𝙋𝙀𝙉𝘼 𝙋𝙀𝙉𝘼𝙆𝘼:
𝗣𝗥𝗡 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 : 𝗠𝗔𝗠𝗣𝗨𝗞𝗔𝗛 '𝗥𝗢𝗧𝗜 𝗚𝗔𝗥𝗗𝗘𝗡𝗜𝗔' 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗜𝗦𝗨 𝗦𝗔𝗞𝗔𝗨, 𝗥𝗔𝗦𝗨𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗘𝗪𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗠𝗣𝗜𝗡 𝗦𝗔𝗕𝗔𝗛 ?
1. Hampir semua parti-parti yang bertanding dalam PRN Sabah bertaming di balik isu 'roti Gardenia' dan menggunakannya untuk menyerang PAS- PERIKATAN NASIONAL.
2. Dan isu 'roti Gardenia' ini menjadi SATU-SATUNYA isu yang ada yang mampu digunakan oleh siber trooper geng PH-DAP, GRS dan BN untuk menyerang PERIKATAN NASIONAL.
3. Kita akui rakyat Sabah terluka, namun mereka boleh menilai yang mana lebih utama antara isu 'roti Gardenia' atau pun soal rasuah, integriti, sakau dan gejala mengumpul kekayaan luar biasa yang telah berakar umbi secara sistemik oleh pemimpin-pemimpin kerajaan negeri sejak sekian lama.
4. Kita boleh lihat betapa istimewanya calon BN bagi DUN Lamak, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya yang berjaya mendapat penangguhan perbicaraan kes rasuahnya dari hujung November ke Januari depan untuk memberi laluan kepada kempen PRN beliau.
5. Bung Moktar dan isteri didakwa dalam kes membabitkan RM2.8 juta berkaitan salahguna wang FELCRA Berhad dalam pelaburan Public Mutual Berhad dengan menerima komisyen.
6. Dua ADUN Sabah (sebelum pembubaran) iaitu ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryadi Bandi pula didakwa atas pertuduhan rasuah.
7. Mereka berdua didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada 30 Jun 2025 kerana menerima wang dari seorang individu yang turut didakwa sebagai habuan kerana dorongan membantu mendapatkan lesen mencari gali mineral di Sabah.
8. Itu baru beberapa kes yang berjaya melalui proses pendakwaan, banyak lagi kes-kes yang berlegar dalam lensa rakyat Sabah yang tiada tindakan.
9. Yang berjaya didakwa itu pun akibat daripada perubahan-perubahan dalam kerjasama politik kerajaan demi membenam dan mencantas lawan politik, bukan kerana komitmen membenteras rasuah pun.
10. Turut berlegar dalam kalangan rakyat ialah skandal air Sabah bernilai RM15 bilion melibatkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa dan ketidaktelusan, skandal Jambatan Sungai Damit bengkok melibatkan peruntukan tambahan RM30 juta dan banyak lagi masih belum ada tindakan susulan.
11. Itu belum lagi isu seorang bekas pembantu kanan pemimpin utama sebuah parti politik kerajaan dari Semenanjung yang dikatakan bakal memiliki tanah yang luas di Sabah. Kalau parti itu menang, ia akan menjadi kenyataan.
12. Sebagaimana yang kita boleh lihat dengan jelas bahawa rakyat Sabah akhir-akhir ini sangat mementingkan isu integriti dan penyelewengan bermula daripada bantahan terutama oleh golongan muda dan mahasiswa terhadap perlantikan TYT Sabah.
13. Isu Zara Qairina pula memberikan satu persepsi yang buruk rakyat terhadap kerajaan bahawa ada kemungkinan wujudnya naungan tak wajar dilakukan oleh mereka yang berkuasa.
14. Sabah adalah sebuah wilayah yang sangat kaya dengan hasil bumi di mana dalam keadaan mereka belum mendapat hak 40 peratus hasil pun wilayah ini sudah pun kaya raya, namun rakyat tidak dapat merasa nikmatnya akibat ketirisan dan penyelewengan.
15. Sekiranya rakyat Sabah tidak melakukan perubahan dan kekal memilih parti-parti yang rasuah, bermasalah dan buruk integritinya maka sekali pun Sabah dapat hal 1000 peratus hasil pun tidak ada makna pada rakyat Sabah.
16. Jika kerajaan yang dipilih itu bermasalah, berapa banyak pun hasil yang Sabah dapat maka yang bertambah kaya ialah pemimpin kerajaan Negeri Sabah, bukan rakyat Sabah.
17. Akibat isu 'roti Gardenia' ini rakyat Sabah boleh saja untuk menolak PERIKATAN NASIONAL dan memilih parti-parti yang rendah integriti yang mempunyai pengalaman luas dalam MENYAKAU duit rakyat agar mereka terus menjadi kerajaan dan rakyat akan menderita.
18. ATAU rakyat Sabah boleh melihat kepada ketokohan kepimpinan dan calon-calon PERIKATAN NASIONAL yang berkaliber dan tinggi integriti yang akan memimpin Sabah dengan penuh amanah dan menolak parti-parti-parti PENYAKAU DAN RASUAH.
𝗣𝗨𝗧𝗥𝗔 𝗜𝗕𝗡𝗨 𝗝𝗔𝗡𝗜𝗘
𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗮𝗹 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗕𝗲𝗯𝗮𝘀
Rabu | 19 November 2025
#PRNSabah
#kasibagussabah
#PerikatanNasional










0 comments:
Catat Ulasan