Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
ISMAIL Sabri ketika mengumumkan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu di Bangunan Perdana Putra. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Berikut adalah senarai penuh Jemaah Kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diumumkan, hari ini.
Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong
Menteri Kanan - Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussein Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz
Menteri Kewangan: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz Timbalan Menteri I: Mohd Shahar Abdullah Timbalan Menteri II: Tuan Yamani Hafez Musa
Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Haji Fadillah Yusof Timbalan Menteri: Datuk Arthur Joseph Kurup
Menteri Kanan - Menteri Pendidikan: Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin Timbalan Menteri I: Senator Datuk Dr Mah Hang Soon Timbalan Menteri II: Datuk Mohamad Alamin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi): Datuk Seri Mustapa Mohamed Timbalan Menteri : Eddin Syazlee Shith
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas): Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad Timbalan Menteri: Datuk Mastura Mohd Yazid
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang): Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar Timbalan Menteri: Datuk Wira Mas Ermieyati Samsuddin
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama): Senator Tuan Idris Ahmad Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Marzuk Shaary
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak): Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili Timbalan Menteri: Datuk Hanifah Hajar Taib
Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Dr Wee Ka Siong Timbalan Menteri: Datuk Henry Sum Agong
Menteri Alam Sekitar dan Air: Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Menteri: Datuk Dr Mansor Othman
Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Saravanan Murugan Timbalan Menteri: Datuk Awang Hashim
Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Shahidan Kassim Timbalan Menteri: Datuk Seri Jalaluddin Alias
Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rina Harun Timbalan Menteri: Datuk Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff
Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Dr Noraini Ahmad Timbalan Menteri: Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad
Menteri Tenaga dan Sumber Asli: Datuk Seri Takiyuddin Hassan Timbalan Menteri: Datuk Ali Anak Biju
Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Hamzah Zainuddin Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Ismail Haji Mohamed Said Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin
Menteri Kesihatan: Khairy Jamaluddin Abu Bakar Timbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang
Menteri Pertanian dan Industri Makanan: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah Timbalan Menteri II: Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh
Menteri Pembangunan Luar Bandar: Datuk Seri Mahdzir Khalid Timbalan Menteri I: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad Timbalan Menteri II: Datuk Hasbi Habibollah
Menteri Luar Negeri: Datuk Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri: Kamarudin Jaffar
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Datuk Alexander Nanta Linggi Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid
Menteri Komunikasi Dan Multimedia: Tan Sri Annuar Musa Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican Timbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Datuk Seri Dr Adham Baba Timbalan Menteri: Datuk Haji Amzad Mohamed @ Hashim
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Tan Sri Noh Omar Timbalan Menteri: Tuan Muslimin Yahaya
Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin Timbalan Menteri I: Datuk Seri Wee Jeck Seng Timbalan Menteri II: Willie Mongin
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan: Datuk Seri Nancy Shukri Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu
Menteri Perpaduan Negara: Datuk Halimah Mohamed Sadique Timbalan Menteri: Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal
Menteri Belia dan Sukan: Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu Timbalan Menteri: Senator Datuk Seri Ti Lian Ker
Seri Paduka Baginda berkenan menerima persembahan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu dari Ismail Sabri di Istana Abdulaziz di Kuantan, Pahang pada Khamis. - Foto Istana Negara
PUTRAJAYA - Teka-teki barisan kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal terjawab pada Jumaat.
Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat pada jam 11 pagi dan disiarkan secara langsung menerusi TV1 RTM.
Menurut Pejabat Perdana Menteri lagi, majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri pula dijadualkan berlangsung pada Isnin depan, jam 2.30 petang di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Ismail Sabri pada Khamis menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang bagi mempersembahkan senarai kabinetnya untuk diperkenankan.
Memetik kenyataan daripada Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah telah berkenan menerima persembahan senarai kabinet baharu daripada Perdana Menteri.
Sesi menghadap pada Khamis adalah yang kali kedua bagi Ismail Sabri selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia beliau sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada 21 Ogos lalu.
Ahli Parlimen Bera itu dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan selepas Muhyiddin melepaskan jawatan kerana hilang majoriti sokongan ahli Parlimen.
Masidi Manjun berkata seluruh daerah di Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang terus meningkat.
KOTA KINABALU: Seramai 31 bayi berusia di bawah satu tahun antara disahkan positif Covid-19 daripada keseluruhan 3,487 kes dilaporkan di Sabah semalam, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun.
Jurucakap khas Covid-19 Sabah itu berkata, 297 yang dilaporkan di Sabah semalam pula adalah kanak-kanak berusia antara satu tahun hingga lima tahun, dan 632 orang berusia antara enam hingga 17 tahun.
“Majoriti pesakit iaitu 2,240 kes adalah mereka dalam lingkungan umur 18 hingga 59 tahun dan selebihnya adalah warga emas berusia 60 tahun dan lebih,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata seluruh daerah di Sabah mencatatkan perubahan angka kes positif Covid-19 yang terus meningkat dan dengan jumlah catatan sebanyak 1,992 kes dikesan melalui saringan kontak rapat.
“Dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah digariskan sungguhpun pelbagai seruan dan saranan telah dilakukan oleh pihak kerajaan,” katanya.
Masidi berkata, terdapat satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini iaitu Kluster Hamparan 2 di Kinabatangan yang merupakan kluster tempat kerja yang berlaku di sebuah ladang sawit di Mukim Sukau melibatkan 21 kes kumulatif sehingga semalam.
“Kes indeks adalah pembantu klinik wanita di ladang tersebut berusia 24 tahun yang disahkan positif Covid-19 pada 18 Ogos setelah bergejala sejak 12 Ogos…daripada 77 kontak yang disaring terdapat 20 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut dijangkiti,” katanya.-FMT
Zul berlari-lari anak ke basteng[1] berdekatan jalan utama diikuti Khairul. Khairul cuma berbeza 1 tahun dengan abangnya. Jadi, mereka ke sekolah bersama-sama. Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Ladang (SMASZAL) adalah pilihan Ustaz Mad untuk anak-anaknya menyambung pengajian ke peringkat menengah. Umum mengetahui kehebatan para guru di situ, juga pelajarnya.
Bas Pokcik Ripin memecut laju meninggalkan basteng Kubang Kekura. Pokcik Ripin ramah orangnya. Kadangkala, Zul mengambil kesempatan berbual dengan Pokcik Ripin di dalam bas. Udara segar pagi di Kuala Terengganu amat menenangkan. Zul suka duduk di tepi tingkap sambil melihat pemandangan sepanjang jalan. Lain pula ceritanya apabila pulang nanti. Bas mini Pokcik Ripin lebih padat dengan para pelajar, re’muk,[2]berkuap dan sudah pasti busuk kohong![3]Ada harinya beliau terlewat sampai ke basteng. Maka, tidak ada pilihan lain kecuali bas Deraman. Sampai di sekolah, Guru Disiplin sudah menanti dengan pelbagai denda.
Nama Zul memang agak dikenali di SMASZAL sejak awal lagi. Sepak takraw, badminton, semuanya disapu habis. Di SMASZAL, atlet sukan adalah “selebriti” yang dihormati dan menjadi bualan orang puang[4]. Selain Zul, antara yang terkenal juga adalah Sabri dan Zainuddin yang merupakan pemain badminton sekolah, selain Jenal dan Ku Hasan, regu pingpong yang tiada tandingan. Kalau di padang bola sepak, tak ada yang berani mengaku tidak kenal Wan Shohor Bani Leman, keeper legenda SMASZAL.
“Weh, skoloh kite ade lawang takraw petang ning. Zul jadi tekong!”, jerit seorang pelajar kelas depan kepada saingnya di kelas belakang. 10 minit kemudian, sunyi kelas-kelas di SMASZAL. Semuanya turun ke gelanggang sepak takraw menyaksikan Zul dan pasukan sepak takraw SMASZAL beraksi. Bila Zul, Jabar, Sabri Chik mewakili sekolah, Mudir SMASZAL sudah boleh siap-siap duk ccacang di podium untuk mengambil piala. Pernah sekali tiga sekawan ini menjadi juara Bawah 18 tahun peringkat Sekolah-Sekolah Agama Negeri Terengganu ketika bertanding di Tapian Gelanggang, Gong Kapas. Saat sekolah-sekolah lain menghantar pelajar Tingkatan 4 dan 5, SMASZAL hanya menghantar budak yang masih mude jjetik[5]. Namun, itulah yang digeruni lawan.
Saya bersama Jabar. Sabri Chik tiada dalam gambar. Wakil SMASZAL yang digeruni lawan satu ketika dahulu dalam pertandingan sepak takraw peringkat Negeri Terengganu.
Di kelas pula, beliau sentiasa terkehadapan. Beliau menjadi rujukan saing-saing lain untuk subjek-subjek Bahasa Arab seperti Nahu, Saraf dan juga Matematik. Guru-guru SMASZA juga amat menyayangi beliau dan menjadikan beliau sebagai contoh kepada para pelajar lain. Selalunya, Zul akan bbadi dengan Ahmad Nazmi, Syamsuddin, Mazemi, Engku Ahmad Zaki dan beberapa lagi. Antara yang disegani juga seperti Zulkifli Embong, Abdul Manan, Khairuddin, Muzaruddin, Syamsul Bahri, Salahuddin, Rasyid, Hasbil, Arbab, Amli Embong. Kalau pelajar puang pula antaranya Faridah, Rugaya, Roslina dan Rozita. Zul juga aktif dalam pertandingan pidato dan kuiz agama.
“Ustaz Mad, ana napok anok enta Zul tu, boleh gi jauh. Sukang nombor satu. Belajor pung rajing. Dalang kelah, die main nombor se, due, tige je. Bijop budok tu. Molek hantor die belajor luar negare.”, Ustaz Wan Abdullah memberikan pandangan kepada Ustaz Mad. Ustaz Mad tersenyum dan memandang tepat kepada sahabat dan berkata, “Insya-Allah. Ana doa hok baik-baik untuk segheme anok-anok ana. Zul memang boleh gi jauh.”
Zul suka mengumpulkan duit belanja yang diberikan ayahnya setiap hari. Cukup bulan, beliau akan menaiki basikal untuk ke kedai buku. Habis buku-buku latihan SRP diborongnya di kedai-kedai buku sekitar Kuala Terengganu. Balik rumah, semua buku tersebut disusun penuh di rak bukunya. Subjek yang akan diajar tahun depan, tahun ini sudah selesai dihadamnya. Tak hairanlah beliau sentiasa menonjol di dalam kelas. Itulah kehidupannya sejak melangkah ke alam remaja.
“Mung nok gi mmane jangok-jangok ning?”, Khairul menegur Zul. Khairul memerhatikan abangnya atas, bawah beberapa kali. Terkebil-kebil. “Doh guane mung jadi gini malang-malang? Baju kemeje, seluor bell botteng[6], paka Tanco. Stepek bojeng nnekat atah kulit ppale. Pesengang Elvis Presley.” Zul pada malam itu cukup segak berpakaian kemas. Kemeja dimasukkan ke dalam seluar dan beberapa buah buku latihan SRP dikepit di celah ketiaknya.
“Aku nok study lah.”, jawab Zul ringkas, terus meninggalkan adiknya yang masih kehairanan. Lucu pun ada. Jadi pengong[7]Khairul dengan abangnya.
Mungkin Zul terkesan dengan peribadi dan adab Imam Malik dengan ilmu. Mengulangkaji pelajaran dengan berpakaian cantik dan kemas. Diriwayatkan jika ada yang datang untuk mempelajari hadis dan meriwayatkan Imam Malik, beliau akan masuk untuk berwuduk, memakai pakaian yang terbaik, berserban, menyikat janggutnya dan meletakkan minyak wangi. Wangian gaharu akan dibakar dan beliau duduk tetap sehinggalah majlis selesai.[8]
Beliau juga pernah membonceng ayahnya menaiki motosikal Honda Cub TA6149 untuk menemani ayahnya mengajar di sejik dan balasoh sekitar Marang, Seberang Marang dan Kuala Berang. Di sinilah bermula sejarahnya mengenali Tuan Guru Haji Abas, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Fatani, Tuan Guru Ustaz Latif Besut dan beberapa guru-guru pondok di sekitar Terengganu. Pada ketika ini, Zul mula bertatih mengenali kitab-kitab kuning seperti Aqidatun Najin, Penawar Bagi Hati, Hidayatus Salikin, Sairus Salikin, Bakuratul Amani, Matla’ul Badrain, Matan Ajurrumiah dan sebagainya. Lazimnya apabila Tuan-Tuan Guru ini berjumpa, mereka akan saling menyapa dalam Bahasa Arab. Inilah yang menambahkan keterujaan Zul untuk mendalami Bahasa Arab.
Sesekali, Ustaz Mad akan membawa Zul menunaikan solat Jumaat di Masjid Abidin, Kuala Terengganu yang juga dikenali dengan nama Sejik Putih, Zul cuba mengintai-intai di sebalik ratusan jemaah yang hadir untuk melihat batang tubuh Sahibus Samahah Dato’ Indera Guru Haji Wan Abdul Manan bin Wan Yaakob, Mufti Tereng ganu yang menjadi imam setiap kali Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu perkenan mencemar duli menunaikan solat di situ.
Beliau amat kagum dengan imej Mufti Terengganu yang terkenal dengan kealimannya ini. Memang mudah hendak mengenalinya di masjid kerana hanya beliau yang memakai mishlah seperti Imam Mekah. Dato’ Indera Guru Haji Wan Abdul Manan berketurunan Tok Syeikh Duyong (Tuan Guru Haji Wan Abdullah), antara ulama terkenal Terengganu.
Ada ketikanya, Ustaz Mad akan singgah ke pejabat Sahibus Samahah Mufti untuk merujuk beberapa persoalan keagamaan. Zul hanya mendengar walaupun tidak berapa memahami perbahasannya. Apa yang mengagumkan, setiap persoalan dijawab spontan dengan menyertakan rujukan kitab-kitab. Itulah antara peranan seorang Mufti, bukan hanya menjawab isu-isu tetapi menyediakan penyelesaian bagi sebarang isu yang timbul.[9]
“Perjuangang Islam tidok hanye terhenti di sejik dan balasoh. Bahkan, kite perlu terapkang fikrah Islam dalang keluarge, masyarakat, seterusnye negare kite yang dicintai ini. Inilah yang ditunjukkang oleh Junjungang Besor Nabi Muḥammad SAW.”. Zul terangguk-angguk sambil mencatat setiap butir patah perkataan yang disampaikan dalam kuliah Fiqh Harakah dari Sirah Nabawiyyah oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seorang ulama muda yang mula dikenali bukan saja di negeri Terengganu, bahkan di peringkat nasional dan antarabangsa.
Jika tidak ke mana-mana, Zul sejak Tingkatan 2 sesekali akan mengikuti pengajian kitab Akidah Muslimin, Tafsir dan Sirah di Masjid Rusila. Kalau terlewat, alamatnya duduklah nun jauh di luar masjid. Ribuan orang memenuhi Masjid Rusila untuk mengikuti kuliah yang disampaikan secara mingguan itu. Sepanjang 3 tahun bersekolah di SMASZAL, basikallah yang menjadi kenderaan utamanya ke sana sini bertalaqqi dan mengikuti ceramah-ceramah para asatizah di Terengganu.
Zul sempat menetap di asrama seketika. Di asrama, masa beliau banyak dihabiskan dengan membaca kitab. Katilnya sahaja sudah menjadi rak buku. Cuma ada ruang yang kecil, cukup-cukup tubuh badannya untuk merehatkan diri. Hari Jumaat juga adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar SMASZAL kerana Pok Leh dan isterinya yang menjaga Dewan Makan asrama akan menyediakan Nasi Minyak. Kadang-kadang, sampai boleh bergaduh jadinya bila ada pelajar yang bungkus nasi dan lauk dalam jabir[10]sehingga kehabisan sedangkan masih ramai yang belum makan.
*********************
“Zulkifli bin Mohamad. Mana??!!!”, Meliar mata Ustaz Yusuf, Mudir SMASZAL mencari Zul di perhimpunan pagi Ahad. Merah matanya bak biji saga dengan bibir menggeletar diketap tanda marah. Pagi itu hampir 1 jam semua pelajar SMASZAL mendengar leterannya tentang akhlak.
“Saye nok umumkang, Zulkifli bin Mohamad dibuang asrama!”. Kenyataan bak halilintar yang mengejutkan semua pelajar. Mana mungkin pelajar contoh yang juruh[10], beraluh[11], atlet harapan dan pelajar bijak, tiba-tiba dibuang asrama. Zulkifli yang berada dalam barisan ketika itu, cuma menunduk. Senyap tupah[12] para pelajar yang berbual-bual semasa leteran Ustaz Yusuf awal tadi. Semua pelajar memandang Zul. Ada yang tertanya-tanya, ada yang simpati.
[9] Kami semasa di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bersama para penyelidik pernah menterjemahkan kitab Ṣifat al-Muftī wa al-Mustaftī oleh Ibn Ḥamdān; sebuah kitab yang membahaskan tentang peranan dan persiapan seorang Mufti, begitu juga adab bagi peminta fatwa. Boleh didapatkan di http://pck.onpay.my/order/form/bukupck
PETALING JAYA: Kes positif Covid-19 hari ini meningkat kepada 24,599 kes berbanding 22,642 kes semalam.
Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 6,936 kes, diikuti dengan Sabah sebanyak 3,487 kes, Johor (2,785), Pulau Pinang (2,078), Sarawak (2,024), Kedah (1,538) dan Perak sebanyak 1,170 kes.
Kuala Lumpur pula mencatatkan tiga angka dengan 881 kes, Pahang (690), Terengganu (567), Negeri Sembilan (526) dan Melaka (515).
Hanya tiga kawasan mencatatkan kes di bawah paras dua angka iaitu Perlis dengan 67 kes, Putrajaya (20) dan Labuan (3). – UTUSAN ONLINE
Video Aming diulang siar oleh Ismail Sabri sehingga tular semula di Facebook pada Februari lalu.
KOTA KINABALU - Kanak-kanak yang pernah tular di media sosial menerusi videonya yang petah berkata-kata sambil memberi nasihat dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Tawau pada awal pagi Khamis.
Muhammad Aming Salleh Abdullah atau lebih dikenali sebagai Aming berusia lapan tahun meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi.
Perkara itu disahkan ibunya, Santi Sabri, 33, ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurut Santi, anaknya itu tiba-tiba mengadu mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia.
Katanya, sebelum ini anaknya itu berada dalam keadaan yang sihat dan aktif tanpa sebarang penyakit atau dijangkiti Covid-19.
"Tiada juga apa-apa, cuma dia makan mi segera saja kemudian sesak nafas. Saya sangka dia biasa-biasa saja, sebab anak saya tidak sakit.
"Sempat lagi dia angkat barang-barang saya, azan dan solat," katanya.
Perkhabaran duka kematian Aming turut tular di media sosial pada Khamis.
Al-Sultan Abdullah berkenan menerima persembahan senarai anggota kabinet baharu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis. - Foto FB Istana Negara
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima persembahan senarai anggota kabinet baharu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis
Perkara tersebut dimaklumkan menerusi kemaskini di Facebook Istana Negara sebentar tadi.
Pada pagi Khamis, Ismail Sabri tiba di Istana Abdulaziz kira-kira jam 10.53 pagi, sebelum diikuti Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sekitar jam 11.30 pagi.
Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, pada jam 1.38 petang Khamis.
Sesi menghadap Seri Paduka itu berlangsung kira-kira 3 jam.
SATUkeping gambar tafsiran pelbagai. Cara mata melihat dan hati berbisik, lalu kata-kata atau tulisan terbit dengan pelbagai nada. Pertama kali saya lihat gambar tersebut, saya rasa sebak dan apa yang terlintas di hati.
Mereka usaha solat berjemaah (mungkin awal waktu) dalam suasana kiri kanan hutan tebal memang tiada kawasan lapang, tiada tanah kosong melainkan pokok besar dan lalang hutan yang tinggi, mereka sedang menaiki bukit, bukan kawasan peranginan main air sungai dan air terjun.
Apa yang mereka lakukan agak berbahaya, merisikokan nyawa, sudah tentu kewajipan solat akan disegerakan agar lebih tenang dan bersedia. Saya percaya mereka bukan niat nak menunjuk, riak atau mencari publisiti. Mereka hanya ingin menunaikan kewajipan solat dalam apa jua keadaan.
* Kalau saya la, lagi takut solat dalam lalang tu, terbayang binatang berbisa dan lain-lain. Saya juga ada pengalaman solat atas batu, waktu camping dan program dalam hutan. Insya-Allah mereka dah memilih batu yang tak licin dan stabil. Mereka juga mungkin tiada masa nak tebas hutan bagi lapang untuk solat dll. Alhamdulillah mereka semua selamat sahaja.
Tuan puan, solatnya jelas sah, cukup syarat wajib solat, syarat sah solat dan rukun solat. Allahu Akbar, sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Aku (Rasulullah SAW) diberikan lima kemuliaan yang tidak diberikan kepada sesiapapun sebelum aku… (antaranya) dijadikan kepada aku bumi sebagai tempat sujud dan tanahnya untuk bersuci. Oleh itu, di mana sahaja seseorang itu mendapati waktu solat, maka hendaklah dia mendirikan solat. [HR al-Bukhari: (438)]
Maksudnya: Setiap jengkal di bumi ini merupakan masjid (tempat sujud untuk solat) kecuali di atas kuburan dan tandas. [HR al-Tirmidzi (236), Ibn Majah (737) dan Abu Daud (415)]
Saya rasa terkilan apabila ada pihak atau individu yang sinis dengan situasi solat atas batu ini hingga dituduh menunggang agama dan pelbagai sindiran tajam. Kenapa terus menerus menunggang politik, hingga dalam kerja kebajikan pun masih tidak boleh jadi asbab penyatuan ummah.
Saya sendiri dan kami NGO Sahabat Amal Care memang terlibat secara langsung dengan misi ini. SAC menyalurkan infaq orang ramai kepada projek waqaf paip ini. Kami menyaksikan perjalanan sukar mereka memakan masa yang berjam-jam berjalan kaki untuk sampai ke kawasan tepat di atas bukit.
Mengapa mereka perlu membahayakan diri untuk melakukan kerja-kerja pemasangan paip tersebut?
Berikutan tragedi kepala air yang berlaku dalam musibah banjir, beberapa perkampungan di sekitar kaki Gunung Jerai, telah terputus bekalan air berikutan paip utama pecah, jangka waktu baik pulih memang memakan masa, sedangkan mereka perlu mendapatkan bekalan air bukan hanya untuk keperluan harian, tapi untuk membersihkan lumpur tebal, jika tidak segera maka akan mengeras dan proses membersih berkali ganda sukar.
Keseluruhan sistem perpaipan bermula daripada takungan sehinggalah ke saluran paip telah rosak dan hanyut dibawa arus banjir. Dengan pantas dan cekap, para petugas disusun untuk membawa naik dan menarik paip PVC yang bersaiz 2 hingga 3 inci dan panjangnya 100 meter setiap satu gulungan ke sumber air bersih di puncak bukit.
Peringkat awal masih boleh melalui darat, satu masa mereka perlu melalui dan berada di dalam sungai. Bukan hanya pasang satu saluran paip atau untuk satu kampung, tapi untuk banyak kawasan.
Lebih mencabar lagi apabila cuaca di sini hujan lebat, jalan untuk menaiki bukit menjadi licin dan lecak. Ditambah dengan pokok-pokok dan batu-batu yang besar, perjalanan menjadi lebih sukar.
Mereka buat semua ini percuma, lillahita’ala, tanpa bayaran tanpa upah apa-apa. Siapa kenal mereka dengan nama apapun akan tahu siapakah tentera kebajikan ini. Unit Amal, Jabatan Amal atau Khidmat Malaysia.
Saya sendiri membesar dengan melihat bagaimana mereka memberi khidmat dengan hati dan iman. Sayap wanita mereka antaranya Ameerah, Briged Muslimat, Aalimat dan lain-lain.
Kerja kebajikan dalam misi ini bukan hanya dilakukan oleh umat Islam, kami juga jumpa NGO dan sukarelawan non-Muslim yang turun padang, kita boleh tolak tepi perbezaan agama dan bangsa, kenapa sesama umat Islam perlu begini.
Bila berlaku misi, kami sendiri suka bekerjasama dan mengutamakan pemimpin tempatan, kerana mereka terlebih dahulu yang sampai ke lokasi kejadian dan memulakan bantuan. Begitu juga dengan NGO lain, saling bekerjasama dan melengkapi. Ini bukan medan siapa lebih bagus, lebih cepat atau lebih banyak memberi. Nauzubillah, bimbang pahala yang dicari bertukar dosa dan saling membenci, ia sangatlah rugi.
Ya, saya terasa dengan isu ini. Mungkin kerana selama empat hari kami di sini kami melihat bagaimana mereka bekerja dan beramal. Solat jemaah jika dapat awal waktu memang menjadi keutamaan mereka.
Kami turun ke Kedah hari ke-3 selepas musibah banjir, dan sungguh kami kagum dengan para pemimpin tempatan, YB yang kami jumpa iaitu YB Ustaz Azam, YB Ustaz Sabri dan YB Ustaz Hanif, turun padang macam rakyat biasa tiada beza, tiada layanan istimewa. Mereka adalah YB kawasan banjir.
Sesampainya kami ke tempat kejadian, banyak bahagian dalam rumah yang sudah pulih, kami hanya perlu membantu mana-mana bahagian yang mereka tak mampu. Atas faktor keletihan dan kekurangan tenaga, terlalu banyak rumah, dan operasi banjir selut sangat jauh beza dengan banjir air sahaja.
Kami kagum dengan gerak kerja jentera mereka, daripada kalangan muslimin dan muslimat, daripada yang memasak, menyediakan dan menghantar makanan serta minuman untuk mangsa banjir setiap hari. Bahkan petugas yang membersih dan menyampaikan bantuan terdiri daripada kalangan anak muda hingga warga emas, malahan yang sudah mencecah usia 80 tahun ke atas pun ada.
Ada hikmah atas semua yang berlaku, mungkin dengan ini masyarakat lebih kenal siapa mereka.
Siapa Jabatan Amal Malaysia?
Jabatan Amal Malaysia sebelum ini pernah dikenali sebagai ‘Unit Amal’ dan telah ditubuhkan sejak 1991.
Di awal penubuhan jabatan ini, ia bukanlah suatu perkara yang mudah. Pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi, antaranya kekangan kewangan, tiada bantuan dan sokongan, tenaga kerja yang kurang dan bersilih ganti.
Namun, jabatan ini tetap terus melangkah dan semakin kukuh tahun demi tahun. Anggotanya tetap berintegriti dalam memberi dan membantu walau apa jua situasi. Bahkan mereka sentiasa ada untuk menghulurkan bantuan apabila rakyat Malaysia dan negara jiran memerlukan.
Saya kongsikan beberapa fungsi bahagian di bawah Jabatan Amal Malaysia:
1) Bahagian operasi
Terdiri daripada Kor Medik dan Penyelamat yang berfungsi sebagai penyelamat dan perubatan.
2) Bahagian latihan
Merancang latihan, pelaksanaan latihan, kejurulatihan dan penyelarasan pangkat.
3) Bahagian kebajikan
Merancang dan melaksanakan kerja-kerja dakwah, tarbiah dan kebajikan dengan bertujuan menyampaikan risalah dakwah menerusi kerja kebajikan. Di bawahnya terdapat Kor Tarbiah dan Dakwah serta Kor Kebajikan.
4) Bahagian pelapis
Bertanggungjawab bagi membentuk generasi muda yang beriman, beramal Islami dan bertakwa, dengan menguruskan Kadet Amal dan Briged Amal.
5) Bahagian staf
Sebagai sekretariat urus tadbir oleh Ketua Pegawai Tadbir dan Ketua Pegawai Kewangan.
Mereka bukan sahaja terlibat dalam misi banjir ini, bahkan pelbagai misi kebajikan lain yang turut dijayakan, antaranya:
1. Operasi pembersihan premis awam dan rumah penduduk akibat banjir di seluruh Malaysia.
2. Mengurus jenazah Covid-19.
3. Menyampaikan bantuan kemanusiaan di seluruh Malaysia dan luar negara.
4. Menyampaikan bantuan semasa bencana tsunami di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Aceh, Indonesia.
5. Menganjurkan program derma darah seperti program Amal Mega Blood Donation 2021 yang berjaya mengumpul sebanyak 5,135 penderma darah.
Dan pelbagai lagi yang tidak tertulis.
Subhanallah, Allahu akbar, jiwa mereka hidup dengan mewaqafkan diri dan tenaga untuk kebaikan ummah. Melakukan tugas tidak mengira waktu walau tanpa bayaran dan kadang kala tiada liputan media. Namun masing-masing tetap istiqomah memberikan yang terbaik. Benar, mereka juga antara hero yang jarang didendang.
Dalam menghulurkan bantuan dan misi kemanusiaan, tugas kita ialah untuk saling bekerjasama, bahu-membahu dan saling berganding kekuatan antara satu sama lain.
Alhamdulillah, dengan adanya waqaf paip ini, bekalan air bersih dapat dinikmati oleh penduduk setempat khususnya di kawasan kampung sekitar kaki Gunung Jerai.
Tanpa sumbangan tuan puan sekalian, waqaf ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga setiap air yang mengalir itu memberi manfaat dan pahala yang tidak putus juga buat semua penyumbang.
Semoga Allah menyatukan kita semua dalam jalan kebaikan.
Terima kasih kepada para penyumbang yang dermawan kerana sentiasa menyokong kerja kebajikan dan dakwah yang sedang diusahakan.
Semoga segala kebaikan kalian diganjarkan syurga Allah SWT.
Kami hanya jentera kecil yang turut sama membantu mewakili rakyat Malaysia.
جزاكم الله خيرا
ASMA’ BINTI HARUN DAN NGO SAC Pengasas & Penaung NGO Sahabat Amal Care – HARAKAHDAILY 26/8/2021
Jika kita gemar menonton video lagu-lagu parodi pasti mengetahui nama seorang lelaki yang menggunakan nama akaun @azmannaim44mantra yang kerap menyanyi lagu-lagu Melayu dengan lirik yang diubah mengikut isu semasa.
Paling diingati sudah tentu lagu-lagu berkisar tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ditonton jutaan pengguna media sosial sehingga mendapat perhatian pelbagai pihak.
Sultan Johor titah TMJ ‘cari’
Namun begitu, menerusi satu perkongsian Tunku Mahkota Johor (TMJ) di Instagramnya, baginda memaklumkan yang Sultan Johor menitahkan baginda untuk mencari pemilik akaun tersebut memandangkan cover lagu yang dibuat @azmannaim44mantra mendapat perhatian KDYMM Sultan Johor.
Terima pujian dari Sultan Johor & TMJ
TMJ turut memuji posting yang dibuat oleh @azmannaim44mantra dan memuat naik kembali salah satu video di Instagram baginda dengan kapsyen “First Class”.
Menjunjung kasih Tunku
Perkongsian tersebut turut telah disedari oleh @azmannaim44mantra atau nama sebenarnya Mohd Nur Azman Naim apabila dia memberi respon di media sosial posting TMJ ‘mencarinya’ atas titah Sultan Johor.
Keunikan suara dan kreativiti Azman ini sememangnya menjadi perhatian warganet sejak awal PKP dahulu kerana lirik yang disampaikan tepat dengan situasi yang berlaku ketika itu.
Sehingga hari ini, lelaki berkenaan masih lagi membuat parodi dan menjadi hiburan seluruh masyarakat Malaysia.