"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Belanda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belanda. Papar semua catatan

Khamis, 11 Julai 2024

Watkins wira England ke final Euro 2024

 Penyerang England, Harry Kane memeluk Ollie Watkins yang meledak gol kemenangan ketika menyingkirkan Belanda pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto REUTERS

Penyerang England, Harry Kane memeluk Ollie Watkins yang meledak gol kemenangan ketika menyingkirkan Belanda pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto REUTERS

DORTMUND, Jerman: Ollie Watkins meledak gol kemenangan pada minit terakhir untuk membantu England menewaskan Belanda 2-1 sekali gus mara ke final Euro 2024 berdepan Sepanyol di Berlin.

Ia adalah penamat hebat untuk England yang bermula dengan hambar apabila Xavi Simons meletakkan lawan mereka di depan seawal minit ketujuh pada aksi di Dortmund.

Namun England bangkit menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Harry Kane selepas semakan menerusi video bantuan pengadil (VAR) oleh pengadil Jerman, Felix Zwayer sebelum Watkins meledak gol kemenangan di hujung permainan.

Watkins yang masuk menggantikan Kane menyambut hantaran Cole Palmer sebelum berpusing dan meledak gol leret pada minit pertama masa kecederaan untuk mengecewakan Belanda.

"Secara jujurnya saya hilang kata-kata," kata penyerang Aston Villa itu.

"Saya rasa saya tidak pernah menjaringkan gol dengan bola yang cantik seperti itu jadi ini satu detik yang sangat istimewa."

Penyerang England, Ollie Watkins (kanan) merembat masuk gol kemenangan menentang Belanda pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto REUTERS
Penyerang England, Ollie Watkins (kanan) merembat masuk gol kemenangan menentang Belanda pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto REUTERS

Ia bukanlah kempen yang meyakinkan daripada anak buah Gareth Southgate tetapi mereka berjaya mara ke final Euro buat kali kedua berturut-turut dan menghidupkan peluang mereka memburu kejuaraan utama sejak kali terakhir pada 1966.

Bagaimanapun mereka perlu tampil dengan aksi lebih baik berbanding sebelum ini apabila mereka berdepan Sepanyol yang jauh lebih meyakinkan.

Sepanyol juga memiliki kelebihan dari segi rehat untuk menghadapi aksi final.

Belanda berharap dapat mengulangi kejayaan mereka ketika Euro terakhir berlangsung di Jerman pada 1988 namun mereka tiada kualiti bintang seperti Marco van Basten dan Ruud Gullit.

Kemenangan akan membolehkan mereka mengulangi pertembungan final Piala Dunia 2010 tetapi mereka kini akan pulang ke rumah. – AFP

Penyerang England, Ollie Watkins meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukan ketika pemain Belanda kelihatan kecewa pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto REUTERS
Penyerang England, Ollie Watkins meraikan gol kemenangan bersama rakan sepasukan ketika pemain Belanda kelihatan kecewa pada separuh akhir Euro 2024 di BVB Stadion, Dortmund sebentar tadi. – Foto REUTERS

-BH Online 

Isnin, 8 Julai 2024

Euro 2024: Senarai Empat Pasukan Mara Ke Separuh Akhir

 Saingan bola sepak eropah, Euro 2024 kini semakin menghampiri penghujungnya apabila empat pasukan telah mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir selepas mengatasi lawan masing-masing.

Senarai 4 pasukan yang telah mara ke peringkat separuh akhir:

  1. Sepanyol
  2. Perancis
  3. England
  4. Belanda


Aksi separuh akhir akan bermula dengan perlawanan Sepanyol menentang Perancis pada hari rabu ini, 10 Julai jam 3.00 pagi waktu Malaysia. Kemudian diikuti dengan perlawanan Belanda menentang England pada waktu yang sama keesokan harinya.

Pemenang perlawanan ini akan ke perlawanan akhir yang berlangsung pada 15 Julai 2024 jam 3.00 pagi waktu Malaysia.


Rujuk jadual penuh perlawanan separuh akhir menerusi grafik dibawah.

-TheVocket

Ahad, 7 Julai 2024

Belanda bangkit atasi Turkiye, mara ke separuh akhir Euro 2024

 Stefan de Vrij meraikan jaringannya. Foto: REUTERS

Stefan de Vrij meraikan jaringannya. Foto: REUTERS

BERLIN: Belanda memperoleh dua gol dalam tempoh tujuh minit pada aksi babak kedua untuk bangkit menewaskan Turkiye 2-1 sekali gus menempah slot ke separuh akhir menentang England.

Samet Akaydin meletakkan Turkiye di hadapan pada babak pertama namun Stefan de Vrij menanduk jaringan penyamaan sebelum Murt Muldur menjaringkan gol sendiri pada minit ke-76 untuk membenarkan Belanda meraih kemenangan.

Perlawanan suku akhir itu dibayangi perbalahan diplomatik antara Turkiye dan Jerman selepas wira mereka di saingan 16 terbaik, Merih Demiral digantung dua perlawanan kerana menunjukkan isyarat tangan yang menimbulkan kontroversi.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan hadir menyaksikan perlawanan di Olympiastadion bersama puluhan ribu penyokong bagi memberi sokongan kepada pasukan.

Belanda berjaya menyerap setiap tekanan yang dihadapi di dalam dan di bangku penonton untuk mara ke pentas separuh akhir pertama mereka di Euro sejak 2004.

Pengendali Turkiye, Vincenzo Montella meletakkan lima pemain di bahagian pertahanan dengan harapan pasukan mudanya boleh menghalang Belanda ketika serangan balas.

Begitupun, juara Euro 1988 terlebih dahulu mencipta peluang dengan Cody Gakpo dan Memphis Depay bergabung namun usaha berkenaan gagal menemui penyudah diinginkan.

Skuad kendalian Ronald Koeman itu tampak hambar di babak pertama selepas melancarkan serangan awal mereka yang membenarkan Turkiye mengukuhkan kemampuan mereka dalam perlawanan.

Akaydin yang menggantikan Demiral membuka tirai jaringan pada minit ke-35 menerusi tandukannya sekali gus menggamatkan stadium yang dipenuhi hampir majoritinya daripada penyokong Turkiye.

Ketika perlawanan berbaki 20 minit, Stefan de Vrij menemui jaringan penyamaan menerusi tandukannya untuk menewaskan penjaga gol Turkiye, Mert Gunok.

Penjaga gol Turkiye, Mert Gunok gagal menampan jaringan pemain Belanda, Stefan de Vrij. Foto: AFP
Penjaga gol Turkiye, Mert Gunok gagal menampan jaringan pemain Belanda, Stefan de Vrij. Foto: AFP

Enam minit kemudian, Belanda mendahului permainan apabila hantaran rendah Denzel Dumfries ditampan masuk Muldur ke gawang sendiri.

Ia adalah gol sendiri ke-10 dalam kejohanan itu. - AFP

Selasa, 25 Jun 2024

Johan Cryuff, keistimewaan lagenda Bolasepak Belanda

 


Majoriti peminat bola sepak sekarang tidak pernah melihat aksi Johan Cryuff sebagai pemain tetapi ada yang sempat melihatnya sebagai individu yang berada di heararki tertinggi kelab bola sepak.

Cryuff hebat dalam semua dunianya, sebagai pemain, pengurus dan sebagai individu dalam pengurus kelab. 

Sebagai pemain, Cryuff memenangi 8 gelaran Eredivisie dan 3 Piala Eropah bersama Ajax. Dia berpindah ke Barcelona dengan yuran perpindahan rekod dunia ketika itu.

Cryuff menjulang trofi La Liga pada musim pertamanya. Pada tahun 1974, dia membawa Belanda ke final Piala Dunia. Dia memenangi 3 trofi Ballon d'Or. 

Terdapat rekod yang tidak dapat ditulis mengenai Cryuff iaitu kepantasan, muslihat kaki, interaksi, keindahan permainannya.

Sebagai jurulatih, dia telah berkongsi dan mewarikan seni bola sepaknya. 

Ketika di Ajax, dia membina generasi baharu Belanda. Nama Marco van Basten, Dennis Bergkamp, ​​Frank Rijkaard, Ronald Koeman muncul. Mereka semua menjadi nama besar.

Bersama Barcelona Cryuff memenangi 4 kejuaraan La Liga berturut-turut serta 1 Piala Eropah. Salah seorang pemain dalam pasukan itu ialah Pep Guardiola. 

Cryuff adalah mentor Guardiola. Guardiola kemudiannya menjadi arkitek kepada permainan tiki-taka. Cruyff adalah pengaruh terbesar dalam kerjaya kejurulatihan Guardiola.

Pada satu ketika Cryuff pernah memulihkan Ajax di posisi lain, bukan sebagai pemain dan jurulatih tetapi di bahagian pengurusan. 

Dari pelan Cryuff, Ajax membina pemain di akademi dan berhasil meraih jualan sebanyak €297 juta melibatkan pemain,

• Frenkie de Jong, 2019, €86 juta

• Matthijs de Ligt, 2019 €85 juta

• Donny van de Beek, 2020, €39 juta 

• Kasper Dolberg, 2019, €21 juta

• Sergino Dest, 2020 €21 juta

• Justin Kluivert, 2018, €17 juta

• Riechedly Bazoer, 2016, €12 juta

• Jairo Riedewald, 2017, €9 juta

• Anwar El Ghazi, 2016, €7 juta

Credit