"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Sabtu, 21 Disember 2024

Mata wang kripto: Antara peluang dan risiko

 Mata wang kripto: Antara peluang dan risiko

Pasaran mata wang kripto global kini bernilai lebih AS$2 trilion dengan lebih 60 peratus daripadanya didominasi oleh Bitcoin dan Ethereum. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Mata wang kripto, iaitu sebarang bentuk mata w okang digital - juga dikenali sebagai aset digital - semakin mendapat perhatian global termasuk Malaysia dan dilihat sebagai alternatif terbaik kepada mata wang konvensional.
Sistem kewangan ini tidak dikawal oleh mana-mana pihak, sebaliknya menggunakan kaedah kriptografi atau berasaskan kod, yang beroperasi dengan teknologi rantaian blok (blockchain) bagi membolehkan transaksi berlaku tanpa perantara seperti bank, sekali gus menjamin keselamatan dan ketelusan, selain tidak boleh diubah.
Berdasarkan maklumat di laman web Triple-A, sebuah firma berkaitan kewangan dan teknologi (fintech), seramai 562 juta individu memiliki mata wang kripto pada tahun ini, berbanding 420 juta pada 2023.

Menurut Triple-A lagi, Emiriah Arab Bersatu, Singapura dan Turkiye mencatatkan kadar pemilikan mata wang kripto tertinggi dalam kalangan 30 ekonomi teratas, manakala Asia kekal sebagai pendahulu dari segi jumlah pemilikan, iaitu sebanyak 326.8 juta, diikuti Amerika Utara dengan 72.2 juta.

Namun begitu, di sebalik peluang dan potensi besar mata wang ini dalam merevolusikan sistem kewangan, pelaburan mahupun perniagaan, wujud kebimbangan akan risiko penipuan.

SASARAN PENIPUAN DALAM TALIAN

Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) Ts Azrul Zafri Azmi berkata pasaran mata wang kripto global kini bernilai lebih AS$2 trilion dengan lebih 60 peratus daripadanya didominasi oleh Bitcoin dan Ethereum.

Mengambil contoh Bitcoin, beliau berkata nilai mata wang kripto itu meningkat daripada AS$0.08 seunit pada 2010 kepada lebih US$60,000 pada puncaknya, dan hingga awal Disember 2024 harga Bitcoin telah mencecah AS$100,000.

"Di sebalik kerancakan perkembangan mata wang kripto ini, data Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan lebih daripada 4,000 kes penipuan berkaitan mata wang kripto dilaporkan di Malaysia dalam tempoh lima tahun lepas, melibatkan kerugian lebih RM200 juta.

"Selain itu, dalam tempoh 2020 hingga 2023, kes penipuan mata wang kripto meningkat sebanyak 30 peratus," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Azrul Zafri berkata kurangnya pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan pengguna baharu mengakibatkan mereka mudah terpengaruh dengan janji pulangan tidak realistik, seperti "skim pelaburan Bitcoin" yang menjanjikan pulangan 10 peratus sehari.

"Kesukaran mengesan transaksi turut menyumbang kepada isu penipuan atau scam ini kerana transaksi mata wang kripto menggunakan teknologi blockchain yang bersifat anonim dan tidak dapat diubah, sekali gus memudahkan scammer melarikan wang tanpa dapat dikesan.

"Penggunaan platform tidak berdaftar yang menawarkan kadar keuntungan lebih tinggi berbanding platform berdaftar turut mengundang scammer," katanya, menambah antara pengendali Pertukaran Aset Digital (DAX) berdaftar ialah MX Global Sdn Bhd, SINEGY DAX Sdn Bhd, Luno Malaysia Sdn Bhd dan Tokenize Technology (M) Sdn Bhd.

(DAX merupakan platform elektronik yang memudahkan perdagangan aset digital, membolehkan pelabur memperdagangkan aset digital yang dibenarkan seperti Bitcoin, Ether, Ripple, Litecoin dan Bitcoin Cash)

FAHAMI PERKARA ASAS

Tawaran keuntungan yang tinggi dalam masa singkat, tekanan agar pelaburan dilakukan segera dengan taktik "promosi akan tamat dalam tempoh tertentu" serta tiada maklumat syarikat yang sah, adalah antara ciri-ciri skim penipuan mata wang kripto.

Azrul Zafri berkata pengguna perlu melindungi diri daripada penipuan dengan memilih platform yang berdaftar selain menyemak kredibiliti pelaburan.

"Rujuk sumber sahih untuk memeriksa lesen dan reputasi platform tersebut. Elakkan 'Skim Ponzi' atau pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang biasanya meminta pengguna merekrut orang lain sebagai pelabur baharu untuk mendapatkan keuntungan.

"Pengguna juga perlu menggunakan Pengesahan Dua Faktor (2FA) sebagai keselamatan tambahan pada akaun mereka untuk mengelakkan akses tanpa kebenaran," nasihat beliau.

Katanya, beberapa langkah boleh diambil untuk memanfaatkan potensi mata wang kripto termasuk memperkenalkan dasar dan kawal selia yang lebih ketat dengan kerajaan memastikan setiap platform mematuhi garis panduan yang ditetapkan bagi melindungi pengguna.

Beliau juga menggesa agar kesedaran dan pendidikan awam ditingkatkan selain bakal pengguna disaran memahami sepenuhnya perkara asas tentang mata wang kripto bagi mengelakkan daripada ditipu.

"Mata wang kripto merupakan aset digital yang sah dan mempunyai potensi besar untuk meningkatkan ekonomi serta inovasi teknologi, dan kerjasama semua pihak termasuk pengguna, kerajaan dan agensi seperti MCCA mampu memastikan ekosistem yang lebih selamat dan berdaya maju di Malaysia," katanya.

Menurut beliau, MCCA sedia memainkan peranannya bagi meningkatkan kesedaran masyarakat menerusi kempen kesedaran selain bersedia menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak, antaranya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), Bank Negara Malaysia (BNM) dan PDRM.

BERKEMBANG PESAT

Turut berkongsi pandangan, Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Mohd Khairie Ahmad memetik laporan Statista, platform data dan perisikan perniagaan global, yang mengunjurkan hasil pasaran mata wang kripto Malaysia dijangka mencecah AS$306 juta pada tahun ini (2024).
Beliau berkata Malaysia dan Singapura dikenal pasti sebagai negara di Asia Tenggara yang menunjukkan perkembangan pesat dalam penggunaan mata wang berkenaan.

"Pada tahun depan, Malaysia disasarkan mempunyai sekitar 4.6 juta pengguna mata wang kripto. Perkara ini bukanlah menghairankan kerana lebih 90 peratus populasi Malaysia mempunyai akses kepada Internet dengan lebih 75 peratus memiliki literasi digital, iaitu kemahiran asas ICT.

"Melalui Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) yang diperkenalkan pada 2021 oleh kerajaan, mata wang kripto dilihat berpotensi untuk menjadi semakin popular," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata amat penting untuk pengguna memahami asas kripto seperti teknologi blok rantaian, jenis kripto, cara sistem berfungsi serta tahap keselamatan sistem agar mereka tidak mudah terpedaya, terutamanya dimanipulasi untuk pengubahan wang haram.

"Usaha meningkatkan pengetahuan asas dan memahami kerangka undang-undang serta peraturan berkaitan mata wang kripto juga dituntut memandangkan ekosistem perundangan sistem kewangan ini masih dalam proses pemantapan.

"Kemahiran dan pengetahuan membuat analisis trend atau corak mata wang kripto juga satu aspek dalam membuat pelaburan yang bertanggungjawab, di samping mendapatkan nasihat golongan profesional perlu menjadi keutamaan, khususnya bagi mereka yang mahu berjinak-jinak dengan penggunaan sistem mata wang ini," katanya.

Berpendapat mata wang kripto menyediakan satu sistem kewangan alternatif bukan sahaja bagi tujuan pelaburan tetapi juga transaksi harian sebagaimana e-dompet, Mohd Khairie berkata sifat sistem itu yang kurang kerenah birokrasi dan tidak tertakluk kepada sistem sandaran mata wang dunia seperti dolar Amerika, menjadikan aset digital ini lebih stabil walaupun masih bersifat turun-naik.

Namun begitu, katanya, penerimaan lebih meluas rakyat terhadap mata wang itu bergantung pada kerangka perundangan.

"Buat masa ini tatakelola mata wang kripto masih tidak meyakinkan dari segi ketelusan dan ketekalan (kebolehpercayaan), memandangkan BNM masih belum mengiktiraf mata wang itu sebagai satu bentuk wang yang boleh diterima untuk diperdagangkan," katanya, menambah penerimaan mata wang kripto di Malaysia sangat dipengaruhi oleh ekosistem yang diperkenalkan oleh pihak berkuasa.

RANGSANG TEKNOLOGI KEWANGAN

Sementara itu, Penolong Profesor di Jabatan Kewangan, Kolej Perniagaan Prince Sultan University di Riyadh, Arab Saudi, Dr Nadisah Zakaria berkata mata wang kripto dapat menyediakan akses kepada perkhidmatan kewangan buat penduduk di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan bank seperti di pedalaman.

Katanya, sebagai sebuah negara berorientasikan perdagangan, Malaysia mendapat manfaat daripada penggunaan mata wang kripto menerusi pembayaran rentas sempadan yang lebih murah dan pantas, mengurangkan kebergantungan pada sistem pengiriman wang konvensional yang mengenakan fi berkadar tinggi.

"Mata wang kripto dapat memupuk inovasi dalam sektor teknologi kewangan, berpotensi merangsang ekonomi digital Malaysia dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu dalam pembangunan rantaian blok, platform perdagangan serta perkhidmatan berkaitan.

"Justeru, mata wang kripto menawarkan kelas aset baharu kepada rakyat Malaysia dan menyediakan peluang kepelbagaian dalam portfolio pelaburan mereka, terutamanya untuk generasi muda yang celik teknologi. Selain itu, perusahaan kecil dan sederhana yang membentuk sebahagian besar ekonomi Malaysia juga dapat menerima faedah daripada pembayaran menggunakan mata wang digital ini, mengurangkan kebergantungan pada perbankan tradisional serta mempermudah akses kepada pasaran global," katanya.

Menyentuh risiko di Malaysia, Nadisah berkata sekalipun BNM telah mengeluarkan garis panduan tentang penggunaan mata wang kripto, ketiadaan peraturan komprehensif mungkin mengundang penyalahgunaan, penipuan dan ketidakstabilan dalam pasaran.

Tambah beliau, mata wang kripto dikenali dengan naik turun harga melampau yang menimbulkan risiko besar kepada pelabur dan boleh menyebabkan kerugian kewangan bagi mereka yang tidak biasa dengan pasaran.

Sifat pseudo-tanpa nama bagi mata wang kripto juga menimbulkan kebimbangan tentang penggunaannya dalam pengubahan wang haram serta pembiayaan keganasan dan aktiviti haram yang lain.

"Tidak seperti produk kewangan terkawal, mata wang kripto tidak menawarkan sandaran untuk pengguna dalam kes penipuan atau salah urus oleh bursa, menyebabkan pelabur terdedah," tambahnya.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh beliau dan pasukannya ketika bertugas di International University of Malaya-Wales pada 2023, bertajuk "Fintech Adoption In Accounting: A Study Of Millennials' And Gen-Zs' Readiness In Malaysia," didapati generasi muda Malaysia, terutama yang berusia 20 ke 40 tahun, lebih berpengetahuan tentang mata wang kripto, kerana mereka terdedah kepada media sosial, celik teknologi dan minat dalam pelaburan berinovasi.
Platform seperti X (sebelum ini Twitter), TikTok dan Telegram lazim digunakan bagi perbincangan tentang kripto serta penubuhan komuniti pengguna.

Kajian juga mendapati di kawasan bandar, terutama dalam kalangan profesional dan usahawan, wujud peningkatan kesedaran disebabkan oleh keterdedahan kepada perkembangan teknologi kewangan dan forum pelaburan.

Di kawasan luar bandar pula, tahap pendedahan kepada mekanisme mata wang kripto adalah lebih rendah, terutamanya disebabkan oleh kekangan akses kepada Internet, tahap literasi kewangan yang rendah serta ketiadaan inisiatif pendidikan bersasar.

Beliau berkata sekalipun ramai rakyat Malaysia pernah mendengar tentang Bitcoin atau mata wang kripto lain, sebahagian besar daripada mereka tidak memahami bagaimana mata wang itu berfungsi, seperti rantaian blok, perlombongan dan dompet.

"Kursus berkaitan mata wang kripto dan rantaian blok masih baharu di universiti dan institusi teknikal Malaysia, mewujudkan jurang dalam pendidikan berstruktur. Sekalipun sesetengah perniagaan menerima wang kripto sebagai pembayaran, penggunaan dalam transaksi hari ke hari kekal rendah disebabkan ketidaktentuan dan kekangan penerimaan peniaga," katanya, menambah ketiadaan literasi kewangan asas boleh menggugat pemahaman tentang konsep mata wang kripto yang kompleks.

Berpendapat bahawa masa depan mata wang kripto di Malaysia mempunyai potensi dan juga cabaran tersendiri, beliau berkata dengan anjakan global terhadap mata wang digital itu, Malaysia mungkin akan menyaksikan peningkatan secara beransur-ansur penggunaan mata wang kripto dalam pembayaran, perdagangan dan pelaburan alternatif.

"Mata wang kripto mungkin dapat meraih momentum dalam sektor e-dagang Malaysia yang sedang berkembang apabila peniaga menggunakan sistem pembayaran kripto untuk menarik pengguna yang celik teknologi.

"BNM dan SC berkemungkinan membangunkan peraturan yang lebih jelas dan komprehensif, menggalakkan kepercayaan dan membolehkan penerimaan yang lebih meluas. Kejelasan peraturan mungkin menggalakkan penerimaan oleh institusi dan penciptaan inovasi oleh firma fintech.

"Peranan Malaysia sebagai ekonomi berteraskan perdagangan memberikan ruang untuknya memanfaatkan mata wang kripto di peringkat ASEAN/Asia sebagai kaedah pembayaran dan pembiayaan perdagangan rentas sempadan yang lebih cekap serta meningkatkan daya saing di pasaran global memandangkan kebanyakan pengguna adalah dari rantau itu," tambah beliau.
-- BERNAMA

Selasa, 17 Disember 2024

Koleksi Resepi:Lamb Shank

 RESEPI LAMB SHANK 

(6 orang )

BAHAN-BAHAN :

6 ketul lamb shank atau

2 -3kg kambing/lembu. Seeloknya beserta tulang tulang sedikit.

* rebus sehingga lembut (2 – 21/2 jam periuk biasa/1jam preasure cooker). Simpan air rebusan utk masak nasi& kuah briyani nanti.

BAHAN TUMIS :

3 biji bawang Holland

Segenggam bawang putih

3 inci halia

*blend halus semua

REMPAH KERING :

2 sudu teh ketumbar

2 sudu teh jintan manis

1 sudu teh buah pelaga

*blend kering

2 batang kayu manis sederhana besar

1/2 tin besar tomato puree

3 – 4 sudu makan cili sos

3 – 4 sudu makan rempah briyani kegemaran

1/2 cawan yogurt /susu cair

Sedikit gula (jika masak lamb shank/kambing)

sedikit daun sup & daun bawang dipotong panjang seinci (jika ada)

Minyak zaitun/ghee/ minyak biasa untuk menumis. 

CARA MEMASAK :

1.Tumis bahan giling yang dikisar halus tadi sehingga wangi.

2. Masukkan 2 batang kayu manis tadi. Tumis lagi.

3. Masukkan pula bahan rempah kisar  kering tadi bersama rempah briyani. Tumis lagi sehingga terbit minyak.

4. Masukkan sedikit air rebusan lamb shank/kambing/lembu utk elakkan rempah tumis dari terlalu kering.

5. Masukkan tomato puree & tomato sos. Kacau lagi. Jika masak lamb shank/kambing masukkan sedikit gula. Jika masak daging lembu tidak perlu gula.

6. Bila sudah kelihatan mesra & berkilat sedikit masukkan pula lamb shank/kambing/daging lembu yang telah direbus bersama 4 – 5 cawan air rebusan lamb shank tadi. Biarkan tanak semua bahan menjadi mesra dan pekat. Jika suka kuah lebih boleh tambah air rebusan lagi.

7. Bila sudah pekat dan tanak, masukkan yogurt/susu cair dan biarkan didih lagi sehingga betul-betul mesra.

 8. Perasakan garam dan gula sekali lagi. Tutup api dan taburkan potongan daun sup & daun bawang tadi.

Siap untuk dihidang.

DAH SIAP! 🥰

Kredit : Empunya Resepi

SELAMAT MENCUBA

Source 

Isnin, 16 Disember 2024

ANWAR LANTIK THAKSIN: SEJARAH BARU ‘PENASIHATAN’ ASEAN?

 ANWAR LANTIK THAKSIN: SEJARAH BARU ‘PENASIHATAN’ ASEAN?

Dalam satu langkah yang boleh dianggap sebagai luar biasa dan mungkin tidak pernah berlaku dalam sejarah diplomasi ASEAN, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, melantik bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, sebagai penasihat peribadi bagi Kepengerusian ASEAN 2025. Tindakan ini menimbulkan banyak persoalan, bukan sahaja dari segi rasional politik, tetapi juga dari segi logik dan moral.

Pertama sekali, sejak bila seorang pemimpin negara memerlukan bekas pemimpin negara lain sebagai penasihat peribadi? Biasanya, pemimpin negara akan melantik pakar diplomatik, bekas menteri luar, atau tokoh akademik dalam bidang hubungan antarabangsa sebagai penasihat. Tetapi kali ini, Anwar memilih seorang bekas Perdana Menteri yang telah dijatuhi hukuman penjara di negaranya sendiri atas tuduhan salah guna kuasa dan rasuah.

Rekod Thaksin: Apa Hebatnya?

Untuk rekod, Thaksin Shinawatra bukan sekadar bekas pemimpin Thailand. Dia adalah tokoh kontroversi yang terpalit dengan pelbagai skandal. Beliau telah didapati bersalah atas tuduhan penyalahgunaan kuasa dan dijatuhi hukuman penjara. Walaupun baru-baru ini diberikan pengampunan diraja di Thailand, rekod masa lalunya tetap tidak boleh dipadam. Adakah ini jenis penasihat yang diperlukan oleh Malaysia dan ASEAN? Jika penasihat itu perlu ‘berpengalaman’, maka kita mungkin keliru tentang jenis pengalaman yang dimaksudkan.

Kenapa Thaksin? Kenapa Bukan Pakar ASEAN?

Apakah kekuatan yang dimiliki Thaksin yang tiada pada pemikir, akademik, atau pakar ASEAN lain? Adakah Anwar percaya Thaksin memiliki kebijaksanaan politik dan diplomasi yang melampaui semua pemimpin lain? Atau mungkin ini hanyalah satu lagi contoh “mujamalah”, satu istilah dari bahasa Arab yang bermaksud “membodek” atau “mengampu orang di hadapan kita”. Anwar memang terkenal dengan sifat ini. Lihat sahaja bagaimana dia memanggil Narendra Modi sebagai “brother” dan mengiktiraf “hak Israel untuk wujud” dalam temubual dengan CNN. Adakah pelantikan Thaksin juga sebahagian daripada “mujamalah” ini?

Adakah Anwar dan Thaksin Mempunyai Persamaan?

Mungkin, dari satu sudut, ada persamaan antara Anwar dan Thaksin. Kedua-duanya pernah menjadi pemimpin utama di negara masing-masing, kedua-duanya pernah menghadapi hukuman mahkamah, dan kedua-duanya pernah dikaitkan dengan “naratif penganiayaan politik”. Thaksin mendakwa dia dianiaya oleh musuh politiknya di Thailand, manakala Anwar juga selama bertahun-tahun mendakwa bahawa dia dianiaya dengan konspirasi politik yang kononnya direkayasa oleh lawannya.

Jadi, mungkin pelantikan ini adalah cerminan solidariti sesama ‘mangsa politik’. Mungkin Anwar melihat refleksi dirinya dalam Thaksin – seorang tokoh yang kononnya “dizalimi” tetapi akhirnya berjaya kembali ke arena politik. Tetapi adakah itu justifikasi yang munasabah untuk melantiknya sebagai penasihat ASEAN?

Apa Faedahnya? Untuk ASEAN atau Untuk Anwar?

Pelantikan Thaksin sebagai penasihat ASEAN ini mengundang satu soalan penting: Siapa sebenarnya yang akan mendapat faedah daripada keputusan ini? Adakah ia memberi kelebihan kepada Malaysia, ASEAN, atau sekadar Anwar secara peribadi? Jika faedahnya adalah untuk Anwar sendiri, maka wajar rakyat bertanya, adakah ASEAN kini menjadi medan percubaan Anwar untuk menonjolkan dirinya di peringkat antarabangsa?

Sehingga kini, tiada justifikasi jelas daripada Anwar atau pihak kerajaan tentang apa peranan spesifik Thaksin sebagai penasihat peribadi. Apakah yang Thaksin boleh lakukan yang tidak boleh dilakukan oleh para diplomat Malaysia? Jika tujuannya adalah memperkuatkan Kepengerusian ASEAN 2025, kenapa tidak lantik pakar dari dalam negara atau dari kalangan penggerak ASEAN sendiri? Bukankah itu lebih logik dan munasabah?

Adakah Ini Satu Gimik Politik?

Kita tidak boleh menolak kemungkinan bahawa ini adalah gimik politik untuk mempromosikan imej “pembawa perubahan” yang ingin ditonjolkan oleh Anwar. Mungkin beliau mahu dikenali sebagai “pemimpin global” yang mengumpulkan tokoh-tokoh hebat di sekelilingnya, walaupun tokoh-tokoh itu sendiri terpalit dengan skandal di negara masing-masing.

Jika dilihat dari sudut ini, pelantikan Thaksin tidak lebih daripada percubaan Anwar untuk mendapatkan pengaruh politik di peringkat serantau. Mungkin ini adalah usaha Anwar untuk membina “kumpulan penasihat antarabangsa” yang boleh menaikkan statusnya sebagai “pemimpin global” seperti mana yang cuba digambarkannya dalam wawancara bersama CNN.

Sejarah Baru Yang Meragukan

Anwar Ibrahim hakikatnya sekali lagi mencipta sejarah, tetapi kali ini dengan cara yang pelik dan sukar difahami. Menjadikan seorang bekas pemimpin kontroversi dari Thailand sebagai penasihat peribadi ASEAN adalah langkah yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sebagai rakyat, kita berhak bertanya:

 1. Apakah kriteria pelantikan ini?

 2. Apa justifikasi Anwar?

 3. Adakah faedahnya untuk ASEAN, Malaysia, atau hanya untuk Anwar sendiri?

Sekali lagi, langkah ini menyerlahkan satu masalah besar dalam gaya kepimpinan Anwar – suka “membodek” dan “mujamalah”. Sama seperti beliau memanggil Narendra Modi sebagai “brother” dan menyatakan “Yes” kepada Israel untuk wujud, pelantikan Thaksin ini seolah-olah satu lagi usaha untuk “mengampu” pihak yang dihadapannya.

Tetapi seperti biasa, rakyatlah yang akan menjadi saksi kepada drama politik ini. Rakyat juga akan bertanya – adakah ini cerminan agenda kepentingan rakyat atau agenda peribadi Anwar? Jika jawapannya sukar dijawab, maka kita mungkin perlu bersedia untuk lebih banyak keputusan pelik seperti ini pada masa hadapan.

Sumber 

Jumaat, 13 Disember 2024

Titah Addendum:Nasib Najib kini sedang mengundang perhatian dari semua pihak yang bersimpati terhadapnya.

 

Oleh: Zakariya Mohamad

Nasib Najib kini sedang mengundang perhatian dari semua pihak yang bersimpati terhadapnya.

Ezam menggesa polis menyiasat Anwar dan Jemaah Menteri atas dakwaan mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong awal tahun ini berhubung tahanan rumah untuk Najib Razak. 

IGP dilantik atas cadangan Anwar, namun Ezam berhak membuat saranan dan soalnya adakah tindakan akan diambil?

Fokus utama supaya Najib bebas dan kita menggesa Anwar menyahut saranan supaya Titah Adendum dilaksanakan.

Selepas "peram" Titah Adendum, kini sudah ada tanda-tanda titah itu semakin masak dan ranum.

Syabas Anwar dan tolong prihatin terhadap masalah yang menimpa Najib.

Namun Syabas juga kepada Ezam kerana tuduhan beliau memang benar kerana Anwar sengaja ingkar melaksanakan titah itu.

Titah Adendum telah menjadi kes polis.

Dokumen yang dikepilkan dalam laporan polis hari ini berkenaan titah Agong dengan cop mohor kerajaan, tetapi tidak dapat didedahkan kepada umum.

"Kesemua asas ini menjurus kepada keingkaran dan kegagalan pentadbiran kerajaan perdana menteri yang sengaja mengenepikan sebahagian daripada titah diraja atas kepentingan politik mereka," kata Ezam.

Dalam laporan yang difailkan di Balai Polis Dang Wangi, Ezam merujuk kepada Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa mutlak Agong memberi pengampunan dan pengurangan hukuman. 

Beliau turut menunjukkan sebahagian muka surat pertama dokumen perintah tersebut kepada media. 

Katanya, kegagalan melaksanakan titah tambahan itu merupakan jenayah dan melanggar sumpah jawatan Anwar dan jemaah menteri.

Awal tahun ini, Lembaga Pengampunan dipengerusikan Agong ketika itu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, mengumumkan hukuman penjara Najib dikurangkan kepada enam tahun, dan denda kepada RM50 juta, yang sekiranya dibayar akan membenarkan beliau keluar setahun lebih awal.

Bagaimanapun, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah mendakwa kerajaan menyembunyikan titah itu oleh Sultan Abdullah supaya Najib menjalankan baki hukuman penjara di rumah.

Semalam, Anwar dalam jawapan di Dewan Rakyat enggan mengesahkan atau menafikan kewujudan titah tambahan itu, sebaliknya berkata arahan itu tidak dapat dilaksanakan disebabkan pertukaran Yang di-Pertuan Agong.

Tempoh takhta Sultan Abdullah tamat pada 30 Januari lalu, dan diambil alih oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengampunan Najib telah dibawa ke perhatian Sultan Ibrahim selaku pengerusi Lembaga Pengampunan.

Ezam menyifatkan penjelasan di Parlimen itu helah "menutup jenayah" yang dilakukan Anwar dan jemaah menteri. 

Katanya Anwar tidak mahu melaksanakan titah tersebut atas kepentingan politik.

"Najib terpaksa membawa kes ke mahkamah hanya setelah beberapa bulan mereka menunggu dan tidak mendapat jawapan  daripada pihak kerajaan. Mengapa kerajaan membisu selama ini?

"Saya menggesa pihak polis membuka fail siasatan segera dan menyiasat perdana menteri yang pada hemat saya dengan jelas telah melanggar sumpah jawatan kepada Agong dan merupakan satu jenayah yang berat," katanya yang dipetik dari MalaysiaNow.

Apa significan hasil daripada laporan polis yang dibuat oleh Ezam? Kita tunggu perkembangan selanjutnya.

Anwar mempunyai kuasa seperti Mahathir yang menggadai Batu Puteh kepada Singapura.

Maksudnya, jika Anwar tersungkur selepas PRU16, barulah beliau tahu jika wujud RCI baru kerana ingkar titah Agong - Zakariya Mohamad.

Rabu, 11 Disember 2024

2 Disember, 1989. PERJANJIAN DAMAI HAADYAI.

 2 Disember, 1989. PERJANJIAN DAMAI HAADYAI.

Orang Melayu dan Malaysia ramai tak tahu apa ysng dipersetujui dengan komunis PKM. Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :

1.PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.

2.Parti Komunis Malaya dibubarkan

3.Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.

4.Chin Peng selaku wakil ahli PKM berikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

5.Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.

6.Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa 7.Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.

8.Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.

9.Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.

10.Proses kepulangan bekas-bekas anggota Komunis ke Malaysia adalah berdasarkan tawaran one-off di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaysia (PKM) yang ditandatangani pada 2 Disember 1989.

Di bawah perjanjian tersebut, mana-mana ahli PKM yang ingin kembali ke Malaysia perlu mematuhi beberapa syarat seperti :

1.Memaklumkan hasrat untuk kembali ke Malaysia kepada pihak berkuasa di dalam tempoh tidak lebih setahun dari tarikh perjanjian ditandatangani;

2.Mengemukakan butir-butir berkaitan dengan pemohon;

3.Menjalani proses temu duga serta dokumentasi

4.Kerajaan tidak memaksa mana-mana anggota komunis untuk pulang ke negara ini. 5.Mereka diberi kebebasan memilih sama ada untuk pulang atau terus tinggal di Selatan Thailand.

Dengan pilihan tersebut, ternyata tidak semua bekas anggota komunis menerima tawaran untuk pulang ke Malaysia, malah ramai yang memilih untuk terus tinggal di Selatan Thailand. 

Perjanjian damai dengan komunis ni  berbeza dengan syarat seperti Jepun menyerah kalah WW2. Damai diberi pilihan, menyerah kalah pula 'unconditional surrender' kena ikut cakap pihak yang menang. PKM pun rasanya tidak kemukakan senarai nama semua ahli mereka samada yang di dalam hutan berseragam atau yang berpakaian biasa dan hidup di dalam masyarakat. Kita harap 'pisang tidak berbuah dua kali'. Sentiasa beringat itu baik, pesan orang-orang tua. Pelanduk selalu lupakan jerat... kerana gula semut binasa. Do'akan agar Allah SWT pelihara negara kita yang tercinta dari anasir jahat dalam dan luar negara.

Sumber 

Selasa, 10 Disember 2024

IDEALISME KJ VS UMNO MASA KINI

 IDEALISME KJ VS UMNO MASA KINI

1. Kenyataan Ketua Pemuda Umno, Akmal Saleh bahawa dia adalah bukti 'menyertai Umno bukan menjadi Pak Turut' sebenarnya dilihat dengan penuh sinis oleh pemerhati politik dan rakyat. Setakat ini, Akmal telah gagal mempertahankan kes rayuan kalimah Allah, gagal menghalang pembatalan Enakmen Syariah, tunduk kepada pelbagai tekanan dalam isu stokin KK Mart,  terpaksa minta maaf kepada pemimpin Pan berkaitan isu lantikan politik dan dilihat terpaksa mengalah dalam kes Teresa Kok dan apabila tidak menonjol semasa kempen PRK DUN Mahkota.

2. Kenyataan KJ pula yang menyatakan 'syarat' tidak akan mengorbankan idealisme dan kononnya mempunyai impian melihat Umno menjadi lebih baik pula nampak janggal dan pelik, lebih-lebih pada ketika ini, iaitu pada ketika faktor kerosakan Umno masih ada dan kekal di dalam Umno, iaitu:

i. PERTAMANYA, Zahid Hamidi, seorang OKT dengan 47 pertuduhan prima facie kes rasuah salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah, yang dikaitkan dengan skandal kapal ghaib LCS, yang telah berbohong kepada Ahli-ahli Umno mengenai kerjasamanya dengan Anwar dan Dap, serta mengkhianati dasar Umno, No Anwar, No Dap dan mengkhianati undi pengundi-pengundi Umno dan BN.

ii. KEDUANYA, kerjasama Umno dengan Anwar Ibrahim, PM10 yang merupakan seorang bekas banduan jenayah bagi kes yang teruk dan memalukan, dan yang masih ada kes serangan seksual ke atas seorang lelaki, merupakan PM yang gagal dan memimpin pula sebuah kerajaan KETIMBANG yang gagal dengan Gred D, F dan negatif 10, dan 

iii. KETIGA, Umno juga tidak akan mampu meneruskan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air selagi masih bekerjasama dengan parti Dap dan golongan liberal, sekular, evangelis dan pluralis dalam Pakatan Harapan. 

3. Adalah amat janggal apabila KJ yang menentang Zahid kerana isu integriti Zahid boleh pula tanpa perasaan malu dan serba salah menerima kembali Zahid yang diketahui mempunyai 47 pertuduhan prima facie kes rasuah tapi dilepaskan dengan DNAA, dikaitkan juga dengan skandal kapal ghaib LCS, yang diketahui sanggup bersumpah dengan nama Allah untuk menipu ahli Umno mengenai kerjasamanya dengan Anwar dan Dap, dan yang telah bersubahat membentuk kerajaan yang ada hari ini dengan cara penipuan, menipu YDPA dan menipu rakyat dan dengan mengkhianati undi pengundi Umno dan BN.

4. Juga amat sukar memahami bagaimana KJ tanpa perasaan malu dan serba salah boleh menerima dan mengangkat seorang bekas banduan penjenayah jenayah yang sangat teruk dan menjijikkan, dan yang masih ada kes serangan seksual ke atas seorang lelaki menjadi PM. PM ini pula bukan PM yang sehebat PM-PM sebelum ini, tetapi lebih dikenali kerana kegagalan menunaikan janji-janjinya, termasuk janji reformasi dan kegagalan mentadbir negara ini sehingga diberi gred yang teruk oleh banyak pihak.

5. Lebih-lebih lagi dalam keadaan Umno sekarang sudah bukan seperti Umno yang dahulu. Umno yang dahulu sudah tiada, yang ada hanya Umdap. Perjuangannya juga sudah berbeza, bukan lagi demi Islam dan ummah, Agama Bangsa dan Tanah Air. Sebaliknya perjuangan Umdap hari ni lebih kepada demi Zahid, demi tengkuk dan demi perut masing-masing, dan antara perjuangannya juga adalah untuk mensucikan Anwar, Dap dan Pakatan Harapan.

6. Adakah KJ sanggup menjadi seperti Lokman Adam, Puad Zarkashi dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain? Dalam hal ini, nampaknya Shahril Hamdan lebih teguh dan konsisten pendiriannya berbanding KJ.

7. Pandangan saya, demi integriti dan maruah diri KJ, jangan terkait kerosakan Zahid dan Anwar, lupakan sahaja nostalgia silam. Bina jalan baru.

Source 


Isnin, 9 Disember 2024

17 Fakta Tentang Iran yang Mungkin Anda Tidak Tahu

 I R A N

17 Fakta Tentang Iran yang Mungkin Anda Tidak Tahu:

1. Iran merupakan rumah kepada salah satu bandar tertua di dunia yang masih didiami, Susa, yang berusia lebih dari 6,000 tahun.

2. Iran mencatatkan jumlah pembedahan hidung per kapita tertinggi di dunia, menjadikan pembedahan kosmetik amat biasa di sana.

3. Iran mempunyai salah satu agama monoteistik tertua di dunia, Zoroastrianisme, yang berusia lebih 3,500 tahun dan mempengaruhi perkembangan agama-agama utama lain.

4. Bandar Tabriz di Iran pernah menjadi ibu kota Mongol Ilkhanate pada abad ke-13 dan berfungsi sebagai hab utama di Jalan Sutera.

5. Iran adalah salah satu daripada beberapa negara di dunia yang masih menggunakan hukuman memotong tangan bagi jenayah tertentu.

6. Tehran, ibu negara Iran, adalah bandar kedua terbesar di Asia Barat selepas Istanbul.

7. Masakan Iran sangat pelbagai, dengan setiap wilayah mempunyai tradisi kulinari tersendiri, seperti masakan pedas dan aromatik dari Gilan di utara.

8. Iran mempunyai salah satu populasi harimau bintang Parsi terbesar di dunia, yang terancam dan kebanyakannya tinggal di Pergunungan Alborz dan Zagros.

9. Iran adalah rumah kepada salah satu universiti tertua di dunia, Universiti al-Qarawiyyin di Qom, yang diasaskan pada tahun 859 Masihi.

10. Walaupun beriklim padang pasir, Iran mempunyai lebih 7,000 spesies tumbuhan, banyak daripadanya endemik kepada wilayah tersebut.

11. Iran memiliki tradisi puisi yang kaya, dengan penyair seperti Hafez dan Rumi yang terkenal di seluruh dunia kerana puisi mereka yang mendalam dan puitis.

12. Bandar kuno Yazd di tengah Iran terkenal dengan menara anginnya yang unik, yang digunakan selama berabad-abad untuk memberikan pengudaraan semula jadi dalam bangunan.

13. Iran adalah salah satu daripada beberapa negara di dunia di mana bilangan wanita dalam pendidikan tinggi melebihi lelaki, dengan lebih ramai wanita mendaftar di universiti berbanding lelaki.

14. Tahun Baru tradisional Parsi, Nowruz, disambut pada ekuinoks musim bunga dan telah diraikan selama lebih 3,000 tahun.

15. Iran mempunyai bilangan pelajar wanita dalam bidang kejuruteraan dan sains pada peringkat sarjana muda tertinggi di dunia.

16. Bandar Isfahan di Iran pernah menjadi salah satu bandar terbesar di dunia dan berfungsi sebagai ibu kota Empayar Parsi semasa dinasti Safavid.

17. Iran adalah rumah kepada salah satu bazar tertua di dunia, Bazar Besar Tehran, yang berusia lebih 200 tahun dan merangkumi lebih 10 kilometer lorong berliku dan gerai pasar yang sibuk.

Source 

Ahad, 8 Disember 2024

BINA KEDAI ONLINE DENGAN MUDAH.

 

Platform
Utama Pilihan Usahawan

BINA KEDAI ONLINE DENGAN MUDAH.
Dilengkapi sistem pengambilan pesanan, pengurusan jualan & database, pembayaran online, integrasi sistem penghantaran serta 'POS System' yang anda perlukan untuk mencapai jualan 6-angka pertama anda!
" Semua dalam SATU platform sahaja. "

Penat reply mesej pelanggan?

Ya! bukan anda sahaja, ramai lagi usahawan mengalami masalah yang sama. Usahawan banyak menghabiskan masa untuk melayan pertanyaan. Sepatutnya 50% ke 80% waktu anda harus fokus pada bahagian pemasaran serta mencari lebih ramai prospek.

Jangan risau, ada kaedah automatik untuk memudahkan perniagaan anda. Anda hanya fokus untuk mencari prospek ke kedai online anda sahaja.

Bagaimana ia berfungsi?

Sistem automasi wasep.me menyediakan anda sebuah kedai online dengan fungsi yang lengkap untuk usahawan menjalankan perniagaan online tanpa perlu melabur ribuan ringgit serta dapat menjimatkan masa anda.

Ianya juga dilengkapi dengan 'POS System' untuk memudahkan anda menyimpan semua maklumat perniagaan anda tidak kira transaksi secara ONLINE mahupun di kedai anda secara OFFLINE.

DAFTAR SEKARANG 

Sabtu, 7 Disember 2024

Orang Yang Menghina Dengan Tidak Sengaja Telah Menaikkan Darjat Orang Yang Dihina. Itu Takdir Namanya.

 

Orang Yang Menghina Dengan Tidak Sengaja Telah Menaikkan Darjat Orang Dihina. Itu Takdir Namanya.
Gus Miftah, membuat hinaan secara terbuka terhadap seorang seorang penjual teh ais didalam satu ceramah di Magelang, wilayah Jawa Tengah pada 20 November lalu.

Kuala Lumpur, 6 Dec 2024, 12.00 tengahari – TULAR di media sosial dan disemua platform media mengenai cercaan oleh seorang pendakwah di Indonesia iaitu Miftah Maulana Habiburrahman atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah, telah membuat hinaan secara terbuka terhadap seorang penjual teh ais didalam satu ceramah di Magelang, wilayah Jawa Tengah pada 20 November lalu. Insiden tersebut telah mendatangkan kesedihan kepada semua yang menonton video yang dipaparkan itu. Tetapi yang apa menarik di dalam insiden ini adalah, Gus Miftah iaitu orang yang menghina dengan tidak sengaja telah menaikkan darjat orang yang dihina iaitu penjual ais bekenaan.

Selepas video itu disebarkan, Pak Sunhaji telah didatangi dan dilawati oleh ramai karyawan dan pempengaruh media sosial yang terkenal di Indonesia untuk menghulur bantuan dan menyelami lebih dalam mengenai kehidupan Pak Sunhaji. Berbagai barangan mewah dan wang telah diberikan kepadanya sebagai hadiah berkat kesabarannya di dalam berdepan dengan ujian penghinaan yang melampau. Apa yang menyedihkan lagi adalah, Pak Sunhaji juga merupakan seorang yang berstatus OKU serta yatim piatu. Namun, beliau dikenali sebagai seorang yang rajin dan kuat berusaha untuk menyara keluarga.

Insiden ini juga telah menarik perhatian Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkan insiden ini sebagai sesuatu yang keterlalauan dan mengingatkan kepada golongan ilmuan di negara ini agar tidak berkelakuan seperti pendakwah tersebut yang menjadi hinaan sebagai satu bahan jenaka. Menurut Datuk Seri Anwar, beliau dan Kerajaan Perpaduan yang sedang dipimpinnya ini sentiasa berusaha untuk menaik taraf rakyat Malaysia yang miskin dan mahu rakyat semua hidup di dalam keselesaan. Oleh itu, beliau meminta kerjasama dari seluruh rakyat Malaysia agar memberi kepercayaan sepenuhnya kepada beliau dan kerajaan perpaduan untuk meneruskan misi dan visi mereka untuk mengubah nasib rakyat.

Beliau juga turut berpesan supaya golongan yang telah mengecapi kesenangan di dalam kehidupan turut membantu rakyat yang susah dan jangan memandang rendah atau menghina golongan tersebut. Beliau juga mahu insiden yang berlaku di negara jiran kita itu dijadikan pengajaran supaya lebih berahati-hati di dalam mengeluarkan kata-kata dan jangan menganggap diri kita sudah cukup ilmu maka kita dengan mudah menghina mereka yang tidak setaraf dengan kedudukan kita. Rakyat biasa adalah golongan yang sensitif dan mudah terguris jika dihina atau mendengar orang seperti mereka dihina. Suara orang biasa lebih didengari berbanding orang yang berkedudukan.

Siapa pun kita di dunia ini adalah makhluk Allah. Sama ada kita ini seorang pendakwah, seorang menteri atau seorang ulama, kita tidak berhak menghakimi orang lain. Jalankan peranan masing-masing di dalam kehidupan dan jauhi dari perbuatan yang boleh mengundang kecaman terhadap diri sendiri. Reputasi seseorang itu akan mudah tercalar seandainya silap mengatur langkah dan hanya mementingkan kemahuan sendiri.

#Prezcom

Khamis, 5 Disember 2024

KASIH SEORANG AYAH DAN ANAKNYA...

 KASIH SEORANG AYAH DAN ANAKNYA...

Beberapa hari lalu kelihatan   seorang sami Budha tiba di KLIA sambil menggendong beg kain. Dia bergegas ke Brickfields untuk menemui jasad ayahnya yang terbaring kaku.

Bukan rahsia lagi, dia adalah satu-satunya anak lelaki bilionair Tan Sri Ananda Krishnan.

Ajahn Siripanyo yang berkelulusan dari London School Of Economics (LSE) mengambil keputusan untuk menjadi seorang sami Budha dan memilih tinggal di kuil Budha dekat sempadan Thai-Myanmar  lebih 20 tahun lalu.

Siripanyo adalah hasil perkahwinan Ananda dengan Puan Sri Momwajarongse Suprinda Chakraban, seorang ahli kerabat Diraja Thailand.

Siripanyo ada tiga beradik, dua lagi adalah adik perempuan.

Semasa hidupnya, biarpun sesibuk mana Ananda menguruskan empayar perniagaannya, dia tetap akan mencuri masa untuk menemui anak kesayangannya itu biarpun sejauh mana anaknya itu berada.

Ananda mungkin kecewa kerana harapannya untuk melihat Siripanyo meneruskan empayar perniagaannya tidak menjadi kenyataan, namun kasih sayang di antara mereka berdua tidak pernah tergugat.

Satu-satu keluhan Ananda yang pernah menjadi 'headline' media suatu ketika dahulu adalah: "Saya mempunyai kekayaan tetapi anak sendiri pun saya tak mampu belikan makanan"

Ini kerana sebagai sami, anaknya itu hanya mahu menerima makanan sumbangan orang ramai sekaligus menolak SEMUA pemberian bapanya, dari makanan sehinggalah harta/wasiat yang bernilai berbilion ringgit itu!

Menariknya, walaupun masing-masing memilih 'haluan berbeza', kasih sayang antara anak dan bapa ini tetap utuh.

Beberapa tahun lalu Ananda pernah terbang ke Malaysia bilamana mengetahui anaknya itu singgah di sebuah kuil dekat Bukit Bendera, Pulau Pinang. Untuk rekod, Ananda tinggal di Switzerland.

Pertemuan dua beranak itu berjaya 'dihidu' oleh media dan berita mengenainya menghiasi dada-dada akhbar.

Itulah satu-satunya gambar  mereka dua beranak yang pernah dirakamkan lensa kamera. Ini kerana dari dulu Ananda seorang perahsia dan sangat low profile.

Dan semalam Siripayo dilihat bersalaman dengan orang ramai yang menziarahi mayat ayahanda yang sangat dikasihinya itu.

Silap haribulan, ketika saya menaip entry ini, dia mungkin sudah kembali ke kuil Dtao Dum Monastery, di sebuah kawasan terpencil dekat sempadan Thai-Myanmar yang juga 'istananya' sejak sekian lama.

Ini bukan cerita pasal kepercayaan, tetapi ini cerita kasih sayang seorang ayah dan anaknya.

Hanya kematian akhirnya memisahkan mereka...

- SYAHRIL A. KADIR