"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Khamis, 8 Ogos 2024

Kisah Atok: 4 penyamun bermaharajalela sebelum rumah Atok dimasuki mereka

 

Gambar sekadar hiasan 

Oleh: Zahriman Alias 

Assalamualaikum.  Semalam atok buka cerita mengenai atok kena samun di rumah oleh 4 orang perompak dari negara seberang....cerita tu belum habis, masih ada hujungnya....

Tapi sorilah atok belum boleh cerita sambungnya...sebab cerita itu ada bahagian Part 1 yang atok belum tulis.....so atok tulis part 1 dulu lah ye....

Kejadian 16 tahun yang lalu....

Tiba2 saja kampung Sg Yu tempat atok duduk ni huru hara di serang perompak. Saban hari ada je kejadian berlaku....tiap kali mesti kejadian dilakukan oleh 4 orang, seorang bertutup muka dan tiga tidak menutup muka....mengapa ya.

Tiap kali mereka mengguna parang, tiap kali mereka ikat mangsa guna dawai besi yg mereka bawa sendiri, tiap kali masuk mengikut jendela yang diumpil, tiap kali mereka hanya ambil barang kemas, wang tunai, laptop dan hp...lain mereka tak minat...dan tiap kali berlaku antara jam 2-5 pagi sahaja. Loghat yg mereka gunakan loghat Indonesia...

Dah macam boleh dibaca segala perbuatan mereka...pastinya dilakukan oleh kumpulan yang sama...sudah 9 buah keluarga menjadi mangsa...ke10 siapa pula.. masing2 tertunggu2 siapa seterusnya...

Rumah atok belum kena...takkan mereka lupa atau tak nampak....rumah atok antara yang paling besar dalam kampung...

Kejadian bermula sekitar pertengahan 2008...16 tahun telah berlalu namun masih segar dalam ingatan.... Jerutan dawai di pergelangan tangan bagaikan masih  terasa2...sejuk mata 4 bilah parang berkilat yang diletak atas tengkuk atok jugak seolah2 masih terasa2 ngerinya....andai atok bergerak atau parang bergerak pasti berderik menghiris leher ku....siahpalih.

Penduduk Kg Sg Yu,  Kg Sg Terap, Kg Sg Gulang2 dan kawasan sekitar ramai, rumahnya banyak beribu buah....namun tumpuan perompak tersebut lebih kepada Kg  Sg Terap dan Kg Sg Yu...penduduk di sini bukan golongan orang kaya, rata2 penduduknya petani menanam sawit, kelapa dan sayuran...hanya sebilangan kecil peniaga, kerja kerajaan atau swasta... dan sebilangan kecil lagi pesara macam atok...

Mula2 kena sebuah rumah tak jauh dari rumah atok...dia bukan orang kaya tapi hidup sederhana...Masa perompak menyerbu masuk, orang tua tu melawan. Entah apa dalam otaknya masa tu tak sayangkan nyawa...dia peluk kuat2 seorang perompak dari belakang....lantas saja rakan perompak melibasnya dengan parang. Umur pakcik tu panjang.... perompak tak berniat membunuh...dia tak libas dengan mata parang...hanya katuk dengan belakang parang kt kaki. Kalau betul2 dia nak bunuh pakcik tu dah lama arwah.... Pengajaran nya di sini, kalau kita dalam situasi sedemikian...jangan melawan. Tak payah tunjuk handal, tak usah melatah...Wang ringgit boleh dicari. Atok difahamkan orang tua tu suatu masa pernah menjadi guru silat...haaih,  ini bukan masa untuk menunjukkan kehebatan silat awak.

Dalam satu lagi kejadian dalam kampung atok juga....perompak telah masuk, mengumpulkan isi rumah dan diikat...mereka mula menjalankan kerja menggeledah. Di satu ketika perompak membuka peti ais mengambil makanan dan minuman yang ada, mereka kemungkinan lapar....tiba2 isteri tuan rumah bersuara...

"Kau makan lah segala benda tu...aku tak halalkan, biar kau masuk neraka, dibakar api neraka...

Perompak nyata tak suka dengar ayat tu, dia suruh si isteri tu diam...tapi mulut perempuan tu terus mengomel mengulangi ayat yang sama....

Perompak tertekan...dia datang kepada perempuan tu dengan minuman dalam tin di tangan...ditonyohnya kuat2 tin air ke moncong kakak tu hingga hampir berdarah....

Pengajaran lagi... mengapa perlu agitate perompak tu...mereka manusia biasa, mungkin Islam saperti kita... mereka pasti marah didoakan secara terbuka perkara yang tidak elok. Mereka nak makan, biarkanlah, bukan rugi banyak pun....Alfatihah,  dah arwah pun kakak berkenaan beberapa tahun lepas.

Selepas berlaku beberapa kejadian, penduduk menjadi cemas....mengapakah kampung mereka saja menjadi sasaran sedangkan penduduknya bukan orang kaya....

Pada hemat atok ia dilakukan oleh kumpulan sama, orang yang sama...

Pada hemat atok mereka ada tak jauh mungkin duduk menyewa dalam kampung itu jugak...,atau mereka duduk dalam bangsal tinggal dalam kebun...

Pada hemat atok seorang dari mereka diguna sebagai recce untuk mencari maklumat dan untuk membeli makanan...tu sebab setiap kali hanya seorang memakai topeng untuk melindungi identity nya...

Pada hemat atok kumpulan ini professional, memang dilatih untuk melakukan kerja...

Pada hemat atok kumpulan ini hanya ingin merompak bukan untuk melakukan keganasan...

Penduduk kampung tekad untuk melakukan sesuatu....

Atok sendiri tekad untuk berbuat sesuatu...atok yakin dan pasti satu hari  mereka akan datang juga ke rumah atok....

Bersambung....

Source 

Koleksi Resepi:Nasir Dagang versi Kelantan

Resepi Nasi:

1)Rendam beras dagang semalaman, tos dan kemudian dikukus half way dan angkat

2)Santan, halia dan bawang kecil hiris, halba, garam, gula semua dicampur dan kacau sebati.

3)Campur santan dgn beras, biarkan sehingga santan resap dlm beras lebih kurang 10mins.

4)Kukus semula beras hingga masak. Jgn lama nanti nasi kering

Resepi gulai:

1)Ikan tongkol dipotong 1inch, rebus dgn asam keping, garam dan air sedikit hingga ikan kecut

2)Blender cili kering, lengkuas, kunyit hidup, bwg putih, bwh merah

3)Tumis bahan blender hingga pecah minyak

4)Masukkan santan, kacau sebati, masuk ikan dan air rebusan ikan, telur rebus, asam keping, lada merah, lada hijau

5)Masukkan timun yg dibuang biji, garam, gula dan aji

6)Kacau rata dan siap

Tips:

Air ikan adalah penyedap gulai. Jgn buang, masukkan dlm gulai tadi. Lada hijau dan merah juga membantu utk naikkan rasa gulai. Utk berniaga, tidak digalakkn campur timun tp boleh ganti dgn acar timun dan carrot.

Disclaimer:

Nasi dagang kelantan beras warna perang, nasi dagang terengganu beras seperti dlm gambar sy ni. So gulai kelantan, beras terengganu. 😘

Selamat mencuba!😍

Credit : Aku Zackh

Source 

Rabu, 7 Ogos 2024

Olimpik Paris 2024: Pocket Rocketman cipta rekod baharu kebangsaan

 Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang.

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang.

Kuala Lumpur: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mencipta rekod baharu kebangsaan pecut individu, apabila mencatat masa 9.402 saat (s) pada pusingan kelayakan di Saint Quentin en Yvelines, Paris.

Catatan masa dilakukannya itu, mengatasi rekod kebangsaan miliknya sendiri, 9.523s pada saingan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023, di Veledrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan tahun lalu.

Catatan itu sekali gus menyaksikan Azizul yang terkenal dengan jolokan The Poceket Rocketman mengakhiri aingan kelayakan pecut individu lelaki ditempat ke-10.

Seorang lagi wakil negara Muhammad Shah of Firdaus Sahrom mengakhiri saingan awal di kedudukan ke-24 menerusi 9.635 saat.

Walaupun tidak mencatatkan kedudukan lima terbaik namun dua wakil negara itu layak untuk meneruskan pejuangan dalam acara pecut yang akan bermula beberapa jam lagi.

Pelumba dari Belanda Harrie Lavreysen mencipta sensasi apabila mencipta rekod baru dunia selepas mengakhiri saingan pecut ditempat pertama menerusi 9.088 saat.

Pusingan kelayakan yang boleh dianggap paling pantas itu turut menyaksikan rekod dunia dipecahkan dua kali.

Pelumba Australia, Mathew Richardson terlebih dahulu mengatasi rekod dunia milik pelumba Belanda, Harrie Levreysen 9.099s, apabila merakam masa 9.091s.

Namun Levreysen yang terakhir ke trek, memintas catatan itu apabila merampas semula rekod dunia dengan catatan 9.088s.

-myMetro 

Kisah 'Hussein Gila' selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.

 ~Posting 6 tahun lepas, 30 July 2018~

Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah sebuah surau di Klang, Selangor Darul Ehsan. Telatah Hussien Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.

Patutlah dah lama tak nampak Husain, rupanya dia dah pergi meniggalkan dunia yg fana ini. Dia di gelar Husein gila sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal.

Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak bleh nak kata apa-apa.

Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus gigi nya.

Bila di tanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.

Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. Subhanallah!

Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?’.

Last-last jemaah imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Husein marilah solat sama?’ Dia tempik nya jemaah tu. ‘Kan ALLAH SWT kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la! SubhanALLAH.

Siapa Husein ni sebenarnya? yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.

Paling terkejut skali Husein bebel2. ‘Mana muazzin ni tak azan ke dh nak Maghrib ni, aku jelah Azan kan’. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja.

Subhanallah saat dia Azan, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘Pandai kau Azan ye?’ jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH SWT tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Lepas tu dia gelak.

saat jenazah Husien smpai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.

ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nmpak dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.

Seminggu Surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macamtu orang doakan. Bayangkann 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahtraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila.

Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya.

Semoga menjadi iktibar buat kita smua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.

ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.

Muhasabah diri sendiri dan untuk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.

Kredit : Sebuah Surau ALLAH SWT di kampungan Klang Selangor.

Kisah Atok:4 penyamun masuk rumah Atok selepas 3 hari selesai kenduri kahwin

 Cerita kena samun

Gambar sekadar hiasan

Oleh: Zahriman Alias 

Pada malam ini 16 tahun lalu, jam 3 pagi atok bangun dari tidur untuk ke tandas. Suasana sepi aman terteram...3 Hari sebelumnya rumah atok hiruk pikuk, kelam kelibut kerana atok buat kenduri kawin anak ke3 di rumah ...malam berkenaan tinggal lah atok berdua dengan uwan macam biasa....penat lelah kerja kenduri masih belum hilang sepenuhnya.

Sehari sebelumnya atok masih sibuk kesana kemari melunaskan hutang2 yang perlu dijelaskan....hutang kontrak makan, hutang khemah dan meja, pelamin, pembesar suara, kompang.... macam2. Alhamdulillah semua telah dilunaskan pada hari tersebut...baki tunai adalah rm3-4k, note besar simpan dalam beg selendang kulit atok bawak ke sana kemari belum sempat ke bank , maklum hujung minggu. Wang rm5 dan rm10 masih bertaburan dalam laci almari...belum dihitung. Jumlah banyak jugak maklum para sahabat dan orang2 kampong kebanyakan hulur duit kecil....takpelah, fikir atuk ...bila senang dikutip dan hantar ke bank.

Malam tu...selepas ke tandas atok duduk kejap depan TV tengok sukan snooker, sukan kegemaran atok suatu ketika. Habis sukan duduk pulak mengadap computer juga di ruang tamu...asik picit sana, tekan sini hilang pemikiran di alam maya. Pada masa tu belum ada fb dan WhatsApp tapi masih seronok menyelami benda yg baru dan menakjubkan....

Sepuluh minit di meja computer, jam tepat 4.15  pagi konsentrasi atok tersentak...terdengar bunyi tapak kaki orang berlari laju atas lantai...banyak kaki...atok toleh ke kanan bunyi dari bilik hujung....tergamam atok dengan kehadiran 4 lelaki badan kecil, kulit gelap sawo matang ...berlari ke arah atok. Di tangan mereka terhunus parang2 panjang tajam berkilat. Beberapa saat saja sudah sampai ke tempat atok duduk, serentak ke empat2 parang telah terletak di leher dan tengkuk atok...hilang segala ilmu silat yang dipelajari, hilang segala langkah menepis Dan menyerang semula yang diajar Tok guru Ustaz Hanafi....malah atok nak bangun dari tempat duduk pun tak sempat.

Atok hanya mampu mengangkat kedua2 tangan ke atas sambil berkata...ok3. 

Mereka tidak berkata apa2....lantas saja mengikat tangan atok ke depan dengan dawai kasar yang mereka bawa. Khuatir tangan atok terjerut ketat, atok menyilang sedikit tangan atok semasa dia menyimpai, jadi taklah terasa ketat sangat. 

Kekecohan di luar bilik buat uwan terjaga...dia keluar dari bilik dengan busar panah di tangan...uwan, uwan...itu panah hiasan...hehehe. Tapi semangat melawan uwan  tetap atok sanjung....

Mereka merentap uwan, disuruh  duduk sebelah atok, tangannya pun diikat lebih ketat dari atok. Kaki uwan tak diikat. Mereka guna pula tali busar panah untuk ikat kaki atok....

Sori atok stop dulu...kejap lagi atok sambung cerita...uwan nak ajak atok pergi pasar tani...tunggu ye...!

Uwan kelihatan sangat trauma...muka pucat, hampir gigil...apatah lagi bila si ketua perompak menyeluk lehernya, menggenggam Dan merentap rantai emas yang dipakainya...terdengar suara uwan merengek kesakitan terutama bila dia merentap cuping telinga uwan untuk mengambil subang, jugak rantai emas di tangan. Namun atok sangat bersyukur uwan selamat dari bahaya yang sangat besar....mereka cuba menanggalkan gelang bulat Jade yg uwan pakai...gelang tu sebenarnya adalah Jade ori yang berharga atok beli semasa kami melawat Negeri China....gelang tu memang ketat tak boleh di bukak jika tidak mengguna kaedah tertentu dan hanya boleh dibuka di kedai emas. Perompak tak  jadi mengambil gelang itu...mungkin mereka sangka ia hanya jade tiruan. Bayangkan jika mereka tau it barang berharga, tidak ke mungkin tangan uwan telah dipotong oleh mereka....

Seriklah uwan...selepas dari peristiwa itu dia tidak lagi mau memakai gelang jadenya....

Selepas kedua2 kami diikat, dua orang perompak tinggal menjaga kami, parang sentiasa berada dileher kami...kami disuruh tunduk tidak dibenar melihat muka mereka...namun sebelum itu atok sudah dapat  melihat bilangan mereka 4 orang, kulit semacam punya gelap, saiz kecil tidak sasa...bahasa mereka memang Indonesia tapi loghat apa atok tak pasti sebab tak pernah mendengar loghat it...jugak atok langsung tak faham bahasa yg mereka guna. 

Salah seorang dari mereka menutup muka menggunakan T shirt atok yang mereka peroleh dari bilik hujung tempat mereka masuk melalui tingkap. Yang bertiga lagi tak tutup muka....

Sementara dua orang menjaga kami, yg lagi dua terus menggeledah. Mereka beri tumpuan kepada bilik tidur atok...pastinya mereka fikir kalau nak cari barang berharga mesti Ada dalam bilik tidur kami...namun puas mereka geledah namun tak jumpa wang tunai, dompet atok atau barang kemas uwan....mereka acap kali datang dan bertanyakan...Wangnya mana...masnya mana...??

Flasback sikit....sebelum kejadian di rumah atok, perompak yang sama  sudah mengganas di dalam kampung Sg Yu tempat atok ni. Dah 9 rumah mereka ceroboh berlaku selang 3-4 hari. MO yg digunakan semua sama...masuk dari tingkap atau pintu yg diumpil, ikat dengan dawai, dan seorang tutup muka....ekorannya seluruh kampung sudah berjaga2, tiap lorong dan pintu masuk dibuat pos peronda, tiap malam hampir seluruh penduduk lelaki keluar meronda atau atau bersiap siaga di pos2 yg didirikan...atok dan uwan juga pernah join mereka buat rondaan...

Pada malam kejadian di rumah atok...jam 2 pagi telah berlaku kegemparan di sebuah rumah 1km dari rumah atok. Semua penduduk rush kesana...30-40 biji motor, tapi hanya false alarm, tak ada apa2 yg dijumpai. Atok andaikan false alarm itu sengaja dibuat oleh perompak berkenaan untuk mengalih pandangan penduduk yg berjaga...jam 4 pagi mereka senyap2 tiba di rumah atok....

Aneh jugak rasanya...atok sendiri sepanjang masa perompak berada dalam rumah selama 20 minit, atok macam cool je, tak cemas, taklah gentar sangat...ini disebabkan salah seorang perompak itu acap kali berkata...Maaf Pak, kami hanya cari makan. Jadi kefahaman atok mereka tak akan mencederakan kami. Namun rasa cuak tetap ada...sebab mereka tak jumpa duit dan barang kemas. Mereka sering saja datang bertanyakan... Wangnya mana, masnya mana...

Suatu ketika si ketua memanggil kesemua rakannya masuk kedalam bilik atok...Tak tau apa mereka bincangkan. Atok dan uwan ditinggalkan bersendirian diluar bilik...

Uwan lantas hendak bangun sebab kakinya tidak berikat....Saya lari ye, katanya...

Jangan...duduk diam...kata atok.

Ish....Naya nanti kalau uwan lari. Dia belum lepas kemana parang dah sampai di belakang kepala. Jadi kami duduklah diam2 walau tiada siapa menjaga kami...

Last sekali ketua perompak datang pula... Wangnya mana, masnya mana...ketika itu baru atok nampak yang beg selendang atok dah sedia ada tersangkut di leher dia...patutlah dia cari tak jumpa.

Itu dalam beg ada wang 3 ribu....atok beritau. Lantas dia membuka dan menyeluk...sah semua duit ada di sana. Terus saja dia menelipon seseorang bercakap bahasa Melayu...ayoh, kami keluar sekarang.

Mereka buka pintu depan dan menyelinap keluar di dalam kegelapan malam....

Atok segera dapat melepaskan diri sebab tangan atok sengaja disilangkan semasa dia menyimpai...jadi dia longgar dan mudah diloloskan...

Sekian episod pertama....kalau nak tau apa jadi kepada perompak2 itu...mungkin atok Sambung lagi episod akan datang... Juga true story dan bukan rekaan....

Source 

Selasa, 6 Ogos 2024

Geely Galaxy E5 kembar Proton eMas 7 dilancar di China – bermula RM70k, lawan terus untuk BYD Atto3

 


Selepas didedahkan pada Mei lalu, SUV EV Geely Galaxy E5 secara rasminya dilancarkan di pasaran China pada Sabtu, 3 Ogos lalu. Apa yang menarik, pelancaran itu dibuat hanya sehari selepas model kembar yang dibangunkan bersama iaitu Proton eMas 7 (ditulis e.MAS 7) didedahkan di Malaysia pada Jumaat lalu.

Pada pasaran berkenaan Galaxy E5 dijual pada harga bermula 112,800 yuan (RM70k) hingga 148,800 yuan (RM92k), lebih murah berbanding harga anggaran 123,000 yuan (RM76k) hingga 157,000 yuan (RM97k) yang diumumkan Geely sebelum ini. Malah menurut laporan CarNewsChina, pelanggan yang membeli model ini sebelum 1 Oktober, mereka turut ditawarkan dengan diskaun 3,000 yuan (RM1.8k) membolehkan ia dijual pada harga lebih murah bermula 109,800 yuan (RM68k).

Geely Galaxy E5 dan Proton eMas7 dihasilkan dengan dimensi 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar, 1,670 mm tinggi dengan jarak roda 2,750 mm. Jadi SUV ini akan bertanding dalam kelas segmen-C dan di China Galaxy E5 merupakan lawan terus kepada BYD Atto 3 yang hadir dalam saiz dan kelengkapan hampir sama.

Geely Galaxy E5 kembar Proton eMas 7 dilancar di China – bermula RM70k, lawan terus untuk BYD Atto3

Ia merupakan model yang diasaskan dari platform Global Intelligent New Energy Architecture (GEA), atau untuk Proton ia dikenali sebagai platform Global Modular Architecture (GMA). Platform ini juga sebenarnya adalah evolusi yang diasaskan dari Sustainable Experience Architecture (SEA) yang dibangunkan oleh Geely untuk digunakan oleh jenama-jenama dibawah naungannya yang lain.

230 tenaga kerjas dari Proton, membolehkan ia dikenali sebagai model usahasama kedua-dua jenama tersebut.

Oleh itu unit-unit awalan untuk Proton eMas 7 kelak akan diimport sepenuhnya (CBU) dari China terlebih dahulu, dan dengan harga baharu yang diumumkan oleh Geely ini mungkin boleh membayangkan eMas 7 akan dijual pada harga bermula sekitar RM100k untuk permulaan, ia tahap minimum yang ditetapkan oleh kerajaan bagi EV CBU hingga hujung tahun depan.

Selepas ia dihasilkan sebagai model pemasangan tempatan (CKD) kelak, Proton eMas 7 mungkin boleh dijual pada harga bermula bawah RM100k.




Sumber

Sabtu, 3 Ogos 2024

"Datuk Lee Chong Wei, Lagenda Badminton Malaysia!

 "Datuk Lee Chong Wei, Lagenda Badminton Malaysia!"

Oleh: Azizul Farhan

Bila cakap pasal Olimpik, mesti ramai teringat nama Lee Chong Wei. Beliau bukan setakat pemain badminton biasa, tapi seorang wira yang penuh semangat juang. 

Dari Beijing ke London sampai Rio, Chong Wei tak pernah kenal erti putus asa. Walaupun selalu dapat pingat perak, beliau tetap jadi idola ramai orang.

Bayangkan, setiap kali beliau masuk gelanggang, beliau bawa harapan satu Malaysia. Semua orang doa dan harap dia menang. 

Chong Wei lawan habis-habisan, tak kira lawannya Lin Dan ke, Chen Long ke, beliau tetap bagi yang terbaik. Kisah beliau di Olimpik bukan sekadar tentang pingat, tapi tentang semangat, usaha dan inspirasi untuk kita semua.

Anak jati Bagan Serai, Perak ini dilahirkan pada 21 Oktober 1982. Siapa sangka, minat awal Chong Wei sebenarnya adalah sukan bola keranjang. 

Namun, demi kesihatan dan kesejahteraan anaknya, ibunya melarang Chong Wei dari bermain bola keranjang yang dimainkan di bawah terik matahari. 

Pada usia 11 tahun, bapanya membawanya ke gelanggang badminton, satu keputusan yang akhirnya membuka lembaran baru dalam hidupnya.

Jurulatih Teh Peng Huat adalah individu pertama melihat potensi luar biasa dalam diri Chong Wei. Dengan latihan intensif selepas waktu persekolahan, Chong Wei diasuh menjadi pemain yang hebat. 

Namun, transformasi terbesar berlaku ketika legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek, mengambilnya di bawah bimbingan pada usia 17 tahun. 

Dedikasi, disiplin dan kesungguhan Chong Wei meletakkannya di puncak dunia badminton memegang status pemain nombor satu dunia untuk 349 minggu, satu rekod yang sukar ditandingi.

Salah satu sorotan terbesar dalam karier Chong Wei adalah pencapaian luar biasanya di pentas Sukan Olimpik. Pada temasya Olimpik Beijing 2008, London 2012, dan Rio de Janeiro 2016, Chong Wei mengharumkan nama Malaysia dengan meraih pingat perak sebanyak tiga kali berturut-turut. 

Walaupun tidak berjaya membawa pulang emas, pencapaiannya tetap luar biasa dan menjadikannya sebagai salah seorang atlet paling berjaya dalam sejarah negara.

Siapa juga yang tidak kenal dengan perseteruan epik antara Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan, jaguh badminton dari China. Pertarungan antara mereka selalu dinantikan peminat sukan seluruh dunia. 

Dalam 40 pertembungan, Lin Dan menang sebanyak 28 kali, namun setiap perlawanan menyajikan aksi yang mendebarkan. Detik paling dramatik adalah di Olimpik Rio 2016, di mana Chong Wei akhirnya menewaskan Lin Dan di peringkat separuh akhir, namun tewas kepada Chen Long di final. 

Harapan Malaysia untuk melihat emas Olimpik dalam genggaman Chong Wei musnah sekali lagi, tetapi kegigihannya tetap memberi inspirasi.

Tidak dinafikan, perjalanan karier Chong Wei bukan hanya dipenuhi dengan kegemilangan, tetapi juga kontroversi dan cabaran. 

Pada tahun 2015, beliau terpalit dengan isu doping yang menyebabkan beliau digantung selama lapan bulan. Namun, semangat juangnya tidak pernah luntur. 

Selepas kembali ke gelanggang, beliau terus memburu kejayaan demi kejayaan, membuktikan bahawa beliau adalah seorang pejuang sejati.

Pada 13 Jun 2019, seluruh negara terkejut apabila Datuk Lee Chong Wei mengumumkan persaraannya. Diduga kanser hidung pada 2018, kesihatannya tidak lagi mengizinkan beliau untuk terus beraksi di tahap tertinggi. 

Namun, legasi yang ditinggalkannya tetap abadi. Dengan 69 gelaran kejohanan termasuk 46 kejuaraan Superseries BWF dan status sebagai pemain nombor satu dunia selama 349 minggu, Datuk Lee Chong Wei akan selalu diingati sebagai wira sukan negara.

Kini, legasi Datuk Lee Chong Wei terus memberi inspirasi kepada generasi muda. Ramai pemain muda seperti Lee Zii Jia, Ng Tze Yong, dan Cheam June Wei yang menjadikan beliau sebagai idola. 

Kepada Datuk Lee Chong Wei, terima kasih atas segala jasa dan pengorbananmu. Anda bukan hanya seorang lagenda, tetapi juga sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia. 

Kisahmu akan terus diceritakan, dari satu generasi ke generasi seterusnya. Terima kasih, wira negara!

Credit 

___


Selain Lee Chong Wei, bagaimana tokoh-tokoh terkemuka di dunia capai kejayaan seperti hari ini? Korang boleh baca lagi kisah lain di dalam HIDDEN GENIUS dalam Bahasa Melayu! Dapatkan segera: https://shope.ee/6ANwVfKSpc

As Syahid Ismail Haniyeh....Kisah sekeping gambar dari anaknya

 Anaknya meriwayatkan kisah gambar ini..


Sudah tiba masanya tubuh ini berehat.

Selepas dua hari penuh dengan pertemuan dan rundingan, ayah saya pulang ke rumahnya keletihan dan penat dari salah satu mesyuarat yang diadakan untuk menghentikan serangan penjajah Zionis.

Ayah saya, yang berjuang di bawah tanggungjawab memegang amanah rakyat dan beban berat perjuangan suci, tidur tanpa menukar pakaiannya kerana keletihan.

Oleh itu, saya mengambil gambar ini.

Saya tahu bahawa suatu hari nanti ayah saya akan meninggalkan dunia ini setelah menjalankan tugasnya di dunia, menyerahkan amanah yang dipegangnya dan mengangkat panji-panji jihad kepada generasi yang akan memikul tanggungjawab ini selepasnya.

Perjuangannya adalah perjuangan yang menolak pencemaran, tunduk, mengakui musuh yang menjajah, dan menyerah kalah.

Beliau menyerahkan panji dan pergi tanpa menandatangani sebarang perjanjian yang mengabaikan Palestin dalam perjuangan yang diamanahkan kepadanya.

Semasa pemergiannya, para pejuang dan tenteranya berada di barisan hadapan, menghina musuh di tanah.

Mu’az, anak syahid Ismail Haniyeh

[https://t.me/drwasfy](https://t.me/drwasfy)

Source 

Jumaat, 2 Ogos 2024

Olimpik Paris 2024:Mimpi emas berkecai

 WOOI Yik (kiri) dan Aaron terpaksa akur dengan kehebatan Wei Keng-Wang Chang. FOTO Bernama

WOOI Yik (kiri) dan Aaron terpaksa akur dengan kehebatan Wei Keng-Wang Chang. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Harapan menyaksikan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menukar warna pingat tiga tahun lalu tidak kesampaian apabila terkandas di peringkat separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas tewas kepada pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, Aaron-Wooi Yik terpaksa akur apabila kalah dalam pertarungan tiga set 19-21, 21-15, 17-21 dalam tempoh 72 minit.

Pasangan bekas juara dunia itu bermula sedikit goyah namun memberi tentangan sebelum tewas 19-21 pada set pertama.

Memasuki set kedua Aaron-Wooi Yik bermula garang dengan permainan agresif dipamerkan apabila mendahului 11-8.

Keyakinan Aaron-Wooi Yik semakin menyerlah apabila mendahului 19-14 sebelum menang 21-15 dalam tempoh 22 minit untuk membawa perlawanan ke set penentuan.

Perlawanan di set ketiga semakin tegang dan mendebarkan apabila beregu China mula memberi tekanan dengan mengekori rapat mata demi mata untuk mengikat kedudukan sembilan sama dan akhirnya menang 21-17.

Kekalahan itu menyaksikan Aaron-Soh Wooi Yik akan turun pada penentuan pingat gangsa.

Kali terakhir gandingan negara mara ke final pentas Olimpik adalah menerusi Goh V Shem-Tan Wee Kiong di Rio 2016 yang menyaksikan mereka membawa pulang perak.

-myMetro 

60 ahli keluarga As Syahid Ismail Haniyeh telah syahid. Dan takdirnya beliau pula menyusul...

 60 ahli keluarga beliau telah syahid. Dan takdirnya beliau pula menyusul...

Rasulullah sendiri 13 kali paling kurang menghadapi cubaan měmbunuh sepanjang hayat Baginda. Sayidina Umar mati kena tikåm semasa solat di masjid. Sayidina Utsman mati kena bůnuh di rumahnya. Demikian sunnah berjuang pemimpin Islam. Alhamdulillah, syahid buat Ismail Haniyeh. 

Berita semalam membawa saya untuk ulang kaji sirah Nabi dalam hal ini. Maka berikut ialah catatan ringkas berkenaan beberapa percubaan měmbunuh Rasulullah di luar medan perang. Dalam perang belum ambil kira lagi. Saya sertakan sedikit teks riwayat asalnya untuk sesiapa nak jejak dan rujuk sendiri.

Semasa di Makkah:

1. Abu Jahal cuba nak pijak tengkuk Nabi semasa Baginda solat tetapi dia tidak jadi sebab nampak parit api dahsyat di depan. Riwayat Muslim

‎وَاللَّاتِ وَالْعُزَّى لَئِنْ رَأَيْتُهُ يَفْعَلُ ذَلِكَ لَأَطَأَنَّ عَلَى رَقَبَتِهِ أَوْ لَأُعَفِّرَنَّ وَجْهَهُ فِي التُّرَابِ

2. Uqbah bin Abu Mu'it jerut tengkuk Nabi dengan kain namun diselamatkan Abu Bakar. Ini antara pengalaman paling dahsyat dialami Nabi. Riwayat al-Bukhari.

‎عُقْبَةَ بْنَ أَبِي مُعَيْطٍ جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ ﷺ وَهُوَ يُصَلِّي فَوَضَعَ رِدَاءَهُ فِي عُنُقِهِ فَخَنَقَهُ بِهِ خَنْقًا شَدِيدًا فَجَاءَ أَبُو بَكْرٍ حَتَّى دَفَعَهُ عَنْهُ فَقَال: }أَتَقْتُلُونَ رَجُلًا أَنْ يَقُولَ رَبِّيَ اللَّهُ وَقَدْ جَاءَكُمْ بِالْبَيِّنَاتِ مِنْ رَبِّكُمْ

3. Amru bin al-As pernah rancang nak bünuh Nabi. Riwayat Muslim

‎لَقَدْ رَأَيْتُنِي وَمَا أَحَدٌ أَشَدَّ بُغْضًا لِرَسُولِ اللَّهِ ﷺ مِنِّي ، وَلَا 

أَحَبَّ إِلَيَّ أَنْ أَكُونَ قَدْ اسْتَمْكَنْتُ مِنْهُ فَقَتَلْتُهُ

4. Umar cari Nabi nak bůnuh Baginda. Kisah permulaan keislaman Umar. Riwayat Ibn Ishak

‎خَرَجَ عُمَرُ يَوْمًا مُتَوَشّحًا سَيْفَهُ يُرِيدُ رَسُولَ اللّهِ ﷺ وَرَهْطًا مِنْ أَصْحَابِهِ قَدْ اجْتَمَعُوا فِي بَيْتٍ عِنْدَ الصّفَا

5. Quraisy tawarkan Abu Talib supaya serahkan Nabi untuk mereka bůnuh. Gantinya Abu Talib dapat seorang pemuda hebat. Riwayat Ibn Ishak

‎يا أبا طالب، هذا عمارة بن الوليد أنهد فتى في قريش وأجمله، فخذه.. فلك عقله ونصره، واتخذْه ولدا فهو لك !.. وأسلم إلينا ابن أخيك هذا الذي قد خالف دينك ودين آبائك، وفرق جماعة قومك، وسفه أحلامنا فنقتله فإنما هو رجل برجل !

6. Quraisy nak bůnuh Nabi pada malam hijrah. 

7. Suraqah bin Malik cuba nak bunůh Nabi semasa hijrah. Riwayat al-Bukhari

‎جاءَنا رُسُلُ كُفَّارِ قُرَيْشٍ يَجْعَلُونَ في رَسولِ اللَّهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وأَبِي بَكْرٍ دِيَةَ كُلِّ واحِدٍ منهما؛ مَن قَتَلَهُ أوْ أسَرَهُ،

8. Fadhalah bin Umair cuba nak bůnuh Nabi ketika Baginda tawaf. Masa itu Nabi dah berjaya tawan Makkah. Dia dah datang dekat dengan Nabi tapi dulu tegurnya, "Awak Fadhalah?" Riwayat Ibn Hisyam.

‎إنّ فَضَالَةَ بْن عُمَيْرِ بْنِ الْمُلَوّحِ اللّيْثِيّ أَرَادَ قَتْلَ النّبِيّ ﷺ وَهُوَ يَطُوفُ بِالْبَيْتِ عَامَ الْفَتْحِ فَلَمّا دَنَا مِنْهُ . قَالَ رَسُولُ اللّهِ ﷺ: " أَفَضَالَةُ ؟ " قَالَ نَعَمْ فَضَالَةُ يَا رَسُولَ اللّهِ ﷺ .. قَالَ : " مَاذَا كُنْت تُحَدّثُ بِهِ نَفْسَك ؟ " قَالَ: لَا شَيْءَ كُنْت أَذْكُرُ اللّهَ  قَالَ : فَضَحِكَ النّبِيّ

Semasa di Madinah:

9. Amir bin Tufail dan Arbad nak bůnuh Nabi. Nabi sudah ada depan mata mereka tapi tak berjaya. Riwayat Ibn Hisyam

‎وَاَللّهِ لَقَدْ كُنْتُ آلَيْتُ أَنْ لَا أَنْتَهِيَ حَتّى تَتْبَعَ الْعَرَبُ عَقِبِي ، أَفَأَنَا أَتْبَعُ عَقِبَ هَذَا الْفَتَى مِنْ قُرَيْشٍ ؟! ثُمّ قَالَ لِأَرْبَدَ: إذَا قَدِمْنَا عَلَى الرّجُلِ فَإِنّي سَأَشْغَلُ عَنْك وَجْهَهُ ، فَإِذَا فَعَلْتُ ذَلِكَ فَاعْلُهُ بِالسّيْفِ 

10. Ghaurats bin Harits hampir berjaya bůnuh Nabi. Ketika itu Nabi tertidur berseorangan di bawah pokok dalam satu perjalanan. Nabi tersedar, Ghaurats sudah berada dekat kepala Baginda dengan pedang. Riwayat Ahmad

‎مَنْ يَمْنَعُكَ مِنِّي؟ قَالَ: «اللَّهُ» ، فَسَقَطَ السَّيْفُ مِنْ يَدِهِ، فَأَخَذَهُ رَسُولُ اللَّهِ

11. Yahudi Bani Nadhir cuba bůnuh Nabi. Mereka nak hempapkan batu dari atas bumbung ketika Rasulullah duduk dekat dinding sebuah rumah mereka. Riwayat Ibn Ishak

‎فَمَنْ رَجُلٌ يَعْلُو عَلَى هَذَا الْبَيْتِ فَيُلْقِي عَلَيْهِ صَخْرَةً فَيُرِيحُنَا مِنْهُ ؟

12. Yahudi Khaibar cuba nak bunűh Nabi. Mereka hadiahkan hidangan kambing yang diletak racun. Riwayat al-Bukhari

‎لَمَّا فُتِحَتْ خَيْبَرُ، أُهْدِيَتْ لِرَسُولِ اللَّهِ ﷺ شَاةٌ فِيهَا سمٌّ

13. Sekumpulan munafik cuba nak bůnuh Nabi dalam perjalanan pulang dari Tabuk. Ketika itu malam. Mereka dah ekori Nabi senyap-senyap. Mujur ada Huzaifah bin al-Yaman. Mereka pun lari masuk semula dalam tentera. Huzaifah tak dapat siapa mereka. Nabi pun beritahu Huzaifah nama seorang-seorang namun Nabi minta rahsiakan. Riwayat Ibn Ishak.

‎لما قفل رسول الله ﷺ من تبوك إلى المدينة همّ جماعة من المنافقين بالفتك به وأن يطرحوه من رأس عقبة في الطريق، فأُخْبِر بخبرهم

Begitulah. Selepas beberapa lama hambar, semalam rasa segar semula ketika mengaminkan qunut nazilah. Teringat juga sabda sentap Rasulullah ini;

مَن ماتَ ولَمْ يَغْزُ، ولَمْ يُحَدِّثْ به نَفْسَهُ، ماتَ علَى شُعْبَةٍ مِن نِفاقٍ.

"Sesiapa yang mati tetapi tidak pernah berperang, dan dia tidak pernah pula berangan-angan nak berpërang, dia mati atas satu cabang kemunafikan!" (Riwayat Muslim)

Dimana agaknya kita kan!!!

.Copy paste.