Tanggal hari ini (12 Disember) pada tahun 1950, tragedi yang tidak akan dilupakan masyarakat Melayu beragama Islam di Tanah Melayu. Tragedi ini bermula apabila mahkamah Singapura menyerahkan Natrah kepada ibu bapanya di Belanda - yang diberikan hak menentukan agamanya - membawa kepada rusuhan besar di Singapura.
Sedutan daripada Tragedi 12 Disember :
Pada tahun 1950 ---
orang melayu tak ada pemimpin.
Negara Malaysia pun belum ada waktu tu. Orang Melayu miskin pada masa tu tuan-tuan... walaupun Orang Melayu pada masa tu miskin, tetapi semangat akidah mereka terlalu tinggi. Dengar sahaja kerajaan British berpakat dengan kerajaan Belanda bagi memurtadkan Natrah, Orang Melayu dari Kelantan kayuh basikal turun ke Singapura, Orang Melayu dari Pulau Pinang jalan kaki ke Singapura, Orang Melayu dari Perak dan Selangor tumpang kereta api barang untuk ke Singapura.
Pada tanggal 12 Disember 1950 ---
beribu orang Melayu sudah sampai ke Singapura pada waktu tersebut orang melayu hendak masuk bagi membantah keputusan mahkamah.
Orang Melayu diketuai oleh Karim Ghani telah ditahan oleh Inspektor Taha yang berkhidmat dengan kerajaan British.
Karim Ghani berkata kepada Inspektor Taha :
“Kamu orang Islam, aku orang Islam, aku datang hari ini bagi menyelamatkan akidah seorang anak yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” , adakah kamu yang menyebut kalimah “LAILAHAILLAH” juga mahu menghalang aku? Kamu halanglah, aku akan tetap pergi."
Dengar itu saja Inspektor Taha terus cabut uniform dia, buang senjata dia. Inspektor Taha menyatakan :
“Demi Allah! Aku akan bersama kamu pada hari ini.”
Laungan "ALLAHUAKBAR!" bergema di setiap sudut. Inspektor Taha terus serbu untuk masuk ke dalam mahkamah bersama orang-orang Melayu.
Akibatnya, sebanyak 18 nyawa diragut dan 200 lagi tercedera berikutan Rusuhan Natrah yang berlaku pada 12 Disember 1950.
Allahuakbar...
sambil saya taip ni pun menitik air mataðŸ˜
Orang Melayu kita dulu miskin tapi AKIDAHnya Masya'Allah...
hamba Allah paling lemah, faqir dan hina.
0 comments:
Catat Ulasan