Khamis, 16 Jun 2022

MCMC siasat pengasas produk, selebriti muat naik kandungan jelik

 Dari kiri, Cheta, Ifa, Vida dan Kak KM.

Dari kiri, Cheta, Ifa, Vida dan Kak KM.

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memandang serius tindakan beberapa pengasas produk kecantikan dan selebriti terkenal yang memuat naik kandungan yang boleh disifatkan sebagai sumbang dan jelik di laman aplikasi Instagram dan Tik Tok masing-masing.

MCMC berkata, susulan aduan yang diterima daripada orang ramai berhubung tindakan individu berkenaan, MCMC dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan pemeriksaan bagi tujuan siasatan terhadap ketiga-tiga individu terbabit di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, semalam.

Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu (1) tahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

"Sehubungan itu, orang ramai khususnya selebriti yang mempunyai pengaruh di dalam masyarakat seharusnya menunjukkan teladan yang baik dan peka untuk tidak memuat naik kandungan yang bertentangan dengan undang-undang," katanya dalam kenyataan hari ini.

-myMetro

Related Posts:

  • Datuk 80 tahun kahwini anak dara 18 tahun Tangkap layar menunjukkan pasangan pengantin itu mengenakan pakaian berwarna putih semasa acara akad nikah. - TikTok @muzaha.ibhJAKARTA – Seorang warga emas berusia 80 tahun melangsungkan perkahwinan dengan gadis berumu… Read More
  • Keindahan Semula Jadi Cakora Lake, NSW: Fenomena 'Tree of Life Keindahan Semula Jadi Cakora Lake, NSW: Fenomena 'Tree of LifeMasyaAllah, segala pujian kepada Allah yang mencipta dunia ini dan mengurniakan akal fikiran kepada manusia untuk memahami keindahan ciptaan-Nya.Selepas ribu… Read More
  • Sakit perut bongkar remaja OKU dirogol bapa GAMBAR hiasanDungun: Hancur hati seorang isteri selepas anak perempuannya yang berusia 13 tahun melahirkan seorang bayi dipercayai hasil perbuatan terkutuk suaminya dalam kejadian di daerah ini, semalam.-ADVERTISEMENT-A… Read More
  • "Ikan Barreleye: Kepala Lutsinar dan Mata Ajaib" "Ikan Barreleye: Kepala Lutsinar dan Mata Ajaib"MasyaAllah, betapa indahnya ciptaan Allah SWT! Ikan Barreleye, yang dikenali dengan nama saintifiknya Macropinna microstoma, adalah bukti jelas kebesaran-Nya dalam me… Read More
  • Keunikan Pulau Socotra,Yaman Socotra, Yaman, adalah pulau terbesar di dunia Arab, dan kepulauan itu termasuk tiga pulau kecil lain.Keluasan Socotra adalah 3,800 km² (enam kali luas Bahrain) dan didiami kira-kira 100,000 orang.Walaupun ia adalah pul… Read More

0 comments:

Catat Ulasan