"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Jumaat, 26 Julai 2024

Belasungkawa:Tuan Guru Baba Haji Abdullah, Pondok Mapat ( 1943 - 2024 )

 انا لله وانا اليه راجعون

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهَ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَس وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجٙا خَيْرًا مِنْ زَوْجٙهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ. 

Khabar duka dari bumi Fathani Darus Salam, berturut² alim ulama Fathani meninggalkan kita. Bermula dengan al-marhum Tuan Guru Baba Mad Kelaba, al-Marhum Tuan Guru Baba Abdul Rahman Keming, al-Marhum Tuan Guru Baba Haji Abdul Qadir Chenak, al-Marhum Tuan Guru Baba Haji Musa Chenak.

Dan hari ini telah kembali ke rahmatullah, ulama sesepuh kawasan Patani, Tuan Guru Baba Haji Abdullah Bin Ibrahim - Pengasas Pondok Mapat dalam usia lebih kurang 81 tahun, pada pukul 3.22 pagi, malam Jumaat. Jenazah Baba akan disolatkan jam 10 pagi di pondoknya.

Moga Allah Taala menerima segala amal kebajikan, jasa baktinya terhadap agama dan penat lelah Allahyarham dalam mendidik masyarakat. Moga Allah Taala menempatkan Allahyarham di kalangan mereka yang mendapat Syurga ilahi. Amin

Manaqib ringkas beliau :

Tuan Guru Baba Haji Abdullah, Pondok Mapat ( 1943 - 2024 )

Oleh : Tengku Yusuff 

Tuan Guru Baba Haji Abdullah Bin Ibrahim dilahirkan di Yarang, Patani pada tahun 1943.

Pendidikan awalnya di Pondok Paya Naka, Yarang berguru dengan Syeikh Abdul Rahman Bin Ismail selama beberapa tahun (kemudian beliau menjadi menantu kepada gurunya berkenaan). Setelah itu beliau melanjutkan pengajiannya ke Sekolah Mudir Haji Harun di Yala dan seterusnya ke Pondok Ayah Dir Sekam. Bagi mendapatkan pengajian peringkat tinggi, Baba Lah berangkat ke Mekah menuntut ilmu di sana kira-kira 10 tahun, berguru antaranya dengan :

1. Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani

2. Syeikh Abdul Karim Banjar

3. Baba Li Chaiya

4. Baba Sin Surat dan ramai lagi

Setelah pulang beliau mengajar di Pondok Paya Naka yang dibangunkan oleh mertuanya. Turut mengajar di situ ialah biras beliau, Tuan Guru Baba Haji Ismail.

Baba Lah akhirnya mengambil keputusan membuka pondoknya sendiri yang tidak jauh dari Pondok Paya Naka kira-kira 15 tahun dahulu. Pondoknya dikenali dengan panggilan Pondok Mapat.

Almarhum Baba meninggal dunia pada 26 Julai 2023, pukul 3.22 malam, Hari Jumaat dalam usia 81 tahun.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin 

*Sumber - Temubual penulis dengan almarhum Tuan Guru Baba Lah Mapat pada 8 Februari 2023

#WafatnyaUlamak

Khamis, 25 Julai 2024

Kisah Dan Teladan:Keberkatan kerja yang ikhlas dan kehebatan sedekah

 Dalam aku berniaga ni, aku juga memerhati.

Ada sorang abang ni ...dia memang dah 3-4 hari lalu naik moto. Pakai sling bag Carhartt bundle. (Ada taste)Aku suka bag Carhartt dia.aku panggil dia brader Carhartt.

Tengok durian...turun motor..naik motor balik...beli burger kat sebelah gerai durian aku..sengih senyum peramah je..tapi tak beli.Jeling je.

Brader Carhartt: Kau punya durian ni murah. Kat Pasir Gudang mahal lagi..

Dan..

Setelah 4 hari 

Dia turun motor dan terus tanya..

Brader Carhartt:  "Der,durian mana yang isi dia paling power sekali kat sini? Nak belanja anak-anak makan la."

Aku: D13 bosku..Golden Bun nama jolokan dia..isi oren tapi tiada rasa oren langsung (aku buat lawak biasanya customer akan ketawa)

Dan dia ketawa.

Brader Carhartt: memanglah, kalau rasa oren ,kawan pulang balik. Hahahaha...

Aku: Bro,duduk mana?

Brader Carhartt: belakang ni...dah hari-hari kawan lalu nak beli durian kau ni tapi belum gaji...hari ni sudah gaji..hehehehe...ini durian anak kawan punya.

Aku: ooo..baru balik kerja la ni? Kerja kat mana ?

Brader Carhartt: Pasir Gudang.

Aku: Pasir Gudang?? Naik moto Lagenda ni? Hari2?

Brader Carhartt: haah. (Dia senyum)Alhamdulillah aku ada keje. Kawan-kawan ramai yang takde keje. Jauh pun ku gagahi jua...chewah..

Aku: Alhamdulillah  (aku bukak durian tunjuk isi oren D13) camno bos? Cantik tak? RM26.

Brader Carhartt: indah sungguh ciptaan Tuhan. Boleh.

Aku: bang,udang merah ni kawan belanja.

Dalam aku berborak ni..ada customer lain suami isteri juga memerhati kami.

Customer suami isteri dah siap bayar dan bergerak naik kereta.

Tiba-tiba, dia patah balik.

Turun dengan laju.

Tahan Brader Carhartt.

Dan dia belikan ioi sebiji untuk Brader Carhartt.

Lalu dia pun bergerak pulang.

Aku belajar banyak.

Niat Brader Carhartt belanja anak makan. Allah tambah rezeki dia dengan aku belanja Brader Carhartt dan Customer tak dikenali pun join belanja Brader Carhartt.

Sesungguhnya tidak akan miskin dan berkurangan harta dengan bersedekah.

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ 

“Tidaklah sedekah itu mengurangkan harta seseorang dan Allah akan menambahkan kemuliaan bagi orang yang memberi kemaafan. Begitu juga Allah akan mengangkat kedudukan seorang yang bersifat tawaduk.”

(HR Muslim)

Kredit Fazrul Nizam Angah

Source 

Guna raket pinjam, kasut buruk… Murid B40 menang badminton tapi tak diraikan akhirnya dapat perhatian

 

SEORANG kanak-kanak berusia lapan tahun meraih simpati netizen apabila dia tidak dipedulikan sesiapa selepas menang dalam satu pertandingan badminton di Tawau, Sabah.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah gelanggang badminton yang tular pada awal Julai, kanak-kanak itu meminta bantuan orang sekeliling untuk merakam gambarnya, namun dia tidak dipedulikan sesiapa.

Pada Jumaat, aktivis kebajikan, Adrian Edy bertemu dengan kanak-kanak yang dikenali sebagai Nubhan itu untuk memberi sedikit bantuan memandangkan dia dibesarkan dalam keluarga B40.

Rakaman CCTV menunjukkan Nubhan terpaksa merakam foto sendiri selepas permintaannya tidak dihiraukan orang sekeliling.

“Sebelum datang jumpa, Edy dah hubungi ayahnya. Nak tahu kehidupan mereka bagaimana. Ibunya kerja kerani, ayahnya pula kerja sendiri.

“Rupanya adik Nubhan pakai kasut lama ketika pertandingan badminton tempoh hari. Kasut yang dipakai adalah pemberian orang.

“Raket yang digunakan pun dipinjam daripada kakaknya. Tapi dalam pertandingan itu, adik Nubhan berjaya dapat naib johan dan menang hamper,” ujar Edy.

Dia menjadikan Datuk Lee Chong Wei sebagai idola dan memang bercita-cita nak jadi pemain badminton apabila dewasa.

ADRIAN EDY

Menurut Edy, dia juga simpati menonton video tular itu memandangkan permintaan kanak-kanak itu yang mahu merakam gambar untuk dijadikan kenangan tidak dipedulikan orang sekeliling.

Dalam pertemuan itu, Edy turut membawa beberapa hadiah untuk diberikan kepada Nubhan, sekali gus dapat meniup semangatnya untuk terus bermain badminton.

“Masa jumpa di gelanggang tu, dia agak terkejut. Saya hadiahkan dia kasut, stokin, baju yang dicetak nama Nubhan serta raket badminton.

“Dia sangat terharu, siap cakap mesti raket ini mahal, harga ratus-ratus, raket untuk orang pro. Saya bersyukur dapat gembirakan adik Nubhan.

“Semoga dia terus bersemangat, dia pun ada beritahu yang dia menjadikan Datuk Lee Chong Wei sebagai idola dan memang bercita-cita nak jadi pemain badminton apabila dewasa sehingga dapat mengharumkan nama negara,” ujar Edy lagi.

Dalam pada itu, Ed turut berkongsi beberapa foto serta video sekitar pertemuan itu.

Nubhan menerima hadiah daripada Adrian Edy pada Jumaat.

Ramai netizen turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Edy atas kesungguhannya dalam membantu kanak-kanak itu.

“Kenapa video ni jadi sedih. Semoga adik Nubhan jadi pemain badminton Malaysia suatu hari nanti.

“Moga ada Nubhan dapat bawa kembali Piala Thomas buat Malaysia.

“Fuh raket Yonex, bukan kaleng-kaleng. Beruntung adik Nubhan, tulis netizen.

VIDEO

Sumber:keramatviral.com
Watch more exciting videos on TikTokWatch more ex

Sebagai Satu Pelajaran Sesungguhnya Hidayah Itu Milik Allah

 Cukup Sebagai Pelajaran

Foto sebelah kanan adalah "Joseph Estes" berasal dari Amerika.

Dia seorang pendeta fanatik Kristen yg anti Islam dan mengolok² umat Islam,

Menganggap bahawa umat Islam "menyembah kotak hitam di padang pasir".

Foto yang sebelah kiri adalah Abdullah Al-Qasimi berasal dari Negeri Al-Haramain (Saudi Arabia).

Dia memulai kariernya sebagai seorang Da'i (yang hebat).

Dia menulis sebuah buku yg berjudul As-Shiraa' bainal Islam wal Watsaniyyah (Perseteruan antara Islam & Paganisme).

Buku ini mendapat respon yg sangat bagus.

Di kalangan Ahlul Ilmi sampai² ketika itu ada salah seorang Imam Masjidil Haram yg memujinya dengan sebuah qasidah (syair).

Bahkan Syeikh Shaleh Al-Munajjid hafidzahullaahu menyebutkan bahawa ada di antara ulama yg berkata:

"Al-Qasimi telah membayar mahar Syurga dengan buku ini".

Namun, tiba-tiba Abdullah Al-Qasimi berbalik 180 derajat. Setelah terpikat pada seorang gadis di Beirut. Dan jadilah ia membela ide orang-orang ateis yg menyesatkan dan ia pun menulis buku yg berjudul "Yakdzibuuna likai yaroullaahaa jamillaan" (Mereka berdusta untuk melihat Allah yang Maha indah)

Dan buku "Haadzihi hiyal aglaal" (Inilah belenggu).

Kemudian ia pun menyampaikan secara terang-terangan bahawa ia adalah seorang ateis dan mengingkari adanya ALLAH, lalu ia pun binasa pada tahun 1996.

Dalam tempoh yg sama, Joseph Estes dan anggota keluarganya memeluk Islam di tangan seorang Muslim Mesir kenalannya.

Joseph Estes memutuskan untuk menjadi seorang Da'i yg mendakwahkan Islam di Amerika setelah dia mengubah namanya menjadi Yusuf Estes. Ratusan orang memeluk Islam melalui dakwahnya. Maha Suci Allah Yang Maha membolak-balikan hati.

"Awal bukanlah segalanya, yg menjadi penentu adalah akhir dari amalan kita".

Semoga ALLAH mengurniakan ISTIQOMAH dan HUSNUL KHOTIMAH untuk kita semua.

Aamiin Yaa Robbal Alamiin....

Rabu, 24 Julai 2024

Jambatan Pingtang,jambatan kabel tertinggi dan terpanjang di dunia

 Jambatan Pingtang di SW China.

Jambatan Pingtang ialah kejayaan kejuruteraan luar biasa yang terletak di barat daya China. Ia adalah salah satu jambatan kabel yang tertinggi dan terpanjang di dunia, menghubungkan dua bahagian kawasan pergunungan di Wilayah Guizhou.

Lokasi: Daerah Pingtang, Wilayah Guizhou, China.

Jenis: Jambatan kabel.

Dibuka: Disember 2019.

Spesifikasi Ketinggian: Jambatan ini setinggi kira-kira 332 meter (1,089 kaki) di atas Sungai Caodu, menjadikannya salah satu jambatan tertinggi di dunia.

Panjang: Jumlah panjang jambatan ini adalah kira-kira 2,135 meter (7,005 kaki).

Span Utama: Span utama adalah 550 meter (1,804 kaki) panjang yang disokong oleh menara pusat pada ketinggian 332 meter.

Kejuruteraan dan Pembinaan.

Reka bentuk: Jambatan ini mempunyai reka bentuk kabel kekal dengan tiga menara, manakala di tengah-tengah adalah yang tertinggi.

Pembinaan: Pembinaan melibatkan teknik kejuruteraan lanjutan untuk mengatasi cabaran akibat dari rupa bentuk bumi yang lasak dan bergunung-ganang di rantau ini.

Bahan: Keluli dan konkrit berkekuatan tinggi digunakan untuk memastikan kestabilan dan ketahanan jambatan.

Kepentingan

Pengangkutan: Jambatan ini dengan ketara mengurangkan masa perjalanan antara bandar Pingtang dan Luodian, meningkatkan penghubungan dan pembangunan ekonomi di rantau ini.

Pelancongan: Oleh kerana strukturnya yang mengagumkan dan lokasinya yang indah, Jambatan Pingtang telah menjadi tarikan pelancong, menarik minat pengunjung dalam senibina dan kejuruteraan.

Pemecahan Rekod: Ia diiktiraf kerana ketinggian dan panjangnya, meletakkannya antara jambatan yang paling terkenal di dunia.

Tarikan Berdekatan.

Teleskop FAST: The Five - hundred meter Aperture Spherical Telescope (FAST), teleskop radio terbesar di dunia, terletak di daerah Pingtang, menjadikan kawasan itu sebagai hab pelancongan saintifik.

Landskap Karst: Wilayah Guizhou terkenal dengan topografi karstnya yang unik, menampilkan formasi semulajadi, gua dan sungai yang menakjubkan.

Kebolehcapaian.

Akses Jalan: Jambatan ini adalah sebahagian dari Lebuhraya Pingtang-Luodian, memudahkan perjalanan jalanraya yang lancar di rantau ini.

Berdekatan dengan Bandar: Bandar utama terdekat ialah Guiyang, ibu kota Wilayah Guizhou, yang dihubungkan dengan baik melalui jalanraya dan keretapi.

Kredit : Picture Perfect

Source 

Mark Zuckerberg Menyasarkan Meta AI Menjadi Pembantu Berasaskan AI Yang Paling Tinggi Digunakan Menjelang Penghujung 2024

 Mark Zuckerberg hari ini berkongsi perkembangan pembangunan kecerdasan buatan oleh Meta, sekaligus mengumumkan sasaran syarikat mereka untuk menjadikan Meta AI sebagai pembantu berasaskan kecerdasan buatan yang paling tinggi digunakan menjelang penghujung 2024 ini – sekaligus mengatasi ChatGPT dan juga Google Gemini.

Pada hari ini, Meta AI telah mula diintegrasikan bersama Facebook, Instagram, Messenger dan WhatsApp – membolehkan pengguna menyeru pembantu berasaskan kecerdasan buatan ini dalam tetingkap sembang, sekaligus bertanyakan pelbagai perkara, atau menjana sesuatu gambar dan sebagainya. Namun, Meta Ai masih ditawarkan secara terhad di beberapa buah negara sahaja.

Buat masa ini, Meta AI masih belum ditawarkan untuk pengguna di Malaysia lagi. Namun, pihak Meta sedang memperluaskan ia secara berperingkat, termasuk menambah sokongan bahasa padanya.

Melalui perkongsian baharu ini juga, Meta AI menyokong tujuh buah negara, dan boleh digunakan di 22 buah negara. Selain pengenalan melalui aplikasi dibawah Meta dan juga web Meta.AI, pihak Meta juga hari ini mengumumkan akan menawarkan kecerdasan buatan ini melalui kaca mata pintar Ray-Ban Meta dan juga Meta Quest secara berperingkat bermula bulan hadapan – tetapi terhad di Amerika Syarikat dan Kanada.

-amanz.my

Selasa, 23 Julai 2024

Bank-bank Malaysia bimbang piket pekerja, gesa kesatuan ke meja rundingan

 NUBE digesa kembali ke meja rundingan bagi menamatkan protes yang menyusahkan pelanggan bank dan orang awam - Foto fail NSTP

NUBE digesa kembali ke meja rundingan bagi menamatkan protes yang menyusahkan pelanggan bank dan orang awam - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-Bank Komersial Malaysia (MCBA) menyatakan kebimbangan kesan kegagalan kontrak yang mencetuskan tindakan piket yang sedang dilaksanakan oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) di seluruh negara susulan kegagalan dalam rundingan kontrak.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Eksekutif MCBA, Looi Heong Meng, berkata persatuan itu menggesa NUBE supaya kembali ke meja rundingan dan meneruskan dialog bagi menamatkan protes yang menyusahkan pelanggan bank dan orang awam.

"Walaupun kami menghormati hak kesatuan untuk membela ahli-ahlinya, tindakan menggunakan demonstrasi awam dan kempen media sosial semasa prosiding undang-undang berterusan adalah tidak profesional dan tidak membantu dalam menyelesaikan isu yang berbangkit.

"MCBA telah membuktikan selama bertahun-tahun dan masih komited dalam membina persekitaran kerja yang positif untuk semua pekerja.

"Kami sangat percaya pakej pampasan dan faedah bagi pekerja yang diwakili oleh NUBE kekal kompetitif," katanya.

Heong Meng berkata, komunikasi secara terbuka adalah penting bagi mengekalkan persekitaran kerja yang harmoni dan mencapai hasil yang positif untuk semua pihak.

Semalam, media melaporkan NUBE akan melancarkan siri piket di seluruh negara, sebagai protes terhadap semua bank bagi membantah tindakan keterlaluan ketua pegawai eksekutif bank yang cuba menggagalkan kesatuan sekerja.

NUBE mendakwa ketua pegawai eksekutif bank itu menafikan hak untuk keseimbangan kerja dan kehidupan; bebas daripada pembulian; diskriminasi, gangguan dan gangguan seksual; keselamatan pekerjaan; dan hak bebas daripada usaha menggagalkan kesatuan sekerja.

Selain itu, NUBE juga mendakwa hak menghadiri latihan sama ada di Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) mahupun latihan lain dengan cuti berbayar untuk mendapatkan latihan semula dan peningkatan kemahiran turut dinafikan, selain beberapa lagi hak seperti imbuhan yang saksama, terbabit dalam tugas kesatuan sekerja tanpa berdepan dengan sebarang kerugian dan pembayaran 2.0 peratus cukai perkhidmatan untuk insurans perubatan keluarga ahli.

Memetik kenyataan Setiausaha Agung NUBE, J Solomon kepada media tempatan, beliau mendakwa sebahagian besar daripada bank berkenaan adalah milik syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bertindak bertentangan dengan tujuan kewujudannya.

Dakwanya, bank milikan luar negara dan tempatan, turut mencontohi pelanggaran terang-terangan GLC terbabit, tanpa berselindung melakukan pelanggaran hak pekerja masing-masing.

"Badan kawal selia, bagaimanapun, berdiam diri terhadap salah laku sedemikian, sebaliknya memihak kepada penindas. Ketua pegawai eksekutif menerima pendapatan tahunan yang hanya mampu diperoleh ahli NUBE jika mereka bekerja selama 1,000 tahun.

"Pendapatan keterlaluan itu tidak meletakkan ketua pegawai eksekutif berkenaan dalam kasta yang lebih tinggi daripada kelas pekerja. Ahli NUBE mungkin mendapat gaji yang rendah berbanding dengan ketua pegawai eksekutif, namun, mereka juga berhak terhadap hak asasi manusia dan kami mendesak untuk kesaksamaan, dan bukan dilayan seperti hamba.

"Ketua pegawai eksekutif bank-bank ini berterusan melanggar proses, prosedur, kebiasaan dan konvensyen buruh antarabangsa yang telah ditetapkan, dalam interaksi dan rundingan mereka dengan NUBE," dakwanya dipetik sebagai berkata.

-BH Online 

Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Terjatuh Ke Dalam Lubang Hitam?

 Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Terjatuh Ke Dalam Lubang Hitam?

MasyaAllah, pujian kepada Allah yang mencipta dunia ini dan memberi akal fikiran kepada manusia. 

Lubang hitam adalah salah satu objek paling misteri dan menakutkan di alam semesta. Ramai yang tertanya-tanya, apa yang akan berlaku jika seseorang terjatuh ke dalam lubang hitam? 

Mari kita jelaskan secara terperinci dengan menggunakan ilmu sains dan teknologi.

Apa Itu Lubang Hitam?

Lubang hitam adalah kawasan di angkasa yang mempunyai tarikan graviti yang sangat kuat sehingga tiada apa pun, termasuk cahaya, yang boleh meloloskan diri daripadanya. Lubang hitam terbentuk apabila bintang besar runtuh di bawah graviti sendiri semasa penghujung hayatnya. Terdapat tiga jenis utama lubang hitam: lubang hitam berjisim bintang, lubang hitam berjisim pertengahan, dan lubang hitam supermasif.

Jenis-jenis Lubang Hitam


1. Lubang Hitam Berjisim Bintang: Terbentuk dari runtuhan bintang besar. Ini adalah jenis lubang hitam yang paling biasa.

2. Lubang Hitam Berjisim Pertengahan: Lebih besar daripada lubang hitam berjisim bintang tetapi lebih kecil daripada lubang hitam supermasif. Ini masih menjadi subjek kajian yang intensif.

3. Lubang Hitam Supermasif: Terdapat di pusat kebanyakan galaksi, termasuk Bima Sakti. Jisimnya boleh mencapai berjuta-juta hingga berbilion kali jisim matahari.

Perjalanan Menuju Lubang Hitam

Jika anda mendekati lubang hitam, anda akan melalui beberapa fasa menarik. Pertama, anda akan mendekati accretion disk, iaitu kawasan di sekeliling lubang hitam yang penuh dengan gas dan debu yang dipanaskan hingga suhu yang sangat tinggi, menyebabkan ia bersinar terang. Semakin dekat anda, semakin kuat tarikan graviti yang anda rasakan.

Event Horizon

Event horizon adalah sempadan di sekeliling lubang hitam yang menandakan titik tanpa kembali. Sebaik sahaja anda melintasi event horizon, tiada apa yang boleh meloloskan diri, termasuk cahaya. Dari perspektif pemerhati luar, masa kelihatan berhenti untuk objek yang menghampiri event horizon. Namun, bagi objek yang terjatuh, masa akan terus berjalan seperti biasa.

Spaghettifikasi

Salah satu fenomena paling menarik dan menakutkan yang berlaku apabila anda mendekati lubang hitam ialah spaghettifikasi. Disebabkan oleh perbezaan daya graviti yang sangat kuat antara kepala dan kaki anda, badan anda akan ditarik dan diregangkan seperti spaghetti. Ini berlaku kerana daya graviti meningkat dengan sangat cepat apabila mendekati lubang hitam, menyebabkan bahagian badan yang lebih dekat dengan lubang hitam ditarik lebih kuat berbanding bahagian yang lebih jauh.

Ke Destinasi Yang Tidak Diketahui

Apabila anda melintasi event horizon, nasib anda menjadi tidak menentu. Teori relativiti umum Einstein mencadangkan bahawa anda akan terus jatuh ke dalam singulariti, titik di tengah lubang hitam di mana semua jisimnya terkumpul dan ketumpatan serta graviti menjadi tidak terhingga. Bagaimanapun, tiada siapa yang tahu dengan pasti apa yang berlaku di dalam singulariti kerana hukum fizik yang kita kenali tidak lagi berlaku dalam keadaan ekstrem ini.

Teori dan Spekulasi

Para saintis masih berdebat tentang apa yang sebenarnya berlaku apabila anda memasuki lubang hitam. Ada yang mencadangkan bahawa anda mungkin memasuki alam semesta lain atau melalui "wormhole," terowong ruang masa yang menghubungkan dua titik jauh di angkasa. Bagaimanapun, ini semua masih dalam tahap spekulasi dan tidak ada bukti konkrit yang menyokong teori-teori ini.

Lubang Hitam Terdekat dengan Bumi

Berikut adalah tiga lubang hitam yang paling hampir dengan Bumi:

1. V616 Monocerotis (V616 Mon): Terletak kira-kira 3,000 tahun cahaya dari Bumi.

2. Cygnus X-1: Terletak kira-kira 6,000 tahun cahaya dari Bumi, dan merupakan salah satu lubang hitam yang pertama kali ditemui.

3. Sagittarius A*: Terletak di pusat galaksi Bima Sakti, kira-kira 26,000 tahun cahaya dari Bumi. Ini adalah lubang hitam supermasif di pusat galaksi kita.

Masa dan Graviti di Lubang Hitam

Lubang hitam juga memberi kesan besar kepada masa. Menurut teori relativiti umum, graviti yang sangat kuat di sekitar lubang hitam melambatkan masa. Bagi pemerhati luar, objek yang menghampiri lubang hitam kelihatan semakin perlahan sehingga seolah-olah berhenti di event horizon. Namun, bagi objek itu sendiri, masa akan terus berjalan normal. Fenomena ini dikenali sebagai "dilatasi masa graviti" dan ia adalah akibat daripada medan graviti yang sangat kuat di sekitar lubang hitam.

Kesimpulan

Lubang hitam adalah salah satu fenomena paling misteri di alam semesta dan menyediakan banyak bahan untuk kajian dan spekulasi. Walaupun kita telah belajar banyak tentang lubang hitam melalui sains dan teknologi, masih banyak yang kita tidak tahu.

MasyaAllah, Allah yang Maha Kekal Selamanya, yang mencipta segala sesuatu dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan. Pengetahuan ini bukan sahaja meningkatkan pemahaman kita tentang alam semesta, tetapi juga mengingatkan kita tentang kehebatan ciptaan Allah yang Maha Agung.

Semoga artikel ini memberi manfaat dan membuka minda kita terhadap fenomena lubang hitam dan misteri yang mengelilinginya.

Credit 

Isnin, 22 Julai 2024

Datuk 80 tahun kahwini anak dara 18 tahun

 

Tangkap layar menunjukkan pasangan pengantin itu mengenakan pakaian berwarna putih semasa acara akad nikah. - TikTok @muzaha.ibh

JAKARTA – Seorang warga emas berusia 80 tahun melangsungkan perkahwinan dengan gadis berumur 18 tahun, sekali gus menjadi perhatian pengguna media sosial, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Perbezaan usia kira-kira 62 tahun itu tidak menghalang pasangan dari Indonesia tersebut untuk mendirikan rumah tangga. 

Menerusi klip video yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @muzaha.ibh, pasangan pengantin dilihat sedang duduk di hadapan bapa pengantin perempuan semasa acara akad nikah. 

Difahamkan, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak 50 juta rupiah (RM14,462) dan beberapa hantaran berjumlah 200 juta rupiah (RM57,850) secara keseluruhan. 

Antaranya, tiga ekor lembu dan sebuah motosikal. 

“Saya terima nikahnya Ayu Wulandira (pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak 50 juta rupiah,” kata warga emas itu.

Bagaimanapun, pengantin wanita tidak menunjukkan sebarang reaksi malah hanya diam, seolah-olah tidak bersetuju dengan perkahwinan itu. – AGENSI 

Siapa yang Mengambil Gambar Pertama di Bulan?

Siapa yang Mengambil Gambar Pertama di Bulan?

MasyaAllah, pujian kepada Allah yang mencipta dunia ini dan memberi akal fikiran kepada manusia. Persoalan yang sering timbul mengenai misi pendaratan Apollo 11 ke bulan adalah mengenai siapa yang mengambil gambar pertama kali di bulan, terutama gambar Neil Armstrong sedang menjejakkan kaki di permukaan bulan. Ini merupakan satu persoalan yang menarik dan sering menjadi perdebatan di kalangan penggemar teori konspirasi.

Gambar Pertama Neil Armstrong:

Jawapannya sebenarnya cukup mudah. Gambar pertama Neil Armstrong di permukaan bulan diambil oleh rakan angkasawannya, Buzz Aldrin. Kedua-dua mereka membawa kamera khas yang dipasang di dada mereka untuk merakam setiap langkah dan aktiviti di bulan. Kamera ini adalah kamera Hasselblad yang diubahsuai khas untuk beroperasi dalam keadaan graviti rendah dan persekitaran tanpa udara di bulan.

Teknologi dan Perancangan:

Kamera Hasselblad ini dipilih kerana keupayaannya yang tinggi untuk menghasilkan gambar yang berkualiti walaupun dalam keadaan ekstrem. Kamera ini dipasang pada baju angkasawan untuk membolehkan mereka mengambil gambar tanpa menggunakan tangan, membebaskan mereka untuk menjalankan tugas lain. Kedudukan kamera di dada angkasawan memudahkan mereka mengambil gambar dari perspektif yang lebih stabil.

Spesifikasi Kamera:

Kamera yang digunakan ialah Hasselblad Data Camera (HDC) yang diubahsuai khas. Ia dilengkapi dengan kanta Zeiss Biogon 60mm f/5.6. Kamera ini mempunyai pelbagai mod dan tetapan yang membolehkan pengambilan gambar dalam cahaya yang rendah serta dalam keadaan kontras yang tinggi di permukaan bulan.

Kenapa Tidak Nampak Bintang?

Ramai yang tertanya-tanya mengapa dalam gambar-gambar yang diambil di permukaan bulan, tiada bintang yang kelihatan di langit. Jawapannya terletak pada tetapan kamera dan keadaan pencahayaan. Permukaan bulan sangat cerah disebabkan oleh pantulan cahaya matahari yang kuat. Untuk menangkap gambar permukaan bulan dan angkasawan dengan jelas, kamera perlu menggunakan tetapan pendedahan yang rendah. Ini menyebabkan cahaya bintang yang lemah tidak dapat dirakam oleh kamera kerana pendedahan yang singkat dan apertur yang kecil.

Teknologi Kamera Hasselblad:

1. Lensa Zeiss Biogon 60mm f/5.6: Lensa ini dipilih kerana kebolehannya menghasilkan gambar yang sangat tajam dan jelas.

2. Filem Kodak: Filem ini mempunyai kepekaan tinggi terhadap cahaya, membolehkan gambar diambil dalam pelbagai keadaan pencahayaan.

3. Pemasangan pada baju angkasawan: Kamera dipasang pada baju angkasawan di bahagian dada, membolehkan mereka mengambil gambar dengan mudah tanpa perlu memegang kamera.

4. Tetapan Manual: Angkasawan perlu menetapkan fokus, apertur, dan kelajuan shutter secara manual, bergantung pada keadaan pencahayaan.

Kenapa Ada Teori Konspirasi?

Teori konspirasi timbul disebabkan oleh kekeliruan mengenai teknologi pada masa itu dan ketidakpercayaan terhadap kemampuan manusia untuk mencapai bulan. Beberapa hujah teori konspirasi menyatakan bahawa gambar-gambar tersebut diambil di studio dan bukan di bulan. Namun, banyak bukti saintifik dan teknikal telah disediakan untuk menyokong bahawa misi Apollo 11 benar-benar berlaku. Contohnya, reflektor laser yang dipasang di permukaan bulan oleh misi Apollo membolehkan saintis di Bumi memantul sinar laser dan mengukur jarak antara Bumi dan bulan dengan tepat.

Kesimpulan:

Dengan ilmu dan teknologi yang ada, manusia berjaya mencapai bulan dan merakam detik bersejarah tersebut. MasyaAllah, pujian kepada Allah yang mencipta dunia ini dan memberi akal fikiran kepada manusia. Eksplorasi angkasa bukan sahaja membawa kita lebih dekat kepada bintang-bintang, tetapi juga memberikan kita pemahaman yang lebih mendalam tentang alam semesta dan teknologi yang mengubah kehidupan di Bumi.

Source