"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Khamis, 22 Februari 2024

Melayu Hebat:Raja Hawaii keturunan Melayu!!!

 



Hebat tamadun Melayu melebar sesamudera dari Champa ke Hawaii.

Permata bangsa, satu  demi satu , hilang. Champa, Filipina, Siam dan begitu juga kerajaan Melayu Hawaii.

Pada tahun 1879, Kerajaan Melayu Hawaii telah dijajah oleh Amerika. Fakta ini telah ditegaskan oleh Raja Kalakao (keturunan keluarga di Raja Hawai), semasa beliau 

mengeliling dunia dan menemui Sultan Johor, Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah GCMG GBE. Sultan Johor menaiki tahkta pada 1862 dan menakluki Johor pada 1885.

Selain dari Hawai, Fillipina juga adalah asal nya Kerajaan melayu. 

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte telah membuat kenyataan yang mengejutkan pada Februari 2019 dengan mengsyorkan supaya nama Filipina ditukar kepada Maharlika. 

Maharlika menurut President Duterte lebih sesuai kerana ia sebuah perkataan Melayu 

(merdeka). 

Kejutan kedua ialah kenyataan Duterte tentang “kita ialah Melayu” 

(we are Malays) jadi kenalah pakai nama Melayu seperti Maharlika.

Tanah Air Melayu selebar samudera, terpisah dengan lautan yang menjadikan bangsa kita, para pelayar hebat seperti Panglima Awang orang pertama mengelilingi dunia.

Ya, satu ketika dulu kita sangat hebat... tentu sekali kita boleh bangkit semula.

Sumber: Demi Malaiu

Rabu, 21 Februari 2024

Ustaz Azhar Idrus Tak Pandai Cakap Arab?

 


Pada awalnya saya pelik kenapa banyak posting pasal bercakap Arab.

Rupa-rupanya ia merujuk kepada video orang Arab bercakap Arab dengan Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Menurut netizen, orang Arab itu ialah pensyarah UNISHAMS.

pensyarah UNISHAMS itu datang ke depan dan bertanya UAI,

"Apakah rahsia kamu dengan Allah sehingga Allah menjadikan kasih sayang kamu dalam hati hadirin hingga dapat mengumpul orang hadir seramai ini?

Tiba-tiba UAI menoleh ke belakang. Ada seorang jemaah sampaikan persoalan pensyarah UNISHAMS itu kepada UAI dalam Bahasa Melayu.

Mungkin situasi ini lah sesetengah netizen memperlekeh UAI bahawa beliau tidak pandai bercakap Arab.

pensyarah UNISHAMS itu bertanya dalam bahasa Arab Fusha dan bukan bahasa Arab pasar. Saya yakin UAI memahami persoalan Tok Arab itu dengan baik tanpa memerlukan terjemahan daripada jemaah tu.

UAI berkata, "Semua mereka ini dengan sebab keberkatan ibu bapa"

Jemaah di belakang bagitau kepada pensyarah UNISHAMS, "Haza min fadli umuri abawain" (ini adalah sebab kelebihan kedua ibu bapa).

pensyarah UNISHAMS itu berkata kepada UAI, "birrul walidain?"

UAI membetulkan dengan berkata, "Barakatul walidain" (Keberkatan kedua ibu bapa).

Jika UAI tidak mahir bahasa Arab, bagaimana beliau boleh membetulkan percakapan pensyarah UNISHAMS tadi. 

Kemudian pensyarah UNISHAM berkata, "Semenjak 8 tahun aku  berada di sini, ini kali pertama aku lihat orang ramai datang, lelaki dan wanita, melebihi Solat Jumaat dan Solat Hari Raya.

"Perkara ini menunjukkan hubungan kamu dengan Allah. Apakah rahsianya? Supaya kami boleh ikut dan amalkan" 

UAI menjawab,

"Ma fi sir. Kulluhum barakatul walidain."

(Tiada rahsia. Semua mereka dengan sebab Keberkatan kedua ibu bapa).

Sebenarnya tiada isu pun dalam video ini kecuali golongan tertentu yang suka mencari point-point mencela ulama.

Netizen yang mempersenda UAI ini adakah mahir bahasa Arab? Adakah dia boleh membaca kitab Arab tanpa baris?Adakah dia sudah hafal tasrif 14?

Oh ya, adakah netizen yang mempersenda UAI itu faham soalan pensyarah UNISHAMS  dan jawapan UAI dalam bahasa Arab?

Kelancaran bercakap Arab memerlukan praktis, suasana dan keupayaan individu. Ia tidak menjadi dosa besar jika seorang ustaz itu tidak lancar berbahasa Arab.

Pelajar yang belajar di Jordan pun tidak semestinya boleh memahami bahasa Arab lahjah Mesir.

Saya ada seorang kawan senior, dia belajar di Jordan dan fasih berbahasa Arab Fusha. Dia pernah sebut bahawa dia 'surrender' dengan Bahasa Arab Mesir!

Orang yang belajar bahasa Arab di Malaysia apabila pergi ke Makkah akan terpinga-pinga dengan percakapan peniaga-peniaga Arab di sana.

Contoh terbaik orang yang confirm boleh bercakap bahasa Arab sudah tentulah orang Arab sendiri.

Persoalannya adakah mereka boleh membaca kitab Arab dengan baik?

Tidak semua orang Arab boleh membaca dan memahami kitab Arab dengan baik.

Sebenarnya isu ini tidak perlu digembar-gemburkan sangat kecuali orang yang ada masalah hati!

Saya melihat isu ini berlaku kerana tok guru memulakan budaya memperli ulama maka anak murid turut sama mengikut sunnah tok guru mereka.

Orang kata jika guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari!

Pesan saya, jangan mencari guru yang kencing berdiri, nanti kamu pula yang kencing berlari-lari. Salam hormat.

Dr. Abdul Rahman A Shukor

21 Februari 2024

Isnin, 19 Februari 2024

YBM Podcast:Pesanan Isham Jalil kepada Rafizi Ramli

 


Rafizi, saya doakan kamu cepat sembuh. Bila sedang sakit berehatlah dulu. Kamu sakit jantung, kolesterol dan darah tinggi. Nanti kalau stress lagi salur darah boleh pecah dan kamu boleh kena strok. Ini bukan yang saya mahu untuk kamu. Kamu sekarang sedang sakit dan lemah, tidak perlu tunjuk kuat atau mahu buktikan apa-apa. Dan jika mahu berdebat dengan saya, tidak perlu minta izin Anwar dan Zahid dahulu, alasan kamu ini macam budak-budak.

Dan, tak usah dilayan Puad Zarkashi itu, dia itu kawan Saifuddin Nasution musuh kamu, dia memang suka bodek Saifuddin dan memang mahu serang kamu untuk tolong kawan dia. Abaikan saja.

Bila kamu sihat nanti, we talk. Syafakallah.

Salam,

ISHAM JALIL

19 Februari 2024

Kes Dd Chronicle: Kertas Siasatan Dirujuk Peguam Negara

 

KUALA LUMPUR - Polis telah selesai merakam keterangan pempengaruh media sosial, Dd Chronicle berhubung video parodinya didakwa mempersendakan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Dd Chronicle atau nama sebenarnya, Dediy Sulaeman Ra'e, 43, telah dipanggil ke Bukit Aman Khamis lalu.

"Rakaman percakapan suspek sudah diambil di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada jam 10.15 pagi, Khamis lalu.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Beliau berkata, kertas siasatan yang lengkap itu akan dirujuk kepada Ketua Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam (KUJAKA), Jabatan Peguam Negara, Putrajaya, pada Selasa.

"Setakat jam 8 pagi tadi, sebanyak 49 laporan polis diterima pihaknya terhadap Dd Chronicle di seluruh negara," katanya.

Katanya lagi, aduan tertinggi dicatatkan di Johor dengan 12 laporan, Pahang (lima) manakala masing-masing empat di ibu negara, Melaka, Perak dan Selangor dan masing-masing tiga di Sabah, Kelantan dan Kedah.

"Selain itu, masing-masing dua laporan di Negeri Sembilan dan Terengganu serta masing-masing satu di Perlis, Pulau Pinang dan Sarawak," katanya - SH


Hukum minum air yang ada bangkai serangga didalamnya

 BANGKAI SERANGGA DALAM AIR

SOALAN :

Adakah air kopi yang ada di dalamnya bangkai semut itu najis dan apakah hukum meminumnya?

JAWAPAN :

Serangga seperti semut dan lalat dan nyamuk adalah binatang yang tidak mempunyai darah yang mengalir. Apabila mati ia di dalam air yang bersih maka bangkainya itu tidak menajiskan air tersebut maka jika jatuh ia ke dalam air minum maka harus meminum air tersebut selepas dibuangkan akan bangkainya ke luar dan jika jatuh ke dalam air mutlak maka harus menggunakan air itu untuk bersuci dan menghilangkan najis.

Berkata Imam Nawawi :

وَأَمَّا الْمَيْتَةُ الَّتِي لَا نَفْسَ لَهَا سَائِلَةً، كَالذُّبَابِ وَغَيْرِهِ. فَهَلْ تُنَجِّسُ الْمَاءَ وَغَيْرَهُ مِنَ الْمَائِعَاتِ إِذَا مَاتَتْ فِيهَا؟ فِيهِ قَوْلَانِ. الْأَظْهَرُ لَا تُنَجِّسُهُ، وَهَذَا فِي حَيَوَانٍ أَجْنَبِيٍّ مِنَ الْمَائِعِ، أَمَّا مَا مَنْشَؤُهُ فِيهِ، فَلَا يُنَجِّسُهُ بِلَا خِلَافٍ

Artinya : “Dan adapun bangkai haiwan yang tiada baginya darah yang mengalir seperti lalat dan lainnya maka adakah ia menajiskan akan air dan lainnya dari segala jenis cecair apabila mati ia didalamnya? Pada masalah ini ada dua pendapat. Bermula pendapat yang lebih zahir tiadalah bangkainya itu menajiskan air. Dan hukum ini adalah pada haiwan yang bukan jenis yang tinggal di dalam air. Adapun haiwan yang tinggal di dalam air maka bangkainya tidak menajiskan akan air dengan tiada khilaf.” (Kitab Raudhah At-Talibin)

wallahua’lam

ustaz azhar idrus

Ahad, 18 Februari 2024

Perlis Indah Tapi Rita Nadira Berparut Diserang Pacat

Gambar : RITA Nadira berkongsi keterujaan menjalani penggambaran di Perlis walaupun berdepan episod seram diserang pacat.

KUALA PERLIS – Sebelum Perlis yang kini menjadi tumpuan dek suasana alam bertukar menjadi keperang-perangan akibat kemarau, pelakon Rita Nadira sebenarnya telah lama jatuh cinta dengan keindahan negeri paling utara Semenanjung Malaysia itu sewaktu menjalani penggambaran drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah tahun lalu.

Rita atau nama sebenarnya Rita Nadira Mohd. Ritamurni, 26, lokasi pemggambaran yang dijalankan di Taman Negeri Perlis, Wang Kelian, Padang Besar itu, dianggap cukup mempesonakan dengan pemandangan alam yang sungguh indah.

“Pengalaman menjalani penggambaran di Perlis terutama di Taman Negeri Perlis, Wang Kelian sangat membuatkan saya teruja. Lokasinya begitu mendamaikan dan indah.

“Jarang saya dapat peluang untuk berlakon di tempat sebegitu. Tenang dan terasa dekat dengan alam,” katanya.

Rita yang ditemui ketika majlis tayangan episod akhir drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah di sini, malam tadi turut berkongsi pengalaman ‘menakutkan’ apabila terpaksa berdepan dengan kawasan yang dipenuhi pacat, selain liputan telefon yang sukar untuk dicapai.

“Tapi ada masalah lain pula. Kawasan tersbeut susah nak dapat ‘line’ telefon dan internet. Jadi susah saya untuk berkongsi apa-apa perkembangan di sana, selain terpaksa berdepan dengan cuaca hujan.

“Paling menakutkan saya, kawasan di sana banyak pacat. Kaki saya penuh dengan parut, kesan gigitan pacat.

“Seronoklah pacat-pacat itu hari-hari dapat ‘makan’ darah kami,” katanya sambil berseloroh.

Bagaimanapun, Rita menyifatkan pengalaman yang dialaminya itu sebagai sangat bermakna. Sebagai seorang pelakon, Rita beranggapan kejadian seumpama itu adalah ‘harga’ yang perlu dibayar untuk memberikan yang terbaik kepada penonton.

“Kalau orang tengok, pelakon sentiasa cantik dalam televisyen. Tapi banyak lagi perkara lain yang terpaksa kami lalui dan terjadi di belakang tabir.

“Apa-apa pun, saya sangat seronok apabila dapat berpeluang merasai pengalaman menjalani penggambaran di kawasan sebegitu,” ujarnya.

Selain Rita yang memegang watak sebagai Nur Dania Safuan dan Siti Aisyah (pasangan kembar), drama arahan pengarah Shuhaimi Zulkefli itu turut dibintangi pelakon Aniq Suhair yang memegang watak sebagai Ustaz Iqbal.

Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah siaran slot Akasia TV3 sejak 9 Januari lalu itu turut menampilkan lakonan handalan Aidit Noh, Zamarul Hisyam dan Lydiawati. 

Artikel Asal : https://www.kosmo.com.my/2024/02/16/perlis-indah-tapi-rita-nadira-berparut-diserang-pacat/

Sumber : Kosmo!

Like & Follow Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

.

#PerlisPermai

#VisitPerlis

#TMP20242025

#PakatMaiPerlis

#PerlisDamaiDanMenawan

#CintaBersemiDiWadiSafiyyah

#WangKelian

Ciri-Ciri Golongan Pemikir Liberal Agama

 


1. Di Malaysia Melayu berfahaman liberal bila mereka kalah hujah mereka akan kata ‘fuck you, stupid’. 

2. Itu skrip & dialoq mereka. 

3. Buang masa ajak berdebat dengan puak-puak yang sesat lagi menyesatkan ini. 

4. Kita lawan mereka ikut bidang kepakaran masing-masing. 

5. Saya adalah sebahagian dari pemain industri kandungan kreatif tanahair. Kepakaran yang Allah telah rezekikan pada saya adalah ilmu dapat membaca secara textual dan subtext filem-filem Melayu yang menyuntik pemikiran dan fahaman liberal. Saya akan tonton, kaji dan dedahkan pada umum. 

6. Ini perjuangan fardhu kifayah buat saya. 

وَلَا تَهِنُوا۟ وَلَا تَحْزَنُوا۟ وَأَنتُمُ ٱلْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ ١٣٩

                                          (Surah Al Imran: 139)

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

7. Filem-filem terbitan tempatan kini makin rancak dan makin kemaruk menghina Islam dan bangsa Melayu. 

8. Demi menjaga kesucian agama Islam dan aqidah umat kita tidak boleh biarkan ianya dinormalisasikan. 

9. Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam…” (Surah Ali ‘Imran, ayat 19)

10. Fahaman liberal ini sudah difatwakan sesat pada Muzakarah Khas Jawatan Kuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia(MKI) kali ke 74 pada 25-27 Julai 2006.

Sumber:Fb Zabidi Mohamed 

Sabtu, 17 Februari 2024

LA LUNA (2023) PENGHINAAN KE ATAS ISLAM DAN MELAYU

 LA NUNA (2023)

PENGHINAAN KE ATAS ISLAM DAN MELAYU



1. Secara subtext filem ini ada elemen penghinaan ke atas agama Islam. 

2. Menurut seorang sarjana barat Trammell (2012) penonton menggunakan kepercayaan agama mereka dalam tontonan. Maka kesan kepada kepercayaan agama yang dipegang menjadi ukuran utama pada apa yang mereka tonton.

3. Oleh itu bukanlah sesuatu yang pelik sebagai seorang Melayu yang beragama Islam ‘apa filem tempatan yang saya tonton apatah lagi bila kandungannya berkait dengan isu agama Islam dan bangsa Melayu’ saya akan tonton filem itu dari sudut pandang (POV: point of view) Islam. 

4. Saya telah menonton filem ini di Netflix semalam.  Sebelum ini ianya telah ditayang di panggung. 

5. Sinopsis – Hanie buka kedai jual baju dalam wanita (bra) dan dapat tentangan dari Penghulu Tok Hassan. 

6. Bra secara semiotik adalah tanda atau lambang (sign) ‘freedom of expression’ dalam filem ini. 

7. Hanie yang ‘free hair’ digambarkan sebagai seorang wanita yang progresive, advance thingking, free thought, kind thingking dan liberal attitude. Tok Hassan pula  berjubah, berserban, berjanggut dan perokok tegar secara konotasi digambar sebagai seorang yang warak dan alim di kampungnya tapi bersikap konservative, berpemikiran jumud, perasuah dan busuk hati.

8. Penghujung dan penamat cerita Tok Hassan ‘kalah’ apabila dihukum masuk penjara dan Hanie ‘menang’ apabila keujudannya diterima baik oleh penduduk kampung. 

9. Tidak saya nafikan ada golongan agamawan Islam dan asatizah tanahair ada yag terlibat dalam salah laku sivil dan jenayah. Tetapi untuk mengambarkan konflik pertembungan pemikiran antara golongan agamawan dan golongan fahaman liberal adalah niat nyata penerbit dan pengarahnya untuk meremeh-remeh, memperleceh, memperolok, memperlekeh dan merendah-rendahkan agama Islam. 

10. Penamat cerita file mini secara subtext Islam kalah dan pemikiran liberal menang.

11. Babak-babak berikut sangat mengganggu fikiran saya:

i. Tok Hassan berserban, berjubah kencing berdiri dalam tandas ketika Hanie datang masuk menerjah untuk mempertikai Tok Hassan. Tok Hassan bersikap bersahaja dan membiarkan Hanie menceroboh masuk ke tandas lelaki. 

ii. Azura (16 tahun) buat cadangan supaya para isteri tidak melayan nafsu suami atas ranjang jika suami mereka tidak tarik diri dari petition yang dibuat oleh Tok Hassan untuk menutup bisnez bra Hanie. 

12. Puak-puak liberal dalam industri filem tempatan akan menggambarkan (potray) watak protagonist (watak utama) yang mewakili pemikiran liberal dengan ciri-ciri yang berperwatakkan: progresive, advance thingking, free thought, kind thingking dan liberal attitude. Dan watak antoganist berwatakkan konservatif, old school dan  berpemikiran jumud. Itu polar penceritaan skrip mereka. 

13. Cuma pemikiran liberal itu disuntik secara halus dalam subtext. Yang menonton tanpa menilai dan mengukur dari sudut pandang (POV) Islam tidak akan dapat mengesannya. 

14. Anda yang membaca pendapat ini boleh tidak bersetuju dengan saya. Tetapi untuk berkata setuju atau tidak saya galakkan semua menonton filem ini dahulu untuk kita berlaku adil pada diri sendiri dalam menilai.

15. Dengan menonton kita boleh ‘baca’ corak atau polar bagaimana puak-puak liberal dalam industri filem tanahair ini secara halus menghina agama Islam dan menghina bangsa Melayu.

16. Ikut kajian saya sejak 2013 hingga December 2023 saya telah jumpa sekitar 18 filem-filem yang diterbitkan di Malaysia mengandungi elemen penghinaan ke atas agama Islam. Ianya sudah makin dinormalisasikan. Puak-puak liberal dalam filem tanah air makin berani dan makin rancak. 

17. Untuk tanggungjawab pada agama Islam kita kena menunjukkan sikap dan menyatakan pendirian. 

18. Agama yang paling diredhai Allah adalah Islam.

Credit: Fb Zabidi Mohamed

Jumaat, 16 Februari 2024

Berbulan-bulan susah nak jumpa beras tempatan, alih-alih keluar Beras Madani

 ismaweb.net

Ainul Illia
Kenapa RM30 untuk 10kg? Siapa pengilang Beras Putih Malaysia Madani?

BANGI, 6 Syabaan 1445H, Jumaat – Keputusan kerajaan memperkenalkan Beras Putih Malaysia Madani bagi menggantikan kategori beras putih tempatan dan import di pasaran negara ini, tidak diterima baik oleh rakyat.

Beras itu yang bakal menjadi kategori tunggal bagi beras putih menimbulkan pelbagai persoalan terutama daripada pihak pemain industri dan juga pembeli.

Hairan dengan isu ini, orang awam mula mempersoalkan ke mana perginya beras tempatan selama beberapa bulan lalu, sehingga menyebabkan mereka terpaksa membeli beras import pada harga yang lebih tinggi.

Lebih menambahkan persoalan, kerajaan membuat ‘kejutan’ dengan memperkenalkan Beras Putih Madani Malaysia dengan harga siling baharu.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Menangani Harga Makanan dan Kos Sara Hidup, Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal. berkata, harga siling baharu bagi beras putih ditetapkan pada kadar RM30 bagi kampit 10 kilogram (kg) manakala RM15.50 (5kg) dan RM3.50 (1kg).

Ia akan mula berkuatkuasa pada Isnin (19 Februari) dan beras ini akan berada di pasaran pada 1 Mac.

Syed Abu Hussin Hafiz berkata, penetapan harga siling Beras Putih Malaysia Madani itu juga muncul sebagai mekanisme menoktahkan tindakan pemanipulasian bekalan beras putih tempatan.

Ini kerana, katanya, segelintir pengeluar sebelum ini dikenal pasti mencampurkan beras putih tempatan dengan kampit beras putih import, bertujuan meraih keuntungan lebih.

Membidas kenyataan itu, salah seorang pengguna Facebook, Baba Panjang mempersoalkan harga siling baharu yang ditetapkan kerajaan campuran ini.

“Kenapa RM30? Kenapa tak RM28 ke, RM20 ke? Rasa macam idea kedai 1Malaysia. Dulu pun ada barang-barang 1Malaysia. Ishhh siapa lah pengilang beras madani ni.. Mesti kaya sangat,” katanya.

Shukrie Rieey yang turut tidak berpuas hati dengan pelaksanaan harga siling baharu ini berkata,” Puluhan tahun tak ada isu pun beras tempatan hilang di pasaran. Bila Pakatan Harapan (PH) jadi kerajaan menyusahkan rakyat.”

Manakala pengguna Facebook dengan nama Razaly Othman mempersoalkan ke mana perginya beras tempatan selama beberapa bulan ini.

“Yang hairannya mana perginya berss tempatan? Harga barang naik.. Ingat semakin turun…. Tunaikanlah janji janji semasa berkempen dulu,” katanya.

Sementara itu, Shafiq Hamzah berpandangan bahawa tidak logik beras import yang bernilai RM3,200 bagi setiap per tan metrik perlu dicampurkan dengan beras tempatan yang dikatakan hilang untuk mendapatkan harga jualan RM30 bagi 10kg.

“Kilang beras mana yang nak jual harga macam itu sedangkan mereka nikmati untung daripada harga beras import RM3,200/tan dan dijual pada harga rm40/10kg,” soalnya.

Rahimi Osman pula bimbang akan kesan-kesan yang bakal timbul jika semua beras dijual selaras dengan Harga Beras Putih Malaysia Madani, termasuk beras import.

“Saya risau pengeluar beras import tidak lagi mahu jual beras kerana tidak sepadan. Tinggal beras tempatan sahaja dalam pasaran dan akan timbul masalah lebih besar, tidak cukup beras langsung dalam negara. Rakyat kategori T20, M40 dan B40 akan berebut beli beras.

“Yang berduit boleh simpan bekalan beras banyak-banyak. Yang tiada duit mula tanam ubi kentang balik macam zaman Jepun,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Isnin, 12 Februari 2024

𝗠𝗔𝗛𝗞𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗛𝗙𝗨𝗭 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗥𝗠𝟮𝟱𝟬,𝟬𝟬𝟬 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜

 𝗠𝗔𝗛𝗞𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗠𝗔𝗛𝗙𝗨𝗭 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗥𝗠𝟮𝟱𝟬,𝟬𝟬𝟬 𝗞𝗘𝗣𝗔𝗗𝗔 𝗦𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, memerintahkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar, membayar ganti rugi berjumlah RM250,000 kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berhubung kenyataan fitnah yang dibuat pada 2020.

Hakim Dr Arik Sanusi Yeop Johari membuat keputusan itu selepas membenarkan saman fitnah dikemukakan Muhammad Sanusi selaku plaintif terhadap Mahfuz sebagai defendan.

Mahkamah mendapati Mahfuz melakukan fitnah dan mengeluarkan kenyataan tidak benar berhubung pembelian kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dibuat Syarikat Air Darul Aman (SADA) yang dikatakan adalah untuk kegunaan Menteri Besar.

Mahkamah memerintahkan Mahfuz membayar ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi teladan RM50,000 selain defendan perlu menanggung kos guaman berjumlah RM30,000 yang semuanya perlu diselesaikan dalam tempoh 14 hari.

Defendan turut diperintahkan membuat permintaan maaf secara terbuka di akhbar bahasa Melayu dan Inggeris selain turut membuat perkara sama di laman sosial Facebook milik Mahfuz mengikut yang ditetapkan Sanusi dalam tempoh 14 hari.

Mahkamah turut mengekalkan injuksi dimohon Sanusi bagi menghalang Mahfuz, ejen dan penyokongnya mengulangi kenyataan fitnah berkenaan termasuk tidak mengulang siar kenyataan yang dibuatnya sebelum ini.

Dalam penghakimannya, Arik berkata tuduhan Mahfuz bahawa Muhammad Sanusi mengarahkan SADA membeli Toyota Vellfire bagi kegunaan peribadi Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu sebagai fitnah dan berniat jahat.

"Mahkamah mendapati kenyataan yang dikeluarkan defendan terhadap plaintif melalui Facebook bahawa kenderaan Vellfire yang menggunakan dana SADA adalah untuk kegunaan dan kepentingan peribadi plaintif adalah bersifat fitnah dan dibuat dengan niat jahat terhadap plaintif.

"Defendan sendiri mengakui dalam keterangannya bahawa kenyataan yang dikeluarkan beliau itu adalah berdasarkan satu dokumen kertas kerja yang beliau sendiri telah gagal mengesahkan sumber dan ketulenan sumber tersebut

"Plaintif berjaya membuktikan terdapat kenyataan media pihak SADA dan saksi plaintif mengesahkan bahawa kenderaan Toyota Vellfire dibeli untuk pengurusan tertinggi SADA dan orang-orang yang diberi kebenaran SADA dan bukan untuk kegunaan Menteri Besar Kedah," katanya.

Dalam prosiding berkenaan Muhammad Sanusi diwakili barisan peguam diketuai Yusfarizal Yussoff, Wan Rohimi Wan Daud, Mohd Faizi Che Abu dan Adam Luqman Amdan, manakala Muhammad Faiz Fadzil dan Faizal Abdullah mewakili Mahfuz.

Pada Oktober 2020, Muhammad Sanusi dilaporkan memfailkan saman fitnah ke atas beberapa pemimpin pembangkang yang mendakwa pembelian MPV Toyota Vellfire milik SADA itu adalah bagi kegunaannya.

Antara pemimpin berkenaan adalah Mahfuz yang juga bekas Ahli Parlimen Pokok Sena; bekas ADUN Pengkalan Kundor, Dr Ismail Salleh dan dua individu lain.

Muhammad Sanusi menjelaskan, pembelian kenderaan terbabit dibuat Jawatankuasa Perolehan Aset SADA secara dalaman dan dilakukan mengikut had perbelanjaan ditetapkan.

Sementara itu, Muhammad Faiz ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan secepat mungkin bagi penangguhan hukuman sementara defendan memfailkan rayuan berkenaan.

kredit