"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Jumaat, 3 Disember 2021

Tanah Runtuh Simpang Pulai - Cameron Highlands: Pemandu lori, MPV ditemukan maut

PreviousNext

IPOH: Dua lelaki disahkan meninggal dunia dalam kejadian tanah runtuh di laluan FT 185, Km 27.10 Jalan Simpang Pulau-Blue Valley, di sini hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, berkata mangsa yang terkorban ialah pemandu lori Muhammad Hafiz Hamdi, 31, manakala seorang lagi ialah pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang belum dikenal pasti identitinya.

Beliau berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) masih berusaha membawa keluar mangsa daripada kenderaan dalam runtuhan itu dan akan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

Katanya, pemandu lori sayur itu dalam perjalanan ke Simpang Pulai dari Cameron Highlands, manakala pemandu MPV terbabit dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Pulau Pinang.

Mior Faridalathrash berkata, MPV itu ditemukan dalam keadaan terbalik dengan bahagian tayarnya di atas.

"Apabila semua mangsa sudah berjaya dikeluarkan, barulah kita serahkan kepada Jabatan Kerja Raya bagi melakukan kerja membuka (membersih) kembali jalan ini," katanya kepada pemberita di tempat kejadian di sini.

Sementara itu, Pengarah JBPM Perak, Azmi Osman, berkata mayat kedua itu berjaya dikeluarkan jam 9.39 malam tadi.

"Hanya terdapat seorang sahaja mangsa di dalam MPV berkenaan yang mana mangsa.

"Identiti mangsa kedua itu belum lagi diketahui, namun dianggarkan dalam lingkungan 50 tahun dan berasal dari Klang, Selangor.

"Mayat mangsa kedua itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk dibedah siasat. Bomba masih dalam usaha mengeluarkan mayat mangsa pertama iaitu pemandu lori," katanya.

Terdahulu, jurucakap JBPM Perak berkata, tiga kenderaan dikenal pasti ditimbus dalam insiden itu dengan satu lagi kenderaan dipercayai sebuah kereta.

EPL: Siuu Ronaldo kembali bergema

 

MANCHESTER: Cristiano Ronaldo melepasi rekod 800 jaringan buat kelab dan negara selepas meledak dua gol ketika Manchester United menumpaskan Arsenal 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang penuh insiden hari ini.

Pada minit ke-13, Arsenal membuka jaringan menerusi Emile Smith Rowe dengan cara pelik berpunca dari sepakan penjuru.

Penjaga gol United, David De Gea ketika itu sedang terbaring sambil memegang kaki selepas rakan sepasukan, Fred secara tidak sengaja terpijak buku lalinya.

Rowe melakukan rembatan ke gawang yang tidak kosong dan memandangkan pengadil, Martin Atkinson tidak meniup wisel sebelum bola masuk ke dalam jaring maka tiada kekasaran berlaku, gol itu kekal.

DAVID de Gea sedang terbaring ketika Emile Smith Rowe meledak gol pembukaan Arsenal.

United menyamakan kedudukan seminit sebelum rehat menerusi rembatan Bruno Fernandes dan Ronaldo meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-52 apabila menyempurnakan hantaran lintang rendah Marcus Rashford untuk gol ke-800nya.

BRUNO Fernandes meraikan gol penyamaan United.

Perlawanan semakin sengit apabila Gunners membalas dengan gol pantas Martin Odegaard untuk menyamakan kedudukan 2-2, dua minit kemudian.

Pada minit ke-70 Odegaard bagaimanapun melakukan kekasaran yang tidak sepatutnya ke atas Fred untuk menghadiahkan sepakan penalti buat United.

Ronaldo menyempurnakan tendangan untuk jaringan ke-801 sepanjang kariernya, sekali gus memberi kemenangan liga pertama buat Red Devils selepas empat perlawanan. – AGENSI

Khamis, 2 Disember 2021

Varian Omicron: KKM senarai 26 lagi negara dikenakan sekatan perjalanan

 

Sebanyak 26 lagi negara dikenakan sekatan perjalanan sementara berikutan berisiko tinggi berlaku penularan varian Omicron.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menyenaraikan 26 lagi negara yang dikenakan sekatan perjalanan sementara berikutan berisiko tinggi berlaku penularan varian Omicron.

Negara berkenaan adalah United Kingdom, Portugal, Belanda, Australia, Kanada, Korea Selatan, Hong Kong SAR China, Israel, Itali, Jerman, Denmark, Sweden dan Nigeria.

Selain itu, Belgium, Jepun, Brazil, Norway, Republik Czech, Perancis, Austria, Sepanyol, Arab Saudi, Ghana, Republik Ireland, UAE dan Amerika Syarikat (California) turut tersenarai.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengembara dari negara yang disenaraikan itu atau mempunyai sejarah perjalanan ke negara berkenaan dalam tempoh 14 hari tidak dibenarkan menyertai gelembung pelancongan Langkawi (GPL).

Beliau berkata, pengembara dari negara yang berisiko tinggi tetapi tidak melaporkan kes Omicron turut tidak dibenarkan menyertai GPL.

Ia melibatkan negara dari Benua Eropah (Rusia, Georgia, Poland, Ukraine, Romania, Slovakia, North Macedonia, Guernsey, Croatia), Amerika Syarikat (French Guiana), Pasifik Barat (Filipina), Mediterranean Timur (Libya, Jordan), Asia Tenggara (Bangladesh) dan Afrika (Angola, Botswana, Eswatini).

Katanya, KKM sentiasa menjalankan penilaian risiko berdasarkan beberapa kriteria yang ditetapkan bagi menentukan tahap risiko sesebuah negara itu sebelum dibenarkan menyertai GPL antaranya insiden Covid-19 dan liputan imunisasi negara berkenaan.-FMT

Bolasepak: Minta maaflah, tahun depan KL City juara Liga Super pula - Khalid Samad

 Minta maaflah, tahun depan KL City juara Liga Super pula - Khalid Samad

Khalid turut merakamkan penghargaan kepada semua yang membantu kejayaan pasukan itu, termasuk Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim. - Gambar fail/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Selasa lepas, pasukan KL City FC menamatkan kemarau 32 tahun dengan menjuarai Piala Malaysia Edisi ke-100, menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan dua gol tanpa balas.

Dua hari kemudian, Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad pula melaungkan keyakinan pasukan itu akan mempertahankan kejuaraan itu pada tahun hadapan.
Malah, beliau juga yakin bukan hanya Piala Malaysia, kejuaraan Liga Super juga bakal menjadi milik mereka pada tahun 2022.
Dewan Rakyat | Khalid yakin Liga Super 2022 milik KL City FC
Begitupun, beliau berharap Menteri Wilayah Persekutuan dapat menyerahkan semula Stadium Kuala Lumpur kepada KLFA bagi membolehkan impian mendakap dua piala tahun depan dapat direalisasikan.
“Saya harap menteri boleh mempertimbangkan keputusan itu kembali untuk berikan sokongan lebih padu.
“Tahun depan InsyaAllah, saya minta maaflah kepada Johor, Kedah, Terengganu dan sebagainya. Tahun depan kita akan jadi juara liga dan juara Piala Malaysia. InsyaAllah,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Piala Malaysia | Selepas 32 tahun menunggu, KL City muncul juara
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua yang membantu kejayaan pasukan itu, termasuk Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Khalid juga sempat ‘mengusik’ Shahidan yang tidak dijemput turun ketika majlis penyampaian piala baru-baru ini namun Ahli Parlimen Shah Alam itu mengakui, beliau juga sebenarnya tidak dijemput.
Teresa Kok pertikai Cuti Khas Peristiwa pada Jumaat
“Tapi saya ambil dasar “malu apa bossku”. Walaupun tak dijemput, saya turun saja kerana saya tahu, ini tak sama dengan “malu apa bossku” kerana dalam kes saya, saya berhak.
“Sebagai Presiden KLFA, sama ada dijemput atau tidak dijemput tapi apabila pasukan saya menang, memang sepatutnya saya ada di sana,” ujarnya.-AstroAwani

Penganggur rogol wanita dipenjara 12 tahun, 12 sebatan

 

Abdul Karim (kanan) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 12 sebatan kerana merogol dan meliwat seorang wanita di Mahkamah Sesyen Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Perbuatan seorang penganggur memperkosa dan meliwat seorang wanita pada dua tahun lalu berbalas apabila dia dihukum penjara 12 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Wan Suhaila Mohd. menjatuhkan hukuman demikian selepas tertuduh, Abdul Karim Abu Kasim, 38, membuat pengakuan bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan.

Beliau memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama manakala bagi pertuduhan kedua, hukuman tujuh tahun penjara dan dua sebatan dikenakan.

Bagaimanapun, Wan Suhaila mengarahkan hukuman penjara terhadap tertuduh berjalan serentak bermula dari tarikh ditangkap pada 19 November 2019.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 28 tahun di sebuah bangsal di ladang kelapa sawit di Kampung Payoh, Kemasik antara pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi, 18 November 2019.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Heret segera pihak manipulasi harga barang ke muka pengadilan-DPMM

 

ABDUL HALIM HUSIN

PETALING JAYA: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mengesa pihak terlibat dalam manipulasi harga barangan keperluan asas sehingga berlaku kenaikan agar diheret ke muka pengadilan dengan segera.

Presiden DPMM, Abdul Halim Husin berkata, agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan bukan sahaja perlu mencari jalan terbaik membantu rakyat bukan sahaja daripada aspek melonggarkan syarat berbentuk fiskal semata-mata tetapi memastikan juga penguatkuasaan lebih telus agar tiada pihak cuba menangguk di air keruh.

Beliau menegaskan pihaknya mencela aktiviti pencatutan dan manipulasi harga barangan keperluan asas yang sedang berlaku kebelakangan ini sehingga membebankan para pengguna.

“DPMM berharap agar agensi-agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan dapat mengikut jejak langkah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) dalam mencari jalan terbaik membantu rakyat bukan sahaja daripada aspek melonggarkan syarat berbentuk fiskal semata-mata, tetapi memastikan juga penguatkuasaan yang lebih telus

“Kami mencela aktiviti pencatutan dan manipulasi harga khususnya barangan keperluan asas yang sedang berlaku dan menggesa kerajaan mengheret penjenayah sebenar ke penjara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Halim menambah Malaysia masih ketinggalan jauh dalam sasaran pemulihan Covid-19 sepenuhnya berikutan keadaan semasa tidak menentu termasuklah kemunculan varian baharu Omicron dan boleh menyebabkan peningkatan kes lebih mudah.

Beliau berkata, ekonomi negara dilihat hanta menguncup 4.5 peratus pada Julai hingga September tahun ini berbanding 16.1 peratus pada suku sebelumnya manakala Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) bernilai RM150 bilion masih belum mampu mengekang impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali gus masih banyak perlu dilakukan kerajaan.

Katanya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam sebelum ini memaklumkan bahawa negara-negara miskin dan membangun akan lebih merasai bebanan Covid-19 jika krisis ekonomi negara anggota dibiar berterusan. 

“Menurut Setiausaha Agung Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCTAD) pula, negara-negara membangun khususnya memerlukan beberapa tahun untuk mendapatkan kembali KDNK per kapita yang mereka miliki pada 2019, atau bakal kehilangan satu lagi dekad,” katanya.

Sehubungan itu, Abdul Halim berkata, pihaknya sekali lagi mengulangi gesaannya agar langkah yang lebih pragmatik perlu diambil kerajaan bagi menormalisasikan semua kehidupan masyarakat di negara termasuklah pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM1,200 sebulan untuk tempoh enam bulan kepada berpendapatan RM5,000 dan ke bawah. 

Jelasnya, bantuan itu seharusnya perlu dinikmati bersama oleh sektor ekonomi informal termasuk pertanian dan lain-lain.

“Semua bentuk premis, termasuklah premis perniagaan yang menerima manfaat moratorium hendaklah membenarkan penangguhan bayaran sewa kepada penyewa dan tidak membenarkan tindakan pengusiran atau pengisytiharan muflis sekurang-kurangnya sehingga enam bulan selepas tempoh moratorium berakhir.

“Selain itu, pembekuan pembayaran atau pengecualian bayaran caj utiliti, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja selama enam bulan untuk sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta tawaran rebat oleh operator telekomunikasi untuk untuk panggilan serta penggunaan internet tanpa wayar.

“Malah adalah perlu untukl memastikan syarikat-syarikat perbankan melonggarkan syarat-syarat kewangan mereka khususnya dana yang disalurkan daripada kerajaan agar lebih ramai PMKS menerima bantuan serta kemudahan kredit. 

“Bank Negara perlu pastikan petunjuk prestasi utama (KPI) atau skala pematuhan yang berlainan khusus bagi menangani suasana ekonomi yang getir, atau ketika fasa pemulihan berkuatkuasa,” jelas beliau.

Selain itu, Abdul Halim memberitahu, DPMM mencadangkan dana pusingan untuk pemulihan serta pembangunan PMKS Bumiputera yang akan dikendalikan secara bersama oleh Kementerian Kewangan melalui Teraju dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ekonomi Bumiputera sebagaimana kejayaan pelaksanaan Tabung Pemulihan Usahawan 1984-1986 bagi menangani krisis ekonomi. – UTUSAN

SabahFC:“Ada Pemain Ditawarkan Gaji RM33,000 Tetapi RM18,000 Dipotong Masuk Poket Pihak Pengurusan.”


Sebuah portal yang dikenali sebagai 
Borneo Today hari ini telah menerbitkan sebuah artikel dimana mereka mendakwa wujudnya salah laku dan pecah amanah dalam pasukan Sabah FC.

Dalam artikel tersebut, mereka menyatakan bahawa kekerapan perpindahan dan pertukaran pemain asing dalam pasukan Sabah FC perlu diperhatikan untuk mengelak sebarang salah laku.

Memetik artikel yang disiarkan oleh portal tersebut ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaut duit dengan kerjasama ejen pemain.

“Terdapat sumber memaklumkan berlaku pecah amanah dalam pengurusan perpindahaan pemain import yang terlalu kerap kerana ada beberapa orang dalam pengurusan Sabah FC menjadikan pertukaran pemain sebagai ‘perniagaan’.”

“Mereka mengambil kesempatan meletakkan gaji yang tinggi bagi pertukaran pemain namun, sebahagiannya dipotong untuk kegunaan sendiri dengan kerjasama ejen.”

Sabah FC

“Dipercayai terdapat tiga individu dalam pengurusan Sabah FC menaikkan gaji pemain untuk mereka mendapat keuntungan dengan mengambil sebahagian daripada gaji pemain tersebut.”

“Ada pemain yang ditawarkan sehingga RM33, 000 namun, sejumlah RM18,000 dipotong pihak pengurusan untuk masuk poket sendiri.”

 “Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, pemain akan terus ditindas dan individu dalam pengurusan Sabah FC akan terus mencipta ‘kekayaan’ dengan cara yang mudah.”

Selain itu, portal Borneo Today itu juga turut mendedahkan bahawa beberapa pembelian peralatan fasiliti di stadium juga menjadi persoalan kerana harga yang tidak munasabah.

“Pembelian kelengkapan di stadium juga perlu diberi perhatian apabila pembelian LED yang berharga RM300,000 boleh meningkat kepada RM800,000 apabila dibeli oleh Sabah FC.”

“Tuntutan-tuntutan lain seperti pembelian peralatan alat menyukat bacaan jantung juga dilihat tidak munasabah. Alat yang berharga RM300 boleh dibeli dengan harga RM130,000.”

Dakwaan salah laku serta pecah amanah ini merupakan sesuatu yang serius, dan diharapkan pihak pengurusan Sabah FC akan tampil menjelaskan situasi ini sebelum menjadi lebih teruk.

Sehingga artikel ini ditulis masih tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak Sabah FC berkaitan dakwaan yang bawa oleh Borneo Today.

-vocketfc.com

Rabu, 1 Disember 2021

Covid19: Senarai terkini negara yang sudah melaporkan kes varian Omicron

 PROGRAM vaksinasi Covid-19 di Mexico City, Mexico. FOTO EPA

PROGRAM vaksinasi Covid-19 di Mexico City, Mexico. FOTO EPA

London: Kemunculan varian Omicron ternyata memberi kesan kepada banyak negara untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

CNN melaporkan, setiap hari negara-negara di seluruh dunia berlumba-lumba untuk mengenal pasti berapa jumlah kes kerana kebimbangan terhadap varian baharu itu memaksa kerajaan menyemak semula langkah kawalan.

Varian baharu itu pertama kali ditemui di Afrika Selatan, dan sejak itu telah dikesan di beberapa negara.

Berikut ialah senarai negara yang sudah melaporkan kes setakat ini.

Afrika Selatan: 77 kes

Botswana: 19 kes

Belanda: 13 kes

Portugal: 13 kes

United Kingdom: 9 kes

Jerman: 3 kes

Kanada: 3 kes

Hong Kong: 3 kes

Denmark: 2 kes

Australia: 2 kes

Austria: 1 kes

Belgium: 1 kes

Republik Czech: 1 kes

Israel: 1 kes

Itali: 1 kes

Sepanyol: 1 kes

-myMetro

Empat negeri miskin tegar, 4 negeri ‘orang kaya’-Sidang Parlimen

 

Kelantan, Sabah, Sarawak dan Perak adalah negeri yang merekodkan kadar kemiskinan tegar tertinggi, manakala Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula, merekodkan kadar kemiskinan paling rendah.

Kelantan, Sabah, Sarawak dan Perak adalah negeri yang merekodkan kadar kemiskinan tegar tertinggi, berbanding negeri-negeri lain, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Eddin Syazlee Shith.

Sementara, empat negeri lagi iaitu Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula, merekodkan kadar kemiskinan paling rendah, berbanding negeri lain.

“Kalau mengikut negeri … kekayaan mengikut negeri yang rekod yang ada pada saya ini yang mempunyai kemiskinan rendah adalah Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Berbanding negeri-negeri lain yang kadar kemiskinannya agak tinggi Kelantan, Sarawak, Sabah, dan Perak… negeri ini juga merupakan merekodkan kadar kemiskinan tegar,” katanya menjawab soalan pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

“Saya bersetuju dengan apa yang Yang Berhormat kata tadi. Daripada kita memberi ikan, lebih baik kita mengajar rakyat cara bagaimana untuk menangkap ikan.

“Persoalannya sekarang dalam tempoh pandemik ini, tumpuan adalah untuk kita menangani masalah ekonomi yang semakin meruncing.

“Sebelum kita boleh mendidik mereka untuk menangkap ikan, saya percaya ramai di kalangan mereka ini yang berada di bawah garisan kemiskinan ini yang perlu dibantu,” katanya.-Agenda Daily

[VIDEO]: Tindakan Annuar Musa ‘Rampas’ Trofi Piala Malaysia Dari Paulo Josue Bikin Penyokong KL City Geram

 


Belum reda isu mengenai tindakannya ‘mengimport’ pasukan gendang dari Kelantan, penasihat Kuala Lumpur City, Annuar Musa sekali lagi melakukan sesuatu yang mencetuskan kontroversi sehingga menimbulkan kemarahan penyokong kelab tersebut.

Ianya berlaku ketika pemain KL City sedang rancak meraikan kejayaan mereka menoktahkan penantian 32 tahun untuk menjulang Piala Malaysia selepas menumpaskan ‘gergasi’ bola sepak tanah air Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sewaktu Paulo Josue sedang memegang trofi kejohanan berprestij tersebut, Annuar secara tiba-tiba mengambil trofi dari tangan kapten pasukan berkenaan dari belakang dan kemudian menjulangnya seorang diri. Ia boleh ditonton dalam video di bawah:

Video Player
00:00
00:26

Dari reaksi pemain import Brazil itu juga jelas kelihatan bagaimana beliau agak terkejut dan ‘kurang senang’ dengan tindakan berkenaan, lantas mahu segera mengambil kembali trofi berkenaan bagi meraikan malam bersejarah bersama rakan-rakannya yang lain.

Kita semua tahu, pentas sukan ini sering dijadikan alat untuk ‘orang politik’ ini menaikkan ‘saham’ mereka, tetapi Menteri Komunikasi dan Multimedia ini terlalu ketara ‘gelojohnya’ mahu mengambil kredit kepada kejayaan pasukan.

Bukanlah langsung tidak boleh untuk menyentuh trofi itu, tetapi seeloknya tunggulah pemain-pemain dan pegawai pasukan yang telah mengerah kudrat dan keringat mereka sepanjang musim.

Merekalah yang berjuang bermati-matian di atas padang. Selaku ‘penasihat’ yang hanya duduk di kerusi VIP sepanjang 90 minit perlawanan, hormatilah hasil titik peluh mereka. terlebih dahulu.

Keadaan ini pastinya memarakkan lagi api kemarahan penyokong Kuala Lumpur terhadap Annuar dan tentunya desakan agar beliau berundur dari jawatan tersebut semakin kuat.

-semuanyabola.com