"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Ahad, 29 Mei 2022

European Champion League 2021/22 Final: Liverpool 0-1 Real Madrid

 

Perlawanan akhir kejohanan paling agung di Eropah, Champions League musim 2021/22 akhirnya telah tiba masanya yang sentiasa menjadi penutup tirai musim bola sepak Eropah saban tahun.

Finalis bagi musim ini adalah wakil dari Sepanyol, Real Madrid yang dibimbing oleh Carlo Ancelotti bertemu pasukan Liga Inggeris yang dibimbing Jurgen Klopp, Liverpool.

Gergasi Sepanyol, Real Madrid merupakan pasukan terpaling elit di Eropah dengan memegang rekod kemenangan terbanyak Champions League dengan 13 kejuaraan berpeluang menjadikannya 14.

Liverpool pula menjadi pasukan paling cemerlang di England dengan muncul juara sebanyak 6 kali dan menjadi satu-satunya pasukan England menerima Badge of Honour untuk kelab meraih 5 kejuaraan.

Perjalanan Liverpool untuk mara ke final dilihat lebih tenang, selesa dan mudah ibarat rokok kretek, nikmat, nyaman dan gurih kerana bertemu lawan yang tidak setanding mereka.

Di pusingan 16 Liverpool telah diundi bertemu Inter Milan sebelum bertemu benfica di suku akhir dan sekali lagi bertemu lawan mudah diseparuh akhir iaitu Villarreal yang mengejutkan Bayern Munich.

Real Madrid bertemu lawan yang sangat keras berhempas pulas mencipta kebangkitan menumbangkan PSG di pusingan 16 dan Chelsea pula menanti disuku akhir .

Carlo Ancelotti berjaya menunjukkan Chelsea jalan keluar untuk mara ke separuh akhir bertemu gergasi penuh bertaktikal Manchester City.


Liverpool dan Real Madrid kali terakhir bertemu adalah pada final Champions League 2018 di mana Real Madrid menang 3-1 dengan aksi yang penuh drama.

Sergio Ramos telah menjudo Mohamed Salah di awal permainan sehingga terpaksa di keluarkan ditambah pula dengan aksi kelakar Loris Karius yang kekal epik sehingga kini.

Kehangatan perlawanan akhir ini sedikit tercalar dan terbantut lantaran terjadi penangguhan perlawanan yang disebabkan oleh kelewatan ketibaan penyokong.

Perlawanan yang dijadualkan berlangsung jam 2.55 pagi waktu Malaysia di Kota Paris ini telah dianjak ke 3.36 pagi.

Camila Cabello akhirnya membuat persembahan pembukaan perlawanan ketika penyokong masih lagi lagi bersesak di luar untuk masuk menandakan perlawanan akan bermula selepas itu.

Tempoh 10 minit pertama menyaksikan Liverpool dan Real Madrid saling merencanakan gerakan bagi memecahkan kubu lawan masing-masing dengan bola banyak berlegar di tengah padang.

Selepas 15 minit permainan barulah percubaan bahaya dihadirkan oleh Liverpool, hantaran Trent Alexander Arnold mencari Salah telah memaksa Thibaut Courtois berkerja keras.

Bola tepisan Curtois terus disambar pemain Liverpool dan percubaan Thiago dari luar kotak berjaya diselamatkan dan tidak lama berselang Salah pula merembat namun Curtois masih kental.

Sadio Mane mempamerkan kepantasan gerakan kaki memperdayakan pertahanan Real Madrid dengan satu rembatan kencang yang sudah berjaya menewaskan Thibaut Courtois.

Selain percubaan Mane, Liverpool banyak melakukan percubaan yang agak mengancam tetapi tepat dn terus kepada Curtois.

Tapi sayang tiang menjadi penyelamat kali ini. Itulah peluang terbaik Liverpool dan perlawanan selepas 20 minit berlangsung.

Dipenghujung babak pertama kontroversi tercetus apabila jaringan Karim Benzema telah dibatalkan kerana offside walaupun Fabinho menolak bola kebelakang.

Kerana hantaran kebelakang daripada Fabinho itu adalah satu perbuatan tidak disengajakan maka Video Assistant Referee (VAR) memutuskan jaringan Benzema tidak dikira.

Tamat babak pertama menyaksikan Liverpool lebih dominan dengan serangan bertali arus namun gagal diterjemahkan dengan sebarang jaringan.

Vinicius Jr. yang berjaya melepasi perangakap offside secara tipis akhirnya meletakkan Real Madrid dihadapan selepas mudah menolak masuk hantaran cantik secukup rasa Federico Valverde.

Segala percubaan Mohamed Salah setakat ini dinafikan oleh Thibaut Courtois.

Casemiro telah melepaskan peluang keemasan dari sepakan percuma lantaran sentuhan pertama seperti Romelu Lukaku ketika hanya berdepan Alisson Becker.

aSelepas 80 minit permainan Liverpool melakukan 26 percubaan dengan 7 percubaan tepat, betapa gilanya Liverpool menyerang untuk kejuaraan ketujuh.

Dengan masa kecederaan 5 minit tiada apa yang dapat dilakukan Liverpool dan Real Madrid berjaga mempertahankan satu gol mereka hingga wisel penamat.

Real Madrid melebarkan koleksi kejuaraan mereka kepada 14 dalam 17 perlawanan akhir yang pernah mereka mara.

Kesebelasan utama Liverpool (4-3-3) Alisson; Alexander-Arnold, Konate, van Dijk, Robertson; Henderson, Fabinho, Thiago; Salah, Mane, Diaz.

Pemain Simpanan: Kelleher, Milner, Keita, Firmino, Gomez, Oxlade-Chamberlain, Jones, Minamino, Jota, Tsimikas, Matip, Elliott.

Kesebelasan utama Real Madrid (4-3-3) Courtois; Carvajal, Eder Militao, Alaba, Mendy; Kroos, Casemiro, Modric; Valverde, Benzema, Vinicius Jr.

Pemain Simpanan: Lunin, Hazard, Nacho, Asensio, Marcelo, Lucas Vazquez, Bale, Dani Ceballos, Rodrygo, Camavinga, Isco, Mariano.

Pengadil Perlawanan: Clement Turpin (France).

-thesukan.net

Sabtu, 28 Mei 2022

Kantoi bercium, ‘kekasih’ Syafi Tee rupanya pondan?

 


Jika sebelum ini kecoh di media hiburan tempatan apabila anak kepada Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah iaitu Syafi Tee dikatakan bercium dengan seorang wanita.

Video dan foto yang tersebar di media sosial itu kemudiannya menjadi tular sehingga Syafi yang juga pelakon baru itu dikecam netizen.

Hari ini, ‘viral’ pula di Twitter apabila ada individu telah mendedahkan bahawa wanita yang dirakam berpelukan dan bercium dengan Syafi sebenarnya bukan wanita ‘asli’, sebaliknya seorang trasngender, memetik portal BeautifulNara.

Malah, individu itu turut menunjukkan tangkap layar akaun Instagram ‘wanita’ itu yang mendakwa dirinya bukanlah seorang wanita tulen.

Namun begitu, dakwaan tersebut masih lagi didiamkan malah Syafi juga tidak membuka mulut mengenai kontroversi yang dihadapinya itu.



-beritaperak.com

Selasa, 24 Mei 2022

Ringgit catat paras terendah dalam sejarah berbanding dolar Singapura


 Dolar Singapura mencecah paras tertinggi sepanjang masa berbanding ringgit Malaysia pada Isnin (23 Mei), demikian menurut laporan Channel News Asia (CNA).

Dolar Singapura mencapai rekod tertinggi RM3.1964 pada pukul 1.48 tengah hari Isnin, sebahagian besarnya didorong oleh pengukuhan dalam nilai dolar Singapura, sebelum susut kemudiannya kepada RM3.1950 pada hari berkenaan, kata portal berita itu memetik kata ketua analisis FX di MonFX Simon Harvey.

Analisis FX turut melaporkan bahawa sentimen berkaitan China turut membantu.

Harvey berkata berita mengenai Presiden AS Joe Biden sedang menimbang pengurangan tarif ke atas barangan China membantu melonjakkan yuan ke paras tertinggi sejak 5 Mei.

Dengan yuan menguasai kepentingan terbesar dalam kelompok S$NEER Singapura, peningkatan ketara mata wang yuan turut mengheret dolar Singapura lebih tinggi apabila peniaga mata wang berusaha untuk mengimbangi susut nilai dalam dolar Singapura berbanding yuan dengan mata wang lain.

"Ini menyaksikan dolar Singapura mengukuh berbanding rakan perdagangan utama lain, termasuk dolar AS (+0.49 peratus), ringgit Malaysia (+0.13 peratus), dolar Hong Kong (+0.47 peratus) dan yen Jepun (+0.05 peratus), dan dengan itu kadar pertukaran S$NEER terus meningkat lebih tinggi sejajar dengan keutamaan Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS)," katanya.

Pada pukul 9.01 pagi, ringgit berada pada paras 3.1925/1955 berbanding dolar Singapura.

MAS, bank pusat republik itu merumuskan dasar monetari dengan menetapkan laluan untuk S$NEER - kadar pertukaran efektif nominal dolar Singapura - jalur dasar untuk menjamin kestabilan harga dalam jangka sederhana.

Singapura telah mengetatkan pendirian dasar monetarinya pada April 2022, yang berasaskan kepada pergerakan dasar pada Oktober 2021 dan Januari 2022, bertujuan untuk memperlahankan momentum inflasi dan membantu memastikan kestabilan harga jangka sederhana.

Pada Isnin, dilaporkan bahawa Inflasi Teras MAS meningkat kepada 3.3 peratus pada asas tahun ke tahun bagi April 2022 daripada 2.9 peratus pada Mac, didorong oleh inflasi yang lebih tinggi untuk makanan, runcit dan barangan lain, serta elektrik dan gas.

Lonjakan yang dicatatkan pada bulan April adalah tahap tertinggi sejak Februari 2012.

- Bernama

Isnin, 23 Mei 2022

TMJ cabar Sanusi dedah individu digelarnya `tokong'

 Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Foto ihsan FB Johor Southern Tigers.

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Foto ihsan FB Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencabar Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendedahkan nama individu yang beliau gelar sebagai 'tokong' dalam bola sepak Malaysia.

Menerusi satu ciapan pada akaun Twitter miliknya, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) turut meminta Menteri Besar Kedah itu menyatakan semua dakwaan yang dimaksudkan dengan menyertakan bukti dan fakta.

"Dia cakap pasal siapa? Sebut nama. Ceritakan segala-galanya. Ini cakap main sembur, badut Mc Donald pun boleh. Cerita semua, keluarkan bukti dan fakta. Setiap kali tenggelam terus buat cerita sensasi nak naikkan rating. Typical Politician," tulis TMJ.

Muhammad Sanusi sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa ada individu yang mengawal bola sepak Malaysia, namun tidak mendedahkan nama individu berkenaan.

Malah, ada yang mendakwa isu berkenaan turut menjadi punca JDT memanggil semula penyerangnya, Syafiq Ahmad yang dipinjamkan kepada pasukan Kedah Darul Aman FC untuk kembali ke pangkuan skuad Harimau Selatan.

Dalam perkembangan lain, TMJ dalam kenyataan yang disiarkan menerusi akaun Facebook rasmi kelab JDT iaitu JOHOR Southern Tigers, semalam menjelaskan beliau sudah menyatakan masalah yang dihadapi bola sepak tanah air sejak 2013.

Katanya, apa yang diperkatakan itu memang berlaku dan kejayaan yang dicapai skuad Harimau Selatan ketika ini menjadi ikutan pasukan lain.

"Dari 2013 semua benda saya katakan berkenaan dengan pencapaian JDT dan masalah bola sepak tanah air, pemain-pemain, kemudahan dan pembangunan bola sepak semua dipertikaikan oleh orang-orang yang tiada pencapaian dalam industri bola sepak. Tetapi pada hari ini, semua yang saya cakap berlaku dan diikuti," katanya.

-BH Online

Ahad, 22 Mei 2022

Koleksi Resepi:Sambal Ikan Tongkol

 RESEPI SAMBAL IKAN TONGKOL

Bahan2 Rebusan Ikan:

🐟Ikan Tongkol

🐟Garam

🐟Nisan/Gula Melaka

🐟Asam Keping

📍Ikan tongkol direbus terlebih dahulu dgn semua bahan2 diatas.. Bila ikan dah masak, angkat dan toskan...air rebusan jangan dibuang..

📍Kemudian goreng ikan tongkol sekejap aje untuk pejalkan isi nya... angkat dan ketepikan...

Bahan2 utk sambal:

🌶Bawang Besar

🌶Cili Kisar

🌶Bawang Merah Kisar

🌶Bawang Putih Kisar

🌶Sedikit Halia Kisar

🌶Air Asam Jawa

🌶Air Rebusan Ikan

🌶Sedikit Belacan

🌶Sedikit Kicap Manis

Cara2:

📍Tumis hirisan bawang besar dan masukkan semua bahan kisar hingga pecah minyak..

📍Masukkan air rebusan ikan dan air asam jawa..

📍Akhir skali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng awal tadi..Tambahkan kicap dan perasakan dengan garam gula secukup rasa...Gaul sebati dan biarkan mereneh hingga kuahnya pekat dan ikan mesra bersama sambal...

📍Siap.. selamat mencuba

Credit Instagram : @kak_t68

Dakwaan kahwin janda anak tiga, akhirnya Najib beri respon


Dakwaan kahwin janda anak tiga, akhirnya Najib beri respon. Najib Razak enggan mengulas mengenai sekeping gambar yang tular di media sosial sejak dua hari lalu sehingga mencetuskan spekulasi pemimpin Umno itu mempunyai keluarga baru.

Bekas perdana menteri itu yang ditemui media terus berjalan ke arah keretanya di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di Jalan Duta selepas perbicaraan sebelah pagi berhubung dakwaan dia dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy terbabit dalam pemindaan laporan audit firma pelaburan negara itu.

“No no no no no no no,” kata Najib sambil terus memasuki kereta dan dipandu pulang ke rumah.

Semalam, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad mengucapkan “selamat pengantin baru” kepada Najib dalam komen di Facebook.

Ini selepas bekas perdana menteri itu, memuat naik statusnya bersama Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.

“Selamat pengantin baru Datuk Seri!” tulis Wan Wan Ahmad Fayhsal.

Komen itu dibuat selepas tersebarnya sekeping gambar Najib dengan seorang wanita, yang mencetuskan spekulasi pemimpin Umno itu mempunyai keluarga baru.

Najib berkahwin kali pertama dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar pada tahun 1976 ketika berusia 23 tahun.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd Nizar, Mohd Nazifuddin dan Puteri Norlisa.

Selepas bercerai dengan Zainah pada 1987, Najib berkahwin pula dengan Rosmah Mansor.

Mereka memperoleh dua orang cahaya mata iaitu Mohd Norashman dan Nooryana Najwa.

Dua tahun lalu, tersebar dakwaan sama bahawa Najib berkahwin dengan seorang wanita berusia 50 tahun.

Wanita itu bagaimanapun menafikannya dan membuat laporan polis.

-ohviralnews.com

Sabtu, 21 Mei 2022

Pernah Berpesan Kepada Anaknya, “Jangan Jatuhkan Air Muka Papa” – Netizen Syak Syafi Tee Pelaku Tidak Senonoh Dalam Video 26 Saat

 

VIDEO tular memperlihatkan seorang lelaki yang didakwa anak kepada penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah iaitu Syafi Tee bercium dengan wanita mengundang kecaman.

Menerusi video berdurasi 26 saat itu, individu berkenaan dilihat berpelukan dengan wanita yang kemudian mengucupnya di bibir.

Video yang tular di TikTok itu turut memaparkan Instagram wanita yang dipercayai kekasih pelakon tersebut memandangkan terdapat gambar mereka berdua digunakan sebagai gambar profile.

SYAFI TEE

Netizen bongkar Instagram wanita yang bercium dengan Syafi.

Malah, menerusi rakaman tersebut, video aksi mesra mereka itu dimuat naik dari akaun Instagram wanita tersebut dengan kapsyen ‘my memory syafitee’.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan kepastian dan kenyataan daripada Syafi gagal apabila aktor itu tidak membalas mesej dan menjawab panggilan telefon.

Sehingga kini, mStar juga sedang berusaha untuk mendapatkan kenyataan daripada bapanya, Ridhuan Tee berkenaan dengan video anaknya yang sedang tular.

Sebelum ini, Syafi juga pernah terpalit dengan kontroversi apabila video dia sedang berpelukan dengan seorang wanita menjadi tular pada tahun lalu.

Syafi Tee

Sehingga kini, Syafi tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Video yang ditular di Twitter itu dikongsikan oleh seorang jurusolek yang bekerja bersama pelakon itu untuk penggambaran sebuah drama.

Tampil menjelaskan perkara itu, Syafi berkata situasi sebenar bukanlah seperti apa yang difikirkan netizen malah individu yang peluknya bukanlah seorang wanita.

Untuk rekod, Ridhuan Tee juga kerap memberi komen mengenai kehidupan artis antaranya kontroversi melibatkan video aksi lucah aktor Zul Ariffin dan aksi mesra peserta Big Stage 2022, Yazmin Aziz dengan Danial Chuer.

Sementârâ itu, tinjâun Beâutifulnârâ ke profil Instâgrâm pelâkon berkenâân mendâpâti tiâdâ kemâs kini terbâru dâripâdânyâ.

Menerusi tinjâuân Gempâk di beberâpâ plâtform mediâ, râmâi dâlâm kâlângân netizen sudâh mulâ bertânyâ tentâng kesâhihân video berkenâân.

Âdâ ântârâ peminât yâng turut memintâ pelâkon berkenâân supâyâ memberitâhu sâmâ âdâ lelâki dâlâm râkâmân video berkenâân bukânlâh dirinyâ.

Pesanan Ayahnya Prof Dr Ridhuan Tee

Anak kepada pendakwah bebas dan ahli akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah ini beruntung kerana ayah yang dipanggil Papa, faham selok-belok dunia seni serta cabaran ditempuhi.

“Papa tahu dunia penggambaran dan kerja seni. Papa juga selalu berada di depan kamera dan bekerja bersama kru.

“Papa sudah ‘masak’ dengan dunia ini. Papa beri restu cuma saya kena menjaga nama baiknya dan keluarga,” katanya kepada BH Online.

Syafi yang digilap bakat melalui Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 menganggap cabaran dan ujian ada dalam setiap bidang pekerjaan.

“Cabaran dan ujian itu ada di mana-mana. Saya yang masih hijau ini kena sentiasa kuat.

“Semua nasihat Papa dan keluarga amat penting. Saya harap terus istiqamah dengan prinsip dan cara begini,” kata anak kedua daripada enam beradik ini.

Antara pesanan Papa, kata Syafi, adalah soal menjaga batas bukan muhrim ketika berlakon.

“Saya letak piawaian sendiri iaitu tiada adegan bersentuhan. Kalau ada sekalipun, mesti berlapik.

Syafi sentiasa ingat pesanan ayah agar menjaga nama keluarga dalam mengejar impian sebagai pelakon. Foto IG Syafi Tee

“Papa selalu ingatkan perkara itu. Pulang ke rumah, Papa pasti tegur dan nasihat supaya saya tidak buat perkara bukan-bukan di set penggambaran,” katanya.

Syafi berkata, jika tidak selesa dengan mana-mana adegan, dia berbincang dengan pengarah untuk mencari alternatif lain termasuk sudut kamera ketika penggambaran.

Tambah Syafi, dia tidak pernah menyembunyikan status diri sebagai anak pendakwah terkenal sejak mula terjun ke dalam dunia seni.

“Dalam kalangan kru dan pelakon, mereka tahu saya anak siapa. Saat mula perkenalkan diri, mereka sudah dapat mengagak,” katanya.

Mengimbau perjalanan seninya, Syafi atau nama penuh, Mohd Syafi berkata, pada mulanya dia mahu mencari karier yang mempunyai waktu kerja anjal.

“Ketika itu, saya dalam proses menamatkan pengajian dalam bidang teknologi pembuatan di sebuah institusi pengajian tinggi.

“Jadi, saya cuba isi masa lapang dengan mencari kerja. Tidak terlintas menjadi pelakon dan penyertaan dalam DFKL 2019 membuka ruang saya,” katanya.

Syafi mengaku seronok menimba pengalaman menjadi pelakon.

Antara komen netizen2 prihatin

Huhu, Teringat Bapaknya Penah Kecam Org Lain Juga. .. Ok La, Semoga Yg Baik Baik Sahaja

Iman Tak Dapat Diwarisi Dari Seorang Ayah Yang Bertaqwa.Tu Aib Dia Ada Je Seseorang Perangai Begitu.Bukan Sokong Tapi Realiti

Bukan Mudah Nk Didik Ank Jd Soleh N Solehah Tambah2 Pd Zaman Sekarang..Ank Ni Ujian Utk Kita Di Dunia.. Sama Ada Akn Bawa Kita Ke Syurga Atau Ke Neraka..Lagi Ramai Ank Lgi Bnyak N Hebat Ujiannya..

Bila Dh Masuk Dunia Retis Segalanya Berubah .. Kesian Ayah Terpalit Malu Sebab Anak Mcm Ni X Dpt Bayangkan Air Muka Ayahnyer Alahai Anak2 Susah Jugak Nk Mendidik Jd Baik Yer.. 

Ujian Kehidupan Bagi Orang Tuanya….Kebaikan Yang Disumbang Oleh Bapanya Akan Menjadikan Allah Akan Pembetulkan Kelemahan Diri Anak Muda Ini…Berusahlah Wahai Sang Bapa Dan Berdoalah Sekuatkuatnya…..Allah Maha Pengampun Dan Penyanyang

Abu Lahab Dan Abu Jahal Pun Bapa Saudara Rasullulah…Habil Dan Khabil Jugak Anak Nabi Adam…Iman Bukan Pada Keturunan…

Tah La Seram Nak Cakap2..Esok Lusa Anak Cucu Kite Sendiri Pun Lum Tentu Ada Yang Baik..

Kerjaya Pelakun Terdedah Pada Perkara Sebegini. Heran, Mengapa Ridzuan Tee Tidak Menghalang Kerjaya Anaknya Ini.

Kalau Betul Video Tue, Apa Lagi, Kahwin Kan Ajer. Dah Mengeletis, Mengeyam, Gatal, Miang Dan Selentit Gitew!

Itu Hari Bukan Main “Sy Sentiasa Teman Dia Di Set Utk Perhatikan Dia Supaya Dia Adegan Pegang² Atau Tidak Sopan” Kablaa Wutohh !

Anak Riduan T ..Bapak Dia Ada Pesan Nak Buat Apa Buat ,Janji Solat Jgn Tinggal

Sumber BN/RJ

-two.e-kesah.com

PDRM siasat kenyataan Kit Siang didakwa gugat ketenteraman awam

 PDRM siasat kenyataan Kit Siang didakwa gugat ketenteraman awam

Lim dipercayai mengeluarkan kenyataan: "Will The Houses Of The Prime Minister and Ministers of Malaysia Be Set On Fire by Angry Protestors As Happened in Sri Lanka Last Week". - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung ciapan Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang yang didakwa mengandungi kenyataan boleh menggugat ketenteraman awam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam kenyataan berkata imej tangkap layar ciapan tersebut tular di aplikasi WhatsApp sejak semalam.
Beliau berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), JSJ Bukit Aman di bawah Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan serta menjadi pengguna media sosial bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit untuk menyebarkan sebarang maklumat boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggugat keharmonian negara.
Lim dipercayai mengeluarkan kenyataan: "Will The Houses Of The Prime Minister and Ministers of Malaysia Be Set On Fire by Angry Protestors As Happened in Sri Lanka Last Week (Adakah Rumah Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Malaysia Dibakar oleh Penunjuk Perasaan Seperti Berlaku di Sri Lanka, Minggu Lepas)".
-AstroAwani