"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Rabu, 8 September 2021

Zahid tegaskan, kerajaan hari ini hanya sementara

 

Zahid tegaskan, kerajaan hari ini hanya sementara

Kerajaan yang ada hari ini hanya bersifat sementara sehingga mandat mutlak diperoleh daripada rakyat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya perkara itu antara dua mandat besar akar umbi yang diamanahkan kepadanya dan kepimpinan parti melalui ketetapan Perhimpunan Agung Umno dan Majlis Kerja Tertinggi Umno (MKT) sebelum ini.

“Pertamanya, kerajaan hari ini hanyalah bersifat sementara selagi mana tidak memiliki mandat mutlak rakyat.

“Justeru sebagaimana diputuskan dalam MKT lepas dan berpedomankan Titah saranan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong, apabila pandemik Covid-19 mulai berakhir dan setelah imuniti kelompok (herd immunity) dicapai, maka Pilihan Raya Umum Ke-15 perlulah diadakan bagi membolehkan mandat mutlak diperolehi untuk membentuk sebuah Kerajaan yang stabil dan dipilih oleh rakyat.

“Keduanya, kehendak akar umbi yang menghendaki agar kerusi-kerusi tradisi Umno dan kerusi-kerusi yang dikhianati setelah diamanahkan oleh rakyat kepada Umno dan Barisan Nasional pada PRU-14 lalu tidak boleh sesekali dikompromikan dan mesti diambil kembali untuk ditandingi.

“Ini termasuklah ketetapan PAU yang membataskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hanya setelah parlimen dibubarkan untuk PRU-15 yang akan datang,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Ahmad Zahid mengulas perkembangan politik terbaru kira-kira dua minggu selepas pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin sebelum ini meletakkan jawatan selepas ahli-ahli parlimen Umno yang diketuai Ahmad Zahid menarik balik sokongan terhadapnya dan kerajaan PN.

Selepas Ismail dilantik sebagai perdana menteri ke sembilan, kabinet memutuskan pelantikan Muhyiddin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Bagaimanapun pelantikan itu dipertikaikan banyak pihak termasuk daripada Umno sendiri.

‘Tak ulangi kesilapan kerajaan lalu’

Kata Ahmad Zahid, dia menerima banyak pertanyaan mengenai apakah pendirian Umno dalam pembentukan jemaah menteri dan pelantikan Muhyiddin sebagai pengerusi MPN bertaraf menteri.

Jelasnya, Umno menyerahkan kepada kebijaksanaan Ismail Sabri untuk membuat keputusan yang dirasakan sesuai.

“Parti telah membuat pendirian menyokong perlantikan YAB Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

“Ini bermakna, parti menyerahkan kebijaksanaan kepada beliau sebagai perdana menteri dalam membuat keputusan atau kebijakan-kebijakan yang beliau rasakan sesuai dalam mengemudi pentadbiran negara,” katanya.

Pun begitu, dia mengingatkan kerajaan yang dipimpin Ismail supaya tidak mengulangi ‘kesilapan’ kerajaan lalu.

“Pendirian parti ini juga boleh ditakwilkan bahawa perdana menteri yang mengetuai kerajaan hari ini mempunyai kuasa-kuasa perlembagaan dan sehubungan itu, menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan kerajaan dapat berfungsi dengan baik dan tidak mengulangi kesilapan-kesilapan kerajaan terdahulu.

“Umno konsisten dalam pendiriannya. Kita telah pun memberikan sokongan kepada perdana menteri dan bagi pihak parti, saya akan memastikan kita akan terus menjadi mata, telinga dan suara rakyat dalam menyentuh soal-soal kesejahteraan mereka dan kemakmuran negara,” jelasnya.

-mKini

Panas! Najib kata akan lawan Ismail Sabri!

Panas! Najib kata akan lawan Ismail Sabri!

“Prinsip dan pendirian saya jelas. Jika ada peluang tambah baik, saya cadangkan. Jika salah, saya lawan. Jika baik, saya sokong,” kata beliau.

“Face to face, atau kat media sosial. Kaedahnya terpulang kepada yang sudi memahami dan mendengar suara rakyat,” kata beliau di Facebook.

Kalangan warganet membuat teguran itu setelah Najib dan Ismail berkongsi gambar perjumpaan mereka di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya semalam.

“Alhamdulillah hari ini saya bertemu dengan YAB Perdana Menteri (Ismail) bagi membincangkan keadaan semasa ekonomi Malaysia dan langkah-langkah seterusnya yang wajar diambil,” kata Najib.

Ismail turut berkongsi gambar sama dan menjelaskan dalam pertemuan selama sejam semalam, mereka membincangkan tentang cabaran ekonomi dalam dan luar negara termasuk strategi mendepani pandemik Covid-19.

“(Dato’ Sri) Najib komited dalam menyumbangkan tenaga, masa dan idea untuk bersama-sama sebagai satu pasukan demi Keluarga Malaysia tercinta,” kata Ismail.

Sementara itu, Najib membayangkan pertemuan itu menerokai usaha membantu Malaysia keluar daripada krisis yang memberi kesan kepada ekonomi, pendapatan dan kebajikan rakyat.

“Dari sudut makro dan secara menyeluruh, kita sudah jauh ketinggalan di belakang berbanding dengan negara jiran. Malaysia tidak lagi mempunyai daya tarikan kepada pelabur asing selepas 2018.

“Dari sudut mikro dan melibatkan rakyat pula, ramai tidak ada keyakinan terhadap ekonomi kita. Malah timbul kerisauan terhadap keperluan, pendapatan dan kestabilan pekerjaan masing-masing,” tambahnya.

Beliau berkata, tidak ada ruang lagi untuk berdolak dalik dalam mengatasi kemelut ekonomi dan kesihatan yang melanda rakyat.

“Kita tidak mampu gagal lagi. Demi Keluarga Malaysia,” katanya.

-wrlr

Scammer: Warga emas berputih mata ditipu RM149,550

GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan

Padawan: Seorang wanita warga emas lesap wang tunai sebanyak RM149,550 akibat diperdaya sindiket penipuan, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, kejadian berlaku selepas mangsa yang berusia 60 tahun menerima mesej kira-kira 12 tengah hari mendakwa dia ada membuat pembelian barang secara dalam talian sebanyak RM2,636.

Beliau berkata, mangsa kemudian diminta menghubungi nombor talian kononnya pihak bank dan bercakap dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai John Ng.

Katanya, lelaki itu mengatakan kononnya maklumat peribadi mangsa digunakan oleh orang lain untuk mendaftar kad kredit di Kuala Lumpur dan tertunggak sebanyak RM4,778.90.

"Mangsa seterusnya diminta menghubungi nombor yang didakwa daripada Bank Negara Malaysia sebelum disuruh membeli insuran dan mangsa bersetuju.

 "Mangsa kemudian ada menerima beberapa nombor kod kebenaran transaksi (TAC) dan suspek mengarahkan mangsa memberikan nombor TAC itu kepada mereka.

"Mangsa panik dan mengikuti semua arahan serta permintaan suspek dan menyerahkan nombor TAC sebelum menyedari terdapat transaksi wang keluar dari akaun Public Bank serta Maybank miliknya berjumlah RM23,850 dan RM125,700," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Aidil berkata mangsa yang menyedari dirinya terpedaya dan ditipu segera membuat laporan polis untuk siasatan lanjut.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-myMetro

Selasa, 7 September 2021

Tahniah:Azizulhasni ditawar jadi pensyarah UPSI

Md Amin (tengah) menyerahkan surat tawaran kepada Azizulhasni dalam satu majlis ringkas di Kampus Sultan Azlan Shah UPSI, Proton City pada Isnin.

TANJUNG MALIM - [DIKEMASKINI] Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang ditawarkan jawatan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Surat tawaran jawatan Pensyarah Universiti Gred DS45/51/53 itu diserahkan sendiri oleh Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff kepada pemenang pingat perak Olimpik Tokyo itu dalam satu majlis ringkas di Kampus Sultan Azlan Shah UPSI, Proton City di sini pada Isnin.

Dalam majlis itu, Azizulhasni turut menerima dokumen berbentuk surat tawaran biasiswa melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah.

 Md Amin berkata, tawaran berkenaan merupakan penghargaan pihak UPSI atas pencapaian cemerlang atlet Olimpik yang melakar kejayaan dalam sukan berbasikal trek di peringkat antarabangsa itu.

Menurutnya, Azizulhasni dipelawa melanjutkan pengajian pascasiswazah dengan tajaan Biasiswa Bitara Pasca Siswazah peringkat Sarjana selama dua tahun bernilai RM42,225 atau Doktor Falsafah selama tiga tahun bernilai RM103,700.

Azizulhasni mencuba peralatan sukan UPSI ketika melawat Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, UPSI Sport City di Kampus Sultan Azlan Shah UPSI, Proton City pada Isnin.

“Penawaran insentif kecemerlangan itu ditawarkan secara terbuka bermula 1 September 2021 hingga 31 Disember 2024.

"Tawaran itu membolehkan Azizulhasni memberi fokus dan tumpuan beliau meraih pingat emas pertama negara di Olimpik Paris pada 2024," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Selepas majlis tersebut, Azizulhasni dibawa melawat Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan, UPSI Sport City.

Beliau kemudian hadir ke sesi perkongsian pengalaman kejayaan dalam bidang sukan, ‘From Zero To Hero’ secara dalam talian anjuran Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKj) dan Persatuan Sains Sukan.

-SH Online

'Ronaldo tidak mahu bermain sebagai penyerang'


CRISTIANO Ronaldo mungkin tidak akan bersetuju dengan cadangan pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer untuk meletakkannya bermain di posisi penyerang.

Perkara itu dinyatakan bekas pemain Itali dan juga West Ham United, Paulo Di Canio yang menyifatkan pemenang lima kali Ballon d'Or itu tetap mahu beraksi di posisi kegemarannya iaitu di bahagian sayap.

Ronaldo memulakan kariernya sebagai pemain sayap kiri termasuk ketika mula bermain bersama United pada tahun 2003.

Kemudiannya, dia berpindah ke Real Madrid dan mula diberikan peranan di bahagian serangan sebelum sepenuhnya bermain sebagai penyerang bersama kelab itu.

 Di Juventus pula, Ronaldo sememangnya diletakkan sebagai sandaran di bahagian serangan, namun Di Canio yakin pemain berusia 36 tahun itu tidak mahu menjadi penyerang tunggal dalam pasukan United.

"Ronaldo akan memberikan banyak impak secara teknikal kepada pasukan, tetapi dia menyertai pasukan yang sudah mempunyai ramai penyerang dan pemain sayap.

"Solskjaer telah memberikan kemungkinan Ronaldo akan bermain sebagai penyerang tunggal, tetapi Ronaldo tidak mahu melakukannya ketika bersama Juventus.

"Saya masih melihat kemungkinan dia akan bermula di bahagian sayap kiri, tetapi pasukan itu mempunyai ramai pemain di bahagian tersebut termasuk Jadon Sancho yang masih bergelut untuk mencari rentak," katanya.

Ronaldo akan melakukan debut pertamanya bersama United pada Sabtu ini ketika The Red Devils melayan kunjungan Newcastle di Old Trafford.

Pemain kelahiran Portugal itu akan memakai jersi bernombor tujuh selepas Edinson Cavani bersetuju untuk menyerahkan nombor jersi tersebut dengan dia akan memakai nombor 21 - nombor yang dipakainya bersama pasukan kebangsaan Uruguay.

-SH Online

epengambilan pdrm 2021 : Permohonan Inspektor Polis Pengambilan Tahun 2021 Dibuka


MAKLUMAT JAWATAN

Permohonan jawatan kosong POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM) terbuka kepada yang berkelayakan dan berminat jawatan yang dipaparkan dihalaman HariHariKerja !

Sekiranya anda, seorang Warganegara Malaysia yang cukup syarat kelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tetap atau kontrak yang diiklankan.
Jawatan kosong terkini yang diiklankan adalah seperti berikut:

  1. Jawatan Kosong POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)
  2. Pengambilan Seluruh Malaysia
  3. Tarikh mohon 16- 30 April 2021







SYARAT KELAYAKAN

1.Terbuka kepada warganegara Malaysia
2.Berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan.
3.Sekiranya anda, calon yang berkelayakan dengan Ijazah, Diploma, Sijil Tinggi Persekolahan (SPM, STPM, “A” Level, Pre-U) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan di atas. (Sila rujuk iklan dan syarat kelayakan di bawah)

4.Sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Bahasa Melayu ataupun bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik.

 5.Mempunyai kredibiliti dan kritieria yang menarik.

6.Amanah dan rajin dalam menjalankan tugas.

(lain-lain syarat sila rujuk iklan jawatan

MANFAAT 

  1. Gaji yang menarik 
  2. Pelbagai imbuhan
  3. Cuti tahunan
  4. Cuti Sakit & lain-lain
  5. Elaun

CARA MEMOHON

  1. Permohonan harus dilakukan secara atas talian (online) bergantung majikan yang menawarkan jawatan tersebut.
  2. Untuk memohon klik pada pautan 'Mohon Jawatan' untuk dibawa ke iklan jawatan kosong tersebut.
  3. Sila semak tarikh tutup,kelayakan & syarat kelayakan sebelum meneruskan permohonan.
  4. Bagi pemohon kali pertama, anda haruslah daftar terlebih (jika perlu) dahulu isi maklumat dengan lengkap 
  5. Selepas sahaja membuat permohonan,sekiranya anda berjaya akan disenarai pendek dan dipanggil untuk temuduga. 

Faktor Utama Mengapa Syarikat Besar Kurang Berminat Menaja Pasukan Liga Malaysia

Syarikat

Ketika kita disajika dengan keterujaan menyaksikan saingan Liga Malaysia, tidak dinafikan terdapat beberapa masalah yang berulang setiap musim sekaligus menyukarkan liga untuk melangkah ke tahap yang lebih baik.

Antara masalah yang sering berlaku ialah tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan dan perkara ini sekaligus memberi tanggapan yang kurang baik mengenai saingan Liga Malaysia.

Imej yang kurang baik maka sukar untuk mana-mana penaja yang mahu terlibat dengan pasukan dan ada beberapa faktor lain mengapa syarikat besar kurang berminat untuk menjadi penaja pasukan.

Menurut perkongsian bekas Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Johor Darul Ta’zim (JDT), Encik Ayani Ismail, ada empat faktor mengapa syarikat besar kurang berminat untuk menjadi penaja pasukan Liga Malaysia.

Faktor yang pertama ialah imej liga yang amat negatif serta banyak publisiti mengenai isu tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.

Isu tunggakan gaji merupakan masalah utama yang dihadapi dan sehingga saat ini, permasalahan ini masih belum menemui jalan keluar.

Faktor kedua ialah paparan digital A-Board yang kurang jelas dan sukar untuk dilihat dalam siaran langsung perlawanan liga. Penaja melabur ratusan ribu malah jutaan ringgit bagi tujuan pendedahan dan branding namun perkara itu tidak mendapat perhatian oleh ramai pihak terutamanya penonton.

Syarikat

CONTOH DIGITAL A-BOARD

Seterusnya, laporan yang dihantar oleh pasukan mengenai hasil yang diperoleh oleh penaja pada penghujung musim. Encik Ayani menasihatkan mana-mana pasukan yang belum atau tidak menghantar laporan agar segera berbuat demikian.

Dalam laporan tersebut, kandungannya bukan sahaja mengenai prestasi pasukan sepanjang musim tetapi hasil yang diterima oleh penaja dalam satu musim saingan bola sepak berlangsung.

Faktor terakhir ialah kebanyakan pasukan yang hanya berminat melabur ke atas pemain dan bukannya pihak profesional yang mampu untuk menaikkan nilai pasukan.

Dalam erti kata yang lain, pasukan lebih gemar untuk mendapatkan hasil yang segera berbanding hasil jangka panjang yang lebih menguntungkan.

-vocketfc.com

Covid-19: Kes baru di 10 negeri naik, Sarawak kekal tertinggi keseluruhan

 

Data 7 September 2021.

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat sedikit kepada 18,547 kes, berbanding tempoh sama semalam sebanyak 17,352 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu meningkat kepada 1,880,734 kes.

Mengikut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, sepuluh negeri mencatat peningkatan jangkitan baharu Covid-19 membabitkan Selangor, Johor, Sabah, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Pahang, Kuala Lumpur, Melaka, dan Negeri Sembilan.

Selangor merekodkan 2,407 kes baharu berbanding 2,126 semalam; diikuti Johor (2,174 kes baharu, 2,101 semalam); Sabah (2,107 kes baharu, 1,844 semalam); dan Pulau Pinang (1,776 kes baharu, 1,558 semalam).

Kelantan pula merekodkan 1,458 kes baharu, berbanding 1,213 semalam; Perak (1,197 kes baharu, 1,082 semalam); Pahang (742 kes baharu, 463 semalam); Kuala Lumpur (631 kes baharu, 398 semalam); Melaka (448 kes baharu, 295 semalam); dan Negeri Sembilan (229 kes baharu, 193 semalam).

Jumlah kes baharu di Sarawak turun lagi namun negeri itu kekal mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 3,200 kes.

-Agenda Daily

Azeez Rahim belum bebas, kenyataan peguam hanya hujahan: SPRM

 

Bekas Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim didakwa atas tiga pertuduhan rasuah dan 10 pertuduhan pengubahan wang haram.

Mahkamah belum membebaskan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim daripada tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan kes berkenaan masih dibicarakan di mahkamah dan kenyataan oleh peguam Abdul Azeez di Mahkamah Rayuan semalam, hanya hujahan terhadap kes rayuan.

“Merujuk kepada kenyataan peguam bela bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Amer Hamzah Arshad yang berhujah di Mahkamah Rayuan semalam bahawa analisis laporan kewangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini membebaskan anak guamnya daripada dakwaan rasuah, SPRM ingin menegaskan bahawa kenyataan tersebut hanya hujahan dan belum diputuskan oleh mahkamah.

“Abdul Azeez sebelum ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 13 tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Mac lalu menolak permohonannya untuk membatalkan kesemua tuduhan tersebut,” kata SPRM.

Menurut kenyataan itu, rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan itu kemudiannya didengar di Mahkamah Rayuan semalam.

SPRM berkata susulan daripada itu, laporan media yang memetik hujahan tersebut seolah-olah menggambarkan Abdul Azeez telah bebas daripada kesemua pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram sedangkan mahkamah belum membuat keputusan berhubung kes berkenaan.

“SPRM berharap orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut yang masih dalam perbicaraan sebelum mahkamah mendengar hujah balasan pendakwaan terhadap penghujahan pasukan peguam Abdul Azeez pada 6 Oktober depan,” kata SPRM.

-Agneda Daily

Usaha cuba tumbangkan MB NS tidak berjaya

 Usaha cuba tumbangkan MB NS tidak berjaya

Usaha cuba tumbangkan MB NS tidak berjaya

Beberapa ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR Negeri Sembilan kini cuba merampas kuasa dalam parti dengan mengambil langkah menggulingkan pengerusi negeri, Aminuddin Harun, yang juga menteri besar.

Satu sumber berkata, usaha menggantikan menteri besar itu tidak akan berjaya kerana ADUN yang terlibat tidak mendapat sokongan anggota cawangan.

“Beberapa ketua cawangan mengadakan sidang media sendiri. Namun ramai antara kami mahu Aminuddin kekal sebagai menteri besar,” katanya kepada FMT.

Tambahnya, beberapa individu di sebalik percubaan merampas kuasa itu terbabit dengan “kartel” pemimpin yang meninggalkan PKR untuk menyertai Bersatu dalam “Langkah Sheraton” pada Februari tahun lepas.

Katanya, mereka cuba menggantikan Aminuddin dengan salah seorang ADUN PKR yang hadir pada sidang media semalam.

Menurut laporan media, mereka yang hadir pada sidang media semalam antara lain adalah empat ketua cawangan dari Rasah, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah; tiga ahli jawatankuasa dari Rembau, Rasah dan Port Dickson; dua timbalan ketua cawangan dari Seremban dan Rembau; serta ketua sayap wanita, Amni Idris dan timbalannya Rusnani Saring.

Sumber itu berkata, ahli jawatankuasa bahagian dan cawangan membuat aduan kepada ibu pejabat PKR di Petaling Jaya kerana tidak ada pertemuan atau persetujuan dibuat mengenai perkara itu.

“Kami sedang melihat kemungkinan tindakan disiplin diambil terhadap mereka yang terlibat dalam rampasan kuasa ini kerana ia bukan keputusan yang dibuat secara sepakat,” tambahnya.

FMT telah menghubungi Aminuddin untuk mendapatkan komen.

Menurut Sinar Harian, Ketua Penerangan Negeri PKR Yusuf Tapar berkata, perubahan diperlukan untuk memastikan parti itu kekal relevan, dengan mendakwa ketua negeri gagal melaksanakan rancangan untuk menarik pengundi.

Yusuf berkata, Aminuddin juga gagal menyelesaikan isu yang sedang dihadapi oleh cawangan terbabit dan beberapa keputusannya bercanggah dengan perlembagaan parti.

Terdapat 36 ADUN di Negeri Sembilan, dengan Pakatan Harapan mempunyai 20 ahli, iaitu 11 daripada DAP, enam PKR dan tiga Amanah.

Pihak pembangkang mempunyai 16 wakil, iaitu 15 daripada Umno dan seorang MIC.

Pembangkang hanya memerlukan empat ADUN yang beralih arah untuk mencetuskan perubahan dalam kerajaan negeri dan melantik menteri besar baharu.