"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Jumaat, 5 Ogos 2022

Cuepacs tuntut permohonan maaf dari KPPA Mohd Shafiq

 

Laporan Sinar Harian (Gambar kecil: Adnan)
Laporan Sinar Harian (Gambar kecil: Adnan)

PUTRAJAYA - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut permohonan maaf daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah.

Ia susulan Ketua Penolong Penguasa Imigresen, James Lee didakwa ditengking Mohd Shafiq dalam satu insiden di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu.

Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat menerusi kenyataannya memaklumkan, sebagai seorang pegawai tertinggi kerajaan, Mohd Shafiq perlu menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada pegawai bawahan.

"Adalah amat malang jika seseorang pegawai tertinggi di dalam kerajaan memerlukan layanan bertaraf VVIP sedangkan beliau harus menyantuni pegawai kita dengan bijaksana serta memahami tugasan mereka di lapangan, bukannya memalukan pegawai tersebut di depan khalayak ramai seperti yang didakwa oleh pihak Kesatuan Kakitangan Imigresen," katanya pada Khamis.

Menurutnya, prinsip Keluarga Malaysia yang dilaungkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob seolah-olah tidak dihayati dan diamalkan oleh KPPA malahan tindakan itu disifatkan boleh menjejaskan imej perkhidmatan awam.

"Kita harus ingat, pada masa lalu sebuah kerajaan negeri pernah mengambil tindakan yang kurang wajar dengan memberikan penyapu kepada penjawat awam dalam satu majlis dan akhirnya menimbulkan rasa tidak senang," katanya.

Beliau berkata, pegawai yang tidak menghayati falsafah dan mengamalkan semangat Keluarga Malaysia tidak sepatutnya berada dalam perkhidmatan awam.

Cuepacs amat berharap agar Ismail Sabri dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dapat mengambil tindakan segera demi menjaga kebajikan serta mengekalkan keharmonian penjawat awam, seterusnya dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya.

-SH Online 

Khamis, 4 Ogos 2022

PRU15:Dr M umum gabungan baru GTA, akan tanding 120 kerusi parlimen

 Gerakan Tanah Air (GTA) yang menjadi gabungan politik Melayu baru pimpinan Dr Mahathir Mohamad berhasrat untuk bertanding di 120 daripada 222 kerusi parlimen pada PRU15.

Mahathir yang juga pengerusi GTA berkata, gerakan itu akan bertanding di kerusi majoriti Melayu khususnya kawasan tradisi Umno.

"Kita jemput orang Melayu saja bukan kerana kita perkauman, (tetapi) kerana usaha kita untuk lawan parti Melayu yang telah menyeleweng iaitu Umno.

"Sebab itu kita buat parti Melayu untuk menentang parti Melayu," katanya dalam sidang media pengumuman gerakan baru itu di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, petang ini.

Gerakan politik itu ditunjangi oleh Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Putra Bumiputera Perkasa Melayai (Putra)  pimpinan veteran politik Ibrahim Ali, serpihan PAS Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).

Ahli parlimen Langkawi itu berkata kesemua presiden parti dalam gabungan itu dilantik sebagai timbalan pengerusi GTA.

"Calon kita nak letak (bertanding) di 120 kerusi, sudah tentu ada kerusi ditandingi Umno," tambah Mahathir.

Katanya gerakan itu menjemput orang Melayu yang berasa curiga dengan masa depan mereka untuk menyertai gabungan itu bagi membela nasib orang Melayu.

Jelasnya parti itu adalah bertujuan untuk membela serta menyelesaikan masalah yang dihadapi orang Melayu sejak sekian lama.

"Bukan untuk merampas harta orang bukan Melayu, bukan untuk menyekat orang bukan Melayu cari kejayaan. Tetapi untuk betulkan supaya orang Melayu dapat haknya.

"Kita yakin ramai akan beri sokongan kepada kita.

"Kita tak akan terlibat dengan kluster mahkamah atau rasuah, parti yang ada bersama kita, tiada terpalit dengan rasuah," katanya.

PM ditentukan ‘lepas menang’

Dalam pada itu Mahathir berkata pihaknya akan mendaftarkan GTA secara rasmi dalam masa terdekat ini.

Oleh itu pihaknya berharap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bermurah hati untuk meluluskan pendaftaran gerakan itu, seperti mana ROS meluluskan permohonan Umno untuk tangguhkan pemilihan parti.

Ditanya mengenai calon perdana menteri gabungan itu, Mahathir berkata ia akan ditentukan selepas PRU15.

"Kita tentukan selepas menang PRU dulu," katanya lagi.

-malaysiakini 

Isnin, 1 Ogos 2022

Koleksi Resepi:Sate Ayam

 sate ayam (anggaran 130 cucuk)



Bahan-bahan

- 3 kg dada ayam dipotong dadu sedang2 jangan kecik sangat

- Lidi sate.. Rendam dalam 4jam atau lebih untuk elak lidi sate

terbakar semasa dibakar hehhehe

- 25 sudu gula pasir

- 2 sudu garam


Bahan disangai

2sudu jintan putih

3sudu jintan manis

8sudu ketumbar

Sangai bahan diatas didalam kuali jgn sampai hangus agak2 dah naik bau matikan api.


Bahan-Bahan kisar

4ulas bawang kecik

8 ulas bawang putih

serai 3 batang

halia

kunyit hidup (kalau x da pakai kunyit serbuk)

lengkuas

bahan yang disangai

air secukupnya


Masukan semua bahan di pengisar ..kisar hingga halus

sediakan bekas letak dada ayam yang dah di potong masukan garam ,gula dan bahan yang telah dikisar.gaul sampai rata n sebati. kemudian tutup dengan wrap n masukan didalam peti sejuk bawah dalam 2 jam untuk rasanya sebati.

selepas 2 jam keluar dari peti ais dan mula la mencucuk .1 lidi sate sis letak 3pcs dada ayam..lepastu masukan dalam plastik simpan di peti ais atas sejuk beku untuk tahan lama .selesai cucuk lebihan perapan boleh campur dalam kuah kacang baru rasa sedap hehehehe

sis biasa buat 3 hari sebelum nak bakar.sebelum bakar keluarkan dulu dalam 3 jam

kalau malas nak bakar boleh jer goreng sedap jgak.

Credit :FB Rencah

Ahad, 31 Julai 2022

Ramai ‘review’ watak Mat Kilau kurang menyerlah, gadis ini sanggup tengok dua kali untuk buktikan ia salah

 Sudah lebih sebulan sejak filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ditayangkan di pawagam. Banyak juga ulasan yang diberikan pengkritik-pengkritik filem dan tak terlepas juga dari penonton.

Disebabkan banyak ulasan yang mengatakan watak Adi Putra sebagai Mat Kilau agak tenggelam berbanding watak rakan-rakannya yang lain seperti Awang dan Wahid, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Syahirah Omar memberitahu dia sanggup pergi menonton kali kedua bagi meneliti jalan cerita filem Melayu tersebut.

Baginya, watak Mat Kilau bukanlah kurang menyerlah tetapi karakter sebagai ketua sebenarnya perlu lebih tenang berbanding watak pelakon-pelakon lain.

Kami kongsikan ulasan penuh wanita ini yang mendapat hampir 3,000 tanda suka dengan lebih 300 perkongsian.

Banyak juga review yang saya baca, watak Mat Kilau kurang menyerlah berbanding watak Wahid dan Awang. Jadi itu antara sebab kenapa saya tonton kali kedua tadi. Saya nak mendengar dan tonton dengan lebih teliti.

Sebenarnya bukan kurang menyerlah, tetapi memang watak sebagai ketua lebih perlu tenang berbanding watak lain. Awang karakternya sungguh terburu-buru. Wahid juga jenis lantang bersuara. Tetapi Mat Kilau kekal tenang.

Sebab itulah Tok gajah yakin Mat Kilau lebih layak berbanding yang lain. Pesan Tok Gajah, ‘Jangan terburu-buru, nanti membawa padah’. Berkali-kali juga Mat Kilau ingatkan yang lain,

Bertindaklah menggunakan akal, bukan hawa nafsu semata-mata. Tindakan mengikut nafsu hanya merugikan. Disebabkan sifat terburu-buru jugalah ramai yang terkorban.

Yang itu kenalah tonton sendiri ok. Ada satu babak di Jeti Kuala Tembeling.

Fuhhhh memang macam Ranjinikanth babak Mat Kilau pegang sepucuk surat. Kekal tenang.

“Orang Inggeris darah kafir, akan ku usir segala anasir.

Sebagai pendatang jagalah adab. Jangan terlintas menjadi raja,”

Sebelum lawan, Mat kilau mengucap dua kalimah syahadah.Kekal tenang biarpun waktu tu 5-6 orang askar Inggeris sedang acukan senjata.

Tanpa sebarang senjata. Hanya dengan kebergantungan pada yang Maha Esa. Kekal tenang.

-Malaysia Dateline 

Jumaat, 29 Julai 2022

Koleksi Resepi:Daging Masak Merah

 Daging Masak Merah.. Menu paling senang nak masak.. Dan sedap..



Resepi & Bahan²..
Rebus daging dgn pewarna merah (daging tak perlu di hiris) air rebusan daging tak perlu di buang.. Utk di jadikan kuah nanti..
Setelah daging masak & empuk.. Hiris nipis²
Bawang putih di tumbuk kasar
Cili boh/pes cili kering
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili
Sedikit kicap sotong
Gula, garam & pak aji (optional)
Bawang holand, cili merah, bunga kobis (utk hiasan)
Tumis bawang putih, cili boh, masukkan daging..
Goreng seketika.. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato.. & air rebusan daging tadi.. Kuah terpulang nk byk atau sikit..
Perasakan dgn gula, garam & pak aji.. Dah siap, bolehlah masukkan bahan hiasan tadi, bawang holand, bunga kobis & cili..
Siap utk di hidangkan..

Khamis, 28 Julai 2022

RUU ANTI LOMPAT PARTI: YANG BERBAHAS HANYA AHLI PARLIMEN BIASA

 

JELAS sangat, mereka yang mempersoalkan mengapa tiada ahli parlimen Bersatu mengambil bahagian membahas RUU Anti Lompat parti, tidak tahu membezakan antara anggota pentadbiran dan ahli parlimen biasa (backbencer).

Perjalanan parlimen negara, hanya backbencer atau ahli parlimen biasa yang mengambil bahagian dalam perbahasan, sedangkan menteri dan timbalan menteri memberi jawapan pertanyaan.

Sebenarnya mereka yang mempersoalkan, tahupun mengenai perjalanan mesyuarat parlimen, akan tetapi saja menimbulkan isu, dengan tujuan menipu rakyat untuk mendapatkan kelebihan politik.

Penulis sangat terkilan, mengapa kah mereka yang berkategori pemimpin ini, sanggup berdusta? Sedangkan mereka itu beria-ia sangat mahu sangat membentuk kerajaan, selepas PRU-15, kerana terlalu yakin, rakyat pasti menyokong mereka.

Kalau menipupun, jangan lah mengaitkan perjalanan parlimen, kerana memang lah demikian peraturannya.

Ada yang mempersoalkan, mengapa Tan Sri Muhiyiddin Yassin tidak mengambil bahagian. Yang bertanya itu pun pura tidak tahu, kedudukan Presiden Bersatu itu adalah pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang bertaraf menteri.

Pemimpin Umno nampak sangat alergi terhadap wakil rakyat Bersatu, sehinggakan mereka menjadi buntu, tidak dapat membezakan lagi mana betul mana tidak, mana buruk dan mana baik.

Penulis ingin mengimbau kembali semasa PRN Sabah tahun 1985, yang mana samada dalam tempoh kempen, termasuk pada hari mengundi, tiada tanda-tanda Parti Berjaya kalah dengan teruk, kerana pemimpin parti itu bukan sahaja yakin menang besar, juga mendapat suntikan sokongan daripada Perdana Menteri masa itu, yang sanggup ‘SINK AND SWIM WITH BERJAYA”. Lagi pun SEMASA pembuangan undi, di pusat-pusat mengundi, pondok PBS begitu lengang, sedangkan pondok Parti Berjaya, pengundi berbaris panjang untuk mendapatkan rujukan urutan pada daftar undi (sistem masa itu).

Penulis melihat cara pemimpin Umno pada ketika ini, sebiji dengan perilaku para pemimpin parti Berjaya pada masa itu, angkuh, takabur, berserta dengan keyakinan yang amat melampau.

Penulis suka mengingatkan situasi PRN Melaka dan Johor, yang menyebabkan pemimpin Umno merasa yakin dan selesa, tidak sama dengan PRU-15, apa tah lagi berkuatkuasanya undang-undang anti lompat.

Undang-undang tersebut bakal menjadi game changer politik tanah air, kerana rakyat tidak muak dan mual lagi keluar mengundi, kerana ada jaminan, calon-calon yang mereka sokong tidak akan melompat parti.

Bukan itu sahaja, pengundi pasif, atas pagar, undi-18 dan mereka yang pertama kali mengundi, adalah pengundi bijaksana, dan tahu membezakan buruk baik. Ada lah tidak lojik bagi rakyat yang tahu beza antara buruk dan baik, sanggup menyokong parti yang dipimpin oleh pemimpin yang berhadapan dengan berbagai isu berkaitan salahguna kuasa dan rasuah.

Kepada pemimpin Umno yang sangat teruja PRU-15 disegerakan, jangan dulu menghitung anak ayam sebelum telur menetas.

-Apa Yang Tersirat

Potong Gaji Menteri Sebagai Tanda Prihatin Kesusahan Rakyat, Bukannya Semakin Bongkak!

 Bongkak. Begitu Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menanggapi Annuar Musa selepas pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berhujah mengenai isu memotong gaji menteri.

Annuan Musa bongkak
Gambar hiasan.

Kata Rafizi, walaupun Annuar berpendapat tiada negara yang berjaya menangani isu inflasi dengan memotong gaji menterinya, ahli parlimen Keterh itu terlupa sesuatu.

Di negara selain Malaysia, layanan yang diberikan rakyat kepada menteri yang gagal menguruskan ekonomi dan menyusahkan orang ramai jauh lebih keras berbanding memotong gaji.

Ada yang dipecat, ada yang didakwa, ada yang dipenjarakan!

Justeru menurut Rafizi, Annuar perlu sedar bahawa desakan agar menteri-menteri mengambil potongan gaji bukanlah untuk mengurangkan harga barang.

Langkah tersebut, tambahnya, adalah perlambangan keinginan rakyat untuk melihat beberapa perkara termasuk sebagai isyarat menteri-menteri di negara ini gagal menjalankan tugas masing-masing bagi menguruskan ekonomi sehingga kenaikan harga barang tidak terkawal serta menekan orang awam.

Potongan gaji menteri juga, katanya, memaklumkan kepada rakyat bahawa menteri-menteri turut sensitif terhadap kepayahan yang dialami orang awam dan menjadi suatu bentuk solidariti terhadap kepayahan yang ditanggung.

"Pemotongan gaji menteri menghantar isyarat bahawa menteri-menteri juga tidak terkecuali daripada langkah penjimatan yang diarahkan kepada penjawat-penjawat awam.

"Jika tidak peruntukan awam dipotong tetapi menteri-menteri tetap menikmati kemewahan yang sama," katanya.

Kenaikan kos sara hidup sejak akhir-akhir ini menjadi antara tekanan yang dialami orang ramai dan ada desakan agar gaji anggota kabinet dipotong. Tunjuk perasaan bagi menyuarakan tekanan itu juga diadakan.

Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Rafidah Aziz, turut mencadangkan gaji menteri dipotong sebagai tanda empati kepada rakyat yang bergelut dengan keadaan semasa ekonomi.

Ambil masa berbulan-bulan

Annuar sebelum ini mencabar pengkritik agar menamakan negara yang berjaya menurunkan kadar inflasi setelah melaksanakan langkah seumpama itu.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia membayangkan, walaupun gaji setiap menteri dipotong, jumlah penjimatan itu tetap tidak memadai untuk mengubah keadaan.

"Tolonglah, jangan main politik," kata Annuar.

Sehari kemudian, Naib Presiden Umno Khaled Nordin tampil menempelak Annuar dengan berkata, walaupun inflasi tidak boleh diturunkan dengan memotong gaji menteri, langkah tersebut sekurang-kurangnya menunjukkan anggota kabinet faham akan kesusahan rakyat.

"Lupakah pengajaran yang kita dapati dari kewajipan berpuasa?" katanya.

Menurut Rafizi perlu ada lebih ramai pemimpin dan orang ramai mendesak agar menteri di negara ini mengambil potongan gaji sebagai langkah menguruskan "keangkuhan" Annuar.

Jika tidak, kata Rafizi, mereka hanya akan mempengerusikan jawatankuasa demi jawatankuasa yang mengambil masa berbulan-bulan untuk membuat keputusan.

Setelah ada keputusan, katanya, masa berbulan-bulan lagi digunakan untuk melaksanakan ketetapan tersebut.

"Kegilaan ini perlu dihentikan. Hanya melalui desakan rakyat yang kena pada poket menteri, barulah mereka sedar terhadap keutamaan (urgency) untuk mengambil tindakan dengan lebih cepat," katanya.


Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com

Selasa, 19 Julai 2022

Joey BPR Puji ‘Cover’ Lagu Tiara Versi P Ramlee Oleh Lelaki Ini


 Lagu legenda Tiara nyanyian kumpulan Kris satu ketika dahulu ketika ini menjadi fenomena kembali terutamanya di Indonesia selepas ia dipopularkan kembali oleh penyanyi muda Raffa Affar.

Ia dinyanyikan dalam versi baharu yang ternyata berbeza dengan versi yang sebenar. Penerimaaan Tiara versi Raffa Ammar juga berbeza kerana rata-rata peminat di Malaysia pastinya menyukai versi yang asal dan peminat di negara seberang sukakan versi Raffa Ammar.

Vokalis kumpulan BumiPutra Rockers (BPR), Joey semalam menerusi perkongsian di Facebook telah berkongsikan satu video Smule seorang lelaki bernama Radhi menyanyikan lagu Tiara ini dalam versi Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Menurut Joey, beliau menyukai versi ini kerana ia unik dan kreatif.

“Tak semua cover tak bagus, tak semua cover merosakkan lagu. Kadang-kadang ada cover yang bagus, sedap dan kreatif. Yang ini, aku terpaksa puji. Suatu cover yang unik dan berkualiti. Betul-betul menggamit kenangan lama,” tulisnya. Perkongsian terbabit telah menerima lebih 3,400 perkongsian dan rata-rata memuji cover versi Radhi ini.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang memuji cover tersebut kerana lenggok nyanyian Radhi yang hampir sama dengan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Justeru itu mereka dapat membayangkan bagaimana jika lagu ini benar-benar wujud di tahun 1960an.

Sebelum ini, Dato hattan pernah memberi ‘peringatan’ kepada BBNU supaya tidak melebih-lebih dalam membuat cover sehingga hilang feel dan melodi asal sesuatu lagu.

“Nak rakam tu boleh tapi biar betul caranya. Ni kau rakam lembik-lembik, macam ular kena pukul pula. Belajar hormati lagu. BBNU ni rakam entah jadi apa bunyinya. Ditukarnya melodi, salah tu. Nak rakam, rakam elok-elok,” katanya.

-thevocket.com