Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Selepas dua hari penuh dengan pertemuan dan rundingan, ayah saya pulang ke rumahnya keletihan dan penat dari salah satu mesyuarat yang diadakan untuk menghentikan serangan penjajah Zionis.
Ayah saya, yang berjuang di bawah tanggungjawab memegang amanah rakyat dan beban berat perjuangan suci, tidur tanpa menukar pakaiannya kerana keletihan.
Oleh itu, saya mengambil gambar ini.
Saya tahu bahawa suatu hari nanti ayah saya akan meninggalkan dunia ini setelah menjalankan tugasnya di dunia, menyerahkan amanah yang dipegangnya dan mengangkat panji-panji jihad kepada generasi yang akan memikul tanggungjawab ini selepasnya.
Perjuangannya adalah perjuangan yang menolak pencemaran, tunduk, mengakui musuh yang menjajah, dan menyerah kalah.
Beliau menyerahkan panji dan pergi tanpa menandatangani sebarang perjanjian yang mengabaikan Palestin dalam perjuangan yang diamanahkan kepadanya.
Semasa pemergiannya, para pejuang dan tenteranya berada di barisan hadapan, menghina musuh di tanah.
WOOI Yik (kiri) dan Aaron terpaksa akur dengan kehebatan Wei Keng-Wang Chang. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Harapan menyaksikan beregu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menukar warna pingat tiga tahun lalu tidak kesampaian apabila terkandas di peringkat separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 selepas tewas kepada pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chang sebentar tadi.
Pada aksi yang berlangsung di Porte de La Chapelle Arena, Aaron-Wooi Yik terpaksa akur apabila kalah dalam pertarungan tiga set 19-21, 21-15, 17-21 dalam tempoh 72 minit.
Pasangan bekas juara dunia itu bermula sedikit goyah namun memberi tentangan sebelum tewas 19-21 pada set pertama.
Memasuki set kedua Aaron-Wooi Yik bermula garang dengan permainan agresif dipamerkan apabila mendahului 11-8.
Keyakinan Aaron-Wooi Yik semakin menyerlah apabila mendahului 19-14 sebelum menang 21-15 dalam tempoh 22 minit untuk membawa perlawanan ke set penentuan.
Perlawanan di set ketiga semakin tegang dan mendebarkan apabila beregu China mula memberi tekanan dengan mengekori rapat mata demi mata untuk mengikat kedudukan sembilan sama dan akhirnya menang 21-17.
Kekalahan itu menyaksikan Aaron-Soh Wooi Yik akan turun pada penentuan pingat gangsa.
Kali terakhir gandingan negara mara ke final pentas Olimpik adalah menerusi Goh V Shem-Tan Wee Kiong di Rio 2016 yang menyaksikan mereka membawa pulang perak.
60 ahli keluarga beliau telah syahid. Dan takdirnya beliau pula menyusul...
Rasulullah sendiri 13 kali paling kurang menghadapi cubaan měmbunuh sepanjang hayat Baginda. Sayidina Umar mati kena tikåm semasa solat di masjid. Sayidina Utsman mati kena bůnuh di rumahnya. Demikian sunnah berjuang pemimpin Islam. Alhamdulillah, syahid buat Ismail Haniyeh.
Berita semalam membawa saya untuk ulang kaji sirah Nabi dalam hal ini. Maka berikut ialah catatan ringkas berkenaan beberapa percubaan měmbunuh Rasulullah di luar medan perang. Dalam perang belum ambil kira lagi. Saya sertakan sedikit teks riwayat asalnya untuk sesiapa nak jejak dan rujuk sendiri.
Semasa di Makkah:
1. Abu Jahal cuba nak pijak tengkuk Nabi semasa Baginda solat tetapi dia tidak jadi sebab nampak parit api dahsyat di depan. Riwayat Muslim
2. Uqbah bin Abu Mu'it jerut tengkuk Nabi dengan kain namun diselamatkan Abu Bakar. Ini antara pengalaman paling dahsyat dialami Nabi. Riwayat al-Bukhari.
5. Quraisy tawarkan Abu Talib supaya serahkan Nabi untuk mereka bůnuh. Gantinya Abu Talib dapat seorang pemuda hebat. Riwayat Ibn Ishak
يا أبا طالب، هذا عمارة بن الوليد أنهد فتى في قريش وأجمله، فخذه.. فلك عقله ونصره، واتخذْه ولدا فهو لك !.. وأسلم إلينا ابن أخيك هذا الذي قد خالف دينك ودين آبائك، وفرق جماعة قومك، وسفه أحلامنا فنقتله فإنما هو رجل برجل !
6. Quraisy nak bůnuh Nabi pada malam hijrah.
7. Suraqah bin Malik cuba nak bunůh Nabi semasa hijrah. Riwayat al-Bukhari
8. Fadhalah bin Umair cuba nak bůnuh Nabi ketika Baginda tawaf. Masa itu Nabi dah berjaya tawan Makkah. Dia dah datang dekat dengan Nabi tapi dulu tegurnya, "Awak Fadhalah?" Riwayat Ibn Hisyam.
10. Ghaurats bin Harits hampir berjaya bůnuh Nabi. Ketika itu Nabi tertidur berseorangan di bawah pokok dalam satu perjalanan. Nabi tersedar, Ghaurats sudah berada dekat kepala Baginda dengan pedang. Riwayat Ahmad
11. Yahudi Bani Nadhir cuba bůnuh Nabi. Mereka nak hempapkan batu dari atas bumbung ketika Rasulullah duduk dekat dinding sebuah rumah mereka. Riwayat Ibn Ishak
13. Sekumpulan munafik cuba nak bůnuh Nabi dalam perjalanan pulang dari Tabuk. Ketika itu malam. Mereka dah ekori Nabi senyap-senyap. Mujur ada Huzaifah bin al-Yaman. Mereka pun lari masuk semula dalam tentera. Huzaifah tak dapat siapa mereka. Nabi pun beritahu Huzaifah nama seorang-seorang namun Nabi minta rahsiakan. Riwayat Ibn Ishak.
لما قفل رسول الله ﷺ من تبوك إلى المدينة همّ جماعة من المنافقين بالفتك به وأن يطرحوه من رأس عقبة في الطريق، فأُخْبِر بخبرهم
Begitulah. Selepas beberapa lama hambar, semalam rasa segar semula ketika mengaminkan qunut nazilah. Teringat juga sabda sentap Rasulullah ini;
"Sesiapa yang mati tetapi tidak pernah berperang, dan dia tidak pernah pula berangan-angan nak berpërang, dia mati atas satu cabang kemunafikan!" (Riwayat Muslim)
Meriah dalam suasana tradisi berlatarkan rimbunan pokok getah yang menghijau.
Demikian uniknya pasar pagi di Kampung Guntong, Pasir Puteh, Kelantan turut dikenali sebagai Pasar Pendekar dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong luar.
Terletak kira-kira 3.5 kilometer (km) dari bandar Pasir Puteh, pasar pagi berkenaan kini menjadi antara tarikan utama pengunjung dari luar untuk ke daerah itu.
Pasar pagi seluas dua hektar itu mula beroperasi setiap Jumaat sejak lebih 10 tahun lalu dan kini mempunyai lebih 100 peniaga.
Kebanyakannya menjual makanan seperti nasi berlauk pagi, kuih-muih tradisional, sayur-sayuran, buah-buahan, lauk basah (ikan dan sebagainya), pakaian dan ikan hiasan.
Suasana jual beli ala 1970 -an dan 1980-an dalam kebun getah yang nyaman serta kepelbagaian barangan jualan menjadi faktor utama mengapa Pasar Pendekar semakin menjadi perhatian.
Selain itu, harga makanan juga berpatutan mendorong pasar itu menjadi tumpuan bukan sahaja kepada penduduk setempat, malah pengunjung dari luar termasuk luar Kelantan.
PASAR pagi yang istimewa.
Peniaga kuih, Mariam Wok, 59, berkata, pada awal pembukaannya ada puluhan peniaga sahaja di pasar pagi itu, tetapi kini semakin meriah dengan kehadiran lebih 100 peniaga.
"Bukan saja peniaga ramai, tetapi pengunjung juga semakin ramai setiap minggu.
"Alhamdulillah, suasana di pasar ini meriah dan jualan mak cik juga laris. Begitu juga dengan jualan peniaga lain," katanya.
Ibu tujuh cahaya mata itu berkata, pengunjung bukan sahaja datang melihat suasana, malah dapat membeli pelbagai makanan tradisi yang sukar didapati di tempat lain seperti lompat tikam, jala emas, bunga tanjung, jering rebus, belalang goreng, lemang periuk kera, etok, ketupat palas dan perut ayam percik.
"Selepas pasar ini viral, semakin ramai pengunjung datang termasuk dari negeri luar dan pada musim cuti sekolah, jumlahnya meningkat berlipat kali ganda.
MENU unik seperti belalang goreng turut dijual.
"Boleh dikatakan pasar ini adalah tarikan pelancongan terbaharu di Kelantan," katanya.
Pengunjung, Danisha Rozelan, 20, pula berkata, dia pertama kali datang ke pasar pagi itu selepas melihat ia tular di TikTok.
Katanya, meskipun agak jauh dari rumahnya di Pengkalan Chepa, namun demi merasai sendiri keunikan suasana jual beli di pasar tani itu, dia sanggup datang dengan ibunya, Kasma Sahimizan, 54, seawal jam 8 pagi.
KEUNIKAN pasar yang penuh aura tradisional.
"Banyak pilihan makanan dan pelbagai barangan jarang jumpa lain boleh didapati di pasar pagi ini, harganya pula berpatutan.
"Ia lokasi yang sesuai untuk 'kaki makan' dan penggemar makanan tradisi masyarakat di negeri ini.
"Tambahan pula, suasananya sangat mendamaikan dalam kebun getah yang menghijau, menjadi daya tarikan tambahan untuk pengunjung," katanya.
Bagi Roslan Ahmad, 55, pula, dia tidak melepaskan peluang berkunjung ke pasar itu setiap kali pulang ke kampung halamannya di Jerteh ,Terengganu.
MAKANAN, ikan hiasan dan lauk basah turut dijual.
Katanya, dia bukan sahaja tertarik dengan kepelbagaian barangan yang dijual, malah teruja melihat suasana jual beli yang masih mengekalkan unsur tradisi dalam senario kampung.
"Keunikan aktiviti jual beli barangan harian dalam kebun getah yang penuh tradisional juga jelas berbeza dengan suasana pasar pagi biasa di tempat lain," katanya.
IMAM Besar Masjid Putra Dr Muhamad Zakuwa Rodzali mengetuai solat jenazah ghaib bagi Allahyarham Ismail Haniyeh yang terbunuh semalam, di Masjid Putra Putrajaya hari ini. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Masjid di seluruh negara hari ini mengadakan solat jenazah ghaib untuk Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh yang terkorban dalam serangan udara oleh rejim Israel di Tehran, Iran semalam.
Selain masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), solat jenazah ghaib turut diadakan di beberapa negeri sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap perjuangan umat Islam Palestin dalam menentang kezaliman rejim zionis.
Di ibu negara, lebih 100 orang menyertai solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Haniyeh di Masjid Negara yang diimamkan Imam Kanan Masjid Negara Hassan Alfadhli Abdul Rahman.
Sementara itu di Masjid Putra PUTRAJAYA, lebih 500 jemaah menyertai solat jenazah ghaib yang diadakan sejurus solat maghrib dan diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Dr Muhamad Zakuwa Rodzali.
Di SELANGOR, Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam turut mengadakan solat jenazah ghaib yang diimamkan oleh Ismail Hashim dan dihadiri kira-kira 50 jemaah terdiri daripada petugas serta pelajar universiti dan orang awam.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Nur Syamira Md Suffri ketika dihubungi memaklumkan semua masjid dan surau di negeri itu akan mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat maghrib malam ini.
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pula menerusi hantaran Facebook rasminya memaklumkan solat jenazah ghaib Allahyarham Haniyeh akan dilaksanakan selepas solat Jumaat esok.
TIMBALAN Ketua Menteri I Pulau Pinang yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohamad Abdul Halim (empat, kanan) mengaminkan bacaan doa selepas menunaikan solat jenazah ghaib susulan kematian pemimpin Hamas Allahyarham Ismail Haniyeh di Masjid Jamek Tuan Samad malam ini. FOTO Bernama.
Di PERAK, tinjauan di Masjid Jamek Medan Klebang Restu mendapati kira-kira 500 jemaah menunaikan solat jenazah ghaib yang diimamkan imam masjid itu Khair Ahmad Naufal Mohd Khair.
Terdahulu Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Harith Fadzilah Abdul Halim berkata solat jenazah ghaib untuk Haniyeh diadakan di masjid dan surau di seluruh Perak selepas solat maghrib malam ini.
Sementara itu, di PULAU PINANG, semua masjid di seluruh negeri itu mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat maghrib hari ini susulan kematian pemimpin Hamas tersebut.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata pihaknya telah meminta lebih 200 masjid di negeri itu untuk mengadakan solat jenazah ghaib sebagai tanda solidariti terhadap Allahyarham Haniyeh.
"Saya bagi pihak kerajaan negeri Pulau Pinang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Haniyeh dan rakyat Palestin di atas kehilangan ini.
"Solat jenazah ghaib malam ini sebagai solidariti terhadap kejadian tersebut," katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang kepada Bernama malam ini.
Tinjauan Bernama di Masjid Tuan Samad di Permatang Sungai Dua, Butterworth mendapati lebih 200 jemaah termasuk Mohamad dan Mufti Pulau Pinang Datuk Dr Mohd Sukki Othman menyertai solat jenazah ghaib itu.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar meminta semua masjid di bawah seliaan Jakim dan Jawi mengadakan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham Haniyeh.
Agensi Anadolu melaporkan pemimpin Hamas itu terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediamannya di Tehran. Beliau berada di ibu negeri Iran itu untuk menghadiri majlis pelantikan Presiden Iran yang baharu iaitu Masoud Pezeshkian.
PEARLY (kiri) dan Thinaah meraikan kejayaan mara ke separuh akhir beregu wanita di Paris 2024, hari ini. FOTO AFP
Kuala Lumpur: Pearly Tan-M Thinaah mencipta sejarah pada penampilan pertama mereka di pentas Sukan Olimpik Paris 2024 apabila menjadi beregu wanita pertama negara yang melangkah ke separuh akhir.
Ringkasan Berita
Pearly Tan-M Thinaah menewaskan pasangan Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong 21-12, 21-13.
Mereka menjadi beregu wanita pertama negara yang melangkah ke separuh akhir Sukan Olimpik.
Pearly-Thinaah akan bertemu pasangan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan di separuh akhir.
Pearly-Thinaah melakar kemenangan penuh bergaya dengan permainan konsisten bermula dari set pertama untuk menjinakkan pasangan Korea Selatan yang juga pemenang pingat gangsa edisi lalu, Kim So Yeong-Kong Hee Yong 21-12, 21-13.
Kombinasi baik dalam pengawalan gelanggang dipamerkan beregu negara itu yang mendapat sokongan padu daripada penonton membanjiri venue pertandingan Porte de la Chapelle.
Tampil penuh bersemangat dengan pengawalan kemas apabila tidak memberi ruang kosong kepada lawan, menyaksikan Pearly-Thinaah meninggalkan lawan dengan jarak cukup selesa 7-1 di set pertama dan mendahului 10 mata di hadapan ketika di kedudukan 19-9 sebelum menamatkan perlawanan 21-12 di set pertama.
Bermula di set kedua, pasangan Korea mula memberi tentangan untuk cuba membawa aksi di set penentuan apabila saling bekerja mata demi mata sehingga berjaya mengikat mata di kedudukan 8-8.
Namun langkah Pearly-Thinaah mula konsisten selepas itu apabila menjarakkan kedudukan.
Keadaan sedikit menggusarkan apabila ketika di kedudukan 13-12 apabila Pearly meminta sokongan perubatan apabila mengalami ketegangan di bahagian paha.
Mujur ia bukan kecederaan serius apabila keghairahan mereka untuk menamatkan perlawanan dengan noktah kemenangan terlerai apabila menang set kedua 21-13.
Kini mereka sudah membuktikan tiada apa yang mustahil dilakukan di pentas Olimpik apabila berjaya melepasi halangan 'kumpulan maut'.
Menanti mereka di separuh akhir adalah pasangan nombor satu dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan.
Inilah peluang untuk mereka membalas dendam selepas tewas kepada lawan yang sama ketika aksi pembukaan Kumpulan A.
Terdahulu aksi terbaik beregu wanita negara hanyalah mara ke suku akhir di Rio 2016 menerusi Vivian Hoo-Woon Khe Wei.
Bagaimanapun, Vivian-Khe Wei ketika itu gagal ke separuh akhir apabila tewas di tangan pasangan Jepun, Misaki Matsutomo-Ayaka Takahashi.
Setelah menulis begitu banyak cerita mengenai Kenny, tiba2 atok berasa sedih...ada sesuatu yang terbuku di hati atok.
Hanya satu perkara yang atok kesalkan... rasanya tidak siapa dapat menyangkal Kenny seorang wira paling unggul yang tanah air kita pernah lahir, namun dia pergi meninggalkan lapangan dalam suasana sugul, tidak siapa menghargai pengorbanan dan perjuangannya. Tidak ada pangkat baginya...dia bersara awal pada umur 43 tahun hanya dengan pangkat DSP. Semasa mula bersara dia tidak menerima pencen kerana belum cukup usia, terpaksa menunggu 7 tahun barulah merasa imbuhan. Memang tidak ada sesiapa menyuruh atau memaksa dia bersara awal, namun dia meninggalkan Pasukan dengan perasaan kecewa kerana layanan yang diberikan kepadanya seolah2 dia tidak dihargai oleh Pasukan sendiri. Tidak ada siapa menghalang atau memujuk dia semasa dia menghantar surat permohonan bersara awal...apalah salahnya nasihat dia supaya kekal dalam pasukan dan berikan dia pangkat setakuk, sedangkan begitu ramai rakan2 yang seangkatan dengannya sudah pun menjawat pangkat jauh lebih tinggi sedangkan sumbangan mereka tak banyak mana pun.
Apalah salah pihak atasan beliau khususnya pegawai2 atasan Special Branch menyokong dia mendapat pingat anugerah yang boleh dibanggakan oleh anak cucunya. Tak ada seorang pun pegawai atasan beliau yang sudi buat sokongan untuk beliau. Pada hemat atok, Kenny bukan hanya layak dapat satu medal tertinggi, malah 10 medal tertinggi pun dia layak.
Chong Chor....ini kejayaan terbesar Kenny...menangkap hidup-hidup pengganas no 1 Malaya, dialah Ketua segala pengganas yang bermaharajalela di hutan-hutan Semenanjung
Pernah seorang Pegawai atasan SB yang banyak dibantu oleh Kenny dalam melaksanakan perang terhadap Komunis mengeluarkan kata2, Kenny sudah pun mendapat anugerah setimpal dan tidak boleh di sokong lagi untuk apa2 anugerah. Di sini atok nak tanya, anugerah setimpal apa yang telah dianugerah kepada Kenny. Sedang pegawai yang berkata itu melayakkan dirinya sendiri pingat PGB sedangkan dia tak turun padang berjuang. Hampir semua perjuangan dilaksanakan oleh Kenny sedangkan dia hanya menempel nama dari kerusi empuk.
Untuk makluman kalian, Kenny pernah dapat hanya satu medal kecil dari DYMM Sultan Idris, Perak. Itu pun bukan di sokong oleh PDRM. Kebetulan suatu hari istana Perak sedang mengadakan majlis rehearsal penganugerahan pingat, DYMM Sultan yang ketika itu turut berada di sana telah mendengar cerita tentang keperwiraan Kenny menangkap dengan tangan pengganas Komunis yang bersenjata kan pistol dan bom tangan di pekan Tg Malim. DYMM Sultan tertarik dengan cerita itu, lantas mengarahkan Kenny yang sedang berada di Johor Bahru datang keesokannya untuk menerima pingat dari baginda....itu saja kah pingat yang layak bagi Kenny.
Atok lebih hairan, pegawai2 polis dari negeri Perak yang terlibat menangkap Komunis di negeri itu dapat anugerah Dato dan pingat tertinggi negara yang membolehkan nya mendapat imbuhan rm3000 sebulan. Mengapa Kenny tak dapat, sedangkan pegawai berkenaan menangkap Komunis hanya dalam Op Catfish yang mana adalah operasi susulan selepas penangkapan seorang pengganas bernama Monti. Siapa yang bertarung nyawa menangkap Monti kalau bukan Kenny sehingga sahabat karib Kenny bernama Batman gugur dalam operasi itu. Apa susahnya menangkap Komunis dalam operasi susulan kerana jalannya sudah luas terbuka...bukan susah macam operasi menangkap Monti di peringkat awal oleh Kenny.
Namun Kenny telah banyak kali beri tahu atok dia tidak terkilan tidak diberi pangkat, juga tidak terkilan tidak mendapat bintang sebab beliau lebih merasa puas dapat melaksanakan tugasnya dengan terbaik, dan memberi sumbangan nya kepada negara dengan menewaskan perjuangan Komunis dan menghancurkan pertubuhan mereka.
Rukun Qalbi, Qauli, dan Fi’li amat penting untuk difahami dalam solat.
Pembahagian Rukun Solat
Ibadah solat terdiri daripada 13 rukun.
Dalam 13 rukun solat tersebut, rukun-rukun ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Rukun Qalbi, Qauli, dan Fi’li
Maksud qalbi iaah hati
Maksud qauli pula ialah perkataan atau bacaan.
Manakala rukun fi’li ialah pergerakan atau perbuatan.
Rukun Qalbi (Hati)
Rukun qalbi (hati) adalah melibatkan perkara yang perlu dilakukan dalam hati.
Antara perkara yang terdapat dalam rukun qalbi ada dua, iaitu:
Niat
Tertib
Rukun Qauli (Bacaan)
Rukun qauli (perkataan atau bacaan) ialah rukun yang wajib didengari oleh telinga sendiri setiap bacaan lafaznya.
Jika tertinggal satu huruf, maka wajiblah diulangi bacaan itu.
5 bacaan yang terlibat dengan rukun qauli ialah:
Takbiratul Ihram (ucapan Allahu Akbar)
Al Fatihah
Tahiyat Akhir
Selawat atas nabi
Salam yang pertama
Rukun Fi’li (Pergerakan)
Rukun fi’li adalah rukun pergerakan atau perbuatan.
Dalam rukun fi’li terdapat enam rukun.
Rukun tersebut adalah:
Berdiri (qiam).
Rukuk.
Iktidal.
Sujud.
Duduk antara dua sujud.
Duduk tahiyat akhir.
Jika terlupa atau tertinggal diantara rukun ini, maka perlu berpatah balik kepada rukun tersebut.
Namun, jika seseorang telah sampai pada rukun sama yang ditinggalkan itu pada rakaat seterusnya, contohnya dia terlupa rukuk di rakaat pertama, tetapi dia tersedar ketika telahpun melakukan rukuk di rakaat ke-2, maka rukuknya ketika itu menjadi rukuk rakaat pertama.
Dan perbuatan sebelumnya itu tidak dikira (menjadi lagha) (Fathul Mu’in)
Dalam solat berjemaah, jika seorang makmum tertinggal rukun fi’li, dia tidak boleh berpatah balik apabila imam sedang sama rukun dengannya.
Ini kerana makmum telah terikat dengan pergerakan imamnya.
Apa yang perlu adalah diteruskan sahaja ikutannya dengan imam.
Kemudian tambah rakaat lepas salam bagi menggantikan rakaat yang ketinggalan rukun itu.
1) Persoalan yang selalu ditanya kepada kami ASWJ yang mendedahkan brain wash dan penyelewengan Wahhabi.
2) Apabila golongan Wahhabi mengelabah dan terdesak dalam berhujjah, mereka akan lontarkan brain wash tersebut.
3) Hal ini kerana mereka bangga dengan Kerajaan Saudi yang sekarang menguasai Dua Tanah Suci (Mekkah & Madinah).
4) TAHUKAH ANDA?
● Aliran Muktazilah menguasai Dua Tanah Suci lebih kurang 34 tahun (813-847M)
● Muktazilah menjadi mazhab aqidah rasmi pada 827M di zaman Khalifah Al-Makmun.
● Dua Tanah Suci dikuasai oleh Muktazilah bermula ketika Khalifah ke-7 Dinasti Abbasiyyah iaitu Al-Makmun (813-833M)
● Khalifah ke-8 Al-Muktasim (833-842M) meneruskan penyebaran Muktazilah secara ekstrimis dan kejam sehingga Imam Ahmad bin Hanbal dipenjarakan dan banyak lagi yang menjadi mangsanya.
● Khalifah ke-9 Al-Wasiq (842-847M) yang menyambung juga semakin kejam dengan membunuh Yusuf bin Yahya Al-Buwaity (murid utama Imam Syafie) dan ramai lagi.
● Namun, Imam Abu Abdul Rahman Abdullah ibnu Muhammad ibnu Ishak al-Azraniy telah berdebat dengan Khalifah Al-Wasiq hingga menyebabkan Al-Wasiq bertaubat dan penyebaran Muktazilah secara kejam terhenti.
● Seterusnya, mazhab Muktazilah dibasmi dan dilenyapkan secara total oleh Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi serta pengikut-pengikut mereka yang dikenali Al-Asyairah wal Maturidiah.
5) Persoalanya?
i) Siapakah yang berjaya membasmi fahaman yang telah membunuh ramai ulama Sunni?
ii) Dimanakah Al-Wahhabiyyah ketika itu?
iii) Sahkah solat makmun ASWJ dibelakang Imam yang Muktazilah ketika itu?
iv) Samakah situasi penguasaan Wahhabi Saudi ke atas Mekkah dan Madinah dengan penguasaan Muktazilah pada zaman tersebut?
6) Apa hukum solat dibelakang Wahhabi di Mekah dan Madinah?
a) Bersangka baik bahawa tidak semua Imam di sana berpegang dengan fahaman Wahhabi.
b) Jika jelas ia adalah Wahhabi, maka sah solat berimamkan ahli bidaah aqidah seperti solat berimamkan Muktazilah. Hal ini dibahaskan oleh para ulama fiqh tentang hukum menjadi makmum kepada ahli bid'ah yang aqidahnya tidak mencapai tahap kufur.
c) Maklum di sisi ASWJ, kami tidak mengkafirkan Wahhabi atau mana-mana firqah bukan ASWJ.
c) TG Haji Salleh Sik pernah bertanya kepada gurunya, TG Syeikh Wan Ismail (Pak Da Eil Mekah) tentang hukum solat berimamkan Wahhabi.
Pak Da Eil jawab, sah solat dibelakang Wahhabi iaitu diuzurkan di tiga masjid iaitu Masjidil Haram, Masjidil Nabawi dan Masjidil Aqsa kerana berkehendak kepada kelebihan berjemaah bukan kerana Imam-Imam Wahhabi.
7) Demikianlah Wahhabi, banyak brain wash daripada hujjah. Tetapi sekarang, banyak fitnah daripada hujjah. Orang ramai mudah percaya kerana kurang ilmu yang sama kurang dengan penyampainya. Ingatlah kita dengan hadis akhir zaman:
يأتي على الناس زمان لا يبقى فيما يبقى من الإسلام إلا اسمه, ولا من القرآن إلا رسمه, مساجدهم عامرة وهي خرابٌ من الهدى, علماؤهم شر من تحت أديم السماء, من عندهم تخرج الفتنة وفيهم تعود
"Akan datang suatu zaman di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali pada namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali pada tulisannya. Masjid-masjid tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama yang ada adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali." (HR. al-Baihaqi)
Saidina Umar Bin Khattab r.a. berkata “Sesungguhnya sesuatu yang paling mengkhuawatirkan yang aku khuawatirkan dari umat ini adalah para munafiq yang berilmu”
Para sahabat bertanya “Bagaimana orang munafiq tapi ia alim?”
Saidina Umar r.a. menjawab “Mereka alim dalam lisannya tapi tidak dalam hati dan amalannya.”
P/S : Gambar diatas dikatakan gambar Pak Da Eil (Syeikh Wan Ismail al-Fathani) yang merupakan guru kepada Syeikh Abdul Qadir al-Mandili, TG Haji Salleh Sik, Baba Abdul Qadir Hj Wangah Sekam, TG Haji Abdullah Lubuk Tapah, Syeikh Wazir al-Kalantani al-Makki dan ramai lagi.
PRK NENGGIRI | PN menamakan bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Mohd Rizwadi Ismail, sebagai pertaruhan terbaik parti itu bagi mempertahankan kerusi DUN Nenggiri.
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Kelantan, Mohd Nasuruddin Daud di Masjid Hijau Renok, Gua Musang.
Mat Rizwadi merupakan bekas Timbalan Ketua Pemuda PAS Gua Musang yang kemudian menyertai Bersatu.
Selepas pengumuman rasmi dibuat Mohd Rizwadi mengambil tempat di atas pentas untuk melafazkan ikrar dan sumpah laknat.
Antara lain dia bersumpah untuk patuh kepada perlembagaan Bersatu serta tidak akan meninggalkan parti berkenaan atau bakal dilaknat Allah.