benar-benar membantu mangsa banjir, termasuk di Sabah, iaitu di Tenom pada Mei dan Penampang pada September.

PH juga menggesa agar kerajaan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai banjir, iaitu bencana yang disifatkan ‘mengguris hati’ membabitkan kerugian harta benda yang besar dan mengorbankan hampir 50 nyawa.

Manakala, Zahid dalam kenyataannya semalam turut meminta kerajaan melaksanakan segera titah Yang di-Pertuan Agong supaya dilakukan bedah siasat berkaitan banjir yang berlaku itu.

“Dengan angka korban yang begitu tinggi berbanding banjir besar yang pernah melanda negara pada tahun 1971 (30 orang) dan 2014 (21 orang), tentunya memerlukan Kerajaan Keluarga Malaysia melaksanakan segera saranan Titah Yang di-Pertuan Agong agar dilakukan Post-Mortem Bencana Banjir,” kata Zahid.

Kebersamaan Zahid dan Anwar dalam membuat desakan terhadap kerajaan yang memerintah bukan asing lagi, khususnya ketika Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sejak Mac 2020 lagi.

Tindakan Zahid membawa 14 Ahli Parlimen (MP) UMNO mengkhianati Muhyiddin dengan menarik sokongan kepada Kerajaan PN mendapat restu Anwar yang dijanjikan kerusi Perdana Menteri oleh Zahid.

Malah Zahid bersama rakan kepercayaannya Datuk Seri Najib Razak mengajak beberapa MP UMNO lain untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Namun, setelah PN serta beberapa calon Bebas memberi sokongan penuh kepada Ismail Sabri, dan dipanggil ke Istana Negara, Zahid menukar arah tidak memberi sokongan kepada Anwar.

-Agenda Daily

Covid19: Solat jemaah rapat saf di Perlis berkuat kuasa 8 Januari ini

 GAMBAR hiasan

GAMBAR hiasan

Arau: Semua masjid di seluruh Perlis akan mula melaksanakan solat berjemaah dengan merapatkan saf berkuat kuasa pada solat Subuh Sabtu ini, sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Yang Di Pertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, keputusan dilakukan selepas mendapat limpah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail selepas meneliti perkembangan semasa Covid-19 di negeri ini.

"Selain itu, keputusan juga dibuat berikutan peratusan tinggi vaksinasi lengkap dan peningkatan dos penggalak yang mencapai kadar 16.9 peratus atau 30,575 penerima berdasarkan maklumat terkini pada 2 Januari lalu selain keadaan penularan wabak di Perlis berada dalam keadaan terkawal.

"Sehubungan itu, baginda mempertimbang dengan penuh hikmah dan teliti serta menilai dengan penuh bijaksana dan berhati-hati dalam menjalankan tanggungjawab Raja Pemerintah dan Ketua Agama Negeri.

"Maka sukacita dimaklumkan berkaitan kebenaran bersyarat amalan merapatkan saf solat berjemaah di masjid seluruh negeri Perlis berkuat kuasa pada Subuh 8 Januari depan iaitu Sabtu, sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak," titah baginda pada kenyataan hari ini.

Titah baginda, kebenaran pelaksanaan itu membabitkan semua masjid di seluruh Perlis sahaja manakala surau atau tempat solat umum atau awam kekal tidak dibuka.

Larangan ini termasuk kepada surau atau tempat solat di agensi, institusi, maahad tahfiz dan sebagainya melainkan dengan kebenaran khas daripada MAIPs dan melalui Jabatan Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs).

Baginda bertitah, sehubungan itu, dalam melaksanakan amalan solat dengan merapatkan saf, jemaah diwajibkan merapatkan saf ketika menunaikan solat dengan kadar jarak sejadah masing-masing berdasarkan syarat saiz sejadah adalah standard dan tidak berlaku sentuhan fizikal.

"Bagaimanapun, jemaah yang tinggal serumah diwajibkan merapatkan saf tanpa terikat dengan syarat di atas. Daripada segi pengekalan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada pula, hendaklah kekal dipatuhi dan ini merangkumi setiap masa, selain waktu menunaikan solat sama ada ketika selesai solat, ketika mendengar kuliah dan sepanjang tempoh berada di masjid," titah baginda.

Pematuhan SOP masih perlu diteruskan seperti kekal melaksanakan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter serta memakai pelitup muka.

Jemaah masih perlu membawa sejadah sendiri bersaiz standard, mengambil wuduk sebelum ke masjid, mengimbas suhu badan dan melaksanakan rekod penjejakan sosial dengan mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera atau mendaftar pada buku yang disediakan.

Baginda bertitah, pematuhan terhadap SOP ini adalah diperketatkan dan tidak dibenarkan sebarang kontak sentuhan fizikal seperti bersalaman.

Jemaah yang menerima suntikan vaksin lengkap sama ada dewasa, kanak-kanak atau warga emas dibenarkan hadir ke masjid.

Golongan bergejala seperti demam, sesak pernafasan, sakit tekak, selesema dan sebagainya juga dilarang hadir ke masjid.

Titah baginda, semua aktiviti pengimarahan seperti kuliah, ceramah termasuk jamuan adalah dibenarkan dengan pematuhan SOP kesihatan dan keselamatan yang berkuatkuasa.

Baginda yang juga Raja Muda Perlis berharap seluruh rakyat Perlis sentiasa mematuhi SOP dan ketetapan yang diperkenankan ini.

"Nikmat kesihatan dan keselamatan yang dikurniakan oleh Allah SWT ini haruslah disyukuri.

"Kesungguhan mengimarahkan masjid perlu diteruskan selain meneruskan ikhtiar pencegahan penularan Covid-19 dalam suasana norma dan kelaziman baru," titah baginda.-myMetro

Khairy nafi tangkap layar vaksinasi tular mengatakan beliau belum divaksin

  Foto ihsan Facebook Khairy Jamaluddin

Foto ihsan Facebook Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, hari ini menyatakan yang beliau telahpun menerima dua suntikan vaksinasi serta suntikan dos penggalak dan menafikan status vaksinasi COVID-19 miliknya, adalah seperti yang telah ditularkan.

Khairy dalam hantaran menerusi laman Facebook rasminya hari ini berkata beliau telahpun mendapat suntikan dos pertama vaksin CoronaVac pada 18 Mac 2021 dan merupakan individu pertama di Malaysia yang menerima vaksin keluaran Sinovac.

"Pengambilan dos pertama itu turut disiarkan secara langsung di saluran televisyen dan saya juga telah menunjukkan paparan MySejahtera selepas menerima vaksin tersebut. Sesiapa belum menonton siaran langsung tersebut, boleh tonton di pautan https://youtu.be/EtyaZ-BaPb8," katanya.

Khairy berkata, suntikan dos kedua telah diterima pada 8 April dan mendapat suntikan dos penggalak vaksin Comirnaty keluaran Pfizer pada September, sebelum berlepas ke Himeji, Jepun bagi Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WPRCM) Ke-72.

Sehubungan itu, beliau menafikan maklumat butiran peribadi dan status vaksinasi COVID-19 miliknya yang dipaparkan di dalam tangkap layar laman sesawang https://www.vaksincovid.gov.my/semak-status/ yang telah ditularkan sejak semalam.

"Saya minta orang ramai untuk tidak terpengaruh dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab untuk menidakkan usaha vaksinasi negara," katanya.

Khairy berkata, laman sesawang itu diwujudkan pada peringkat awal pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi memudahkan urusan semakan kepada orang awam.

"Walau bagaimanapun, selepas kadar vaksinasi populasi dewasa mencapai 90 peratus pada Oktober 2021, laman sesawang itu tidak lagi aktif atau dikemas kini," katanya.

Sejak semalam telah tular tangkap layar palsu mengenai butiran peribadi dan status vaksinasi COVID-19 milik Khairy yang menyatakan status janji temu sebagai 'SEDANG DIPROSES', sementara butiran lain seperti lokasi pusat vaksin, tarikh dan masa janji temu tidak dinyatakan. – BERNAMA

Azam Baki langgar undang-undang pemilikan saham?

 

Pada sidang media semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata, beliau memberi kebenaran kepada adiknya untuk membeli saham menggunakan akaun perdagangan sahamnya.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti (SC) digesa untuk menyiasat sama ada pegawai tertinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki melanggar undang-undang pemilikan saham apabila beliau membenarkan adiknya menggunakan akaun perdagangan sahamnya.

Gesaan itu dibuat peguam Rafique Rashid Ali dan M Manoharan, serta Ahli Parlimen Subang Wong Chen dan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Pada satu sidang media semalam, Azam, yang juga Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata, beliau memberi kebenaran kepada adiknya untuk membeli saham menggunakan akaun terbabit, dan perkara ini telah dijelaskannya kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).

Rafique merujuk kepada Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA), yang menyatakan akaun sekuriti mestilah atas nama pemilik yang menerima manfaat.

“Sidang media Azam kini mesti tertakluk kepada siasatan oleh Suruhanjaya Sekuriti,” katanya kepada FMT.

Manoharan berkata, seseorang tidak boleh meminjamkan namanya kepada orang lain untuk berdagang saham.

“Ini boleh bermakna mengelirukan SC dan mungkin terdapat unsur kesalahan,” katanya.

Wong berkata, Azam patutnya lebih arif daripada membenarkan sesiapa meminjam akaun dagangan sahamnya.

“Kini amat penting untuk menunjukkan dokumen pengisytiharan asetnya kepada Perdana Menteri ketika itu untuk dilihat sama ada beliau mengisytiharkan saham ini.

“Jika ini tidak didedahkan, maka beliau perlu disiasat lebih lanjut,” katanya.

Beliau juga berkata, siasatan dalaman oleh SPRM mengenai perkara itu seperti yang diumumkan semalam tidak akan memuaskan hati rakyat kerana “terdapat isu konflik kepentingan yang jelas”.

Beliau menggesa SPRM membentangkan laporan bertulis mengenai penemuannya kepada Parlimen bagi membolehkan jawatankuasa dwipartisan Ahli Parlimen menelitinya.

Santiago berkata, SC harus memastikan sama ada Azam melanggar SICDA.

“Juga penting untuk diketahui sama ada Azam telah mengisytiharkan asetnya pada 2015 apabila adiknya mula-mula membeli saham itu,” katanya.

Beliau menggesa Perdana Menteri untuk “menyiasat kes ini” bagi menyelamatkan reputasi SPRM.

Santiago turut menyeru agar ketua SPRM baharu dilantik.

“Kita mesti fikirkan kesan ke atas pelabur asing yang merancang untuk melabur di sini.

“Mereka akan melihat kredibiliti agensi antirasuah kita,” katanya.-FMT