"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Jumaat, 24 Disember 2021

Isu muntah paus:‘Saya tak pernah berangan hendak jadi jutawan’ -Aida Zurina

AIDA ZURINA menunjukkan ketulan batu berlilin yang ditemui di Marang, Terengganu pada bulan lalu.

 KEMAMAN – Pengusaha kedai makan yang menjumpai ketulan batu berlilin pada akhir bulan lalu akur dengan keputusan analisis dikeluarkan Jabatan Perikanan Terengganu yang mengesahkan objek itu bukan muntah ikan paus.

Begitupun, Aida Zurina Long, 41, bersedia untuk melakukan ujian semula bagi menentukan ketulenan objek tersebut sekiranya terdapat pakar-pakar lain yang berminat.

Saya bersedia untuk memberi sampel batuan berlilin ini kepada mana-mana pihak yang mahu mengujinya.

Saya bersedia untuk memberi sampel batuan berlilin ini kepada mana-mana pihak yang mahu mengujinya.-Kosmo

Enam tahun sekatil baru sedar isteri bekas ibu tiri

 

Lelaki berkenaan terpaksa menceraikan isterinya selepas mengetahui bahawa wanita itu pernah berkahwin dengan bapanya. – Getty

RIYADH – Seorang lelaki di  Arab Saudi terpaksa menceraikan isterinya yang telah dikahwini selama enam tahun selepas mendapat tahu bahawa wanita itu merupakan bekas ibu tirinya, lapor portal berita Wolipop semalam.

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu dilaporkan sebelum ini tidak pernah membawa isterinya berjumpa dengan kedua-dua ibu bapanya.

Bagaimanapun, rahsia bapanya yang pernah bernikah secara misyar dengan wanita tersebut akhirnya terbongkar ketika lelaki berkenaan membawanya pulang berjumpa dengan keluarga.

Bapanya yang terkejut melihat menantunya itu akhirnya terpaksa memberitahu bahawa dia pernah berkahwin dengan wanita berkenaan 10 tahun lalu menerusi pernikahan secara misyar dan telah pun berpisah.

Penasihat Mahkamah Diraja Arab Saudi dan ahli Majlis Ulama Kanan, Abdullah Al Mutlaq berkata, lelaki berkenaan terpaksa menceraikan isterinya selepas mengetahui perkara tersebut.

“Mereka juga telah dikurniakan seorang anak lelaki,” katanya.

Menurut laporan akhbar Gulf News, fatwa yang dikeluarkan adalah, lelaki tersebut perlu menceraikan isterinya kerana perkahwinan tersebut dianggap tidak sah. Anak mereka bagaimanapun diiktiraf sebagai anak sah taraf.

Perkahwinan misyar adalah sejenis pernikahan yang dilakukan semata-mata demi memenuhi tuntutan batin dengan isteri tidak boleh menuntut sebarang hak.

Kaedah itu menjadi pilihan bagi lelaki yang mahu mempunyai lebih daripada seorang isteri, namun enggan bertanggungjawab dari segi nafkah seperti tempat tinggal dan anak. – Agensi 

Khamis, 23 Disember 2021

Akhirnya Netizen Bongkar Gambar Dr Hanafi Dengan Isteri, Rupanya Ini Rupa Isteri Dia

 


Sejak dua hari lalu, tular mengenai nama Hanafi di media sosial. Ramai tertanya-tanya siapa Hanafi sehingga namanya menjadi bualan ramai netizen.

Malah, apa sahaja isu diperkatakan pasti ada netizen meninggalkan komen nama Hanafi. Tak pasal-pasal ramai Hanafi di Malaysia kena tempias.

Tidak kurang juga, hari ini tular perkongsian seorang wanita seolah mempertahankan ‘Hanafi’ dengan memuat naik 5 sebab kenapa ‘Hanafi’ curang.

Rupanya, baru-baru ini seorang wanita berjaya menangkap suaminya yang berlaku curang dengan wanita lain di rumah sewa mereka sebelum dia diceraikan.

Memetik laporan Kosmo, wanita itu meluahkan dia mula curiga dengan suaminya tiga hari sebelum kejadian berlaku pada 5 November lalu apabila suaminya sering memberi alasan bagi mengelak berjumpa dengannya.

Wanita itu berkata dia tergerak hati untuk memeriksa telefon suaminya dan lebih kecewa ada gambar dengan perempuan lain di dalam bilik tidur rumah sewa suaminya.

Kata wanita itu lagi, bekas suaminya ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk memohon maaf namun dia belum dapat menerima permohonan maaf tersebut.

Kisah tular ‘Hanafi’ itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar wanita itu tabah menempuhi dugaan.

Netizen Bongkar Gambar Kahwin Dr Hanapi Dengan Bekas Isteri. Ramai Yang Puji Bekas Isteri Cantik

Luluh hati seorang isteri yang mempunyai 1 orang anak bersama Bekas suami Dr Hanapi apabila beliau sendiri menangkap suaminya berdua-dua disebuah rumah sewa bersama perempuan lain. Kecewa Memang Kecewa.

Memang nama #drhanapi trending giler-giler 1-2 hari ni. dimana mana media sosial #drhanapicurang mesti ada.

Semasa admin merayau2 di facebook mencari bahan artikel, admin ternampak 1 post ada gambar Perkahwinan dr hanapi bersama bekas isteri. admin percaya post tu mesti dari Jurugambar semasa majlis perkahwinan mereka dahulu.

Netizen ni cepat betul buat kerja. Dari mata admin Bekas Isteri Dr hanafi ni da cukup cantik. bekerjaya pulak tu kan.

Amboi Dr Hanafi senyum sampai ke telinga

Admin sempat menjenguk di ruang komen. Rata2 memuji Bekas Isteri Dr Hanafi

Lawa Bini dia

Baru 3 Tahun Da Bosan Ke?

Jadi apa pendapat Korang. Usia perkahwinan baru 3-4tahun. Jadi Kes Mcm ni Da Bosan ke?

Terdahulu..

Lepas kant0i berduaan dalam rumah dengan sk4ndal, suami terus lafaz talak terhadap isterinya. Reaksi suami buat ramai rasa geram

Luluh hati sebagai seorang istri yang mempunyai 1 orang anak apabila beliau sendiri yang menangkap suaminya berdua duaan di sebuah rumah bersama perempuan lain. Dipercayai sudah lama menjalinkan hubungan dibelakangnya.

Satu video yang dimuatnaik oleh seorang wanita di sosial media yang berjaya membongkar hubungan sulit suaminya dengan seorang wanita yang dipercayai sudah lama menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan beliau.

Lelaki itu walau bagaimanapun melafazkan talak 1 terhadap istrinya pada masa dan tempat istrinya menangkap mereka berdua duaan di rumah tersebut.

Perkongsian itu mendapat lebih 200 ribu tontonan dan rata-rata netizen mengutuk tindakan si suami yang menjalinkan skandal di belakang istrinya.

Segalanya terbongkar….

Lagi Kes Curang Dalam Rumahtangga

‘Bila Tuhan nak tunjuk” Lelaki ini tidak sengaja ‘kantoikan’ isteri curang dalam rumah sendiri

“Allahuakbar.. Allahuakbar” kalimah Allah SWT diucapkan beberapa kali oleh lelaki ini apabila isteri dia sendiri ‘kantoi’ curang berdua duaan dengan lelaki lain. Satu rakaman video telah tular di media sosial dikatakan berlaku di salah sebuah taman perumahan di Melaka.

Hanya kerana tertinggal barang sebelum pergi berniaga, lelaki itu berpatah balik ke rumah dan waktu itu segalanya terbongkar.

Mungkin tidak mampu pendam emosi seorang diri, pendedahan mengenai kecurangan pasangan tidak pernah ‘sunyi’ daripada media sosial. Lebih menyakitkan hati apabila orang tersayang bertindak curang di depan mata!

Seorang pengguna Facebook, @Mohammad Hisham memuat naik video tersebut memaparkan lelaki tersebut mendakwa dia tertinggal barang dan berpatah semula ke rumah sebelum ternampak kejadian yang tidak diingini itu.

Rakaman berdurasi 44 saat itu turut kedengaran suaranya tercungap-cungap menahan marah yang berada di luar pagar rumah selain bertanya kepada isterinya jika wanita berkenaan melakukan hubungan mesra dengan orang lain.

“Saya tertinggal barang, saya patah balik. Macam ni Ya Allah Ya Tuhanku! Saya cari duit bang, macam ni dia balas. Pukul 3-4 pagi baru saya tidur. Allahuakbar,” luahnya kepada seorang lagi individu dipercayai jiran terdekat.

Reaksi warganet

“Golongan ni la yg akan makan daging busuk di hari kiamat kelak sedang daging bersih dan halal ad d depan mata..Nauzubillahminzalik, semoga dijauhkan dari perkara2 yang x diingini”

“Sabar abang… Sy dapat rasa sakit nya hati abang macam mne… Sebb janda sy dulu pon sy kene sebijik macam abang ni… Sy keluar cari makan dia buat taik… Ehhh boleh pulak mak janda sy backup anak dia buat slah bukti semua ade.. dia pon dah ngaku memang tdo dengan orng lain.. mak dia backup lg anak dia yg salah bukan nak bg nasihat… Mak mertua ngn anak dia.. sama2 bangsad”

“Maaflahh, Kalau aku lahh, Buat kenduri Arwah dahh kat situu…Polis datang buat tahlil jer,, Ex sundal akuu buat mcm tu pon dulu²,Aku dah terbangkan parang 2kaki…inikan pula Bini…Jangan buat main² oii… Panasss sialll, I feel you bro”

Salinan Report Polis

Sumber: limauasamboi & ASNsohor

Kredit: bermedia.bbn.my

Isu tular medsos: Kes rumah tangga kakitangan kesihatan disiasat

Seorang pegawai perubatan di sebuah klinik kesihatan sebuah daerah dipercayai di Mersing tular di media sosial.

 JOHOR BAHRU – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) sedang melakukan siasatan berhubung insiden membabitkan isu rumah tangga penjawat awam sebuah klinik kesihatan di negeri ini yang tular sejak kelmarin.

Pengarah JKNJ, Datuk Dr. Aman Rabu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum berhubung isu yang tular di media sosial berkaitan rumah tangga kakitangan sebuah klinik kesihatan.

“Perkara itu dianggap sebagai satu yang serius kerana ia melanggar Etika dan Integriti Penjawat Awam mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

“Sehubungan itu, JKNJ sedang menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut. Kita juga memandang berat tindakan yang diambil oleh pihak pengadu dalam menyebarkan isu berkenaan di media sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sejak kelmarin, isu membabitkan seorang pegawai perubatan di sebuah klinik kesihatan sebuah daerah dipercayai di Mersing tular di media sosial.

Ini susulan isterinya yang juga pegawai kesihatan mendedahkan kelakuan curang suaminya itu secara terbuka di media sosial.

Menerusi video yang tular itu, isteri kepada pegawai kesihatan berkenaan berjaya membongkar hubungan sulit suaminya dengan seorang wanita lain, sebelum dia mendakwa diceraikan di hadapan wanita yang menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.- K! ONLINE

Selasa, 21 Disember 2021

Hebattt: ‘Orang dah kebulur, duduk atas bumbung, menteri sempat buat majlis pelancaran?’

 

TANGKAP layar pelancaran sumbangan banjir oleh sebuah kementerian.

KUALA LUMPUR: Ketika ribuan mangsa banjir terkandas menunggu bantuan susulan banjir yang melanda, dilihat beberapa menteri dikecam netizen kerana membuat majlis yang berkaitan dengan banjir yang berlaku kini.

Salah seorang menteri itu sempat mengadakan upacara rasmi penubuhan skuad sukarelawan pasca banjir kementeriannya.

Tindakan tersebut dikecam netizen dengan menyifatkan menteri tersebut tidak sensitif dengan kesusahan yang dihadapi rakyat kini.

Hazwan Hasanudin di dalam media sosial Facebook mempersoal kualiti menteri di negara ini lemah dan lambat bertindak.

“Benda ‘basic’ pun tak boleh fikir. Orang semua pakat naik atas bumbung rumah dah. Macam ni je ‘level’ menteri kat Malaysia? Lemah,” tulisnya.

Seorang lagi netizen, Jamilah Malek turut meluahkan rasa kecewa dengan tindakan menteri tersebut yang sibuk membuat majlis pelancaran.

“Sempat lagi dia buat majlis pelancaran dengan tempah ‘backdrop’… (ketika) rakyat dah separuh nyawa dalam air, ada yang duduk atas bumbung,” luahnya.

Seorang lagi menteri dilihat turut mengadakan majlis sumbangan banjir Keluarga Malaysia.

Napsiah Khamis Maharan menerusi posting dalam Facebooknya berkata, adalah lebih baik kos mengadakan majlis itu disumbangkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan pada waktu ini.

“Nak bagi sumbangan pun kena buat dekat hotel pelancarannya, kos buat majlis ni lebih elok sumbang pada yang perlu.

“Sementara tunggu habis majlis, ada yang dah yang kebulur, ” katanya.-Utusan Online

‘Saya halalkan’, kata bos Mydin selepas cawangan di kawasan banjir dipecah masuk

 

Ameer Ali Mydin memaafkan individu yang memecah masuk cawangan Mydin di Sri Muda kerana niat mereka demi meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan lambat tiba. (Gambar Ihsan Penduduk)

PETALING JAYA: Pengarah Urusan Mydin, Ameer Ali Mydin menghalalkan tindakan individu yang memecah masuk cawangannya di kawasan banjir di Sri Muda, Shah Alam semalam.

Beliau berkata, kemaafan itu berdasarkan niat mangsa banjir memecah masuk kedainya untuk meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan lambat tiba dan bukan sebaliknya.

“Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri tersebut.

“Namun, dalam keadaan darurat, mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup,” katanya dalam kenyataan yang mendoakan mangsa banjir dalam keadaan selamat dan keadaan akan pulih secepat mungkin.

Ameer berkata, cawangan Mydin di Sri Muda mengalami kerugian jutaan ringgit akibat banjir yang melanda Jumaat lalu.

Sebelum ini, polis mengesahkan beberapa kedai serbaneka di Sri Muda, khususnya Seksyen 15 yang dilanda banjir kilat Jumaat lalu, dipecah masuk sekitar 1 tengah hari hingga 2 petang semalam.

Antara premis terbabit ialah Mydin, KK Mart, 7 Eleven dan Pasaraya Jimat.-FMT

Berpantang Maut Sebelum Ajal: Cucu diterbang ribut ditemui selamat

 SEORANG daripada dua cucu Clara Lutz yang terselamat daripada taufan. FOTO Agensi

SEORANG daripada dua cucu Clara Lutz yang terselamat daripada taufan. FOTO Agensi

Mayfield: Seorang nenek bersyukur selepas dipertemukan semula dengan cucunya yang 'diterbangkan' ribut di Kentucky, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Ketika kejadian, dua cucunya Kaden dan Dallas itu diletakkan di dalam tab mandi sebelum ribut memusnahkan rumah mereka.

Clara Lutz berkata kepada media tempatan, dia menjaga dua cucunya masing-masing berusia 15 bulan dan tiga bulan.

Sebelum kejadian dia mengetahui ribut mungkin akan membadai kawasan kediamannya lalu membuat persediaan awal.

Dia meletakkan cucunya bersama selimut di dalam tab mandi berkenaan agar mereka mudah diselamatkan kelak.

"Saya rasa gemuruh dan rumah bergegar selepas angin kuat mula membadai.

"Ketika itu, angin terus menerbangkan tab mandi bersama cucu walaupun saya cuba untuk memeluk tab itu.

"Saya tidak mampu menahan pukulan ribut berkenaan sehingga tab mandi itu diterbangkan," katanya seperti dilaporkan agensi berita WFIE.

Akibat kejadian itu juga rumahnya mengalami kerosakan teruk dan peralatan rumah bertebaran dibawa ribut.

Dalam keadaan cemas, Lutz yang turut cedera di kepala akibat dihempap tangki air bergegas mencari cucunya.

Dia tidak menghiraukan kesakitan dan hanya mahu mencari cucunya yang sudah hilang dari pandangan.

Tidak lama selepas itu, pegawai polis pergi mendapatkan Lutz dan membawa bersama dua cucunya yang ditemui di halaman rumah.

Bayi berkenaan dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

"Saya masuk ke kereta polis yang berada di hujung jalan dan tidak lama selepas itu mereka membawa cucu saya," katanya.

Mereka bertiga kemudian dibawa ke hospital untuk rawatan dan disahkan sihat tanpa komplikasi serius.-myMetro

Jawatan Kosong: Syarikat Air Perlis(SAP)

 


  • JAWATAN KOSONG YANG DITAWARKAN :

    EKSEKUTIF KONTRAK & UKUR BAHAN (Kontrak)

    EKSEKUTIF PENGUATKUASAAN (Kontrak)

    EKSEKUTIF TEKNOLOGI MAKLUMAT (Kontrak)

    EKSEKUTIF AKAUN (Kontrak)

    EKSEKUTIF PENGGUNA (Kontrak)

    EKSEKUTIF PENGURUSAN ASET (Kontrak)

    JURUTEKNIK AWAM (Kontrak)

    JURUTEKNIK ELEKTRIK (Kontrak)

    PEMBANTU OPERASI KEWANGAN (Kontrak)

    PEMBANTU OPERASI PENTADBIRAN (Kontrak)

    PEMBANTU OPERASI TEKNIKAL (Kontrak)

    TARIKH TUTUP : 14 JANUARI 2022

    *Sila Klik Disini untuk maklumat lanjut.

    Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:

    Unit Sumber Manusia
    Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd.
    d/a Kompleks Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis
    KM 3, Jalan Raja Syed Alwi,
    01000 Kangar, Perlis.

Ahad, 19 Disember 2021

Dakwa Banjir Berlaku Kerana Banyak Maksiat Di Selangor, Kenyataan Gadis Ini Undang Kemarahan Ramai

 


Umum mengetahui, beberapa kawasan di sekitar Selangor seperti Shah Alam dan Klang dilanda hujan lebat sehingga mengakibatkan banjir. Kesannya, ramai orang awam yang terkandas di atas jalan raya, dan ada juga yang terpaksa keluar dari rumah atas faktor keselamatan.

Menurut sumber, hujan lebat berpanjangan yang melanda kawasan Pantai Barat Malaysia bermula Jumaat lalu adalah disebabkan sistem lekukan tropika (tropical depression) yang menuju ke Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, ada seorang gadis yang mendakwa hujan berpanjangan dan banjir yang berlaku di Selangor adalah disebabkan maksiat berleluasa yang berlaku di negeri ini.

Menerusi satu ciapan di Twitter, gadis ini berkata Selangor adalah negeri yang paling banyak berlaku maksiat, namun tetap dilindungi. Malah, dia meminta orang ramai agar mengambil pengajaran daripada ujian ini. Macam tu pula?

Xx

“Common sense tu free je…”

Bagaimanapun, ciapan gadis ini tular dan mendapat perhatian ramai warganet yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Di saat orang ramai sedang susah dan berusaha untuk menyelamatkan nyawa sendiri, warganet berpendapat kenyataan tersebut tidak patut dikeluarkan dan seolah-olah tidak menghormati mangsa banjir.

5 5

“Mekah pun pernah banjir dulu…”

Malah, ada juga warganet yang memberi contoh situasi di mana Mekah pernah dilanda hujan lebat dan banjir pada suatu ketika dahulu. Namun, itu tidak bermakna Mekah adalah kawasan yang penuh dengan maksiat.

4 5

1 5

Tidak cukup dengan itu, ada juga warganet yang memberi contoh lain berkenaan bala di sesuatu tempat. Sebagai contoh, Gaza di Palestin yang sentiasa menerima bala dan ujian tidak bermakna penduduk di situ melakukan maksiat pada setiap hari.

2 8

Semoga semua yang terkesan dengan banjir ini dipermudahkan urusan!

-Lobak Merah

Innalillah: Ibu meninggal dunia ketika terperangkap dalam banjir

 KEADAAN banjir di Seksyen 19 Shah Alam. FOTO ihsan pembaca

KEADAAN banjir di Seksyen 19 Shah Alam. FOTO ihsan pembaca

Shah Alam: "Ketika ini, saya hanya mahu kematian mak disahkan dan dibawa ke hospital bagi urusan pengebumiannya," kata Khadijah Mohd Said, 49, yang kini terperangkap di rumah ibunya di Seksyen 19 dekat sini akibat banjir kilat.

Ibunya, Esah Hussin, 71, meninggal dunia jam 7.55 pagi tadi selepas dibawa naik ke tingkat atas rumah teres dua tingkat.

Turut terperangkap ialah tujuh individu iaitu suami Khadijah yang berusia 57 tahun, anak dan anak saudara yang berusia antara 8 hingga 24 tahun.

"Emak memang tidak boleh berjalan dan semalam kami cuba memapah dia naik ke tingkat atas kerana air sudah memasuki rumah bagaimanapun tidak berjaya kerana dia tidak larat.

"Pagi ini dia sendiri hendak naik dan kami berjaya memapah ke atas, bagaimanapun dia tiba-tiba mengalami sesak nafas dan terkena serangan angin ahmar.

Saya mengajarnya mengucap (syahadah) dan membawanya ke katil untuk memeriksa nadi dan apabila kami periksa tekanan darah, bacaan 'error' manakala bacaan oksigen adalah kosong," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dia berkata, ibunya menghidapi penyakit buah pinggang serta jantung dan tidak boleh berjalan.

Katanya, pihaknya kini menunggu pasukan perubatan hadir dan mengesahkan kematian.

"Saya dimaklumkan paramedik sudah sampai tetapi mereka tak boleh masuk kerana air terlalu tinggi dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan pikap.

"Difahamkan jarak lokasi paramedik ke rumah ini dalam satu kilometer saja, sekarang kami masih menunggu untuk menguruskan jenazah emak serta membawa anak-anak keluar ke tempat yang selamat," katanya.

-myMetro