"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Sabtu, 21 Mei 2022

Jodoh beza umur 47 tahun, pengantin perempuan terima hantaran lumayan. Ramai yang ternganga

IBARAT kata orang, walaupun jauh di seberang laut atau berbeza umur sekali pun, kalau sudah jodoh, tidak akan ke mana-mana.

Kisah pasangan pengantin di Indonesia yang melangsungkan perkahwinan dengan penuh meriah baru-baru ini menjadi sensasi di media sosial.

Mana tidaknya, pengantin yang berstatus duda dan berusia 65 tahun tersebut menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis cantik yang berasal dari Desa Tegalagung, Ciberon, Jawa Barat.

jodoh duda

Usia pengantin perempuan yang dikenali dengan nama Via pula dikatakan baru berusia 18 tahun.

Lapor radarcirebon.com, majlis pernikahan dan persandingan pasangan tersebut mendapat perhatian meluas apabila rombongan pengantin lelaki hadir dengan 1,000 pengiring.

Mereka yang datang menaiki pelbagai kenderaan termasuk bas itu menarik perhatian ramai apabila membawa beberapa kejutan.

jodoh duda

Antaranya, wang hantaran berjumlah 500 juta rupiah (RM149,964.64) selain hadiah berupa rumah dan kereta mewah.

Tidak cukup dengan itu, pakej menunaikan umrah untuk semua ahli keluarga pengantin perempuan turut ditanggung sepenuhnya. Bertuah badan!

Pengantin lelaki yang dikenali dengan nama H Sondani turut menghadiahkan wang tunai sebagai duit minyak kepada pengiring bermotosikal.

jodoh duda

Pasti ramai mahu mengenali lebih lanjut siapa pengantin lelaki dengan lebih dekat.

H Sondani yang berasal dari di Arjawinangun, Kabupaten Ciberon, Jawa Barat itu dikenali sebagai hartawan hartanah.

jodoh duda

Padanlah semua hantaran sangat lumayan nilainya!

Menurut portal tersebut, pasangan tersebut dijodohkan selepas masing-masing kehilangan orang tersayang.

Via dikatakan bersetuju dengan pernikahan tersebut bagi membantu keluarganya hidup lebih terjamin selepas ibunya meninggal dunia.

jodoh duda

Sesungguhnya, ajal dan pertemuan itu semuanya di tangan ALLAH.

Siapa kita untuk menidakkannya.

Apa pun kita mendoakan supaya hubungan perkahwinan itu kekal hingga ke jannah.

jodoh duda

Walaupun beza umur 47 tahun, mana tahu jodoh mereka kuat. Jadi, jangan ada yang cemburu ya?

Nasib setiap orang pastinya berbeza dan semuanya bergantung pada diri untuk mencorakkannya menjadi lebih baik atau sebaliknya.

-SH Online

Khamis, 19 Mei 2022

Tidur sahaja istana, Nafiz Muaz dedah Sultanah Zahirah merendah diri

 


PETALING JAYA – Berkahwin dengan adinda kepada Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah iaitu Diyana Omar sejak awal tahun lalu, pelakon Nafiz Muaz tidak melabelkan dirinya sebagai golongan kerabat.

Kata pemilik nama lengkap, Muhd. Nafiz Muaz Mat Nasir itu, dia lebih selesa menjalani kehidupan seperti orang kebanyakan dan selesa tidak terlalu berkongsi tentang kehidupan peribadi buat tatapan umum.

Saya perbetulkan sikit sebab isteri saya bukan golongan kerabat. Kakak dia, Sultanah Nur Zahirah dulunya seorang rakyat biasa.

“Barangkali, Sultanah sudah bergelar golongan kerabat tetapi keluarga isteri saya hanyalah orang biasa, bukan kerabat diraja sebab macam saya cakap tadi, masa kahwin dengan Sultan Mizan Zainal Abidin, baginda datang dari latar belakang orang biasa atau kebanyakan,” katanya kepada Kosmo! Online.

Nafiz, 24, ditemui Kosmo! Online pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Manggis Group di ibu negara, baru-baru ini.

Ditanya tentang bagaimana dia menyesuaikan diri bergaul dengan golongan kerabat Terengganu, kata Nafiz, pada mulanya dia berasa agak kekok namun sekarang selepas lebih setahun, dirinya sudah pandai menyesuaikan diri.

“Contohnya masa raya nak masuk istana menghadap, makan dengan keluarga, banyak benda baharu sebenarnya yang saya belajar.

“Saya agak kekok duduk dalam istana. Sekarang ini pun, saya dari istana sebenarnya (waktu ditemu bual).

“Sekarang saya dah ada anak (usia lima bulan). Kakak ipar, Sultanah Nur Zahirah, baginda suka sangat dengan anak saya. Kalau boleh, hari-hari baginda nak tengok anak saya.

“Dia cakap macam ini, ‘Nafiz, tidur je dalam istana’, sampailah baginda balik, barulah saya balik. Baginda kalau boleh nak 24/7 (setiap masa) bersama dengan anak saya,” katanya.

Ditanya tentang panggilan antara dirinya dengan Sultanah Nur Zahirah, Nafiz membahasakan baginda dengan gelaran ‘Kak Zahirah’.

“Dulu masa mula-mula kahwin, saya bahasakan diri sebagai patik dan tuanku dengan gelaran baginda. Jadi, apabila dah masuk famili, jadi ‘Kak Zahirah-Nafiz’ macam itu.

“Baginda tak nak apabila kami duduk bersama, jadi macam orang luar. Baginda tak nak benda itu. Sangat ‘best’ lah. Baginda boleh saya sifatkan seorang yang sangat merendah diri. Saya suka duduk dan lepak lama. Macam-macam benda kami boleh borak.

“Baginda pula cakap loghat Kedah walaupun seorang sultanah dari Terengganu. Sebab baginda kan asal Alor Setar, Kedah. Macam cakap seratus peratus Kedah. Kadang-kadang, saya cakap KL, baginda yang pelik,” ujarnya.

Dalam pada itu, diminta perincian tentang anak sulung, Nafiz memilih untuk tidak terlalu mendedahkan lebih tentang zuriatnya.

“Saya punya perihal peribadi, saya tak nak campur dengan hal kerja. Kalau orang nampak saya dengan anak, itu terpulang mereka.

“Masa kecil, adalah menjadi tanggungjawab saya melindungi dan mendidik anak. Dah besar nanti, dia boleh pilih sendiri jalan hidupnya,” katanya.

Terdahulu, Nafiz dan Diyana berkahwin pada 2 Januari 2021 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Majlis perkahwinan mereka turut dihadiri Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang berkenan mencemar duli. – KOSMO! ONLINE

Rabu, 18 Mei 2022

UKSB beri wang tunai kepada Ahmad Zahid setiap bulan selama 4 tahun

 Ahmad Zahid (dua, kanan) hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. FOTO Bernama

Ahmad Zahid (dua, kanan) hadir di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. FOTO Bernama

Shah Alam: Bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) mengesahkan di Mahkamah Tinggi di sini, bahawa syarikatnya menghantar wang tunai setiap bulan dalam Dolar Singapura kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dari 2014 hingga 2018 berhubung kontrak Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Harry Lee Vui Khun berkata, bayaran kepada Ahmad Zahid bermula akhir tahun 2014 dengan bayaran sebanyak SG$200,000 sebulan kemudian meningkat kepada SG$520,000 sebulan pada 2017.

"Bayaran SG$200,000 sebulan bermula pada hujung 2014 dan berterusan sehingga pertengahan 2015. Dalam tempoh itu, kami ada pergi ke rumah beliau (Ahmad Zahid) di Country Heights, Kajang dan dalam perjumpaan itu Datuk Seri Zahid (Ahmad Zahid) meminta sumbangan bulanan dinaikkan.

"Selepas berbincang dengan Wan Quoris (Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani, Pengarah UKSB) dan David Tan, kami bersetuju untuk (memberi) SG$300,000 sebulan.

"Kemudian pada 2017, Datuk Seri Zahid meminta untuk berjumpa kami berdua di kediaman peribadinya. Dalam pertemuan itu juga Datuk Seri Zahid meminta bayaran bulan dinaikkan berikutan pilihan raya umum akan diadakan.

"Selepas berbincang dengan Wan Quoris dan David Tan, kami bersetuju untuk menaikkan bayaran bulanan daripada SG$300,000 kepada SG$520,000 sebulan," katanya ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Abdul Malik Ayob pada perbicaraan kes Ahmad Zahid yang menghadapi 40 pertuduhan rasuah.

Saksi pendakwaan ke-15 itu menambah mereka bersetuju dengan jumlah itu selepas Ahmad Zahid memaklumkan bahagian Umno memerlukan bantuan kewangan.

"Dalam perbincangan, kami bersetuju untuk membayar sejumlah RM10,000 bagi setiap bahagian iaitu lebih kurang 100 bahagian Umno dan selepas pengiraan jumlah keseluruhan mencecah SG$520,000 sebulan," katanya.

Saksi pendakwaan ketiga, bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen Kementerian Dalam Negeri (KDN) Siti Jalilah Abd Manap sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Ahmad Zahid telah menyambung kontrak UKSB untuk projek VLN walaupun kontrak sedia ada masih berbaki tiga tahun lagi.

Apabila ditanya dalam soalan tambahan oleh DPP Datuk Raja Rozela Raja Toran, bolehkah anda mengingati berapa kali anda menghantar (wang tunai) dari 2014 hingga 2018?

Beliau berkata: "Proses itu 70 peratus dilakukan oleh saya...40 kali dalam tempoh empat tahun."

Raja Rozela: Bolehkah anda ingat dengan siapa anda pergi ke Country Heights, Kajang (rumah Ahmad Zahid) untuk menyerahkan wang itu?

Harry Lee: Dengan Wan Quoris dan David Tan.

Raja Rozela: Dalam kenyataan, anda berkata wang itu diserahkan sendiri oleh anda, anda pergi bersama (Wan Quoris dan David Tan) mengapa anda berbuat demikian?

Harry Lee: Saya tak pasti, dari hari pertama penghantaran sedemikian, saya hanya ikut dari hari pertama, ia adalah pertemuan empat mata (dengan Ahmad Zahid).

Beliau menambah sepanjang 40 kali penghantaran yang dilakukannya, Ahmad Zahid tidak pernah memulangkan wang itu.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB, untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan OSC di China dan Sistem VLN serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh KDN.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama telah mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Dia didakwa melakukan semua kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.

-myMetro

“Bawa Banner Besar ‘Fair Play’, Tetapi Ada Tokong” – Sanusi Turut Pertikai Masa Tambahan 10 Minit Perlawanan Liga M


Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor pada hari ini mempertikaikan tambahan masa kecederaan selama 10 minit yang diberikan pengadil membabitkan perlawanan antara Negeri Sembilan dan JDT di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada.

Menurut Sanusi masa kecederaan selama 10 minit itu adalah antara perkara yang jarang berlaku di dalam bola sepak.

Beliau berkata demikian untuk mengingatkan semua pihak agar tidak mewujudkan ‘tokong’ dalam kancah bola sepak tanah air.

Kedah Darul Aman

“Bola sepak ini bukan untuk individu [tertentu] dan tak boleh ada ‘tokong’ dalam sukan ini sampai semua nak pergi sembah dia dulu.

“Jangan ada tokong dalam bola sepak sebab bola sepak ini sukan untuk semua orang. Sebelum perlawanan, bawa banner besar tertulis ‘fair play‘ tetapi ada tokong.

“Semua nak kena tanya dia dulu. Mampuih [mampus] lagu [macam] tu. Nak main macam mana,”  katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman pada hari ini.

Sanusi kemudiannya memberikan contoh terdekat kepada perumpamaannya itu adalah ketika perlawanan membabitkan Negeri Sembilan dan JDT pada 11 Mei lalu.

“Contoh berlaku satu kejadian luar biasa dalam kancah bola sepak apabila pengadil perlawanan memberikan tambahan masa 10 minit pada babak kedua perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Negeri Sembilan FC (NSFC) pada perlawanan sebelum ini,” tambahnya lagi.

Sebagai ahli gabungan FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia), kita nak perkara menggelikan hati begini ditangani segera.

Saya rasa main bola masa tambahan paling panjang pun tujuh minit dan itu pun kalau berlaku patah kaki contohnya yang memerlukan pemain diusung keluar.

Dalam perlawanan itu patah jari pun tidak ada tetapi masa tambahan sampai 10 minit. Ini sesuatu yang ‘very rare’.

“Jangan sampai saya bercakap pula. Apa yang saya katakan ini baru permulaan dan kalau keluar semua sekali, habis.

“Saya sedang kumpulkan lagi apa benda yang patut dicakap. Saya cakap untuk kebaikan bola sepak dan kalau betul nak tingkatkan mutu bola sepak negara, perkara ‘rare’ begini perlu dilihat dengan mata terbuka,” katanya lagi.

created by inCollage

Dalam perlawanan di antara Negeri Sembilan menentang JDT pada 11 Mei lalu, perlawanan seakan-akan berakhir tanpa sebarang jaringan sehingga sepakan terakhir Fernando Forestieri yang dihasilkan pada minit ke-100 perlawanan.

Gol tunggal perlawanan itu memberi kekalahan pertama kepada Negeri Sembilan pada musim ini, dan mengekalkan rekod 100% kemenangan kepada JDT untuk membenarkan pasukan dari selatan tanah air itu terus menggungguli saingan Liga Super Malaysia (MSL) setakat ini.

Selasa, 17 Mei 2022

Berwuduk dalam keadaan tidak berpakaian, sah atau tidak?

 Untitled design (4)

HENDAKLAH mengambil wuduk dengan teratur dan sempurna mengikut rukun-rukun wuduk.

SALAH satu syarat sah solat adalah wuduk. Bukan hanya gerakan, umat Islam juga dianjurkan untuk memerhatikan adab dan etika ketika hendak menunaikan solat.

Menutup aurat merupakan hal yang sering dipertanyakan dalam Islam. Suruhan untuk menutup aurat ketika mengambil wuduk tidak ada dinyatakan sebagai satu perkara wajib atau sunat untuk dilakukan

Akan tetapi, di dalam bab mandi ada dinyatakan bahawa menutup aurat adalah satu daripada perkara sunat.

Namun begitu, ia berlainan pada keadaan mengambil wuduk atau mandi tanpa berpakaian di tempat awam, maka hukumnya jelas wajib untuk menutup aurat. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan begitu juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita.” (Hadis Riwayat Muslim)

BERWUDUK termasuk dalam perkara ibadah yang perlu disempurnakan.

Dalam sebuah lagi hadis, daripada Muawiyah bin Haidah, beliau berkata yang bermaksud: “Saya bertanya: “Wahai Nabi ALLAH, aurat kita manakah yang harus kita tutup dan manakah yang boleh kita nampakkan?” Nabi menjawab: “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba wanitamu.”

Saya bertanya: “Jika lelaki bersama lelaki?” Nabi menjawab: “Jika engkau mampu agar auratmu tidak dilihat oleh sesiapa maka (usahakan) jangan sampai ada orang yang boleh melihatnya.” Saya bertanya: “Wahai Nabi ALLAH, jika berada dalam keadaan sendirian?”

Nabi menjawab: “ALLAH lebih berhak baginya untuk malu terhadap-NYA daripada (malu) terhadap manusia”. (Hadis Riwayat al-Tirmidzi)

Menurut Mazhab Syafie, wajib kepada seseorang muslim yang berada di dalam keadaan bersendirian dan ditempat yang tertutup untuk menutup aurat.

Pandangan ini juga disokong oleh ulama dari kalangan Mazhab Hanafi dan Hanbali. Adapun begitu, dari kalangan ulama Mazhab Maliki pula, mereka menyatakan sunat untuk menutup aurat ketika berada dalam keadaan bersendirian dan ditempat yang tertutup.

Namun begitu, dibenarkan seseorang itu untuk tidak menutup aurat ketika bersendirian dengan syarat ia perlu disertakan dengan hajat seperti mandi atau untuk menyejukkan badan.

Justeru, dalam keadaan tidak memakai pakaian ketika wuduk adalah sah tetapi tidaklah dilakukan di tempat terbuka atau dilihat oleh orang lain.

Begitu juga sepatutnya seseorang Muslim hendaklah menjaga maruahnya dan tidak mendedahkan aib diri sendiri di hadapan orang lain. Walaupun sah wuduknya tetapi dia berdosa kerana mendedahkan aurat kepada orang yang haram melihatnya.


Jelaslah tidak dinyatakan sebagai perkara sunat atau wajib untuk menutup aurat ketika mengambil wuduk tetapi adalah baik untuk menutup aurat seperti yang disunatkan ketika mandi.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Sinar Harian & Pexels

-SH Online

Isnin, 16 Mei 2022

Pierre Andre ‘hilang’, bukan saya tak pernah pujuk dia – Khatijah Tan

KUALA LUMPUR : Bertahun-tahun lamanya menyepi dalam dunia seni lakon dan pengarahan, ibu kepada pelakon, Pierre Andre, Khatijah Tan, menjelaskan dia juga sudah tidak tahu cara bagaimana untuk memujuk anaknya itu untuk kembali aktif dalam industri seni.

ADVERTISEMENT

Menurut Khatijah, selama Pierre ‘menghilang’, dia juga seringkali menjadi tempat pertanyaan ramai terutama orang industri yang mencuba untuk mendapatkan kembali khidmat seni anaknya itu.

Bukan saya tak pernah pujuk dia. Lagipun ramai tanya pada saya. Ada satu ketika, saya pernah bertanya pada dia sendiri, kenapa. Dia kata bohonglah kalau dia tak rindu dengan industri seni.

“Tapi satu daripada puncanya kerana dia terlalu kecewa. Sebab, jangkaan dia terhadap industri ini terlalu tinggi dan dia orang yang sangat sensitif. Bila dia tak dapat, dia jadi merajuk dengan industri.

“Bukan saya nak puji anak, tapi sebenarnya, dia adalah orang yang sangat kreatif.Sebenarnya, banyak skrip yang dia buat, tapi dia tak nak jual pada orang kerana dia tak dapat apa yang dia nak. Mungkin juga sebab dia jumpa orang yang salah sehingga menyebabkan idea dan karyanya terbantut,”katanya.

Khatijah berkata demikian semasa ditemui di majlis tayangan perdana filem Tiga Janda Melawan Dunia di ibu kota, kelmarin.

Selain itu, kata pelakon berusia 62 tahun ini, dia juga tidak menolak bahawa Pierre mungkin mempunyai idea atau ilham yang lebih ke hadapan berbanding dengan apa yang disajikan oleh industri sekarang namun terhad kerana kekangan kewangan atau peralatan yang tidak seiring dengan karyanya.

“Dia tak dapat orang yang serasi dan faham jiwanya. Orang seni kreatif ini dengan orang yang buat bisnes, lain. Bila kita nak berkreativiti, tapi orang itu nak bisnes, dia tak akan menyatu dengan baik.

“Jadi susah dan ia buat Pierre jadi kecewa. Melainkanlah kalau Pierre ini penerbit macam Datuk Yusof Haslam misalnya. Itu lain. Mungkin hak begini yang membuatkan akhirnya dia malas dan merajuk dengan industri,”katanya.

Dalam pada itu, kata Khatijah lagi, dia yang kini menetap di Ipoh sementara Pierre pula di Ampang, Kuala Lumpur tetap berhubungan dan cuba bersama-sama membantu minat anaknya itu yang kini beralih kepada bahan kandungan di Youtube.

Kata Khatijah, menerusi saluran Andre Brothers Pictures di platform berkenaan, Pierre berkongsi cerita pelbagai bersama adiknya, Mikail Andre dan kini telah menarik banyak jumlah tontonan dan peminat.

“Saya pun ada ketika terlibat sama di saluran tersebut. Tetapi memandangkan perkongsian Pierre di situ cenderung kepada kisah-kisah mistik dan hantu, saya pun ceritalah dari sudut pengalaman buat penonton saluran itu.

“Ternyata ramai juga yang suka dengan cerita-cerita hantu yang dikongsikan. Saya pun sementara duduk di Ipoh tak ada kerja, bolehlah bantu dia buat itu,seronok juga. Sekurang-kurangnya orang yang rindu nak tengok saya, boleh tengok di situ,”katanya.

-utusanonline

SEMENTARA TARIKH PRU15 DITENTUKAN KABINET, APA JADI JIKA PINDAAN PERLEMBAGAAN UMNO TIDAK DILULUSKAN ROS?

 Meskipun UMNO telah berjaya meminda perlembagaannya melalui Perhimpunan Agung Khas semalam yang menetapkan pemilihan parti hanya akan diadakan selepas enam bulan PRU dilangsungkan, perkara itu masih tertakluk kepada kelulusan Pejabat Pendaftar Pertubuhan atau RoS.

Menurut Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, terserah kepada jabatan itu untuk menentukan kelulusannya.

“Usul itu sudah diterima sebulat suara dan selepas ini UMNO akan menulis surat kepada RoS untuk mendapatkan kelulusan.

“Itulah dari segi prosedurnya.

“Kita tidak tahulah. Kita akan hantar permohonan itu untuk dapatkan kebenaran RoS terhadap pindaan itu. Kita tunggulah, kita pun tak tahu lagi,” ujarnya.

Kata beliau, UMNO perlu menghantar surat pemakluman kepada RoS berkaitan keputusan PAU Khas itu dalam tempoh 60 hari.

Persoalan utama di sini, bagaimana jika RoS tidak meluluskan pindaan tersebut yang bermakna UMNO perlu mengadakan pemilihannya sebelum 29 Disember sebagaimana ditetapkan jabatan itu sendiri sebelum ini?

Yang dirisaukan saja kerana pindaan itu dilakukan “di masa kecederaan” iaitu ketika tempoh pemilihan sedang ditangguhkan selama 18 bulan, malah menteri yang menjaga RoS iaitu Menteri Dalam Negeri juga merupakan musuh kepada UMNO.

Jika tidak diluluskan, apa pilihan yang ada pada UMNO selain akur untuk mengadakan pemilihan pada tahun ini juga?


Di samping itu, berkenaan kaitan pindaan perlembagaan tersebut dengan tarikh PRU15, Ismail Sabri menegaskan, ia sama sekali tidak mempengaruhi perkara itu.

Ini kerana katanya, penentuan tarikh PRU15 perlu dibawa dan dibincangkan dalam mesyuarat kabinet terlebih dahulu untuk mendapatkan persetujuan.

“Tarikh PRU itu ditetapkan oleh kerajaan dengan keputusan dari mesyuarat Kabinet.

“Kita akan bawa dalam Kabinet. Sementara parti berbeza dengan kerajaan.

“Parti pun tahu, kalau ada cadangan (untuk diadakan PRU) ia akan dibawa ke Kabinet dan Kabinet yang memutuskan.

“Kalau pun Kabinet sudah memutuskan tarikh, Kabinet akan beri mandat kepada saya untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong,” tambahnya lagi.

Ditanya, bila dijangka Parlimen akan dibubarkan, Ismail Sabri berkata, “kita tunggulah, kalau saya bagi tahu, maknanya semua sudah tahu awallah.”

Agak-agak cemas tak Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sekarang ini? -ShahbudinHusin 16/05/2022.

-wrlr

Khamis, 12 Mei 2022

Ajinomoto:Anda guna atau tidak?

 AJINOMOTO 

Salah seorang pegawai Ajinomoto menerangkan mengenai produk yang turut dihasilkan syarikat tersebut.

RAMAI antara kita, takut untuk menggunakan produk penambah perasa Monosodium Glutamat (MSG) seperti Perencah Umami Ajinomoto dalam masakan kerana sering dimomokkan kesan negatifnya kepada kesihatan.

Sehinggakan ada yang mengharamkan produk itu berada di dapur rumah mereka.

Antara yang selalu kita dengar akibat kesan produk ini seperti kepala cepat botak, kepala pening, cepat berasa haus dan paling digeruni penyebab kanser.

Bagaimanapun, sekiranya produk ini banyak memberi kesan negatif kepada kesihatan, mustahil syarikat dan jenama Ajinomoto yang terkenal dengan MSG ini kukuh dan terus berkembang sehingga kini.

Tidak ada pula sesiapa yang pernah mengalami kesan dinyatakan tampil membuat sebarang tindakan atau mengeluarkan kenyataan berkaitan kesan negatif pengambilan MSG tersebut.

Sebenarnya segala tohmahan dan kata-kata dimomokkan selama ini adalah tidak benar sama sekali dan ia hanya mitos semata-mata.

Berkesempatan mengikuti lawatan ke Infoseum Ajinomoto yang terletak di kilang terbesarnya di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur baru-baru ini, pada program Ajinomoto Media Gathering 2017-Exploring The Wonders of Umami, pelbagai perkongsian diberikan mengenai produk jenama tersebut.

Paling menarik apabila ke sudut Info mengenai mitos sering dikaitkan dengan MSG. Persoalan MSG, terutama punca dahaga tiada bukti saintifik bahawa kehausan berkaitan fungsi sodium dalam pengawalan keseimbangan bendalir badan.

Kehausan akan berlaku apabila mengambil sodium berlebihan. Walaupun MSG mengandungi sodium tetapi kandungannya hanya 12 peratus berbanding sodium dalam garam biasa iaitu 40 peratus.

Makanya, lebih baik mengambil MSG seperti Ajinomoto dalam masakan berbanding garam kerana kandungan sodium tinggi punca anda cepat berasa haus.

Malah tiada juga bukti saintifik mengatakan MSG menyebabkan keguguran rambut dan migrain.

Selain itu, ada mitos yang selalu didengari, MSG terhasil daripada bahan kimia. Namun realitinya, MSG dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi seperti ubi kayu atau tebu melalui proses penapaian, proses sama untuk menghasilkan tapai, kicap soya, cuka dan dadih.

Bantu masalah kesihatan

Berpeluang menelusuri sejarah Umami Ajinomoto, ia bermula sejak 1909, di mana ketika itu, seorang ahli sains Jepun, Profesor Kikunae Ikeda mengenal pasti glutamat sebagai punca rasa enak yang dibuat daripada rumpai laut pada 1908.

Beliau menamakan rasa itu sebagai umami. Seterusnya, Ikeda mempelajari cara mengasingkan glutamat untuk menghasilkan penambah perisa, MSG.

Ajinomoto dipasarkan di Jepun pada 1909 dan kini lebih 100 tahun di seluruh dunia. Ia memasuki pasaran Malaysia pada 1965, Ajinomoto (Malaysia) Berhad dan mempunyai lapan cawangan di negara ini.  

Pasti anda tertanya apa itu glutamat dan umami? Glutamat merupakan sejenis asid amino yang boleh ditemui di dalam kebanyakan makanan semula jadi termasuk susu ibu. Glutamat adalah komponen utama MSG, di mana ia mempunyai satu fungsi unik berupaya memberi rasa umami dalam makanan.

Sementara umami pula dikenali secara saintifik sebagai rasa asas kelima selain rasa manis, masam, masin dan pahit. Umami rasanya seperti daging dan ia datang daripada makanan yang kaya glutamat.

Kebaikan Perencah Umami Ajinomoto pula, bantu melazatkan makanan, tingkatkan selera makan dan galakkan pengambilan nutrien bagi kanak-kanak dan warga emas serta kurangkan risiko tekanan darah tinggi termasuk masalah kesihatan lain dengan mengurangkan 30 peratus pengambilan sodium.

Keselamatan terbukti

Mengenai keselamatan produk pula, berdasarkan penilaian Pertubuhan Biologi Ujikaji Amerika Syarikat, MSG diklasifikasikan bawah kategori Secara Umumnya Diiktiraf Selamat (GRAS).

Ia diakui Pakar Nutrisi yang juga Presiden Persatuan Nutrisi Malaysia, Dr Tee E Siong yang turut berkongsi kelebihan umami dan MSG dalam   ceramahnya, Malaysia Diet.

E Siong berkata, dengan hanya sedikit MSG atau penambah perasa umami, pengambilan garam boleh dikurangkan sehingga 30 peratus, pada masa sama keenakan makanan terus dikekalkan.

Fakta keselamatan Umami Ajinomoto itu juga disokong Chef terkenal, yang juga Pengarah Akademi Latihan Kulinari, Chef Bernard Lee, ketika melakukan demonstrasi masakan pada program tersebut.

Bernard berkata, sebaiknya diletakkan terlebih dahulu MSG dalam masakan, sebelum meletakkan garam. Beliau akui banyak kelebihan dan manfaat MSG daripada umami yang sebelum ini kurang diketahui.

Ajinomoto Dengan Gula , Bahaya Lagi Gula .


#ParitBuntarIsMyHometown #Info #StaySafe

Selasa, 10 Mei 2022

Dibelenggu kecederaan dan prestasi ‘turun naik’, KDA FC bakal terima muka baharu

 

Dibelenggu kecederaan dan prestasi ‘turun naik’, KDA FC bakal terima muka baharu

PASUKAN Kedah Darul Aman (KDA) FC bakal menerima beberapa muka baharu ketika tingkap perpindahan bermula pada 28 Mei ini, demikian kata Ketua Eksekutif KDAFC Khamal Idris Ali.

Kedah yang telah mengalami kekalahan berturut-turut ketika bertemu Sabah FC di Kota Kinabalu dan Melaka United FC di Stadium Darul Aman tidak mahu bersabar lagi dengan barisan pemain yang cedera dan juga para pemain yang gagal beraksi dengan prestasi seperti yang diharapkan oleh pegawai KDAFC.

“Kemungkinan besar kita akan mengemukakan tiga pemain import baharu bagi menggantikan Dennis Buschening yang cedera dan terpaksa mengambil masa enam bulan untuk kembali pulih serta dua lagi pemain import yang gagal beraksi seperti yang diharapkan oleh kita.

“Ketika ini saya tidak lagi mahu sebut nama kedua pemain yang kemungkinan besar bakal ditamatkan kontrak mereka tetapi kita dapat menyaksikan prestasi mereka pada tujuh perlawanan yang berlalu.

“Bukan setakat barisan pemain import malah beberapa pemain tempatan yang kerap cedera dan gagal bereaksi dengan keupayaan sebenar juga kemungkinan besar bakal meninggalkan pasukan Kedah,” ujar Khamal ketika dihubungi FLASH SUKAN.

Malam ini pasukan Kedah akan bertemu PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan semua pemain bakal mendapat peluang sekali lagi untuk meningkatkan prestasi mereka.

“Setelah dua kekalahan berturut-turut kita tidak mampu mengalami kekalahan lagi kerana ini akan menyukarkan lagi usaha kita berada di dua tempat teratas Liga Super.

“Ketika ini kita berada di tempat keempat pada tangga Liga Super dan beberapa pasukan berada di bawah kita hanya beraksi empat perlawanan dan kemenangan di raih oleh pasukan ini pasti akan memastikan kita turun lagi pada tangga liga.

Penyokong-penyokong setia Sang Kenari juga turut mengharapkan kebangkitan KDA FC.

“Saya yakin ketua jurulatih Aidil Sharin akan melakukan terbaik untuk mengembalikan keyakinan barisan pemain Kedah untuk mengecewakan PJ City malam ini.

“Barisan pemain Kedah kini perlu peka dengan keadaan dan kedudukan mereka pada tangga liga hanya prestasi yang lebih meyakinkan sahaja mampu memastikan mereka pulang dari Petaling Jaya FC dengan tiga mata penuh.

“Saya juga yakin barisan pemain yang bakal beraksi pada perlawanan malam ini mengetahui apa yang perlu mereka lakukan dan juga harapan ribuan peminat pasukan yang akan membanjiri stadium MBPJ,” kata Khamal yang akan turut berada di stadium malam ini,” tambahnya.


-flashsukan.com.my