"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Selasa, 3 Ogos 2021

Tokyo 2020: Asensio pastikan Sepanyol ke final jumpa Brazil bagi acara bolasepak

 PEMAIN tengah Sepanyol, Marco Asensio meraikan jaringan tunggal yang memastikan kemenangan ke atas Jepun, sekali gus layak ke final menentang Brazil di Tokyo 2020. FOTO AFP

PEMAIN tengah Sepanyol, Marco Asensio meraikan jaringan tunggal yang memastikan kemenangan ke atas Jepun, sekali gus layak ke final menentang Brazil di Tokyo 2020. FOTO AFP

Tokyo: Sepanyol akan menentang juara bertahan, Brazil di final bola sepak lelaki Olimpik Tokyo 2020 selepas Marco Asensio menjaringkan gol kemenangan, 1-0 mengatasi tuan rumah, Jepun pada masa tambahan aksi separuh akhir, hari ini.

Pemain sayap Real Madrid itu dimasukkan dari bangku simpanan dan melakukan sepakan melencong pada minit ke-115, sekali gus memastikan Sepanyol mara ke final kali pertama sejak menang perak di Olimpik Sydney 2000.

Jepun pula akan menentang Mexico pada perlawanan merebut gangsa, Jumaat ini selepas Mexico tewas 1-4 kepada Brazil menerusi penentuan sepakan penalti berikutan aksi 120 minit tanpa jaringan.

Selepas memerlukan jaringan penyamaan pada saat akhir dan sebelum menewaskan Ivory Coast 5-2 pada masa tambahan di suku akhir, Sepanyol lebih banyak mencipta peluang pada aksi hari ini.

Bagaimanapun, beberapa peluang mencipta jaringan gagal disempurnakan pada ketika Jepun terus bermain secara berdisiplin.

Penjaga gol Jepun, Kosei Tani bertindak cemerlang menafikan percubaan Rafa Mir pada babak pertama manakala VAR menafikan sepakan penalti diberikan kepada Sepanyol selepas Maya Yoshida mengasari Mikel Merino.

Takefusa Kubo menyaksikan sepakannya diselamatkan penjaga gol Sepanyol, Unai Simon.

Pada ketika pemenang dijangka ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti, Asensio melakukan sepakan melencong dari dalam kotak penalti dan menewaskan Tani.

-myMetro

Video: Umno tarik sokongan kepada kerajaan dan PM

 


Kuala Lumpur: Umno mengumumkan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno yang diadakan secara maya hari ini.-myMetro

Pemuda hasilkan laman web bantu peniaga kecil pasar produk

 Muhd Al Mubarak menunjukkan laman web yang dibangunkannya untuk membantu peniaga kecil yang terkesan dengan Covid-19. Foto Ihsan Muhd Al Mubarak Bahauddin

Muhd Al Mubarak menunjukkan laman web yang dibangunkannya untuk membantu peniaga kecil yang terkesan dengan Covid-19. Foto Ihsan Muhd Al Mubarak Bahauddin

Alor Setar: Menyedari kepayahan dilalui peniaga kecil dalam tempoh pandemik Covid-19 memberi ilham kepada seorang pemuda, Muhd Al Mubarak Bahauddin untuk membangunkan laman web bagi membantu mereka itu.

Muhd Al Mubarak, 24, berkata, dia tidak berseorangan sebaliknya dibantu sembilan rakan pasukan untuk membangunkan laman web yang dikenali sebagai hantarla.com yang boleh mula diakses pada 20 Julai lalu.

Dia mengakui sudah lama bercadang untuk mewujudkan laman web itu tetapi terpaksa ditangguh kerana kekurangan dana dan gembira apabila ia akhirnya dapat direalisasikan.

"Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac tahun lalu, saya lihat ramai peniaga terkesan terutama ketika Ramadan kerana tidak dapat membuka premis dan gerai seperti sebelumnya.

"Tak dinafikan ada yang mempromosikan barangan jualan di Facebook (FB) dan sebagainya namun capaian itu ada agak terhad serta tidak mencapai radius kawasan yang luas.

"Jadi, saya rangka pelan dan wujudkan satu laman web untuk bantuan bagi memberi alternatif kepada peniaga kecil memasarkan seterusnya menjual produk masing-masing," katanya ketika dihubungi Harian Metro

Menurut Muhd Al Mubarak, setakat ini lebih 120 peniaga sudah mendaftar dan memanfaatkan laman web itu dengan majorititinya memasarkan produk makanan.

Katanya, buat masa ini pihaknya memberi tumpuan kepada peniaga di utara terutama di Alor Setar tetapi akan mengembangkannya ke seluruh negara secara berperingkat.

"Tiada syarat ketat ditetapkan kepada peniaga dan mereka juga tidak dikenakan bayaran untuk memasarkan produk di laman web.

"Ia seiring dengan matlamat kita untuk membantu cuma produk dipasarkan hendaklah berkualiti supaya mereka berpeluang mendapat pelanggan tetap.

"Tiada had harga jualan maksimum ditetapkan untuk peniaga dan perancangan akan datang adalah mengajak pengusaha farmasi dan gajet turut sama memasarkan produk di laman web, hantarla.

"Alternatif ini diharap membantu semua peniaga meneruskan jualan walaupun dalam tempoh premis tertentu tidak dapat dibuka berikutan pelaksanaan PKP," katanya

-myMetro

Isnin, 2 Ogos 2021

Covid19: Budak 8 tahun punca kluster baharu di Kelantan dan 13 individu sudah dijangkiti

 Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun menjadi punca tercetusnya Kluster Kampung Tok Jenuh Mahligai di Bachok, Kelantan. - Foto NSTP

Kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun menjadi punca tercetusnya Kluster Kampung Tok Jenuh Mahligai di Bachok, Kelantan. - Foto NSTP

PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun menjadi punca tercetusnya Kluster Kampung Tok Junuh Mahligai di Bachok, Kelantan yang kini sudah menjangkiti 13 individu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes indeks mula mengalami gejala pada 25 Julai lalu, sebelum disahkan dijangkiti COVID-19 empat hari kemudian hasil saringan individu bergejala.

"Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Tok Junuh Mahligai, Melor, Bachok.

"Sehingga kini, seramai 28 individu sudah disaring dengan 13 daripadanya dijangkiti virus," katanya dalam kenyataan hari ini.


Dr Noor Hisham berkata, kluster komuniti itu adalah satu daripada 23 kluster baharu yang dikesan hari ini.

"Terdapat 11 kluster baharu hari ini membabitkan tempat kerja, lapan dalam kalangan komuniti, dua kumpulan berisiko tinggi dan masing-masing satu institusi pendidikan dan pusat tahanan," katanya.

Mengenai kes baharu hari ini, Dr Noor Hisham berkata penularan COVID-19 di negara ini masih mencatat angka harian lebih 17,000 kes iaitu 17,150 kes baharu dilaporkan dengan 160 kematian.

"Semua negeri dan Wilayah Persekutuan mencatat kes baharu, termasuk lima yang merekodkan angka harian empat angka.

"Selangor masih mencatat jumlah tertinggi dengan 6,326 kes, diikuti Kuala Lumpur (2,086), Kedah (1,511), Johor (1,045) dan Sabah (1,002). Seterusnya, Negeri Sembilan (809), Pulau Pinang (752), Perak (693), Melaka (686), Pahang (676), Sarawak (578), Kelantan (459), Terengganu (429), Putrajaya (72), Perlis (21) dan Labuan (lima)," katanya.

-BH Online

Tokyo 2020: Axelsen Menangis, Hanya Perlu 2 Set Tewaskan Chen Long Untuk Pingat Emas Olimpik

Viktor Axelsen menangis selepas menewaskan jaguh dari China yang juga penyandang pingat emas di Rio, Chen Long dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki di Olimpik Tokyo 2020.

Kejayaan ini cukup manis buat Axelsen kerana ini adalah kali pertama beliau memenangi pingat emas Olimpik dalam kerjayanya yang sedang memuncak.

Axelsen menewaskan Chen Long dalam aksi 2 set yang nampak mudah perjalannya dalam mengalungkan pingat emas buat kontinjen Denmark. Set pertama ada sedikit cabaran yang diberikan oleh Chen Long dan berkesudahan 21-15 menjadi milik Axelsen.

Tidak banyak berubah di set kedua, kesilapan demi kesilapan dari Chen Long yang banyak membuat pukulan keluar memudahkan Axelsen untuk menamatkan set kedua dengan keputusan 21-12.

Chen Long gagal menyamai rekod Lin Dan yang mendapat dua pingat emas Olimpik dan ini adalah emas pertama yang sangat manis buat Axelsen serta menjadikannya pemain yang lengkap dengan semua kejuaraan utama sebaris dengan Lin Dan, Chen Long dan Taufik Hidayat.

-siakapkeli.my

Ice Ice baby: Sudah terjebak dadah syabu merana seumur hidup

 

Gàmbar hiasan


Banyak pengalaman aku tempuh disebabkan ice ni. Tak ada istilah “biar kita bawak dia, jangan dia kawal kita.” bullsh1t tu semua ayat nak cover line nak menghalalkan cara dengan perbuatan b4ngsat tu. Sekali kau sedut n4jis ni, selama itu lah kau melangkahkan kaki kau dalam lembah kehidupan paling memb4ngsatkan.

Kalau kau jumpa orang yang membela perilaku perbuatan hisap batu/ice/syabu ni kononnya n4jis ni tak memudaratkan, tak payah kau layan, tu semua ayat nak menangkan diri sendiri, kalau tak dia dah jadi taik batu, kompom memang terjebak dengan n4jis ni.

Lama aku nak menulis hal ni, tapi aku tahan sebab jaga perasaan kawan² yang kaki. Tapi hari demi hari, macam² benda mus1bah terjadi disebabkan n4jis ni. Sorry kalau korang terasa. Yang mana ikut aku lama, korang tau lah macam mana aku palang n4jis ni.

Aku menulis bukan atas atas cerita mulut orang, tapi aku sendiri dah melalui kisah b4ngsat yang berlaku depan mata kepala aku sendiri yang berpunca dari n4jis ni. Ada yg meniaga elok bertahun² tapi baru 2 bulan terjeb4k dah tutup kedai terus, gaji pekerja tak bayar, duit customer buat rolling benda lain, job masuk tapi bertangguh lama. Ending sama, kedai tutup, bercerai berai, hutang keliling pinggang, jadi taik batu terus jadi taik mesin.

Ada yang abaikan tanggungjawab, anak isteri dijadikan m4ngsa keadaan, jadi punching bag, sewa rumah bil api air tertunggak. Culas dalam memberi nafkah. Paling bangsat sampai terjadinya haruan makan anak.

Anak jadi b1adab dengan orang tua sendiri. Sampai ada yang bergad0h dengan bapak sendiri bila ditegur. Dan paling celake sampai bun0h bapak sendiri disebabkan kerosakan otak dan gagal berfikir dengan kewarasan akal.

Yang terbaru, high sebab ice, memandu kereta melulu macam set4n, sehingga meng0rbankan nyawa insan yang tak bersalah. Kerana ice, ada anak² isteri yang hilang tempat bergantung. Yang jadi taik batu, tapi poket tak berapa nak tebal, terpaksa meny4mun meragut semata² nak buat modal supaya kepala kekal berisi.

Betul, aj4l m4ut rezeki jodoh tu di tangan Allah. Tapi apa guna dikurniakan akal yang waras kalau tak mampu membezakan baik dan buruk. Ada yang kata, batu ni cuma asbab bagi setiap mus1bah yang berlaku, hakikatnya takdir dah tertulis. Betul. Memang tepat. Bab tiba² jadi pakar agama mengalahkan ulamak ni memang AAA lah puak ni, hanya untuk menegakkan benang yg basah. Tapi ada akal gunakan, jangan mengakal orang lain.

Ada yang kata, dah terjeb4k, tak boleh reverse, susah kalau dah jadi taik. Itu semua alasan je. Semuanya dalam hati. Makhluk tak ada daya upaya, kalau betul nak berubah, kuatkan hati, mintak pada Dia. Nescaya Dia akan kabulkan dan permudahkan. Pokok pangkal adalah hati dan minda.

Aku harap kalau ada sahabat yg masih tegar, berhentilah. Kalau ada sahabat yang ada ahli keluarga yang terjeb4k, nasihatkanlah. Bagi dia semangat dan dorongan. Supaya cekal untuk men1nggalkan dunia penuh kehancuran ni. Kalau semangat xjalan, sebat kan aja dengan beluti 2X4.

Ada yg tergadai body kerana menatang ni…

Anak² gadis kita pun ramai dah terjeb4k dengan gejala ni. Fun² dengan kawan², tong² modal, check in hotel, lepak hotel isi kepala sampai berat. Ada yang pakej sampai gadai body. Aku sendiri pernah menyaksikan anak gadis elok bertudung tapi dengan bangga tanya kawan² kat mana boleh dapatkan barang. Sampai sanggup k0rban maruah kalau x cukup modal.

Kebanyakan mereka jadi tak keruan, halusinasi, mula nampak bayang², dengar bisikan suara² halus (bermain dengan monolog sendiri). Tahap kritikal jadi panas b4ran dan am0k tak tentu hala. Yang mana kajian di negara luar dah mengesahkan, syabu ni merupakan d4dah yang mampu mengubah penag1h menjadi lebih aggres1f.

Mak bapak tolong alert, budak sekolah sekarang ramai terjebak dah. Benda boleh hisap dalam bilik tanpa bau. Kalau anak terperap dalam bilik x nak keluar, mula perhatikan. Kalau ade anak yang mula tak tidur sampai 3 hari tu, suruh makan pun xnak, kacip tak ingat, berwaspadalah makcik pakcik, tu antara tanda² penggemar n4jis ni.

Banyak kesan akibat pengambilan d4dah jenis batu ni, memang dengan kepala hati jadi batu. Keras susah nak bentuk. Emosi tak stabil. Panas b4ran tak menentu. Kalau tengah high tu, kau bagi ape kerja kat dia, mmg tekun dia buat sampai x sedar dah 5 jam dok lipat baju yg sama tak berganjak ke baju lain. Tu contoh. Ada jugak yg bengap suruh gosok body kereta, berjam jam masih gosok fender je sampai nampak besi bila kau tegur, mula dia gelabah cakap tak rata lagi ni bos. Kepala bana dia.

Kalau diperingkat awal, senang nak ubah, kalau dah tegar jadi taik ni, tunggu hidayah je lah jawabnya.

Satu je pesan, kalau dah jadi taik batu, xpayah la jadi penunggang agama nak bercerita hal² ketuhanan kerohanian padahal hanya kerana menerima wahyu bisikan halusinasi batu ni.

Pesanan paling penting kepada sahabat di luar yang pernah mengambil ice ni dan dah berjaya membebaskan diri daripada per4ngkap m4aut ni,dah berjaya cuci tangan, kalau ada sahabat atau kaum keluarga sekeliling kau yang masih tegar tu, nasihatlah, bagi semangat utk berhenti, jadikan diri kau sebagai contoh dan semangat untuk mereka sama² berhenti. Semoga Bermanfaat.

Sumber:Fb Mazlan Ariffin

Polis siasat dakwaan 107 ahli politik sertai perhimpunan

 Ketua Pembangkang dan juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) turut hadir bersama sebahagian Ahli Parlimen dari blok pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka seterusnya berarak secara aman menuju ke Parlimen susulan sesi Dewan Rakyat di Parlimen yang dijadualkan hari ini telah ditangguhkan. FOTO ASWADI ALIAS

Ketua Pembangkang dan juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) turut hadir bersama sebahagian Ahli Parlimen dari blok pembangkang berkumpul di Dataran Merdeka seterusnya berarak secara aman menuju ke Parlimen susulan sesi Dewan Rakyat di Parlimen yang dijadualkan hari ini telah ditangguhkan. FOTO ASWADI ALIAS

Kuala Lumpur: Polis sudah menerima dua laporan berhubung perhimpunan diadakan sekumpulan Ahli Parlimen berhampiran Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Susulan itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan serta merujuk perkara itu ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya sebelum tindakan lanjut diambil.

Menurutnya, polis juga akan memanggil pihak terbabit serta minta kerjasama mereka yang dipercaya akan dapat membantu siasatan.

"Ada yang kata seramai 107 orang yang ada (menyertai perhimpunan) tetapi saya belum diberi taklimat mengenainya," katanya ketika sidang media di sini, tadi.

Mengenai tindakan polis menutup sebahagian jalan di sekitar bandar raya, beliau menjelaskan bahawa pihaknya berbuat demikian susulan maklumat diterima bakal berlaku satu perhimpunan digelar sebagai 'Solidariti Bersama Anwar Ibrahim Di Parlimen'.

Menurutnya, polis kemudiannya menyemak dengan pihak Parlimen dan dimaklumkan bahawa tiada persidangan ( Sidang khas Dewan Rakyat ) diadakan hari ini.

"Bertindak atas maklumat itu, polis mengadakan sekatan dan juga lencongan untuk tidak membenarkan sebarang kenderaan dan individu memasuki Parlimen.

"Ia dilakukan demi menjaga keselamatan masyarakat dan Ahli Parlimen yang ada. Itu adalah asas kepada tindakan yang dibuat oleh pihak polis pada pagi tadi," katanya.

Menurutnya, siasatan perhimpunan itu akan dijalankan dan disiasat mengikut Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 269 Kanun Keseksaan (kecuaian yang boleh merebakkan jangkitan dan membahayakan nyawa) dan Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Azmi juga mengesahkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang notis untuk perhimpunan berkenaan dan juga tidak berlaku sebarang kekecohan di lokasi kejadian.

Dalam perhimpunan hari ini, bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Ahli Parlimen lain berhimpun di kawasan Dataran Merdeka untuk mendesak Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan.-myMetro

MT Umno mesyuarat isu politik esok

 GAMBAR fail, Ahmad. FOTO Arkib NSTP

GAMBAR fail, Ahmad. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Umno akan mengadakan mesyuarat khas Majlis Tertinggi secara dalam talian esok bagi membincangkan mengenai isu politik terkini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook rasminya hari ini, Ahmad memaklumkan mesyuarat dijadual berlangsung pada 4 petang.

"Tentunya mesyuarat tergempar ini (adalah) untuk membincangkan isu politik terkini.

"Antaranya hal kenyataan media Istana Negara, warkah Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) dan juga isu darurat, ordinannya serta penangguhan sidang Parlimen," katanya.

Sabtu lalu Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin dalam kenyataan memaklumkan bahawa Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 pada Isnin ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.-myMetro

Selepas baju hitam, pembangkang kayangan kebal Covid-19 juga turun berhimpun

 

Ahli-Ahli Parlimen pembangkang berhimpun di Dataran Merdeka pagi ini.

Jika pada Sabtu kumpulan baju hitam berhimpun di ibu kota Kuala Lumpur tanpa menghiraukan bahaya Covid-19, hari ini Ahli Parlimen kayangan pembangkang yang kebal Covid-19 juga mengikut jejak sama berhimpun di Dataran Merdeka.

Gerombolan pemimpin pembangkang berkumpul seawal 9 pagi di Dataran Merdeka tanpa menghiraukan prosedur operasi standard (SOP) dengan tiada penjarakkan sosial dan duduk berhimpit-himpit antara satu sama lain.

Untuk rekod, Kuala Lumpur dan Selangor merupakan dua negeri yang mencatatkan kes harian tertinggi Covid-19 dan kapasiti hospital di Lembah Klang juga berada pada tahap kritikal, ia memandangkan jumlah pesakit yang semakin rapat.

Petugas barisan hadapan juga sudah mengalami keletihan dan kelesuan kerana pertambahan kes yang meningkat setiap hari.

Antara yang hadir, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama pengikutnya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Presiden Warisan Datuk Seri Shafie Apdal dan Pengerusi Parti Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kumpulan tersebut membawa sepanduk bersama yang mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak berpuas hati susulan penangguhan Sidang Khas Dewan Rakyat di Parlimen.

Bagaimanapun, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan rakan karibnya, Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan pakatan bersama Anwar tidak menghadiri himpunan pagi ini.

Sebelum ini, Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin memaklumkan Ahli-Ahli Parlimen sidang khas yang sepatutnya bersambung pada Isnin akan ditangguhkan pada tarikh yang akan dimaklumkan, selari dengan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah dan penilaian risiko Covid-19 oleh kementerian kesihatan.

Pada Khamis, Noor Hisham mengarahkan supaya bangunan Parlimen dikuarantin susulan pengesanan beberapa kes Covid-19 di lokaliti tersebut.

Langkah tersebut menimbulkan bantahan daripada MP pembangkang.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penangguhan Sidang Khas Dewan Rakyat esok dibuat atas nasihat Noor Hisham selepas penilaian risiko berikutan peningkatan kes dikesan di Parlimen sejak Isnin lalu.

“Jika di tempat lain, apabila jumlah kes positif dikesan melebihi 40, kawasan itu sudah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Jadi inilah yang orang marah, seolah-olah kami ini ‘kayangan’ ada imuniti dan kekebalan.

“Sepatutnya persidangan tidak boleh dijalankan. Tetapi kebenaran khas diberikan dengan mengurangkan bilangan seramai 80 orang yang boleh berada dalam dewan serta memendekkan perbahasan bagi mengelakkan berlaku penularan,” katanya.

-Agenda Daily

Ahli Parlimen Pembangkang cuba berarak dari Dataran Merdeka ke Parlimen namun gagal,dihalang FRU

 

Ahli Parlimen Pembangkang berarak ke Parlimen

Ahli-ahli Parlimen Pembangkang berarak dari Dataran Merdeka ke Bangunan Parlimen tadi.

Ahli-ahli Parlimen Pembangkang berarak dari Dataran Merdeka ke Bangunan Parlimen setelah mereka tidak dibenarkan memasuki bangunan tersebut ekoran penangguhan Sidang Khas Dewan Rakyat.

Antara yang dilihat menyertai perarakan itu termasuklah Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad; Ahi Parlimen Port Dickson; Ahli Parlimen Iskandar Putera, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Turut menyertai perarakan tersebut ialah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Kota Raja, Mohammad Sabu.

Penangguhan Sidang Khas Dewan Rakyat tersebut dibuat setelah mendapat nasihat daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah ekoran penularan wabak Covid-19 di Bangunan Parlimen.

Perarakan Ahli Parlimen pembangkang bersurai

Anwar (dua dari kiri) antara Ahli Parlimen yang menyertai perarakan itu

Usaha Ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk memasuki Bangunan Parlimen gagal setelah mereka bersurai ekoran dihalang sekatan dibuat Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) hari ini.

Biarpun rundingan dibuat bagi membolehkan mereka melepasi sekatan itu namun ia tidak membuahkan hasil.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mereka bersurai secara aman bagi menghormati peraturan negara. – K! ONLINE