"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Ahad, 24 April 2022

Aidilfitri : Cuti 9 hari diumumkan buat penjawat awam

 

Aidilfitri : Cuti 9 hari diumumkan buat penjawat awam. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (CSC) Kuwait mengumumkan cuti Aidilfitri akan bermula pada 1 Mei dan berakhir pada 5 Mei.

Semua kementerian dan pihak berkuasa negeri akan menyambung semula kerja pada 8 Mei, kata CSC dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa negeri yang mempunyai waktu bekerja khas harus mengatur masa kerja mereka dengan cara yang dapat memenuhi kepentingan awam, tambahnya.

Pakar dan pusat astronomi di Kuwait telah sebulat suara bersetuju bahawa bulan Ramadan akan menyempurnakan 30 hari berpuasa dan sewajarnya, hari pertama Aidilfitri adalah pada 2 Mei, lapor media tempatan.

Sejak 29 dan 30 April jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu, kakitangan kerajaan akan mendapat manfaat daripada cuti Aidilfitri yang panjang selama 9 hari.

Mesir telah mengumumkan cuti sembilan hari untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Hari Pekerja.

Aidilfitri : Cuti 9 hari diumumkan buat penjawat awam.

Rehat akan bermula dari Sabtu, 30 April, dan berlangsung sehingga Khamis, 5 Mei. Perdana Menteri Mostafa Madbouly membuat pengumuman itu pada hari Isnin.

Madbouly juga mengumumkan bahawa Isnin, 25 April, akan menjadi cuti bergaji untuk kakitangan sektor awam untuk meraikan ulang tahun Hari Pembebasan Sinai dan Sham El-Nessim.

Keputusan itu terpakai kepada kementerian, badan kerajaan, kemudahan awam, majlis perbandaran, perusahaan awam dan syarikat sektor perniagaan awam.

-Info Rakyat

Rabu, 20 April 2022

Koleksi Resepi:Nasi Mandy Ayam

 NASI MANDY AYAM



2 cawan beras jasmine pusagold

6-7 ketul ayam - rebus separa masak (simpan air rebusan ayam)

Sedikit serbuk kunyit

Garam dan gula secukup rasa

Lada hitam

Sedikit serbuk jintan manis

Sedikit serbuk jintan putih

Sedikit serbuk kerutuk (anggaran tidak sampai suku sudu)

Telur rebus


Bahan tumis :

1/2 biji bawang besar - hiris

4 ulas bawang putih (tidak perlu hiris)

6 biji cili padi hijau

5 biji buah pelaga

3 kuntum bunga cengkih

1 kuntum bunga lawang

10 biji lada putih


1. Rebus ayam bersama sedikit serbuk kunyit, gula, garam, lada hitam dan air secukupnya hingga 60% masak. Simpan air rebusan ayam.


2. Dalam periuk berlainan tumis bawang besar, bawang putih, cili padi bersama rempah 4 sekawan hingga sedikit kekuningan.


3. Kemudian masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan serbuk kerutuk. Jumlahnya cukup sekadar renjis2 sahaja (tidak sampai suku sudu) sebatikan.


4. Masukkan ayam bersama air rebusan, beras yang telah dibasuh bersih, garam dan juga gula secukupnya.


5. Masukkan air 2 kali ganda dari paras beras. Masak nasi hingga masak. Untuk tahu nasi sudah masak atau belum nasi akan terpacak @ terjungkit bila sudah masak sempurna. Jika belum sampai tahap ini tambah sedikit air dan masak guna api perlahan hingga masak sempurna.


6. Masukkan telur rebus dan nasi mandy ringkas sedia untuk dihidangkan.


Kredit : Niq Ain

Netizen kata Emma Maembong tambah dosa suami

 

GELAGAT Emma dan Alvin yang tidak disenangi netizen.
PETALING JAYA – Pelakon Emma Maembong dikecam netizen gara-gara berkongsi video mesra berlaga pipi bersama rakan baiknya yang juga pelakon, Alvin Chong.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani, 30, dikecam netizen kerana statusnya sebagai isteri orang serta beragama Islam.

Difahamkan video tersebut telah dibuat oleh Alvin sebagai tanda menghargai persahabatan antara dia dengan Emma sebelum pelakon tersebut berkongsi video sama dalam Instagram miliknya.

“Video yang indah oleh Alvin Chong. Saya sayang awak selama-lamanya,” tulis Emma dalam ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen dilihat kurang senang dengan kandungan dalam video tersebut apabila memaparkan adegan mesra antara Emma dan Alvin yang dianggap tidak sesuai memandangkan status wanita itu sebagai isteri orang.

Rata-rata netizen memuji hubungan persahabatan antara Emma dan Alvin, namun menegur kedua-duanya kerana berstatus bukan muhrim apabila bersentuhan.

“Bff (best friend forever) boleh. Tapi sentuh-sentuh tak boleh kak,” kata seorang netizen.

“Mana boleh bersentuhan. Haram dah jadi isteri orang,” tegur seorang lagi pengikutnya.

“Tak salah hendak berkawan, tapi jangan berlebihan,” komen seorang lagi peminatnya.

Bahkan, terdapat juga komen netizen melahirkan rasa kasihan terhadap suami kepada Emma kerana perlu menanggung dosa yang dilakukan oleh isterinya.

“Pelik. Suami dia tak marah ke? Macam tidak ada perasaan isteri ada ‘bff’ lelaki,” kata seorang netizen.

Sekadar info, Emma dan Alvin pernah bergandingan bersama-sama menerusi drama Awak Suka Saya Tak. Keserasian kedua-dua pelakon itu turut menarik perhatian peminat mereka yang suka melihat gandingan mereka berdua.

Malah, Alvin menerusi satu kenyataannya kepada media memberitahu tiada siapa dapat menggantikan tempat Emma dalam hatinya sebagai seorang sahabat baik. – KOSMO! ONLINE

Pengeluaran khas KWSP: Kedai emas sesak, diserbu


JOHOR BAHRU: Pengeluaran khas wang KWSP bermula semalam menyebabkan pusat komersial dan beli belah di bandar raya ini menjadi sesak dan tumpuan orang ramai berbelanja.

Tinjauan di Pusat Komersial UDA, Tampoi mendapati kedai emas dan butik menjual pakaian raya antara premis yang menjadi tumpuan.

Deretan kedai emas di pusat komersial di situ, dilihat dipenuhi orang ramai yang sanggup menunggu giliran di luar premis sejak ia dibuka jam 10 pagi tadi.

Bekas pekerja swasta, Emelda Bachok, 46, berkata beliau bersyukur dengan keprihatinan kerajaan yang meluluskan pengeluaran khas KWSP bermula semalam.

Beliau sekeluarga lega apabila mendapat wang tambahan bagi menyediakan persiapan Aidilfitri.

"Sebelum ini memang agak mencabar kerana saya mempunyai tanggungan besar, suami pula baru kehilangan kerja.

"Dengan pengeluaran khas KWSP ini dapatlah bernafas sikit beli apa yang patut. Separuh wang ini akan disimpan dan digunakan ketika kecemasan sahaja dan separuh lagi buat persiapan Aidilfitri.

"Saya memang dah berniat nak belikan dua anak perempuan berusia 15 dan 12 tahun barang kemas, sama ada gelang atau cincin emas dengan duit pengeluaran ini. Alhamdulillah niat ini tercapai hari ini," katanya.

Juruteknik, Mohd Ashraf A Safar, 27, pula berkata beliau juga sangat bersyukur dan lega kerana permohonan mengeluarkan wang KWSP diluluskan.

"Alhamdulillah, saya hanya mengeluarkan separuh daripada jumlah had dibenarkan tetapi memang sangat lega dan bersyukur.

"Ada juga wang lebih selepas bayar hutang, bil dan keperluan lain. Hari ini saya bawa isteri, Nurul Nur Syafiqah Zuraimi, 26, beli barang kemas emas kerana banyak membantu saya ketika susah senang.

"Ini juga sebagai pelaburan juga ketika waktu susah kerana emas yang dibeli sama ada boleh dijual semula atau digadaikan ketika kami memerlukan wang nanti," katanya.

Dalam pada itu, pemilik kedai emas De Aurora, Dayana Haironi, mengakui pelanggan ke kedainya bertambah secara mendadak bermula semalam.

"Sebelum ini, pelanggan ramai juga tetapi tidak seramai semalam dan hari ini. Rasanya pengeluaran khas KWSP memang mempengaruhi pertambahan pelanggan yang agak luar biasa.

"Saya jangkakan pelanggan akan terus bertambah dan memuncak pada hujung minggu ini berikutan pengeluaran khas akan mula dibelanjakan orang ramai dan kami sudah bersedia menambah stok barang kemas baharu selain menggunakan kakitangan sepenuhnya iaitu 30 pekerja pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini," katanya.

-BH Online

Seni tahi anjing kaulah, Bonda Rozita selar Aliff Syukri

 

Jutawan kosmetik, Aliff Syukri sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila berkongsi beberapa klip promosi single terbaharunya, Kelepok Raya.

PETALING JAYA – Berangkat ke Tanah Suci mengerjakan umrah hari ini, ibu kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman iaitu Bonda Rozita Ibrahim memohon maaf bagi pihak anaknya atas keterlanjuran perbuatannya yang masih tak serik mencetus kontroversi murahan.

ADVERTISEMENT

Rozita yang berangkat ke Mekah pukul 1.30 petang hari ini berkata, dia tidak berpuas hati dengan tindakan anaknya yang berstatus jutawan itu kerana tidak habis-habis mencipta publisiti murahan. Kali ini, menerusi lagu raya berjudul Kelepok Raya.

“Bonda nak pergi umrah. Penerbangan pukul 1.30 petang hari ini. Saya dengan rendah diri minta maaf pada semua followers atau sesiapa saja yang pernah sakit hati dengan anak saya.

INTERAKSI media sosial menggelikan hati antara Bonda Rozita Ibrahim dengan anaknya, Aliff Syukri. – INSTAGRAM

“Berbanyak-banyak minta maaf. Kalah hati bonda apabila dikelilingi cucu tapi nak sahaja tangan ini melepuk (Aliff),” katanya menerusi satu muat naik status terbaharu dalam Instagram.

Terdahulu, Aliff menerima kecaman hebat daripada netizen apabila berkongsi beberapa klip promosi lagu terbaharunya, Kelepok Raya yang menyaksikan sekumpulan lelaki menari dalam keadaan menggeletis mengalahkan perempuan dan menggayakan baju Melayu sendat.

Aliff bertegas bahawa karya muzik bersempena Aidilfitri yang bakal dikongsikan atau dilancarkan kepada umum Rabu ini merupakan satu bentuk atau cabang seni.

“Saya tak faham mak, apa salah saya? Tolonglah mak profesional sikit. Ini semua ‘art’ (seni),” kata Aliff.

Rozita kemudian membalas komen tersebut dengan menulis: ‘Art tahi kucing kaulah.” – KOSMO! ONLINE

Selasa, 19 April 2022

Ramai panik duit dalam Maybank ‘hilang’

 

Tangkap layar komen pengguna di Facebook rasmi Maybank.

PETALING JAYA – Media sosial petang ini kecoh apabila pengguna Maybank gagal menggunakan kad debit atau baki di dalam akaun bank mereka hilang.

Tinjauan Kosmo! mendapati akaun media sosial rasmi milik Maybank turut ‘diserang’ oleh pengguna akibat daripada masalah itu.

Rata-rata pengguna mendakwa, kesemua transaksi mereka secara dalam talian ataupun di kaunter pembayaran tidak berjaya.

Malah, ada juga yang panik selepas menyemak baki di dalam akaun bank mereka dan mendapati wang mereka ‘hilang’.

“Kenapa dengan Maybank? Tengok tadi ada duit, sekarang dah kosong. Dalam tabung pun, tengah nak guna duit ni,” kata Julyana.

“Dua kali nak guna kad debit, tapi tak berjaya. Terpaksa pakai kad lain, tiba-tiba Maybank kasi notifikasi transaksi yang gagal tadi berjaya,” kata Fitri.

“Terkejut sangat buka Maybank tengok duit semua hilang. Semak di Twitter, sah Maybank tengah ‘down’,” kata Faiz.

Sementara itu, Maybank dalam satu kenyataan di Twitter rasminya tadi memaklumkan, penggunaan kad debit tergendala seketika dan Maybank juga sedang berdepan masalah teknikal di aplikasi miliknya iaitu MAE, M2U MY dan lama web Maybank2u.

“Kami meminta maaf atas kesulitan yang berlaku dan sedang berusaha menyelesaikan masalah ini segera. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Sukan SEA:Ambil peluang ketiadaan Arif Aiman

 AKSI Arif (kiri) ketika bertemu Guangzhou FC. FOTO Bernama

AKSI Arif (kiri) ketika bertemu Guangzhou FC. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Ketiadaan nama Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 (ABK21), Arif Aiman Hanapi bersama skuad bawah 23 (B-23) tahun negara bagi menghadapi temasya Sukan Sea di Vietnam bulan depan, sedikit menimbulkan persoalan dikalangan peminat tempatan.

Ketika nama-nama bintang muda yang lain termasuk yang berpengkalan di luar negara seperti Luqman Hakim Shamsudin dari kelab KV Kortrijk di Liga Belgium dan pemain kelab Azul Claro Numazu di Jepun, Hadi Fayyadh Abdul Razak pulang menyahut seruan negara, tetapi tidak buat Arif Aiman.

Tidak dapat dipastikan mengapa namun mungkin ketiadaan pemain sayap Johor Darul Ta'zim (JDT) itu disebabkan komitmen kelab berkenaan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) ketika ini menyebabkan namanya tercicir.

Malah, saingan Sukan Sea yang berlangsung di luar jendela Fifa mengukuhkan lagi alasan kelab untuk tidak melepaskan Arif Aiman.

Begitupun bagi bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail berpandangan sebaliknya dengan melihat ia adalah peluang terbaik buat pemain muda lain menunjukkan kemampuan dan mengisi posisi ditinggalkan Arif Aiman itu.

Katanya, skuad B-23 yang dibimbing Brad Maloney juga tidak boleh sentiasa bergantung kepada khidmat pemain JDT hingga mengenepikan peluang pemain dari kelab lain.

"Memang rugi sebab tak dapat bawa pemain yang terbaik seperti Arif Aiman, tetapi sampai bila nak harapkan pemain JDT sahaja.

"Saya fikir ramai yang boleh isi posisi ditinggalkan Arif Aiman kerana kita pun ramai potensi dan pemain muda yang bagus-bagus. Kalau kita tak beri peluang macam mana kita nak tahu kemampuan mereka," katanya kepada Arena Metro.

Jelasnya lagi, perbincangan mendalam sudah tentunya dibuat sebaiknya oleh pengurusan skuad B-23 dan pengurusan JDT sebelum nama-nama itu diumumkan.

"Tak timbul soal tolak panggilan negara sebab FAM dah tentu dah berbincang dengan JDT. Jadi kita perlu terima keputusan itu," katanya.

Semalam, Maloney mengumumkan senarai 31 pemain untuk kem latihan pusat yang akan bermula, Selasa ini.

Semua pemain yang dipanggil akan melapor diri secara berperingkat selepas selesai komitmen perlawanan bersama kelab masing-masing dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana musim ini.

Mereka dijadual mengharungi dua aksi persahabatan secara tertutup bertemu skuad B-23 Timor Leste pada 29 April dan skuad B-23 Filipina pada 1 Mei.

Seterusnya, Maloney akan menamakan senarai akhir 20 pemain untuk dibawa ke Sukan Sea namun peraturan penganjur menetapkan pemain tambahan hanya dibenarkan jika terdapat mana-mana pemain disahkan positif Covid-19 untuk menggantikan pemain terbabit.

-myMetro

Isnin, 18 April 2022

Lelaki Mati Pucuk, Wanita Mati Putik.Apa punca dan tanda?

 Ramai wanita menjadi janda apabila bercerai dengan suami masing-masing kerana mengalami masalah seksual iaitu mati putik yang semakin membarah dikalangan masyarakat jika tidak diubati.


Wanita Mati Putik

Mati putik menjadi penyumbang utama kes perceraian kerana kajian mendapati tiga daripada 10 wanita pernah atau sedang mengalami masalah tersebut yang dikenali dengan nama saintifiknya, disfungsi seksual.

Wanita yang mempunyai masalah ini merasakan seks tidak lagi menjadi keutamaan yang menyebabkan pasangan hilang nikmat perkahwinan dalam kehidupan.

Istilah mati putik mungkin jarang didengar atau langsung tidak diketahui ramai wanita moden hari ini dan sekalipun diketahui, jelas tidak ramai yang mengambil berat mengenai kaedah merawat masalah ini. Alasan paling kerap didengar adalah malu.

Secara amnya, mati putik biasanya dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Ada juga yang tidak tahu mereka mengalami mati putik disebabkan terkeliru dengan perubahan diri selepas melahirkan anak. Paling teruk, ada yang menganggap diri mereka kurang tertarik kepada pasangan disebabkan faktor 'berbahagi kasih' antara anak dan suami.

Mereka ini dari luarannya nampak sihat, tetapi melalui masa sukar ketika bersama suami, tidak ada rasa ghairah atau minat untuk melakukan hubungan asmara.

Banyak faktor mendorong berlakunya mati putik dan antara punca utama adalah mengabaikan amalan penjagaan dalaman dan luaran ketika proses berpantang selepas melahirkan anak.

Kalau dikaji, terdapat beberapa situasi yang boleh menyumbang kepada mati putik dan bagi wanita yang masih ragu-ragu, mungkin mereka boleh melihat kembali sejarah kelahiran yang lalu.

Lihat sama ada mereka pernah melalui tekanan perasaan ketika bersalin atau berpantang, mengalami kemurungan, tidak berurut selepas bersalin, meninggalkan amalan bertungku atau ada melanggar adab lain ketika berpantang.

Sekiranya ada antara perkara berikut berlaku dan wanita berkenaan jelas semakin kurang berminat untuk mengadakan hubungan intim dengan pasangan, ada kemungkinan dia mengalami mati putik.

5 TANDA MATI PUTIK
  • -Berat badan melebihi berat ideal atau obesiti.
  • -Mudah beremosi, panas baran, mood tak stabil, tiada keinginan bersama pasangan. Seks diumpamakan seperti ubat. Diambil apabila perlu. Jika tiada kepentingan akan ditinggalkan.
  • -Ada sejarah gastrik dan senggugut. Gagal kawal waktu makan dan makan makanan sejuk dan berangin, misalnya terung dan kacang bendi.
  • -Sangat sukar klimaks ketika bersama suami.
  • -Ibu bersalin normal atau pembedahan lalu alami sembelit, keputihan dan angin yang banyak dalam perut.

PUNCA MATI PUTIK

1. Gangguan Urat Saraf Dalam Pengaliran Darah Ke Faraj

Yang mengakibatkan tidak menegang ketika dirangsang. Misalnya, walaupun suami telah melakukan rangsangan pada titik rangsangan pada puting dan klitoris sebelah kiri lebih 30 minit, isteri masih juga belum klimaks.

Klimaks berlaku apabila otot sekitar vagina, punggung, pinggang hingga kaki mengejang dan satu perasaan nikmat kepuasan akan dirasai. Ketika ini, hormon endorfin dikeluarkan dari dalam badan. Mereka yang mengalami mati putik, jarang sekali merasai kenikmatan klimaks.

2. Angin Gastrik Terlalu Banyak Dalam Perut

Angin yang dibiar terlalu lama dalam badan akan sebabkan tekanan kepada seluruh organ sekitar seperti rahim dan vagina.

Sebab itu, mereka yang mengalami gastrik, mudah diserang senggugut. Pesakit gastrik yang teruk pun berpotensi. Begitu juga mereka yang ada banyak angin di kawasan perut dan rahim, biji-biji angin boleh berada di kawasan bibir luar faraj (labia majora).

3. Masalah Saraf

Wanita yang sensitif dengan suhu persekitaran yang sejuk. Bila bersama dalam bilik berhawa dingin, isteri jadi tak selesa dan sukar klimaks. Isteri yang biasa tidur dalam bilik bersuhu sejuk juga mudah mengalami mati putik.

4. Tidak Dirawat Ketika Berpantang

Ketika bersalin normal, bukaan serviks membesar sehingga 10cm, otot vagina mengecut dan ia memberi tekanan pada otot di sekitarnya. Otot yang tercedera memberi kesan pada saraf.

Apabila saraf sekitar vagina kurang berfungsi, ia akan mengalami kesukaran untuk klimaks semasa bersama pasangan dan akhirnya menyebabkan mati putik.

Wanita bersalin secara pembedahan juga boleh mengalaminya jika angin dalam perut dan rahim tidak dikeluarkan dengan sebaiknya. Angin yang berkumpul terlalu banyak dalam perut boleh menyebabkan pengumpulan angin di sekitar vagina. Angin sekitar vagina inilah punca sukarnya klimaks dan mati putik.

RAWATAN MATI PUTIK
  • -Rehat secukupnya
  • -Jaga waktu makan; terutama sarapan pagi
  • -Kawal stress
  • -Jadualkan masa bersama keluarga
  • Dapatkan waktu 'me' time sendiri
  • -Bertangas
  • -Bertungku
  • -Rendaman vagina, bagus untuk memberi rangsangan semula kepada alat sulit wanita

Jika masih gagal dirawat, berjumpalah perawat untuk mengenal pasti punca masalah sebenar.

KESIMPULAN

Ramai wanita hari ini berfikiran salah. Mereka selalu menganggap perlunya mencantikkan diri untuk suami.

Sebenarnya, wanita harus sentiasa berusaha mencantikkan diri, menjaga kesihatan dalaman dan luaran serta mengekalkan kecergasan tubuh untuk diri mereka sendiri. Jika semua ini diambil perhatian, sudah pasti hubungan dengan suami dan keluarga terpelihara dengan baik.

Apa yang utama adalah, jangan malu untuk mendapatkan rawatan kerana ia bakal menjadi penyebab kepada masalah lebih serius dalam hubungan suami isteri.

Semoga memberi manfaat.

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com/

Ahad, 17 April 2022

Koleksi Resepi:Mee kuah tulang keledek merah

 Mee kuah tulang keledek merah..*👩‍🍳



bahan2nya:


👉 Tulang dan daging rebus

👉 Keledek merah

👉*Blend bawang besar

👉*Bawang putih

👉*Halia

👉*Cili kering

👉 Serbuk sup adabi dua sudu

👉 Serbuk perasa sikit


👉 Sos cili

👉 Sos tomato


👉 Garam

👉 Gula

👉 Susu pekat manis


Semua bahan bertanda * ni tumis smp pecah minyak..masuk perencah sup, letak kulit kayu manis sebatang cukup dan bunga lawang dlm 3 kuntum.. then tuang masuk dlm rebusan daging td..


Ubi keledek merah dlm 3 biji rebus dan blend pastu masuk dlm periuk


Masuk pula segala sos td.. mama agak2 je


Perasakan dengan garam gula dan susu pekat manis ( ikut rasa masing2 ea..😁)


Dah siap ble la taburkan

hirisan daging

Telur rebus

Tauhu goreng

Sawi celur

Daun bawang/ sup

Taugeh

Cili potong

Bawang goreng


Selamat mencoba..!😁😁

Hanya Imbas Tangan Untuk Bayar Keperluan Shopping, Pemuda Ini Sanggup Tanam Cip Di Dalam Badan

 


AMALAN pembayaran tanpa tunai di Malaysia nampaknya semakin diterima ramai sejak negara dilanda pandemik Covid-19.

Atas alasan mahu mengelakkan sebarang sentuhan pada ketika awal penularan wabak virus korona, semua urus niaga dijalankan tanpa melibatkan wang tunai.

Malah, kaedah itu dilihat lebih mudah dan selamat.

Lazimnya, penggunaan kad kredit, debit, Jompay selain aplikasi e-Wallet seperti Grab, Boost termasuk Touch n 'Go (TNG) antara kaedah pembayaran popular.

cip pembayaran tanpa tunai

Pun begitu, percaya atau tidak, anda boleh membayar barangan dapur atau makan minum di restoran hanya mengimbas tangan sahaja.

Bunyinya agak pelik dan mustahil bukan?

Lapor www.bbc.com, kehebatan teknologi kecerdasan buatan (AI) membolehkan mikrocip yang beratnya kurang satu gram dimasukkan ke dalam badan manusia.

Seorang pengawal keselamatan dari Netherlands, Patrick Paumen sanggup memasukkan cip tersebut ke dalam badannya kerana beliau percaya, kesemua teknologi berkenaan memudahkan hidupnya.

cip pembayaran tanpa tunai

Pemuda berusia 37 tahun itu sudah memasukkan cip pada tangannya pada tahun 2019 dan menggelarkan dirinya sebagai pengodam bio (biohacker).

Mana tidaknya, bukan satu tetapi 32 implan ditanam di dalam badannya termasuk cip yang berfungsi untuk membuka pintu.

cip pembayaran tanpa tunai

"Saya sudah tidak lagi menggunakan kad atau wang tunai untuk membeli-belah. Hanya letak tangan pada mesin pengimbas, semuanya selesai.

"Teknologi terus berkembang, jadi saya akan terus mengumpulnya lebih banyak kerana pada masa sama, saya tidak boleh hidup tanpanya," katanya yang dipetik menerusi portal tersebut.

cip pembayaran tanpa tunai

Sebenarnya, projek mikrocip pertama ditanam ke dalam badan manusia adalah pada tahun 1998, namun selepas beberapa dekad, teknologi tersebut telah dikomersialkan secara terbuka.

Apatah lagi, wujud permintaan apabila cip cashless pertama diperkenalkan sekali gus menjadikan syarikat British-Polish, Walletmor menjadi entiti pertama menjualnya.

CIP TANPA TUNAI

Memetik kenyataan pengasasnya yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Wojtek Paprota, cip tersebut boleh digunakan di mana-mana sahaja selagi pembayaran tanpa tunai diterima.

"Implan tersebut boleh digunakan untuk membayar minuman di Rio, kopi di New York atau selepas memotong rambut di Paris," beritahunya yang memberikan analogi mudah untuk difahami.

cip pembayaran tanpa tunai

Cip Walletmor tersebut memiliki saiz lebih besar sedikit daripada sebutir beras yang lengkap dengan antena yang diselaputi biopolimer iaitu bahan organik menyerupai plastik yang selamat kepada manusia.

Sebaik sahaja cip tersebut ditanam pada tangan, ia akan kekal selama-lamanya tanpa keperluan bateri atau sumber kuasa lain.

Difahamkan, setakat artikel ini ditulis sudah lebih 500 implan yang menggunakan teknologi NFC (komunikasi medan dekat) dijual oleh firma berkenaan.

cip pembayaran tanpa tunai

Penggunaan fitur baharu itu dikatakan sudah meluas di benua Eropah, namun tidak semua yang bersetuju dengan idea yang dianggapkan mengerikan tersebut.

Kalian pula bagaimana? Sanggup tanam implan semata-mata mahu hidup lebih mudah?

Mungkin ketika ini penerimaan kaedah pembayaran masih janggal di Malaysia, namun tak mustahil satu hari nanti semuanya boleh berubah.

-Sinar Harian Plus