"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Isnin, 4 Oktober 2021

Wujud 'orang ketiga' dalam rumah tangga Nora Danish?

 Nora sekali lagi dikecam apabila berpakaian daring ketika bercuti bersama suami dan anak ke Pulau Langkawi, baru-baru ini. - Foto IG Nora Danish

Nora sekali lagi dikecam apabila berpakaian daring ketika bercuti bersama suami dan anak ke Pulau Langkawi, baru-baru ini. - Foto IG Nora Danish

KUALA LUMPUR: Sejak zaman bercinta, kemudiannya mendirikan bahtera rumah tangga sehingga dikurniakan cahaya mata, kehidupan peribadi aktres jelita, Nora Danish, 39, dan suaminya, Mohamed Nedim Nazri atau Nedim, 38, bagaikan drama rantaian popular.

Seumpama naskhah yang terbuka, setiap gerak geri Nora dan Nedim sering menjadi perhatian warga netizen. Apa sahaja yang dikongsi dalam media sosial pasti mencetuskan perdebatan, sekali gus dihakimi tanpa belas kasihan.

Terbaharu, gambar yang memaparkan kemesraan pasangan romantik ketika bercuti di Pulau Langkawi, baru-baru ini yang dikongsi Nora di Instagram (IG) menimbulkan rasa meluat pada netizen.

Meskipun dikecam teruk, Nora cukup tenang tatkala berdepan dengan situasi seperti itu.

Menganggapnya tidak melakukan sebarang kesalahan, Nora menasihatkan, warga netizen yang terkesan dengan gambar dikongsi supaya berprasangka baik dan perlu melihat daripada sudut positif.

"Setiap orang mempunyai tafsiran dan penilaian yang berbeza terhadap sesuatu. Jadi, saya tidak boleh mengawalnya jika ini yang berlaku.

"Itu adalah pilihan masing-masing. Kalau fikir gambar yang dikongsi sebagai negatif, maka negatif jadinya.

"Namun, jika menilai perkongsian saya dari aspek lebih baik seperti mampu dijadikan contoh untuk memperbaiki dan mengeratkan hubungan suami isteri, sekali gus mengukuhkan rumah tangga dibina, maka jadilah ia sebagai sesuatu yang bermanfaat.

"Kita kena tanamkan sifat positif dalam diri. Apabila ada pemikiran seperti ini, kita tidak akan mudah sakit hati atau menyimpan prasangka buruk terhadap kebahagiaan orang lain," katanya ketika ditemubual menerusi Kapsul Hiburan BHTV, Apa Kes?, baru-baru ini.

Orang yang dimaksudkan menjadi insan ketiga dalam rumah tangga Nora dan Nedim adalah anak mereka, Ney Ney. - Foto IG Nora Danish
Orang yang dimaksudkan menjadi insan ketiga dalam rumah tangga Nora dan Nedim adalah anak mereka, Ney Ney. - Foto IG Nora Danish

Mengulas usikan penampilan yang dikatakan 'daring' apabila menayangkan bentuk tubuh, Nora menyifatkan, perkataan seksi cukup subjektif buatnya.

"Perkataan seksi sangat subjektif. Ada kala apabila nampak kereta 'sport' melintas di depan mata, secara spontan terlintas dalam fikiran seksinya, sambil memuji reka bentuk.

"Apa yang penting, saya hanya ingin menjadi diri sendiri. Tetapi, saya nak ucap terima kasih kepada netizen yang memberi komen membina. Saya sayang anda semua.

"Insya-Allah, doa baik-baik. Bagi kelompok netizen yang asyik nak kecam, hentikanlah. Perbuatan buli siber tidak baik sebenarnya," luahnya kepada BH Online.

Empat tahun melayari kehidupan rumah tangga bersama Nedim, pelakon yang mula menempa populariti menerusi drama komedi, Puteri itu berkata, dia sentiasa mendakap bahagia.

Nyata pengalaman silam yang pernah dilalui apabila rumah tangga dibina berkecai di pertengahan jalan membuatkan Nora dan Nedim lebih menghargai ikatan terjalin.

Harapan Nora atau nama sebenarnya, Nora Mohd Danish Hanif menjelaskan biarlah mahligai dibina kekal hingga ke alam syurga.

"Ini adalah perkahwinan kedua kami. Sebelum ini, saya dan Nedim pernah melalui episod kegagalan dalam rumah tangga. Sebagai suami isteri, kami kena saling memahami dan menyokong apa sahaja dilakukan.

"Kesilapan besar yang saya nampak adalah ramai suka buat aktiviti secara berasingan dengan pasangan. Kami suka berkongsi aktiviti kerana ia akan lebih mengeratkan kasih sayang antara kami," pesannya.

Nora dan Nedim lebih menghargai ikatan perhubungan terjalin berikutan pernah melalui episod kegagalan dalam rumah tangga. - Foto IG Nora Danish
Nora dan Nedim lebih menghargai ikatan perhubungan terjalin berikutan pernah melalui episod kegagalan dalam rumah tangga. - Foto IG Nora Danish

Ditanya pernahkah berlaku situasi hubungan diganggu insan ketiga, Nora mengakui, ia memang pernah berlaku sepanjang empat tahun melayari bahtera perkahwinan.

"Ya, memang ada orang ketiga dalam kehidupan kami. Orang yang dimaksudkan adalah anak kami, Mohamed Neqayl atau Ney Ney. Setakat ini, kami masih mampu mengawalnya (ketawa).

"Saya selalu minta dijauhkan perkara seumpama ini. Andai berlaku masalah dalam perhubungan, kita jangan menuding jari kerana ia tidak akan membawa faedah.

"Sebaiknya kita harus muhasabah diri, cari kelemahan diri dan cuba memperbaikinya. Namun, sekiranya tidak membuat kesilapan, jangan sengaja mereka cerita untuk dijadikan alasan," ungkap Nora.

Mengulas kejayaan menembusi pencalonan awal Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 menerusi tiga kategori, Pelakon Filem Wanita Popular, Gandingan Serasi Filem Popular dan Watak Antagonis Popular, wanita kelahiran Kuala Terengganu itu berkata, berita itu cukup mengejutkannya.

"Sebagai pelakon senior dan agak kurang aktif aktif sejak setahun lalu, pencalonan ini sangat mengejutkan. Lebih mengujakan apabila turut dicalonkan untuk kategori Watak Antagonis Popular.

"Jika melihat calon lain tersenarai, ramai juga pelakon senior dan baharu, mereka juga hebat. Jika ada rezeki menang, Alhamdulillah," kata Nora.

Tidak menganggap dirinya memberi cabaran kepada pelakon lain, Nora berkata, dia sebaliknya menekankan pencalonannya sebagai persaingan sihat dan memberi warna.

"Kehadiran saya bukan untuk bersaing kerana saya hanya melakukan perkara yang suka iaitu berlakon.

"Namun, jika ada melihat kehadiran saya memberi cabaran, anggap sahaja sebagai proses pembelajaran dan persaingan yang sihat," katanya.

Terdahulu, walaupun timbul keraguan bercuti ke Pulau Langkawi kerana menjadi bekas pesakit COVID-19, namun Nora anggap ia sebahagian daripada amalan norma baharu yang perlu dilalui.

Tidak kisah dijadikan bahan uji kaji untuk projek gelembung pelancongan, Nora berpuas hati kerana sepanjang percutian, semua pihak begitu menitik beratkan soal penjagaan prosedur operasi standard (SOP).


-BH Online

Caprice dikejarkan ke hospital, ingatkan serangan jantung…

CAPRICE kini disyaki mempunyai simptom penyakit hyperthyroid.

 “Saya ingatkan kena serangan jantung. Seluruh bahagian kanan badan saya rasa kebas.”

Itu penjelasan aktivis kemanusiaan dan penyanyi rap sensasi, Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 33, semasa berdepan detik dan terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan ibu negara hari ini.

Kata pelantun lagu Takde Hal Bro itu, doktor memberitahu dirinya mengalami tanda awal penyakit hyperthyroidism iaitu kelenjar tiroid terlalu aktif yang menghasilkan terlalu banyak hormon dan membuatkan metabolisme tubuh meningkat.

“Saya bangun tidur pagi ini dengan sakit dada yang teruk. Sakitnya berbeza daripada apa yang saya alami di Jordan dan di KL (Kuala Lumpur) sebelum ini.

“Saya panik dan terus menghubungi ambulan dan perasan saya tak boleh bercakap dengan betul. Alhamdulillah, mereka (pasukan perubatan) datang tepat pada waktunya.

“Selepas buat ujian darah dan buat beberapa imbasan, saya diberitahu ada tanda-tanda ‘hyperthyroid’. Kalian boleh buat carian Google sendiri kalau nak tahu lebih lanjut tentangnya,” kata Caprice menerusi beberapa muat naik video dalam Instastory.

Caprice berharap, masalah kesihatan yang dihadapinya itu dapat diselesaikan dengan hanya mengambil ubat-ubatan tanpa perlu melalui rawatan yang lebih serius iaitu pembedahan.

“Tak boleh lama di sini (hospital), itu yang pasti sebab saya banyak kerja nak buat. Patutlah selama ini saya susah nak tidur, selalu resah dan sesak nafas.

“Saya harap semua ini boleh dirawat dengan ubat-ubatan janganlah sampai opsyen lain (rawatan Radioterapi dan pembedahan),” katanya seraya berkongsi tangkap informasi masalah kesihatan yang dialaminya.

Ogos tahun ini, Caprice pernah dimasukkan ke salah sebuah pusat perubatan di Jordan gara-gara mengalami demam dan serangan panik selepas menerima suntikan dos kedua vaksin.

Pada April 2020, pengasas aplikasi pendidikan Classruum itu dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Ampang akibat sakit dada dan sesak nafas.

Hasil pemeriksaan mendapati dia mengalami masalah asid perut berlebihan atau Refluks Gastroesofagus (Gerd). – K! ONLINE

Iqbal Bengang DSV Tak Habis Cakap Pasal Kahwin


Nampaknya masih tiada kesudahan lagi kisah cinta jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan juga bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal.

Terbaru, Iqbal meluahkan rasa berang apabila Vida didakwa masih lagi memberi harapan palsu kepada dirinya serta mengatakan drama Vida mengatakan mereka akan berkahwin sangat keterlaluan.


“Keterlaluan! Tidak henti lagi dari mulut Datuk Seri Vida mengatakan kami akan berkahwin. Setiap hari, setiap kali live beliau saya lihat!t” tulisnya.

Malah, Iqbal turut meminta usahawan itu berhenti mempergunakan serta mempermainkan orang ramai mengenai kisah cinta mereka. Kata Iqbal lagi, sudah dua minggu dia dan Vida tidak berhubung, malah sudah membatalkan dewan hotel untuk majlis mereka.

 “Cukup-cukuplah pergunakan masyarakat. Saya dengannya sudah dua minggu langsung tidak berhubung. Saya sudah batalkan segala tempahan dewan hotel. Kasihan, tidak hanya saya rasa dipermainkan malahan masyarakat juga jadi keliru,” katanya.

Terdahulu, kenyataan Iqbal menjadi bualan ramai mengatakan Vida merupakan wanita pertama yang disentuh dan wanita terakhir. Ujarnya disebabkan itu juga dia mahu berkahwin dengan Vida, bukan kerana harta seperti yang didakwa netizen.

-rotikaya.com

Ini Senarai Penuh 50 jenis ‘Smartphone’ Tak Boleh Akses Whatsapp Mulai 1 November


Jika anda pengguna tegar aplikasi Whatsapp, anda perlu tahu dan semak senarai ini kerana Whatsapp telah mengumumkan  bahawa bermula pada 1 November terdapat 52 jenis telefon pintar yang tidak akan boleh mengakses aplikasi itu lagi.

Hal ini bermakna, berjuta-juta pengguna Android dan iPhone akan disekat daripada menggunakan aplikasi tersebut melainkan anda mengemas kini software atau membeli telefon baharu untuk tetap menggunakan Whatsapp.

SENARAI PENUH 50 JENIS SMARTPHONE TAK BOLEH AKSES WHATSAPP


Untuk pengguna Android, ia hanya menyokong Android 4.1 dan keatas. Hal ini bermakna sebilangan besar telefon bimbit akan kehilangan akses, termasuk Samsung Galaxy S3 dan Huawei Ascend Mate.

Bagi pengguna Apple pula, anda akan tidak dapat akses Whatsapp jika menggunakan iPhone 4S atau lebih lama kerana iOS 10 tidak dapat digunakan pada iPhone 4s dan kebawah.

Walau bagaimanapun, jika anda pengguna iPhone 6S, iPhone 6S Plus atau iPhone SE (2016)  atau iPhone 5 dan iPhone 6, anda tetap tidak akan boleh akses Whatsapp sehingga anda mengemas kini iOs telefon anda.

Senarai penuh:

  1. Galaxy Trend Lite
  2. Galaxy Trend II
  3. Galaxy SII
  4. Galaxy S3 mini
  5. Galaxy Xcover 2
  6. Galaxy Core
  7. Galaxy Ace 2
  8. Lucid 2
  9. Optimus F7
  10. Optimus F5
  11. Optimus L3 II Dual
  12. Optimus F5
  13. Optimus L5
  14. Best L5 II
  15. Optimus L5 Dual
  16. Best L3 II
  17. Optimus L7
  18. Optimus L7 II Dual
  19. Best L7 II
  20. Optimus F6, Enact
  21. Optimus L4 II Dual
  22. Optimus F3
  23. Best L4 II
  24. Best L2 II
  25. Optimus Nitro HD
  26. Optimus 4X HD
  27. Optimus F3Q
  28. ZTE V956
  29. Grand X Quad V987
  30. Grand Memo
  31. Xperia Miro
  32. Xperia Neo L
  33. Xperia Arc S
  34. Alcatel
  35. Ascend G740
  36. Ascend Mate
  37. Ascend D Quad XL
  38. Ascend D1 Quad XL
  39. Ascend P1 S
  40. Ascend D2
  41. Archos 53 Platinum
  42. HTC Desire 500
  43. Caterpillar Cat B15
  44. Wiko Cink Five
  45. Wiko Darknight
  46. Lenovo A820
  47. UMi X2
  48. Run F1
  49. THL W8
  50. iPhone SE
  51. iPhone 6S
  52. iPhone 6S Plus

Sumber: Sirap Limau

Keputusan 'flip-flop' punca kerajaan Melaka tumbang - Idris Haron

 IDRIS mengumumkan penarikan sokongan terhadap kerajaan Melaka. FOTO Syafeeq Ahmad

IDRIS mengumumkan penarikan sokongan terhadap kerajaan Melaka. FOTO Syafeeq Ahmad

Melaka: Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas mengumumkan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkuat-kuasa hari ini.

Surat pemakluman mengenai perkara itu serta peletakan jawatan beliau bersama Datuk Noor Effandi Ahmad dan Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang bertarikh 30 September lalu diserahkan kepada Sulaiman di Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh pagi tadi.

Pada sidang media khasnya, Idris yang juga Adun Sungai Udang mendakwa penarikan sokongan itu berikutan ketidakyakinan mereka terhadap beberapa keputusan kerajaan negeri yang 'flip-flop' serta tidak dilaksanakan dengan sempurna.

"Banyak keputusan kerajaan negeri yang tidak terlaksana (meskipun) sudah diputuskan. Seolah-olah ada dua singa atas satu gunung, jadi menimbulkan keresahan kami dan menyedarkan kami untuk mengubah keadaan yang ada sekarang ini.

"Setakat ini saya menyatakan, empat orang kami ini bersama dengan 11 Adun Pakatan Harapan (PH) memang tidak percaya dan tidak menyokong kepimpinan kerajaan negeri, sekali gus membuktikan kerajaan negeri pimpinan Sulaiman sudah hilang majoriti sokongan.

"Saya melihat kepentingan rakyat di atas segala-galanya, kalau semua tindakan kerajaan negeri tidak tepat dan tidak objektif dalam membela nasib rakyat terutama dalam suasana Covid-19 yang begitu mengekang, ditambah pula suasana ekonomi yang tidak menunjukkan sebarang kemajuan, inilah tindakan kita.

"InsyaAllah kita akan ada satu gagasan yang akan memberikan peluang lebih dalam soal kemajuan dan kebajikan rakyat," katanya.

Sementara itu, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari berkata, gabungan PH negeri akan menghantar surat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dalam tempoh terdekat bagi memaklumkan bahawa kerajaan negeri pimpinan Sulaiman sudah hilang majoriti.

Beliau berkata, selaras dengan peruntukan Perkara 7(4) Perlembagaan Negeri Melaka yang berbunyi 'Jika Ketua Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar Adun, Ketua Menteri hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat, melainkan jika atas permintaan Yang di-Pertua Negeri membubarkan Dewan Undangan Negeri.

"Saya mewakili Adun PH, manakala Datuk Seri Idris mewakili empat Adun, berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Tun bagi membincangkan mengenai usaha yang boleh diambil bagi memastikan kestabilan politik negeri serta kesinambungan pentadbiran kerajaan dapat diteruskan.

"Keutamaan PH pada masa ini adalah untuk memastikan kestabilan politik negeri ini bagi memastikan pentadbiran yang cekap, bertanggungjawab dan telus dapat direalisasikan demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Mengulas lanjut, mengenai senarai nama calon bakal Ketua Menteri dari PH, Adly berkata, pihaknya akan terlebih dulu berjumpa dan mengadakan perbincangan bersama Mohd Ali.

"Kalau kita lihat Perlembagaan Negeri, kuasa melantik (Ketua Menteri) dalam bidang kuasa Tun.

"Kita akan bertemu dulu dengan Tun bagi berbincang demi kebaikan negeri ini," katanya.

-myMetro

Kerajaan Melaka tumbang: PH Melaka akan menghadap TYT, belum bincang calon Ketua Menteri

 Kerajaan Melaka tumbang: PH Melaka akan menghadap TYT, belum bincang calon Ketua Menteri

Empat ADUN itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas).: Gambar fail
MELAKA: Pakatan Harapan (PH) Melaka akan berjumpa Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam bagi mempersembahkan bahawa kerajaan negeri dibawah pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sudah hilang majoriti.
Ia susulan tindakan ‘berpaling tadah’ empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan yang menyatakan hilang kepercayaan kepada pimpinan sedia ada.
Pengerusi PH Negeri Melaka, Adly Zahari memaklumkan kestabilan politik merupakan asas utama dalam berhadapan pandemik COVID-19 ketika ini.
“Kini jelas bahawa Sulaiman telah hilang kepercayaan majoriti ADUN untuk terus mentadbir kerajaan negeri.
“Ia selaras dengan peruntukan perkara 7(4) Perlembagaan Negeri Melaka yang menyatakan ‘jika Ketua Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN, maka hendaklah meletakkan jawatan Majlis Mesyuarat,” katanya dalam sidang media khas, di sini hari ini.
[TERKINI] Politik Melaka | Sidang media Pakatan Harapan
[TERKINI] Kerajaan Melaka Tumbang | Tidak boleh ada dua singa di atas satu gunung
4 ADUN Melaka tarik sokongan kepada Ketua Menteri
-Astro Awani

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 12: Al-Arqam dan Nadamurni

 

Cita-citaku Islam gemilang

Cita-citaku daulahnya berulang

Cita-citaku Islam cemerlang

Cita-citaku Islam tinggi menjulang

 

Kawan mari susun barisan

Kita mara ke hadapan

Mari perjuangkan Islam

Kita tagih yang dijanjikan

 

Kawan mari kumpulkan tenaga

Kita korbankan harta punya

Jangan kita buang masa percuma

 

Kawan mari kumpulkan tenaga

Kita korbankan harta punya

Perjuangkan Islam hingga berjaya

 

Kawan jangan tunggu-tunggu lagi

Jangan berangan-angan yang merugi

Dunia menipu kita hindarkan

Cita-cita Islam kita tunaikan

 

Ayuh mari mara kehadapan

Jangan buang masa lagi

Inilah masanya tunjukkan bukti

 

Ayuh mari mara kehadapan

Jangan buang masa lagi

Kalau benar cintakan Islam

Lagu baru kumpulan Nadamurni ini acapkali diputarkan di radio rumah sewa Zul. Sejak mula ditubuhkan pada 1987, nama Nadamurni terus mencanak naik dalam industri hiburan tempatan. Pada era 80-an ketika irama rock menguasai muzik Malaysia, SYJ, Rusty Blade, Kembara dan Lavender adalah satu “fenomena”. Kalau di luar negara, Iron Maiden dan Metallica adalah legenda ikutan peminat muzik rock. Di tengah-tengah “tsunami” rock kapak di tanah air, muncul sebuah kumpulan yang mula menapak di majlis-majlis ceramah al-Arqam dengan imej berjubah dan berserban seterusnya tanpa disangka, merubah lanskap industri hiburan di negara ini.

Pergolakan politik UMNO dan PAS, serta semangat kebangkitan Islam era 80-an membawa kepada alternatif pilihan ketiga kepada segelintir kecil masyarakat yang menginginkan pendekatan gerakan Islam yang berbeza dengan yang lain. Al-Arqam berjaya memberi pengaruh dan kesan yang cukup mendalam melalui gerakan dakwah mereka yang berusaha menarik semula masyarakat kepada ajaran Islam yang sebenar dengan membentuk jemaahnya sendiri untuk mengamalkan cara hidup Islam. Al-Arqam yang diasaskan oleh Ustaz Ashaari Muhammad (lebih dikenali di kalangan pengikutnya dengan panggilan Abuya, bahkan ada lagu Bila Abuya Pulang) pada mulanya hanyalah sebuah kumpulan kecil pengajian fardhu ain di sebuah rumah berwarna putih di Datuk Keramat, Kuala Lumpur.[1] Ia dipanggil jemaah Rumah Putih dan kemudiannya berkembang dengan nama baharu, Darul Arqam melalui cadangan Ustaz Zakaria Ansari[2] kepada Ustaz Ashaari. Bermula dengan pembukaan perkampungan Islam 5 hektar di Sungai Pencala, Darul Arqam terus berkembang pesat melalui pendidikan, sosial, ekonomi dan politik.

“Zul, jom kite rama-rama gi konsert Nadamurni. Buat di Stadium Negeri Kuale Tranung…”, ajak Rosli pada satu petang. Semua teruja hendak menghadiri konsert berkenaan kerana itulah pengalaman pertama masing-masing menghadiri konsert. Hiburan muzik bagi pelajar sekolah agama adalah amat terhad disebabkan pelbagai faktor. Antaranya mungkin kerana genre rock kapak yang dilihat tidak Islamik dan sinonim dengan pembaratan yang bercanggah dengan semangat kebangkitan Islam pada era 80-an. Justeru, bukan senang pelajar Thanawi nak pergi konsert!

Suasana Stadium Negeri, Kuala Terengganu berdekatan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berubah wajah. Masing-masing pengong[3] dengan perubahan itu. Seolah-olah Terengganu telah berpindah ke sebuah alam lain; kebanyakan pengunjung lelaki memakai jubah dan serban manakala wanita memakai purdah, hanya mata yang kelihatan. Al-Arqam memandang pakaian sebegitu merupakan Sunnah Nabi SAW dan kebudayaan Islam.[4].

Kelihatan beberapa buah Pajero yang baru tiba, masuk ke ruang tempat letak kereta. Pada era 80-an, Pajero adalah kenderaan mewah dan jarang-jarang orang Melayu memilikinya. Tetapi, jika ada orang Melayu yang memandu Pajero, sudah hampir pasti beliau adalah ahli al-Arqam. Betapa kukuhnya ekonomi al-Arqam sehinggakan banyak ahli perniagaan Cina pun tabik dengan mereka. Penyokong Muslim dalam kalangan bukan ahli al-Arqam digelar Arqam Batik manakala penyokong bukan Muslim digelar Zimmi Jemaah.

Deretan gerai-gerai memenuhi luar stadium dengan jualan pelbagai makanan, minuman dan produk-produk al-Arqam seperti kicap, minyak, taucu, sos cili, sos tomato, mi dan lain-lain. Tertera sepanduk bertulisan tangan “Syukbah al-Tijarah wa al-Sina’ah Dar al-Arqam” atau lebih dikenali sebagai Biro Perusahaan dan Perdagangan Dar al-Arqam.[5] Ada juga sepanduk “Syukbah al-Zira’ah” (Biro Pertanian) yang menyediakan pelbagai peluang projek pertanian kepada orang ramai seperti penanaman padi, kelapa, sayur-sayuran, buah-buahan, penternakan ayam, lembu, kambing, dan lain-lain.[6]

Ada juga klinik bergerak yang digantung sepanduk Syukbah Kedoktoran”. Klinik milik al-Arqam menggabungkan perubatan moden dan tradisional serta sistem homeopati untuk pelbagai jenis penyakit dan rawatan pemulihan termasuk. “Mari sini…mari, mari. Klinik kami terbuka untuk semua bangsa dan agama! Setakat ni alhamdulillah, kami dah ada 24 buah pusat rawatan!”, seorang lelaki berjubah, berserban dan ada stetoskop yang tergantung di leher memanggil para pengunjung.

Di pintu masuk stadium, mereka disambut dengan pemuda berjubah, berserban dan memakai vest “Syukbah I’lam” (Biro Penerangan). “Assalamualaikum adik-adik…ape khabar? Jemput masuk.”, sapa salah seorang daripada pemuda ini. Zul dan rakannya dipeluk satu persatu bagai sudah lama kenal. Itulah tradisi al-Arqam. Ia menjadikan sesiapa sahaja yang bertemu mereka, merasa selesa dan mesra.

Setiap seorang diberi beg cenderahati berisi Majalah al-Arqam versi Bahasa Melayu (Rumi dan Jawi) dan Bahasa Inggeris. Ada juga terselit buku-buku keluaran al-Arqam dan brosur pengenalan tentang pertubuhan tersebut. Malam itu, semuanya solat Maghrib berjemaah di dalam stadium. Memang lain perasaannya apabila dikelilingi kumpulan al-Arqam. Terasa seolah Zul dan saing-saingnya yang ganjil kerana berpakaian biasa. Ya, memang ada juga sebahagian pengunjung yang bukan ahli al-Arqam (berdasarkan pakaian) tetapi majoriti sudah pasti ahli al-Arqam.

Di atas pentas, kelihatan Asri Ibrahim, Isman Nadim, Faizal Osman, Munif Ahmad, Azadan Abdul Aziz, Rahmat Shafie dan ramai lagi yang kurang dikenali. Mereka tampil segak dengan serban Turki yang tebal, jubah putih bergemerlapan dengan manik dan renda. Lagu-lagu popular seperti Assalamualaikum, Kegelapan, Kasih Sayang, Balada Makkatul Mukarramah, Untukmu Rasulullah dan sudah pasti lagu hit Nadamurni iaitu Munajat dinasyidkan dengan iringin muzik perkusi. Teknologi smoke machine, lampu berwarna warni dan PA system yang sepenuhnya dikendalikan oleh Syukbah Kebudayaan al-Arqam, menjadikan Stadium Negeri, Kuala Terengganu tak ubah seperti Royal Albert Hall di kota London!

“Zul, ape pandangang enta dalang isu muzik ning? Haram ke halal?”, tanya Ahmad Shukri yang berada di sebelahnya pada ketika itu. Zul menunduk seketika seolah-olah sedang memikirkan sesuatu dan kemudiannya berkata, “Ibn ‘Abd Rabbihi al-Andalusi dalam al-‘Iqd al-Farid simpulkang khilaf ulama’ dalam isu ning, hukum muzik dan nyanyiang same macam syair. Kalu baik isinye, maka baiklah iye. Kalu buruk isinye, make buruklah iye.[7] Enta boleh teliti hadith-hadith yang zahirnye larang muzik dan nyanyian. Kebanyakannye disebutkan sekali dengan arak. Ini menzahirkan pengharamang muzik oleh sebahagiang ulama’ kite, bukang kerana zat muzik dan nyanyiang tu. Oleh itu, ana cenderung dengan fatwa para ulama’ moden macam Shayk Yusuf al-Qaradawi hok mengharuskan muzik dan nyanyiang selame mane tak dop unsur maksiat dan lagha.”

Stadium kemudiannya gelap seketika. Lampu spotlight dihalakan ke sudut pentas. Asap memenuhi Dewan Stadium Negeri, Kuala Terengganu. Dalam balam-balam cahaya, muncul Ustaz Dinie Juri berpakaian jubah putih dan serban hijau dililit di kepala.

“Sakaraaattt…! Sakaraaattt…! Sakaratul mauuuutttt…!!!”, bergema suara Ustaz Dinie Juri bagai halilintar yang membelah sepi malam di Kuala Terengganu. Sungguh, suara emas beliau memang menyentuh lubuk hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.

“Kini aku diazab dan disiksa di dalam kubur. Menunggu! Menunggu doa anak yang soleh: Mana doa anakku seorang peguam? Mana doa anakku seorang doktor? Mana doa anakku seorang jurutera? Mana doa anakku seorang arkitek? Mana doa anakku seorang professor? Manaaa…? Manaaa…? Manaaa…???!!!”

 _____________________

[1] Tajul Ariffin. “Rumah Putih Arqam di Lorong Dua Datuk Keramat”, dalam Mingguan Islam, 8 April 1988; Mohd. Rom al-Khudri. “Bagaiman Saya Ikut Kumpulan Rumah Putih”, dalam Mingguan Malaysia, 13-20 Mei 1988.

[2] Beliau merupakan pengikut awal kumpulan Rumah Putih. Namun kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan Ustaz Ashaari, beliau keluar Darul Arqam pada 1979.

[3] Tercengang

[4] Jaafar Salleh, “Penjelasan Mengenai Pemakaian Serban”, dalam al-Arqam, no. 2, tahun 8, Disember 1985; “Apakah Makna Jubah Hijau di Darul Arqam?”, dalam Keluarga, Mac 1978; Jaafar Salleh, Serban dan Jubah Pakaian Islam, (Kuala Lumpur: Penerangan al-Arqam), 1986; Mizwah Adam, “Purdah bukan Adat Resam tapi Perintaah Allah”, dalam al-Arqam, no. 2, tahun 7, Februari 1984.

[5] “Darul Arqam Cuba Tegak Perniagaan Ikut Al-Qur’an dan Sunnah”, dalam al-Arqam, no. 5, tahun 3, Mei 1985; Sistem Ekonomi Islam dapat Selamatkan Umat”, dalam al-Arqam, no. 2, tahun 3, Februari 1985.

[6] “Sektor Pertanian Ditingkatkan dengan Membuka Pusat Latihan”, dalam al-Arqam, no. 5, tahun3, Mei 1985; “Al-Arqam Lancar Projek Madu”, dalam al-Arqam, no. 3, tahun 7, Mac-April 1984.

[7] Lihat al-‘Iqd al-Farid, 7/10

Sumber Asal: zulkiflialbakri.com

 Artikel Barkaitan:

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Prolog

 Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 1- Budak Kampung

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 2 - Bukan Lagi Yang Dulu

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 3 - Ramadhan di Kubang Kekura

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 4 - 10 Malam Akhir Ramadhan

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 5- Indahnya Raya

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 6- Atlit Takraw SMASZA Ladang

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri :Bab 7 - Sambutan Hari Kebesaran Islam

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 8- 11A di SMASZA Ladang

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri: Bab 9- Bekwoh di Tranung

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 10- Usrah, Tarbiah dan Dakwah

Memoir Kehidupan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri:Bab 11- Cerita Budak Kubang Kekura di depan Syeikhul Azhar