"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Ahad, 27 Februari 2022

Bruno Bengang Ronaldo Menyamar Jadi Pertahanan Lawan Dan Menghadang Sepakannya

Bruno Fernandes tidak percaya sama sekali apabila melihat lembaga merah di depan gawang Watford itu ternyata rakannya sendiri. Rakan senegara dan rakan yang sama sama bersiuu siuuu bila dia menjaringkan gol.

Terdapat satu insiden di mana Bruno Fernandes mememperlihatkan kekecewaannya dengan aksi Ronaldo yang menghadang rembatan bak peluru dilepaskannya.

Ianya berlaku pada minit ke-9 perlawanan. Ketika Bruno Fernandes sudah yakin bahawa bola akan masuk. Tiba tiba ada Ronaldo menjadi penghalang.

Ianya salah satu daripada dereta peluang dimiliki Manchester United sepanjang perlawanan menentang Watford.

Di mana pengurus mereka, Ralf Rangnick menyifatkan anak anak buahnya terlalu banyak mempersia siakan peluang.

Bercakap kepada BBC Sport selepas tamat perlawanan, Rangnick berkata: “Ini sangat mengecewakan. Kita melakukan segalanya hari ini kecuali menjaringkan gol. Sukar nak menelan keputusan ini. Kami mengawal sepenuhnya perlawanan untuk hampir keseluruhan perlawanan.”

“Kami perlu lebih tajam di hadapan gol. Ini adalah petang yang mengecewakan.”

“Kalau ada orang tanya, adakah kami mencipta peluang terbuka yang banyak? Saya akan kata ya, peluang peluang itu cukup untuk kami menjaringkan sekurang kurangnya 1 atau 2 gol. Tapi malangnya, kami gagal.”

Rangnick menepis pandangan yang menyatakan bahawa Watford bernasib baik seri menentang Manchester United. Sebaliknya ia adalah kerana kelemahan Manchester United sendiri yang tak tahu menjaringkan gol.

Dua kali bola percubaan Man United dikeluarkan dari atas garisan. Ben Foster kemudian memainkan peranan besar dalam menafikan peluang 1 lawan 1 dengan Bruno Fernandes.

Penjaring gol dalam aksi UCL menentang Atletico Madrid, Anthony Elanga juga menyaksikan percubaannya dihadang. Percubaan Ronaldo pula terkena tiang. Dan satu satunya percubaan mereka yang menerjah gawang adalam menerusi Ronaldo, tetapi ofsaid.

Rangnick berkata: “Pada separuh pertama kami ada 5 peluang sangat baik dan kemudian ada 3 atau 4 lagi pada separuh masa kedua. Hari ini kita mencipta peluang yang cukup untuk memenangi perlawanan ini.”

Kadangkala kami kurang bernasib baik misalnya, apabila Cristiano Ronaldo melakukan percubaan terkena tiang. Namun kami ada peluang 1 lawan 1. Ini bukan soal nasib, ini soal ketajaman, kecekapan dan aspek klinikal [di hadapan gol].”

“Jika saya imbas balik dalam 3 bulan ini, kami membazirkan banyak sekali peluang dan membuang banyak mata dengan seri, kami sepatutnya memiliki 4 atau 6 mata tambahan lagi – dan situasinya pasti akan berbeza sama sekali.”

Manchester United sekadar seri dengan Watford yang bergelut dengan zon penyingkiran. Keputusan ini membuatkan United membuka peluang seluasnya kepada Arsenal untuk mara ke UCL musim hadapan.

Selepas ini Manchester United ada beberapa lagi perlawanan yang sukar untuk mereka hadapi. Ini termasuk aksi derbi Manchester menentang Manchester City, kemudian menentang Tottenham, Atletico dan kemudian barulah lawan yang agak mudah iaitu Liverpool.

Adakah Manchester United akan berjaya mara ke UCL musim hadapan? Ianya persoalan yang terus berlegar di minda para peminat Manchester United ketika ini.

-sukan.my

Sabtu, 26 Februari 2022

‘Suami kahwin empat, setiap isteri satu kereta’

 

Tangkap layar video perkongsian seorang pengguna yang menceritakan kisahnya melayari bahtera hidup bermadu

Kehidupan berpoligami perlu diuruskan dengan bijak dan adil oleh si suami dalam pelbagai aspek terutamanya dari segi layanan kasih sayang serta nafkah terhadap kesemua isterinya.

Ini kerana, setiap isteri berhak mendapatkan hak mereka masing-masing dari suami walaupun mempunyai madu.

Seperti perkongsian seorang pengguna di TikTok, Dyla Zahid menceritakan kisah kehidupannya bersama suami serta tiga orang madu yang lain.

Menerusi klip video yang dimuat naik, suaminya dikatakan akan bergilir-gilir pulang ke rumah isteri-isterinya setiap dua minggu.

“Macam ini la kalau hidup bermadu.

“Suami sorang kena gilir setiap dua minggu pergi rumah seorang isteri,” katanya.

Menurut Dyla, apabila tiba gilirannya untuk bersama suami, dia perlu mengambil suaminya dari rumah madunya untuk dibawa pulang.

Tindakan berkenaan perlu juga dilakukan oleh madunya yang lain selepas dua minggu berikutnya.

“Setiap giliran isteri kena datang ambil sendiri suami. Setiap isteri suami dah belikan kereta seorang satu,” ujarnya.

Sementara itu, melihat ketabahan Dyla dalam menempuhi kehidupan bermadu, rata-rata orang ramai kagum dengan kecekalan hatinya.

Selain itu, ada juga pengguna yang turut memuji tindakan si suami kerana dikatakan bertanggungjawab dalam menyediakan keperluan buat setiap isteri-isterinya.

“Alhamdulillah, walaupun macam itu, dia ada tanggungjawab. Suami puan buat semuanya, sebelum ini selalu kita dengan suami yang ada ramai isteri kurang berlaku adil,” komen seorang pengguna.

Orang kuat sahaja mampu bermadu, tahniah kak, saya tak mampu sebab takut ada cemburu melampau atau tak mampu kawal, lebih baik ada satu sahaja,” kata seorang pengguna lain.

“Tahniah kak, awak memang kental, saya tak mampu, bila orang datang dalam hidup saya nak kongsi suami, saya pilih untuk lepaskan suami saya, saya tak mampu untuk ikhlaskan,” luah yang lain.- KOSMO! ONLINE.

SPRM beku aset Rohana Rozhan selepas dakwaan ugutan babit 1MDB

 SPRM beku aset Rohana Rozhan selepas dakwaan ugutan babit 1MDB

Perintah itu melarang Rohana daripada melakukan sebarang transaksi melibatkan akaun bank miliknya di UK. - Gambar fail/ Astro AWANI

 KUALA LUMPUR: Aset dan akaun bank milik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd, Datuk Rohana Rozhan dibekukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Memetik sumber SPRM, perintah pembekuan berkenaan dibuat selepas agensi berkenaan memulakan siasatan ke atas dakwaan pemilikan rumah oleh Tim Leissner yang dibeli menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tindakan pembekuan itu membabitkan larangan ke atas Rohana daripada melakukan sebarang transaksi melibatkan akaun bank miliknya di United Kingdom (UK).
“Pembekuan aset itu dibuat di bawah Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan (AMLA 2001)
“Ia dibuat ketika pihak SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim (Leissner) yang mendakwa telah diugut untuk membelikan sebuah rumah bernilai AS$10 juta di London,” kata sumber SPRM, ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
SPRM, sebelum ini, dilapor mengambil keterangan Rohana pada pagi Khamis dan siasatan dibuat berdasarkan Seksyen 4(1) AMLA 2001.
Ini susulan dakwaan yang Rohana dipercayai membayar harga sebuah rumah di London menggunakan separuh daripada jumlah wang yang didakwa diberikan oleh Leissner, sementara baki wang itu disimpan dalam sebuah akaun di UK.
Terdahulu, Rohana dalam satu kenyataan pada Jumaat, mengesahkan kehadirannya ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya pada Khamis, untuk memberi keterangan dan bersedia bekerjasama membantu siasatan.
[TERKINI] 1MDB | SPRM rekod keterangan Rohana Rozhan
“Saya merujuk kepada dakwaan pihak media terhadap saya.
“Saya telah hadir ke SPRM dan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan mereka,” kata Rohana, melalui pejabat peguamnya, Valen, Oh & Partners.
Dalam prosiding berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat, Leissner yang berkata dia merupakan bekas kekasih Rohana turut memetik beberapa nama lain.
Leissner turut mengakui membelikan bekas kekasihnya itu rumah pada 2013 selepas Rohana dakwanya mengancam mendedahkan penglibatannya dalam 1MDB.
Leissner mengaku bersalah pada 2018 kerana terlibat dalam pelanggaran undang-undang antirasuah Amerika Syarikat dan konspirasi pengubahan wang.
-AstroAwani

Jumaat, 25 Februari 2022

Najib tak tahu laporan Bank Negara mengenai suami Zeti

 

 Bekas perdana menteri Najib Razak berkata dia tidak tahu-menahu mengenai sebarang laporan maklumat yang dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) melibatkan suami kepada bekas gabenor bank pusat berkenaan.

“Pada masa itu saya masih perdana menteri tetapi bekas gabenor tersebut, BNM atau ada mana-mana agensi kerajaan tidak pernah memaklumkan perkara ini kepada saya.

“Pihak saya hanya menyedari perkara ini pada akhir 2020 setelah surat akuan bersumpah ahli-ahli keluarga gabenor tersebut kepada polis Singapura mula terbongkar dan menjadi tular,” kata Najib di Facebooknya.

Najib merujuk kepada kenyataan BNM semalam bahawa ia ada menerima maklumat daripada unit perisikan kewangan asing berkaitan dengan akaun milik suami kepada mantan gabenor.

Ekoran daripada itu, BNM berkata mereka memberikan maklumat kepada “agensi penguatkuasaan undang-undang” berkaitan - yang tidak dinamakan - pada April 2016, selaras Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada masa itu, Najib ialah perdana menteri dan menteri kewangan, manakala Zeti Akhtar Aziz pula merupakan gabenor BNM sehingga 30 April 2016.
Tim Leissner

Pada 22 Feb, bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner, memberitahu sebuah mahkamah di New York bahawa dia dimaklumkan oleh bekas pekerja bawahannya yang suami Zeti telah “dirasuah”.

“Rasuah” berkenaan, menurut pemahaman Leissner, membolehkan 1MDB memindahkan AS$1 bilion ke luar negara pada 2009 untuk apa yang dikatakan sebagai usahasama PetroSaudi-1MDB.

Leissner berkata dia tidak mengetahui apakah benar-benar ada sebarang pembayaran rasuah dibuat.

Dia memberi keterangan sebagai saksi utama dalam perbicaraan jenayah membabitkan bekas ketua perbankan pelaburan Goldman Sachs Malaysia, Roger Ng.

Tidak ada maklumat

Keterangan ahli perbankan pada 22 Feb itu menyaksikan dia menamakan Zeti dua kali, tetapi bukan suami bekas gabenor BNM berkenaan, Tawfiq Ayman.

Dalam satu kenyataan hari ini, Tawfiq berkata dia tidak pernah menerima rasuah sepanjang hidupnya, serta tidak pernah mengenali Leissner mahupun Ng.

Najib turut mempersoalkan jika benar BNM ada memberikan maklumat mengenai suami bekas gabenor BNM itu, maka itu bererti kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) juga patut tahu mengenainya.

“[...] bekas Gabenor ini yang juga merupakan antara saksi-saksi penting dan memainkan peranan yang amat penting dalam kes-kes mahkamah SRC dan 1MDB saya.

“Jadi, kenapa pula pihak pendakwa raya tidak pernah menyalurkan maklumat ini kepada barisan peguam pertahanan saya untuk saya bela diri?” soal Najib.

Dakwanya ahli parlimen Pekan itu lagi, pihak pendakwaan bahkan mendakwa mereka tidak mempunyai maklumat berhubung bekas gabenor berkenaan.

(Mk)

Khamis, 24 Februari 2022

Era baharu politik sukarkan parti menang majoriti dua pertiga

 Pengundi kini bijak memilih pemimpin yang  mereka inginkan untuk mewakili suara rakyat. - Foto hiasan

Pengundi kini bijak memilih pemimpin yang mereka inginkan untuk mewakili suara rakyat. - Foto hiasan

Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai pada 13 September 2021 antara pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan adalah langkah baik, satu langkah musyawarah merentas parti, berbincang untuk kepentingan awam, rakyat serta negara.

MoU berkenaan yang dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan PH itu merangkumi enam perkara termasuk Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran, serta Pembaharuan Parlimen.

Tiga lagi adalah Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Walaupun begitu, pada akhirnya rakyat juga akan membuat keputusan melalui peti undi. Kehendak rakyat wajib dihormati dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), banyak pihak berpendapat tidak akan ada perikatan parti politik atau satu politik mampu menang majoriti mudah seperti dulu.

Ia membawa maksud tiada pihak akan menang secara bersendirian namun ini bukan sesuatu yang buruk dan bukan juga sesuatu yang membawa kepada ketidakstabilan.

Mungkin itu satu norma baharu yang kita perlu pelajari dan terima dengan hati terbuka, kerana apabila tidak ada satu parti mempunyai majoriti yang cukup, mereka tidak boleh memerintah sendiri.

Ini bermakna mereka parti yang menang tadi akan berunding, berbincang, berkompromi dan mencari persefahaman yang terbaik untuk cuba membentuk kerajaan.

Perkara ini tidak semestinya buruk. Ia buruk hanya apabila ada wakil rakyat melompat ke sana sini. Akan tetapi bila Akta Anti-Lompat Parti diluluskan di Parlimen nanti, masalah ini dijangka selesai.

Apabila tidak ada satu parti mendominasi kerusi majoriti maka itu sesuatu yang bagus kerana pemimpinnya akan berusaha untuk berkompromi dengan parti lain.

Jika sesuatu parti mendapat majoriti dua pertiga, dibimbangi ia akan kurang peka kepada suara rakyat, malah kadang-kadang bongkak dengan mandat besar itu.

Bagaimanapun, dalam PRN Melaka dan PRN Sarawak yang lalu, disebabkan kelemahan parti pembangkang, parti kerajaan menang lebih dua pertiga kerusi. Ia perlu dihormati kerana itu keputusan pengundi.

Kita perlu menghormati pilihan pengundi yang mungkin sudah jemu dengan politiking berlebihan tetapi kecenderungan begini tidak semestinya akan berterusan di negeri lain atau di peringkat nasional.

Namun, dalam sesetengah amalan demokrasi ada peruntukan jika rakyat tidak senang dengan wakil rakyat, mereka berhak meminta wakil rakyat 'turun' dengan membuat petisyen dan sebagainya.

Apa lagi dalam suasana pilihan raya sekarang ini, yang mana tidak membenarkan berkempen seperti biasa, maka orang ramai mula menggunakan bermacam-macam cara untuk berpolitik terutama menerusi media sosial.

Perkara baharu ini yang membangkitkan semangat mahu didengar rakyat sekarang dan sebagai sesuatu yang baik tetapi malangnya 'kerajaan lama' melihat ini sebagai satu cabaran kepada mereka.

Setakat ini sejak Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri, dapat dilihat beliau tidak banyak politiking dan ini sesuatu yang baik kerana menunjukkan pemimpin dan rakyat fokus kepada kerja mereka.

MoU antara pemimpin PH dan kerajaan adalah suatu langkah baik kerana ia menunjukkan ahli politik sanggup bekerjasama untuk rakyat.

Dalam PRU-15 kelak, kita tidak pasti apakah akan ada parti politik mendapat mandat untuk memerintah secara sendirian tetapi ketiadaan mandat kukuh bukan sesuatu yang buruk.

Ini kerana mereka akhirnya terpaksa bekerjasama selepas PRU untuk membentuk pakatan selepas proses tawar-menawar yang baik untuk semua pihak.

Pemimpin yang tidak mempunyai kuasa authoritarian akan disukai rakyat. Demokrasi kita akan sihat apabila rakyat sedar kuasa yang mereka ada. Rakyat adalah 'kerajaan' yang sebenarnya, bukan Perdana Menteri, Ketua Menteri atau menteri.

Penulis adalah Penyandang Kursi Penyelidikan Tan Sri Empiang Jabu (TSEJRC) Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM)

-BH Online

Rabu, 23 Februari 2022

‘Bayangkan pemimpin bogel, kencing depan orang, nak malu apa?’ Mahathir sindir Najib


 Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Dr Mahathir Mohamad berkata Najib Razak telah membawa "budaya tidak malu” melalui slogannya Malu Apa Bosku.

Menyindir musuh politiknya itu, Mahathir memberikan contoh ekstrim pemimpin negara berbogel dan kencing di khalayak awam ketika kawad hormat ketika sambutan rasmi pemimpin asing.

“Kita sudah terpesong oleh satu hujah dibawa parti lawan, iaitu BN, Najib, yang berkata bahawa kita tak perlu malu. ‘Apa nak malu? Yang melakukan ini ialah pemimpin kita, dan pemimpin kita ini adalah Melayu-Islam. Tak perlu malu’.

“Kalau dia curi duit atau ayam, kita tak akan anggap ini kesalahan kerana ini bukan sesuatu yang memalukan kita, tapi fikirkanlah, satu hari kita nak terima pelawat dari negara luar - pemimpin, presiden atau raja. Bila sampai Malaysia, kita mesti ada barisan kehormatan. 

“[...] (Barisan itu) datang dengan seragam lengkap, berpingat berselempang, tetapi pemimpin kita berbogel, cuma pakai kopiah sahaja. Kenapa bogel? ‘Apa nak malu? Pemimpin kita, bogel tak apalah’.  

“Pemimpin bogel kita berkawad dengan pelawat asing memeriksa barisan kehormatan, sampai separuh jalan kena hormat bendera. Entah macam mana, pemimpin bogel ini nak terkencing. ‘Apa nak malu, kencinglah’.

“Jadi sambil orang asing ini hormat bendera kita, pemimpin kita kencing. Sambil berdiri bogel kencing. ‘Nak malu apa? Pasal ini (kan) pemimpin kita’,” katanya. 

Kata Mahathir, itulah budaya yang dibawa oleh Najib yang mahu dibanteras Pejuang. 

Dia berkata demikian selepas pelancaran manifesto parti itu di Putrajaya yang dinamakan Aspirasi Pejuang Johor untuk PRN negeri itu, antara lain untuk mengembalikan budaya hormat dan tidak memalukan, serta menolak rasuah. 

-malaysiakini