"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Jumaat, 13 Disember 2024

Titah Addendum:Nasib Najib kini sedang mengundang perhatian dari semua pihak yang bersimpati terhadapnya.

 

Oleh: Zakariya Mohamad

Nasib Najib kini sedang mengundang perhatian dari semua pihak yang bersimpati terhadapnya.

Ezam menggesa polis menyiasat Anwar dan Jemaah Menteri atas dakwaan mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong awal tahun ini berhubung tahanan rumah untuk Najib Razak. 

IGP dilantik atas cadangan Anwar, namun Ezam berhak membuat saranan dan soalnya adakah tindakan akan diambil?

Fokus utama supaya Najib bebas dan kita menggesa Anwar menyahut saranan supaya Titah Adendum dilaksanakan.

Selepas "peram" Titah Adendum, kini sudah ada tanda-tanda titah itu semakin masak dan ranum.

Syabas Anwar dan tolong prihatin terhadap masalah yang menimpa Najib.

Namun Syabas juga kepada Ezam kerana tuduhan beliau memang benar kerana Anwar sengaja ingkar melaksanakan titah itu.

Titah Adendum telah menjadi kes polis.

Dokumen yang dikepilkan dalam laporan polis hari ini berkenaan titah Agong dengan cop mohor kerajaan, tetapi tidak dapat didedahkan kepada umum.

"Kesemua asas ini menjurus kepada keingkaran dan kegagalan pentadbiran kerajaan perdana menteri yang sengaja mengenepikan sebahagian daripada titah diraja atas kepentingan politik mereka," kata Ezam.

Dalam laporan yang difailkan di Balai Polis Dang Wangi, Ezam merujuk kepada Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa mutlak Agong memberi pengampunan dan pengurangan hukuman. 

Beliau turut menunjukkan sebahagian muka surat pertama dokumen perintah tersebut kepada media. 

Katanya, kegagalan melaksanakan titah tambahan itu merupakan jenayah dan melanggar sumpah jawatan Anwar dan jemaah menteri.

Awal tahun ini, Lembaga Pengampunan dipengerusikan Agong ketika itu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, mengumumkan hukuman penjara Najib dikurangkan kepada enam tahun, dan denda kepada RM50 juta, yang sekiranya dibayar akan membenarkan beliau keluar setahun lebih awal.

Bagaimanapun, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah mendakwa kerajaan menyembunyikan titah itu oleh Sultan Abdullah supaya Najib menjalankan baki hukuman penjara di rumah.

Semalam, Anwar dalam jawapan di Dewan Rakyat enggan mengesahkan atau menafikan kewujudan titah tambahan itu, sebaliknya berkata arahan itu tidak dapat dilaksanakan disebabkan pertukaran Yang di-Pertuan Agong.

Tempoh takhta Sultan Abdullah tamat pada 30 Januari lalu, dan diambil alih oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengampunan Najib telah dibawa ke perhatian Sultan Ibrahim selaku pengerusi Lembaga Pengampunan.

Ezam menyifatkan penjelasan di Parlimen itu helah "menutup jenayah" yang dilakukan Anwar dan jemaah menteri. 

Katanya Anwar tidak mahu melaksanakan titah tersebut atas kepentingan politik.

"Najib terpaksa membawa kes ke mahkamah hanya setelah beberapa bulan mereka menunggu dan tidak mendapat jawapan  daripada pihak kerajaan. Mengapa kerajaan membisu selama ini?

"Saya menggesa pihak polis membuka fail siasatan segera dan menyiasat perdana menteri yang pada hemat saya dengan jelas telah melanggar sumpah jawatan kepada Agong dan merupakan satu jenayah yang berat," katanya yang dipetik dari MalaysiaNow.

Apa significan hasil daripada laporan polis yang dibuat oleh Ezam? Kita tunggu perkembangan selanjutnya.

Anwar mempunyai kuasa seperti Mahathir yang menggadai Batu Puteh kepada Singapura.

Maksudnya, jika Anwar tersungkur selepas PRU16, barulah beliau tahu jika wujud RCI baru kerana ingkar titah Agong - Zakariya Mohamad.

Rabu, 11 Disember 2024

2 Disember, 1989. PERJANJIAN DAMAI HAADYAI.

 2 Disember, 1989. PERJANJIAN DAMAI HAADYAI.

Orang Melayu dan Malaysia ramai tak tahu apa ysng dipersetujui dengan komunis PKM. Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :

1.PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.

2.Parti Komunis Malaya dibubarkan

3.Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.

4.Chin Peng selaku wakil ahli PKM berikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

5.Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.

6.Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa 7.Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.

8.Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.

9.Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.

10.Proses kepulangan bekas-bekas anggota Komunis ke Malaysia adalah berdasarkan tawaran one-off di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaysia (PKM) yang ditandatangani pada 2 Disember 1989.

Di bawah perjanjian tersebut, mana-mana ahli PKM yang ingin kembali ke Malaysia perlu mematuhi beberapa syarat seperti :

1.Memaklumkan hasrat untuk kembali ke Malaysia kepada pihak berkuasa di dalam tempoh tidak lebih setahun dari tarikh perjanjian ditandatangani;

2.Mengemukakan butir-butir berkaitan dengan pemohon;

3.Menjalani proses temu duga serta dokumentasi

4.Kerajaan tidak memaksa mana-mana anggota komunis untuk pulang ke negara ini. 5.Mereka diberi kebebasan memilih sama ada untuk pulang atau terus tinggal di Selatan Thailand.

Dengan pilihan tersebut, ternyata tidak semua bekas anggota komunis menerima tawaran untuk pulang ke Malaysia, malah ramai yang memilih untuk terus tinggal di Selatan Thailand. 

Perjanjian damai dengan komunis ni  berbeza dengan syarat seperti Jepun menyerah kalah WW2. Damai diberi pilihan, menyerah kalah pula 'unconditional surrender' kena ikut cakap pihak yang menang. PKM pun rasanya tidak kemukakan senarai nama semua ahli mereka samada yang di dalam hutan berseragam atau yang berpakaian biasa dan hidup di dalam masyarakat. Kita harap 'pisang tidak berbuah dua kali'. Sentiasa beringat itu baik, pesan orang-orang tua. Pelanduk selalu lupakan jerat... kerana gula semut binasa. Do'akan agar Allah SWT pelihara negara kita yang tercinta dari anasir jahat dalam dan luar negara.

Sumber 

Selasa, 10 Disember 2024

IDEALISME KJ VS UMNO MASA KINI

 IDEALISME KJ VS UMNO MASA KINI

1. Kenyataan Ketua Pemuda Umno, Akmal Saleh bahawa dia adalah bukti 'menyertai Umno bukan menjadi Pak Turut' sebenarnya dilihat dengan penuh sinis oleh pemerhati politik dan rakyat. Setakat ini, Akmal telah gagal mempertahankan kes rayuan kalimah Allah, gagal menghalang pembatalan Enakmen Syariah, tunduk kepada pelbagai tekanan dalam isu stokin KK Mart,  terpaksa minta maaf kepada pemimpin Pan berkaitan isu lantikan politik dan dilihat terpaksa mengalah dalam kes Teresa Kok dan apabila tidak menonjol semasa kempen PRK DUN Mahkota.

2. Kenyataan KJ pula yang menyatakan 'syarat' tidak akan mengorbankan idealisme dan kononnya mempunyai impian melihat Umno menjadi lebih baik pula nampak janggal dan pelik, lebih-lebih pada ketika ini, iaitu pada ketika faktor kerosakan Umno masih ada dan kekal di dalam Umno, iaitu:

i. PERTAMANYA, Zahid Hamidi, seorang OKT dengan 47 pertuduhan prima facie kes rasuah salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah, yang dikaitkan dengan skandal kapal ghaib LCS, yang telah berbohong kepada Ahli-ahli Umno mengenai kerjasamanya dengan Anwar dan Dap, serta mengkhianati dasar Umno, No Anwar, No Dap dan mengkhianati undi pengundi-pengundi Umno dan BN.

ii. KEDUANYA, kerjasama Umno dengan Anwar Ibrahim, PM10 yang merupakan seorang bekas banduan jenayah bagi kes yang teruk dan memalukan, dan yang masih ada kes serangan seksual ke atas seorang lelaki, merupakan PM yang gagal dan memimpin pula sebuah kerajaan KETIMBANG yang gagal dengan Gred D, F dan negatif 10, dan 

iii. KETIGA, Umno juga tidak akan mampu meneruskan perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air selagi masih bekerjasama dengan parti Dap dan golongan liberal, sekular, evangelis dan pluralis dalam Pakatan Harapan. 

3. Adalah amat janggal apabila KJ yang menentang Zahid kerana isu integriti Zahid boleh pula tanpa perasaan malu dan serba salah menerima kembali Zahid yang diketahui mempunyai 47 pertuduhan prima facie kes rasuah tapi dilepaskan dengan DNAA, dikaitkan juga dengan skandal kapal ghaib LCS, yang diketahui sanggup bersumpah dengan nama Allah untuk menipu ahli Umno mengenai kerjasamanya dengan Anwar dan Dap, dan yang telah bersubahat membentuk kerajaan yang ada hari ini dengan cara penipuan, menipu YDPA dan menipu rakyat dan dengan mengkhianati undi pengundi Umno dan BN.

4. Juga amat sukar memahami bagaimana KJ tanpa perasaan malu dan serba salah boleh menerima dan mengangkat seorang bekas banduan penjenayah jenayah yang sangat teruk dan menjijikkan, dan yang masih ada kes serangan seksual ke atas seorang lelaki menjadi PM. PM ini pula bukan PM yang sehebat PM-PM sebelum ini, tetapi lebih dikenali kerana kegagalan menunaikan janji-janjinya, termasuk janji reformasi dan kegagalan mentadbir negara ini sehingga diberi gred yang teruk oleh banyak pihak.

5. Lebih-lebih lagi dalam keadaan Umno sekarang sudah bukan seperti Umno yang dahulu. Umno yang dahulu sudah tiada, yang ada hanya Umdap. Perjuangannya juga sudah berbeza, bukan lagi demi Islam dan ummah, Agama Bangsa dan Tanah Air. Sebaliknya perjuangan Umdap hari ni lebih kepada demi Zahid, demi tengkuk dan demi perut masing-masing, dan antara perjuangannya juga adalah untuk mensucikan Anwar, Dap dan Pakatan Harapan.

6. Adakah KJ sanggup menjadi seperti Lokman Adam, Puad Zarkashi dan pemimpin-pemimpin Umno yang lain? Dalam hal ini, nampaknya Shahril Hamdan lebih teguh dan konsisten pendiriannya berbanding KJ.

7. Pandangan saya, demi integriti dan maruah diri KJ, jangan terkait kerosakan Zahid dan Anwar, lupakan sahaja nostalgia silam. Bina jalan baru.

Source 


Isnin, 9 Disember 2024

17 Fakta Tentang Iran yang Mungkin Anda Tidak Tahu

 I R A N

17 Fakta Tentang Iran yang Mungkin Anda Tidak Tahu:

1. Iran merupakan rumah kepada salah satu bandar tertua di dunia yang masih didiami, Susa, yang berusia lebih dari 6,000 tahun.

2. Iran mencatatkan jumlah pembedahan hidung per kapita tertinggi di dunia, menjadikan pembedahan kosmetik amat biasa di sana.

3. Iran mempunyai salah satu agama monoteistik tertua di dunia, Zoroastrianisme, yang berusia lebih 3,500 tahun dan mempengaruhi perkembangan agama-agama utama lain.

4. Bandar Tabriz di Iran pernah menjadi ibu kota Mongol Ilkhanate pada abad ke-13 dan berfungsi sebagai hab utama di Jalan Sutera.

5. Iran adalah salah satu daripada beberapa negara di dunia yang masih menggunakan hukuman memotong tangan bagi jenayah tertentu.

6. Tehran, ibu negara Iran, adalah bandar kedua terbesar di Asia Barat selepas Istanbul.

7. Masakan Iran sangat pelbagai, dengan setiap wilayah mempunyai tradisi kulinari tersendiri, seperti masakan pedas dan aromatik dari Gilan di utara.

8. Iran mempunyai salah satu populasi harimau bintang Parsi terbesar di dunia, yang terancam dan kebanyakannya tinggal di Pergunungan Alborz dan Zagros.

9. Iran adalah rumah kepada salah satu universiti tertua di dunia, Universiti al-Qarawiyyin di Qom, yang diasaskan pada tahun 859 Masihi.

10. Walaupun beriklim padang pasir, Iran mempunyai lebih 7,000 spesies tumbuhan, banyak daripadanya endemik kepada wilayah tersebut.

11. Iran memiliki tradisi puisi yang kaya, dengan penyair seperti Hafez dan Rumi yang terkenal di seluruh dunia kerana puisi mereka yang mendalam dan puitis.

12. Bandar kuno Yazd di tengah Iran terkenal dengan menara anginnya yang unik, yang digunakan selama berabad-abad untuk memberikan pengudaraan semula jadi dalam bangunan.

13. Iran adalah salah satu daripada beberapa negara di dunia di mana bilangan wanita dalam pendidikan tinggi melebihi lelaki, dengan lebih ramai wanita mendaftar di universiti berbanding lelaki.

14. Tahun Baru tradisional Parsi, Nowruz, disambut pada ekuinoks musim bunga dan telah diraikan selama lebih 3,000 tahun.

15. Iran mempunyai bilangan pelajar wanita dalam bidang kejuruteraan dan sains pada peringkat sarjana muda tertinggi di dunia.

16. Bandar Isfahan di Iran pernah menjadi salah satu bandar terbesar di dunia dan berfungsi sebagai ibu kota Empayar Parsi semasa dinasti Safavid.

17. Iran adalah rumah kepada salah satu bazar tertua di dunia, Bazar Besar Tehran, yang berusia lebih 200 tahun dan merangkumi lebih 10 kilometer lorong berliku dan gerai pasar yang sibuk.

Source 

Ahad, 8 Disember 2024

BINA KEDAI ONLINE DENGAN MUDAH.

 

Platform
Utama Pilihan Usahawan

BINA KEDAI ONLINE DENGAN MUDAH.
Dilengkapi sistem pengambilan pesanan, pengurusan jualan & database, pembayaran online, integrasi sistem penghantaran serta 'POS System' yang anda perlukan untuk mencapai jualan 6-angka pertama anda!
" Semua dalam SATU platform sahaja. "

Penat reply mesej pelanggan?

Ya! bukan anda sahaja, ramai lagi usahawan mengalami masalah yang sama. Usahawan banyak menghabiskan masa untuk melayan pertanyaan. Sepatutnya 50% ke 80% waktu anda harus fokus pada bahagian pemasaran serta mencari lebih ramai prospek.

Jangan risau, ada kaedah automatik untuk memudahkan perniagaan anda. Anda hanya fokus untuk mencari prospek ke kedai online anda sahaja.

Bagaimana ia berfungsi?

Sistem automasi wasep.me menyediakan anda sebuah kedai online dengan fungsi yang lengkap untuk usahawan menjalankan perniagaan online tanpa perlu melabur ribuan ringgit serta dapat menjimatkan masa anda.

Ianya juga dilengkapi dengan 'POS System' untuk memudahkan anda menyimpan semua maklumat perniagaan anda tidak kira transaksi secara ONLINE mahupun di kedai anda secara OFFLINE.

DAFTAR SEKARANG 

Sabtu, 7 Disember 2024

Orang Yang Menghina Dengan Tidak Sengaja Telah Menaikkan Darjat Orang Yang Dihina. Itu Takdir Namanya.

 

Orang Yang Menghina Dengan Tidak Sengaja Telah Menaikkan Darjat Orang Dihina. Itu Takdir Namanya.
Gus Miftah, membuat hinaan secara terbuka terhadap seorang seorang penjual teh ais didalam satu ceramah di Magelang, wilayah Jawa Tengah pada 20 November lalu.

Kuala Lumpur, 6 Dec 2024, 12.00 tengahari – TULAR di media sosial dan disemua platform media mengenai cercaan oleh seorang pendakwah di Indonesia iaitu Miftah Maulana Habiburrahman atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah, telah membuat hinaan secara terbuka terhadap seorang penjual teh ais didalam satu ceramah di Magelang, wilayah Jawa Tengah pada 20 November lalu. Insiden tersebut telah mendatangkan kesedihan kepada semua yang menonton video yang dipaparkan itu. Tetapi yang apa menarik di dalam insiden ini adalah, Gus Miftah iaitu orang yang menghina dengan tidak sengaja telah menaikkan darjat orang yang dihina iaitu penjual ais bekenaan.

Selepas video itu disebarkan, Pak Sunhaji telah didatangi dan dilawati oleh ramai karyawan dan pempengaruh media sosial yang terkenal di Indonesia untuk menghulur bantuan dan menyelami lebih dalam mengenai kehidupan Pak Sunhaji. Berbagai barangan mewah dan wang telah diberikan kepadanya sebagai hadiah berkat kesabarannya di dalam berdepan dengan ujian penghinaan yang melampau. Apa yang menyedihkan lagi adalah, Pak Sunhaji juga merupakan seorang yang berstatus OKU serta yatim piatu. Namun, beliau dikenali sebagai seorang yang rajin dan kuat berusaha untuk menyara keluarga.

Insiden ini juga telah menarik perhatian Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyifatkan insiden ini sebagai sesuatu yang keterlalauan dan mengingatkan kepada golongan ilmuan di negara ini agar tidak berkelakuan seperti pendakwah tersebut yang menjadi hinaan sebagai satu bahan jenaka. Menurut Datuk Seri Anwar, beliau dan Kerajaan Perpaduan yang sedang dipimpinnya ini sentiasa berusaha untuk menaik taraf rakyat Malaysia yang miskin dan mahu rakyat semua hidup di dalam keselesaan. Oleh itu, beliau meminta kerjasama dari seluruh rakyat Malaysia agar memberi kepercayaan sepenuhnya kepada beliau dan kerajaan perpaduan untuk meneruskan misi dan visi mereka untuk mengubah nasib rakyat.

Beliau juga turut berpesan supaya golongan yang telah mengecapi kesenangan di dalam kehidupan turut membantu rakyat yang susah dan jangan memandang rendah atau menghina golongan tersebut. Beliau juga mahu insiden yang berlaku di negara jiran kita itu dijadikan pengajaran supaya lebih berahati-hati di dalam mengeluarkan kata-kata dan jangan menganggap diri kita sudah cukup ilmu maka kita dengan mudah menghina mereka yang tidak setaraf dengan kedudukan kita. Rakyat biasa adalah golongan yang sensitif dan mudah terguris jika dihina atau mendengar orang seperti mereka dihina. Suara orang biasa lebih didengari berbanding orang yang berkedudukan.

Siapa pun kita di dunia ini adalah makhluk Allah. Sama ada kita ini seorang pendakwah, seorang menteri atau seorang ulama, kita tidak berhak menghakimi orang lain. Jalankan peranan masing-masing di dalam kehidupan dan jauhi dari perbuatan yang boleh mengundang kecaman terhadap diri sendiri. Reputasi seseorang itu akan mudah tercalar seandainya silap mengatur langkah dan hanya mementingkan kemahuan sendiri.

#Prezcom

Khamis, 5 Disember 2024

KASIH SEORANG AYAH DAN ANAKNYA...

 KASIH SEORANG AYAH DAN ANAKNYA...

Beberapa hari lalu kelihatan   seorang sami Budha tiba di KLIA sambil menggendong beg kain. Dia bergegas ke Brickfields untuk menemui jasad ayahnya yang terbaring kaku.

Bukan rahsia lagi, dia adalah satu-satunya anak lelaki bilionair Tan Sri Ananda Krishnan.

Ajahn Siripanyo yang berkelulusan dari London School Of Economics (LSE) mengambil keputusan untuk menjadi seorang sami Budha dan memilih tinggal di kuil Budha dekat sempadan Thai-Myanmar  lebih 20 tahun lalu.

Siripanyo adalah hasil perkahwinan Ananda dengan Puan Sri Momwajarongse Suprinda Chakraban, seorang ahli kerabat Diraja Thailand.

Siripanyo ada tiga beradik, dua lagi adalah adik perempuan.

Semasa hidupnya, biarpun sesibuk mana Ananda menguruskan empayar perniagaannya, dia tetap akan mencuri masa untuk menemui anak kesayangannya itu biarpun sejauh mana anaknya itu berada.

Ananda mungkin kecewa kerana harapannya untuk melihat Siripanyo meneruskan empayar perniagaannya tidak menjadi kenyataan, namun kasih sayang di antara mereka berdua tidak pernah tergugat.

Satu-satu keluhan Ananda yang pernah menjadi 'headline' media suatu ketika dahulu adalah: "Saya mempunyai kekayaan tetapi anak sendiri pun saya tak mampu belikan makanan"

Ini kerana sebagai sami, anaknya itu hanya mahu menerima makanan sumbangan orang ramai sekaligus menolak SEMUA pemberian bapanya, dari makanan sehinggalah harta/wasiat yang bernilai berbilion ringgit itu!

Menariknya, walaupun masing-masing memilih 'haluan berbeza', kasih sayang antara anak dan bapa ini tetap utuh.

Beberapa tahun lalu Ananda pernah terbang ke Malaysia bilamana mengetahui anaknya itu singgah di sebuah kuil dekat Bukit Bendera, Pulau Pinang. Untuk rekod, Ananda tinggal di Switzerland.

Pertemuan dua beranak itu berjaya 'dihidu' oleh media dan berita mengenainya menghiasi dada-dada akhbar.

Itulah satu-satunya gambar  mereka dua beranak yang pernah dirakamkan lensa kamera. Ini kerana dari dulu Ananda seorang perahsia dan sangat low profile.

Dan semalam Siripayo dilihat bersalaman dengan orang ramai yang menziarahi mayat ayahanda yang sangat dikasihinya itu.

Silap haribulan, ketika saya menaip entry ini, dia mungkin sudah kembali ke kuil Dtao Dum Monastery, di sebuah kawasan terpencil dekat sempadan Thai-Myanmar yang juga 'istananya' sejak sekian lama.

Ini bukan cerita pasal kepercayaan, tetapi ini cerita kasih sayang seorang ayah dan anaknya.

Hanya kematian akhirnya memisahkan mereka...

- SYAHRIL A. KADIR

MALAYSIA BAKAL JADI TANAH CINA, BUKAN LAGI BUMI MELAYU

 NASIB MELAYU

MALAYSIA BAKAL JADI TANAH CINA, BUKAN LAGI BUMI MELAYU

1. Portal berita antarabangsa scmp.com melaporkan penghijrahan beramai-ramai orang China ke Malaysia: “Why Are Chinese Moving To Malaysia By The Thousands?’

2. Dilaporkan, melalui Skim MM2H (Malaysia My Second Home), beribu-ribu warga China ini diberi hak kerakyatan untuk tinggal di Malaysia.

3. Jadi, bagaimana perkara ini bakal menyisihkan orang Melayu di bumi Melayu sendiri?

4. Orang-orang China yang datang beramai-ramai ini bukanlah buruh atau golongan miskin. Mereka adalah kaya-raya yang dan rata-rata adalah professional.

5. Mereka ini akan tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan tidak perlu berasimilasi dengan orang Melayu kerana populasi Cina sememangnya sudah majoriti di bandar.

6. Jadi, orang-orang Cina ini bergabung untuk menguasai ekonomi dengan tambahan “kekayaan baru” yang dibawa “pendatang baru” ini dari China.

7. Untuk pengetahuan anda yang masih belum ‘bangun tidur’, China kini bukan lagi seperti China yang dahulu.

8. Revolusi industri China telah meningkatkan taraf ekonomi rakyatnya, melahirkan 800 juta golongan kelas pertengahan. Ramai dari 800 juta ini mencari kehidupan baru di luar negara.

9. Antara negara yang menjadi pilihan mereka adalah Malaysia, kerana populasi Cina yang tinggi di bandar dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina Malaysia.

10. Orang-orang ‘Cina Baru’ ini memang dikenali sebagai sombong dan tidak mahu bergaul dengan orang lain. Mereka memandang rendah kepada kaum Melayu kerana merasakan negara asal China adalah negara yang jauh lebih hebat.

11. Sasaran mereka ialah bila mereka menguasai ekonomi dan populasi bandar besar nanti, automatik mereka akan mengawal ekonomi dan pengaruh politik Malaysia.

12. Dari segi sosio-ekonomi pula, mereka ini hanya “preferred Chinese” dan hanya membuka peluang pekerjaan sesama mereka. Orang Melayu jangan haraplah untuk kerja berhijrah di bandar. Jika ada kerja pun, kerja bawahan sahaja.

13. Akhirnya, ini akan menyebabkan Melayu akan terus bergelut dengan kemiskinan di kampung, sambil hanya mampu melihat orang-orang Cina ‘baru’ dan ‘lama’ ini hidup mewah bergembira di Kuala Lumpur.

14. Sebab itulah orang Melayu kini perlu bersatu. Hentikan perbalahan sia-sia sesama sendiri.

.Source - https://m.scmp.com/week-asia/geopolitics/article/2080869/why-are-chinese-moving-malaysia-thousands

Credit 

Rabu, 4 Disember 2024

Darurat! Apa yang Terjadi di Korea Selatan?

 Darurat! Apa yang Terjadi di Korea Selatan?

Korea Selatan kini menjadi tumpuan dunia apabila isu cadangan pengisytiharan darurat atau undang-undang tentera (martial law) menimbulkan keresahan besar di seluruh negara. Dalam perkembangan terkini, parlimen Korea Selatan telah mengundi untuk menolak cadangan ini, dan undang-undang darurat tidak dilaksanakan. Walaupun keputusan tersebut membawa sedikit kelegaan, suasana politik negara masih tegang. Tuduhan demi tuduhan dilemparkan antara kerajaan dan pembangkang, menambahkan lagi ketidakstabilan yang dirasai oleh rakyat. Presiden Yoon Suk-yeol mendakwa bahawa pihak pembangkang cuba mencetuskan kekacauan politik, manakala pembangkang pula berhujah bahawa cadangan darurat ini adalah cubaan kerajaan untuk memusatkan kuasa. Di tengah-tengah konflik ini, ekonomi negara turut merasakan kesannya, dengan mata wang Won jatuh mendadak dan pasaran saham KOSPI kehilangan keyakinan daripada pelabur.

Peristiwa ini mengimbau kembali kenangan pahit sejarah Korea Selatan, apabila undang-undang darurat pernah digunakan dengan kejam terhadap rakyat. Salah satu peristiwa paling tragis adalah Pemberontakan Gwangju pada Mei 1980. Selepas rampasan kuasa oleh Chun Doo-hwan, kerajaan ketika itu menggunakan undang-undang darurat untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Rakyat di bandar Gwangju, terutama golongan pelajar dan pekerja, bangkit menuntut demokrasi. Mereka mengadakan protes aman, membawa sepanduk dan melaungkan slogan kebebasan. Namun, jawapan kerajaan adalah kekerasan. Tentera dihantar ke Gwangju dengan senjata berat. Apa yang berlaku selepas itu adalah pembunuhan beramai-ramai, dengan ribuan nyawa melayang. Ramai yang tidak bersalah—termasuk wanita dan kanak-kanak—menjadi mangsa. Tentera menggunakan kekuatan penuh untuk menghentikan protes, tetapi semangat rakyat tidak pernah padam. Pemberontakan ini akhirnya menjadi simbol perjuangan demokrasi di Korea Selatan.

Namun, Gwangju bukan satu-satunya contoh penyalahgunaan undang-undang darurat. Pada tahun 1961, selepas rampasan kuasa oleh Park Chung-hee, undang-undang ini digunakan untuk mematahkan sebarang bentuk penentangan. Ia memberikan kuasa mutlak kepada tentera untuk menahan dan mendakwa sesiapa sahaja tanpa proses perundangan yang adil. Tindakan ini menimbulkan ketakutan meluas dan memadamkan suara rakyat. Walaupun akhirnya Korea Selatan berjaya keluar daripada bayangan autoritarianisme pada akhir 1980-an, trauma akibat penyalahgunaan undang-undang darurat masih dirasai, terutamanya oleh generasi yang hidup melalui era tersebut.

Situasi semasa di Korea Selatan menimbulkan persoalan penting: adakah negara ini sedang mengulangi kesilapan lampau? Walaupun cadangan undang-undang darurat telah ditolak oleh parlimen, ketegangan politik tidak menunjukkan tanda-tanda reda. Presiden Yoon, yang dilihat sebagai pemimpin kontroversi, mendakwa bahawa pembangkang cuba menggugat kestabilan kerajaan. Namun, pihak pembangkang pula berhujah bahawa tindakan kerajaan sebenarnya lebih berbahaya, kerana ia berpotensi mencetuskan krisis demokrasi. Dalam suasana yang penuh ketidakpastian ini, rakyat Korea Selatan mula bimbang bahawa demokrasi yang mereka bina dengan susah payah sejak beberapa dekad lalu kini berada dalam bahaya.

Ekonomi negara turut menerima tamparan hebat. Nilai mata wang Won jatuh ke paras yang membimbangkan, sementara indeks KOSPI kehilangan keyakinan daripada pelabur. Kejatuhan ini mencerminkan ketakutan bahawa ketidakstabilan politik boleh membawa kesan buruk kepada keseluruhan sistem ekonomi Korea Selatan. Bagi sebuah negara yang menjadi nadi industri teknologi global, sebarang gangguan terhadap kestabilan politiknya boleh memberikan impak besar bukan sahaja kepada rakyat Korea Selatan, tetapi juga kepada dunia.

Namun, di sebalik semua ini, satu perkara tetap jelas: rakyat Korea Selatan tidak akan mudah melupakan sejarah mereka. Pemberontakan Gwangju adalah satu peringatan bahawa kuasa rakyat adalah lebih kuat daripada kekuatan senjata. Walaupun tentera mampu menumpaskan protes secara fizikal, mereka tidak dapat memadamkan semangat rakyat untuk memperjuangkan kebebasan dan keadilan. Peristiwa ini menjadi simbol keberanian yang terus dikenang hingga ke hari ini.

Sejarah menunjukkan bahawa undang-undang darurat sering kali membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Ia mungkin digunakan atas nama kestabilan, tetapi hakikatnya ia sering menjadi alat untuk menekan suara rakyat dan melindungi kepentingan politik pihak berkuasa. Bagi rakyat Korea Selatan, cadangan undang-undang darurat baru-baru ini bukan sekadar isu politik; ia adalah peringatan tentang luka lama yang masih belum sembuh sepenuhnya. Mereka tahu betapa berharganya demokrasi, kerana ia dibayar dengan darah, air mata, dan nyawa generasi sebelum mereka.

Krisis ini membawa Korea Selatan ke satu titik genting. Bagaimana kerajaan dan rakyatnya menangani situasi ini akan menentukan hala tuju masa depan negara. Jika ada satu pelajaran yang boleh diambil daripada sejarah, ia adalah bahawa demokrasi memerlukan usaha yang berterusan untuk dipertahankan. Martial law mungkin kelihatan seperti penyelesaian jangka pendek, tetapi ia sering membawa kepada masalah jangka panjang yang jauh lebih rumit. Rakyat Korea Selatan, yang telah melalui pelbagai cabaran dan ujian, kini dihadapkan dengan satu lagi persoalan besar: adakah mereka akan membiarkan sejarah berulang, atau adakah mereka akan bangkit mempertahankan hak dan kebebasan mereka sekali lagi?

P/s: Gambar sekadar hiasan. Takde kaitan dengan situasi semasa. 


---

Sumber 

Sabtu, 30 November 2024

Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur sekitar tahun 50an

 Tempat ini dikatakan sebagai 

Jalan Bukit Bintang, pada tahun 1950. Tanah bertukar-tukar tangan. Demi pembangunan.

Bila bila terlihat rumah-rumah di situ, tertanya-tanya ke mana penghuni itu pergi dan apa yang terjadi.

Semoga kita jadikan iktibar.

Sumber