"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Isnin, 7 Februari 2022

11,034 kes: Covid-19 terus melonjak hari ini

 


Kes Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan iaitu 11,034 kes berbanding semalam 10,089.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, perkembangan itu menyaksikan jumlah kumulatif sebanyak 2,925,254 kes.

Semalam, kes harian Covid-19 terus melonjak kepada 10,089 kes berbanding 9,117 pada Sabtu, sekali gus mencatatkan kes harian tertinggi dilaporkan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilonggarkan bermula Oktober tahun lalu. – UTUSAN

Pengajaran Dari Adik Rayyan Morocco

1. Syurga itu mahal. Ia untuk mereka yang kuat sahaja. Budak kecil, tiada kekuatan, tiada akal fikiran waras, diuji Allah terperangkap selama 5 hari di dalam pergi sempit sedalam 30 meter. Anak yang tak punya dosa pun perlu melalui ujian berat ini untuk ke syurga. Maka apatah lagi kita yang dewasa. Harus lebih kuat, jangan terperangkap dengan nafsu dan syaitan.


2. Mati itu benar. Seluruh dunia datang menyelamatkan, mendoakan, memberikan bantuan, namun jika sampai masanya, tiada siapa mampu menghalangnya.


3. Kasih sayang itu benar. Ia merentasi agama, bangsa dan negara. Semua berhimpun atas nama kasih sayang. Itu semua rahmat dari Allah. Allah kurniakan sedikit kepada kita atas dunia, dan disimpankan sebanyak-banyaknya kasih sayangNya untuk dirasai di hari akhirat.


4. Nyawa seorang manusia tiada ternilai harganya. Surah AlMaidah ayat 32, sesiapa yang telah membunuh seorang manusia tanpa sebab bererti telah membunuh sekalian manusia, sesiapa yang telah menyelamatkan seorang manusia, bererti telah menyelamatkan seluruh ummat manusia. Semoga Allah merahmati semua pasukan penyelamat.


5. Usaha itu benar, hasil itu serah pada Allah. Walaupun usaha menyelamatkan Rayyan itu sukar, terpaksa mengorek tanah berbatu, bukan tanah gambut seperti Malaysia, buat terowong, hulurkan tali, hantarkan camera, hantarkan makanan, kemudian dapat diselamatkan, namun akhirnya adik Rayyan meninggal dunia selepas 20 minit diselamatkan. Kalau tahu meninggal, buat apa bersusah payah selamatkan? Tapi kita tak pegang macam tu. Kita pegang pada usaha. 


6. Amalan tersembunyi itu benar. Tiada siapa kenal ibu bapa Rayyan sebelum ini. Namun sekelip mata, ibu bapa Rayyan diangkat Allah. Mari kita ingati semula pesanan Nabi Muhammad S.A.W, ada 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari akhirat, salah satunya manusia yang mengingati Allah secara bersendiri hingga mengalirkan air mata. Amalan tersembunyi nampak kecil, namun impaknya besar. Masih ingat lagi arwah Ammar yang meninggal di Turki? Masih ingat lagi arwah Abam? Ingat lagi arwah Siti Sarah? Satu satu kebaikan mereka terungkit selepas mati. Apakah amalan tersembunyi mereka? Apakah amalan tersembunyi ibu bapa Rayyan? Ahh itu tak penting, apakah amalan tersembunyi kita?


Wallahuaklam.


Semoga Allah ampunkan kita. Masukkan kita ke dalam syurga dan menjauhkan kita dari api neraka.


Che Mat

Ahad, 6 Februari 2022

Pak belang dipercayai sesat dari hutan simpan

 

Tangkap layar rakaman memaparkan seekor harimau belang di satu kawasan semak yang berbukit di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

IPOH – Orang ramai khususnya pengguna Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dinasihatkan tidak membuat sebarang provokasi sekiranya terserempak dengan harimau.

Tindakan membunyikan hon hingga mengejutkan haiwan itu selain turun dari kenderaan dikhuatiri boleh mengundang kejadian tidak diingini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, begitu juga jika cuba membaling objek ke arah harimau tersebut.

Haiwan pemangsa itu kemungkinan tersesat di kawasan berkenaan ekoran mengejar haiwan buruan.

“Harimau belang yang dilaporkan ditemui orang awam di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat sini, dipercayai dari hutan simpan berhampiran,” katanya ketika dihubungi.

Tinjauan telah dilakukan anggota Perhilitan di lokasi penemuan haiwan liar itu, namun harimau tersebut tidak kelihatan dipercayai telah masuk ke hutan simpan berkenaan.

“Kita akan membuat pemantauan daripada semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan orang ramai dan keselamatan harimau itu sendiri,” katanya.- K! ONLINE

KOLEKSI RESEPI: WAJIK TURUN TEMURUN (PULUT KACAU )

 WAJIK TURUN TEMURUN (PULUT KACAU )



💄BAHAN - BAHAN


❤1kg beras pulut

❤1kg gula merah

❤2 cawan gula putih

❤Santan secukup lemak

(selalu saya buat sukatan 1kg pulut, santan dalam 1/2kg lebih sikit)

❤Daun pandan


💄Cara-cara

👉🏻Beras pulut direndam 4-5jam

Dan kukus spt biasa kemudian sejukkan


👉🏻Masak gula merah dan tapis dahulu

👉🏻kemudian masukkan gula putih

👉🏻 Masukkan santan & daun pandan


💄Masak sehingga agak-agak nak pekat (jgn pekat sgt) dan masukkan pulut yg dikukus asing tadi


👉🏻 Kemudian kacau lagi sehingga agak2 pekat likat

(mcm meletop2 gitu 😆)


💄Jgn terlalu pekat atau terlalu lembik


💄Tutup api dan masukkan dalam bekas


Siap!

.

Kredit resepi ini kpd Fyza Eky

Tragedi Rayan: Kanak-kanak itu ditemukan tidak bernyawa

Pasukan penyelamat membawa masuk Rayan ke dalam ambulans selepas berjaya mengeluarkan mangsa yang terjatuh di dalam perigi sedalam 32 meter. FOTO AFP
Pasukan penyelamat membawa masuk Rayan ke dalam ambulans selepas berjaya mengeluarkan mangsa yang terjatuh di dalam perigi sedalam 32 meter. FOTO AFP

IGHRANE: Rayan Oram, kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh dan terperangkap di dalam perigi sedalam 32 meter ditemui dalam keadaan tidak bernyawa oleh pasukan penyelamat Maghribi, hari ini.

Kanak-kanak malang itu terjatuh ke dalam terowong berkenaan sejak lima hari lalu, memaksa pasukan penyelamat bertungkus-lumus menjalankan operasi menyelamat namun ia berakhir dengan menyayat hati.

Kematian Rayan disahkan susulan kenyataan dikeluarkan pihak Raja Maghribi, Raja Mohammed VI yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

 Susulan kemalangan tragis mengorbankan nyawa kanak-kanak, Rayan Oram, Raja Mohammed VI memanggil ibu bapa kanak-kanak itu yang maut selepas terjatuh ke dalam perigi," menurut kenyataan terbabit.

Rayan jatuh ke dalam perigi kosong sedalam 32 meter di kampung Ighrane yang terpencil di wilayah Chefchaouen, Selasa lalu.

Terdahulu, pasukan penyelamat dilaporkan berjaya mengeluarkan mangsa dari perigi terbabit pada waktu malam selepas melakukan penggalian sejak beberapa hari lalu.

Ibu bapa kanak-kanak itu turut dilihat menuruni cerun digali pasukan penyelamat sebelum kembali ke permukaan dan menaiki ambulans sehingga menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai yang menantikan perkembangan operasi berkenaan.

Susulan itu, orang ramai yang menanti perkembangan operasi terbabit dilihat mula bersurai. Tiada kenyataan rasmi dikeluarkan sehingga media tempatan melaporkan kenyataan pihak istana.

Sepanjang operasi menyelamatkan Rayan, pihak berkuasa sebelum ini menyatakan mereka tidak dapat menentukan nasib kanak-kanak malang terbabit.

Rayan dilaporkan terjatuh dalam perigi berkenaan pada petang Selasa lalu, yang mana insiden itu mengundang simpati masyarakat Maghribi dan dunia keseluruhannya.

Perigi hanya seluas 45 sentimeter itu terlalu sempit untuk penyelamat turun menyelamatkan kanak-kanak itu dan meluaskannya terlalu berisiko, sekali gus jentera membuat cerun ke dalam bukit untuk menyelamatkan kanak-kanak itu dari bahagian tepi.

Operasi itu menjadi bertambah rumit disebabkan campuran pelbagai jenis batu dan tanah berpasir, sekali gus meningkatkan risiko tanah runtuh.

Sepanjang operasi menyelamatkan kanak-kanak terbabit, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan jentera bagi menggali lubang berhampiran perigi sebelum mengorek terowong untuk sampai ke lokasi mangsa.

Usaha itu terpaksa dilakukan secara berhati-hati bagi mengelakkan sebarang gegaran yang mungkin menyebabkan runtuhan. - AFP

Sabtu, 5 Februari 2022

AFCON:3 Penalti Cameroon Tak masuk,Mesir Bertemu Senegal Di Final

 


Mesir telah berjaya mara ke final Piala Negara-Negara Afrika selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Cameroon menerusi penentuan sepakan penalti.

Mohamed Salah akan berdepan dengan rakan dan gandingan terbaiknya di Liverpool iaitu Sadio Mane yang akan mengetuai serangan Senegal pada aksi final.

Perlawanan di antara Mesir dan Cameroon benar benar sukar. Kedua dua pasukan bertahan dengan baik membuatkan sangat sukar untuk melihat penyerang mencipta peluang.

Peluang terbaik Mesir sebenarnya hadir pada masa ekstra apabila Ramadan Sobhi melepasi pertahanan lawan dan kemudian meleretkan bola melintasi gawang Cameroon. Namun tidak seorang pun pemain Mesir yang menyentuh bola tersebut.

Pengurus Mesir, Carlos Queiroz dilayangkan kad merah oleh pengadil selepas membantah mutu pengadilan.


Perlawanan 120 minit berakhir dengan tanpa jaringan. Di mana kedua dua pasukan melalui masa ekstra 30 minit dengan keadaan kurang bermaya kerana keletihan.

Dalam aksi penentuan penalti, pasukan tuan rumah menerima sokongan daripada seluruh stadium. Namun Cameroon secara mengejutkan terlepas tiga sepakan penalti. Hanya penalti pertama menerusi Vincent Aboubakar sahaja yang masuk.

Dan 3 penalti seterusnya adalah tidak masuk. Dua diselamatkan oleh penjaga gol dan 1 lagi tersasar jauh.

Ketiga-tiga pelaksana penalti Mesir iaitu Zizo, Abdelmonem dan Lasheen menjaringkan penalti mereka untuk memastikan Mesir mara selepas menang 3-1 dalam penentuan penaltio. Bintang utama Mesir, Mohamed Salah tidak perlu mengambilnya.

Nama penjaga gol sandaran pasukan Mesir, Gabaski terus menjadi bualan. Beliau sebelum ini hadir sebagai penjaga gol pilihan kedua. Masuk ketika minit akhir aksi berdepan Ivory Coast dan menyelamatkan penalti Eric Bailly dalam penentuan penalti.

Dan kali ini beliau berjaya menyelamatkan 2 lagi penalti dalam penentuan penalti.

Mohamed Salah dan Sadio Mane akan berentap di final bersama sama dengan rakan rakannya yang lain. Salah sebelum ini sudah menyatakan bahawa, Piala Afrika ini sangat bermakna dirinya, dan beliau mahu menghadiahkannya kepada negaranya.

Senegal dan Mesir masing masing menjadi naib juara dalam 2 edisi sebelum ini. Di mana pada 2017, Mesir tewas di tangan Cameroon. Dan pada 2019, Senegal tewas di tangan Algeria.

-vocketfc.com

01:00
Mohamed Salah akan berdepan dengan rakan dan gandingan terbaiknya di Liverpool iaitu Sadio Mane yang akan mengetuai serangan Senegal pada aksi finaPerlawanan di antara Mesir dan Cameroon benar benar sukar. Kedua dua pasukan bertahan dengan baik membuatkan sangat sukar untuk melihat penyerang mencipta peluang.

Real Bukan Scammer: Ini teknik buat duit RM500 sehari hanya guna aplikasi MAE Maybank2u


Ini teknik buat duit RM500 sehari hanya guna aplikasi MAE Maybank2u.Sebuah aplikasi yang dipanggil sebagai MAE dari Maybank2u telah diwujudkan dan boleh digunakan melalui telefon pintar anda.

Pendaftarannya tersangatlah mudah.

Setiap transaksi pembayaran hanya menggunakan Maybank QRPay sahaja di hampir semua kedai di Malaysia.

Kempen terbaru terkini, anda akan mendapat percuma RM8 setelah mengajak kawan-kawan anda memuatturun applikasi ini.

Rembat je peluang ni. Sapa nak bagi duit percuma ni?

 Isi Kandungan hide

1. Bagaimana Cara Daftar MAE Maybank Untuk Dapatkan RM8 PERCUMA
2. Apakah Kelebihan MAE Online?
3. Maklumat Lanjut
Bagaimana Cara Daftar MAE Maybank Untuk Dapatkan RM8 PERCUMA
Kempen ini berjalan seperti biasa buat sesiapa yang berminat iaitu buat Refer, Rewards, Repeat. Meskipun anda yang memuat turun dari referal code kawan anda, anda juga akan meraih jumlah yang sama dan boleh memberikan referal code tersendiri kepada orang lain dan meraih RM8 setiap seorang.

Ini teknik buat duit RM500 sehari hanya guna aplikasi MAE Maybank2u

Download apps Maybank MAE di Google Play atau Apps Store
Tekan Log in Now
Pilih “Existing M2U/ MAE user” (pengguna sedia ada) atau No Account? bagi yang belum ada akaun.
Masukkan Referral Code MMD0507 untuk claim RM8 PERCUMA!
Selesai register, korang akan RM8 dalam bank korang.
Jangan khuatir. Applikasi ini adalah applikasi rasmi ciptaan Maybank sendiri. Tiada unsur scammer.

Apakah Kelebihan MAE Online?
Antara kelebihannya ialah anda boleh kawal perbelanjaan anda, terima kad debit MAE yang baru, tempah tiket wayang secara online dan banyak lagi.

Melalui applikasi ini juga anda akan mendapat tawaran cabutan bertuah dan menyertai pertandingan yang diadakan Maybank itu sendiri.

Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian khidmat pelanggan di :

1-300-88-6688

-Info Rakyat

PENGUNDI 18 TAHUN AKAN MENGUBAH LANSKAP POLITIK NEGARA?

 

JUTAAN pengundi 18 akan menyertai PRU-15 akan datang. Di PRN Johor sahaja, dianggarkan berjumlah 170 ribu daripada 740 ribu pengundi yang pertama kali mendaftar sebagai pengundi.

Tiada mana-mana pihak yang boleh mengenal pasti atau cam ke arah mana kah mereka ini memberikan hak mengundi mereka.

Jika lah, PRN ini tidak dikekangi dengan SOP ketat, kerana ancaman virus Covid-19, sudah tentu, mereka ini akan turun “full force” keluar mengundi, kerana keterujaan selain sifat semulajadi pada golongan ini bersifat pro aktif atau agresif pada sesuatu yang baharu.

Pada PRN Johor yang belum ditentukan, seramai 2.57 juta pengundi berdaftar akan menentukan parti mana diberi mandat untuk memerintah Johor.

Barisan Nasional (BN) adalah parti yang awal-awal lagi begitu yakin bukan sahaja menang akan tetapi menang besar. Ramai pemimpin Umno, mahu menjadikan PRN Johor menguburkan Bersatu, agar pada PRU-15 peringkat parlimen, memberi laluan mudah bagi parti itu menguasai semula politik tanah air.

Jika diteliti, hujah-hujah sebahagian pemimpin Umno, khususnya kluster kalah pada PRU-14 semenjak mendapat sambungan nyawa menjadi kerajaan kerana tindakan Bersatu yang menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan tumbang, Bersatu adalah musuh utama dalam politik, bukan PH yang jelas mempunyai rekod menumbangkan parti itu bersama BN pada PRU-14.

Bersatu dijadikan musuh utama, atas sebab ketegasan para pemimpin parti itu berkaitan dengan RULE OF LAW, ketegasan berkaitan integriti, ketegasan berkaitan dengan pemimpin terkait isu moral atau jenayah kleptokrasi atau secara sempitnya, pemimpin yang termasuk dalam kluster mahkamah.

Keyakinan Umno menang besar, kerana berpandukan pada keputusan PRN Melaka. Kemenangan Umno dan BN pada PRN tersebut, kerana atas ikhsan rendahnya peratusan pengundi impak pengundi pasif atau atas pagar tidak merisikokan diri mereka keluar mengundi atas faktor Covid-19, selain SOP yang ketat.

Pada PRN Johor kebarangkalian trend yang sama berlaku, apa tah lagi dengan adanya ancaman varian baharu- OMICRON.

Sesebuah pilihanraya yang diadakan dalam keadaan yang tidak kondusif, sehinggakan mempengaruhi jumlah pengundi yang keluar mengundi, memberi kelebihan pada parti yang mempunyai penyokong tegar dan ahli yang ramai. Dalam konteks semua parti, hanya Umno selesa dengan faktor sedemikian, kerana parti itu selain parti tertua dalam negara, akan tetapi telah menjadi tulang belakang kerajaan sejak merdeka.

Di Peringkat Persekutuan, hanya pada tahun 2018 Umno kehilangan kuasa, walaupun hilang kuasa di Kelantan sejak tahun 1990 dan Selangor bermula tahun 2008.

Pada PRU-14, negeri di mana Umno dilahirkan-Johor turut tumbang. PRN berasingan pada kali ini, ada lah usaha parti itu mengembalikan penguasaan parti itu. Namun, usaha itu tidak mudah menjadi realiti, kerana senario yang berubah, impak penyertaan pengundi muda termasuk pengundi 18.

Mata semua tertumpu pada pengundi baharu, kerana mereka ini boleh menjadi pemangkin berubahnya lanskap politik negara.

-Apa Yang Tersirat

Tragedi Rayan: Doakan agar Rayan dapat diselamatkan segera.

Doakan agar Rayan dapat diselamatkan segera.


Pasukan Penyelamat di Maghribi ketika ini sedang berusaha menyelamatkan seorang budak lelaki berumur 5 tahun bernama Rayan yang terperangkap selama 3 hari setelah terjatuh ke dalam perigi sedalam 32 meter 


Kisah ini pada kala ini (5 Feb 2022) telah menjadi tajuk dan peristiwa besar di Maghribi (Morocco). Malah liputan mengenainya telah tersebar luas ke seluruh Afrika Utara dan Eropah. Ianya adalah mengenai seorang budak yang baru berusia lima tahun yang bernama Rayan. 

Pada 1 Feb 2022 yang lepas, Rayan mengikuti bapanya untuk membaik pulih sebuah perigi kering berdekatan rumahnya. Pada ketika bapanya sedang sibuk, Rayan berkemungkinan bermain-main di sekitar perigi tersebut. Setelah beberapa ketika bapanya mula sedar, anaknya Rayan hilang. 


Setelah puas mencari, baru tersedar yang anaknya telah terjatuh ke dalam perigi kering itu. Bapa Rayan kemudiannya meminta penduduk kampung datang membantu tetapi terdapat masalah. Jika kita lihat pada draf di bawah, kedalaman tempat Rayan terjatuh melebihi 30 meter. 

Dah pulak tu, lubang perigi hanya berukur lilit 25 sentimeter lebar sahaja. Tidak cukup dengan itu, semakin dalam, lubangnya semakin sempit. Segala input ini telah dicerap oleh pasukan bantuan dari pelbagai agensi yang datang kemudiannya untuk membantu mengeluarkan Rayan. 


Walau bagaimanapun, pihak penyelamat telah mengesahkan bahawa Rayan masih hidup di bawah sana. Corong oksigen, lampu, air minuman dan makanan serta kamera telah dihulurkan ke bawah. Mereka kini dapat mengawasi keadaan Rayan, tengok Rayan kat dalam lubang tu sorang-sorang, sebak saya. 


Pihak penyelamat telah mencuba pelbagai teori, salah satunya ialah untuk menghantar seseorang untuk membawa Rayan naik ke atas menggunakan tali. Tetapi disebabkan lubang perigi yang semakin mengecil ke bawah, ianya adalah sesuatu yang mustahil. 

Dan kini mereka menggunakan method seperti yang dapat kita lihat seperti di dalam gambar yang paling kanan sekali di bawah itu. Mereka menggali keseluruhan tanah untuk sampai ke tempat di mana Rayan berada. Bermakna, mereka menggali bertan-tan tanah sedalam 30 meter lebih daripada sisi. 


Satu yang merisaukan mereka, semakin dekat dengan Rayan, semakin tinggi risiko tanah runtuh. Kalau mengikut keadaan mereka semasa artikel ini ditulis, hanya beberapa meter sahaja lagi penggalian dari sisi akan sampai ke tempat di mana Rayan berada. 

Diharap, Rayan akan dapat diselamatkan. Helikopter telah tersedia menanti di lokasi ini untuk membawa Rayan ke hospital jika segalanya berjalan lancar. Sama-samalah kita berdoa untuk keselamatan kanak-kanak kecil ini. 


Air dan oksigen berjaya disalurkan menerusi paip.

Penggalian perigi masih diteruskan pasukan penyelamat.

Kita doakan moga pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan Rayan.

#SaveRayan sedang viral di Maghribi ketika ini

Sumber: Mohd Aznam Abdul Rahman 

                Zulhafidz Yahaya


MalDef

Suami isteri hampir ditangkap basah, gara-gara tiada kad nikah

 

Faridah Salleh berkongsi pengalamannya apabila hampir ditangkap basah ketika menginap di sebuah hotel di Johor kerana gagal melampirkan bukti sah perkahwinannya.

PETALING JAYA – Gara-gara gagal melampirkan bukti nikah, sepasang suami isteri hampir ditangkap basah oleh pasukan pegawai jabatan agama islam.
Pengalaman mendebarkan ini dikongsikan Faridah Salleh menerusi hantaran di laman Facebook miliknya kelmarin.
Katanya, baru-baru ini dia dan suami menginap di sebuah hotel di Johor atas urusan kerja yang perlu diselesaikan.

Kemudian, pada malam tersebut selepas dia pulang dari berjumpa dengan kenalan lama sekitar pukul 12.45 tengah malam, dia dikejutkan dengan ketukan pintu.

“Saya naik ke bilik pukul 12.15 tengah malam, kemudian selang 30 minit, pintu bilik diketuk, ingatkan suami balik tapi dengar suara berbeza.

“Pergi ke pintu tanya banyak kali, katanya dari pejabat agama,” katanya.

Tambah Faridah, dalam keadaan cemas, dia meminta kebenaran untuk menyarung tudung terlebih dahulu dan meminta agar pegawai perempuan turut berada di hadapan pintu biliknya.

“Dengar perkataan pejabat agama terus menggigil.

“Pegawai wanita masuk dan periksa bilik serta mengambil kad pengenalan serta keterangan daripada saya.

Menurutnya, dia agak ketakutan apabila pihak jabatan agama membuat pemeriksaan dan mujurlah ketika itu, suaminya tidak berada bersama di bilik hotel kerana mempunyai urusan luar.

“Alhamdulillah, Allah tutup aib kami.

“Saya dan suami langsung tidak ada kad nikah walaupun usia perkahwinan kami sudah 23 tahun, kerana pada awalnya dulu, kami anggap ia tidak penting dan sebenarnya kad nikah adalah keperluan utama buat setiap pasangan berkahwin,” ujarnya.

Katanya lagi, sekiranya dia sedang berdua-duaan di dalam bilik bersama suami, besar kemungkinan mereka ibarat ditangkap basah dan bakal dibawa ke pejabat agama kerana gagal melampirkan bukti perkahwinan sebagai suami isteri yang sah.

“Namun Allah tutup aib kami suami isteri, suami pun balik lewat, lagi pun, sijil nikah pun tertinggal di rumah, memang kalut waktu itu,” jelasnya.

Sehubungan itu, Faridah turut memberikan pesanan dan mengajak pasangan berkahwin di luar sana agar segera membuat permohonan memiliki kad nikah kerana ia penting sebagai bukti perkahwinan yang sah.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai juga seperti baru tahu akan kepentingan memiliki kad nikah.

Ada pengguna yang sudah mempunyai anak, tetapi masih tidak mempunyai kad nikah kerana beranggapan sijil perkahwinan sudah cukup untuk membuktikan status suami isteri.

“Alhamdulillah pengalaman itu kak, kami pun tidak ada kad nikah dan jarang bawa sijil apabila keluar, tapi mujur anak-anak dah ada Mykid, selamat,” kata seorang pengguna,

Selain itu, seorang pengguna lain turut berkongsi pengalamannya yang selama ini langsung tidak mengambil kisah tentang kepentingan membuat permohonan kad nikah.

“Samalah dengan saya, saya buat mudah sahaja soal kad nikah, sebab zaman dulu ada sijil nikah sahaja, sebab itu tak ambil kisah. Terima kasih atas perkongsian dan ingatan, lepas ini nak ajak suami mohon kad nikah, risau kena macam akak pula nanti,” ujarnya. – K! ONLINE