Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Blend bahan diatas dgn sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.
Masukkan bahan dibawah dan reneh sehingga ayam betul2 masak (udang letak lambat sikit)
2sb sos cili
2sb sos tiram
Ayam&udang
1sb chicken stock powder
Gula&garam
500ml air
Lepas tu boleh la adjust rasa kuah ikut selera masing2. Then, masukkan 2sb Kacang tanah (disangai tanpa minyak & tumbuk halus).
Bila dah cukup rasa baru boleh pecahkan telur tapi kacau manja2 jer tau. Masukkan sayur (ikut suka) sawi, carrot, bunga kobis, tomato. Lastly bancuh 2sb tepung jagung dgn air biasa dan masukkan kedalam kuah tadi. Dah siap.
Boleh guna mee kuning @ yee mee. Hidangan utk 2 orang.
Isu seorang ulama berpengaruh yang didakwa berhibur di kelab malam terus diperkatakan setelah satu video tular di media sosial, bagaimanapun sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan atau penafian daripada ulama terbabit.
Selagi tidak ada sebarang penafian yang dikeluarkan oleh figura terbabit selagi itulah orang ramai dan netizen akan terus membuat bermacam-macam spekulasi.
Dr Abdel Rahmanov melalui tulisan di Facebook mencadangkan agar figura terbabit tampil membuat penjelasan tentang video yang sedang tular ketika ini.
“Figura berkenaan perlu membuat penjelasan tentang video itu dan jangan berdiam diri. Jangan biarkan orang ramai membuat spekulasi,” kata beliau.
Berikut adalah kenyataan Abdel Rahmanov yang juga merupakan Penasihat Syariah dalam Kewangan Islam.
Sekarang kecoh video seorang figura berada di sebuah disko. Seorang ustaz selebriti kata figura dan team dia menyebarkan risalah dakwah.
Video ulama berpengaruh yang didakwa berhibur di kelab malam sedang tular
Kita tidak pasti kesahihan video itu jadi Kita tidak perlu komen lebih-lebih. Zaman sekarang dengan teknologi ‘ deep fake’, boleh buat video macam- macam.
Sumber kata bukan Disko tetapi sebuah bar hotel atau night club (kelab malam) di kuala lumpur. Kelab malam bukan disko tetapi biasanya ada disediakan minuman keras dan ia tempat lepak eksklusif lelaki perempuan. Perkara ini sedia maklum. Kelab malam, Hotel bar atau Disko tidak sama dengan café atau kedai kopi.
Figura berkenaan perlu membuat penjelasan tentang video itu dan jangan berdiam diri. Jangan biarkan orang ramai membuat spekulasi.
Kita sepatutnya menjauhkan diri daripada tempat maksiat. Amat malang lagi jika kita duduk lepak di tempat maksiat. Adakah berdakwah perlu sampai tahap begitu?
Orang yang terlibat dalam bidang dakwah terutama yang dinobatkan sebagai Ilmuan agama perlu menjaga penampilan diri. Mereka adalah duta kecil agama di mata masyarakat. Dunia media sosial amat kejam. Berhati-hati lah.
Jangan semua isu kita mahu dikaitkan dengan Wahabi. sikit- sikit Wahabi. Macam tidak ada benda lain ke dalam dunia ini melainkan Wahabi.
Ada orang berhujah bahawa Imam Hasan Al-Banna pun masuk disko untuk berdakwah.
Sebenarnya Imam Hasan Al-Banna masuk ke “maqha” iaitu kedai kopi Arab mesir. Kedai kopi Arab lebih kurang kedai kopi kat kampung-kampung di Malaysia. Di sana ada meja, kerusi. Kadang- kadang ada hookah shisha. Ini kedai kopi arab yang saya lihat di mesir. Jauh sekali berbeza dengan disko. Jadi jangan berhujah dengan cerita Imam Hasan Al-banna. Dalam Usul fiqh, kita sebut “Qiyas ma’al fariq!” Iaitu perbandingan yang tidak benar.
orang yang dilantik menjadi pakar rujuk agama juga perlu mempunyai latar belakang pengajian agama Islam yang kuat dan mantap.
Sarjana dalam bidang “Skolastic philosophy” (falsafah skolastik) dan “history of science”(sejarah sains) tidak bermakna orang itu mahir dalam agama Islam. Skolastik ialah aliran falsafah di kalangan pemikir Kristian pada abad pertengahan.
Kebatilan sifatnya rapuh dan pasti akan hancur. Kebenaran pasti akan muncul! Salam hormat.
Foto yang dirakamkan pada 26 Ogos 2021 menunjukkan ahli keluarga meratapi kematian mangsa COVID-19 di tanah perkuburan Surabaya, Indonesia. - Foto AFP
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pandemik COVID-19 meragut hampir 15 juta nyawa di seluruh dunia dalam tempoh dua tahun mulai 2020.
Anggaran itu hampir tiga kali ganda daripada jumlah kematian yang dikaitkan secara rasmi dengan penyakit berkenaan.
Anggaran yang sudah lama ditunggu mengenai jumlah kematian disebabkan oleh wabak itu termasuk nyawa yang terkorban akibat kesannya, akhirnya meletakkan angka pada kesan krisis yang lebih luas.
Angka itu memberikan gambaran yang lebih realistik mengenai pandemik terburuk dalam satu abad, yang dianggarkan membunuh kira-kira satu daripada 500 orang di seluruh dunia dan terus meragut ribuan nyawa setiap minggu.
"Jumlah kematian yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung dengan pandemik COVID-19 antara 1 Januari 2020 dan 31 Disember 2021 adalah kira-kira 14.9 juta (julat 13.3 juta hingga 16.6 juta)," menurut agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.
Angka itu sangat sensitif jika melihat cara WHO memikirkan pengendalian krisis oleh pihak berkuasa di seluruh dunia, dengan beberapa negara, terutamanya India.
Kematian akibat COVID-19 yang dilaporkan India bagi tempoh 2020-21 adalah 481,000, tetapi WHO menganggarkan penyakit itu mengorbankan 3.3 juta hingga 6.5 juta nyawa.
"Kita perlu menghormati nyawa yang terkorban secara tragis, nyawa yang hilang dan kita mesti bertanggungjawab terhadap diri kita dan penggubal dasar kita," kata Ketua Data WHO, Samira Asma pada sidang media.
Bagaimanapun New Delhi membidas data yang meletakkan angka itu 10 kali ganda daripada catatan rasmi negara itu.
WHO menganggarkan kira-kira 4.75 juta kematian di India sejak 2020 boleh dikaitkan dengan krisis itu, sama ada secara langsung daripada COVID-19 atau secara tidak langsung melalui kesan pandemik yang lebih meluas terhadap sistem kesihatan dan masyarakat.
Angka yang disebut sebagai kematian berlebihan, dikira sebagai perbezaan antara jumlah kematian yang berlaku dan jumlah yang dijangkakan jika tiada wabak itu, berdasarkan data dari tahun-tahun sebelumnya.
Kematian berlebihan termasuk kematian secara langsung disebabkan oleh penyakit COVID-19, dan secara tidak langsung akibat kesan pandemik terhadap sistem kesihatan dan masyarakat.
Ia juga faktor kematian yang dielakkan ketika wabak, seperti risiko kematian yang lebih rendah berkaitan kerja atau kemalangan jalan raya.
WHO mengisytiharkan COVID sebagai kecemasan kesihatan awam antarabangsa pada 30 Januari 2020, selepas kes koronavirus baharu merebak ke luar China.
Negara-negara di seluruh dunia melaporkan 5.42 juta kematian COVID-19 kepada WHO pada 2020 dan 2021 – angka yang kini berjumlah 6.24 juta, termasuk kematian pada 2022.
Organisasi yang berpangkalan di Geneva itu telah lama berkata jumlah sebenar kematian akan jauh lebih tinggi daripada hanya kematian yang direkodkan akibat jangkitan COVID-19.
Kematian yang dikaitkan secara tidak langsung dengan pandemik itu adalah disebabkan oleh keadaan lain yang menyebabkan orang ramai tidak mendapatkan rawatan kerana sistem kesihatan terbeban akibat krisis.
Itu mungkin termasuk kelewatan operasi pembedahan, atau kemoterapi untuk pesakit kanser.
WHO berkata bahawa kebanyakan lebihan kematian iaitu 84 peratus tertumpu di selatan dan tenggara Asia, Eropah dan Amerika.
Malah, 10 negara sahaja menyumbang 68 peratus daripada semua lebihan kematian iaitu Brazil, Mesir, India, Indonesia, Mexico, Peru, Russia, Afrika Selatan, Turki dan Amerika Syarikat.
Negara berpendapatan tinggi menyumbang 15 peratus daripada lebihan kematian; negara berpendapatan sederhana atas 28 peratus; negeri berpendapatan sederhana rendah 53 peratus; dan negara berpendapatan rendah empat peratus.
Jumlah kematian global lebih tinggi bagi lelaki berbanding wanita - 57 peratus lelaki dan 43 peratus perempuan dengan 82 peratus daripada lebihan kematian dianggarkan adalah orang yang berumur lebih 60 tahun.
WHO juga percaya secara umumnya, enam daripada 10 kematian di seluruh dunia tidak direkodkan secara rasmi. - AFP
Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan akan memimpin kumpulan ‘dwipartisan’, Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Kumpulan “dwipartisan” yang dipimpin Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hanya akan menjadi “ancaman sebenar” kepada PAS di Kelantan, jika ia mendapat sokongan Umno, kata penganalisis.
“Jika ia hanya Tengku Razaleigh sendiri, maka PAS tidak perlu terlalu risau,” kata Azmi Hassan dari Akademi Nusantara mengenai pembentukan sebuah kumpulan dikenali sebagai Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan.
Beliau berkata, jika Umno bekerjasama dengan kumpulan itu, ia mempunyai peluang lebih baik untuk menjatuhkan PAS berbanding ia berusaha sendiri.
“Tengku Razaleigh mempunyai pengaruh besar di Kelantan. Jadi, jika beliau boleh meyakinkan Umno untuk bekerjasama dengan Amanah hanya di Kelantan, maka kumpulan ini akan menjadi sangat berpengaruh bukan hanya dalam masyarakat sivil, tetapi dari segi politik juga,” katanya.
Khamis lalu, Tengku Razaleigh yang lebih dikenali sebagai Ku Li, dilaporkan akan memimpin kumpulan itu. Ia terbuka bukan hanya kepada parti politik, tetapi juga badan bukan kerajaan (NGO). Ini menyusul pertemuan Tengku Razaleigh dengan pemimpin Amanah Kelantan selepas majlis berbuka puasa baru-baru ini.
James Chin dari University of Tasmania pula kurang optimis mengenai peluang kumpulan itu menyingkirkan PAS di Kelantan dan menyifatkan ia hanya “platform untuk Tengku Razaleigh mendapatkan semula pengaruhnya”.
“Walaupun beliau kekal berpengaruh di Gua Musang, beliau telah hilang sebahagian besar pengaruhnya di Kelantan secara keseluruhannya. Kebanyakan orang menganggap zamannya sudah berlalu,” katanya kepada FMT.
“Saya tidak nampak sesiapa yang menumbangkan PAS, tetapi jika ia akan ditumbangkan, ia perlu dilakukan Umno dan bukan orang lain.”
Beliau berkata, Umno bagaimanapun tidak dapat menarik perhatian pengundi Kelantan kerana ia tidak mempunyai “calon yang tepat”.
“Umno sentiasa mempunyai masalah mencari calon atau pemimpin sesuai untuk menarik perhatian rakyat Kelantan,” katanya sambil menambah budaya politik Kelantan berbeza dengan negeri lain.
Anantha Raman Govindasamy dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkongsi pandangan sama dengan berkata, sebarang gabungan baharu yang dibentuk tidak mampu mencetuskan gelombang dalam landskap politik Kelantan pada pilihan raya umum ke-15.
Katanya, Amanah sebagai kumpulan serpihan PAS, perjalanannya masih jauh untuk mendapatkan sokongan rakyat Kelantan.-FMT
Sekumpulan pelanggan CIMB memfailkan semakan kehakiman kerana Bank Negara enggan melayan aduan mereka atau memberikan kemas kini berhubung aduan mereka.
GEORGE TOWN: Sekumpulan 56 pemegang akaun CIMB Bank memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah mahkamah supaya Bank Negara (BNM) memberikan butiran siasatannya berhubung ralat kredit penduan membabitkan CIMB awal tahun ini.
Mereka memohon perintah daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memaksa bank pusat itu memberikan maklumat terkini siasatan ke atas CIMB dan menjelaskan kenapa berlaku kelewatan dalam siasatan.
Satu permohonan semakan kehakiman difailkan hari ini. Mereka yang terjejas juga meminta perintah mahkamah supaya BNM memulakan siasatan ke atas CIMB berhubung ralat kredit pendua dalam tempoh tiga hari selepas perintah mahkamah dikeluarkan.
Peguam Nazmi Zaini ketika dihubungi berkata, plaintif memfailkan semakan kehakiman kerana BNM enggan melayan aduan mereka atau memberikan kemas kini berhubung aduan mereka.
Beliau berkata, pemegang akaun mengharapkan BNM tidak akan bertindak secara tidak adil dengan enggan menyiasat aduan mereka kerana mereka terus mengalami kemudaratan tidak dapat dipulihkan daripada proses mendapatkan semula hutang yang dilakukan bank, antara lain.
Semakan kehakiman penting kerana BNM menyatakan CIMB perlu memastikan ‘langkah pemulihan yang diambilnya tidak akan membebankan pelanggan, khasnya mereka yang tidak menyedari lebihan wang telah mengalir ke akaun mereka’,” katanya kepada FMT.
Februari lalu, CIMB dilaporkan berkata, ralat pemprosesan berkaitan perkhidmatan kiriman wang pihak ketiga menyebabkan pemindahan dibuat kepada pelanggan diproses dua kali secara tidak sengaja.
Bank itu kemudiannya berkata, ia cuba mendapatkan semula jumlah pendua itu, tetapi menafikan dakwaan salah laku dan akan mempertahankan dirinya.
CIMB berkata, akibat kredit pendua itu, pemegang akaun “diperkaya secara tidak adil” dan tidak memaklumkan bank berhubung jumlah pendua dalam akaun mereka.
Katanya, ia dibenar mendapatkan semula jumlah pendua itu kerana ia berhak secara sah dan kontrak untuk berbuat demikian.
Sehingga kini, 3,621 pelanggan atau entiti menyaman CIMB atas kecuaian menerusi tiga saman berasingan.
Hakim Perancis mendakwa syarikat pertahanan Thales kerana bersubahat dalam rasuah berhubung penjualan kapal selam pada 2002 kepada Malaysia, sumber rapat dengan siasatan kes itu memberitahu AFP pada Selasa.
Kes yang sudah lama berlarutan berhubung dakwaan sogokan tersebut dibuka pada 2010 di mana ia turut dikaitkan dengan bekas perdana menteri Malaysia, Najib Razak.
Najib memegang jawatan menteri pertahanan ketika perjanjian bernilai AS$1.2 bilion bagi pembelian dua kapal selam Scorpene dan satu kapal selam Agosta ditandatangani bersama unit DCN pertahanan laut Perancis yang kini menjadi sebahagian dari Thales.
Rakan sekutu Najib, Abdul Razak Baginda bertindak sebagai penasihat dalam perjanjian tersebut.
Beliau dituduh menggelapkan sogokan sebanyak lebih 114 juta euro (AS$121 juta) di bawah senarai “kerja-kerja rundingan” melalui sebuah syarikat di mana beliau merupakan pemegang saham terbesarnya.
Wang tersebut kemudiannya didakwa diberikan kepada Najib, yang kini berdepan kes rasuah sebaik sahaja pentadbiran kerajaan pimpinannya ditumbangkan pada pilihan raya umum (PRU) 2018.
Razak Baginda didakwa di Perancis pada 2017, sementara Najib disoal siasat oleh badan pencegahan rasuah Malaysia.
Secara keseluruhan, sembilan defendan termasuk Thales disenaraikan dalam pendakwaan tersebut dan siasatan ditutup pada Januari 2022, kata sumber itu.
Selain Thales, bekas pengerusi DCN International Philippe Japiot, bekas ketua eksekutif Thales Jean-Paul Perrier dan dua bekas eksekutif lain adalah antara defendan yang disenaraikan dalam pertuduhan itu.
Keempat-empat mereka menafikan wujud salah laku dalam rundingan tersebut sementara kerajaan Malaysia pula berkata kontrak tersebut bebas daripada unsur rasuah.
Ketika dihubungi AFP, Thales berkata “ia menentang sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.”
Pendakwa raya dari pejabat jenayah kewangan Perancis kini menyerahkan proses seterusnya kepada hakim, di mana beliau akan memutuskan sama ada kes itu akan dibicarakan di mahkamah atau tidak, walaupun rayuan berhubung kes itu difailkan pada Mei 2021 ~ MalaysiaNow
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman tiba untuk memberi keterangan dan merakamkan percakapan berkaitan klip video muzik sempena Aidilfitri yang menimbulkan kontroversi di SKMM Cyberjaya.
CYBERJAYA: Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, merayu semua pihak tidak mengaitkan ahli keluarganya dalam isu video Aidilfitri mencolok mata yang dilakonkannya baru-baru ini.
Beliau juga turut memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu.
"Saya memohon maaf kepada masyarakat yang tersinggung dengan lagu saya, video saya dan saya nak minta maaf banyak-banyak.
"Saya memohon supaya jangan babitkan keluarga saya, mak saya. Mak saya sedang mengerjakan umrah. Jangan salahkan isteri saya kerana dia tidak bersalah.
"Jangan salahkan bonda, bonda tidak bersalah," katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) Cyberjaya.
Terdahulu, Aliff Syukri yang tiba di SKMM pada jam 9.58 pagi tadi, memberi keterangan hampir lima jam bagi membantu siasatan berhubung klip video muzik sempena Aidilfitri yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan.
Aliff Syukri berkata, beliau berterima kasih dengan pihak SKMM dan beliau sudah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, semalam dilaporkan berkata satu kertas siasatan dibuka mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan.
Penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata.
Ini bukan kali pertama Aliff Syukri terpalit dengan kontroversi berikutan beliau pernah tampil dengan satu klip video muzik bertajuk 'Bobo di mana?' pada 2018 yang memaparkan dua individu transgender berpakaian mencolok mata.
Tindakan itu turut mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk ibunya sendiri yang juga usahawan, Rozita Ibrahim.
Kuala Lumpur: Diskaun harga sehingga 50 peratus serta tol percuma akan diberikan kepada pengguna lebuh raya utama negara bermula 12 tengah malam Sabtu ini hingga 11.59 malam, 1 Mei depan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu diputuskan kerajaan selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya.
"Kerajaan bersetuju memberikan diskaun dan tol percuma kepada Keluarga Malaysia yang pulang ke kampung sempena Aidilfitri, 3 Mei ini.
"Secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun ini membabitkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati pengguna sebanyak RM77.11 juta.
"Jumlah manfaat ini akan ditanggung kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, pemberian tol percuma akan membabitkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (Plus) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara dan selatan serta Anih Berhad (Anih) yang menghubungkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) kepada semua kelas kenderaan.
"Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pemberian tol percuma di Lebuhraya Utara dan Selatan dan LPT juga akan diberikan untuk pengguna yang akan pulang semula ke kediaman masing-masing bermula 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 hingga jam 11.59 malam pada 8 Mei 2022 kepada semua kelas kenderaan.
"Tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan.
"Diharapkan dengan pemberian tol percuma dan diskaun tol sempena perayaan Aidilfitri pada tahun ini akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama-sama orang tersayang," katanya.
Menurutnya, keputusan kerajaan itu juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutama golongan berpendapatan rendah.
"Pada masa yang sama, saya berharap kita sebagai Keluarga Malaysia dapat bertoleransi dan sentiasa bersabar dengan kehadiran jutaan kenderaan di lebuh raya sepanjang musim perayaan yang bakal tiba ini.
"Pandulah dengan cermat dan sentiasa berhati-hati di jalan raya," katanya.
Tangkap layar daripada siaran TikTok secara langsung oleh seorang pegawai polis wanita ketika melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan yang mengundang kecaman.
KUALA LUMPUR: Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) diarah menyiasat mengenai video yang tular di media sosial mengenai siaran langsung oleh seorang pegawai polis wanita yang didakwa dilakukan sewaktu serbuan di sebuah pusat hiburan.
Arahan itu dikeluarkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain, yang turut mengesahkan pihaknya kini sedang meneliti bila dan di mana siaran langsung itu dilakukan.
"Saya sudah arahkan JIPS untuk ambil tindakan terhadap pegawai terbabit termasuk memanggilnya bagi mendapatkan kenyataan berhubung tindakannya membuat siaran secara langsung semasa operasi itu.
"Kita juga ingin mengetahui motif dan tujuan sebenarnya membuat rakaman menerusi akaun TikTok itu," katanya.
Terdahulu, seorang pegawai polis wanita berpangkat Asisten Superintendan (ASP) dikecam selepas membuat rakaman video secara langsung menerusi aplikasi TikTok semasa melakukan serbuan.
Video berdurasi seminit 38 saat itu dipercayai sewaktu menjalankan pemeriksaan ke atas sebuah pusat hiburan bersama beberapa pegawai dan anggota lain.
Razarudin berkata, satu arahan berhubung penggunaan media sosial dalam kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutama membabitkan aplikasi TikTok akan dikeluarkan JIPS hari ini.
"JIPS tidak akan berkompromi dalam perkara ini dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya benar pegawai terbabit mempunyai motif merakam video berkenaan semata-mata mengumpulkan pengikut laman sosial akaun TikTok miliknya," katanya.
Pada Ogos 2020, PDRM pernah mengeluarkan arahan melarang pegawai kanan dan pegawai rendahnya memuat naik perkongsian peribadi semasa berpakaian seragam di platform media sosial.
Dalam larangan berkenaan, Bukit Aman memandang serius tindakan pegawai dan anggotanya merakam, memuat naik video tarian dan lain-lain aksi semasa berpakaian seragam menerusi platform media sosial seperti Youtube, Whatsapp, TikTok dan aplikasi lain bagi tujuan untuk menarik perhatian dan mendapat tontonan yang tinggi oleh masyarakat dan netizen.
Dalam perkara sama, tujuan larangan itu dikeluarkan bagi mengelak isu persepsi negatif dan mengundang pelbagai kritikan yang boleh menjatuhkan imej PDRM.
Tabiat atau aktiviti memuat naik video tidak wajar dilakukan pegawai atau anggota polis semasa berpakaian seragam dalam waktu bertugas atau selepas bertugas kerana pakaian berkenaan adalah kebanggaan pasukan dan haruslah digunakan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Tangkap layar video yang dikongsikan Hakim apabila dia menerima sepucuk surat daripada seseorang selepas selesai mengimamkan solat tarawih.
PETALING JAYA – Seorang imam, Hakim Arrazali berkongsi kisah di mana dia telah menerima sepucuk surat ‘pinangan’ dari seseorang selepas selesai mengimamkan solat tarawih.
Surat yang lengkap di dalam sampul tersebut diletakkan di dalam raga motornya.
Walaubagaimanapun, dia mengakui terkejut apabila menerima surat seperti itu tanpa disangka-sangkanya.
Dalam sebuah video yang dimuat naik di media sosial, Hakim menanyakan kepada imam-imam lain tentang sekiranya mereka juga pernah menerima surat seperti ini.
“Nak tanya, imam-imam tarawih pernah dapat macam ini tak,” katanya.
Lebih menarik perhatian ramai adalah mengenai isi surat tersebut dan diselitkan juga wang kertas RM50 di dalam sampul berkenaan.
“Assalamualaikum ya akhi (abang), saya masih mencari bakal imam, jika akhi sudi,” tulis surat tersebut.
Pengirim itu juga turut meninggalkan nombor telefon agar mudah untuk dihubungi kelak.
Namun, di ruangan komen videonya, Hakim menegaskan untuk tidak sewenang-wenangnya mainkan atau menerima perasaan seseorang sekiranya belum bersedia untuk berkahwin.
Kalau ada yang dapat macam ini, gunalah cara yang halal (menikah), jangan sesekali guna cara haram (bercinta),” pesannya.
Dalam pada itu, pelbagai reaksi turut diberikan oleh orang ramai dan rata-ratanya terhibur dengan kisah yang dikongsikan.
“Suara imam sedap sangat masa baca surah waktu solat tarawih, sebab itu ada yang jatuh hati nak kenal,” komen seorang pengguna.
“Imam muda, kacak macam ini aku pun cair,” seloroh pengguna lain. – KOSMO! ONLINE