"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Khamis, 30 Disember 2021

Piala AFF 2020: Kelebihan Selesa Buat Thailand untuk final ke-2, Mudah ‘Ratah’ Indonesia

 Thailand jelas berada di kelas tersendiri apabila mempamerkan aksi kemas untuk mudah menundukkan Indonesia 4-0 pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2020 yang berlangsung di Stadium Nasional, Singapura sebentar tadi.

1 second of 15 
02:08
 

Ketua pasukan, Chanathip Songkrasin terus menjadi watak utama buat Thailand selepas pemain berusia 28 tahun itu menjaringkan dua gol manakala Supachok Sarachat dan Bordin Phala masing-masing menambah satu gol untuk memberikan kelebihan selesa buat juara lima kali itu.

Lebih menarik untuk diperkatakan tentang keupayaan Thailand ialah langkah Alexandre Polking yang melakukan tujuh perubahan terhadap kesebelasan utamanya pada perlawanan ini.

Perkara itu bagaimanapun langsung tidak menjadi masalah buat skuad ‘Gajah Perang’ yang kelihatan cukup selesa mendominasi perlawanan sebaik sahaja wisel permulaan ditiupkan pengadil perlawanan dari Arab Saudi, Alhunfush Shukri Hussain.

Thailand hanya memerlukan dua minit sahaja untuk membuka tirai jaringan apabila gerakan lincah bek kanan, Phillip Roller yang melepasi kawalan dua pemain pertahanan membolehkan Chanathip meledakkan rembatan kaki kiri bagi menewaskan penjaga gol, Nadeo Arga Winata.

KREDIT FOTO: CHANGSUEK

Bordin Phala hampir menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-12 tetapi percubaan voli dilakukannya dalam kawasan penalti diselamatkan Asnawi Mangkualam di atas garisan gol manakala tandukan susulan Yusef Elias Dollah sekadar melewati palang gol.

Ketika perlawanan memasuki minit ke-41, Alfeandra Dewangga Santosa seharusnya menyalahkan diri sendiri susulan kegagalannya menyempurnakan peluang terhidang ketika beliau tidak dikawal pertahanan Thailand.

Chanathip melebarkan kedudukan pada minit ke-52 apabila rembatan leretnya setelah menerima tolakan ke belakang daripada Supachok Sarachat sekali lagi membolosi Nadeo.

Tidak cukup dengan kelebihan tersebut, Thailand menambah dua lagi jaringan menerusi Supachok pada minit ke-67 dan giliran Bordin pula melakukannya ketika masa sebenar hanya berbaki tujuh minit untuk ditamatkan.

Kedua-dua pasukan bakal bertembung pada aksi final kedua pada 1 Januari nanti dan boleh dikatakan tugas yang agak mudah perlu dihadapi Thailand.

-vocketfc.com

Rabu, 29 Disember 2021

Positif Covid-19 tahap tiga, Aliff Syukri mohon maaf bimbang umur tidak panjang

Aliff Syukri ketika menerima rawatan petugas kesihatan.

PETALING JAYA – Ushawan popular, Datuk Aliff Syukri memohon doa orang ramai selepas dia telah disahkan dijangkiti virus Covid-19 tahap tiga.

Aliff yang kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital membuat pendedahan tersebut menerusi Instagramnya sebentar tadi.

 Kepada semua sahabat atau sesiapa sahaja yang mengenali saya, saya memohon kemaafan sekiranya pernah menyakiti awak, maaf sekiranya pernah terkasar, maaf sekiranya pernah mengumpat, termakan sengaja atau pun tidak.

“Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada saya dan yang baik datang daripada Allah.

“Rasa lega sudah mohon maaf pada semua, takut-takut umur saya tidak panjang,” tulis Aliff dalam Instagramnya.

Dalam pada itu, Aliff turut memberitahu dia kini dirawat di hospital kerana virus tersebut sudah sampai ke bahagian paru-parunya.

“Doakan saya cepat sembuh kerana saya dijangkiti Covid tahap tiga melibatkan paru-paru saya. Saya telah ditahan di wad hospital untuk rawatan rapi. Doa kalian amat saya hargai,” tulisnya lagi.

Aliff yang baru sahaja pulang daripada percutian di Turki bersama keluarganya baru-baru ini telah di masukkan ke hospital sejak semalam.

Sementara ahli keluarganya yang lain hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Terdahulu, Aliff meluahkan rasa sedihnya apabila resort miliknya, Sugeh Hill Exclusive Eco Resort yang terletak di Janda Baik, Pahang hampir musnah dalam musibah banjir yang melanda beberapa buah negeri sebelum ini.

Ketika kejadian banjir tersebut, Aliff sedang bercuti di Istanbul, Turki. – K! ONLINE

Isu menang saman RM 4.3 juta:‘Kami hanya menang di atas kertas’

 

MUHAMMAD Faiz Hafizuddin Mohd. Izahir terselamat dalam nahas mengorbankan tujuh pelajar tahfiz pada 2017, namun lumpuh seumur hidup akibat patah tulang belakang. - UTUSAN/TOREK SULONG

PASIR PUTEH: Koma 168 hari dan terlantar di hospital selama enam bulan, sebelum disahkan lumpuh sepanjang hayat akibat tulang belakang yang patah dua selepas terbabit dalam nahas jalan raya, empat tahun lalu.

Demikian ujian berat ditanggung bekas pelajar Maahad Tahfiz Al-Hashimi (MTAH), Muhammad Faiz Hafizuddin Mohd. Izahir, 21.

Traumanya bukan kepalang, lebih-lebih lagi mengenangkan tujuh rakan karib terbunuh dalam tragedi itu.

Dalam nahas pada 7 Ramadan 2017, van dinaiki 14 warga MTAH menuju ke Kota Bharu dipandu guru pengiring mereka terbabas lalu merempuh sebuah rumah di tepi jalan di Kampung Telekong, Kuala Krai.

Tujuh pelajar maut manakala tujuh lagi terselamat termasuk Muhammad Faiz Hafizuddin. Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan menghadiri program tafsir al-Quran dan siasatan lanjut polis mendapati pemandu van berkenaan tiada lesen memandu.

Susulan kejadian itu, keluarga pemuda terbabit memfailkan saman terhadap MTAH sebelum Mahkamah Sesyen Kota Bharu memerintahkan pusat tahfiz yang beroperasi di Kuala Krai itu membayar ganti rugi akibat kecuaian berjumlah RM4.3 juta.

Ketika ditemui Utusan Malaysia di rumah keluarga pemuda itu di Bukit Bidang, Selising, di sini semalam, bapanya, Mohd. Izahir Kassim, 53, berkata, meskipun keputusan mahkamah pada 2018 itu berpihak kepada mereka, ia sekadar ‘kemenangan di atas kertas’.

Hakikat sebenar kata pesara tentera itu, anaknya belum pernah menerima sebarang manfaat pengurusan ilat daripada mana-mana pihak hingga ke hari ini dan dalam masa sama, keluarga mereka terus dihambat masalah kewangan.

“Terus terang, saya kini bergantung duit pencen RM1,000 sebulan untuk bayar rawatan dan keperluan khas Faiz, makan minum keluarga serta belanja sekolah tiga lagi anak. Isteri, Jahsuriawany Mustapha, 49, kini berniaga dalam talian untuk ringankan beban saya.

“Selepas tular berita keputusan mahkamah, semua bantuan kebajikan pelbagai pihak yang prihatin serta badan bukan kerajaan (NGO) dihentikan kerana kononnya kami sudah menang RM4.3 juta. Sedangkan dalam tiga tahun ini, kami belum pernah terima apa-apa bayaran,” katanya.

Bercerita perkembangan terkini anaknya, Mohd. Izahir berkata, pemuda itu sudah boleh bercakap ringkas, menghafal surah pendek selain mampu duduk dengan bantuan setelah menjalani fisioterapi di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

“Namun untuk membuang air kecil dan besar, Faiz masih perlu dibantu menggunakan ubat khas selain satu tiub SPC (suprapubic catheter) ditebuk pada ari-arinya. Dia juga perlu memakai lampin pakai buang berharga RM114 bagi setiap enam pek,” katanya.

Dalam laporan eksklusif akhbar ini bulan lalu, MTAH dikatakan bakal disita, sekali gus terpaksa berhenti menawarkan pengajian percuma kepada 60 pelajar miskin kerana tidak mampu membayar ganti rugi RM4.3 juta kepada Muhammad Faiz Hafizuddin.

Menurut Pengasas MTAH, Datuk Adnan Hashim, selepas gagal membuat rayuan, ganti rugi itu bersama kos lain kini meningkat kepada RM5.2 juta, sedangkan pusat tahfiz tersebut tiada wang sebanyak itu kerana bukanlah sebuah organisasi yang berasaskan keuntungan. – UTUSAN ONLINE

Senior Asisten Komisioner disiasat bocor operasi tangkap Long Tiger - KP Johor

 

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan seorang pegawai berpangkat Senior Asisten Komisioner antara yang disiasat disyaki membocorkan maklumat sulit operasi menangkap lelaki Rohingya 'Long Tiger'.

Seorang pegawai polis berpangkat Senior Asisten Komisioner serta pengendali laman Facebook ‘Jebat JD’ sedang disiasat kerana mendedahkan maklumat sulit berkaitan operasi menangkap ‘Long Tiger’, lelaki Rohingya semalam.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan sudah dibuka terhadap ‘Jebat JD’ yang berasal dari Klang yang juga bekas anggota polis.

Menurutnya seorang anggota polis lain berpangkat koperal dan seorang pegawai berpangkat SAC turut disiasat berhubung kebocoran maklumat sulit itu.

“Seorang suspek iaitu pemilik FB Jebat JD. Kita dah buka kertas siasatan terhadap lelaki berusia 47 tahun berasal dari Klang ini, serta seorang anggota polis berpangkat koperal dan SAC yang terlibat menyebar maklumat sulit.

“Kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana mendedahkan maklumat sulit dan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Katanya, tindakan tatatertib turut akan diambil terhadap Ketua Polis Daerah dan Ketua Balai daerah Tangkak berhubung kecuaian dan penyeliaan sehingga menyebabkan Long Tiger dapat lolos daripada tahanan.

Semalam, Long Tiger yang dilaporkan melarikan diri dari lokap mahkamah Tangkak, Johor pada 15 Disember lalu diberkas bersama seorang pondan di sebuah rumah di Sungai Petani, Kedah.

Dalam cubaan mengelak daripada ditangkap, ‘Long Tiger’ dilaporkan memanjat bumbung rumah itu, tetapi tergelincir dan jatuh.

Long Tiger sebelum ini meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak sebelum perbicaraan bermula pada 15 Disember lalu, kira-kira jam 11.55 pagi.

Sejak kehilangannya, Long Tiger menjadi buruan polis selain peguam mewakilinya, Datuk Sharudin Ali turut menarik diri daripada mewakilinya.

Dua anggota polis turut digantung tugas bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan kerana disyaki terbabit secara langsung atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan tahan itu melarikan diri.

-Agenda Daily

MUDA kini dah ‘rasmi’ didaftarkan, kata Syed Saddiq

 

Pada 14 Dis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan MUDA didaftarkan sebagai parti politik secara sah dalam tempoh 14 hari. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Selepas lebih setahun berjuang, akhirnya MUDA didaftarkan secara rasmi pada 23 Dis lalu, kata Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pada sidang media sebentar tadi beliau berkata, kejayaan itu bukti institusi kehakiman negara telah mengagungkan demokrasi DAN Perlembagaan persekutuan dengan memelihara prinsip PEMISAHAN kuasa yang akhirnya menyebabkan MUDA berjaya didaftarkan secara rasmi.

“Kita terima pendaftaran secara rasmi daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (JPPM) pada 23 Dis melalui e-mel dan semalam wakil MUDA sudah mendapat surat rasmi daripada ROS,” katanya.

Bagaimanapun, beliau meminta maaf kepada semua pihak kerana tidak dapat memaklumkan “kejayaan” itu lebih awal kerana semua kepimpinan parti terbabit dalam misi sukarelawan membantu mangsa banjir khususnya di Pahang.

“Saya mohon maaf kerana tak dapat maklum lebih awal kerana semua pimpinan MUDA sedang sibuk bekerja untuk mangsa banjir di seluruh negara dengan kebanyakan kita berada di Pahang,” katanya.

Menyentuh mengenai keahlian parti itu ketika ini, beliau berkata, partinya menerima lebih 60,000 permohonan keahlian sebelum ini dan angka itu dijangka bertambah dengan sistem pendaftaran secara atas talian yang lebih mudah dicapai.

Jelasnya, MUDA menggunakan pendekatan itu bagi mengelakkan timbul sebarang kerenah birokrasi, dengan mengutamakan proses pendaftaran yang lebih telus dan terbuka.

“Kita mahu pastikan MUDA bergerak secara digital sepenuhnya dan tidak perlu dapatkan kebenaran daripada ‘warlord-warlord’ untuk sertai parti,” katanya.

Pada 14 Dis lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membenarkan MUDA didaftarkan sebagai parti politik secara sah dalam tempoh 14 hari.

Permohonan Syed Saddiq untuk mendaftarkan MUDA sebagai parti politik sah tidak diluluskan JPPM dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin dengan pelbagai alasan termasuk tidak mengisi borang dengan betul.

Berikutan itu, pada 24 Ogos lalu, Syed Saddiq dan 12 individu selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran yang baharu bagi mencabar keputusan MDN dan JPPM yang menolak rayuan untuk mendaftarkan MUDA sebagai sebuah parti politik.

Syed Saddiq dan 12 individu itu memohon suatu deklarasi bahawa permohonan untuk mendaftarkan MUDA sebagai sebuah pertubuhan di bawah kategori parti politik adalah teratur dan mematuhi segala keperluan di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Mereka juga memohon suatu perintah mandamus untuk kedua-dua responden mendaftarkan MUDA sebagai sebuah pertubuhan dalam kategori pertubuhan politik dalam masa 14 hari dari tarikh perintah.-FMT

Tak capai standard, kurang fokus, ahli ekonomi kritik cara kerajaan tangani banjir

 

Bencana banjir perlu ditangani dengan kejelasan dalam rantaian perintah dan pelaksanaan tugas, kata Carmelo Ferlito.

PETALING JAYA: Ahli ekonomi mengkritik cara kerajaan menguruskan banjir baru-baru ini kerana tidak mencapai standard yang dijangkakan di negara yang dilanda bencana itu setiap tahun.

Carmelo Ferlito daripada Pusat Pendidikan Pasaran berkata, Putrajaya menangani bencana ini dengan fokus yang terhad, manakala Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia bercakap mengenai jaringan keselamatan sosial yang “langsung tidak wujud” bagi mangsa.

Ferlito berkata, kejelasan dalam rantaian perintah dan pelaksanaan tugas diperlukan.

“Selama dua tahun, politik tempatan hanya fokus kepada Covid-19, mengabaikan hakikat bahawa terdapat pelbagai bahaya lain,” katanya kepada FMT.

Carmelo Ferlito.

Beliau menyeru kesegeraan dalam melaksanakan pembaharuan politik dengan berkata, para pemimpin kini nampaknya hanya mampu melihat “sebahagian kecil daripada realiti yang kompleks”.

Williams berkata, banjir yang melanda baru-baru ini menyerlahkan kelemahan dalam dasar, infrastruktur dan pengurusan tindak balas bencana.

Beliau menyentuh khusus mengenai keperluan wujudnya sistem untuk memberi kelegaan kepada mangsa banjir.

Geoffrey Williams.

“Ia tak patut wujud dalam bentuk sistem sekali beri, ad hoc atau kebergantungan kepada amal jariah. Sebaliknya, perlindungan sosial mesti menerapkan sistem yang membolehkan (pemberian) bantuan tunai langsung kepada mereka yang terjejas,” katanya.

Beliau mencadangkan Malaysia mengikut contoh Jepun, yang terkenal dengan dasar dan sistem tindak balas bencana terhadap gempa bumi dan tsunami yang berkesan.

“Di Jepun, pendekatan pengurusan melibatkan tindak balas bersepadu yang dibiayai dengan baik dan penyelarasan antara semua agensi di peringkat kebangsaan dan tempatan,” katanya.

Juita Mohamad.

Juita Mohamad, felo di Pusat USAsia Perth berkata, kajian menyeluruh ke atas projek pembangunan adalah penting untuk menentukan kesan banjir terhadap ekosistem dalam jangka sederhana hingga panjang.

“Latihan berpandangan jauh perlu dilakukan secara berkala dan agensi kerajaan mesti melabur dalam sistem amaran awal banjir di setiap negeri,” katanya.

“Dengan cara itu, jika berlaku (bencana), kita boleh mengerahkan misi menyelamat dengan pantas, tepat pada masa dan berkesan,” katanya.-FMT

Kedah lantik peguam urus tuntutan bayaran air – Sanusi

 

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor menziarahi rumah seorang mangsa banjir ketika hadir program khidmat masyarakat di Kampung Batu 20, Sungai Lui, Selangor. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO

HULU LANGAT: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor menegaskan, pi­haknya sudah melantik pasukan peguam untuk menguruskan tuntutan bayaran bekalan air mentah Sungai Muda.

Tuntutan tersebut melibatkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) bagi menampung kos pemuliharaan kawasan tadahan air negeri itu.

Untuk itu jelasnya, Kedah menyerahkan kepada mahkamah berhubung tuntutan berkenaan.

Beliau memberitahu, meski­pun Kerajaan negeri Pulau Pinang dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah memberitahu bahawa negeri itu bertegas tidak akan membayar caj tersebut, namun pihaknya menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat ketetapan.

“Kita sudah lantik pasukan peguam untuk uruskan perkara itu, lihat semula isu-isu perjanjian, isu-isu sejarah, isu undang-undang berkaitan dengan Akta Industri Bekalan Air 2006 kerana air mentah ini jadi hak negeri.

“Jadi kita biarkan peguam buat kerja mereka dulu kerana banyak dokumen yang perlu diteliti.

“Ketua Menteri Pulau Pinang (Chow Kon Yeow) di sidang DUN dah beritahu tidak akan membayar caj, jadi kita lihat apa kata mahkamah, biar mahkamah tentukan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia dalam Program Khidmat Masyarakat bersama Menteri Besar Kedah di Kampung Batu 20, Sungai Lui di sini.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi menuntut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) menjelaskan bayaran sumber air mentah sebanyak RM50 juta setahun.

Namun, Pulau Pinang bertegas tidak akan membayarnya.

Kepada Pulau Pinang, Muhammad Sanusi membuat penegasan berikut: “Kita harap mereka bayar”.

-Utusan Online

JAWATAN KOSONG: LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU (BDA)

 


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan bermastautin di Sarawak, berumur 18 tahun ke atas dari tarikh permohonan, serta berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan bertaraf Tetap dan Berpencen seperti berikut di LEMBAGA KEMAJUAN BINTULU (BDA):-


Bil.JawatanGred
1AkauntanWA41
2Pegawai Kesihatan PersekitaranU41
3Penolong Pegawai Kesihatan PersekitaranU29
4Penolong Pegawai Perancang Bandar dan DesaJA29
5Penolong JuruteraJA29
6Penolong Pegawai TadbirN29
7Pembantu Kesihatan AwamU19
8Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)N19
9Pembantu Penguat KuasaKP19
10Pembantu Tadbir (Kewangan)W19
11Pembantu AwamH11

CARA MEMOHON

Semua pemohon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem Saraan Malaysia termasuk mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Negeri adalah diwajibkan untuk mengemukakan permohonan secara online melalui e-Recruitment. 

Untuk makluman lanjut mengenai kekosongan jawatan, sila layari laman sesawang http://www.bda.gov.my dan permohonan boleh dibuat melalui http://erecruitment.sarawak.gov.my

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2021


IKLAN LENGKAP

SYARAT DAN CARA MEMOHON JAWATAN

KLIK UNTUK MENDAFTAR

JAWATAN KOSONG: MAJLIS AGAMA ISLAM & ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN

 


jawatan-disemberjawatan-disember

 

*** Borang permohonan boleh didapati di Aras 2, Bahagian Agama, MAIK atau KLIK SINI untuk muat turun dan borang yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat sebagaimana berikut:-

ALAMAT PERMOHONAN:

Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

(u.p: Bahagian Agama)

TARIKH TUTUP PADA ATAU SEBELUM : 12 JANUARI 2022

SYARAT-SYARAT JAWATAN PEGAWAI MASJID MUKIM

1. IMAM TUA/IMAM MUDA

    i. Syarat kelayakan;
      - Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
      - Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 70 tahun mengikut kad pengenalan pada tarikh iklan dikeluarkan.
      - Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
      - Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;
      - Warganegara Malaysia.
      - Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
      - Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
      - Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
      - Keutamaan diberi kepada pemohon yang mempunyai Sijil Tahfiz Al-Quran daripada Pusat Tahfiz Al-Quran.
      - Bagi pemohon yang berkhidmat sebagai Penjawat Awam hendaklah mendapat pelepasan daripada MAJIKAN.
        * Pengecualian daripada ujian Tahriri (bertulis) akan dikecualikan kepada pemohon-pemohon yang mempunyai kelayakan berikut;
          - Sijil IV Thanawi atau Sijil Menengah Ugama atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau mana-mana sijil agama yang setaraf dengannya.
          - Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam subjek Pendidikan Syariah Islam, Pendidikan Quran Dan Sunnah dan lulus Bahasa Arab.
    ii Taraf Jawatan: Berelaun (disambung perkhidmatan setiap 2 tahun berdasarkan laporan prestasi perkhidmatan)
    iii Elaun Bulanan :
      - RM1,850.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Katogeri “A”)
      - RM1,550.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Besar)
      - RM1,150.00 (Imam Tua – Masjid Mukim Kecil - Sub Mukim)
      - RM1,350.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Katogeri “A”)
      - RM1,150.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Besar)
      - RM1,000.00 (Imam Muda – Masjid Mukim Kecil - Sub Mukim)

2. BILAL

      i. Syarat kelayakan;
        - Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal.
        - Mempunyai pengetahuan agama yang baik.
        - Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;
        - Warganegara Malaysia
        - Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
        - Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah
        - Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik.
        - Pemohon jawatan Bilal tidak disyaratkan mempunyai sijil dan akan memasuki ujian safawi (lisan)
      ii Taraf Jawatan : Berelaun

Jawatan Kosong: Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia



 Company Overview

Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia is a statutory body formed under the Sustainable Energy Development Authority Act 2011. The key role of SEDA Malaysia is to administer and manage the implementation of the feed-in tariff mechanism which is mandated under the Renewable Energy Act 2011.

Positions

HOW TO APPLY

Please visit www.seda.gov.my for further details of the recruitment.  Application can be made by emailing hr@seda.gov.my or via postal mail to the address below. Please states the position applied for and kindly attach your resume or personal details with the application.

Chief Executive Officer
Sustainable Energy Development Authority (SEDA) Malaysia
Galeria PjHLevel 9, Jalan P4W, Persiaran Perdana
Presint 4, 62100 Putrajaya
(Attn: Director of HR&A)

 Closing date: 11 January 2021