Selasa, 20 September 2022

Koleksi Resepi: Yee Mee Sizzling

 RESEPI YEE MEE SIZZLING



Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)
3 gulung yee mee
5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air
Cara-caranya:
Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.
Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil. Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak. Tutup api dan angkat mee.
Kredit Resepi ini kpd Nor Azlindawati Salha Baharudin

Related Posts:

  • Koleksi Resepi:Sambal Ikan Tongkol RESEPI SAMBAL IKAN TONGKOLBahan2 Rebusan Ikan:🐟Ikan Tongkol🐟Garam🐟Nisan/Gula Melaka🐟Asam Keping📍Ikan tongkol direbus terlebih dahulu dgn semua bahan2 diatas.. Bila ikan dah masak, angkat dan toskan...air rebusan ja… Read More
  • Koleksi Resepi:Nasi Dagang Terengganu RESEPI NASI DAGANG TERENGGANUUntuk Nasi :-4 cwn beras ns dagang/beras wangi-1/2 cwn beras pulut ( X ltk pon blh)-2 cwn santan pekat-Garam/gula seckp rasa-7 ulas bwg merah ( dihiris)-3" halia (dihiris)-2sk halba direndam… Read More
  • Koleksi Resepi:Sate Ayam sate ayam (anggaran 130 cucuk)Bahan-bahan- 3 kg dada ayam dipotong dadu sedang2 jangan kecik sangat- Lidi sate.. Rendam dalam 4jam atau lebih untuk elak lidi sateterbakar semasa dibakar hehhehe- 25 sudu gula pasir- 2 su… Read More
  • Koleksi Resepi:Daging Masak Merah Daging Masak Merah.. Menu paling senang nak masak.. Dan sedap..Resepi & Bahan²..Rebus daging dgn pewarna merah (daging tak perlu di hiris) air rebusan daging tak perlu di buang.. Utk di jadikan kuah nanti..Setelah d… Read More
  • Koleksi Resepi:Ayam Goreng Seringgit Oh patutlah ayam goreng singgit akak laris lain macam semalam.. rupanya semalam KFC ada buat promo.. Agaknya dorang malas nak beratur.. dapat yg ala-ala kepci pun jadilah😂😂Alhamdulillah rezeki..oh kepci mohonlah selal… Read More

0 comments:

Catat Ulasan