"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Khamis, 16 Disember 2021

[VIDEO] ‘Bonggol maut menuju ke alam barzakh’

 

Beberapa kenderaan yang terlompat naik ketika melalui bonggol di Bandar Baru Sentul.

PETALING JAYA – Tindakan pihak tertentu yang membina bonggol jalan terlalu tinggi sehingga mengugat keselamatan pengguna jalan raya mengundang kemarahan orang ramai.

Difahamkan, video berdurasi satu minit tersebut telah dirakam di Bandar Baru Sentul sebelum dimuat naik @Endang Kartini Guntor di media sosial dan menjadi tular.

Video tersebut memaparkan kebanyakan kenderaan yang melalui jalan tersebut akan ‘terlompat’ naik kerana bonggol yang terlalu tinggi selain tidak dicat sehingga mengakibat pengguna jalan raya tidak perasan kewujudan bonggol ‘maut’ tersebut.

Kenderaan yang melalui jalan tersebut juga dilihat brek secara mengejut dan terdapat beberapa pemandu yang terpaksa pasrah ‘terbang’ bersama kenderaan mereka akibat melanggar bonggol tersebut.

“Kereta dan motosikal automatik terbang sekiranya melalui jalan tersebut. Boleh ke alam barzakh jika tak perasan bonggol tersebut,” ujar @Yazid.

“Ini kalau ada bayi dalam ‘carseat’ pun boleh melambung macam ini. Bahayanya,” kata @Islovely.

“Ini kes buat kerja tak habis ni, rasanya minggu ini boleh siap, harap dipercepatkan sebab bimbang keselamatan orang lain. Mana yang tak perasan, kepala hantuk bumbung kereta la jawabnya,” jelas @amrisol.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 30,000 kali, lebih 500 komen dan mendapat kira-kira 2,000 reaksi. – K! ONLINE

Kajian ganja, ketum perlu diluluskan -MP Padang Besar

 Pelanggan membeli daun ganja goreng di Bangkok, awal tahun ini. - Foto AFP

Pelanggan membeli daun ganja goreng di Bangkok, awal tahun ini. - Foto AFP

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mesti membenarkan penyelidik tempatan mengkaji manfaat kanabis, hem dan ketum untuk kegunaan perubatan.

Ahli Parlimen Padang Besar yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, berkata beliau bersama beberapa Ahli Parlimen lain sedang menghimpunkan hasil kajian sedia ada oleh universiti dan syarikat untuk dihantar kepada KKM dan KDN.

Katanya, langkah itu bagi membuktikan manfaat kanabis, hem dan ketum serta menyakinkan KKM dan KDN memberi kelulusan khas kepada penyelidik tempatan, antaranya Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau berkata, kajian industri itu memerlukan kelulusan khas kedua-dua kementerian berkenaan kerana membabitkan penanaman hemp dalam jumlah besar, yang bertentangan dengan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika KKM dan KDN enggan memberi kelulusan itu, Zahidi berkata, beberapa Ahli Parlimen kerajaan, pembangkang dan Bebas akan mengusulkan rang undang-undang (RUU) persendirian bagi mendesak kelulusan penggunaan kanabis, hem dan ketum untuk perubatan dan industri.

Kementerian Pertanian Thailand meyediakan model ladang ganja sebagai panduan untuk petani. - Foto AFP
Kementerian Pertanian Thailand meyediakan model ladang ganja sebagai panduan untuk petani. - Foto AFP

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Forum Awam Kemampan Masa Depan Kanabis Perubatan, Hem Perindustrian dan Industri Ketum di Malaysia di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Tasek Gelugor daripada BERSATU, Datuk Shabudin Yahaya; Ahli Parlimen Kuala Kedah daripada PKR, Dr Azman Ismail; Ahli Parlimen Tumpat daripada PAS, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Ahli Parlimen Sik daripada PAS, Ahmad Tarmizi Sulaiman.

Zahidi berkata, forum hari ini mengumpulkan semula kajian pelbagai pihak, termasuk daripada USM, Pusat Racun Negara, serta syarikat lain yang menjalankan kajian kanabis, hem dan ketum dalam perubatan dan industri.

"Kita juga akan kumpulkan kajian dan cadangan mengenai kawalan salah guna bahan ini serta cara membantu individu yang ketagihan akibat salah guna ini, untuk diserah kepada kerajaan secepat mungkin.

Mengulas lanjut, Zahidi berkata, kerajaan tiada alasan untuk menolak kelulusan kajian berkenaan kerana kanabis, hem dan ketum bukan saja memiliki banyak manfaat, malah memiliki nilai yang tinggi dalam pasaran global.

Katanya, nilai hem dalam pasaran global sekitar RM95 bilion dan bakal meningkat hingga mencecah RM250 bilion, manakala ketum pula bernilai lebih RM200 bilion.

Dengan nilai dan permintaan tinggi dalam pasaran industri dan perubatan, katanya, industri kanabis, hem dan ketum berpotensi membantu 2.8 juta pekebun kecil, petani, nelayan dan individu yang hilang pekerjaan akibat COVID-19, selain melonjak Malaysia menuju ke arah ekonomi gergasi.

"Kita sebut industri ketum sebab nak eksport, bantu ekonomi negara dan rakyat. Tapi pihak berkuasa hanya fikirkan soal 'cokoroi' (air ketum).

"Negara dan rakyat berdepan banyak isu ekonomi dan perubatan yang tidak boleh diselesaikan dengan slogan, sebaliknya perlukan sesuatu yang baru dan saya yakin jawapannya ialah kanabis, hem dan ketum untuk perubatan dan industri," katanya.

Selain itu, katanya, industri tanaman itu juga bakal membantu usaha negara dalam meyakinkan Kesatuan Eropah (EU) untuk tidak memboikot produk sawit negara.

"EU boikot sebab isu alam sekitar. Hem boleh membantu kita atasi faktor ini kerana tanaman hem boleh menyerap karbon tiga kali ganda lebih tinggi berbanding tanaman lain," katanya.-BH Online

‘Tuhan Juga Adalah Makhluk Halus’- Pengasas Mamasab Mohon Maaf Salah Guna Perkataan

 


Tular di media sosial mengenai video pengasas kek terkenal Mamasab, Sabrina Norin mengatakan Tuhan merupakan makhluk halus menerusi aplikasi Zoom bersama ahli Mamasab yang lain mendapat perhatian orang ramai.

“Tuhan juga adalah makhluk halus” ujarnya

Sabrina Mohon Maaf Salah Guna Perkataan

Berikutan ada yang memberi teguran dalam platform Zoom dan video tersebut juga tersebar di media sosial, pengasas kek ini segera mengeluarkan penjelasan serta memohon maaf atas ketelanjurannya dalam berkata-kata dan berterima kasih kepada mereka yang memberi teguran.


Foto – Facebook Sabrina Norin

“Assalamualaikum dan selamat pagi semua anak-anak Mama.. Selamat pagi dunia yang penuh dengan magik dan kebahagiaan dan rahmat dari Nya.

Setiap manusia tak lepas buat salah.. Kadang-kadang ada perkataan yang kita guna untuk jelas satu kekuasaan yang sangat luar biasa menjadi ayat yang salah dan tak sepatutnya di gunakan.. Minta maaf atas kesilapan penggunaan nama makhluk.

Mama ambil penyalahgunaan perkataan untuk terangkan sesuatu yang tak nampak sebagai khilaf Mama untuk orang yang baru nak belajar mengenalpasti kekuasaan yang luar biasa.

Terima kasih untuk yang ambil berat untuk mengelakkan salah faham dalam beragama.

Alhamdulillah.. Atas teguran… Mama selalu cakap dengan anak-anak Mama.

Bila ada orang menegur itu bukan bermaksud dia benci.. Tapi dia sayang.. Sebab dia tak nak kita buat salah lagi.

Alhamdulillah.. Syukur.. Terima kasih ambil berat.. Sangat luar biasa ukhwah rakyat Malaysia.. Saling ingat mengingati supaya semua ke arah kebaikan dan capai matlamat kehidupan yang di tuntut.

Sayang dan peluk dari Mama ya.” Jelasnya di Facebook

Pasukan Mamasab Beri Penjelasan Dan Akan Lebih Berhati-Hati

Selain pengasas kek, pasukan Mamasab juga memohon maaf dan beri penjelasan di akaun Instagram rasmi Mamasab serta mengatakan mereka akan lebih berhati-hati di masa akan datang.


Foto – Instagram @mamasab.bakeryofficial

“Salam semua.. Baru-baru ni tular satu video tentang pengasas Mamasab. Saya selaku salah seorang keluarga Mamasab.. Nak kongsi sedikit pagi ni.

Sebenarnya, melalui platform Mamasab saya belajar kenal Tuhan dengan rapat. Untuk yang tak tahu.. Pengasas Mamasab selalu ulang-ulang.. Bahawa…

Tanpa tuhan, kita tak kan mampu berjaya di dunia. Dia selalu ulang-ulang yang Tuhan itu Maha Berkuasa… Tuhan itu Maha Memberi Rezeki. Tuhan tak boleh di lihat… Tapi kena di rasa. Melalui zat kasih sayang dan kekuasaannya. Saya masih ingat ayat Mama Sabrina.

“Sebab Tuhan bantu Mama.. Dia yang bantu Mama dari zero sampai jadi jutawan. Tanpa Tuhan.. Mama is nothing” – Mama Sabrina, pengasas Mamasab.

Kepada orang yang kongsi video dan menyuarakan teguran.. Terima kasih banyak. Pasukan Mamasab akan lebih berhati-hati selepas ini.” Jelasnya


-murai.my 

AS catat lebih 50 juta kes Covid-19 dengan lebih 800,000 kematian

ORANG ramai menunggu untuk melakukan ujian saringan Covid-19 di sebuah kemudahan di Times Square, New York. - AFP

 WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mencatatkan lebih 50 juta kes jangkitan Covid-19 sejak bermulanya pandemik itu kira-kira dua tahun lalu.

Memetik laporan BBC, lebih 800,000 rakyat AS meninggal dunia akibat Covid-19 yang disifatkan sebagai jumlah kematian paling tinggi yang direkodkan negara itu.  

Angka itu jauh lebih besar daripada keseluruhan penduduk di beberapa negeri termasuk Washington, Boston, North Dakota dan Alaska.

Pakar epidemiologi dari Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health, Dr. Keri Althoff berkata, kebanyakan kes kematian membabitkan individu belum divaksin dan warga emas.

Katanya, lebih ramai warga AS yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 pada tahun ini berbanding tahun lalu. 

“Gelombang jangkitan yang kita saksikan ketika ini akan berterusan sehingga populasi mencapai tahap imuniti yang cukup tinggi untuk mencegahnya. 

“Apa yang boleh saya katakan adalah, kita masih belum mencapai peringkat itu lagi,” katanya.

Dilaporkan, sejak vaksin Pfizer mula diberikan pada musim sejuk lalu, hampir 300,000 lagi kematian direkodkan.

Pada April lalu, dua lagi vaksin Covid-19 keluaran Moderna dan Johnson & Johnson diluluskan untuk penggunaan. – AGENSI 

Long Tiger lolos lokap ketika di mahkamah

 ABD Hamim yang melarikan diri dari Mahkamah Majistret Tangkak. FOTO Ahmad Ismail.

ABD Hamim yang melarikan diri dari Mahkamah Majistret Tangkak. FOTO Ahmad Ismail.

Tangkak: Polis giat memburu seorang lelaki warga Myanmar yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret di sini, pagi hari ini.

Lelaki terbabit, Abd Hamim Ab Hamid berusia 33 tahun juga dikenali sebagai 'Long Tiger'.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd Fadhil Minhat berkata, polis kini menjalankan Ops Tutup di semua jalan keluar dan masuk daerah Tangkak.

"Usaha mengesan suspek masih dijalankan polis serta khidmat anjing pengesan K9 turut digunakan selain sekatan jalan raya (SJR)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menjelas lanjut, Mohd Fadhil berkata, polis menerima laporan pada 11.55 pagi hari ini memaklumkan seorang lelaki melarikan diri dari lokap dengan keadaan tangan bergari.

Dalam kejadian itu, lelaki terbabit memakai baju T cerah, berseluar panjang coklat serta memakai selipar.

"Siasatan awal mendapati lelaki terbabit melarikan diri melalui pintu utama mahkamah serta menghilangkan diri sekitar semak samun berhampiran walaupun usaha mengesannya sudah dilakukan.

"Abd Hamim dibawa ke mahkamah berkenaan bagi pengakuan bersalah di bawah Seksyen 388, iaitu kes ugutan terhadap seseorang dibawa dari penjara di Sungai Udang, Melaka di sini, semalam.

"Alamat terakhirnya, No 292 Jalan Rambutan, Taman Sri Jaya, Bukit Gambir, Tangkak.

"Siasatan lanjut masih dijalankan, dan kami tidak akan berkompromi serta bertindak tegas terhadap mana-mana pihak termasuk anggota polis jika siasatan mendapati terdapat unsur kecuaian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkannya kepada balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di talian 06-9781222, Hotline IPD Tangkak, 06-9785222 atau mana-mana IPD.-myMetro

Rabu, 15 Disember 2021

Tiga pihak nyatakan minat beli muntah paus - Aida Zurina

AIDA Zurina bersama suaminya menunjukkan ketulan dipercayai muntah ikan paus yang disimpan mereka. FOTO Rosli Ilham
AIDA Zurina bersama suaminya menunjukkan ketulan dipercayai muntah ikan paus yang disimpan mereka. FOTO Rosli Ilham

Chukai: Tiga pihak sudah menyatakan minat membeli ketulan dipercayai muntah ikan paus yang ditemui Aida Zurina Long.

Aida Zurina, 41, berkata, ketiga-tiga individu menghubunginya hari ini dipercayai orang tengah dan hanya ingin mengetahui bagaimana muntah ikan paus itu ditemuinya.

"Salah seorang daripada individu itu bertanya sama ada saya berminat menjual 'barang' ini dan dia sudi menjadi orang tengah untuk urusan jual beli.

"Individu itu mendakwa sebelum ini dia pernah menjual muntah ikan paus terbabit kepada seorang artis dengan jumlah bayaran sebanyak RM500,000," katanya.

Menurutnya, dia mengambil keputusan menunggu ujian makmal untuk mengesahkan ketulenan muntah ikan paus terbabit terlebih dulu.

 "Memang saya nak jual, tapi saya nak pastikan 'barang' yang saya temui ini benar-benar tulen sebelum saya meletakkan harta sebenarnya.

"Hari ini, enam kakitangan Jabatan Perikanan Terengganu datang ke rumah menemubual saya termasuk mengambil sedikit muntah paus untuk analisa," katanya.

Katanya, dia dimaklumkan sampel akan dihantar ke makmal dan keputusannya akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.

"Saya bukan jenis yang berangan-angan hendak jadi jutawan, tapi saya dedahkan penemuan ini untuk cari pihak yang boleh menentukan ketulenannya.

"Kalau sudah ditakdirkan rezeki berpihak kepada saya, saya bersyukur dan anggap ia rezeki yang tidak disangka," katanya.

Aida Zurina berkata, sekiranya ketulan itu tulen dan berjaya dijual, hasil yang diperoleh itu akan digunakan sebaik mungkin.

"Saya akan memperbesarkan kedai makan saya. Saya nak hantar ibu serta kedua ibu bapa mentua saya mengerjakan haji serta bersedekah kepada mereka yang susah," katanya.

Menurutnya, dia turut menafikan apabila ada pihak yang menyatakan objek yang ditemui itu diuji Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

"Pihak itu mungkin salah faham, saya nafikan kerana saya tidak pernah menghantar sampel ke UMT untuk diuji," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan Aida Zurina menemui ketulan dipercayai muntah ikan paus ketika memancing bersama keluarganya di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Marang November lalu.-myMetro

‘Selepas cadangan PRU awal ditolak, Zahid bangun tinggal mesyuarat MT’

  

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Tidak seperti kebiasaan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden tidak membuat penggulungan semasa penghujung mesyuarat yang berlangsung pada 8 Disember lalu.

Zahid sebaliknya bingkas bangun meninggalkan mesyuarat selepas Ahli-ahli MT selesai menyuarakan pandangan masing-masing, jelas kelihatan kekecewaannya apabila gagal memujuk supaya pilihan raya umum diadakan dengan segera, kata sumber.

Mesyuarat pada malam selepas keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak itu sangat penting memandangkan bekas Presiden UMNO itu kalah dalam rayuannya dan kini tinggal peluang terakhir untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Sumber memberitahu riak muka Zahid nyata cemas dan panik semasa mesyuarat tersebut berlangsung, Najib boleh dianggap sebagai rakan karib kepada Zahid yang juga sedang berdepan pertuduhan di mahkamah ketika ini.

Matlamat asalnya adalah bagi membincangkan strategi seterusnya susulan keputusan mahkamah Najib, ia sepatutnya memberi fokus mencari jalan supaya PRU diadakan dengan segera.

Topik perbincangan semasa mesyuarat MT itu pada mulanya bagi membincangkan implikasi kes Najib kepada parti dan apakah pilihan yang masih ada untuk menyelamatkan bekas Perdana Menteri (PM) itu daripada menjalani hukumannya.

Namun, cadangan mengadakan PRU yang dibangkitkan oleh beberapa ahli MT dalam kem Zahid tidak mendapat sokongan majoriti, malah terdapat beberapa individu semasa mesyuarat itu menolak keras langkah tersebut.

Sebaliknya, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipertahankan beberapa Ahli MT lain untuk terus memimpin kerajaan sedia ada.

Satu-satunya Ahli MT yang beria-ria menyokong cadangan supaya PRU disegerakan adalah Datuk Puad Zarkashi yang diketahui umum merupakan orang kuat Zahid.

Malah, semasa Ismail Sabri menjadi Timbalan Perdana Menteri ketika era kerajaan Perikatan Nasional (PN), Puad juga secara terbuka menyerang Ismail Sabri dan memberi amaran supaya mengikut telunjuk Presiden.

“Puad semasa mesyuarat menggesa supaya cadangan PRU awal yang dibuat Zahid dipatuhi, memberi isyarat kepada Ismail Sabri supaya mendengar arahan Presiden.

“Lebih menarik, seorang ahli MT yang agak senior bangun dan membidas Puad semasa mesyuarat supaya tidak berlagak kerana dirinya hanya sekadar MT lantikan, bukan menang pemilihan parti tetapi bercakap besar seolah-olah mewakili suara akar umbi,” kata sumber.

Kecaman tersebut menyebabkan Puad terkedu dan malu dengan diri sendiri, panglima yang diharapkan Zahid menjadi kucing kesipuan dalam mesyuarat tersebut.

Selain itu, seorang lagi Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid juga tidak bersetuju sekiranya PRU dipercepatkan dan berhujah panjang lebar bagi menjelaskan pendiriannya.

Panglima yang diharapkan Zahid semasa mesyuarat MT pada malam tersebut tidak lagi gah seperti sebelum ini yang bertekad menjatuhkan kerajaan dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkemungkinan masing-masing sudah mendapat imbuhan atau jawatan yang dipinta.

Kecewa dan seakan tidak berpuas hati apabila matlamat yang dihajati tidak tercapai, pada penghujung mesyuarat Zahid bangun sekitar jam 12 malam lebih meninggalkan mesyuarat tanpa menggulungnya dan beredar pulang.

Malah, tiada kenyataan media sebaik berakhir mesyuarat MT seperti kebiasaannya dan hanya dikeluarkan keesokkan hari.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan rasa tidak puas hati berhubung keputusan mahkamah melibatkan Najib disamping menyentuh persidangan peringkat akar umbi yang berlangsung minggu lepas.

Melihat kepada senario semasa, berkemungkinan satu-satunya jalan yang ada untuk Zahid bagi mendesak PRU awal adalah dengan merancang strategi sama seperti yang berlaku di Melaka.

Bagaimanapun, persoalannya kini adakah Zahid berani menarik sokongan terhadap PM daripada UMNO sendiri dan menumbangkan kerajaan sendiri seperti di Melaka?

-Agenda Daily

Jawatan Kosong: Perbadanan Aset Keretapi (RAC)

 


Perbadanan Aset Keretapi (RAC) merupakan sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut:

1 Jurutera Gred J41 

2 Penolong Jurutera Gred JA29

3 Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

4 Penolong Juruukur Bahan

5 Jurufotografi

6 Penolong Pegawai Tadbir

7 Pembantu Tadbir

Untuk ketahui maklumat iklan jawatan lengkap dan syarat kelayakan KLIK DISINI

Borang permohonan secara online KLIK DISINI

TARIKH TUTUP IKLAN 

Permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 26 Disember 2021 pukul 12.00 tengah hari. Permohonan yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Ibu berang soalan Matematik tahun satu terlalu ‘kayangan’

 

TANGKAP layar contoh latihan Matematik tahun satu

PETALING JAYA: Seorang ibu hari ini berkongsi di Facebook berhubung rasa bimbangnya terhadap latihan Matematik tahun satu sekolah rendah yang terlalu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi  (KBAT) dan terlalu sukar untuk diselesaikan anaknya.

Norlizah Abas memberitahu, hal ini bukan sekadar rungutan daripada dirinya sendiri, sebaliknya turut menerima rungutan dalam kalangan ibu bapa yang lain.

Tuan-tuan dan Puan-puan, tengok la sendiri. KBAT tak soalan Matematik anak-anak Tahun 1?

Cuba tengok gambar akhir:

? + ? = 71
? + ? = 90.

TANGKAP layar contoh soalan Matematik tahun satu

“Inilah yang saya risaukan,” kata Norlizah dalam status yang dimuat naik.

Fatimah Idris pula berkata, “Kenapa ada bulat2 tu kak? Campur jela mcm pengiraan biasa. Why complicate matters?”

Norfarizah Bakar  juga membalas dalam komen, “bagi contoh guna nombor kecik-kecik dulu la cikgu, 10-20. Kasi can la.”

“Analoginya: enjin power gila dipasang pada kereta kancil lama..sekali tekan minyak, body kereta tertinggal kat belakang,” luah Saiful Haizan.

Eyrra Buqhairah memberitahu; “Ini yang saya mengamuk last year. Anak suruh explain. Mak tak reti. Lepastu menangis-nangis  tak boleh jawab. Rasa nak koyak je buku tuh.” -UTUSAN ONLINE

Selasa, 14 Disember 2021

Dakwaan muntah ikan paus:'Saya sudah uji ketulan ini, bila dibakar ia meleleh, berbau wangi'

 AIDA Zurina menunjukkan ketulan berupa muntah ikan paus yang ditemuinya. FOTO Rosli Ilham

AIDA Zurina menunjukkan ketulan berupa muntah ikan paus yang ditemuinya. FOTO Rosli Ilham

Chukai: "Kalau kena dengan harganya saya akan jual," kata Aida Zurina Long, 41, yang bersedia menjual ketulan yang dipercayai muntah ikan paus yang ditemuinya.

Aida berkata, setakat ini, dia tidak menerima sebarang panggilan daripada mana-mana pihak yang menyatakan minat membeli muntah ikan paus terbabit.

Saya bersama suami dan ayah sudah berbincang dan bersetuju untuk menjual 'barang' ini. Kalau ada yang berminat boleh datang berbincang.

"Saya sudah timbang muntah ikan paus ini. Beratnya melebihi lima kilogram dan kini muntah itu menjadi sedikit keras berbanding ketika saya menemuinya pada November lalu ,"katanya.

Katanya, dia dan suaminya sudah menguji dengan membakar ketulan itu dan ianya meleleh seperti lilin serta mengeluarkan bau yang wangi,

Kami membuat ujian itu sebagaimana yang saya lihat di Internet dan hasil ujian itu seakan sama sebagaimana muntah ikan paus yang asli.

"Jadi saya tak letak benda itu seratus peratus asli dan sekiranya ada pihak ingin membuat ujian di makmal bagi mengesahkan kesahihan benda ini saya bersedia untuk bekerjasama," katanya.

Aida berkata, setakat ini dia dimaklumkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menawarkan kepakaran untuk mengesahkan ketulenan muntah ikan paus terbabit.

"Setakat ini saya tidak mendapat panggilan daripada UMT dan saya sedia memberi kerjasama," katanya.

Pada Januari lalu, seorang nelayan di Thailand, Chalermchai Mahapan, 20, menemui ketulan lilin yang dipercayai muntah ikan paus dan berjaya menjual dengan harga bernilai 210,000 paun (RM1.16 juta).

Penemuan muntah ikan paus sebelum itu turut ditemui nelayan di Bengkelulu, Indonesia pada 2017, sekali gus menjadi jutawan segera dengan berjaya menjual muntah terbabit seberat 150 kilogram dengan harga 22 juta rupiah sekilogram membolehkan dia memperoleh 3.3 bilion rupiah (RM927,000).

Muntah ikan paus digunakan dalam pengeluaran kosmetik dan pewangi agar bau wangian itu kekal lama menyebabkan harganya mahal dan sesetengah saintis menggelar ia emas terapung.

Pada 2016, nelayan Oman menjual 80 kilogram muntah paus ditemuinya dengan harga AS$2.5 juta (RM10.4 juta ) dan pada 2013, seorang lelaki di Britain menemui ketulan 2.7 kilogram muntah paus di pantai Lancashire yang dianggar bernilai £100,000 (RM549,623).

-myMetro