"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Isnin, 15 November 2021

Wanita Hamil Mendekati Harimau Untuk Bergambar Di Zoo, Tanpa Diduga Harimau Tersebut Bertindak Di Luar Jangkaan

 Wanita Hamil Mendekati Harimau Untuk Bergambar Di Zoo, Tanpa Diduga Harimau Tersebut Bertindak Di Luar Jangkaan. Haiwan sering menunjukkan bukti bahawa mereka mempunyai gerak hati yang lebih kuat berbanding manusia.

Wanita Hamil Mendekati Harimau Untuk Bergambar Di Zoo, Tanpa Diduga Harimau Tersebut Bertindak Di Luar Jangkaan

Mereka dapat merasakan sesuatu akan berlaku sebelum mereka dapat melihatnya dan mereka juga dikurniakan kelebihan untuk melihat apa yang tidak mampu dilihat oleh mata manusia.

Hal ini berlaku ketika seorang wanita mengandung berada di sebuah zoo dan telah mendekati seekor harimau yang berada di dalam kandang kaca.

Natasha merupakan bakal seorang ibu dengan kandungan yang berusia 27 minggu ketika dia melawat sebuah zoo bersama temannya. Dia tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar bersama haiwan-haiwan dan tidak terkecuali harimau. Beraninya!

Ketika Natasha mengambil gambar swafoto dengan harimau sambil duduk di tepi dinding kaca kandang, kelihatan harimau itu cuba untuk mendekatinya dengan penuh minat.

Wanita Hamil Mendekati Harimau Untuk Bergambar Di Zoo, Tanpa Diduga Harimau Tersebut Bertindak Di Luar Jangkaan

Temannya mencadangkan supaya dia berdiri dekat dengan kandang kaca. Tertarik dengan cadangan itu, Natasha berdiri di atas tebing dinding itu dan harimau itu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Nak tahu apa yang dilakukan oleh harimau itu? Mari tengok.

Kelihatan harimau itu mendekati Natasha dengan penuh minat menyebabkan dia tertanya-tanya mengapa harimau itu berkelakuan demikian.

Apabila Natasha berdiri di atas tebing dinding dan menghadapkan perutnya ke arah dinding kaca, harimau itu dilihat seolah-olah mencium perut Natasha.

Wanita Hamil Mendekati Harimau Untuk Bergambar Di Zoo, Tanpa Diduga Harimau Tersebut Bertindak Di Luar Jangkaan

Natasha menyelak sedikit baju luarnya untuk menunjukkan perutnya dan…. lihatlah harimau itu! Ia mendekatkan pipinya pada perut Natasha! Detik manis itu sungguh mengharukan.

VIDEO:

Video Player
00:00
00:41

Tonton video ini untuk melihat sendiri aksi harimau yang suka kepada wanita mengandung seperti Natasha. Pasti rakaman singkat ini akan menjadi kenangan buat Natasha dan mungkin akan disimpan untuk tontonan anaknya apabila dia besar nanti.

Kredit : Era Baru

Sumber:arenagempak.com

PRN Melaka: Janji tak masuk mana-mana parti, 13 calon bebas tandatangan SD

PRN Melaka berjalan dengan SOP ketat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Seramai 13 calon Bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di bawah Gagasan Bebas secara rasmi menandatangani Akuan Bersumpah (SD) hari ini.

Langkah tersebut diambil bertujuan bagi membuat ketetapan agar mana-mana calon bebas yang menang dalam PRN nanti tidak mencabuli mandat yang diberikan pengundi pada PRN Melaka dengan menyertai mana-mana parti politik, kata Setiausaha Sekretariat Gagasan Bebas Mohammad Zaki Omar.

“Satu rang undang-undang atau enakmen juga akan dibentangkan (sekiranya Gagasan Bebas berjaya membentuk kerajaan) bertujuan mengadakan peruntukan pengosongan kerusi mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti atau gagasan masing-masing sehingga tahap menjatuhkan kerajaan.

“Jika ada yang mencabulinya, calon diberi masa tiga hari mengosongkan kerusi dan melepaskan jawatan sebagai ADUN atau tindakan mahkamah boleh difailkan ke atas ADUN tersebut,” katanya lapor Bernama.

Menyentuh mengenai kempen, beliau berkata semuanya berjalan lancar dengan calon-calon gagasan itu menggunakan pelbagai pendekatan termasuk media sosial bagi mendekati pengundi kawasan masing-masing.

 “Walaupun seperti kami mementingkan SD ini, tapi usaha mendekati pengundi tetap dijalankan dan ini penting kerana kita mahu pengundi faham apa yang kita perjuangkan untuk kestabilan politik Melaka.

“Untuk manifesto, kita rancang untuk bentangkannya esok dan bagi kami, ia tidak lambat walaupun hari mengundi tinggal beberapa hari sahaja lagi,” katanya lagi.

Seramai 13 daripada 22 calon Bebas di 16 Dewan Undangan Negeri (DUN) mengambil langkah bergabung dan berkongsi manifesto untuk bersama-sama bersaing dengan 90 calon lagi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Calon gabungan dikenali sebagai ‘Gagasan Bebas’ itu antaranya merangkumi Ariff Adly Mohammad (Telok Mas), Mohd Zahar Hashim (Sungai Udang), Abdul Hamid Mustapah (Bukit Katil), Ahmad Muaz Idris (Ayer Molek), Datuk Kamisan Palil (Kuala Linggi) dan Datuk Dr Norazlanshah Hazali (Serkam).

Turut berada dalam gabungan itu ialah Mohd Akhir Ayob (Asahan), Azefen Amin (Gadek), Mohd Jaini Dimon (Paya Rumput), Azlan Daud (Machap Jaya), Mohd Erfan Mahrilar (Durian Tunggal), Muhamad Hafiz Ishak (Duyong) dan Sabarudin Kudus (Rembia).

-Agenda Daily

Ahad, 14 November 2021

“Pernah ditawar RM500,000 untuk ke ranjang”- Azharina Azhar

 


Mengimbas pengalaman lalu ketika di awal pembabitan,penyanyi Azharina Azhar tidak menafikan pernah ditawarkan sejumlah wang lumayan dengan imbuhan bulan bintang.

Katanya, sebagai penyanyi sudah tentulah banyak yang cuba ambil kesempatan. Cuma sebagai manusia kena pandai mengelak dengan cara baik.

“Saya sebenarnya agak tersekat disebabkan karier yang digalas. Saya tidak boleh kasar dan kurang ajar meski pun perkara itu melibatkan maruah diri dan keluarga.

“Memang ada yang menawarkan ikut dia pergi minum kopi dan sampai satu tahap pernah ditawarkan RM500,000 semata-mata mahu tidur dengan saya. Tapi itulah hakikatnya, semua ini asam garam jadi artis,” ujarnya.

Mengulas lanjut hal tersebut, penyanyi lagu Elegi Sepi itu bukanlah orang yang sebegitu. Katanya, selalu pembantu peribadinya yang akan tolong jawabkan.

“Tapi kalau ajakan seumpama itu depan muka saya, saya cakap saya bukan orang begitu. Tetapi itulah, sebagai artis cakap begini salah cakap begitu pun salah.

“Namun saya percaya hal ini berlaku di mana-mana sahaja. Sebagai perempuan, kena pandai bawa diri dalam kerjaya dan untuk mencapai apa yang diinginkan. Jangan biarkan orang ambil kesempatan dengan kita,” tegasnya.

Malah kongsi penyanyi lagu Seandainya itu, dia sendiri pernah menyaksikan di mana situasi ada penyanyi kena tidur dengan komposer berkenaan hanya untuk album atau bakal dijadikan artis.

“Namun saya tidak tahu kesahihan itu sejauh mana. Saya rasa dia (kawan) pun terus menjauhkan diri dengan komposer tersebut selepas kejadian itu,” tambahnya.

-Utusan Online

Siakap lawan empurau, ikan mana lebih kayangan?

 Loh Hoe Hua menunjukkan sebahagiah empurau sejuk beku di kedainya di Kapit. - BERNAMA

Loh Hoe Hua menunjukkan sebahagiah empurau sejuk beku di kedainya di Kapit. - BERNAMA

KAPIT: Tatkala satu Malaysia kecoh harga siakap di sebuah restoran di Langkawi, Kedah yang dikatakan 'harga kayangan' kerana mencecah lebih RM1,000 untuk ikan seberat 7.48 kilogram, mungkin tidak ramai tahu di Sarawak, terdapat satu spesies ikan termahal di Malaysia.

Empurau, yang juga dikenali sebagai raja ikan sungai Sarawak, mempunyai nilai komersial tinggi dan harganya boleh mencecah RM800 hingga RM1,000 sekilogram.

Ikan eksotik ini mahal disebabkan ia hanya memakan buah-buahan yang tumbuh di tebing sungai seperti engkabang, iaitu makanan ruji empurau yang mampu memberikan rasa berlemak pada isi dan mempunyai aroma harum tersendiri apabila dimasak.

Ikan empurau liar, yang digelar emas Borneo, hidup dalam habitat sungai yang bersih, sejuk, jernih serta mengalir deras dengan dasar sungai berbatu menyebabkan ikan ini akan berhijrah jika habitatnya dicemari.

Peniaga empurau di sini, Loh Hoe Hua berkata, kebiasaannya beliau mendapat bekalan empurau dengan membeli ikan terbabit daripada mereka yang 'bertuah' dapat menangkapnya di sekitar sungai seperti Sungai Rajang, Sungai Baram dan Sungai Baleh.

Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam penjualan ikan empurau dan spesies ikan sungai Sarawak seperti semah, baung, tapah dan tengadak, beliau berkata, empurau sentiasa mendapat permintaan tinggi daripada pengusaha restoran serta orang kenamaan.

Katanya, ada yang sanggup datang dari Kuching dan Kuala Lumpur untuk membeli ikan terbait kerana ia sukar didapati, memandangkan kadar pembiakannya lambat membesar dan bermusim.

Kebiasaannya, Hoe Hua berkata, empurau atau nama saintifiknya Tor tambroides dengan berat lebih tiga atau empat kilogram dijual pada harga lebih mahal kerana isinya lebih padat dan kenyal.

Beliau juga menunjukkan ikan empurau seberat 8.2 kilogram dengan harga mencecah RM7,000 yang telah disejukbekukan, menunggu giliran untuk dijual kepada seorang pembeli dari Kuching.

Selain dapat melihat raja ikan sungai dengan lebih dekat dan berpeluang merasai sendiri ikan mewah yang dimasak kukus, rasanya amat berbeza dengan ikan-ikan lain - kenyal, berlemak, sedikit manis dan baunya agak wangi - menjadikannya hidangan eksklusif.

Ketika ini, terdapat syarikat yang sudah mula menternak dan menjalankan kajian berkaitan ikan empurau secara meluas menerusi bantuan Jabatan Pertanian Sarawak, selaras matlamat kerajaan negeri mentransformasi sektor pertanian, perikanan dan penternakan negeri ke arah lebih produktif dan moden.

Setakat ini, kerajaan Sarawak yang diterajui Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah memperuntukkan RM265 juta bagi Dana Mudahcara Pertanian bagi membantu meningkatkan kemahiran ketiga-tiga sektor itu.

Nampaknya, mereka yang ingin berkunjung ke Sarawak nanti, jangan lupa bezakan ikan siakap dan ikan empurau. - BERNAMA

Koleksi resepi ikan siakap viral, siap dapat sampai 52K shares!


Masih lagi viral dengan isu harga ikan siakap yang mencecah ribuan ringgit, jadi ramai pula yang teringin untuk makan menu berasaskan ikan siakap. Memang enak dimakan dan dimasak dalam pelbagai menu, ini merupakan senarai perkongsian koleksi resepi ikan siakap yang anda kena cuba. Siap dapat lebih 52k shares di Facebook!

KOLEKSI RESEPI IKAN SIAKAP YANG MEMANG SEDAP!

Sebenarnya Siakap dah lama merancang, kita je yang lalai. Emmm..lemah! Saya penggemar ikan siakap dan masakan Thailand, ditambah pula suami memang kaki pancing. Semua siakap saya dah cuba, siakap laut suku, laut dalam, siakap liar, siakap kolam, siakap sangkar, cuma siakap show je tak berani cuba. 

Jadi, harini saya share semua resipi aneka siakap yang ada. Saya selitkan juga resipi yang pernah dapat 52K share. Kebanyakkan resipi saya sendiri cuba dulu di Restoran Thai, bila sedap, saya cuba masak sendiri ikut olahan saya. Semua resipi ada pada link setiap gambar. Moga bermanfaat!

1.SIAKAP SOS THAI

resepi siakap

Bahan menumis:-

1 biji bawang holand, jika besar guna sebelah je.
6 ulas bawang putih.
1 batang serai.
1 biji cili besar.
5 @ 10 biji cili padi.
5 helai daun limau purut.
2 batang akar ketumbar.
(Semua bahan dihiris nipis)

Bahan sos:-

2 sudu besar sos cili.
2 sudu besar sos tiram.
2 sudu besar sos ikan.
2 inci belacan.
Sedikit gula kabung atau gula biasa.
1 biji limau kasturi.

Resepi penuh klik SINI

2.SIAKAP LAPRIK ALA THAI

resepi ikan siakap

Bahan dikisar kasar:-
6 tangkai cili kering
8 biji cili padi
7 ulas bawang putih
2 pokok akar ketumbar

Bahan lain:-

1 ekor ikan siakap
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar gula
1 cawan air
3 sudu besar sos ikan
Daun ketumbar
Garam secukup rasa
Tomato dan cili merah sebagai hiasan

Resepi penuh klik SINI

3.SIAKAP STIM LEMON

 Bahan-bahan:-

1 ekor ikan siakap.
1 biji bawang holand.
2 batang serai diketuk.
3 biji cili api diketuk.
3 inci halia hiris nipis.
1 biji tomato
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar tepung jagung
1 biji lemon dibahagi dua. Separuh hiris nipis, separuh lagi perah jus.
1/2 kiub ayam.
Daun sup daun bawang.

Resepi penuh klik SINI

4.SIAKAP SAMBAL KICAP PEDAS THAI

Bahan buat kuah cukup mudah.

1 biji bawang besar.
5 ulas bawang putih.
3 ke 5 biji cili api.
(Kisar je semua bahan di atas)

2 sudu cili kisar.
2 sudu cuka.
5 sudu kicap biasa.
1 sudu maggie cukup rasa.
Sedikit sayur kubis dan carrot.
Daun sup dan daun ketumbar.

Resepi penuh klik SINI.

5.SIAKAP 3 RASA ALA THAI

Bahan-bahan:-

1 ekor ikan siakap.
1 batang serai.
1 biji bawang besar potong dadu.
3 ulas bawang putih cincang halus.
1 inci halia cincang halus.
1 biji cili merah.
3 biji cili api.
1/2 biji timun
1 biji tomato
1 potong nenas.
4 helai daun limau purut.
Sedikit daun sup sebagai hiasan.

Bahan sos:-

3 sudu besar cili kering.
3 sudu besar sos cili.
2 sudu besar sos tomato.
2 sudu sos tiram.
2 sudu sos ikan.

Resepi penuh klik SINI.

*Nak cuba masak menu yang mana satu?

Sumber: Liza Idris

Credit: tempoyak.net

Sabtu, 13 November 2021

Janna Nick Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 34

 


Disiarkan secara langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 34 (ABPBH34) menobatkan Janna Nick sebagai pemenang anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 34.

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Bintang Popular BH ke 34(ABPBH 34)

Artis Baharu Lelaki Popular – Dinie Rashid
Artis Baharu Wanita Popular – Dolla
Pelakon Filem Lelaki Popular – Fattah Amin
Pelakon Filem Wanita Popular – Janna Nick
Pelakon TV Lelaki Popular – Ben Amir
Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia– Haqiem Rusli
Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia – Siti Nordiana
Artis Kolaborasi / Duo Popular – Khai Bahar & Aina Abdul
Artis Komedi Popular – Asif Suhaimi
Artis Versatil Popular – Siti Nordiana
Penyampai Radio Popular – Dj Lin
Pengacara TV Popular – Janna Nick
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Datuk Hajah Habsah Hassan

Ketegori Online

Watak Antagonis Popular – Liza Abdulllah
YouTuber Popular – Aqil Zulkifli
Watak Animasi Popular – Ejen Ali
Artis TikTok Popular – Khai Bahar

-rotikaya.com

ABPBH34: Asif Suhaimi buat kejutan terbesar menang Artis Komedi Popular

 Asif (kanan) dalam filem bajet rendah, Mael Totey The Movie.

PreviousNext

KUALA LUMPUR: Remaja berusia 19 tahun, Asif Suhaimi mencipta kejutan menewaskan calon 'senior' apabila diumumkan pemenang kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Mula mengumpan peminat apabila muncul dalam Drama Spontan di YouTube disusuli filem bajet rendah, Mael Totey The Movie arahan sepupu, Syahmi Sazli yang mencetuskan fenomena pada era pandemik COVID-19, Asif mencuit hati dengan gelagat bersahaja dan dialek Kelantan.

Asif yang mengalami autisme, menewaskan artis nama besar iaitu Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Atu Zero dan Ain Edruce yang bersaing dalam kategori sama.

"Terima kasih kepada peminat dan penyokong yang tidak lokek mengundi saya. Terima kasih juga kepada keluarga dan sanak-saudara... Semualah. Kalian terbaik!.

"Saya gembira terima anugerah ini. Syukur kepada Allah kerana mengurniakan kejayaan ini," katanya yang ditemani sepupunya, Syahmi pada Malam Kemuncak ABPBH 34.

Ditanya apakah kemenangan itu akan mengubah sikapnya, Asif menafikan perkara itu.

"Sama sahaja... Tiada yang berubah. Saya masih Asif yang dahulu. Kejayaan ini menjadikan saya lebih bersemangat berkongsi kelebihan yang ada di sebalik kekurangan diri.

"Saya tidak akan lupakan jasa dan kebaikan Syahmi yang membuka jalan selama ini," katanya yang akan memulakan penggambaran filem baharu, 35 MM arahan Syahmi, tidak lama lagi.

Filem Mael Totey The Movie meraih kutipan RM6.4 juta dalam tempoh 24 hari tayangan di platform Astro First.

Filem yang mula ditayangkan pada 22 Oktober tahun lalu itu dilaporkan memecah dominasi rekod filem Polis Evo dan Hantu Kak Limah sebagai filem terlaris untuk tayangan platform itu.

Pembikinan filem berkenaan juga menarik perhatian kerana kos menghasilkannya hanya kira-kira RM400,000 yang dibiayai Syahmi sendiri.

-BH Online


Red Carpet ABPBH34:Hijab gumpalan kain versi Aina Abdul jadi perhatian

 

Kuala Lumpur: Penampilan penyanyi lagu Sumpah, Aina Abdul sekali lagi mencuri tumpuan ramai netizen dan pengikut industri seni tanah air apabila hadir dengan fesyen pelik pada sesi karpet merah Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH34), yang berlangsung pada malam, hari ini.

Tampil dengan busana serba hitam, Aina yang dikenali dengan imej muslimah menampilkan gaya hijab unik membentuk gumpalan kain.

Busana rekaan Behati itu dianggap melawan arus kebiasaan, namun tidak dinafikan benar-benar unik dan sesuai dengan Aina yang cukup dikenali sebagai penyanyi yang berani dalam meneroka fesyen.


Pelbagai reaksi diberikan oleh netizen di ruangan komen gambar yang dimuat naik ke Instagram Berita Harian itu.

Kurang daripada satu jam, gambar itu menerima lebih 6,000 tanda 'like' di samping hampir 800 komen daripada netizen.

Selain Aina, turut melalui sesi karpet merah adalah beberapa artis popular tanah air antaranya, Izzue Islam, DJ Lin, Man Kidal, Wani Kayrie dan ramai lagi.

-myMetro

Siakap RM1,196.80: Pemilik restoran ada 4 hari lagi jawab notis

 GAMBAR fail, Rosol. FOTO Arkib NSTP.

GAMBAR fail, Rosol. FOTO Arkib NSTP.

Langkawi: Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba di sini, yang tular kerana menjual hidangan siakap lebih RM1,000 mempunyai tempoh empat hari lagi untuk menjawab notis dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata, ini berikutan tempoh itu dilanjutkan dari tarikh asal daripada Khamis lalu ke Rabu depan.

Katanya, beliau menerima laporan daripada penguat kuasa KPDNHEP berkaitan serahan notis pada 6 November lalu, yang meminta peniaga terbabit memberi penjelasan terhadap beberapa perkara.

"Kita ada berikan notis kepada peniaga untuk menjelaskan harga makanan yang dijualnya sebelum ini, tetapi masih belum lengkap.

"Dia (peniaga) bagi harga lump sum (sekali gus), kita nak perincian lengkap, berapa upah masak dan kos lain secara terperinci," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Karnival Jualan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Peringkat Kebangsaan 2021 di Dataran Chenang, di sini.

Sebelum ini, tular dalam media sosial gambar resit menunjukkan sekumpulan individu terpaksa membayar RM1,196 bagi hidangan seekor ikan siakap seberat 7.48 kilogram.

-myMetro

‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap

'Sotong Kayangan' muncul dahulu sebelum Siakap

‘Sotong Kayangan’ muncul dahulu sebelum Siakap

SETIAP kali saya dan keluarga berkunjung ke restoran ikan bakar, ikan bawal emas antara yang menjadi pilihan selain kerapu dan jenahak.

Ikan bawal emas, walaupun ada nama emas tetapi harganya tidaklah seperti barang kemas yang menjadi dambaan golongan wanita.

Berbeza dengan siakap, walaupun tiada nama yang menggambarkan ikan itu mewah, harga hidangan melibatkan ikan tersebut rupanya boleh mencecah ribu-ribu ringgit di Langkawi.

Seperti yang telah heboh sejak minggu lalu, harga hidangan ikan siakap di sebuah restoran terapung di pulau legenda itu memang tidak terjangka di fikiran rakyat marhaen.

Selepas itu, macam-macam cerita dan berita berkaitan isu itu dapat dibaca di media sosial. Ada yang berkongsi pengalaman sama berdepan situasi tersebut dan ada juga yang menjadikan ia sebagai bahan jenaka. Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang bertanggungjawab dalam memantau harga makanan sudah memberikan kenyataan.

Walau apa pun keadaannya, pelanggan dan peniaga restoran itu ada hujah masing-masing. Saya tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah. Yang dapat saya katakan, jika berdepan dengan situasi berkenaan, boleh pengsan jadinya.

Nilai yang perlu dikeluarkan bukan sedikit. Jumlahnya sama seperti dua bulan gaji saya ketika bekerja di kilang kayu selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 1998.

Dan apabila heboh mengenai isu hidangan ikan siakap harga terlalu mahal, saya teringat kisah dulu-dulu sewaktu pertama kali menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk temu duga memasuki tentera.

Setelah sampai di stesen kereta api berhampiran Kompleks Daya Bumi, saya pun menapak ke Pasar Seni dengan harapan dapat mengisi perut setelah menempuh perjalanan tujuh jam dari stesen kereta api Sungai Petani.

Mulanya saya mahu singgah sahaja di restoran makanan segera tetapi apabila terpandang sebuah restoran dengan lauk pauk yang menarik, maka nafsu makan tidak dapat dibendung lagi.

Melonjak-lonjak perasaan mahu menikmati hidangan di restoran berkenaan. Dengan warna kari yang menarik dan aroma menusuk hidung, saya rasa ia adalah keputusan yang tepat menikmati hidangan makan tengah hari di situ.

 Oleh sebab datang jauh dari kampung, saya berpandangan tidak salah kiranya untuk mencuba kari sotong di Kuala Lumpur. Mungkin lebih sedap daripada kari atau gulai sotong di Kedah.

Ketika sedang khusyuk menikmati nasi bersama dua ekor sotong, telur masin, kuah campur dan teh ais kaw, tauke restoran pun datang dengan senyuman kumis tebal sambil menghulur kertas kecil warna putih.

Tatkala melihat harga makanan yang tercatat di kertas putih itu, saya terbungkam dan rasa macam mahu pitam. Jangkaan awal ternyata salah sama sekali kerana harga sebenar seekor sotong adalah RM15. Maka, setelah dicampur, harga makanan saya berjumlah RM36.

Dengan situasi sebagai orang kampung yang masih mencari kerja, nilai RM36 untuk makan tengah hari amat besar waktu itu.

Suka atau tidak, jumlah berkenaan perlu dibayar kerana salah saya juga tidak bertanya dahulu berapa harga seekor sotong.

Selepas kejadian tersebut, saya lebih berhati-hati apabila makan di restoran. Sama ada tanya dahulu harga makanan atau minta tauke restoran buat kiraan sebelum makanan dijamah.

Konsep kira harga makanan tanpa dilihat ataupun kiraan berdasarkan penceritaan pelanggan adalah tidak adil kerana ia bukan gambaran sebenar apa yang kita makan.

Mungkin kita ambil sotong saiz kecil tetapi tauke kedai kira sotong saiz besar. Ataupun kita ambil ikan saiz sederhana tapi pada pandangan tauke kedai, sederhana itu sebenarnya besar.

Jadi sebelum makan, adalah lebih baik makanan itu dilihat dengan mata kepala tukang kira itu sendiri. Dan paling penting sebenarnya sebelum singgah menjamu selera, lihat dulu duit dalam dompet kerana kadang-kadang berlaku tragedi, isteri ambil duit dalam dompet tetapi lupa nak maklumkan kepada kita.

* Badruldin Zakaria

-mykmu.net