Khamis, 10 Oktober 2024

Kontroversi Bloomberg-PMX/SPRM

 Kontroversi Bloomberg-PMX/SPRM.

Kontroversi ini berlaku selepas Bloomberg melapor bahawa tiga sumber berasingan mendakwa PMX arah SPRM untuk tidak siasat kekayaan bekas setiausaha politik..

Individu tersebut juga merupakan bekas pengerusi PKR Perak dan juga merupakan pengarah pilihanraya bagi kempen Anwar untuk menang parlimen Tambun dalam PRU15 pada Nov 2022.

Setelah PRU15 berlaku dan Anwar dilantik PM pada 24 Nov 2022, individu tersebut dikatakan tidak lagi melibatkan diri dalam politik.

Pada bulan kemudian pada 27 Dis 2022, dia telah dilantik sebagai pengerusi syarikat tersenarai Apex Equity yang bernilai RM205 juta.

Beberapa hari kemudian pada 3 Jan 2023, dia juga dilantik sebagai pengerusi syarikat tersenarai 7-11 Holdings Bhd yang bernilai RM2.25 bilion.

Pada 9 Mei 2023, dia turut dilantik menjadi pengerusi syarikat tersenarai Excel Force MSC Bhd yang bernilai RM180 juta. Dia dilapor mempunyai kepentingan 1.84% dalam syarikat tersebut.

Pada Mac 2024, dia dedahkan bahawa dia dengan rakan dia telah membeli kepentingan 4.97% dalam syarikat tersenarai Theta Edge yang bernilai RM194.65 juta.

Pada bulan itu juga, laporan media kata dia dengan rakan dia telah membeli kepentingan 15.91% dalam syarikat tersenarai Heitec Padu yang bernilai RM472 juta.

Selain itu, dia juga dilapor mempunyai kepentingan saham 1.43% dalam syarikat tersenarai Cuscapi Berhad yang bernilai RM231 juta.

Bermaksud dalam tempoh 15 bulan sejak PRU15, individu yang berumur 41 tahun ketika itu telah menjadi pengerusi atau memiliki kepentingan saham dalam 6 syarikat tersenarai berasingan di Malaysia.

Perkara ini menjadi kontroversi dan PMX pernah berjanji pada bulan Mac 2024 akan mengeluarkan kenyataan berkenaan ini setelah dia semak denganPerbendaharaan Malaysia bawah Kementerian Kewangan yang dia juga merupakan Menteri.  

Tetapi sehingga kini, PMX masih belum mengeluarkan kenyataan berkenaan itu.

Namun dua minggu lalu, Bloomberg mengeluarkan laporan berita kontroversial untuk tuduh PMX telah mengarahkan SPRM untuk tidak siasat kekayaan bekas pegawai dia.

Perkara ini telah dinafi oleh kedua-dua pihak Pejabat Perdana Menteri serta SPRM yang kata PMX tidak pernah campur tangan dalam siasatan SPRM.

Seterusnya PDRM sedang siasat Isham Jalil sebab dia saran PMX untuk saman Bloomberg bagi membersihkan nama PMX dan juga akan panggil Bloomberg untuk disiasat polis berkenaan tuduhan terhadap PMX yang dilapor mereka.

Sumber

0 comments:

Catat Ulasan