Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
RONALDO meraikan gol kemenangan Manchester United ketika menentang Atalanta awal pagi tadi.
MANCHESTER: Biar apa pun yang diperkatakan tentang Cristiano Ronaldo, bintang Portugal itu membuktikan kepulangannya ke Old Trafford memberi impak besar kepada Manchester United apabila muncul wira mereka sekali lagi.
Selepas ketinggalan 0-2 kepada Atalanta pada babak pertama, Reds Devils bangkit dengan tiga gol di separuh masa kedua untuk melakar kemenangan 3-2 dalam aksi dramatik Liga Juara-Juara di Old Trafford, awal pagi tadi.
Kemenangan itu membolehkan mereka mengungguli Kumpulan F dengan enam mata, dua mata mengatasi Atalanta dan Villarreal.
Anak-anak buah Ole Gunnar Solskjaer bagaimanapun meletakkan diri dalam masalah selepas membenarkan Mario Pasalic dan Merih Demiral membolosi gawang mereka di minit ke-15 serta 28.
Begitupun, memasuki babak kedua tuan rumah memperkemaskan permainan dan sentuhan magis Bruno Fernandes membuka kepada gol pertama yang disempurnakan Marcus Rashford pada minit ke-53.
Kemasukan Paul Pogba, Edinson Cavani serta Jadon Sancho juga merubah permainan Red Devils, dan mengetuai kebangkitan hebat mereka.
Ketua pasukan, Harry Maguire meledak gol penyamaan menerusi sepakan voli pada minit ke-75.
Ketika permainan berbaki sembilan minit, Ronaldo membuktikan mengapa dia digelar ‘Mr Eropah’ apabila menanduk hantaran Luke Shaw ke penjuru gawang lawan untuk mengesahkan tiga mata buat United.
Kemenangan itu menaikkan motivasi Red Devils sebelum menerima kunjungan musuh ketat, Liverpool dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Ahad ini. – AGENSI
Kuala Lumpur: Isu gangguan seksual dan rogol kembali menular selepas ia menjadi perbualan hangat netizen membabitkan golongan artis ketika ini.
Tidak terkecuali perkara seperti itu turut dirasai oleh sebahagian atlet dan ia turut menarik perhatian ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong yang berkongsi pengalamannya apabila terpaksa berdepan dengan jurulatih yang sering membuat lawak lucah terhadap rakan atlet.
Atlet berusia 28 tahun itu dalam hantaran di laman sosial Twiternya menulis bahawa dia terpaksa berdiam diri atau terpaksa ketawa kerana takut terhadap jurulatih itu.
"Dulu saya ada seorang coach (jurulatih) yang suka buat lawak lucah. Saya buat diam je tak pun fake laugh (buat-buat ketawa) sebab takut dia.
"Pernah sekali tak tahan saya tegur dia tapi kena buli balik. Tujuh tahun kemudian dia buat kes rogol.
"Tapi paling sedih dalam tujuh tahun itu dia buat hal setiap tahun. Tapi kami atlet tak boleh buat apa sebab backup besar dia adalah head coach (ketua jurulatih) kami sendiri.
"Moral dari cerita ini adalah kita perlukan pemimpin yang baik, yang boleh menilai mana yang baik dan buruk.
"Bukannya menutup mata kesalahan yang dilakukan dan kepada mereka yang terbabit dalam kes seperti ini, tampillah bersuara. Biarpun suara kecil tetap penting sekiranya kita bersatu," tulis Pandelela di Twitter rasminya.
Bagaimanapun Pandelela berkata, golongan atlet ini sedikit bertuah apabila dilindungi oleh persatuan sukan yang mengambil berat isu membabitkan atlet mereka.
Status yang dimuat naik pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio itu turut mendapat perhatian bekas Menteri Belia dan Sukan yang kini Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludddin Abu Bakar.
Ciapan Pandelela itu mendapat lebih 14 ribu 'retweets' dan 16 ribu tanda suka selain dihujani pelbagai komen daripada netizen.
Daripada Jeddah, mereka menaiki kapal terbang menuju ke Madinah dengan hati yang penuh gembira. Bumi barakah yang sebelum ini hanya dibaca dari kitab-kitab, ditonton dari kaca televisyen, didengar dari Tokki, nenek dan saudara mara yang pernah ke sana menunaikan haji dan umrah. 55 minit perjalanan di udara, tidak ada apa-apa yang menarik kerana selain awan putih, hanya padang pasir yang kelihatan. Bagi mengisi kelapangan, Zul kembali membuka kitabnya yang membicarakan tentang tujuh tokoh ulama’ fiqh dari Madinah (al-fuqaha’ al-sab’ah).
Kota Madinah menjadi impian para penuntut ilmu di seluruh penjuru negeri untuk meneguk kemanisan mutiara-mutiara nabawi. Dengan panduan para Sahabat Nabi SAW, lahir barisan ulama’ masyhur yang dikenali dengan gelaran al-fuqaha’ al-sab’ah. Mereka adalah Sa’id bin Al-Musayyib, ‘Urwah bin Az-Zubair bin Al-’Awwam, Sulaiman bin Yasar, Al-Qasim bin Muhammad bin Abi Bakr, Abu Bakr bin ‘Abd al-Rahman, Kharijah bin Zaid, ‘Ubaidullah bin Abdillah bin ‘Utbah bin Mas’ud.
Maka katakanlah mereka itu adalah ‘Ubaidullah, Urwah, Qasim * Sa’id, Abu Bakr, Sulaiman, [dan] Kharijah.
Bumi Madinah juga menyaksikan kelahiran tokoh besar pengasas mazhab Malik iaitu Imam Malik bin Anas. Imam Malik dilahirkan 13 tahun selepas kelahiran Imam Abu Hanifah sempat hidup di zaman pemerintahan al-Walid bin ‘Abd al-Malik pada era Umayyah dan meninggal dunia pada sekitar umur 90 tahun semasa pemerintahan Harun al-Rasyid pada era ‘Abbasiyah. Disebutkan dalam satu riwayat, Imam Malik pernah bertemu dengan seorang pemuda. Beliau bertanya kepada pemuda tersebut akan namanya, maka dijawab pemuda itu, “Muhammad.” Imam Malik pun berkata “Wahai Muhammad! Bertakwalah kepada Allah, jauhi maksiat, kelak kau akan menjadi orang besar.” Pemuda itulah yang kita kenali kemudiannya sebagai Imam al-Syafie. Melalui anak-anak muridnya, Mazhab Maliki berkembang ke serata dunia seperti Mesir, Sepanyol, Tunisia, Maghribi dan sebahagian Afrika. [1] Ramai lagi tokoh-tokoh ulama’ yang agung, lahir daripada bumi Madinah seperti Imam al-Zuhri, Rabi’ah al-Ra’yi dan lain-lain.
Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Muhammad bin ‘Abdulaziz, Madinah agak kecil berbanding Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jedah. Dari jauh, sudah kelihatan sepanduk Ahlan wa Sahlan ila Jami’ah al-Islamiyyah bi al-Madinah al-Munawwarah (Selamat Datang ke Universiti Madinah). Mereka disambut urusetia yang lengkap berjubah putih dengan syimagh dikepala berwarna merah putih. Semuanya mengukir senyuman dan mengucapkan tahniah kepada para pelajar baharu. Mereka menaiki bas yang disediakan universiti, menuju ke kampus yang jaraknya hampir 40 minit darippada lapangan terbang. Di dalam bas, Zul mendapat perkhabaran daripada Rudaini bahawa ada seorang lagi pelajar daripada Terengganu iaitu Affandi turut mendapat tawaran ke Universiti Islam Madinah cuma disebabkan ada sedikit masalah visa, kemungkinan beliau akan sampai sedikit lewat berbanding yang lain.
********************
“Bakpe enta suke’ang ning?” tanya Zul kepada Shohor Bani. Terkinja-kinja Shohor Bani di depan Zul dan Zaini. Ada sesuatu nak disampaikan cuma mungkin tak terluah kerana terlalu gembira. “Alhamdulillah. Kite tige orang lulus! Ana tengok doh keputusang di papang kenyataang sakni.”, kata Shohor Bani sambil memegang tangan kedua-dua saingnya. “Allahuakbar…!”, Zul meraup tangan ke wajahnya. Alhamdulillah, kejayaan pertama mereka di Universiti Islam Madinah adalah lulus untuk masuk terus ke kuliah tanpa perlu melalui Syu’bah Ta’lim al-Lughah li Ghayr al-‘Arab (Seksyen Pendidikan Bahasa untuk Bukan Arab). Kejayaan ini tidak lain tidak bukan adalah berkat doa para guru, ibu bapa dan sudah pasti kualiti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab semenjak di SMASZA Ladang sehinggalah di Thanawi SMAASZA Batu Burok.
Bagi bukan penutur jati Bahasa Arab atau bangsa bukan Arab yang tidak melepasi temuduga bagi penentuan aras kemahiran Bahasa Arab, Syu’bah Ta’lim al-Lughah li Ghayr al-‘Arab yang ditubuhkan pada tahun 1967 hasil resolusi Majlis Penasihat Tertinggi Universiti Islam Madinah pada tahun 1964, adalah tempat di mana mereka perlu menghadiri kelas pemantapan Bahasa Arab bagi persediaan untuk memasuki kuliah. Di sini, para pelajar akan ditempatkan dalam tahap yang berbeza mengikut keputusan temuduga, dan diajar oleh pakar Bahasa Arab antaranya Syeikh Dr. V. Abdul Rahim, Syeikh Dr. ‘Abdullah bin Ahmad Qadiri dan Syeikh ‘Abdul Hadi bin ‘Umar Fallatah.
Tanpa berlengah, mereka terus mendaftar untuk masuk ke kuliah di bangunan ‘Imadah al-Qabul wa al-Tasjil (Kedekanan Kemasukan dan Pendaftaran). “Ni, Shohor. Kite memang kacip molek[2] tapi dalam bab ilmu ni dop buleh ikut-ikut. Kite pilih ape hok kite minat. Ni langkoh pertame untuk mase depang kite. Ana pilih Kuliah Syariah.” Zul mengambil borang Kuliah Syariah dan mengisinya. Zaini dan Shohor Bani pula mengambil borang Kuliah Dakwah dan Usuluddin.
“Enta wase seriau dop nok masuk kelah dengang sep-sep Arab nanti?”, tanya Zaini kepada Zul dan Shohor Bani. “Dakpe, insya-Allah. Kite kang biase doh dengang Ustak ‘Utuwwah, Ustak Wahdan, Ustak Taha, Ustak Sa’id al-Qasabi di SMAASZA. Aku wase’ang[3] same je.”, Zul memberikan pandangan.
*********************
“Weh, ana wase nok masuk Syu’bah Lughah lah. Dop sekong[4] ana belajor dengan sep Arab ning. Sep ye bbaloh dengan syeikh, macam nok perang doh. Kite di SMAASZA nok wi pendapat ke ustak pung beradong.[5] Syeikh bincang bab taharah[6] je pung. Nasib ye dop angkat kerusi, meje. Sep ye cakak keluor Qur’an, Hadith, qaul[7] ulama’. Jauh beze nok banding dengang pidato Bahase Arab di SMAASZA. Ana dok aa’uu stabok mende ye cakak. Kite belajor fushah di Malaysia. Sep ye ade sleng[8] Najdi, Hijazi, Khaliji. Memang agah[9] la. Ana hok perati ning, basoh jeruk peluh. Dop berani nok masuk capur.”, kata Zaini pada satu petang, meluahkan kerisauannya. Shawarma yang dimakannya, kelihatan masih banyak berbaki. Mungkin tidak berselera. Rupa-rupanya, kerisauan yang sama juga dikongsikan oleh Zul dan Shohor Bani. Kalau di kampung semasa kecil, bolehlah mereka nak agah dengan perang bedil colok, woh getoh, ikang sekila yang paling cantik, jaguh lage ayang, tapi bila berdepan dengan bangsa Arab ni jangan dibuat main. Budak-budak pun dah main dengan unta!
“Ape kate kite gi juppe[10] Arab hok jage kemasukan, pendaftaran ning. Kite mohon untuk masuk pusat bahase. Bior lah belajor mubtada’ khabar smula dari bbaloh dengang sep Arab ning.”, Zul memberi cadangan kepada Zaini dan Shohor Bani. Kedua-duanya bersetuju dan bergerak meninggalkan kantin.
“Assalamualaikum. Err…kami, nak…”, Shohor Bani baru hendak memulakan pertanyaannya dalam Bahasa Arab. Pegawai di kaunter pertanyaan mengangkat kening dengan berkata, “Eish tibgha???”[11]. “Kasornya mung. Kalu mung sapa Tranung, siap ah mung. Nasib baik mung dop pahang aku cakak mende…”, kata Shohor Bani mengomel sendirian dalam loghat Terengganu. Zul dan Zaini suke glekek[12]di belakang Shohor Bani.
Shohor menerangkan hasrat mereka dengan baik untuk memohon pertukaran daripada kuliah ke pusat bahasa. Pegawai tersebut menyemak dokumen Zul, Shohor Bani dan Zaini sambil menikmati syai bi al-na’na’[13]Beliau kemudiannya mundar-mandir ke meja-meja rakan sekerjanya yang lain dan bertanyakan sesuatu.“Ek eleh…enjeknye[14]. Ye dop sibuk pung tapi wak lolok[15] sibuk!”, getus Shohor Bani dengan marah. Masih belum berpuas hati dengan cara pegawai tersebut menyambut mereka.
Beliau kemudiannya menuju ke kaunter pertanyaan dan berkata, “Kamu bertiga dari Malaysia? SMAASZA? Tak perlu masuk Pusat Bahasa. Kamu sudah mahir Bahasa Arab. Boleh keluar sekarang.”. Zul, Zaini dan Shohor Bani ditinggalkan terkulat-kulat di kaunter pertanyaan. Nampaknya, terpaksalah mereka menghadap kerenah pelajar-pelajar Arab walaupun masih belum dapat membiasakan diri.
____________________
[1] Saya ada menulis sebuah buku tentang Imam Malik dan Imam Syafie secara khusus, jua himpunan kisah Imam Empat Mazhab yang dikumpulkan dalam sebuah buku. Boleh dapatkan di FB Pustaka Cahaya Kasturi
Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menggadaikan prinsipnya menolak mereka yang melompat parti?
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi isyarat bakal menerima empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka yang menjadi punca krisis politik untuk diletak sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Anwar berkata Pakatan Harapan (PH) sedang menimbang secara teliti dan mengambilkira semua pandangan sebelum keputusan dimuktamadkan berhubung permohonan empat ADUN itu yang menyatakan kesediaan untuk menyokong gabungan itu.
“Mengenai empat bekas ADUN itu ada dibincangkan (dalam mesyuarat Majlis Presiden PH).
“Namun, tiada apa-apa permohonan, maka perkara itu tidak dipanjangkan,” kata Anwar selepas mesyuarat Majlis Presiden PH malam ini.
Berhubung tentangan DAP yang enggan menerima empat ADUN tersebut, Anwar berkata ia hanya perkara kecil dan memahami kebimbangan yang disuarakan oleh parti tersebut.
“Kita faham (kenyataan DAP) itu. Oleh kerana perkara itu belum ke tahap perbincangan serius, kita tunggu,” katanya lagi.
Empat bekas ADUN tersebut terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (Sungai Udang); Datuk Norhizam Hassan Baktee (Pengkalan Batu); Datuk Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Datuk Nor Azman Hassan (Pantai Kundor).
Baru-baru ini, semua empat bekas ADUN itu bertemu dengan Presiden PKR, Anwar di sebuah hotel dan menyatakan kesediaan untuk bertanding atas tiket parti tersebut.
Kerajaan Melaka tumbang pada 4 Oktober lalu selepas empat bekas ADUN berkenaan umum hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka.
Susulan itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan pembubaran DUN selepas dipersetujui Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka dan hari penamaan calon pada 8 November serta tarikh mengundi awal pada 16 November dengan tempoh berkempen selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon sehingga jam 11.59 malam pada 19 November.
KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Ebit Liew membawa isteri dan anak-anak bercuti di Switzerland berdasarkan perkongsian beliau dalam akaun Facebook (FV) rasminya, hari ini.
Mengikut entri dimuat naik, Ebit selamat tiba di lokasi percutian selepas mendapat kebenaran kerajaan untuk merentas negara dan memenuhi semua syarat ditetapkan pihak berkuasa dalam mengawal penularan COVID-19.
"Alhamdulillah, sudah sampai Swiss. Bidadariku, baikkan Allah. Dia yang beri segala-galanya. Bahagia dari Allah. Dialah yang beri bahagia dahulu, kini dan selamanya.
"Tugas kita mengenali-Nya. Bersyukur kepada-Nya. Ya Allah betapa diriku menyayanginya. Sayanglah padanya... Sayanglah pada kami.
"Hanya kasih sayang-Mu yang kami harapkan. Dapat reda Allah dapatlah segala-galanya. Berilah reda-Mu kepada kami semua," luahnya dalam entri yang diiringi beberapa foto dirakam di negara berkenaan.
Terdahulu, lebih 15 jam lalu, Ebit menyatakan beliau dan keluarga 'terbang' menikmati percutian di Switzerland.
Menerusi entri FB, Ebit menyatakan peluang bersama keluarga menjadi detik terindah dalam hidupnya.
"Doakan ya. Bawa bidadari dan anak-anak ke Swiss (Switzerland). Tiadalah masa paling indah di dunia ini melebihi saat bersama keluarga.
"Peneman di dunia dan di sana, Insya-Allah. Semoga setiap langkah ini mendapat reda dan kasih sayang-Nya," luahnya.
Rata rata pengikut Ebit mendoakan kesejahteraan pendakwah itu ketika berada di negara orang dan menikmati percutian dengan tenang.
MELAKA: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) perlu menggunakan kaedah perundingan yang inklusif, jika tidak mahu berputih mata melihat Ketua Menteri kedua Pakatan Harapan (PH) mengangkat sumpah di negeri ini.
Hakikatnya, pertembungan tiga penjuru atau lebih tetap menguntungkan PH, tanpa perlu berasa risau undi mereka berpecah terutama di kawasan bandar.
Ini kerana, 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kini disandang wakil rakyat PH tidak akan sesekali bolos, begitu juga dengan empat lagi kerusi kem bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.
Namun, sekiranya dua gabungan politik yang membentuk kerajaan Persekutuan sudi bekerjasama, PH dilihat bakal berdepan situasi sukar.
Jika wujud kata sepakat antara BN dan PN, semakan mendapati, hanya empat kerusi PH yang boleh dikategorikan sebagai kawasan putih iaitu Ayer Keroh, Kesidang, Kota Laksamana dan Bandar Hilir.
Kesemua lubuk selamat itu merupakan kerusi milik DAP dan terletak di kawasan bandar, iaitu dalam Parlimen Hang Tuah Jaya dan Kota Melaka.
DUN Bukit Katil yang disandang Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari juga tidak mustahil tewas, memandangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), bekas Ketua Menteri itu hanya menang dengan majoriti 3,159.
Ketika itu, Adly berdepan pertembungan tiga penjuru dengan calon BN, Yunus Hitam dan calon Pas, Muhamat Puhat Bedol.
Ini bermakna, andai dua penjuru menjadi kenyataan, BN berupaya mengekalkan 14 kerusi miliknya manakala PN yang diterajui Bersatu, Pas dan Gerakan pula mampu merampas sekurang-kurangnya tujuh kerusi daripada PH.
Tujuh kerusi tersebut adalah Gadek yang dimenangi PH dengan majoriti tipis 307 undi, Durian Tunggal (763 undi), Kelebang (789 undi), Bemban (1,345 undi), Machap Jaya (1,336 undi), Duyong (2,895 undi) dan Bukit Katil milik Adly.
Isnin lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN Melaka akan diadakan pada 20 November ini manakala hari penamaan calon pula 8 November dan hari mengundi awal adalah 16 November.
Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan adalah Daftar Pemilih Tambahan yang dikemas kini sehingga 3 Oktober lalu.
Daftar tersebut mengandungi 495,196 pengundi terdiri daripada 482,550 pengundi biasa, 10,191 anggota tentera dan pasangan, 2,349 anggota polis serta 106 pengundi tidak hadir luar negara. – UTUSAN
PETALING JAYA: Tindakan kerajaan meneliti “aduan mengarut” tidak akan membantu perniagaan, kata Pengarah Eksekutif Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI), Shaun Cheah.
Oleh itu katanya, tiada keperluan untuk kerajaan campur tangan dalam cara peniaga menguruskan perniagaan, kecuali terbukti mereka mempunyai niat untuk menipu.
“Jika kerajaan berterusan meneliti perniagaan dan bertindak balas terhadap aduan paling kecil, ini tidak akan membantu perniagaan,” katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata demikian susulan kontroversi arak jenama “Timah” yang didakwa boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengguna, khususnya umat Islam.
Cheah berkata, kontroversi itu tidak sepatutnya timbul kerana jelas dinyatakan produk itu tidak halal dan pengguna perlu tahu membezakannya.
“Bagaimana seseorang boleh keliru? Peraturan majlis tempatan dan perdagangan domestik menetapkan pelabelan harus dalam bahasa Melayu.
“Sekiranya saya menggunakan nama Melayu yang dinyatakan, tidak semestinya produk itu adalah produk halal,” katanya.
Terdahulu, pengurusan syarikat pengeluar arak “Timah” dalam kenyataan di Facebook menjelaskan beberapa maklumat salah yang tersebar bagi mengelakkan salah faham.
Katanya, perkataan “Timah” itu merujuk logam timah, manakala jenama “Timah Whiskey” adalah sempena perlombongan bijih timah ketika Tanah Melayu ditadbir British.
Gambar lelaki berjanggut dengan penutup kepala pula adalah Kapten Speedy, yang memperkenalkan budaya minum wiski pada zaman itu.
Semalam, Mufti Pulau Pinang, Wan Salim Wan Mohd Noor dilapor menyarankan nama jenama arak “Timah” ditukar kerana ia dianggap oleh pihak tertentu sebagai penghinaan yang tidak sepatutnya berlaku.-FMT
Lim Guan Eng (tengah) ketika sidang media di pejabat DAP Melaka. - Astro AWANI
MELAKA: DAP bertegas menolak bekas Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memaklumkan perkara itu akan dibawa pada Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
“Ada yang tanya dan saya dengan tegas menyatakan DAP tolak sama sekali bekas ADUN Pengkalan Batu sebagai calon dalam PRN negeri akan datang.
“Saya tidak mahu sebut (alasan), tidak perlu pergi pada asal usulnya semua pun tahu, DAP tetap tidak terima dia sebagai calon dalam PRN negeri,” katanya dalam sidang media di pejabat DAP Melaka, di sini hari ini.
Norhizam yang sebelum ini menang pada Pilihan Raya Umum (PRU)14 lalu atas tiket DAP mengumumkan menjadi calon Bebas sekaligus memberi sokongan kepada UMNO untuk membentuk gabungan kerajaan baru di negeri itu pada Mac tahun lalu.
Beliau yang juga bekas Exco Pertanian, Keusahawanan dan Industri Asas Tani sekali lagi membuat langkah sama apabila bersama tiga lagi bekas ADUN mendakwa hilang kepercayaan kepada kepimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sehingga hilang majoriti.
Mengulas lanjut, Guan Eng yang juga bekas Menteri kewangan itu berkata, PH komited unuk memastikan mandat rakyat dikembalikan pada PRN ini dan kekal menyatakan sokongan kepada Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri Melaka.
“PH menyatakan sokongan kepada Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri dan saya harap tidak ada apa-apa kesangsian tentang perkara ini.
“Ini bukan hanya daripada DAP sahaja tetapi parti komponen yang lain kerana Adly menjalankan tugas yang baik,” tambahnya.
Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari pengundian PRN Melaka pada 20 November depan, hari mengundi awal pada 16 November manakala penamaan calon pada 8 November.
Ia susulan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka terpaksa dibubarkan selepas mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee menegaskan DAP tiada hak untuk menghalangnya bertanding bawah panji Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka, 20 Nov ini.
Norhizam ketika dihubungi FMT berkata, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng seharusnya sedar bahawa partinya tidak mendapat sokongan rakyat khususnya orang Melayu.
“Saya masuk DAP ke? Siapa DAP nak menghalang saya. Saya tidak kata nak kembali ke DAP, kalau saya masuk PKR, apa kena-mengena dengan Lim Guan Eng? Kalau saya masuk Amanah, apa ada kena mengena dengan Guan Eng? Kalau saya masuk Pejuang, apa kena mengena dengan Guan Eng? Dia orang DAP, jaga sajalah orang DAP.
“Kecuali saya ini orang DAP, saya bukan ahli DAP lagi. Awak pun tahu, rakyat tolak parti Cina ini,” katanya mengulas kenyataan Lim bahawa parti itu akan membantah jika Norhizam mahu bertanding bawah panji PH.
Dalam pada itu, Norhizam mendedahkan beliau menerima tawaran kerjasama daripada pelbagai parti menjelang PRN bulan depan, namun masih terbuka sebelum membuat sebarang keputusan.
“Setakat ini banyak parti yang dah ‘offer’ saya, parti mana, kita akan tengok nanti,” katanya sambil menyifatkan figura calon lebih penting daripada nama atau logo parti.
“Parti ini hanya satu platform saja, bila pilihan raya memang kita kena ada parti untuk bertanding tetapi lepas itu kita bergerak atas tiket sendiri,” katanya.
Menegaskan tindakan beliau bersama tiga ADUN lain menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Umno, Norhizam berkata, beliau tidak akan sesekali bersekongkol dengan kemungkaran dan kebatilan yang berlaku secara terang-terangan di depan matanya.
“Saya berjuang kerana mempertahankan maruah kerana kejahilan, kebatilan dan kemungkaran itu berlaku di depan mata saya. Saya tolak, saya tak nak, saya ada prinsip, kalau tak betul, tetap tak betul, betul kita kata betul.
“Prinsip saya, (dalam) saya nak membantu rakyat negeri Melaka, saya (sanggup) gadaikan maruah, masa depan, politik, kedudukan, gaji saya, kereta saya, sedangkan saya boleh tutup mata duduk diam-diam. Kita (orang) bermaruah,” tegasnya tanpa mengaitkan “kemungkaran” yang disebutnya itu dengan mana-mana parti atau individu.
Ditanya adakah beliau terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan Umno menjelang PRN akan datang, beliau menegaskan tidak akan sekali-kali berganding dengan parti Melayu itu.
“Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Biar putih tulang jangan putih mata,” katanya.
Terdahulu, Norhizam bersama tiga ADUN, iaitu Idris Haron (Sungai Udang), Noor Effandi Ahmad (Telok Mas) dan Nor Azman Hassan (Pantai Kundor) dilaporkan mahu bertanding bawah panji PH dalam PRN, bahkan telah bertemu Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dan pemimpin PH lain di sebuah hotel semalam untuk membincangkan perkara itu.
Namun mereka mengakui mereka adalah “pendatang baharu” bagi PH dan akan menyerahkannya kepada kepimpinan gabungan negeri itu untuk membuat keputusan.-FMT