"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Sabtu, 13 April 2024

Perisian pengintip (Spyware) yang menyasarkan pengguna Apple melalui Apple ID mereka.

 ⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️

Apple’s environment logo with a green leaf is shown.

Rakyat Malaysia diingatkan untuk terus berjaga-jaga susulan wujudnya perisian pengintip (Spyware) yang menyasarkan pengguna Apple melalui Apple ID mereka.

Pusat Koordinasi dan Bilik Kawalan Siber Nasional (NC4) dalam satu kenyataan pada jumaat lepas memaklumkan kesan pencerobohan itu akan membawa kepada pencurian informasi serta kerugian kewangan.

Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia yang termasuk wartawan, diplomat, aktivis dan ahli politik diingat untuk meningkatkan keselamatan siber bagi memastikan risiko peralatan Apple mereka dicerobohi dapat dikurangkankan. 

Apple baru-baru ini telah mengeluarkan amaran peringkat Global susulan peningkatan serangan perisian penggintip (Spyware) termasuk perisian penggintip Pegasus yang dibuat dari kumpulan NSO (Israeli cyber-intelligence firm). 

Pihak DragonForce Malaysia menasihatkan rakyat Malaysia  untuk melaksanakan langkah pencegahan seperti melakukan proses kemaskini software Apple, melindungi peralatan dengan password yang kuat, mengaktifkan 2 Factor Authentication,  hanya memuat turun app dari Apple Store dan elakkan diri untuk click link atau pautan yang mencurigakan.

Rujukan :

https://support.apple.com/en-in/102174

https://www.nc4.gov.my/alert/6618c766900847b845ba5654

Jumaat, 12 April 2024

Adab menziarahi kubur.

 RAMAI ORANG TIDAK SEDAR Dan Tidak Tahu Waktu Afdal Ziarah Kubur. Roh Ibu Bapa Ada Di Kubur Tunggu Anak Mereka.

Tajuk : Adab menziarahi kubur.

Terutama kubur ibubapa. Disunatkan menziarah pada hari Khamis selepas Solat Asar, sepanjang hari Jumaat dan hari Sabtu sebelum Zohor. Waktu ini roh ada diperkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.

Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurarah r.a Hadis rasulullah saw :

Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pada hari-hari tersebut diatas akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa-dosa anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.

Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yg taat.

Ketika dikubur :

1. Memberi salam kepada simati dengan panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti "Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam.

2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala simati dan kita membelakangkan kiblat.

3. Membaca quran atau doa-doa yg baik untuk simati.

Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ust. Norazan.```

*....simpan nota ini anak-anak dan sebarkan. Terima kasih...*

Al-Fatihah buat insan-insan tersayang yang telah pergi meninggalkan kita..Aamiin

Credit 

Lebuh Raya Timur Barat 2 (Simpang Pulai Perak ke Terengganu) Siap Dibina 2010

 🌐 Lebuh Raya Timur Barat 2 (Simpang Pulai Perak ke Terengganu) Siap Dibina 2010

Terdapat satu lagi pilihan laluan untuk pengguna dan pemandu yang ingin ke Pantai Timur atau ke Pantai Barat yang menghubungkan antara Simpang Pulai, Perak ke Kuala Telemung, Terengganu sejauh 338 kilometer. Laluan yang turut dikenali dengan nama Lebuh Raya Pantai Timur Kedua ini  bertindih dengan Jalan Persekutuan Karak -Gua Musang. Laluan ini menghubungkan negeri Perak(Simpang Pulai), Pahang(Lojing), Kelantan(Felda Chiku) dan Terengganu (Kuala Telemung).

Artikel kali ini akan memberi penerangan jelas berkenaan jalan tersebut. Mana tau jika anda ingin pulang ke kampung berhari raya pada tahun ini dan bercadang menggunakan lalaun tersebut bagi mengelakkan kesesakan jalan raya. Di sini kami sertakan beberapa maklumat yang berguna buat pembaca.

1. Laluan ini terbahagi kepada 2 seksyen utama iaitu Jalan Persekutuan 185 yang bermula dari pekan Simpang Pulai di Perak dan berakhir di bandar Gua Musang, Kelantan. Seksyen kedua bermula dari Chiku (Kelantan) dan berakhir di Kuala Telemung dikenali dengan nama Jalan Persekutuan 36

2. Laluan ini akan merentasi negeri Perak, Pahang, Kelantan dan juga Terengganu. Ia menghubungkan bandar-bandar di pedalaman seperti Cameron Highland, Gua Musang, Felda Aring, Tasik Kenyir, Sungai Tong. Pembinaan jalan ini akan memudahkan pergerakan logistik dan pembangunan kawasan luar bandar dan memudahkan perhubungan kawasan luar bandar.

3. Di negeri Perak, laluan ini bersambung dengan Jalan Persekutuan 1 yang menyambungkan Jalan Ipoh ke Tapah. Ia akan melalui Jalan Negeri 181 (sebelum ditauliahkan menjadi Jalan Persekutuan 185) dari Simpang Pulai ke Gua Musang. Jalan Persekutuan ini juga akan bersambung dengan Jalan Persekutuan 59 yang membolehkan anda ke Cameron Highland.

Dari Gua Musang, Jalan Persekutuan 185 ini akan bertindih dengan Jalan Persekutuan 8 (Kuala Lumpur – Kota Bharu). Seterusnya anda akan melalui jalan menuju ke ke Tasik Kenyir akan melalui Jalan Felda Aring (Route 1744) dan banyak kerosakan jalan berlaku di Jalan Felda Aring Ini. Dari Felda Aring, laluan ini akan membawa anda tembus ke Jalan Persekutuan 36 dan berakhir di Sungai Tong di daerah Setiu Terengganu. Dari sini laluan akan bersambung dengan Jalan Persekutuan 3 (Kota Bharu-Kuala Terengganu). Dari sini anda mempunyai pilihan untuk ke Kuala Terengganu ataupun ke Kota Bharu.

4. Jarak dari pekan Simpang Pulai ke bandar Kuala Terengganu ialah 358km dan memakan masa kira-kira 5 jam 27 minit jika dipandu mengikut halaju yang ditetapkan. Namun jika anda memilih untuk melalui Jalan Grik – Jeli, jarak pemanduan akan bertambah menjadi 460km dan masa yang diambil sekitar 7 jam 20 min. Penjimatan masa dan jarak perjalanan menjadikan jalan ini sebagai alternatif yang sangat baik sewaktu musim perayaan.

4. Kos pembinaan jalan ini menelan belanja sekitar RM1.6 billion dan dibahagikan kepada 10 pakej pembangunan. Fasa pertama pembangunan bermula pada tahun 2001 dan keseluruhan pakej pembangunan siap pada tahun 2010.

5. Jarak pembinaan jalan ini adalah sepanjang kira-kira 313km tidak termasuk 41km jalan sedia ada yang melalui Jalan Persekutuan 8. Secara keseluruhan jalan ini merupakan jalan 2 lorong dengan lebar 3.5 meter dan juga bahu jalan dengan lebar 2.5 meter. Untuk sesetengah laluan mendaki, lorong memotong tambahan akan turut disediakan.

Dari segi spesifikasi Jabatan Kerja Raya, spesifikasi jalan ini berada dalam kategori R3. Standard R3 menerangkan bahawa kelajuan (Flat, Rolling, Mountainous) ialah 70km/h, 60km/h dan 50km/h. Namun bagi sesetengah kawasan, JKR membina jalan ini berdasarkan spesifikasi R5 yang membolehkan halaju dinaikkan kepada 90km/h.

6. Jalan ini juga memiliki jambatan kedua tertinggi di Malaysia iaitu Lojing Viaduct. Sebelum ini ia merupakan jambatan tertinggi di Malaysia sebelum gelaran tersebut dirampas oleh Rawang Bypass. Jambatan ini menghubungkan Pos Selim dengan Blue Valley. Jika anda melalui jalan ini pada waktu siang, bolehla anda mengambil gambar sebelum jambatan ini. Tapi penulis ingin menasihatkan agar gambar tersebut tidak di muat naik ke laman sosial, nanti ramai yang akan menanda gamnbar tersebut dengan bulatan.


7. Terdapat sebuah terowong semi yang dibina berhampiran sempadan negeri Perak dan Pahang yang bertujuan mencegah laluan ini daripada tersekat sekiranya berlaku kejadian tanah runtuh. Rekaan terowong ini menyerupai rekaan terowong semi yang dibina di Lebuh Raya Timur Barat (Grik-Jeli).

8. Di antara pekan Simpang Pulai ke bandar Kuala Terengganu terdapat beberapa stesen minyak yang boleh digunakan untuk mengisi bahan api secukupnya. Terdapat stesen Petronas pada permulaan jalan, stesen BHPetrol berhampiran simpang ke Cameron Highland, dan stesen petrol Shell dan Caltex di bandar Gua Musang. Tiada stesen petrol yang beroperasi di antara simpang Jalan Felda Aring ke simpang Sungai Tong. Jadi pemandu boleh mengisi petrol secukupnya di bandar Gua Musang.

7. Terdapat beberapa kawasan Rehat & Rawat yang membolehkan pemandu berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan seperti di bandar Gua Musang dan  Kawasan R&R di Jalan Persekutuan 8 yang menyediakan surau, tandas dan juga stesen minyak. Terdapat satu lagi kawasan rehat yang terletak berhampiran Jeti Pengkalan Gawi yang hanya menyediakan tandas dan juga tempat makan.

Jika anda ingin makan dengan selesa, anda boleh menjamu selera di bandar Gua Musang sebelum meneruskan perjalanan.

8. Sekiranya anda tidak tergesa gesa menuju ke destinasi, anda boleh singgah sebentar ke Cameron Highland untuk minum di ladang teh dan juga membeli beberapa paket buah strawberi.

9. Keadaan jalan yang paling mencabar sebenarnya adalah ketika memandu di Jalan Aring yang menghubungkan Jalan Persekutuan 8 dengan Jalan Persekutuan 36 ( Gua Musang – Tasik Kenyir) dimana jalan yang dilalui amat sempit walaupun mempunyai 2 lorong. Kehadiran lori yang mengangkut buah sawit dan juga lori trelar yang besar bukan sahaja menyebabkan jalan menjadi rosak dan berlubang, malah amat berbahaya jika anda berselisih dengan lori tersebut ketika melalui kawasan berbukit dan berselekoh

Jika perlu, hentikan seketika kenderaan anda dan bagi laluan pada kenderaan berat untuk meneruskan perjalanan dulu.

10. Sekiranya anda memandu kenderaan yang mempunyai jarak kelegaan rendah, maka jalan ini tidak sesuai untuk anda terutama ketika melalui Jalan Felda Aring. Lubang besar, kadangkala jalan berbatu yang rosak tidak diturap semula dan juga beralun amat tidak sesuai jika anda mengenakan spring “lowered” ataupun memasang skirt pada bahagian bampar depan, belakang, dan tepi kereta. Jika anda memandu SUV ataupun MPV yang mempunyai jarak kelegaan yang tinggi seperti Innova, maka ia bukan satu masalah besar.

11. Tiada perkhidmatan bengkel yang ada diantara Felda Aring ke Simpang Sungai Tong. Jadi pastikan kereta anda sudah diservis dan berada dalam keadaan terbaik kerana perkara terakhir yang anda inginkan ialah tersadai di tengah hutan belantara sambil menunggu bantuan yang mungkin mengambil masa berjam-jam untuk sampai. Silap haribulan, cik gajah pun datang melawat.


12. Elakkan dari menggunakan jalan ini terutama Jalan Persekutuan 36 (Gua Musang – Kuala Telemung) pada waktu malam kerana infrastruktur seperti lampu jalan sangat terhad dan pada waktu malam sangat gelap. Nasihat yang sama akan diberikan jika anda ingin menggunakan Jalan Persekutuan 185 dari Simpang Pulai ke Lojing dan juga sebaliknya. Adalah lebih baik menggunakan jalan ini pada waktu siang secara berkonvoi


13. Terdapat beberapa cerita yang kurang sedap yang diceritakan di media sosial seperti Facebook berkenaan pengalaman memandu di jalan ini secara solo. Gangguan mistik, cerita usik mengusik dan pelbagai cerita yang menyebabkan bulu roma menjadi tegak telah diceritakan apabila melalui jalan ini pada waktu malam. Suka penulis mengingatkan pembaca bahawa kebanyakan kawasan yang dilalui oleh jalan ini sebenarnya kawasan hutan yang baru dibuka.


14. Untuk memudahkan pemanduan, anda boleh menggunakan aplikasi Google Map sebaik sahaja memulakan perjalanan dari mana-mana arah. Walaupun di antara Tasik Kenyir ke Gua Musang talian dan jaringan internet adalah lemah, namun aplikasi Google Map masih beroperasi seperti biasa memudahkan anda membuat anggaran jarak perjalanan dan juga membaca selekoh-selekoh tajam yang sukar diduga.


15. Antara masalah terbesar apabila melalui Jalan Gua Musang – Tasik Kenyir ialah keadaan jalan yang rosak dan juga berlubang – lubang. Memandangkan kawasan ini berada jauh dan terpencil, faktor logistik akan menyebabkan urusan pembaikan menjadi sukar. Untuk mengelakkan anda melanggar jalan berlubang sehingga boleh menyebabkan tayar pancit, adalah lebih baik memandu pada waktu siang dan mematuhi halaju yang ditetapkan.


2 bulan lepas terdapat satu kemalangan yang terjadi melibatkan konvoi kereta Porsche di laluan ini. Untuk pembaca yang pertama kali melalui jalan ini, jangan buat berlagak seperti anda anak didik Peter Solberg.


16. Terdapat satu kawasan tanah runtuh berhampiran dengan Tasik Kenyir di laluan memtong 3 lorong, berselekoh dan menuruni cerun. Jadi tumpukan perhatian sekiranya anda terlihat papan amaran tanah runtuh atau kawasan pembaikan jalan walaupun jalan yang dilalui ialah lorong memotong 3 lorong


17. Sekali lagi penulis mengingatkan bahawa jalan Gua Musang – Tasik Kenyir adalah kawasan hutan simpan. Laluan ini termasuk dalam habitat binatang liar seperti gajah. Gajah memiliki tabiat untuk keluar dari hutan dan melepak di atas jalan jika anda melalui kawasan ini pada waktu malam dan hujan baru sahaja reda. Gajah juga gemar untuk keluar meronda jika bulan mengambang penuh pada malam tersebut.


18. Kawasan ini sebenarnya kaya dengan landskap semula jadi yang amat cantik. Anda boleh bergambar di sekitar Tasik Kenyir, berhampiran Kafe Banjaran iaitu tidak jauh dengan kawasan Terowong dan kawasan sebelum ke Lojing. Namun jika anda ingin bergambar sekitar Tasik Kenyir sila ambil langkah berjaga-jaga kerana kawasan tersebut berada dalam habitat gajah liar.


19. Jika anda berpendapat memandu pada waktu siang adalah selamat, maka anda tersilap kerana pada waktu siang jalan ini  terutama menuju ke Cameron Highland agak sibuk dengan motosikal kapcai. Mungkin niat asal mereka hanya mahu mengasah lutut yang tumpul ketika mengambil selekoh menyebabkan mereka akan sedikit terbabas ke laluan anda. Jika anda menghampiri Tasik Kenyir pula, terdapat beberapa anak muda yang mengasah bakat untuk menggantikan Valentino Rossi.


Artikel asal oleh: Farhan Alias

Selasa, 9 April 2024

Isu kalimah Allah:Adakah tulisan logo Verns menyamai kalimah Allah?

 


Cerita bab lambang verns ni aku tengok orang kita berbeza pendapat. Ada yang kata ia seolah tulisan kalimah Allah, ada yang kata bukan, ada yang tak kata apa-apa.

Orang yang kata ianya menyerupai tulisan alif lam lam ha, di tempelak oleh orang yang kata bukan. Katanya engkau ni jangan terlalu sensitif. Katanya engkau ni jenis yang nampak awan tulisan Allah pun terus kecoh. Nampak jeriji macam salib terus kata ini dakyah kristian, bla bla bla... 

Malah ada yang terus cop sebagai walaun, taksub, dan bermacam lagi. Aku pun heran, kalau sensitif yang melibatkan agama islam, orang tu walaun ka? Mana engkau tahu aku ni ekstremis parti politik? Mana engkau tahu aku ni jenis darai nampak awan terus terkinja macam beruk? Aku lahir zaman paleolitik ka? Hang sorang ja yang hidup zaman moden? 

Selama belas tahun aku main fb, ada ka aku menulis pasal politik? Lately ni aku mula bersuara bila terlalu banyak perkara tak betul yang aku tak boleh diam lagi dah. Aku tak minat bab politik. Aku bercakap bab pertahan agama islam. Tak perlu kata aku tak layak bercakap kalau bukan ustaz. Cukup ada iman sebesar zarah untuk aku bersuara. Aku tak mulia, engkau pun sama. 

Orang yang kata itu bukan tulisan Allah, marilah dengan hujah pakar fesyen, pakar tulisan khat, pakar itu dan ini. Keluar macam-macam fakta dan auta untuk justify. Engkaulah terpaling betul. Orang yang tak sama mata hati macam engkau, dianggap kolot dan taksub. 

Golongan ketiga, orang yang diam tak kata apa ni samada cerdik atau penakut. Dulu aku pun pernah duduk kat sini. 

Aku tak ada masalah bab berbeza pendapat. Samada betul engkau percaya lambang tu tulisan Allah atau tidak, soalan yang aku nak tanya, verns ni punya banyak lambang dia boleh buat (rujuk gambar di bawah), pasaipa dia pilih yang mengundang isu macam ni? Bubuh kat tapak kasut pulak tu. Belum reda isu stokin, dia mai buat lagu ni pulak. Tanda solidariti kat kawan dia.

Engkau yang duk beria pertahan depa, sampai cop orang sebagai pentaksub, makna kena tulisan tu betul keluar sebijik-sebijik baru kata itu betul depa cuba hina Allah? Engkau ingat puak provokator ni tak cerdik ka sampai depa nak bubuh sebijik-sebijik? Ingat depa tak belajar dari apa yang jadi kat kawan depa si kk tu? Depa try cara A tak jadi, depa try cara B,C,D...Z pulak. Tak dapat sebijik, dia buat bagi sipi-sipi. Yang paham, paham. Tak paham, sudah...

Kita yang islam ni duk bergaduh antara yang pertahan dengan yang bantah, depa duk gelak sambil yam seng. Ini yang ultra kiasu dan chauvinist mau, supaya orang islam terus berpecah-belah dan lemah.

Sebenarnya isu-isu yang melibatkan agama dan kaum ni sengaja dibuat dan dibiarkan oleh pemerintah lately ni, untuk divert dari isu sebenar yang semakin membarah dalam negara. Aku percaya ramai yang faham apa maksud aku. Yang tak faham, akan kata aku walaun dan sebagainya. Dangkal betul engkau bila tegar memuja manusia.

Aku tak suka libat bab politik, tapi semua yang jadi sekarang ni memang sebab angkara orang politik yang gila kuasa dan nak pertahan survival mereka. Suka tak suka, itulah kenenaran dia.

Credit 

Isnin, 8 April 2024

"CIKGU, MAK TIRI DAN AYAH SAYA DAH BERCERAI".

 "CIKGU, MAK TIRI DAN AYAH SAYA DAH BERCERAI".

Melihat dia melangkah masuk ke pagar asrama itu membuat aku berasa lega. Sekurang-kurangnya makan minumnya terjaga. 

Minggu lepas, ketika waktu NILAM di perpustakaan sekolah, dia datang dan duduk di sebelahku. 

"Cikgu, mak tiri dan ayah saya dah bercerai", katanya dengan wajah yang begitu ceria dan tersenyum. 

"Awak happy?", tanyaku. Dia mengangguk laju, senyum. 

"Oklah pergi buat NILAM dulu ya?", aku mengeluarkan arahan.

"Ok cikgu"...senyumnya sampai ke telinga!

Usai waktu NILAM, dia berjalan seiringku. 

"Cikgu, saya dah boleh masuk asramalah, dulu mak tiri tak bagi, sekarang dia dah takde". 

"Ok. Nanti awak pergi minta borang asrama dengan Cik Mie (penyelia asrama) di pejabat dia ya?", pintaku.

"Ok cikgu", dia jawab ringkas.

"Habis tu sekarang tinggal dengan siapa?", tanyaku

"Sorang-sorang", dia menjawab sambil senyum. Aku berhenti berjalan dan memandang mukanya. 

"Siapa sediakan makanan? Siapa kejut pergi sekolah? Siapa jaga kalau sakit??" Berjujuk-jujuk soalan dariku. 

"Sendiri", jawabnya lagi.

Allahu

Mataku berkaca.

"Cikgu, saya masuk kelas dulu tau, nanti lambat cikgu marah". Aku mengangguk perlahan.

***********************************

Anak ini namanya Aanas (bukan nama sebenar), 14 tahun. Fizikalnya kecil, memudahkan si tangan celaka itu menderanya. Pergerakannya terbatas. Saat anak sebayanya bermain di waktu petang, dia terkurung di rumah melakukan pelbagai kerja rumah. Pernah "dibahan" gara-gara pulang lewat dari sekolah kerana aktiviti ko-ko. Solat Jumaat juga dihalang pergi. Pernah dia dicekik separuh mati, dipukul, tampar, lempang itu sudah makanan hariannya. 

Ternyata "Bawang Putih Bawang Merah" itu bukan sekadar dongengan kan.

Aku kenal Aanas sejak tahun lepas, sewaktu mengajarnya subjek Sejarah. Ibu kandung dan ayah kandung bercerai. Adik beradik satu ibu satu ayah ada empat, dua bersama ibu dan dua bersama ayah. Sejak ayahnya berkahwin dengan ibu tiri, hidup anak ini penuh dengan siksaan.

Jarang-jarang Aanas makan ketika waktu rehat. Dia tidak di beri belanja oleh ibu tirinya. Jika aku terserempak dengannya, aku akan hulur duit kepadanya. Itu pun beberapa kali ditolak olehnya, dia segan barangkali. 

Tidak ramai yang tahu kisah anak ini di sekolah. Perwatakan yang ceria menyembunyikan derita hidupnya. Entah kenapa dia sering bercerita kepadaku tentang kisahnya walaupun aku tidak bertanya. Hampir setiap kali kelas Bahasa Melayu (tiga kali seminggu) ada sahaja cerita tentang hidupnya.

Anak ini sangat baik. Meski kurang dari segi akademik, dia tetap menghormati guru. Rajin membantu guru-guru walaupun guru yang tidak mengajarnya. 

Ayahnya? Jarang-jarang pulang ke rumah lantaran kesibukan mencari nafkah buat dia enam beradik.

***********************************

"Cikgu, saya dah boleh masuk asrama Isnin depan, semalam Cik Mie bagitahu", Aanas membuka bicara sewaktu kelas KOMSAS.

"Peralatan asrama dah siap ke?, tanyaku.

"Kena bawak apa cikgu?", tanya dia dengan berkerut di dahi.

Aku mengambil sehelai kertas, dan menyenaraikan barang-barang keperluan asrama, lalu kuberi kepadanya.

"Erm, baju Melayu mesti tiga ke cikgu? Saya ada satu je".

Aku jawab pertanyaan dia, dengan pertanyaan aku, "baju raya tahun lepas takkan takde?"

"Dah lama takde baju raya cikgu", Aanas menjawab jujur. Aku tahan air mata.

"Takpelah, bawak je mana ada ya?", kataku.

"Baju sekolah pun tiga?", Aanas semakin gelisah. 

"Kamu ada berapa pasang baju sekolah?"

"Ni jelah satu. Pakai daripada Isnin sampai Jumaat", Aanas memegang kolar bajunya. Memang comot. Kotor. 

"Duit biasiswa mana?" aku cuba bertegas.

"Mak tiri ambik". Jawaban anak itu buat aku bernafas laju.

"Neraka punya mak tiri" bisik hati aku.

Aku bertanya lagi, "Isnin nanti datang asrama dengan apa?".

Lama dia termenung, "saya datang dengan basikal saya boleh tak cikgu?". Mukanya nampak sayu, seperti menahan tangis. Allahu...Empangan mata aku pecah! 

"Ok semua, dah siap latihan cikgu bagi tadi?", sengaja aku bertanyakan kelas 2M5 tu tentang latihan yang baru beberapa minit aku beri. Aku berpaling ke arah papan putih. Malu kalau Aanas nampak air mata aku ni!

"Allahu. Anak. Bagaimana mungkin kau berbasikal dengan beg baju, baldi dan peralatan yang lain? Mana ayah kau. Mana saudara-saudara kau. Anak lain seumur kau masih dibelai dicium ibu ayah. Sedang kau sudah diuji dengan ujian yang tak padan dengan badan kau nak", aku berbisik di dalam hati. Benaran aku sedih!

***********************************

Wahai Anak.

Tatkala aku mengeluh makanan tidak sedap, engkau masih berfikir mahu makan apa hari ini?

Tika aku mengeluh pendingin hawa di bilik itu rosak, engkau setiap hari berpanas berhujan mengayuh basikal usangmu ke sekolah.

Sering juga aku mengeluh tiada baju baru untuk dipakai sedang engkau saban hari menggasak baju yang sama.

Apa aku layak untuk mendidik kau nak? Sabar kau menggunung. Semangat kau tinggi melangit. Akhlak kau begitu indah.

Allahu. Kau hantar anak ini sebagai tarbiah buat aku. Ampuni aku yang jarang-jarang mengucap syukur atas nikmatmu ya Rabb. 

Allahuakbar...

Allahuakbar...

Allahuakabar...

Anak..

Kita ini biar miskin harta

Jangan miskin akhlak

Biar kurang pandai

Jangan kurang ajar

Biar terlebih adab

Jangan terlebih biadab.

Semoga kau membesar menjadi seorang insan berguna. Dijauhkan daripada anasir jahat. Dipelihara Allah sepanjang masa. 

Tuhan, jaga dia untukku. Aamiin.

#AanasBukanNamaSebenar

Credit 

Isnin, 1 April 2024

Fiesta Raya Baling: Arah henti hiburan, bukan tutup ekspo jualan - Exco

 Fiesta Raya Baling: Arah henti hiburan, bukan tutup ekspo jualan - Exco

Mansor berkata, sebaliknya penganjur memilih untuk menutup karnival berkenaan atas beberapa faktor. - Gambar/ Sinar Harian
BALING: Kerajaan negeri hanya mengeluarkan arahan menghentikan aktiviti hiburan kepada penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024, bukannya menutup keseluruhan ekspo jualan tersebut.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, sebaliknya penganjur memilih untuk menutup karnival berkenaan atas beberapa faktor.
Menurutnya, kemungkinan timbul salah faham dalam isu berkenaan sehingga ada pihak yang mendakwa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenakan paksaan agar menghentikan karnival tersebut.
“Pilihan kepada penganjur, bukan paksaan untuk tutup karnival tersebut. Kerajaan negeri hanya menegur dan minta hentikan aktiviti yang tidak bersesuaian dengan bulan Ramadan sahaja.
“Kita tegaskan kepada penganjur hentikan pengisian program yang tidak sihat seperti hiburan, bukannya tutup ekspo itu,” katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.
Mansor berkata, penganjur kemungkinan meneliti beberapa kriteria sebelum memutuskan untuk menutup karnival berkenaan, memandangkan lokasi penganjuran kurang mendapat sambutan selain tidak banyak gerai jualan menyebabkan pengunjung tidak ramai.
“Mungkin itu antara alasan mereka tutup karnival berkenaan, jika beroperasi juga kelak akan tanggung kerugian. Pada masa sama, sudah ada ekspo seumpama anjuran majlis daerah di Batu 42 yang dibuka lebih awal.
“Kita simpati terhadap peniaga namun penganjur sepatutnya tahu batas-batas kerana kita sudah tegaskan malah surat arahan PBT kepada penganjur untuk hormati bulan Ramadan,” katanya.
Menurutnya, kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana penganjur yang melanggar syarat serta garis panduan PBT seperti mengadakan pertunjukan hiburan melampau.
“Pihak penganjur melanggar garis panduan yang ditetapkan kerana pada peringkat awal hanya menyediakan hiburan seperti nasyid, qasidah dan lain-lain. Tindakan itu bukan sahaja melanggar garis panduan PBT malah tidak menghormati kesucian bulan Ramadan dengan mengadakan hiburan melampau,” ujarnya.
Mansor berkata, penganjur sepatutnya memantau aktiviti sepanjang karnival berlangsung termasuk memastikan pengisian program yang mematuhi garis panduan.
“Ia harus menjadi pengajaran dan perkara ini harus diberikan perhatian oleh semua penganjur pada masa akan datang,” katanya.
Terdahulu tular di TikTok, aksi seorang selebriti terkenal tanah air bersama beberapa orang lelaki lain menari ala dangdut di atas pentas dengan disaksikan pengunjung karnival berkenaan.
Turut tular keluhan peniaga yang menangis apabila karnival berkenan ditutup kerana didakwa mengalami kerugian.
Isu tersebut bukan sahaja mendapat kritikan daripada netizen sebaliknya kecaman turut dilontarkan terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Dalam pada itu, Mansor berharap Menteri Besar tidak diheret bersama dalam insiden berkenaan.
“Selaku Exco berkaitan, saya mohon maaf atas apa yang berlaku dan mengambil tanggungjawab kerana isu ini bawah portfolio saya.
"Namun aksi hiburan seperti itu bukan atas restu atau kebenaran kerajaan negeri mahupun Majlis Daerah Baling,” jelasnya.
Tegasnya, selain teguran pihaknya tidak teragak-agak menyenarai hitamkan mana-mana penganjur yang melanggar syarat dan garis panduan serta tidak diberi kebenaran penganjuran pada masa akan datang. - Sinar Harian

TERKINI: Shalom Avitan anggota unit pembunuh 'Kidon' Mossad?

 Gambar pasport Shalom Avitan seperti yang dilaporkan media Israel The Times Of Israel.

Gambar pasport Shalom Avitan seperti yang dilaporkan media Israel The Times Of Israel.

KUALA LUMPUR: Penahanan Shalom Avitan, yang disyaki perisik Israel dalam misi membunuh seseorang di negara ini pada Rabu lalu, mengimbas kembali pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) warga Palestin, Dr Fadi M R Albatsh Fatma, di Setapak, pada 21 April 2018.

Pembunuhan Dr Fadi, 35, yang mendapat liputan meluas berita di Asia Barat dan menjadi kontroversi apabila Ketua Jihad Islam Palestin, Khaled al-Batash, mengeluarkan kenyataan mendakwa pembunuhan itu didalangi serta dirancang Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel iaitu Mossad.

Portal Defence Security Asia (DSA) melaporkan, media Israel yang memetik sumber keselamatan negara Yahudi itu menyatakan Fadi, bukan ahli akademik sembarangan sebaliknya pakar teknologi kepada gerakan pejuang, Hamas, terutama berkaitan pesawat tanpa pemandu atau dron.

Pembunuhan pensyarah Palestin di ibu negara itu menarik perhatian dunia yang mendakwa ia telah dilakukan oleh agensi perisikan Israel, Mossad, yang terkenal dengan misi pembunuhannya terhadap 'musuh-musuh' Israel di seluruh dunia.

DSA melaporkan, misi pembunuhan oleh Mossad biasanya dilakukan satu unit rahsianya dikenali sebagai 'Kidon', dengan tugas utama mereka hanya satu iaitu melaksanakan pembunuhan terhadap sasaran yang telah dikenal pasti oleh agensi perisikan Israel itu.

Katanya, unit 'Kidon' ditubuhkan pada 1970 dan bernaung di bawah Jabatan Caesarea yang berada dalam Mossad itu sendiri, dengan tugas dan fokus utama unit adalah melaksanakan pembunuhan terhadap musuh-musuh Israel di luar negara Yahudi itu.

"Di dalam bahasa Hebrew, Kidon bermaksud 'bayonet' atau benet, setiabu atau sangkur senjata tajam seperti pisau yang dipasangkan pada hujung senapang.

"Jabatan Caesarea adalah cabang paling rahsia di dalam Mossad dan 'Kidon' adalah unit pelaksana yang paling rahsia dalam suatu organisasi yang kewujudannya amat dirahsiakan.

"Mereka yang menganalisis cara pembunuhan didakwa dilakukan unit rahsia dalam Mossad dikenali sebagai 'Kidon' ini kerap menggunakan lelaki bersenjata, bermotosikal dan bom yang dipasang secara dilekatkan pada sisi kenderaan mangsa.

"Taktik atau modus operandi digunakan lelaki bersenjata yang membunuh pensyarah Palestin di Setapak enam tahun lalu itu adalah sama sebagaimana dilakukan oleh anggota unit 'Kidon' Mossad dalam siri-siri pembunuhan mereka di seluruh dunia," memetik laporan portal berkenaan.

Dalam kejadian jam 6 pagi pada 21 April 2018, Dr Fadi dilaporkan maut selepas ditembak lebih 20 das di badan dan kepala ketika sedang berjalan ke Surau Medan Idaman, Setapak, bagi menunaikan solat Subuh.

Menurut saksi kejadian, mangsa dilaporkan tiba-tiba didatangi dua lelaki menunggang sebuah motosikal berkuasa tinggi yang telah melepaskan beberapa das tembakan terhadap pensyarah Palestin itu yang membunuhnya serta-merta.

Ketika Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilaporkan berkata, kedua-dua penunggang motosikal itu memiliki ciri-ciri  raut wajah Timur Tengah dan menggunakan pasport dua buah negara di rantau Balkan iaitu Serbia dan Montenegro untuk memasuki Malaysia.

Sebaik sahaja membunuh pensyarah Palestin, kedua-dua operatif terlatih itu didakwa telah menyeberangi sempadan Malaysia-Thai menggunakan lorong tikus, menuju ke negara jiran,Thailand.

Dr Fadi pernah menetap di Jabalia, utara Gaza sebelum berhijrah ke Malaysia pada 2011 dan bekerja sebagai pensyarah di UniKL BMI. Allahyarham adalah jurutera Palestin dan terbabit dalam pergerakan pejuang Hamas.

Kelmarin, PDRM dilaporkan menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk senjata api serta 200 butir peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini, Rabu lalu.

Lelaki berusia 36 tahun itu dikesan masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Mac lalu dengan menggunakan pasport Perancis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata enam senjata api yang ditemui dalam bilik hotel suspek adalah jenis Glock 19 Marine, Glock 17 Gen 4, Smith and Wesson, Sig Sauer dan Stoeger serta 200 butir peluru yang diletakkan di dalam beg miliknya.

Dalam pada itu, DSA melaporkan, unit 'Kidon' ditubuhkan tidak lama selepas insiden pembunuhan 11 orang atlet Israel oleh pejuang Palestin ketika Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada 1972.

Sebagai tindak balas Israel terhadap insiden itu, Israel telah melancarkan operasi 'Wrath of God' di mana anggota unit 'Kidon' selepas diberikan maklumat oleh anggota Mossad yang lain, telah memburu mereka yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan terhadap atlet Israel pada temasya sukan itu.

"Dalam operasi pembunuhan yang berlaku daripada 1972 hingga 1988, unit 'Kidon' dikatakan bertanggungjawab terhadap 22 insiden pembunuhan terhadap pemimpin dan anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang ketika itu dipimpin oleh Yasser Arafat.

"Sejak 1972, terdapat lebih daripada 100 kes pembunuhan dikaitkan dengan Israel, namun adalah sukar untuk mengaitkannya dengan negara itu, apatah ia tidak pernah mengakuinya secara terbuka atau menafikannya.

"Bilangan sebenar bilangan mereka yang terkorban akibat tindakan kejam oleh unit 'Kidon' itu berkemungkinan besar tidak akan diketahui oleh masyarakat dunia sampai bila-bila dan kekal menjadi rahsia Mossad dan pentadbiran Yahudi, Tel Aviv," kata portal berkenaan.

-BH Online 

Ahad, 31 Mac 2024

Karnival Fiesta Raya Baling 2024:Diva AA buat hal, penganjur mohon maaf

 TANGKAP layar video tular

TANGKAP layar video tular

Alor Setar: Penganjur Karnival Fiesta Raya Baling 2024 tampil memohon maaf secara terbuka kepada semua pihak terutama rakyat Kedah atas kontroversi yang berlaku membabitkan pengacara sensasi, Azwan Ali atau Diva AA abaru-baru ini.

Maju Kedah Resources dalam kenyataan, berkata persembahan tarian ala dangdut selebriti itu bersama beberapa orang lelaki di atas pentas adalah di luar jangkaan pihaknya berikutan ia bukan salah satu daripada atur cara program.

Katanya, kehadiran selebriti adalah atas jemputan sahabat Tiktokers, Diva BB yang turut sama berniaga di Fiesta Raya Baling.

"Merujuk kepada video viral Diva AA menari di atas pentas Fiesta Raya Baling baru-baru ini, kami bagi pihakpenganjur Fiesta Raya Baling 2024 memohon sejuta kemaafan atas isu berkenaan.

"Perkara itu berlaku diluar jangkaan kami yang mana pada asalnya kami menyangka ia hanyalah sekadar gurauan pentas kerana Diva AA, Azwan Ali tiada dalam senarai jemputan rasmi.

"Pihak Jawatankuasa Fiesta Raya Baling amat kesal di atas apa yang berlaku dan sekali lagi memohon maafkepada semua pihak yang terkesan dengan isu tersebut," katanya.

Menurut kenyataan itu, susulan insiden terbabit, pihaknya menerima teguran daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayu, Mohd Taufik Yaacob dan mengarahkan Fiesta Raya Baling 2024 ditutup atas dasar tanggungjawab berhubung insiden berkenaan.

"Kami selaku penganjur dengan rasa tanggungjawab menerima teguran tersebut untuk menutup terus penganjuran acara Fiesta Raya Baling 2024.

"Hari Sabtu adalah hari terakhir kami beroperasi," katanya.

Dalam kejadian dipercayai Khamis lalu, tular video Azwan Ali bersama beberapa orang lelaki menari di atas pentas pada Fiesta Raya Baling 2024.

Aksi menari mereka di atas pentas mendapat kecaman netizen kerana berlaku pada bulan Ramadan.

-myMetro 

Tiga tip persediaan kenderaan sebelum balik kampung

 Rancang perjalanan pada musim perayaan ini - Gambar ihsan Cycle & Carriage

Rancang perjalanan pada musim perayaan ini - Gambar ihsan Cycle & Carriage

KUALA LUMPUR: Ketika keluarga di seluruh Malaysia bersiap sedia untuk perjalanan balik kampung pada Hari Raya kali ini, terdapat keperluan untuk membuat persiapan secara berhati-hati terutamanya membabitkan kenderaan, tanpa mengira jarak perjalanan.

Sama ada memandu kenderaan elektrik (EV) atau petrol, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik untuk perjalanan yang selamat dan lancar dengan tiga tip yang disediakan oleh Cycle & Carriage ini.

Tip 1: Periksa keadaan kenderaan dengan menyeluruh

Sebelum memulakan perjalanan, lakukan pemeriksaan penyelenggaraan menyeluruh pada kenderaan anda. 

Untuk kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE), pastikan bendalir penting seperti penyejuk radiator, minyak enjin dan bendalir brek ditambah kepada paras yang disyorkan untuk mengelakkan sebarang kemalangan di jalan raya.

Begitu juga, pemilik EV harus memeriksa paras bendalir brek, penyejuk bateri, dan cecair pencuci cermin depan untuk memastikan prestasi optimum sama ada semasa cuaca hujan atau cerah.

Pastikan anda melengkapkan kenderaan dengan tayar yang boleh dipercayai untuk membawa anda ke destinasi dengan selamat. Beri perhatian kepada benang pada tayar untuk memastikan ia dalam keadaan baik dan tidak usang. Sementara itu, pemilik EV harus sedar bahawa tayar mereka mungkin lebih cepat haus kerana berat kereta.

Tip 2: Persiapkan kenderaan untuk menghadapi haba dan trafik

Memandangkan cuaca tropika dan gelombang haba di Malaysia baru-baru ini, adalah penting bagi pemilik kenderaan memastikan sistem pendingin hawa berada dalam keadaan terbaik untuk mengatasi haba, terutamanya apabila terperangkap dalam lalu lintas yang bergerak perlahan.

Namun, ia bukan hanya mengenai untuk kekal dalam keadaan dingin, rancang perjalanan anda untuk mengelakkan waktu lalu lintas puncak. Pilih perjalanan awal pagi atau lewat malam untuk berdepan dengan kesesakan yang minimum.

Tip 3: Jadi celik teknologi dan maksimumkan penggunaan aplikasi

Gunakan teknologi untuk meningkatkan pengalaman perjalanan. Bagi pemilik kenderaan ICE, rancang terlebih dahulu dengan mencari hentian rehat untuk mengisi petrol di stesen pilihan dan mengelak hentian rehat trafik tinggi dengan masa menunggu yang lama, menggunakan aplikasi seperti PLUS untuk kamera langsung lebih raya, Waze bagi peringatan jalanan masa sebenar dan MyJPJ bagi mengakses semua dokumen kenderaan anda.

Bagi pemilik EV, muat turun aplikasi seperti Setel, JomCharge, ChargeEV, dan ParkEasy bagi akses lebih mudah kepada pengecas dan pilihan mengecas bagi memastikan cas bateri mencukupi sepanjang perjalanan.

-BH Online 

Kisah Atok:Batman dan Kenny bersama F Team dalam Ops Tapah

 Batman episode 2-3

Logo F Team

Sambungan cerita Batman 

Belum sempat mereka berhibur di Eastern Cabaret, dua orang Operatif F Team datang mencari Kenny ...katanya bos besar sedang tunggu dia ada tugas  mustahak.  Kenny dikehendaki lapor ke pejabat Ketua cawangan Khas Kuala Lumpur Dato Leong Chee Woh malam tu juga, jam sudah 12 tengah malam. Dato Leong Chee Woh memang kenali sebagai underground buster di Kuala Lumpur dan Selangor.  

DATO Leong Chee Woh berkata, pengganas bawah tanah yang ditawan olèh Kenny siang tadi telah mula "menyanyi"....dia memberitahu bahawa dia telah buat appointment untuk bertemu dengan pengganas Komunis dari 5th Assault Unit dan pertemuan sudah diaturkan di suatu tempat dalam hutan Tapah/Bidòr. Kenny diberitahu segala keperluan logistik di sediakan oleh Cawangan Khas Perak...dan CPO Perak, Tan Sri Yuen Yet Ling akan menjadi Komander projek itu, tapi pemain utama adalah Kenny dan F Team. Ikut serta ialah ASP Abdullah dan ASP Aziz Ariasa, dan DSP Dato Fong Yee Kai dari cawangan Khas Kuala Lumpur...sebuah van jenis Volkswagen Combi disediakan ....Kenny dikehendaki memandu van, tetapi apabila menghampiri tempat rendevous, Ah Liu pengganas yang ditangkap siang tadi akan mengambil alih stereng sementara tangan nya digari kepada stereng....

Op ini dinamakan Op Tapah....

Ah Liu bukan calang anak, dia adalah seorang cadre kanan MNLF berpangkat ACM. Dia memang selalu mengadakan perjumpaan dengan pengganas Komunis dari 5th Assault Unit. Mengikut apa yang telah diaturkan...sebelum Ah Liu pergi te tempat perjumpaan dengan CT dari 5th Assault Unit, dia kena check dulu clear signal yang diberi oleh pihak CT...signalnya adalah kotak rokok mengandungi batu kecil di pangkal suatu pokok di tepi hutan. 

Kenny tidak tidur semalaman...siang dia buat projek tangkap pengganas di Federal hotel, malam fi bawa Batman ke kelab malam, midnight dia berada di pejabat KCK di Jalan Bandar, kemudian balik ke markas, ambil Batman, terus memandu ke Ipd Tapah tiba di sana jam 4 pagi. Sebelum subuh dia keluar memulakan Op Tapah...

Pada pagi berkenaan jam 7 pagi Kenny  bersama 3 orang telah pergi ke tempat yang disebutkan...tapi signal kotak rokok yang dicari itu tidak kelihatan. Ini bermakna CT belum sampai...Namun CT telah bagitau awal, kalau tak jumpa, pergi tengok sekali lagi signal kotak rokok itu pada jam 10 pagi...

Kali kedua Kenny pergi memang jumpa signal itu, bermakna berjumpaan Ah Liu dengan pengganas adalah confirmed....lalu Kenny balik ke HQ untuk buat persiapan operasi...

Tan Sri Yuen Yet Ling

Tan Sri Yuen Yet Ling mengarahkan projek dilaksanakan saperti berikut....disinilah berlakunya kesilapan besar... beliau mengarahkan...

Van dipandu oleh Ah Liu sambil tangan bergari...Batman berlagak assistant kepada Ah Liu, dia duduk tempat duduk depan....empat orang pegawai lengkap bersenjata meniarap diatas lantai van combi ready untuk bertindak,  Kenny paling hampir dengan pintu ready untuk menendang pintu supaya terbuka....

Batman akan keluar dari kereta, tunggu CT sampaì dekat pintu sisi van...apabila hampir, Kenny akan tendang pintu van, cekup CT tarik masuk van dan Ah Liu pecut laju bawa kereta...

Nampak macam bijak je perancangan Tan Sri tu...

Pada hemat atok perlaksanaan Operasi ini penuh kelemahan, ia sangat bahaya  seolah2 tak masuk akal, kerana...

Mereka tak tau berapa ramai Pengganas akan datang,

Mereka tak pasti samada pengganas diluar boleh nampak atau tidak pegawai 4 orang yang sedang meniarap di lantai van,

Meŕeka tak pasti kedudukan pengģanas yang diluar samada berada ditempat tinggi atau rendah, mereka di sebalik pokok atau sebalik batu atau sebagainya,

Van itu tidak ada lubang untuk mengitai keadaan diluar samada pengganas yang datang sudah hampir ke kereta ke belum, dan bila masa Kenny harus menendang pintu...

Last...operasi tidak sepatut diarah oleh komander yang duduk di pejabat, ia sepatutnya diarah oleh ground komander sebab dia lebih memahami keadaan terkini sebenar...ground komander adalah Kenny...

Benar saperti atok perkatakan. Mengikut Kenny dia tak nampak musuh diluar apa lagi untuk mèngetahui dia dah dekat ke belum, dia juga tak tahu diluar sana ada 7-8 orang pengganas standby untuk menembak kearah van...dia juga tak tahu bahawa Pengganas yang hendak dicekup nya itu adalah Monty, pengganas paling besar pangkatnya di hutan Perak dan kedua terbesar di hutan semenanjung hanya second kepada Chong Chor...

Kamarudin Hashim @ Kenny

Memang benar juga, sebaik saja Kenny menendang pintu, dia sudah dihujani peluru....

Apa yang berlaku...van F Team melalui jalan balak kira2 dua jam perjalanan dari main road, mereka sampai ke tempat yang dijanjikan namun  tak nampak Komunis, mereka jalan terus dan patah balik, masih tak nampak Komunis.  Mereka patah balik sekali lagi baru nampak Komunis di celah pokok atas bukit ( Batman yang nampak orang lain tak nampak). Ah liu berhentikan van, Batman turun, seorang Komunis datang berjumpa Batman....tapi Kenny dalam van tak tau bila masa nak bertindak, dia tak namoak apa berlaku di luar.

Tiba-tiba kedengaran kekecohan di luar...Kenny tendang pintu dan terbuka. Dia lihat Batman dan Komunis hanya 5 kaki di depannya sedang bergelut...Komunis menghalakan muncung pistol kearah Kenny...kalau pivit picu Kenny pasti mati. Tapi Batman lebih pantas...dia grab tangan Komunis, pistol Komunis berada di sisi dadanya...pistol Komunis meletup menembusi  rusuk Batman...Batman jatuh. Kenny menembak Komunis kena pada lehernya, tembus tapi sipi, dia tak mati. Komunis rebah...ketika itu Kenny dihujani peluru oleh 7 orang Komunis yang standby di atas bukit...peluru Komunis menembusi van berlubang2....

Kenny menembak balas tanpa henti...seorang Komunis perempuan meluru turun dari atas bukit sambil menembak...Kenny target dia dan dia gugur...

DSP Fong Yee Kai terjun keluar dari van untuk membantu Kenny, belum sempat dia menembak, tangannya kena peluru Komunis.  Kenny ambil senjata DSP Fong Yee Kai, dengan dua rifle dia bangun dan berdiri sambil menembak kearah musuh hingga habis peluru kedua2 senjata...

Kenny merangkak ke dalam van , ambil lagi satu senjata dan terus menembak. Musuh juga menembak balas tetapi peluru mereka banyak mengenai bahagian bumbung van kerana tembakan berterusan Kenny tak bagi peluang mereka julur kepala.

Seorang lagi komunis cuba keluar dari tempat perlindungan sambil menyerang tapi prluru Kenny mengenai nya...dia cedera, rakan2nya tarik dia ke belakang....

Setengah jam berlalu, tembakan dari musuh berhenti...mereka telah melarikan diri membawa rakan yang cedera....

Kenny memeriksa keadaan...Tuan Fong Yee Kai terkena tembakan di tangan namun tak berapa serious. Kenny membantu merawat kecederaan. Dua lagi pegawai ASP Abdullah dan ASP Aziz Ariasa selamat. Batman parah, darah tumpah di sana sini...mulut, telinga keluar darah. Kenny duduk bersandar di tepi van, dia memangku kepaĺa Batman   diusap2 digosok2nya kepala Batman...Batman cuba bercakap sesuatu tapi hampir tak dapat difahami...hanya sedikit yang Kenny faham....Batman berpesan menyuruh Kenny menjaga isterinya dan anak yang ada dalam kandungan...Kenny tak dapat menahan air mata...ia keluar berjujuran....air mata kasih dari seorang pegawai kanan polis yàng sangat rugged terhadap seorang bekas Komunis yang pernah menjadi musuh ketatnya suatu ketika dulu...

Di sebelah Kenny ada seorang Pengganas yang cedera terkena tembakan Kenny....dia mengerang2 kesakitan.  Perasaan marah Kenny terhadap pengganas itu meluap2 kerana dialah yang menembak Batman sahabat kesayanganya...rasa nak dilangsaikan saja satu magazin pelurù ke dalam tubuh pengganas durjana itu...hanya ingatan dia kepada Allah swt yang menyekat dia dari berbuat demikian...

Nasib baik Kenny tidak membunuh pengganas itu...rupanya dia adalah Monty ketua pengganas paling besar di hutan Perak dan kedua terbesar di Semenanjung di bawah Chong Chor.  Monty punya banyak nilai taktikal...dengan bantuan Monty kemudiannya SB Perak berjaya melancarkan Op Catfish dan menawan semua pangganas Komunis di hutan Perak.  

Komunis perempuan yang mati di tembak Kenny adalah isteri Monty...dia keluar untuk menyelamatkan Monty.  Kenny dan pegawai lain bernasib baik Monty tak mati...mungkin sebab Monty masih hidup Komunis lain tidak menembak direct ke arah Kenny, mereka hanya menembak ke arah van combi.

Kenny dan rakan2 terpaksa menunggu lama kedatanģan pasukan bantuan dari Ipoh...lambat mereka tiba, maklumlah jarak jauh, dan kenderaan mereka terpaksa melaĺui trek balak hampir 2 jam...

Kedua2 pihak Polis dan tentera datang untuk membantu...Polis diketuai ASP Mahmud Hambali squadmate atok dan Kenny....ingat tak siapa Mahmud Hambali...dialah yang sama-sama gila macam Kenny, mereka hanya berdua membuat ambush terhadap seorang Komunis bersenjata di Kuala Lipis, berjaya membunuh penggsnas itu...badannya dipotong2 sebab hari dah gelap lalu dibakar di tengah2 hutan. Mereka tak upaya nak bawa mayat itu keluar dari hutan.

Pihak tentera yang tiba diketuai oleh Lt Col Hashim Belanda...semasa bantuan sampai, Batman masih berada diatas riba Kenny walau dia telah lama meninggal dunia. Ah Liu masih tergari di stereng van buruk jenis Volkswagen Combi...van jenis panel, atap dan body nya berlubang2 ditembusi peluru dari senjata pengganas ...

Kenny amat bersyukur dia masih bernyawa...dia berasa benar2 terhutang nyawa kepada Batman...jika Batman tidak menahan peluru musuh dengan badannya sendiri Kenny pasti sudah mati...

Operasi Tapah itu keseluruhan adalah a nightmare...ia tidak dirancang dengan sempurna, segalanya dibuat secara adhoc...itulah bahayanya jika operasi dirancang oleh orang yang duduk di kerusi empuk...operasi itu jadi seolah2 seperti satu operasi suicide mission yang tak sepatutnya berlaku...

Mengapakah mereka tak mengambil kira lokasi operasi adalah jauh di dalam hutan...sedangkan mereka hanya menggunakan van cabuk yang tidak kalis peluru...

Tidakkah terfikir oleh mereka van itu boleh rosak, boleh tersangkut dalam hutan...

Tidakkah mereka tau hutan tu adalah kubu kuat Komunis...

Tidakkah termasuk akal mereka komunis akan datang dengan bilangan ramai bukan seorang atau dua seperti Operasi2 yang biasa dirancang oleh  Kenny ...

Mengapakah pegawai atasan sanggup mempertaruh nyawa pegawai2 nya sendiri...inilah situasinya jika pegawai atasan hanya tau mengarah dan tidak pernah mengetahui keadaan sebenar orang2 bawahannya bekerja...

Walau bagaimanapun pun, tuan CPO amat gembira dengan hasil kejayaan Kenny menawan pengganas yang cedera...dia adalah orang kuat 5th Assault Unit...dialah Komander tentera 5th Assault Unit yang di bawah pemerintahan CT Chong Chor...

Mungkin di lain masa atok akan cerita pula operasi susulan  oleh Kenny daĺam Op Beruang di Gopeng, bilamana Kenny membawa masuk CT Monty untuk satu lagi operasi menawan pengganas....atok harap kali ini Kenny ada kebebasan untuk bertindak mengikut derianya sendiri, dan bukan lagi diarahkan oleh seseorang dari kerusi empuk...

Oh ya...sebelum menamatkan cerita atok ingin melontarkan satu persoalan....dalam operasi sebegini rupa...ada pembunuhan, ada tawanan, ada kecederaan, ada kejayaan...pihak mana agaknya yang akan buat repot polis, yang akan buat sidang media mengaku itu ini...siapa agaknya yang dapat kredit, siapa yang nama, siapa dapat ganjaran, siapa yang dapat bintang, siapa dapat anugerah...Polis kah, Tentera kah, tugas Am kah, CID kah, CPO kah, Cawangan Khas kah...pastinya ia bukan Kenny dan bukan F Team...Kenny terpaksa berpuas hati mendapat elaun bulanan sebanyak  rm40 sebulan selain dari gajinya, dan para anggota F Team mendapat elaun bulanan rm30....cukuplah untuk sekali makan nasi kandar di kedai mamak sesama mereka....

Wassalam....

Nukilan Zahriman Alias