Isnin, 28 Oktober 2024

Anggaran terkini isirumah hanya 8.5 juta :Menteri Ekonomi guna fakta dari mana ya?


 Tadi akhbar melaporkan Rafizi kata 10 juta isirumah berpotensi diklasifikasi sebagai T15. Saya ingin tanya Rafizi dari mana dia dapat angka 10 juta isirumah ini? Sebab di Malaysia cuma ada lebih kurang 8-9 juta isirumah (household), satu isi rumah secara purata ada 3-4 orang. 

Mengikut data kerajaan, pada tahun 2022 terdapat 7.9092 juta isirumah sahaja di Malaysia. Setiap tahun terdapat tambahan dalam 3% isirumah oleh itu tahun ini dianggarkan terdapat dalam 8.5 juta isirumah. Jika Rafizi kata 10 juta isirumah berpotensi jadi T15 bermaksud seluruh rakyat Malaysia akan berpotensi masuk dalam kategori T15. Rafizi, itu bukan T15, itu T100. Dan selebihnya 1.5 juta lagi isi rumah ini datang dari mana? Mungkin dia borong sekali isirumah pekerja asing Bangladesh, Indonesia, pelancong China, pelancong Afrika, isirumah hantu, polong dan jerangkung. Semua ini boleh masuk dalam T15 definasi Rafizi.

Jika semua yang berpotensi ini masuk, maka semua rakyat Malaysia akan masuk “T15” dan kena bayar minyak RON95 lebih tinggi. Takkan ini pun kamu tak faham, Rafizi? Sekarang saya faham mengapa kamu selalu mengelak untuk berdebat dengan saya.

Dan Rafizi kata lagi klasifikasi T15 ini akan ditentukan oleh pendapatan bersih dan lokasi tempat tinggal. Dia kena perjelas siapa yang sebenarnya kena bayar lebih ini? Orang bandar atau orang kampung? Jika isi-isirumah T15 ini duduk di bandar, maka yang kena bayar RON95 lebih adalah yang memang terpaksa guna banyak petrol untuk pergi balik kerja di bandar. Dan mereka juga perlu bayar tol.

Apa sudah jadi dengan menteri-menteri kerajaan hari ini? Cakap pusing-pusing definasi asas ekonomi pun kelaut. Cakap sahajalah kamu mahu ambil duit petrol rakyat lebih supaya kamu boleh belanja lebih, kan senang.

Source 

0 comments:

Catat Ulasan