Selasa, 17 Oktober 2023

Kenapa Taufan al Aqsa ?

Masih ada yang mempersoalkan kenapa al Qassam memulakan serangan?

1- Penjajahan ke atas Palestin bermula seawal 1917 selepas deklarasi Belfour, Yahudi datang secara sistematik sehingga berlaku penjajahan berskala besar.

2- Dengan sokongan kuasa besar, UK, penjajahan dilengkapkan dengan penubuhan negara Israel pada 15 Mei 1948, sehingga majoriti rakyat Palestin menjadi pelarian di negara sendiri mahu pun di negara luar.

3- Pemusnahan Masjid al Aqsa bermula selepas Palestin dan 5 negara Arab tewas kepada Israel pada perang 6 hari, 5-10 Jun 1967 sehingga Masjid al Aqsa ditawan zionis Israel.

4- Masjid al Aqsa telah dibakar pada 21 Ogos 1969 sehingga sepertiganya hangus menjadi debu.

5- Mereka rakus memusnahkan al Aqsa & tekad untuk membina Solomon Temple yang diimpikan.

6- Normalisasi Israel bergerak pantas, ingin diterima segera sebagai rakan rasmi negara teluk dan serantau, bagi melengkapkan pelan Israel Raya.

Siapakah penjenayah sebenar selama ini?

https://t.me/zainurrashid

Related Posts:

  • Kenapa Taufan al Aqsa ?Masih ada yang mempersoalkan kenapa al Qassam memulakan serangan?1- Penjajahan ke atas Palestin bermula seawal 1917 selepas deklarasi Belfour, Yahudi datang secara sistematik sehingga berlaku penjajahan berskala besar.2- Deng… Read More
  • Intel support Israel....jom ubah kepada AMD Graduate UTMKL 2006 saya masuk kerja di INTEL Penang, PG2.Bidang kerja Circuit Marginality Validation merupakan bahagian yang kritikal untuk kaji performance rekabentuk CPU.Nak masuk sini ada 3 level clearance kena lepa… Read More

0 comments:

Catat Ulasan