"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Sabtu, 13 Julai 2024

Air Selangor sahkan label notis pemotongan bekalan air

 Label notis pemotongan bekalan air berwarna merah yang tular di laman sosial, hari ini. FOTO IHSAN TULAR

Label notis pemotongan bekalan air berwarna merah yang tular di laman sosial, hari ini. FOTO IHSAN TULAR

Kuala Lumpur: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini mengesahkan label notis pemotongan bekalan air yang tular di laman sosial, diguna pakai oleh pihaknya.

Syarikat itu menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook memaklumkan, label notis itu digunakan untuk pelanggan yang mempunyai tunggakan bil.

"Bagi pelanggan yang tidak mempunyai tunggakan bil tetapi turut menerima label notis tersebut, sila hubungi kami di talian 15300 atau ajukan pertanyaan di Help Centre yang boleh didapati menerusi www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor," katanya, di sini, malam ini.

Terdahulu, tular di laman sosial dakwaan pengguna yang memaklumkan bekalan air terhenti secara tiba-tiba.

Individu itu kemudian keluar untuk memeriksa dan ternampak tanda merah terbabit.

Dakwaan itu turut memaklumkan imbas kod QR itu membawa kepada laman web yang pada pandangan pertama kelihatan seperti laman web Air Selangor yang sah tetapi sebaliknya.

-myMetro 

'UMNO tak takut hadapi 6 PRK, keputusan Speaker mengikut Perlembagaan' - Zahid Hamidi

 bharian.com.my

Oleh Zatul Iffah Zolkiply 
zatuliffah@bh.com.my
- Julai 13, 2024 
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di Gong Badak. NSTP/GHAZALI KORI

KUALA NERUS: UMNO menyangkal dakwaan BERSATU yang menyatakan Kerajaan Perpaduan takut berdepan kekalahan, susulan keputusan tidak

mengisytiharkan kekosongan enam kerusi Parlimen yang menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tiada istilah takut menghadapi kekalahan dalam politik dan parti itu sedia bertanding sekiranya berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi enam Parlimen berkenaan.

Bagaimanapun, beliau berkata, terpulang kepada mana-mana pihak untuk membawa isu berkenaan ke peringkat seterusnya.

"Bukan kerana itu (takut kalah), kita rasa keenam-enam kerusi ini dulu adalah kerusi UMNO dan kalau (diumumkan) kosong pun UMNO akan bertanding.

"Dalam politik, mana boleh takut (dan) saya melihat pengumuman yang dibuat oleh Tan Sri Johari Abdul selaku Speaker Dewan Rakyat, terhadap kedudukan enam Ahli Parlimen yang telah terpecat daripada BERSATU kerana menyokong Perdana Menteri itu adalah keputusan yang dibuat mengikut Perkara 49, Perlembagaan Malaysia.

"Mungkin ada dalam kalangan mereka yang akan dicabar, mungkin mengemukakan bukti. Itu kita serahkan kepada mana-mana pihak untuk membawa ke mahkamah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di sini hari ini.

Sebelum ini, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mendakwa enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang oleh bekas ahli parti itu tidak diisytiharkan kosong kerana Kerajaan Perpaduan takut berdepan kekalahan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK).

Muhyiddin berkata, disebabkan itu Kerajaan Perpaduan didakwa sanggup melanggar Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Anti Lompat Parti, yang diperjuangkan mereka sendiri.

Ketika ditanya sama ada keputusan Speaker Dewan Rakyat, itu akan mendorong ahli politik kerajaan untuk berbuat perkara sama, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) yakin tidak ada ahli politik kerajaan akan berpaling tadah.

"Pelbagai tafsiran saya bagi tahu tadi. Insya Allah, keadaan itu tidak akan berlaku. Mengapa perlu menyokong pembangkang walaupun alasan-alasan politik tapi Insya Allah ini tidak akan berlaku," katanya.

-Wak Labu Farm 

'Kenapa takut kosongkan kerusi?' Ku Li selar keputusan 'politik' speaker Dewan Rakyat

 malaysianow.com.my

MalaysiaNow
Julai 12, 2024 

Penasihat Umno itu berkata DUN Kelantan membuat tafsiran tepat akta lompat parti dengan mengosongkan kerusi Nenggiri.
Tengku Razaleigh Hamzah berkata keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul bermotifkan politik tanpa bersandarkan tafsiran tepat undang-undang anti lompat parti.

Veteran dan penasihat Umno Tengku Razaleigh Hamzah turut sama membantah keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul untuk tidak mengosongkan enam kerusi Parlimen disandang wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) yang berpaling tadah kepada kerajaan.

Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata Dewan Undangan Negeri Kelantan lebih memahami undang-undang anti-lompat parti ketika mengosongkan kerusi DUN Nenggiri bulan lalu.

Katanya keputusan Johari itu sepatutnya sama dengan DUN Kelantan kerana kedua-duanya berdasarkan peruntukan perlembagaan yang sama yang dipinda untuk menyekat perbuatan lompat parti.

"Tak boleh berbeza di antara satu dengan yang lain, kerana peruntukan dalam perlembagaan itu sama," katanya merujuk pindaan perlembagaan pada 2022 yang memerlukan kerusi wakil rakyat dikosongkan sekiranya keahlian partinya gugur.

"Dengan tujuan yang sama, jelas sekali di Kelantan dilakukan kerana kekosongan itu mesti wujud, oleh sebab wakil di Kelantan itu sudah memberi sokongan kepada parti lain," kata Ku Li, yang juga ketua Umno Bahagian Gua Musang di mana terletaknya kerusi Nenggiri.

Pada Rabu, PN dimaklumkan Johari bahawa beliau tidak akan mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen Bersatu yang berpaling tadah, mencetuskan kemarahan di kalangan ahli Parlimen serta kritikan daripada pakar undang-undang dan beberapa pemimpin kerajaan yang menganggap keputusan itu berat sebelah.

Ini disusuli dengan satu lagi keputusan DUN Selangor, di mana speaker dari DAP, Lau Weng San tidak mahu mengosongkan kerusi Selat Klang kerana mendakwa penyandangnya Abdul Rashid Asari dipecat, dan bukan gugur keahlian Bersatu kerana berpaling tadah seperti yang diperuntukkan perlembagaan parti itu.

Tiga minggu sebelum itu, Speaker DUN Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah mengisytiharkan kerusi Nenggiri yang disandang Mohd Azizi Abu Naim dikosongkan bagi mengadakan pilihan raya kecil.

Azizi juga merupakan ahli Parlimen Gua Musang, selepas menewaskan Ku Li yang menyandang kerusi itu selama lebih empat dekad, pada pilihan raya umum yang lalu.

Selain Azizi, lima lagi ahli Parlimen yang berpaling tadah untuk menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim ialah Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Razaleigh berkata apabila enam ahli Parlimen itu beralih kesetiaan bermakna mereka tidak lagi bersama dalam pendirian parti, maka kerusi semua wakil rakyat itu mesti dikosongkan.

"(Mereka) sudah memberi sokongan kepada parti lain maknanya dia sudah pindah kiblat, apabila dia pindah kiblat bererti dia sudah pindah parti atau pendirian," katanya menerusi video dimuatnaik di akaun TikTok.

Ku Li menyifatkan keputusan Johari bermotifkan politik dan bukan berpaksikan undang-undang.

"Ataupun dia (Johari) memikirkan ini akan tidak akan menjamin supaya kerajaan Madani akan terus dapat bertindak dengan wajarnya.

"Jadi ini semuanya alasan-alasan politik yang diberikan, bukan dari segi undang-undang tujuan sebenar kita pinda perlembagaan dahulu."

Beliau mempersoalkan kebimbangan pentadbiran Anwar berdepan pilihan raya kecil sedangkan sebelum ini perdana menteri mendakwa mempunyai sokongan hampir dua pertiga.

"Apa nak takut? Tidak perlu takut.

"Saya pun hairan mengapa ini dilakukan. Nampaknya politik lebih daripada segala-galanya," kata Ku Li.

-wak Labu Farm 

Bahaya Membeli Harta Melalui Proxy

 Bahaya Membeli Harta Melalui Proxy

Kak Long, seorang ibu tunggal, berhasrat memiliki rumah tetapi rekod bank tak cantik. Beliau membuat keputusan untuk menggunakan nama ayahnya dalam pembelian rumah.

Setiap bulan, Kak Long membayar ansuran rumah. Adik beradik yang lain beranggapan rumah tersebut adalah milik Kak Long.

Apabila ayah Kak Long meninggal dunia, tiada tuntutan pusaka dibuat kerana beranggapan bahawa rumah tersebut dimiliki oleh Kak Long.

Beberapa tahun kemudian, apabila Kak Long meninggal dunia, anak-anaknya ingin membuat permohonan tuntutan harta pusaka.

Alangkah terkejutnya di dapati geran rumah masih atas nama atuk yang telah meninggal dunia. Mengikut hukum faraid, rumah itu seharusnya menjadi sebahagian dari harta pusaka atuk dan ada bahagian faraid nenek, ibu, pakcik, dan makcik.

Tiba-tiba, anak-anak Kak Long perlu mendapatkan persetujuan daripada semua waris lain. Dah la ada pakcik dan makcik mereka tinggal di negeri yang berlainan.

Satu hal pula, mereka perlu memohon pelepasan hak daripada pakcik dan makcik, sedangkan ibu mereka (Kak Long) yang membayar ansuran rumah sejak dari awal pembelian rumah.

Inilah satu contoh isu pembelian harta menggunakan proxy yang tidak diuruskan sebelum kematian.

Jika anda atau kenalan anda memiliki harta melalui proxy, merancang perwarisan semasa hidup adalah tindakan bijak untuk memudahkan tuntutan pusaka pada masa akan datang.

Benda boleh dirancang, mengapa perlu berdepan dengan masalah?

#wasiat #hibah #faraid #pusaka

Jumaat, 12 Julai 2024

Tengkorak Manusia dengan Kanser Tulang Tahap 1

 Tengkorak Manusia dengan Kanser Tulang Tahap 1

MasyaAllah, pujian kepada Allah yang mencipta dunia ini dan memberi akal fikiran kepada manusia.

Kanser tulang, khususnya chordoma, adalah jenis kanser yang jarang berlaku yang boleh mempengaruhi tulang tengkorak serta tulang lain dalam badan. Chordoma biasanya berlaku di dasar tengkorak atau tulang belakang dan boleh menyebabkan pelbagai simptom bergantung kepada lokasi tumor.

Apa itu Kanser Tulang dan Chordoma?

Kanser tulang adalah jenis kanser yang bermula dalam sel-sel tulang. Chordoma adalah sejenis tumor malignan yang tergolong dalam keluarga sarcoma. Tumor ini berkembang secara perlahan tetapi boleh menjadi sangat agresif jika tidak dirawat. Chordoma sering berlaku di tulang belakang (sacrum) dan dasar tengkorak (skull base), dan boleh memberi tekanan pada saraf penting yang mengakibatkan masalah neurologi seperti penglihatan berganda, sakit kepala, dan kesukaran menelan.

Tahap-Tahap Kanser Tulang

Kanser tulang dibahagikan kepada beberapa tahap berdasarkan saiz tumor, penyebaran ke nodus limfa, dan kehadiran metastasis jauh:

1. Tahap 1: Tumor kecil dan terhad kepada tulang asal.

2. Tahap 2: Tumor lebih besar tetapi masih terhad kepada tulang.

3. Tahap 3: Tumor merebak ke lebih daripada satu bahagian tulang yang sama.

4. Tahap 4: Tumor telah merebak ke bahagian lain dalam badan seperti paru-paru atau organ lain.

Gejala dan Pengalaman Pesakit

Pesakit dengan kanser tulang sering melaporkan gejala seperti sakit tulang yang semakin teruk pada waktu malam atau ketika bergerak, bengkak di kawasan yang terlibat, dan kadang-kadang patah tulang tanpa sebab yang jelas. Pengalaman pesakit boleh berbeza-beza, dengan ada yang mengalami kesakitan yang teruk dan lain-lain yang mempunyai gejala yang lebih ringan pada peringkat awal.

Bagaimana Chordoma Didiagnosis dan Dirawat?

Chordoma biasanya didiagnosis melalui pengimejan MRI dan pengesahan biopsi tisu. Rawatan utama untuk chordoma adalah pembedahan untuk mengeluarkan tumor. Sekiranya tumor berjaya dikeluarkan sepenuhnya melalui pembedahan, peluang untuk pesakit hidup lebih lama adalah tinggi. Namun, chordoma adalah sukar untuk dirawat kerana lokasinya yang dekat dengan struktur saraf yang penting. Terapi radiasi dan kemoterapi juga kadang-kadang digunakan, terutamanya jika pembedahan tidak dapat mengeluarkan tumor sepenuhnya.

Penyelidikan dan Sejarah Kanser Tulang

Pakar memaklumkan bahawa kanser tulang telah wujud sejak zaman dahulu lagi dan telah memberi kesan kepada manusia selama berabad-abad. Penyelidikan terhadap tengkorak ini dapat membantu para saintis memahami lebih lanjut tentang penyakit ini dan mengembangkan rawatan yang lebih baik pada masa hadapan. Sejarah perubatan menunjukkan bahawa penyakit ini tidak hanya moden tetapi telah mengiringi manusia sejak zaman purba.

Pengalaman Pesakit dengan Chordoma

Pengalaman pesakit dengan chordoma boleh sangat mencabar. Rawatan yang intensif dan kesan sampingan yang mungkin termasuk keletihan, kesakitan selepas pembedahan, dan komplikasi neurologi. Namun, sokongan dari keluarga, rawatan yang baik, dan pemulihan yang komprehensif dapat membantu pesakit menjalani kehidupan yang lebih baik. Beberapa pesakit juga berkongsi cerita mereka tentang bagaimana mereka mengatasi penyakit ini melalui sokongan komuniti dan rawatan perubatan yang canggih.

MasyaAllah, segala ilmu dan hikmah ini adalah bukti kebesaran Allah yang menciptakan manusia dengan kepandaian dan kebijaksanaan yang luar biasa. Penyakit ini telah lama wujud dan usaha manusia untuk memahami serta merawatnya adalah sebahagian daripada anugerah Allah yang perlu kita hargai dan kembangkan.

John Cosmos II

Source 

Khamis, 11 Julai 2024

6 MP Kekal:Sia-sia Akta Anti Lompat Parti diminta rakyat - Dr Akmal

 

Dr Akmal
Dr Akmal

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mendakwa Akta Anti Lompat Parti yang diminta oleh rakyat negara ini hanyalah sia-sia.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, kestabilan politik dilihat untuk kepentingan diri.

"Maka sia-sialah Akta Anti Lompat Parti yang diminta oleh rakyat selama ini. Kestabilan politik hanya untuk kepentingan diri.

"Jangan marah rakyat jika mereka benci pada orang politik. Selamat menjahanamkan negara wahai katak-katak politik," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul bertindak berdasarkan Perlembagaan dan taksiran undang-undang, semasa memutuskan enam ahli Parlimen bekas ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kekal sebagai wakil rakyat.

Beliau berkata, Johari juga membaca dan membuat tafsiran undang-undang yang berkaitan secara keseluruhannya dan perkara itu seharusnya diketahui dengan jelas oleh pimpinan parti Bersatu.

Kata Perdana Menteri, ini kerana parti Bersatu telah menentang supaya keahlian sesiapa (ahli Parlimen) yang dipecat daripada parti gugur secara automatik semasa perbincangan mengenai undang-undang itu dilakukan.

Terdahulu Johari menggunakan kuasa budi bicara dalam membuat keputusan mengekalkan kedudukan kerusi enam ahli Parlimen Bersatu yang berpaling tadah menyokong Kerajaan Perpaduan sebelum ini.

Enam ahli Parlimen itu adalah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

-SH Online 

Watkins wira England ke final Euro 2024

 Penyerang England, Harry Kane memeluk Ollie Watkins yang meledak gol kemenangan ketika menyingkirkan Belanda pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto REUTERS

Penyerang England, Harry Kane memeluk Ollie Watkins yang meledak gol kemenangan ketika menyingkirkan Belanda pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto REUTERS

DORTMUND, Jerman: Ollie Watkins meledak gol kemenangan pada minit terakhir untuk membantu England menewaskan Belanda 2-1 sekali gus mara ke final Euro 2024 berdepan Sepanyol di Berlin.

Ia adalah penamat hebat untuk England yang bermula dengan hambar apabila Xavi Simons meletakkan lawan mereka di depan seawal minit ketujuh pada aksi di Dortmund.

Namun England bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Harry Kane selepas semakan menerusi video bantuan pengadil (VAR) oleh pengadil Jerman, Felix Zwayer sebelum Watkins meledak gol kemenangan di hujung permainan.

Watkins yang masuk menggantikan Kane menyambut hantaran Cole Palmer sebelum berpusing dan meledak gol leret pada minit pertama masa kecederaan untuk mengecewakan Belanda.

"Secara jujurnya saya hilang kata-kata," kata penyerang Aston Villa itu.

"Saya rasa saya tidak pernah menjaringkan gol dengan bola yang cantik seperti itu jadi ini satu detik yang sangat istimewa."

Penyerang England, Ollie Watkins (kanan) merembat masuk gol kemenangan menentang Belanda pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto REUTERS
Penyerang England, Ollie Watkins (kanan) merembat masuk gol kemenangan menentang Belanda pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto REUTERS

Ia bukanlah kempen yang meyakinkan daripada anak buah Gareth Southgate tetapi mereka berjaya mara ke final Euro buat kali kedua berturut-turut dan menghidupkan peluang mereka memburu kejuaraan utama sejak kali terakhir pada 1966.

Bagaimanapun mereka perlu tampil dengan aksi lebih baik berbanding sebelum ini apabila mereka berdepan Sepanyol yang jauh lebih meyakinkan.

Sepanyol juga memiliki kelebihan dari segi rehat untuk menghadapi aksi final.

Belanda berharap dapat mengulangi kejayaan mereka ketika Euro terakhir berlangsung di Jerman pada 1988 namun mereka tiada kualiti bintang seperti Marco van Basten dan Ruud Gullit.

Kemenangan akan membolehkan mereka mengulangi pertembungan final Piala Dunia 2010 tetapi mereka kini akan pulang ke rumah. – AFP

Penyerang England, Ollie Watkins meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukan ketika pemain Belanda kelihatan kecewa pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto REUTERS
Penyerang England, Ollie Watkins meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukan ketika pemain Belanda kelihatan kecewa pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto REUTERS

-BH Online 

Rabu, 10 Julai 2024

Seluruh hidup saya untuk berkhidmat kepada negara - Tun M

 

Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - 'Saya tidak tahu berapa lama lagi (boleh hidup) tetapi seluruh hidup saya untuk berkhidmat kepada negara'.

Demikan ucapan balas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada semua pihak yang mendoakan beliau sempena hari ulang tahun kelahirannya ke-99 pada Rabu.

Dr Mahathir berkata, beliau berterima kasih di atas semua sokongan yang diberikan kepadanya pada masa dahulu.

"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan baik semua pihak pada hari lahir saya yang ke-99.

"Saya telah mengharungi peranan ini, saya tidak tahu berapa lama tetapi seumur hidup saya didedikasikan untuk berkhidmat kepada negara," katanya menerusi rakaman suara pada Rabu.

Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 (tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925) di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.

-SH Online 

‘Kamu tak hormat Parlimen’, wakil rakyat kerajaan kritik keputusan speaker

 freemalaysiatoday.com

Faiz Zainudin
10 Jul 2024

Hassan Karim berkata berkata keputusan Johari Abdul tidak mengosongkan kerusi enam wakil rakyat Bersatu berlawanan aspirasi rakyat untuk henti amalan lompat parti.
Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim menyifatkan keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berdasarkan kepentingan politik kepartian.

PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat kerajaan mengkritik keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengekalkan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu yang berpaling tadah.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, berkata keputusan speaker berlawanan aspirasi rakyat untuk menghentikan amalan lompat parti, ‘kerajaan pintu belakang’ atau ‘tebuk atap’ menerusi akta antilompat parti diluluskan di Parlimen sebelum ini.

“Amat malang dan sedih kerana keputusan speaker tidak didukung oleh hujah yang mantap. Saya melihat speaker memutuskan berdasarkan kepentingan politik kepartian yang gagal menghormati asas kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan,” kata wakil rakyat PKR kepada FMT.

Terdahulu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan speaker tidak mengosongkan kerusi terbabit, menyifatkan tindakan Johari membuat tafsiran yang mencemar peruntukan antilompat parti bersifat dangkal, songsang, serta harus dicela.

Antara alasan dikemukakan Johari untuk tidak menunaikan permintaan supaya kerusi terbabit dikosongkan kerana ingin mengekalkan kestabilan dalam Parlimen demi urusan rakyat dan negara.

Penyandang dan enam kerusi terbabit adalah Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang) dan Suhaili Abdul Rahman (Labuan).

Hassan berkata, Bersatu sudah meminda perlembagaan parti untuk menyelaraskannya dengan pindaan baharu Perlembagaan Persekutuan iaitu akta antilompat parti, tetapi speaker tidak menghormati Parlimen yang menjadi tempat ia digubal dan diluluskan.

“Tindakan Johari mengekalkan enam kerusi wakil rakyat Bersatu berpaling tadah juga bercanggah niat Parlimen yang meminda Perlembagaan demi mewujudkan apa dikenali sebagai akta antilompat parti.

“Johari gagal mengambil maklum keputusan mahkamah sebelum ini menolak semakan kehakiman dibuat bekas Adun Nenggiri (Azizi) untuk mengetepikan keputusan speaker DUN Kelantan yang mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas wakil rakyat Bersatu berpaling tadah,” dakwanya.

-Wak Labu Farm 

[VIDEO] Muhyiddin sahkan Speaker Dewan Rakyat tolak permohonan Bersatu


 KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menolak permohonan parti itu supaya kerusi enam ahli Parlimennya yang berpaling tadah dikosongkan.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu, keputusan tersebut diterima Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee yang juga Ahli Parlimen Beluran pada petang Selasa.

Johari menerusi jawapan balas tersebut memaklumkan, tidak berlaku kekosongan kerusi di bawah Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan untuk keenam-enam kerusi bekas ahli parti berkenaan.

"Keputusan Yang Berhormat Speaker tersebut adalah amat mengecewakan kerana dengan jelas bercanggah dengan peruntukan tersurat dan tersirat Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan.

"Keputusan Yang Berhormat Speaker dengan memberikan alasan-alasan dangkal dan tafsiran songsang menunjukkannya telah mencemar Perlembagaan Persekutuan sedangkan beliau telah berikrar untuk menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Negara," katanya ketika sidang akhbar khas di Parlimen pada Rabu.

Muhyiddin (tengah) ketika sidang media di Parlimen pada Rabu.
Muhyiddin (tengah) ketika sidang media di Parlimen pada Rabu.

Sidang akhbar itu turut dihadiri sebahagian besar ahli Parlimen blok pembangkang termasuk Ketua Pembangkang yang juga Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ronald.

Enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar ialah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi; Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) dalam masa sama berkata, peruntukan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan menyatakan dengan jelas bahawa kerusi ahli Parlimen hendaklah menjadi kosong jika dia tidak lagi menjadi anggota parti politik tersebut setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik tersebut.

Dalam situasi ini katanya, jelas bahawa enam ahli Dewan Rakyat tersebut tidak lagi menjadi ahli Bersatu berikutan dengan peruntukan- peruntukan perlembagaan parti itu.

April lalu, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) meluluskan permohonan pindaan perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang membolehkan parti itu mengosongkan kerusi enam ahli Parlimen yang bertindak memberi sokongan kepada pihak lawan.

Pindaan membabitkan Perkara 10 perlembagaan parti tersebut dibuat selepas mendapat sokongan 1,956 perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Khas di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Selayang sebelum itu.

-SH Online