Khamis, 4 Disember 2025

Kontroversi pusat gay: Bukankah Subuh itu sangat dekat?

 BUKANKAH SUBUH ITU SANGAT DEKAT?

Apabila Malaikat datang memberitahu Nabi Luth a.s. untuk segera keluar dari kota Sodom pada waktu malam, Malaikat berpesan:

"Sesungguhnya saat jatuhnya azab kepada mereka ialah di waktu subuh; bukankah subuh itu sudah dekat?" (Surah Hud: 81)

Kisah dalam Al-Quran bukan sekadar cerita lama, ia adalah kitaran yang berulang dan perlu kita renungkan. Jika kita perhatikan naratif "Kaum Sodom Moden" hari ini, skrip mereka saling tak tumpah dengan apa yang direkodkan dalam Al-Quran ribuan tahun lalu.

Ciri-ciri yang disebutkan pada Kaum Sodom ini adalah tanda sebelum turunnya azab.

Dulu, apabila Nabi Luth menegur, kaumnya menjawab dengan sinis: "Usirlah mereka, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (berpura-pura) suci!" (Al-A'raf: 82).

Hari ini, ayat itu kedenganran semula. Bila ada yang menegur tentang fitrah dan agama, peluru pertama yang ditembak adalah

 "You’re holier than thou." (Kau acah-acah suci), juga dengan alasan "Kubur masing-masing."

Mereka memanipulasi rasa bersalah dalam hati orang beriman supaya kita diam. Mereka menjadikan perbuatan melarang itu kelihatan sebagai satu "kebodohan" atau "ketinggalan zaman".

Kemudian, dosa kaum Sodom bukan sekadar dilakukan secara sembunyi, tetapi dilakukan secara terbuka. Al-Quran merekodkan mereka melakukan kemungkaran di tempat pertemuan awam (Al-Ankabut: 29).

Lihat hari ini. Maksiat songsang tidak lagi dilakukan di lorong gelap. Ia menjadi content, ia menjadi perarakan, ia diraikan dengan bendera pelangi. Mereka terus terang tanpa malu, malah bangga menayang identiti yang melanggar fitrah. Hilangnya rasa malu adalah tanda awal kehancuran sesuatu tamadun.

Ketiga, azab Allah di kota Sodom menimpa seluruh penduduk, bukan hanya pelaku homoseksual. Kenapa? Kerana wujudnya golongan Enabler.

Isteri Nabi Luth adalah simbol The Ultimate Enabler. Dia tidak melakukan hubungan sejenis, tetapi dia menyokong 'hak asasi’ kaumnya, membocorkan rahsia orang beriman kepada kaumnya iaitu tentang kedatangan malaikat yang menjelma sebagai tetamu yang memiliki rupa paras baik, serta redha dengan maksiat di sekelilingnya.

Hari ini, enabler muncul dalam bentuk "kawan yang open minded", watak-watak kartun yang ditayangkan, jenama korporat yang meraikan "pride", dan netizen yang komen "biarlah dia, dia tak kacau orang". Apabila masyarakat menjadi enabler, seluruh bandar ditimpa azab, walaupun dalam bandar tersebut ada orang baik, tetapi mereka hanya berdiam diri.

Keempat,  Kaum Sodom tidak pernah tertindas. Merekalah yang memegang tampuk kekuasaan dan mengugut Nabi. Zaman moden juga sama. Mereka menzahirkan diri sebagai mangsa minoriti yang "tertindas" untuk meraih simpati dan perhatian undang-undang. Namun realitinya, merekalah yang duduk di posisi yang tinggi, yang lantang menyerang undang-undang, cancel culture kepada yang menegur dan mendesak norma baharu diterima secara paksa.

Kenapa Allah pilih waktu Subuh untuk membalikkan bumi Sodom? Kerana itu waktu manusia sedang nyenyak, waktu paling lalai, dan waktu paling gelap sebelum datangnya terang.

Hari ini, kita mungkin rasa selesa. Kita rasa dunia moden ini terlalu canggih untuk dibinasakan. Peringatan buat kita agar menentang perbuatan ini habis-habisan, jangan jadi enabler kepada perbuatan yang dilaknat ini, kerana kita tidak mahu ‘Azab Subuh’ itu menimpa kita. Nauzubillah

Moga kita dan keluarga kita tidak menjadi sebahagian daripada debu-debu sejarah yang dibinasakan kerana kita diam dan membenarkan kemungkaran.

#Renungan #SodomZamanModen #TadabburQuran #Chowkit

Dr. Siti Sarah Amran

Pegawai Perubatan

Penggubal ReproAlert!

Ketua Biro Keluarga & Masyarakat ISMA

0 comments:

Catat Ulasan