"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Ahad, 26 April 2026

Emas Cair Di Hujung Taring: Kenapa Malaysia Masih 'Tidur' Dalam Bisnes Bisa Ular?

 Emas Cair Di Hujung Taring: Kenapa Malaysia Masih 'Tidur' Dalam Bisnes Bisa Ular?

Korang tahu tak, ada cecair yang harganya jauh lagi mahal daripada emas, tapi kita selalunya lari lintang-pukang bila nampak "kilang" cecair tu? 

Aku tengah cakap pasal Bisa Ular.

Satu gram bisa ular Coral boleh mencecah RM18,000+. 

Ya, korang tak salah baca. 

Tapi peliknya, Malaysia yang kaya dengan spesies ular berbisa ni masih lagi bergantung harap dekat Thailand untuk bekalan antivenom. 

Jom kita expose kenapa industri ni sebenarnya "lubuk" yang kita terlepas pandang.

1. Plot Twist: Kita Import Penawar Dari Ular "Jiran"

Ramai tak tahu, Malaysia tak ada pengeluar antivenom sendiri. Kita import dari Institusi Queen Saovabha, Bangkok. 

Masalahnya, bisa ular ni macam "loghat" bahasa—ular kobra kat Thailand tak sama 100% dengan ular kobra kat Perak atau Selangor. 

Keberkesanan antivenom tu paling top kalau dia datang dari bisa ular tempatan. Kita ada 136 spesies, tapi kita masih hantar duit kat luar untuk beli penawar. Rugi ke rugi?

2. Bisnes Milking: Bukan Perah Susu, Tapi Perah Nyawa

Proses nak dapatkan "emas cair" ni panggilannya milking. 

Dua minggu sekali, ular ni kena perah. Bayangkan sebuah kampung kat China, penduduk cuma 600 orang tapi bela 3 juta ekor ular! Hasilnya? Jualan cecair ni mencecah RM50 juta setahun. 

Dekat Malaysia, kita nampak ular je kita katuk, sedangkan satu gram bisa tu boleh bayar ansuran kereta korang setahun.

3. Dilema Syariah: Antara "Fawasiq" & Perubatan

Ini part yang selalu jadi perdebatan. Fatwa kata haram bela ular sebab dia haiwan pengganggu. 

Tapi, dalam Mazhab Hanafi, ada ruang kalau ia bawa manfaat perubatan. 

Logiknya, kalau kita bela untuk buat antivenom bagi selamatkan nyawa manusia, takkan itu tiada manfaat? 

Ini satu grey area yang perlukan keberanian teknokrat dan ulama kita untuk duduk semeja. Kita perlukan fatwa yang progresif untuk industri bio-farmaseutikal ni.

4. Jurang Strategik Kesihatan Negara

Ini bukan pasal nak kaya cepat saja. Ini soal Kedaulatan Kesihatan. Kalau Thailand tiba-tiba stop eksport antivenom, apa jadi kat mangsa gigitan ular kat Malaysia? 

Kita ada pakar kat IMR, kita ada universiti hebat (UM, UPM, UiTM), tapi kita tak ada "Ladang Ular" komersial yang sistematik untuk bekalkan bahan mentah ni.

PENDAPAT ANALITIKAL (THE SILENT ARCHITECT'S INSIGHT)

"Kita kena faham, bisnes bisa ular bukan bisnes haiwan peliharaan, ia adalah bisnes biokimia. Kegagalan kita untuk melihat ular sebagai aset strategik menyebabkan kita terus berada dalam 'pusingan import' yang merugikan".

Isu Syariah memang sensitif, tapi kaedah fiqh menyebut 'Hajat diturunkan pada darjat darurat'. 

Jika keperluan antivenom tempatan adalah kritikal untuk nyawa rakyat Malaysia, maka penubuhan ladang ular terkawal di bawah seliaan institusi perubatan adalah satu kemestian, bukan pilihan. 

Kita tak boleh selamanya bergantung pada 'loghat' bisa ular negara jiran. It’s time for Malaysia to have its own Venom Bank. 

Ini bukan soal hobi, ini soal keselamatan negara.

Source 

Khamis, 23 April 2026

KENAPA SYEIKH MASHARI MENDUKACITA DARIPADA MENGEMBIRA DUNIA ISLAM?

 SYEIKH MASHARI MENDUKACITA DARIPADA MENGEMBIRA DUNIA ISLAM

1. Bacaan Syeikh Mashari Rashid boleh diambil manfaat. Qari yang fasih & sedap. 

2. Mutakhir ini bertubi-tubi ia menzahir celaka hanya bagi Iran. Menzahir sokongan melangit pada pemerintah Saudi yang rakus. Tidak segan mendokong Amerika untuk hancurkan apa yang patut. Catatannya tentang pejuang Palestin juga tidak selari dengan harapan para pendengar al-Quran daripadanya.

3.  'Serangan' Syeikh Mashari tiada manfaat lagi fatal untuk dunia Islam khasnya kepentingan Palestin. Bercanggah dengan pendirian kesatuan para ulama yang berjuang. Iran memang kontroversi, tetapi dalam perdebatan yang panjang, tidak wajar menjulang Amerika dengan cara 'memberi izin' kecelakaan dan menyempitkan istilah Ahlul Tauhid.

 4.  Sesiapa yang takjub dengan Syeikh Mashari, janganlah sampai tidak sedar dengan fiqh geopolitik dunia Islam. Sesetengah orang kerana terpesona ilmu, bacaan al-Quran, hadith, diskusi kitab, perihal ketokohan pada seseorang ilmuan, maka ia akan menelan segala-galanya tanpa ada mizan (pertimbangan kebenaran).

5.  Sudah ramai orang alim, qari apabila mereka bergelumang rapat dengan penguasa duniawi, termasuk agamawan yang hanya zahirkan kemahiran ilmu sahaja tapi enggan membangkit soal perjuangan ummah, akhirnya mereka menjadi hamba dunia. Bukan hamba Allah yang takut hanya pada-Nya.

6.  Ada yang menjadi 'alat pemusnah' kepada pihak yang ikhlas berjuang. Inilah yang banyak berlaku di Mesir, Saudi, Yaman & Syria. Ummah menjadi bingung kerana "itu alim besar."

7.  Lantaran itulah al-Quran melaknat sesiapa yang sengaja menjual ilmu. Rasulullah SAW juga banyak menyebut perihal kecelakaan bangsa Arab & ilmuan yang khianat dalam terang atau diam.

8.  Moga para alim khasnya Syeikh Mashari kembali betulkan apa yang patut. Sayang jika ia mahu berbuat sesuatu yang menguntungkan Barat & segala hamba Zionis. Syeikh Mashari perlu ambil kisah kritikan padanya demi umat Islam sejagat. Dengan popularitinya di Saudi & Kuwait (sekutu Amerika), ia boleh berbuat sesuatu kebaikan perjuangan.

9.   Diharapkan Syeikh Mashari kembalilah menjadi hakikat khadam al-Quran yang mulia. Berjuanglah untuk Islam yang luas. Jangan pilih 'bermukim' di Barat kerana matahari akan terbit di ufuk Barat.

Source 

Rabu, 15 April 2026

Kenali Tokoh:Prof Dr Burhanudin Al-Helmi

 DR BURHANUDIN Al-HELMI 

Beliau satu-satunya tokoh Intelektual Islam yang dianugerahkan pingat emas Commander Of World Order Of Human Merit. 

Dilahirkan di Kampong Changkat Tualang (Perak) pada 29 Ogos 1911, Profesor Dr Burhanudin bin Mohamed Noor mendapat pendidikan formal di Kota Bharu dari tahun 1917 hingga 1924. 

Sebaik sahaja tamat sekolah formal pada tahun 1924, beliau telah dihantar ke Padang Panjang (Sumatera) untuk memperdalami ilmu ugama selama 2 tahun sambil mempelajari bahasa Belanda. 

Pada tahun 1926, beliau dihantar pula ke Pondok Pulau Pisang di Jitra (Kedah), diikuti dengan Madrasah Al-Mashoor Al-Islamiah di Pulau Pinang pada tahun 1927. 

Di Madrasah Al-Mashoor-lah beliau berjaya menguasai bahasa Arab. 

Beliau selanjutnya berhijrah ke India pada tahun 1928. Di sana beliau berjaya menguasai bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman. 

Pada tahun 1934, beliau berjaya mendapat tempat di Islamic University Of Aligarh sehingga memperolehi ijazah Doctor Of Philosophy (PhD). Ini dilanjutkan lagi dengan ijazah kedoktoran dalam bidang Homeopati di Ismailiyyah College Of Medicine. 

Pada tahun 1938, beliau berhijrah ke Singapura dan ditawarkan jawatan guru bahasa Arab di Madrasah Aljunied Al-Islamiah hingga tahun 1942. Beliau turut membuka sebuah klinik di Kampong Pachitan (Kembangan). 

Setelah tamat perkhidmatannya di Madrasah Aljunied, beliau dilantik sebagai penasihat Majlis Adat Istiadat Dan Kebudayaan Melayu di Perak.

Di Perak, beliau mengambil peluang untuk membantu sebuah pusat pengajian terulung iaitu Ma’ahad Al-Ihya’ As-Sharif. 

Beliau turut berperanan dalam penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada 17 Oktober 1945. 

Pada masa yang sama, beliau berguru dengan ahli Tasawuf, Haji Muhammad Yatim di Kampong Belanja Kiri (Perak). 

Dalam Jun 1948, beliau telah ditahan dan dipenjarakan oleh pemerintah British kerana mempengaruhi masyarakat tempatan dalam menentang penjajahan British. Dua tahun kemudiannya, beliau dibebaskan. 

Sejurus pembebasannya, Dr Burhanudin kembali ke Singapura. 

Pada 13 Disember 1950, beliau ditahan dan dipenjarakan sekali lagi kerana terbabit dalam Rusuhan Maria Huberdina Hertogh atau Rusuhan Nadrah. Beliau dibebaskan setahun kemudiannya. 

Pada tahun 1955, beliau berhijrah ke Kelantan dan pada 25 Disember 1956 dilantik sebagai Yang Dipertua Parti Islam Se-Malaya (PAS) sehingga tamat tempoh khidmatnya pada 10 Oktober 1969. 

Dalam Januari 1965, beliau ditahan pula di bawah Internal Security Act (ISA) di Malaysia atas tuduhan terlibat dalam Konfrontasi Indonesia-Malaysia. Beliau dibebaskan dalam Mac 1966. 

Dr Burhanudin bukan sahaja seorang yang mahir dalam bidang perubatan bahkan juga seorang cendekiawan yang dilahirkan untuk mengisi dunia intelektual Islam dengan kebenaran, keadilan dan keindahan. 

Beliau dikenang oleh mereka yang pernah bergaul dengannya sebagai seorang yang jujur, berjiwa rakyat, tekun, lemah-lembut, santun, tenang, sabar, pendiam dan mesra sehingga digelar Al-Halimi (yang lemah-lembut).

Bidang penulisan juga merupakan satu lagi kemahiran yang ada pada dirinya. Beliau antaranya telah berjaya menghasilkan beberapa buah karya yang merangkumi bidang politik, perubatan mahupun ugama; antaranya ialah:- 

(1) Falsafah Kebangsaan Melayu 

(2) Falsafah Perubatan Homeopati 

(3) Simposium Tasawuf Dan Thariqah 

Profesor Dr Burhanudin bin Mohamed Noor menghembuskan nafasnya yang terakhir di Jalan Asam (Taiping, Perak) dalam usia 58 tahun pada 25 Oktober 1969. 

*** 

📸 Foto:- 

Jejak Warisan Singapura

Source 

Ahad, 5 April 2026

𝗕𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮

 𝗕𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮

Berlaku tahun 2 H bersamaan 15 Syawal (9 April 624 M hari Isnin). Perkampungan mereka terletak di Wadi Bathan  5km dari Madinah.

Baginda Nabi ﷺ pergi ke pasar mereka memperingatkan tentang perjanjian damai yang telah dipersetujui. 

:: PUNCA PEPERANGAN ::

Peperangan Qainuqa' ini berlaku bermula pada 14 Syawal disebabkan seorang muslimah telah masuk ke pasar mereka.

Pasar mereka terkenal dengan  industri besi dan mencipta senjata . 

Seorang Yahudi meminta agar dibukakan wajahnya, wanita ini enggan kerana menjaga maruah dirinya. Mereka mengintai peluang untuk mengenakan dia. Sedang wanita muslimah asyik memilih barang perhiasan, maka ada yahudi yang telah mengikat tudung (atas) dengan kainnya (bawah) secara diam-diam. 

🟢 Apabila wanita itu bangun, maka tersingkaplah auratnya sehingga ia ditertawakan oleh org yahudi yg ada di kelilingnya. Wanita muslimah yang memahami MEREKA INGIN MEMPERMAINKANNYA beliau terus menjerit dengan sekuat hati:

"WA ISLAMAH, WA ISLAMAH, WA ISLAMAH" (Ayuh org Islam, tolonglah).Lantas seorang lelaki muslim meluru masuk dan terus membunuh yahudi tersebut, lalu mereka pula membunuhnya.

Maka berita ini sampai kepada baginda Nabi ﷺ . Maka Baginda terus bergerak bersama para sahabat mengepung  supaya mereka mengaku bersalah. 

Ketika itu, Kota Madinah diamanahkan kepada Abu Lubabah bin Abdul Munzir untuk menjaganya

Kepungan dibuat selama 15 hari . Pemegang panji ketika itu ialah Sayyiduna Hamzah bin Abdul Muttalib, pakcik Baginda Nabi ﷺ sendiri. Allah SWT campakkan perasaan takut kepada mereka, akhirnya mereka menyerah diri kerana mengalami kesukaran untuk keluar.

Keadaan mereka dipantau oleh Al-Munzir bin Qudamah.

Abdullah bin Ubai bin Salul yang memikirkan Yahudi itu gengnya, maka ia berunding dengan Baginda Rasulullah ﷺ agar mereka tidak dibunuh.

:: BAGINDA NABI ﷺ TIDAK MEMBERI TAKLIMAT UNTUK MENJAGA KEDAULATAN NEGARA::

Sebagai balasan *MEMPERMAINKAN ISLAM* dan *INGIN MENCEMARKAN KEDAULATAN NEGARA*, mereka DIBUANG DARI BUMI MADINAH tanpa membawa senjata.

Iaitu mereka dihalau dari Bumi Madinah menuju ke Azri'aat di Sham.

🟢 PRINSIP DIRI TIDAK TERGADAI

Sayyiduna Abdullah bin Shomit رضي الله عنه  yang asalnya bersekutu dengan Yahudi Qainuqa, setelah peristiwa ini , beliau menarik diri dan hanya berpaut dibawah kekuasaan Allah, RasulNya dan kaum mukminin.

Padanya dan Abdullah bin Ubai bin Salul, Allah SWT turunkan ayat:

{ ۞ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ ٱلۡیَهُودَ وَٱلنَّصَـٰرَىٰۤ أَوۡلِیَاۤءَۘ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِیَاۤءُ بَعۡضࣲۚ وَمَن یَتَوَلَّهُم مِّنكُمۡ فَإِنَّهُۥ مِنۡهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یَهۡدِی ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِینَ }

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain

[Surah Al-Māʾidah: 51]

🟢 Apa yang kita belajar tentang Sirah ini:

1-Tindakan lelaki itu menolong wanita yg diejek lagi dihina itu sebenarnya telah menolong Islam

2-Tindakan wanita itu menjerit menunjukkan bahawa apabila dihina, jangan kita berdiam diri

3-Tindakan Rasulullah ﷺ mengepung pula mengajar bahawa sesiapa yg mempermainkan Islam dan mengganggu kedaulatan negara, maka akan menerima balasannya

4-Tindakan para sahabat turut mengepung yahudi adalah satu saranan apabila ISLAM perlukan PERTOLONGAN, maka tiada masa lagi untuk berlengah

5-Yahudi dibuang negeri adalah utk memberi kesedaran dan pengajaran, jika berada di negara Islam, maka hormatlah. Jika tidak, balasan akan dikenakan sesegera yg mungkin

والله تعالى أعلى وأعلم بالصواب

Petikan dari kitab:

يوميات السيرة النبوية ، المواهب اللدنية - بتصرف

Catatan: Abu Abbas Muhammad Shahir 

Sirah bulan Syawal 

Darul Fath Wal Madad 

Dapatkan kitab : 517 bait sirah Rasulullah dan khalifah 

https://my.shp.ee/pDgTfYj

#SirahSyawal

Sabtu, 4 April 2026

Amaran kepada Dunia!!!!!!!! Kira-kira 10,000 tahanan Palestin terancam dihukum mati selepas 90 hari.

 DUNIA TIDAK BOLEH DIAM!

Kira-kira 10,000 tahanan Palestin terancam dihukum mati selepas 90 hari.

Ini bukan sekadar nombor—ini adalah kehidupan manusia, keluarga, dan masa hadapan yang terancam.

Jika keadilan masih berlaku, maka sudah tiba masanya untuk bersuara. Tekanan global mesti diberikan kepada organisasi antarabangsa untuk bertindak segera dan menghentikan tragedi ini sebelum terlambat.

Diam adalah bentuk persetujuan. Bersuara adalah bentuk perlawanan.

Sebarkan. Jangan biarkan mereka dilupakan. 

@sorotan 

#لا_لإعدام_الأسرى

🇵🇸  #انقذوا_الأسرى

🇵🇸  #الحرية_للأسرى

🇵🇸  #أوقفوا_إعدام_الأسرى

🇵🇸  #JusticeForPrisoners

🇵🇸  #StopExecution

🇵🇸  #SaveThePrisoners

#freePalestine

#StandwithPalestine

#StandWithIran 

#everyone