"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Selasa, 12 Oktober 2021

Pandora Papers: Zahid Harap Anwar Tak Buruk Sangka

 

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan wang pelaburan di China, yang dikaitkan dengan akaun pesisir di British Virgin Island (BVI), seperti didedahkan dalam Pandora Papers, telah dibawa pulang ke tanah air.

Malah, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, pinjaman yang dibuat untuk pelaburan itu juga telah dibayar kepada institut kewangan yang terbabit.

"Namun, syarikat telah ditutup kerana kita telah memperolehi semula pelaburan yang dibuat di China, dan dividen telah diberikan kepada pemegang saham," katanya di Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020 oleh Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian).

Pandora Papers adalah dokumen yang dibocorkan daripada 14 penyedia perkhidmatan yang membantu individu menubuhkan entiti luar pesisir.

Menurut pendedahan itu, dua individu daripada Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir dan terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari Malaysia.

Ia termasuk Ahmad Zahid yang didakwa bertindak sebagai ejen firma bernama BVI.

Breedon ditubuhkan pada September 1996 dengan Ahmad Zahid sebagai pengarah, sebelum namanya ditukar kepada Rising Resources (BVI) Ltd pada November tahun itu.

Mengulas lanjut, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sekali lagi menegaskan bahawa ketika itu, beliau masih belum terlibat dalam arena politik, dan bukan bergelar Ahli Parlimen.

"Sila rujuk handsard (Penyata Rasmi) saya, dan saya harap Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dan rakan-rakan, jangan ada buruk sangka terhadap saya.

"Ini kerana, saya tidak melarikan cukai, malah wang itu dibawa ke tanah air dan cukai dikenakan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), jika ada ketika itu," ujarnya lagi.

Sementara itu, menjawab pertanyaan Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru) mengenai berapa lama Ahmad Zahid akan berada di Jerman untuk rawatan masalah slip disc, beliau berkata, mahkamah membenarkan untuk beliau mendapatkan semula pasport dari 26 Oktober hingga 21 November ini.

"Maka ketika pengundian bajet (Belanjawan 2022), saya minta maaf, saya tak dapat bersama tetapi yakinlah jiwa saya terus menyokong bajet yang akan dibentangkan," katanya ~ AstroAwani

NGO Melayu desak k'jaan siasat individu dalam Kertas Pandora


Majlis Perundingan Melayu (MPM) mendesak kerajaan menyiasat kemungkinan salah laku di kalangan mereka yang dinamakan dalam Kertas Pandora termasuklah golongan menteri yang memiliki akaun luar pesisir.

Pengerusi Biro politik MPM, Shahbudin Embun berkata, penubuhan Jawatankuasa Khas Siasatan dan Suruhanjaya Diraja (RCI) perlu disegerakan bagi menyiasat pendedahan berkenaan.

"Pihak berkuasa without fear or favour hendaklah menyiasat perbuatan salah laku undang undang negara yang serius ke atas sesiapa saja yang terlibat waima mereka adalah menteri, bekas menteri, VVIP serta sesiapa saja yang telah dinamakan dalam Pandora Papers tersebut.

"Sekiranya berlaku kesalahan maka pendakwaan hendaklah dilakukan secara adil dan mengikut undang undang negara kita," kata Shabudin dalam satu kenyataan hari ini.

MPM mengulas usaha Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan ahli-ahli parlimen lain agar isu itu dibahaskan di parlimen.

Bagaimanapun permintaan Anwar agar isu itu dibahaskan ditolak berulangkali oleh Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun.

Anwar hari ini turut menempelak pemimpin Umno, Bersatu dan PAS yang menonjolkan diri mereka sebagai "jaguh Melayu dan Islam" namun mendiamkan diri mengenai pendedahan berkenaan.

Kertas Pandora merupakan dokumen yang dibocorkan daripada 14 penyedia perkhidmatan yang membantu individu menubuhkan entiti luar pesisir, kebanyakannya berada di syurga cukai (tax haven).

Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa yang berpusat di Washington DC memperoleh dokumen tersebut yang kemudian memberikan akses kepada rakan kongsinya di seluruh dunia, termasuk Malaysiakini.

Malaysiakini telah menamakan segelintir rakyat Malaysia dalam Kertas Pandora itu termasuk bekas menteri kewangan dan tokoh korporat Daim Zainuddin, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. 

Bagaimanapun kesemua mereka menafikan melanggar undang-undang dan mengatakan semua cukai yang perlu dibayar telah dibayar.

Meskipun memiliki akaun luar pesisir tidak menyalahi undang-undang, ia mungkin mengakibatkan kehilangan pendapatan kepada kerajaan.

Kebocoran serupa pada masa lalu melalui Kertas Panama dan Paradise Papers menyebabkan pengawasan yang lebih ketat terhadap isu syurga cukai.

-MalaysiaKini

Wujud kesalahan lain membabitkan tiga pegawai SPRM


PETALING JAYA : Kertas siasatan membabitkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kehilangan wang AS$6.94 juta dikembalikan semula kepada suruhanjaya itu untuk tindakan lanjut.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan memberitahu, perkara itu susulan  mendapati ada kesalahan lain yang memerlukan siasatan lanjut.

“Jabatan Peguam Negara mendapati wujud kesalahan-kesalahan lain yang memerlukan siasatan lanjut dilakukan oleh agensi penguatkuasaan yang berkaitan.

“Justeru, kertas siasatan telah dikembalikan untuk tindakan lanjut,” kata satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan sama juga menjelaskan, jabatan berkenaan menerima laporan mengenai siasatan itu pada 28 September lalu.

Pada 29 September, media melaporkan Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara sudah menerima kertas siasatan berhubung kes itu daripada SPRM.

 Terdahulu, SPRM mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan pada 20 September lalu. -UTUSAN ONLINE

SELAMATKAH KITA DI NEGARA SENDIRI.? PERBUALAN PM PUN DIRAKAM.

 


Sejak semalam telah berlegar di media sosial satu rakaman audio yang didakwa antara bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron dengan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Perbualan yang dirakam itu berkisar mengenai pergolakan politik Melaka selepas Idris dan tiga lagi Adun menarik sokongan menjatuhkan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali minggu lalu.

Bagi yang biasa mendengar suara Idris dan Ismail, baik secara perbualan biasa atau melalui televisyen, pasti tidak sukar mengenalpasti bahawa audio itu adalah melibatkan kedua-dua mereka.

Meskipun Idris telah menafikannya, tetapi secara umumnya tindakan beliau itu tidak mengurangkan keyakinan ramai terhadap keaslian suaranya.

Penafian Idris itu dilihat hanya satu perkara biasa dalam permainan orang politik ketika berdepan media.


Malah, banyak penafian-penafian sebelum ini akhirnya berakhir dengan kebenaran.

Begitu pun, Ismail Sabri masih belum membuat apa-apa penafian berhubung rakaman audio tersebut.

Rakaman audio berkenaan boleh didengar di sini –

 https://www.facebook.com/100057723877508/posts/304481344819326/

Apa yang nyata, butir perbualan dalam rakaman itu boleh menimbulkan pelbagai tafsiran serta implikasi, baik kepada Ismail Sabri, Idris, Sulaiman yang mengetuai kerajaan negeri, Ab Rauf Jusoh, Speaker Melaka dan masa depan UMNO menghadapi PRN akan datang.

Namun, yang terpenting sekali dengan bocornya rakaman audio melibatkan Perdana Menteri itu, sekurang-kurangnya dua perkara menjadi tanda tanya kita semua.

Pertama, siapakah yang melakukan intipan dan membocorkan rakaman itu?

Kedua, dengan perbualan Perdana Menteri sendiri boleh diintip, dirakam dan disebarkan, apakah tahap keselamatan sebenar negara kita ini?

Bayangkan belum pun sampai dua bulan Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, sudah ada yang berani mengintip, merakam dan menyebarkan perbualannya?

Bagaimana dengan banyak perbualan telefon beliau yang lain, adakah ia juga terdedah kepada intipan dan rakaman dan mungkin terdedah kepada umum?

Kenapa talian telefon Perdana Menteri tidak dilengkapi dengan kawalan atau ciri-ciri keselamatan yang sewajarnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai ketua kerajaan?

Kalau perbualan Perdana Menteri begitu mudah diintip dan dirakam, bagaimana dengan perbualan kita sebagai rakyat biasa?

Selamatkah kita dalam berkomunikasi dengan sesiapa? – ShahbudinHusin 12/10/2021.

-wrlr

“Saya Hari-Hari Berdoa Dapat Sertai Sepahtu,” – Mahu Tambat Hati Jep, Misi Man Raja Lawak Di MLM 2021

 


Pelawak, Man Pos mendedahkan dia mempunyai misi serampang dua mata di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021.

Menurut Man atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Kasim, selain untuk melakukan persembahan yang konsisten pada setiap minggu, dia juga sebenarnya ingin menggunakan kesempatan tersebut untuk menambat hati pelawak, Jep agar memilihnya untuk menyertai kumpulan lawak popular, Sepahtu.


“Selepas kami keluar daripada Raja Lawak 5, kami sering kali dapat jemputan show yang sama. Bila saya pernah bergabung dengan Tauke, kumpulan Puteh dan J-Born, jadi Rahim kata kenapa kita buat tak group bersama. Sedangkan kita dah lama berkawan.

“Saya juga rasa ini peluang saya dan Rahim. Tambah pula sekarang ni Sepahtu sedang mencari lagi seorang ahli. Jadi, inilah masanya untuk jual diri saya.

“Kalau saya boleh serasi dengan Rahim, harapnya saya juga boleh dapatkan sikit perhatian daripada Jep,” katanya kepada MH.

Bekas juara program Maharaja Lawak musim ke-5 itu berkata sedemikian dalam satu temu ramahnya bersama MH baru-baru ini.


Ketika ditanya seberapa besar pengharapan yang diletakkan untuk menyertai kumpulan Sepahtu, ini reaksi jujur yang berikan oleh Man;

“Saya hari-hari berdoa supaya dapat sertai Sepahtu. Ini pengakuan jujur saya. Ini memang cita-cita saya dan kalau boleh, saya berharap agar peminat berikan peluang kepada saya.

“Beberapa minggu sebelum ini, mereka ada menawarkan saya untuk menyertai program mereka secara mingguan sebagai artis jemputan, tetapi jadual saya pula bertindih dengan program dan pengambaran lain,” kongsinya lagi.


Dalam pada itu, Man turut berharap agar peminat Sepahtu dapat memberikannya ruangan untuk merialisasikan impiannya itu.

“Bagi saya, ini semua rezeki. Kalau ada diberikan peluang, memang saya nak sangat sertai mereka. Sebab Sepahtu Reunion ini merupakan sebuah program yang panjang. Ia boleh mengasah bakat saya.

“Setiap minggu itu, pasti ada pelbagai watak yang boleh saya mainkan. Saya memang suka untuk memcuba pelbagai karekter. Saya suka cabar diri saya kerana saya ingin menjadi pelawak yang versatile.

“Bagi saya semua orang mengharapkan begitu juga. Apa-apa rezeki pun saya terima sahaja asalkan kita buat yang terbaik,” akhirinya.


Terdahulu, Man dan Rahim bakal bergabung menerusi kumpulan R&R di pentas MLM 2021.

Sebanyak 11 kumpulan baru akan bersaing bagi merebut hadiah utama berjumlah RM500,000.

-Media Hiburan

Isnin, 11 Oktober 2021

Tugas digugurkan:Takkan ikat jamin pelakon, pengarah, penolong pengarah positif dadah!

 SYAFIQA Zamri.

SYAFIQA Zamri.

Kuala Lumpur: Penerbit Eksekutif Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd, Syafiqa Zamri mengakui terpaksa menggugurkan nama pengarah dan penolong pengarah telefilem terbitannya selepas disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, pagi semalam. 

Syafiqa berkata, pihak produksi berasa terkilan apabila pengarah dan penolong pengarah yang sepatutnya menghabiskan baki penggambaran sebanyak 20 peratus bagaimanapun didapati positif dadah.

Saya enggan mengulas lanjut berhubung tangkapan  pengarah, penolong pengarah, serta pelakon telefilem ini.

"Saya serahkan kes ini kepada pihak berkuasa. Kami juga tidak bercadang untuk ikat jamin mereka, sebaliknya kami mengambil keputusan untuk menggugurkan nama mereka dalam telefilem ini secara serta-merta.

"Pelakon yang terbabit dengan penyalahgunaan dadah ini juga tidak akan diambil berlakon selepas ini. Mujurlah babak lakonannya dalam telefilem ini sudah selesai," katanya.

Menurut Syafiqa, dua nama yang digugurkan akan digantikan dengan indvidu lain yang lebih layak mengalas tugas terbabit.

"Sepatutnya hari ini baki penggambaran di Kuala Kangsar sebanyak 20 peratus sudah selesai, tapi disebabkan kes ini penggambaran terpaksa dihentikan seketika.

"Buat masa ini, kami dalam proses mencari pengganti sebagai pengarah dan penolong pengarah bagi telefilem ini yang perlu menghabiskan baki penggambaran sebenar iaitu sebanyak 30 peratus saja lagi.

"Sekitar 20 peratus di Kuala Kangsar, manakala 10 peratus lagi di Kuala Lumpur," katanya.

Terdahulu seorang pelakon lelaki berusia 29 tahun ditahan bersama-sama seorang pengarah dan penolong pengarah kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, pagi semalam.

Pengarah dan penolong pengarah itu dikatakan berusia 49 dan 47 tahun.

Difahamkan serbuan dilakukan kira-kira jam 7.15 pagi oleh anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar serta dibantu anggota Balai Polis Kuala Kangsar.

Hasil saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati pelakon dan pengarah itu positif dadah jenis Tetra Hydrocannibol, manakala penolong pengarah pula didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

Difahamkan juga ketika serbuan dibuat, kesemua mereka berada di dalam bilik yang berasingan.

Ketiga-ketiga mereka disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

-myMetro

Lumba kereta secara profesional hanya guna kaki

 BARTEK Ortalowski. FOTO Youtube/Bartosz Ostałowski

BARTEK Ortalowski. FOTO Youtube/Bartosz Ostałowski

Warsaw: Meskipun kudung kedua-dua tangan, seorang peminat sukan permotoran dari Poland berjaya mengejar impiannya bergelar pemandu profesional dengan hanya menggunakan kaki.

Oddity Central melaporkan lebih mengagumkan apabila Bartek Ortalowski dapat bersaing dengan pemandu yang berkebolehan dalam pertandingan lumba kereta.

Bartek, kudung kedua tangannya, selepas terbabit dalam kemalangan motosikal pada 2006 iaitu ketika dia berusia 20 tahun.

Sejak itu, Bartek berdepan cabaran untuk belajar memandu kereta di litar lumba, tetapi pemuda berkenaan dapat memberanikan diri untuk terus maju ke hadapan.

Kesungguhannya membuahkan hasil apabila dapat menguasai pemanduan kereta lumba menggunakan kaki dalam tempoh tiga tahun.

Kini, Bartek adalah satu-satunya pemandu sukan profesional di dunia yang memandu menggunakan kaki.

Bagi mengatasi keterbatasan fizikalnya, Bartek mengubah suai kereta Nissan Skyline GT-R sesuai dengan keperluannya selain menambah enjin baharu, kotak gear bebas dan transmisi yang lebih kuat.

Pemandu yang bercita-cita tinggi itu menggunakan kaki kanannya untuk mengawal pedal dan memandu dengan kaki kirinya.

"Selepas kemalangan, saya cuba mencari jalan keluar. Saya bertanya pada diri sendiri jika mahu berlumba lagi apa yang perlu saya lakukan?" katanya kepada Business Insider.

"Saya dengar ada kisah seseorang di Poland seperti saya, tidak memiliki anggota badan yang sempurna tetapi memandu kereta setiap hari tanpa masalah.

"Selepas bertemu dengannya, impian dan minat saya untuk sukan permotoran kembali 'hidup' serta ia mendorong membuat keputusan untuk kembali berlumba suatu hari nanti," katanya.

Selepas menempa nama di litar perlumbaan Poland, Bartek menyahut cabaran yang lebih besar.

Pada 2019, Bartek menduduki tempat kesembilan daripada 50 pemandu dalam Kejuaraan Drift Poland, salah satu siri kejuaraan paling kompetitif di seluruh Eropah

Setahun sebelumnya, dia memenangi siri kejohanan perlumbaan antarabangsa Czech mengalahkan puluhan pemandu profesional lain.

Bartek kini ibarat adiwira dan inspirasi bagi orang kurang upaya (OKU) di seluruh dunia.

"Sudah tentu saya galakkan OKU untuk terbabit dalam sukan permotoran.

"Ini adalah semangat yang indah dan bagi saya bentuk pemulihan yang hebat juga. Oleh itu, jadikan impian anda menjadi kenyataan, "katanya.


-myMetro

Wakil rakyat PAS puji Guan Eng berhubung bantuan sekolah tahfiz

 

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mendesak kerajaan segera membuat pengumuman bantuan sekali beri kepada sekolah tahfiz yang kebanyakannya sudah gulung tikar. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen PAS memuji bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng kerana tetap menyalurkan bantuan bernilai RM100 juta kepada sekolah tahfiz walaupun sering berbeza pendapat ketika era Pakatan Harapan (PH).

Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) membuat kenyataan itu selepas melihat banyak sekolah tahfiz yang menderita dan tidak mampu meneruskan operasi kerana tekanan kewangan akibat pandemik Covid-19.

Justeru, beliau mendesak kerajaan segera membuat pengumuman bantuan sekali beri kepada sekolah tahfiz yang kebanyakannya sudah gulung tikar.

“Kita tak pertikai bantuan kepada sekolah aliran Cina tetapi dalam masa sama berapa sumbangan kepada sekolah tahfiz?

Ahmad Fadhli Shaari.

Kalau dulu era Bagan (Lim Guan Eng), walaupun banyak perkara kita tidak setuju tapi beliau tetap berikan RM100 juta untuk sekolah tahfiz jadi kenapa tidak dalam era ini, pengumuman segera dibuat berapa ratus juta untuk pendidikan dan bantuan segera kepada sekolah tahfiz,” katanya di Dewan Rakyat.

Fadhli juga mendesak Putrajaya membatalkan kenaikan cabutan nombor ramalan sebanyak 22 kali setahun pada tahun ini, sambil menegaskan ia tidak memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat.

Beliau berkata, Putrajaya seharusnya tidak bertindak memaksa anggota kerajaan (wakil rakyat menyokong kerajaan) seperti PAS untuk membuat ugutan dalam kerajaan yang mempunyai majoriti kecil.

“Ia beri isyarat tidak baik, berapa banyak sangat wang yang dapat disalurkan kepada Kumpulan Wang Disatukan yang akhirnya mengundang ketidakberkatan dalam perbelanjaan negara.

“Saya harap jangan memaksa kita ahli kerajaan membuat ugutan dalam (kerajaan) majoriti yang kecil,” katanya.

Calon BEBAS Di PRN Melaka Akan Dibayar RM100,000?

MELAKA: Satu gerakan sedang dijalankan pihak tertentu untuk mencari individu profesional termasuk daripada ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertanding atas tiket calon Bebas menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiap calon itu dikatakan dijanjikan habuan sebanyak RM100,000 jika bersetuju bertanding dan diletakkan di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Gerakan itu yang sedang bergiat aktif itu sekadar menghubungi calon-calon yang telah dikenal pasti berpotensi dan ada pengaruh menerusi telefon bimbit.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad berkata, dia menerima panggilan telefon daripada nombor telefon bimbit tidak dikenali dua hari lalu.

Menurutnya, lelaki berkenaan bertanyakan sama ada berminat atau tidak untuk bertanding atas tiket calon Bebas pada PRN nanti.

“Saya terkejut sebab lelaki itu tahu serba-serbi butiran tentang diri saya, pekerjaan dan kerjaya sebelum ini. Pada mulanya saya terdiam seketika apabila dia meminta persetujuan saya untuk bertanding atas tiket Bebas.

“Lebih mengejutkan saya ditawarkan bayaran sebanyak RM100,000 jika bersetuju. Saya cakap dengan dia secara berseloroh, bayaran RM100,000 sangat rendah. Kalau jadi calon, saya terpaksa berhenti kerja dan jika sekiranya kalah macam mana saya nak cari rezeki,” ujarnya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, lelaki berkenaan memberitahu jika bersetuju, dia diletakkan bertanding di DUN Ayer Keroh.
“Saya tidak memberikan sebarang jawapan sehingga hari ini,” katanya lagi.

Jelas Ahmad, gerakan mencari calon Bebas itu nampak seperti ingin pecah undi memandangkan dia tinggal di Lorong Pandan tetapi disuruh bertanding di Ayer Keroh.

Secara logik tambahnya, jika bertanding untuk menang, sudah pasti dia akan diletakkan bertanding di kawasan yang berdekatan tempat tinggalnya dan masyarakat sekeliling mengenalinya.

“Ini tidak, duduk di tempat lain disuruhnya bertanding di kawasan lain. Nampak sangat gerakan ini sekadar nak pecah undi semata-mata,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Analisis: Bagaimana Anda Mahu Menjelaskan Gol Kontroversi Mbappe Yang Tumbangkan Sepanyol?


Bagaimana anda mahu menjelaskan gol kontroversi Kylian Mbappe untuk Perancis yang menjadi gol kemenangan untuk menewaskan Sepanyol di perlawanan akhir UEFA Nations League (UNL) pada awal pagi tadi?

Perancis bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Sepanyol 2-1 di perlawanan akhir UNL melalui gol lewat Kylian Mbappe. Gol tersebut terhasil selepas satu hantaran oleh Theo Hernandez pada ketika penyerang Paris Saing-Germain (PSG) itu berada di posisi offside.

Penjelasan pengadil perlawanan

Gol tersebut bagaimanapun dibenarkan oleh pengadil kerana Eric Garcia ‘memainkan’ bola tersebut terlebih dahulu sebelum ianya tiba kepada Mbappe.

Ketika bola dihantar ke Mbappe yang sudah berada di dalam keadaan ofsaid, Garcia juga jelas tersentuh bola dan pengadil perlawanan dari England, Anthony Taylor mengklasifikasikan sentuhan tersebut sebagai sentuhan terakhir (yang dimainkan) sebelum hantaran tiba kepada Mbappe.

Itu adalah penjelasan pengadil perlawanan kepada pemain Sepanyol yang tidak berpuas hati sebagaimana yang didedahkan oleh Sergio Busquets selepas perlawanan.

 “Mbappe sudah ofsaid. Tetapi pengadil berkata Eric memainkan bola dan itu bermakna ia satu lagi fasa permainan [hantaran],” kata Busquets kepada wartawan ketika ditanya mengenai gol kontroversi tersebut.

“Ia tidak masuk akan langsung. Beliau [Garcia] cuba untuk menghalang hantaran kerana Mbappe berada di situ, dan berpendapat Mbappe berada di dalam keadaan tidak offside. Garcia hanya melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pemain pertahanan.”

Di dalam situasi di atas, Garcia adalah pemain pertahanan terakhir yang cuba mengekang Mbappe.

Pandangan pakar

Pakar bidang kepengadilan di Sepanyol, Alfonso Perez Burrull turut tidak memahami keputusan oleh Anthony Taylor membenarkan jaringan Mbappe.

Malah Perez turut mempersoalkan mengapa UEFA tidak berani menunjukkan ulang tayang rakaman gerakan gol tersebut dengan garisan ofsaid dilukis seperti kebiasaan yang kita saksikan di dalam perlawanan-perlawanan antarabangsa yang lain.

Ia bagi membuktikan bahawa Mbappe berada di hadapan pemain pertahanan terakhir ketika hantaran oleh Theo Hernandez dilakukan.

“Lebih menakjubkan mereka tidak berusaha untuk meletakkan garisan kerana ia jelas [Mbappe] berada di posisi ofsaid,” kata bekas pengadil itu kepada stesen Radio MARCA.

“Mbappe terlibat dengan permainan [gerakan] dan beliau offisde. Ia adalah satu kenyataan walaupun bola tersentuh salah seorang pemain dari Sepanyol.

Kami pasti gol tersebut akan menghasilkan banyak pendapat

Apa Kata IFAB?

Sebab utama jaringan Mbappe kali ini dianggap kontroversi ialah kerana kedudukan Eric Garcia yang merupakan pemain pertahanan terakhir yang cuba menghalang pemain itu.

Daripada video yang dikongsikan, jelas sekali sentuhan daripada Eric Garcia itu bukan disengajakan dan dilakukan kerana mahu menghalang bola jatuh ke kawalan Mbappe. Apa kata Buku ‘Laws of the Game 21/22’ mengenai situasi ini?

Perkara pertama yang nyata sekali ialah Mbappe sememangnya berada di dalam kedudukan ofsaid. Peraturan yang dikeluarkan oleh IFAB jelas mengatakan: Seseorang pemain berada di posisi ofsaid jika mana-mana bahagian kepala, badan atau kaki berada di bahagian pihak lawan dan mana-mana bahagia kepala, badan, atau kaki lebih hampr dengan garisan gol pihak lawan adaripada kedua-dua bola dan pemain lawan kedua terakhir.

Bagaimanapun seseorang pemain tidak akan dipersalahkan hanya kerana berada di posisi ofsaid semata-mata sehinggalah kedudukan tersebut mampu mempengaruhi perlawanan, seperti menghasilkan gol. Kita lihat perkara seterusnya mengenai ofsaid oleh IFAB yang berkisar kepada situasi gol kemenangan oleh Mbappe.

 

Ada tiga perkara yang boleh menyebabkan pemain yang berada di dalam kedudukan ofsaid itu bersalah .

Pertama, pemain yang berada di posisi ofsaid akan dianggap bersalah apabila mendapat keuntungan dengan memainkan bola atau mengganggu pihak lawan.

Situasi terebut turut digunapakai apabila bola melantun atau terbias dari tiang gol, palang gol, pegawai perlawanan atau pemain lawan. Di dalam perlawanan tersebut, bola jelas terbias dari kaki Garcia dan bukan sengaja dimainkan.

Perkara kedua pemain di posisi ofsaid, iaitu Mbappe jelas bukan menerima bola daripada pihak lawan yang berniat memainkan bola, termasuk sengaja memegang bola.

Situasi tersebut adalah tidak dianggap mendapat keuntungan, melainkan ianya tindakan sengaja selamatkan bola oleh mana-mana pemain lawan. Sekali lagi frasa ini memberi kelebihan kepada Garcia.

Rumusan

Pada pendapat kami gol tersebut tidak seharusnya dibenarkan. Apa pula pandangan anda?

Wajarkah ia dibenarkan? Kongsikan pendapat dan hujah anda melalui platform yang kami sediakan.

-semuanyabola.com