11 step yang kami lakukan sebagai persediaan untuk umrah DIY Februari yang lalu
1. Beli tiket flight.
Kami gunakan Saudia dan buat multi-city.
Arrival di Madinah, Departure di Jeddah
2. Apply Visa.
Apply Visa tourist sangat mudah tak macam K-eta Korea hehe. Mcm tak smpai seminit dah approve. Harga 107usd(rm500++) utk setahun validity. Pilih multiple entry kot la mana tahu nk p lagi dlm masa setahun. Sebelum payment dia akan wajibkan utk pilih insurance, pilih je yg paling murah utk cukup syarat. Kemudian nnt ambil la insurance perjalanan mcm etiqa ke apa..
Guna website color purple ni murah -> ksavisa.sa
**Tips: untuk gambar, tak perlu beriya pergi kedai gambar untuk ambil gambar, cari background putih, ambil gambar guna apps ID photo, setting ikut size yg dia nk, blh edit2 buang background, blh edit muka jadi flawless siap.
3. Book & Bayar Hotel
Di Madinah: Artal International. Guna booking com , Book dan pay now.
Ciri-ciri hotel Artal- Bahagian belakang masjid, agak dekat dlm 3 minit jalan ke masjid, dekat dengan kiosk2 jual makanan n coffee , sebaris dengan underground shopping, sebaris dengan restoren ayam penyet.
Di Mekah: Double Tree by Hilton Jabal Omar
Guna apps honor hilton, dia akan charge 1night fees, atleast rasa secure sbb dah confirm booking. Lepastu email juga mereka untuk lebih rasa confirm .
Ciri-ciri hotel double tree: Terletak di Jabal omar kawasan hotel2 baru, view masjid, bilik sangat luas dan selesa walaupun jenis bilik yg paling murah , teringat keempukan tilamnya yang mampu menenggelamkan badan ku 😂 (bahaya2).. tapi serius lepas balik dari Masjid penat2 sakit2 sekali lepas mandi baring terus atas katil dia mcm dapat reward 😅…
Anyway, jarak nk pergi masjid bawah 10minit berjalan guna shortcut masuk bangunan hotel lain. Ada cara lain guna buggy yang disediakan tp asik penuh je, bagi la pada yang memerlukan, kita muda2 ni jalan je la . Balik ke hotel mendaki sikit so kalau dpt naik buggy satu nikmat yg x terkata.
**Tips: pilih payment method “pay now” dan sentiasa chat (melalui apps booking com) dengan pihak hotel untuk mengelakkan kene scam atau sampai2 hotel depa kata booking tak ada (naya)
4. Book tiket keretapi Madinah-Mekah
Book di laman web rasmi dia. Dengar kata harga lain2 ikut tarikh buat booking, tidak pasti pula tp kami dapat harga normal utk kelas ekonomi
Dewasa: 172.5 riyal
Kanak2: 86.25 riyal dan paling x leh terima logik
Bayi: 17.25 riyal (x fhm kenapa kene byr sbb x dpt seat pun)
**Tips: lepas settle payment dia akan keluar tiket, terus save as pdf sbb dia tak send pun tiket tu ke email. Blh simpan kat phone nnt masa kat station keretapi scan barcode daripada phone je. Pastikan buat 100% kecerahan skrin phone utk bg senang scan. Tp blh juga printout buat backup takut scanner tak boleh baca barcode drpd phone.
5. Download apps Nusuk dan daftar.
Download apps ni masa pendaftaran dia akan minta verification tru email. So tak perlu ada no tel Saudi pun bereh. Apa2 verification semua melalui email.
Kenapa kene ada apps ni?
Tujuan utama ialah untuk book slot raudhah.
**Tips: Slot booking akan dibuka setiap hari jumaat pukul 7pm waktu Malaysia, jd pasang alarm siap2. Sebelum nk pergi tu pasang je alarm setiap jumaat 7pm praktis siap2 walaupun slot tarikh yg nk book tu tak open lg.
Kami hartu flight nk berlepas 7.10pm, Alhamdulillah sempat buat sebelum flight berlepas. Bila nk terbang fhm2 la kelam kabutnya tp sbb ada alarm sgt2 membantu.
**peringatan: Jangan book pada slot 6 jam sebelum masuk Saudi. Cthnya smpai Madinah 3pm, tp p gatal book slot raudah jam 7pm pada hari yg sama , automatic dia akan cancel dan peluang utk masuk raudah amatlah gelap.
6. Sign up policy insurance perjalanan.
Sebagai ikhtiar untuk menghadapi “the worst”, pilihla apa yang terbaik.
Macam kami guna AIG , dan ad yg mencadangkan ambil alkhairi care dia macam medical card kat sana tp kami terlupa nak ambil.
7. Penuhkan ilmu di dada
Join kursus Umrah. Kami join kursus umrah Andalusia kat seksyen 9 BBBangi, free je. Saaaaangat2 berterima kasih, tak berkira walaupun tidak pergi dengan mereka. Mula2 pg Rayhar tp tiada respon, pastu cuba nasib pg Andalusia rilex je dia jawab dtg je sabtu free je, Berulang2 gak tanya dia yg kami p DIY tak ikut andalusia tak apa ke, Ya tak apa, terbuka untuk semua. Alhamdulillah. Dekat kursus ni penting sebab semua persoalan blh tanya direct dan terus masuk dlm kepala. Dah boleh bayang mcmna proses umrah tu.
Selain drpd itu banyakkan tengok video2 cara buat umrah, baca buku dan sebagainya.
Bukan takat ilmu utk buat umrah, tp cara menghadapi keadaan di sana cthnya ambil tahu suhu dan cuaca, budaya di sana dll.
Oh jangan lupa masuk group FB forum umrah DIY dan Umrah Backpackerz Malaysia @ DIY.
Kat situlah segala jenis info A to Z ada. Search keywords dia semua ada. Kadang ad bnyk bnda berubah kat sana, so dlm group ni saling update meng update.
8. Book Mutawwif/Mutawwifah
Raaaaaaamaiii sgt freelancer di sana bersedia memberi khidmat yang pelbagai. Macam kami, kami hire Mutawwifah untuk jagakan anak2 kami di bilik hotel sementara kami buat umrah pertama kami. Sebelum bergerak utk buat tawaf umrah kami siap ulangkaji dengan dia, bnyk input dan tips dia bagi. Kami manfaatkan betul2, lepas umrah siap makan shopping ap semua baru balik bilik. Pandai betul dia jaga anak2 kami. Lepastu hire lg di hari lain utk ziarah dalam kawasan masjid. Nak jimat blh share2 dengan org lain. Siapa nak no ustaz ustazah ni blh PM saya.
9. Duit : Bigpay & Wise
Kami ke Saudi dengan jumlah 0 riyal di tangan. Cash Riyal langsung tiada di tangan. Sampai je di Madinah sebelum keluar airport terus ke bank atm dan withdraw duit guna Wise card. Lg murah drpd tukar kat money changer.
Paling best penggunaan apple pay dan card sangat meluas di sana, Wise pula boleh masuk dlm apple pay, so cash tak pakai sgt melainkan nk bayar Mutawwif , beli2 shopping , bercukur dan derma2. Makan minum kebanyakan restoren blh apple pay/card.
Jangan lupa jika pertama kali guna Wise, aktifkan dlu siap2 kat Malaysia.
10. Download apps Careem, Uber & Bolt.
Tp kat sana sempat pakai careem, taxi meter dan taxi sapu.
Paling murah taxi sapu sbb masa pg tanaim Masjid Aisyah taxi meter smpai 70riyal, tp bila dari masjid aisyah ke Haram guna taxi sapu 20riyal je dia charge. Hampagas sungguh kene tipu meter . (Betul da Mutawwifah tu ad ckp slalu 50riyal je pg balik)
Tp bnyk guna Careem sbb cashless blh bayar guna apple pay dlm apps.
11. Shopping di Malaysia utk persiapan umrah
- beli kain ihram yang selesa. Bawa 2 3 pasang ok kot sbb itulah pakaian rasmi lelaki masa kat masjid sepanjang masa sbb nk p kawasan mataf WAJIB pakai ihram. Sebolehnya nak ada kat kawasan mataf je setiap kali solat. Jgn lupa praktis pakai ihram yg x kn melucut walaupun kita pg kawasan hajar aswad, mmg jd cara tu, nnt nk share kt komen.
- Buku panduan umrah yg ada tali tu. Serius ni membantu sbb follow sejibik2 je. Yg paling best bila follow buku tu time tawaf n saie dia blh jd tanda kepada jumlah bilangan tawaf dan saie yang dibuat. Pakai phone toksahlah kot takut je terscroll smpai muka surat hujung pastu x ingt da duk pusingan ke berapa.
- Beli selipar yang boleh nampak semua jari kaki utk dipakai sepanjang di Mekah. (Belilah yg selesa n berkualiti, sbb konpem melecet kalau x kene). Baaaaanyak sgt berjalan, cecah 35K steps. Tp ad je cerita beli terpaling mahal last3 melecet gak so dun worry gunalah salonplas tampal siap2 kat kawasan yg bergesel dengan selipar tu.
- Beli selipar khas nak pakai masa saie. Tak tahu kenapa inilah yg mak aku duk pesan slalu, tp YES sgt membantu, masa tawaf x perlu sbb duk asik ko pijak ak, ak pijak ko. Pkai selipar last2 terputus sana sini.
- Makanan ❌ xperlu.. segalanya ada di Bin Dawood. Ecewah xd la, bawa la maggi2 n dendeng sbb dendeng mkn ngn nasi arab sumpah sedap. Lain2 mkn sana je smpai lah bila balik Msia nnt boleh puasa nasi arab 3 bulan tp kau tak kan tahan nya untuk nak repeat Romansiah the best nasi arab yg pernh mkn atas muka bumi ini mengikut selera tekak ku. Lagi satu ayam albaik tapi tak rindu mana la kat Malaysia blh mkn ayam Mashigetta.koreanfood
- Ubat-ubatan. Lg2 bawa anak, mmg kalau pergi berjalan batuk selsema mcm da include dlm pakej, tp smpai rumahku syurgaku blh plak hilang batuk n selsema tu. Ujian dari Allah , toksah duk kata apa la. Utk dewasa Panadol Extend ikhtiar yg sgt membantu.
————————————————————————
***insyaAllah kisah pengalaman pahit manis sepanjang disana akan menyusul. Semoga bermanfaat.
***kepada sesiapa yang nak menambah tips2 persediaan sebelum berlepas utk umrah dipersilakan tulis di ruangan komen dibawah.
*** Ada 1 lagi perkara yg kami buat tapi sbb x wajib so x listkan dekat atas .
Iaitu suntikan meningococcal umrah. Ini optional tp kami semua buat kecuali baby.
Kredit: Ashraf Mohd Razi