"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Rabu, 15 Jun 2022

Senarai 10 Individu Terkaya Di Malaysia 2022 (Forbes)

Kekayaan 50 Individu Paling Kaya Di Malaysia Kini Merosot Jatuh 10%

Umum perlu ketahui, terdapat 50 individu paling berpengaruh di Malaysia dan menjadi antara kumpulan terkaya di pasaran Asia.

Akan tetapi, meskipun masih kekal menyandang kedudukan manusia kaya tinjauan Forbes Asia dapati kumpulan ini telah mengalami kemerosotan kekayaan mereka, jatuh 10% kepada RM355 bilion ($80.5 bilion).

Angka ini lebih rendah berbanding data tahun lalu.

10 Individu Terkaya Di Malaysia (2022)

Berdasarkan perincian yang dikeluarkan oleh Forbes pada 9 Jun 2022, ini 10 senarai kumpulan manusia paling kaya di Malaysia bagi tahun 2022;

  1. Tan Sri Robert Kuok – Pengasa Kuok Group
  2. Tan Sri Quek Leng Chan – Pengerusi Hong Leong Bank
  3. Tan Sri Poh Keong dan adik-beradik – Syarikat Aluminium Press Metal Bhd
  4. Tan Sri Teh Hong Piow – Pengerusi Public Bank
  5. Ananda Krishnan – Mempunyai kepentingan dalam Maxis Bhd & Bumi Armada Bhd
  6. Datuk Lee Yeow Chor & Lee Yoew Seng – IOI Group
  7. Tan Sri Chen Lip Keong – NagaCorp
  8. Tan Yu Yeh & Tan Yu Wei – Mr DIY
  9. Tan Sri Lim Kok Thay – Genting Group
  10. Tan Sri Lau Cho Kun – Hap Seng Group
Individu terkaya
Sumber: Berita Harian

Selain itu, apa yang menarik pada senarai ini, kelihatan kemunculan Loi Tuan Ee bersama adik-beradiknya iaitu peneraju tenusu Farm Fresh pada senarai manusia paling kaya di Malaysia buat pertama kalinya dengan nilai kekayaan sekitar RM1.6 bilion ($380 juta) pada kedudukan ke 43 dari 50 keseluruhan.

Individu terkaya di malaysia

“Pembuat sarung tangan getah Malaysia yang merupakan antara yang meraih keuntungan tinggi tahun lepas, kini menghadapi cabaran. Permintaan untuk peralatan perlindungan diri merosot apabila kes COVID-19 berkurangan seterusnya menjejaskan saham syarikat,” katanya.

Jumlah kekayaan Kuan Kam Hon daripada Hartalega Holdings (No. 11, AS$1.9 bilion) dan Tan Sri Lim Wee Chai daripada Top Glove (No. 14, AS$1.4 bilion) pula merosot paling banyak dalam dolar.

Pasangan suami isteri, Datuk Seri Stanley Thai dan Cheryl Tan daripada Supermax (No. 45) menyaksikan peratusan terbesar kejatuhan kekayaan mereka, berkurangan lebih dua pertiga kepada AS$340 juta.

Kekayaan kolektif kumpulan lima orang ini, yang termasuk Tan Sri Lim Kuang Sia daripada Kossan Rubber Industries (No. 24, AS$740 juta) dan Wong Teek Son daripada Riverstone Holdings (No. 30, AS$565 juta), turun lebih daripada AS$5.7 bilion.

“Larangan sementara Indonesia ke atas eksport minyak boleh dimakan dalam persekitaran penurunan pengeluaran minyak sawit Malaysia memberikan keuntungan kepada hartawan dalam sektor tersebut,” kata Forbes Asia.

Kekayaan yang dikongsi oleh adik-beradik yang mendapat pendidikan di Amerika Syarikat, Tan Sri Lee Oi Hian dan Datuk Lee Hau Hian (No. 12, AS$1.6 bilion) mendapat kelebihan lebih daripada satu pertiga apabila saham syarikat mereka Batu Kawan dan anak syarikat perladangannya melonjak dengan peningkatan keuntungan.

Tan Sri Ling Chiong Ho (No. 36, AS$425 juta), salah seorang daripada dua orang yang kembali disenaraikan tahun ini selepas empat tahun apabila saham Sarawak Oil Palm, syarikat utama kumpulan Shin Yangnya, meraih keuntungan.

Buat pengetahuan umum, senarai ini dirangkumkan meliputi data pegangan saham serta status perolehan kewangan berasaskan laporan tahunan, bursa saham, individu, keluarga serta pengamatan penganalisis.

Senarai lengkap boleh didapati di https://www.forbes.com/malaysia dan juga dalam edisi bulan Jun Forbes Asia.

-ecentral.my

88,000 jutawan dijangka berpindah ke negara baharu

Menjelang hujung tahun ini, seramai 88,000 jutawan dijangka berpindah ke negara-negara baharu. – Unsplash

 LONDON – Jutawan-jutawan di seluruh dunia dilaporkan berhijrah dari satu negara ke negara lain, disebabkan oleh faktor seperti ketidakstabilan politik serta kadar cukai lebih tinggi, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Berdasarkan Laporan Warganegara Global Henly yang dikeluarkan kelmarin, ramai jutawan meninggalkan Russia, Ukraine, Britain dan Amerika Syarikat (AS) disebabkan ancaman tersebut.

Russia muncul negara paling ramai merekodkan perpindahan keluar jutawan dalam tempoh enam bulan lalu dengan 15,000 orang dijangka meninggalkan negara berkenaan menjelang  hujung tahun ini.

Pencerobohan Russia pula menjadi faktor utama yang menyebabkan golongan kaya seperti pelabur melarikan diri dari Kiev dengan anggaran seramai  2,800 jutawan dijangka meninggalkan Ukraine.

“Ramalan 2022 menunjukkan situasi ketidaktentuan ekstrem di seluruh dunia. Menjelang hujung tahun ini, seramai 88,000 jutawan dijangka berpindah ke negara-negara baharu,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners, Dr. Juerg Steffen.

Sementara itu, Britain yang pernah menjadi hab kewangan dunia terus mencatatkan kehilangan jutawan susulan Brexit serta langkah kenaikan kadar cukai. Lebih 1,500 jutawan diramal meninggalkan negara itu pada hujung tahun ini.

AS juga semakin menjadi negara yang kurang popular dalam kalangan jutawan. Menurut beberapa pakar ekonomi, keadaan itu  disebabkan oleh ketidakstabilan politik dan peningkatan kadar cukai. 

Negara itu masih menarik kehadiran lebih ramai orang kaya berbanding penghijrahan keluar mereka. Bagaimanapun, unjuran kemasukan pada tahun ini adalah 1,500 individu. Angka itu  merupakan penurunan 86 peratus dari 2019 yang menyaksikan aliran masuk bersih sebanyak 10,800 individu. 

Laporan sama mendedahkan bahawa negara-negara yang paling banyak mencatatkan kemasukan jutawan  tahun ini termasuk Emiriyah Arab Bersatu yang mengatasi AS di tempat teratas  dan diikuti Australia, Singapura serta Switzerland.

Bagi tahun 2023 pula, pakar-pakar berkata, angka migrasi jutawan dijangka lebih tinggi dengan aliran diramal mencapai 125,000 individu. – Agensi  

Selasa, 14 Jun 2022

Kelayakan Piala Asia 2023: Malaysia layak selepas kalahkan Bangladesh 4-1

Harimau Malaya turun untuk perlawanan penting yang boleh menjadi pemisah samada layak ke Piala Asia 2023 atau terus menunggu sehingga tempoh 46 tahun lagi untuk layak secara merit.

Kali terakhir Malaysia bermain di Piala Asia adalah pada 2007 ketika itu layak kerana menjadi tuan rumah bersama Indonesia, Thailand dan juga Vietnam.

Piala Asia 1980 yang berlangsung di Kuwait pula merupakan kali terakhir Malaysia layak secara merit dan mempamerkan prestasi paling cemerlang walaupun tidak lepas peringkat kumpulan.

Sepanjang kewujudan kejohanan Piala Asia ini, secara keseluruhannya hanya 3 kali Malaysia berjaya melayakkan diri kali pertama pada 1976 di Iran, 1980 dan 2007.

Kemenangan besar Palestin ke atas Filipina bermakna laluan skuad Harimau Malaya ke Piala Asia 2023 menjadi semakin mudah dan luas.

Jumlah jaringan yang besar membolosi Filipina bermakna Malaysia akan muncul naib juara Kumpulan E sekiranya tidak tewas kepada Bangladesh, dan mengatasi Filipina dari segi kelebihan gol.

Tekanan semakin menurun buat Harimau Malaya apabila Bahrain mencatatkan kemenangan tipis ke atas Turkmenistan. Seri sudah cukup untuk layak namun kemenangan yang pasti dimahukan semua.

Kim Pan Gon menyatakan keyakinan dengan para pemainnya sebelum perlawanan dan pasukannya kini bebas dari masalah kecergasan serta bersedia untuk meraih kemenangan.

Muhammad Safawi Rasid, Arif Aiman Mohd Hanapi, Muhamad Nor Azam Abdul Azih dan Mohamad Faisal Abdul Halim kembali memperkasakan jentera serangan.

Dan paling dinantikan adalah persembahan penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed yang menggantikan Farizal Marlias. Satu percaturan yang berani dan berkeyakinan tinggi dari Kim Pan Gon.

Seperti dua perlawanan lepas Harimau Malaya bermula garang dengan terus mengasak kubu Bangladesh bagi mencari gol seawal mungkin.

Syafiq Ahmad hampir membuka tirai jaringan diawal permainan dengan satu percubaan tetapi sayang tiang menafikan gol dari terhasil.

Arif Aiman, Faisal Halim dan Corbin Ong menjalankan tugas dengan baik menyuap dan mengumpan bola selagi boleh ke kotak penalti Bangladesh.

Hantaran cantik Faisal Halim gagal ditanduk kemas Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid membuat satu percubaan akrobatik persis pemain sepak takraw dan bola sedikit melewati palang.

Minit ke-14 Malaysia mendapat sepakan penalti selepas Atiqur Rahman melakukan terjahan keras ke atas Matthew Davies dalam perebutan bola 50-50 tapi kaki Atiqur diangkat terlalu tinggi.

Kad kuning pertama perlawanan dilayangkan pengadil kepada Atiqur Rahman dan mudah Safawi Rasid menyempurnakan penalti dengan sepakan deras ke sebelah kanan.

Gol yang ke-18 Safawi Rasid untuk Harimau Malaya.

Lontaran ke dalam jarak jauh Corbin Ong hampir menggandakan kedudukan, tandukan tajam Safawi tepat kepada penjaga gol Bangladesh dan percubaan jahat Matthew Davies dari jarak jauh sipi-sipi keluar ditepi tiang.

Bangladesh hampir menyamakan kedudukan kerana kealpaan barisan pertahanan Malaysia, Shahrul Saad berjaya menutup kealpaan itu denga baik.

Pada minit ke-31 Bangladesh berjaya menyamakan kedudukan melalui lontaran ke dalam yang jauh seperti sepakan bola mati yang disundul tajam, Mohammad Ibrahim.

Malaysia tidak panik dan memberi reaksi balas positif dengan melancarkan serangan untuk kembali mendahului dan Dion Cools hadir melakukannya.

Dion Cools menjaringkan gol kedua pada minit ke-40 melalui satu rembatan kencang dari sudut sempit yang membuatkan penjaga gol Bangladesh membuat tepisan ke dalam.

Gol sulung Cools bersama Harimau Malaya dan akaun gol telah dibuka.

Syafiq Ahmad berjaya melakukan tandukan padu selepas menerima umpanan daripada Matthew Davies pada minit ke-45, tetapi sekali lagi dikecewakan oleh penjaga gol Bangladesh yang beraksi begitu cemerlang menafikan cubaan demi cubaan daripada barisan serangan Malaysia.

Malaysia masuk ke bilik persalinan untuk waktu rehat separuh masa dengan keyakinan yang tinggi hasil daripada persembahan yang mengkagumkan.


Separuh masa kedua dimulakan dengan membawa momentum separuh masa pertama. Seawal minit ke-46, Malaysia dianugerahkan sepakan percuma berhampiran kotak penalti Bangladesh.

Pemain bertaraf UCL, Dion Cools, dengan begitu cool mengambil sepakan tersebut melakukan sepakan knuckleshot namun ditepis keluar oleh penjaga gol Bangladesh lalu memberikan sepakan sudut kepada Malaysia.

Bola dihantar ke belakang daripada sepakan sudut ini kepada Azam Azih sebelum melorongkan bola kepada Faisal Halim, yang kemudiannya membuat umpanan gelembung buaya ke dalam kotak penalti lawan.

Umpanan ini ditanduk oleh kapten Malaysia pada malam ini, Syafiq Ahmad, sekaligus memberikan gol ketiga Malaysia dan menggamatkan lagi Stadium Bukit Jalil.
Kepala Syafiq Ahmad akhirnya mempamerkan bisanya seperti selalu.

Malaysia terus garang dalam melakukan serangan dan membuat tekanan awal atau dalam bahasa orang putih disebut early pressing tatkala pemain Bangladesh mendapat bola.

Syihan Azmi yang jarang diuji sepanjang perlawanan, dengan cemerlang menyelamatkan gol Malaysia pada minit ke-56, apabila dia menggunakan badannya untuk menahan rembatan jarak dekat penyerang Bangladesh.

Seminit kemudian, Syafiq Ahmad berjaya melepasi kawalan pertahanan Bangladesh dan menggelecek penjaga gol lalu menolak bola ke dalam gawang yang terbuka, namun gol tersebut tidak disahkan kerana dia telah berada dalam kedudukan ofsaid.

Malaysia melakukan pertukaran di barisan hadapan pada minit ke-68 apabila menggantikan ketiga-tiga pemain serangan. Syafiq Ahmad dikeluarkan dan digantikan dengan Darren Lok dan lilitan kapten pasukan diberikan kepada Dion Cools, Akhyar Rashid menggantikan Safawi Rasid dan Nazmi Faiz menggantikan Faisal Halim.

Penyerang unggul Malaysia, Darren Lok hanya memerlukan beberapa minit sahaja di atas padang apabila menjaringkan gol pada minit ke-72. Gol terhasil daripada kelincahan Akhyar Rashid di sebelah kanan padang, yang kemudiannya melorongkan bola ke kotak enam ela.

Pada mulanya bola ditampan oleh penjaga gol Bangladesh, namun Darren Lok berjaya berada di posisi dan waktu yang betul, menerima bola yang singgah di kakinya. Dengan sekali sentuh, bola sudah sah masuk ke dalam gawang Bangladesh.

Sememangnya Darren Lok wajar mendapat gol dalam kempen kelayakan ini selepas dia mempamerkan aksi yang cukup bertenaga sepanjang dua perlawanan yang lalu.

Kekecohan telah terjadi apabila pemain Bangladesh mula koyak namun pengadil berjaya mengawal keaadaan dan tiada lagi tambahan gol dari kedua-dua pasukan hingga wisel penamat.

Sejarah tercipta selepas 42 tahun Malaysia layak ke Piala Asia secara merit selepas satu penantian yang cukup menyeksakan.

Kesebelasan Utama Malaysia vs Bangladesh

Berikut merupakan kesebelasan utama Malaysia vs Bangladesh:

Penjaga Gol

Ahmad Syihan Hazmi Mohamed

Pertahanan

Corbin-ong La’vere Lawrence
Matthew Davies
Dion-johan Cools
Shahrul Mohd Saad

Tengah

Mohamed Syamer Kutty Abba
Muhamad Nor Azam Abdul Azih
Mohamad Faisal Abdul Halim

Penyerang

Muhammad Syafiq Ahmad
Muhammad Safawi Rasid
Arif Aiman Mohd Hanapi

Simpanan

Mohd Farizal Marlias
Mohd Khairulazhan Mohd Khalid
Ahmad Khuzaime Piee
Dominic Tan Jun Jin
Ruventhiran A/l Vengadesan
Safiq Rahim
Guilherme De Paula Lucrecio
Muhammad Nazmi Faiz Mansor
Darren Yee Deng Lok
Mohamadou Sumareh
Muhammad Akhyar Abdul Rashid

-thesukan.net

Rayuan Umno batal saman SRC International ditolak

 

Panel tiga hakim bersidang mendapati tiada merit dalam rayuan Umno dan memutuskan kes saman difailkan SRC bukan kes jelas untuk diputuskan melalui permohonan pembatalan.

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menolak rayuan Umno membatalkan saman difailkan SRC International Sdn Bhd dan dua anak syarikatnya untuk menuntut RM16 juta yang didakwa dipindahkan secara salah kepada parti itu.

Panel tiga hakim terdiri Hadhariah Syed Ismail, Abu Bakar Jais dan Mariana Yahya, mendapati tiada merit dalam rayuan Umno.

Ini bukanlah suatu kes yang jelas serta sesuai untuk diputuskan melalui permohonan pembatalan,” kata Hadhariah yang mengetuai panel itu.

Beliau mengatakan, bahawa terdapat beberapa isu ditimbulkan dalam pliding yang difailkan termasuk isu pelanggaran tanggungjawab fidisuari, pelanggaran amanah, penyalahgunaan duit amanah dan tindakan frod terhadap duit amanah yang hanya boleh diputuskan melalui perbicaraan penuh di mahkamah.

“Kesemua responden (SRC International, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Jendela Pinggiran Sdn Bhd) memohon hak mereka untuk didengar,” katanya sambil menambah jika terdapat sebarang kesalahan yang dilakukan, pasti ada cara untuk membetulkannya semula.

Hadhariah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi, pada 10 Nov tahun lalu, yang menolak permohonan Umno membatalkan saman itu.

Panel itu juga membatalkan rayuan Umno terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan SRC International dan anak syarikatnya untuk meminda nama defendan dalam writ saman dan pernyataan tuntutan mereka selepas peguam yang mewakili Umno, Shahrul Fazli Kamaruzaman, memberitahu mahkamah mengenai penarikan balik rayuan berhubung keputusan itu.

Panel hakim itu mendengar rayuan tersebut melalui dalam talian.

Dalam writ samannya, SRC International, Gandingan Mentari dan Jendela Pinggiran mendakwa parti politik itu mengetahui bahawa wang tersebut adalah milik SRC International dan Umno tidak mempunyai asas untuk menerima dana berkenaan.

Syarikat itu pada mulanya memfailkan saman itu dengan menamakan Umno yang disaman melalui presidennya, Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan, selaku defendan.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan permohonan syarikat itu untuk meminda nama defendan dalam writ saman dan pernyataan tuntutan menggantikan Zahid dan Ahmad dengan Setiausaha Kerja Umno Mohd Sumali Reduan.

Pada 10 Mei 2021, Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa 1MDB dan anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd telah memfailkan 22 saman bagi mendapatkan semula aset bernilai lebih RM96.6 bilion termasuk RM300 juta daripada pelbagai pihak tempatan.

Kementerian itu menyebut writ saman terbabit difailkan pada 7 Mei 2021 iaitu enam oleh 1MDB dan 16 oleh SRC.

Peguam Nur Syafinaz Vani Abdullah mewakili SRC International, Gandingan Mentari dan Jendela -FMT

Khamis, 9 Jun 2022

Scammer terhormat alaf baru yang akan diagung agung, disanjungi dan tidak salah secara zahir oleh pihak berkuasa

Sifu/Business Coach


Paling famous sekarang ialah kelas Business Coaching, Marketing, How To Reach RM1juta Pertama. Ni semua kelas paling ramai orang nak masuk, sebab apa? Sebab semua nak kaya


Sembang mentor kalau nak berniaga mesti ada ilmu baru boleh berniaga. Antara tarikan memancing ramai untuk masuk kelas:


1) Mereka ni akan guna teknik sejak zaman MLM dahulu kala, first dia akan kondem apa kita buat


"Sampai bila nak kerja ni?"


"Tak teringin ke pakai Vellfire?, takkan kau nak anak bini kau duduk dalam Waja convert Evo kau ni balik Kokdiang bila raya"


Lepas kondem, disusuli dengan soalan perangkap


"Kau nak jadi jutawan? Jom kelas ni dari Sifu Bidin. Kelas sepatutnya RM300 tapi untuk first 100 orang RM50 jer. Nak meniaga kena ada ilmu baru boleh"


Dan kau pun daftar tanpa belah bahagi dengan harapan boleh jadi jutawan lepas balik kelas


2) Big Why - adalah soalan paling famous semua sifu coaching haram jadah ni akan tanya. Sambil menjerit dalam dewan


"Apa big why kamu?"

"Apa yang kamu hendak dalam hidup?"

"Kenapa kita kena kaya? Kenapa kita nak sangat jadi kaya?"


Dan kau dalam dewan tu mulalah terpekik terlolong sambil bersemangat bercakap kenapa aku kena kaya, kenapa aku nak kaya. Si malaun ni pulak terus main slide show, main sentimen agama. Keluarlah gambar anak murid dia dulu naik kapcai, buat lah cerita konon beli kapcai Aeon Kredit downpayment singgit, tapi sekarang lepas jual gelang ajaib dah pakai Lambo Urus.


Nak lagi syok, dia main kan pula gambar entah sapa sapa punya family pergi umrah, sambil backround music nasyid dan ucapan ucapan syukur dapat bawa mak bapak ke tanah suci (bab ni memang ramai melayu lemah bila main sentimen nak pergi Mekah)


Sambung lagi, keluar gambar dah pakai kereta besar, dah ada rumah besar. Lagi syok dah ada Ducati sebijik parking


Masa ni, emosi kau orang dah 50% para scammer sifu ni dah tangkap. Dia dah main emosi, kau orang dalam dewan tu dan mula berangan angan, dah bercakap dengan kawan sebelah dan jangan lupa, sifu sifu kau ni dia ada orang orang dia dalam ramai ramai tu yang duduk sebelah kau orang dan mereka ni kerjanya akan cakap "saya kenal si polan dalam slide show tu, dulu dia beli burger tak cukup duit saya bayarkan sekarang tengok dia dah kaya" Kau pula bila dengar macam tu makin membuak buak semangat


3) Emosi - Bila kau dan majoriti dalam dewan tu dah terpengaruh dengan emosi, mereka bagi sikit tips. Sikit jer jangan kau harap semua. Dia ajar lah FB Ads sikit, macam mana nak narrow target segmet, dia akan mula lah keluar kan terma terma ciptaan sendiri, robot ads lah, robocop marketing, gorilla market dan berbagai bagai.


Kemudian, dia tunjuk testimoni anak murid yang dah berjaya. Dari jual sabun 1 ketul sehari sekarang nak jual 5000 ketul sehari dan benda yang akan ditunjuk adalah gambar sambil baring sebelah parcel yang berlambak lambak konon hasil dari apa yang diajar. Tak lupa juga dalam testimoni ada video ucapan terima kasih dari anak murid yang dapat jual sabun 5000 ketul diakhiri dengan "kalau saya tak masuk kelas, saya tak tau lah saya boleh capai tahap sekarang atau tidak"


Kau dah mula kagum masa ni, dah mula terfikir nak jual berus gigi, dah mula berangan nak jual tudung.....


4) Testimoni Real - tak cukup dengan testimoni dari video, dia panggil naik beberapa orang bekas anak murid naik. Mereka ni ceritalah yang dulu susah, dulu naik kapcai, makan meggi belah empat, anak minum susu cair campur nescafe kemudian cerita sekarang business juta juta


Ingat, juta juta tau tak main ratus ribu puluh ribu. Dah beli kereta idaman, dah beli rumah idaman, dah hantar mak bapak pergi Mekah. Nampak tak skrip sama yang diulang ulang.


Mula mula dari penyampaian vokal, kemudian audio visual dan last sekali secara real. Masa ni kau yang dalam dewan tu dah lupa patut datang nak belajar marketing, belajar business tapi dah mula khayal nak jadi kaya sebab garam, tomato sos, cili sos dah kena tambah cerita jadi makin aedap


5- Motif Utama - sifu kau ni sebenarnya nak kau masuk kelas dia RM40,000. Kelas yang mula kau masuk ni celah gigi dia jer. Macam mana nak kaya dengan RM50 satu orang


Dia ulang balik macam skrip no. 1 dengan tambahan "Semua yang tuan tuan lihat tadi, yang dah berjaya tadi adalah alumni kelas Platinum Titanium saya"


"Saya tak perlu ramai, jika tuan tuan nak ubah hidup, nak jadikan RM1 ke RM1juta, marilah bersama sama dengan saya dan rakan rakan ini hanya RM40,000 sahaja. Jika tidak mahu keluar RM40,000 dari mana ilmu satu juta pertama tuan tuan akan datang?"


"Apalah sangat RM40,000 dengan RM1juta yang tuan tuan akan rasai. Saya yakin bila tuan tuan dah pegang satu juta, RM40,000 yang tuan tuan laburkan hari ini ibarat RM400 yang tuan tuan guna untuk beli barangan dapur sahaja"


"Modal RM40,000 dan pulangan RM1juta? Ini bukan skim cepat kaya tuan tuan, ini pelaburan tuan tuan untuk ilmu yang akan gandakan bukan saja 1 juta tapi ke 2 dan 3 juta"


So ramai yang dah kelabu mata dengar RM1juta terus sign up tanpa berfikir panjang


Dalam dewan hari tersebut ada 300 orang, dia hanya perlukan 10% bersamaan 30 orang yang dahaga dan lapar nak pegang duit RM1juta untuk dia collect RM1.2juta secara terang dan tanpa bersalah (30 orang × RM40,000)


So dalam hari yang sama, sifu kau tu buat RM1.2juta bukan kau 😆


Lepas kau dah belajar, duit habis, RM40,000 dah terbang, kau pun melingkup. Apa business pun tak start 😂


So proses ini akan terus berulang sampai sifu kau tu kaya raya dan dia guna skrip yang sama sebab rakyat Malaysia ada 32 juta orang, banyak lagi yang dia boleh tipu 😝


Ceritanya sama dengan coaching nak kurus. Pejadah nak kurus belajar dengan coach online siap bayar, selagi kau tak boleh jaga tombolok tu tak payah nak berangan boleh kurus


Meh saya ajar, tak payah bayar kalau bab nak kurus 😆


Kesimpulannya, ini lah cara yang paling legit untuk jadi kaya raya zaman moden ni tanpa menyalahi undang undang


Jutawan sebenar? TS Syed, TS Tony, Dato Din diaorang takda masa nak buat buat kelas ni. Mereka nak hadap real business kadang 24 jam pun tak cukup


Tapi takpa, kalau rindu dengan sifu sifu coaching, muka mereka banyak di billboard billboard highway, senang kau orang ingat dan tak lupa 😝


Tak percaya apa saya cakap ni? Ada Netflix? Buka dokumentari "Money Explained" dan tengok macam mana money game scammer satu dunia guna untuk manipulate ramai dan ambil kesempatan.


Kredit: Yazid Hair Johari

Khamis, 2 Jun 2022

Teringin Sangat Nak Jumpa, Raisuddin Akhirnya Bertemu ‘Kembar’ Siti Sarah Di Majlis Hari Jadi

 

Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, memberi kejutan istimewa buat suaminya, Raisuddin apabila membawa seorang wanita yang dikatakan mempunyai wajah seiras dengan anaknya.

Menerusi hantaran di Instagram Suci Uwais, suaminya dikatakan sangat teringin untuk bertemu dengan Emy semenjak wanita itu tular di media sosial.Ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi, memberi kejutan istimewa buat suaminya, Raisuddin apabila membawa seorang wanita yang dikatakan mempunyai wajah seiras dengan anaknya.

Namun disebabkan masing-masing sibuk, baru kini mereka dapat bertemu empat mata. Emy memberi kejutan apabila muncul dengan sebuah kek sempena hari jadi Raisuddin.

Lebih sebak lagi apabila anak allahyarham, Uwais turut berada di majlis kejutan itu dan merenung lama wajah Emy.

Di ruangan komen, netizen turut meluahkan rasa sebak melihat situasi itu dan bersetuju bahawa arwah dan Emy memang mempunyai wajah seiras.

-Oh Media

Rabu, 1 Jun 2022

Lelaki kongsi perbezaan ketara isi minyak di Petronas dan Shell


Lelaki kongsi perbezaan ketara isi minyak di Petronas dan Shell. Aku sebelum ini adalah pelanggan setia mengisi minyak di stesen minyak shell. memandangkan aku dulu pernah kerja di Shell, sudah tentu tempat kerja mempengaruhi aku di mana patut aku isi minyak lah kan.

Setelah berhenti dari shell, aku masih lagi mengisi minyak di Shell. Dan semasa di Shell, Boss downstream selalu sebut shell adalah no.1 retail station in Malaysia, PETRONAS no.2. itu dalam 8-9 tahun dulu lah.

Kini tanggapan aku sudah berubah. PETRONAS banyak melakukan pembaharuan di stesen minyak mereka. Kalau di Shell, nozzle sudah la berat dan picu nozzle susah untuk dikendalikan. dan sudah tidak bertukar agak lama. dan malahan, pelanggan kalau nak isi, kena tekan button to proceed untuk bypass bonus link point. kalau tak tekan, tak boleh isi minyak.

Manakala di PETRONAS, disediakan fungsi untuk card wave. dan pelanggan boleh isi minyak terus atau boleh tekan mesra link loyalty point. dan sudah tentu touch screen function ada. Nozzle very light and easy to hold and handle. applikasi SETEL lagi.

Dan PETRONAS sudah memulakan venture dalam retail business lain seperti venture partnering with starbuck, kfc, mcdonald, a&w, dunkin donut etc.

Lelaki kongsi perbezaan ketara isi minyak di Petronas dan Shell

Masa aku dekat shell, boss downstream, Datuk Azman Ismail kata mereka taknak buat macam PETRONAS. Katanya strategi shell adalah fokus kepada business of selling oil. we are not interested in other business (selain retail seperti Select dan petrol). tapi pada tahun terakhir sebelum dia berhijrah, strategi shell berubah dan cuba nak masuk dalam arena business seperti PETRONAS. dia bawak delegate shell untuk buat site visit waktu malam. ternyata, malaysia ni lain skit. people go retail stesen untuk lepak, dan beli barang (selain dari isi minyak). so, ada nite life lah di malaysia. so, good business for retail. sebab itu corporate color dekat stesen minyak kena nampak macam inviting lighting color, to invite people to come and buy at petrol station. same for petronas.

Berdasarkan pemerhatian aku, aku tak terkejut kalau shell decide to divest its retail business in malaysia sebab aku tak nampak diaorang allocate capex to improve technology and customer experience dekat petrol station. malahan, technology sedia ada adalah 6-7 tahun yg lepas. takde pembaharuan, takde inovasi, adalah sikit COSTA Coffee tuh. dan memang tak dinafikan V-power tu satu niche product shell di malaysia. memandangkan minyak naik banyak gila. mungkin orang switch to RON95.

Industri retail ni, sebenarnya margin agak rendah. yang banyak contribute profit ialah dekat runcit. situ banyak impulse buying.

So, aku boleh conclude PETRONAS dah memintas kedudukan shell, dan menjadi no.1 dalam retail business di malaysia.

So, kudos to PETRONAS DAGANGAN lah.

-MH Daily

p/s: PETRONAS terbaik...mudah SETEL JE.