"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Ahad, 17 Oktober 2021

Diperintah keluar padang selepas pukul pemain sendiri [VIDEO]

 McCarey turun menarik jersi Burn selepas memukul rakan sepasukannya itu. FOTO Agensi

McCarey turun menarik jersi Burn selepas memukul rakan sepasukannya itu. FOTO Agensi

London: Seorang penjaga gol di Liga Ireland Utara (NIFL) diperintah keluar padang selepas memukul salah seorang pemainnya sendiri.

Aaron McCarey, yang beraksi bersama Glentoran, dilayangkan kad merah pada 10 minit terakhir ketika mereka mencatat keputusan seri 2-2 menentang Coleraine.

Dia ternyata berang selepas Coleraine berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-80 sebelum meluru ke arah Bobby Burn yang membiarkan pihak lawan merampas dan melakukan gerakan menghasilkan jaringan.

McCarey dilihat memukul Burns di bahagian muka sebelum mencekak jersi pemain itu yang sedang terbaring.

"Aaron meminta maaf di atas tindakannya itu ketika di bilik persalinan dan berkata ia tidak sepatutnya berlaku," kata jurulatih Glentoran, Mick McDermott.

-myMetro

(Video) Tiada Lagi Penjarakan Fizikal Di Ruang Solat Di Masjidilharam

 


Tiada lagi penjarakan fizikal dalam saf solat di Masjidilharam, malah masjid suci itu dilapor sudah bersedia menerima kedatangan jemaah dengan kapasiti penuh bermula hari ini.

Setiausaha Agung Hal Ehwal Masjidilharam, Dr. Saad Mohamed Al-Muhaimid berkata, hal tersebut adalah salah satu daripada beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 yang diberikan kerajaan Arab Saudi.

Jelas Mohamed, walaupun kini boleh solat dengan rapat, namun jemaah masih diwajibkan untuk memakai pelitup muka, selain perlu mendaftar nama terlebih dahulu sebelum melakukan ibadah umrah.

Ekoran kelonggaran ini, semua pelekat penanda jarak fizikal sejarak dua meter yang ditampal di seluruh ruang solat di masjid tersebut sepanjang tempoh pandemik sebelum ini telah dicabut oleh petugas masjid.

Selain itu, beberapa kelonggaran lain turut diberikan mulai hari ini seperti tiada lagi kewajiban penjarakan fizikal di tempat awam seperti di dalam kenderaan awam, restoran, pusat beli-belah dan pawagam.

Malah penggunaan pelitup muka juga tidak lagi diwajibkan sepenuhnya, kecuali bagi mereka yang berada di lokasi tertentu termasuklah Masjidilharam dan Masjid Nabawi.

Sementara itu, laman Twitter Haramain berkongsi beberapa rakaman video memaparkan situasi petugas-petugas masjid mencabut pelekat penjarakan fizikal di ruang solat.

Sumber: Arab News  / Haramain

Ahli UMNO jangan tunjuk kemewahan – Najib

 


Mantan Perdana Menteri Keenam Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mengingatkan kepada ahli UMNO untuk tidak menunjukan kemewahan yang dimiliki.

Perkara itu telah disampaikan oleh beliau sempena perasmian Persidangan Cawangan UMNO Pekan hari ini.

“Malah kalau kita menunjuk-nunjuk lebih sangat… orang kata berlagak… itulah punca kekalahan kita… orang tak suka kepada pada pemimpin-pemimpin yang berlagak”.

Seperti yang diketahui oleh rakyat Malaysia, bahwa Najib tidak menunjukan kemewahannya malah menyimpan ‘kemewahan’ dalam beberapa peti besi ketika beliau tinggal di Seri Perdana, sebelum ini.

Beliau juga menyimpan jutaan wang tunai, barang kemas dan beg tangan mewah di sebuah kondominium mewah di ibu negara, yang terbongkar selepas serbuan polis dan kekalahan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

Terdahulu, beberapa gambar telah tular menunjukan peti besi yang dikeluarkan menggunakan kren dari kompleks tersebut yang dipercayai dipindahkan dari kediaman rasmi Perdana Menteri di kompleks Seri Perdana selepas diarahkan Najib.

Pada Mei 2018 lalu pula, polis merampas kira-kira RM120 juta wang tunai, barang kemas dan beg tangan berjenama terkenal, seperti Hermes Birkin, dari sebuah kediaman di kondominium mewah di Pavilion Residences, yang dikatakan milik Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan UMNO.

Sebanyak 72 bagasi mengandungi wang tunai, barang kemas dan pelbagai barangan berharga serta 284 kotak berisi beg tangan berjenama ditemui dalam sebuah unit kediaman di Pavilion Residences yang diperiksa polis berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

20 Mei lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kerajaan Persekutuan untuk melucut hak wang RM114 juta dipercayai milik 1MDB, yang disita di kondominium berkenaan.

-nhonline.co

Sabtu, 16 Oktober 2021

Isu arak: PAS gesa KDN perlu lebih tegas kawal industri arak

Isu yang tular kini mengenai arak berjenama Timah hakikatnya telah wujud di negara ini sejak 2013 lagi, kata Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa supaya lebih tegas dalam menangani dan mengawal industri arak di negara ini, kata Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab juga perlu meletakkan syarat yang lebih ketat berkaitan minuman keras.

 Menurutnya, desakan itu dibuat kerana PAS konsisten dengan pendirian menolak semua perkara yang bertentangan dengan syariat termasuk industri minuman keras yang jelas membawa mudarat kepada sistem sosial, kekeluargaan dan keselamatan masyarakat keseluruhannya.

“Isu yang tular kini mengenai arak berjenama Timah hakikatnya telah wujud di negara ini sejak 2013 lagi. Namun, perlu diingatkan bahawa minuman keras walau apa jenama sekali pun adalah tetap dilarang oleh Islam.

“Oleh itu, ia perlu dikawal seketat mungkin bagi mengelakkan daripada berlaku lebih banyak kerosakan sebagaimana yang dibuat negeri Kelantan yang merupakan antara model terbaik dalam mengawal industri berkaitan arak dari sudut jualan dan kebenaran meminumnya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Justeru itu, PAS menyeru kepada semua pihak untuk berganding bahu dalam usaha membangunkan sebuah negara baharu yang lebih baik dan bebas daripada kemudaratan kesan daripada minuman arak yang berleluasa.

Isu arak jenama Timah tular di media sosial sejak beberapa hari lalu kerana ia dikatakan produk keluaran negara ini.-FMT

Anwar tak setuju elaun keraian RM12,320 sebulan, ubah suai pejabat

(Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim tidak bersetuju dengan elaun ditawarkan kepadanya sebagai Ketua Pembangkang dan memutuskan untuk menyalurkannya ke dalam dana tabung rakyat miskin.

Emolumen yang ditolak oleh Anwar termasuk gaji bulanan dan elaun berjumlah RM33,560,20 serta beberapa elaun pakaian berjumlah RM 9,000 yang boleh dituntut setiap tiga tahun.

Butiran elaun adalah seperti berikut:

  • RM 14,907.20 sebulan untuk gaji bulanan
  • RM 12,320.00 sebulan untuk elaun keraian
  • RM 1,500.00 sebulan untuk bayaran khas
  • RM 4,000.00 sebulan untuk elaun rumah
  • RM 833.00 sebulan untuk elaun selenggara rumah
  • RM 6,000.00 untuk elaun pakaian panas (sekali dalam 3 tahun)
  • RM 1500.00 untuk elaun pakaian upacara rasmi (sekali dalam 3 tahun)
  • RM 1500.00 untuk elaun bayaran pakaian ‘black tie’ (sekali dalam 3 tahun)
  • Sebuah kereta rasmi serta penggunaan kenderaan peribadi untuk tugas rasmi

Beliau juga menegaskan kepada pihak Parlimen yang menyediakan pejabatnya untuk tidak membuat sebarang pengubahsuaian dan diberi peruntukan tambahan

“Beberapa kemudahan lain yang setaraf menteri tidak dapat saya terima sama sekali. Malah, saya akan menyalurkan dana tersebut untuk tabung rakyat miskin,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob telah menyerahkan surat pengesahan kepada Anwar Ibrahim untuk menaik taraf status Pejabat Ketua Pembangkang dengan kemudahan-kemudahan yang setara dengan pejabat Menteri.

Anwar berkata, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri atas pengiktirafan kerajaan kerana bersetuju menambah baik taraf Parlimen dan fungsi Ketua Pembangkang seperti yang selayaknya.

Namun, beliau menekankan bahawa pengiktirafan kepada Pejabat Ketua Pembangkang ini tidak bermaksud pihaknya akan mendukung apa sahaja dasar kerajaan tanpa soal.

“Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri dalam surat kepada saya itu, keputusan ini tidak menjejaskan peranan Ketua Pembangkang. Saya akan tetap menjalankan tugas seperti sediakala.

“Aspek semak imbang akan terus diperhebat bagi memastikan negara ini terus di landasan demokrasi,” katanya.-FMT

Enggan divaksin? Kerajaan akan 'susahkan' hidup anda selepas ini - Khairy

 Enggan divaksin? Kerajaan akan 'susahkan' hidup anda selepas ini - Khairy

Meskipun vaksin tidak diwajibkan namun kerajaan tidak akan 'memberi muka' kepada golongan antivaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin, tegas Khairy Jamaluddin. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: “Pendekatan kita adalah, maaf cakap, kita akan buat hidup anda susah kerana anda tidak divaksin kerana anda memilih untuk enggan divaksin.”
Demikian peringatan tegas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin khusus buat golongan antivaksin yang masih berdegil, enggan menerima vaksin COVID-19.
Menurut beliau, kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk mewajibkan saringan secara mingguan kepada mereka dan kosnya perlu sendiri ditanggung, bukan melalui dana kerajaan.
Tegasnya, meskipun vaksin tidak diwajibkan namun kerajaan tidak akan 'memberi muka' kepada golongan antivaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.
“Kalau anda tidak divaksin kerana masalah kesihatan, tidak mengapa. Kita akan beri pengecualian dengan memberikan e-sijil MySejahtera tapi kalau anda sendiri memilih untuk tidak divaksin, kita akan ‘menyusahkan’ hidup anda.
“Kita akan terus sukarkan hidup anda, tidak boleh makan di restoran, tidak boleh pergi ke pusat beli-belah,” katanya pada sidang media selepas pelancaran 11th National Acute Myocardial Infarcation Course (NAMIC) 2021 di sini, hari ini.
Tambah beliau, isu tersebut terus dibangkitkan apabila beliau melihat wujudnya kebimbangan dalam kalangan ibu bapa yang gusar untuk menghantar anak mereka ke sekolah memandangkan terdapat guru yang enggan divaksin.
Vaksinasi | Dakwa segera penyebar antivaksin - KJ
“Sebab itu bila kita bincang, kita kata ia tidak boleh hanya melibatkan sektor pendidikan tapi ia juga mestilah untuk sektor awam. Sekarang ini Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam telah keluarkan pekeliling, mewajibkan penjawat awam untuk divaksinasi.
“Kita galakkan sektor lain turut melakukan perkara sama termasuk syarikat swasta. Mereka perlu ada undang-undang juga seperti kalau tidak divaksin, anda tidak boleh kembali bekerja,” ujarnya.
Astro AWANI pada Jumaat melaporkan Khairy memohon pihak berkuasa agar menyegerakan siasatan dan pendakwaan terhadap kumpulan antivaksin.
Menerusi muat naik di akaun Twitternya, beliau menegaskan Kementerian Kesihatan (KKM) sendiri sudah bertindak dengan membuat beberapa laporan polis terhadap beberapa kumpulan antivaksin.
Bagaimanapun katanya kumpulan berkenaan terus menyebarkan berita palsu yang mengancam kesihatan awam dan ia perkara yang menjengkelkan.
-AstroAwani

Lebih 6 juta kanak-kanak dijangkiti Covid-19 di AS

 GAMBAR hiasan. Hospital di Texas, Amerika Syarikat. FOTO AFP

GAMBAR hiasan. Hospital di Texas, Amerika Syarikat. FOTO AFP

Washington: Jumlah kumulatif kes Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) sudah melebihi enam juta, lapor Agensi Berita Xinhua memetik Akademi Pediatrik Amerika (AAP).

Setakat 7 Okt, lebih 6.04 juta kanak-kanak Amerika dijangkiti virus itu sejak wabak bermula, menurut AAP.

Jumlah kes baharu masih tinggi, menyaksikan lebih 148,000 lagi kanak-kanak dilaporkan dijangkiti virus itu antara 30 Sept dan 7 Okt.

Sejak 23 Sept hingga 7 Okt, terdapat peningkatan sebanyak enam peratus dalam jumlah kes Covid-19 di AS.

-myMetro

Ronaldo Original Namakan Calon Pilihannya Untuk Memenangi Anugerah Ballon D’or

Ronaldo Nazario tak rasa yang Lionel Messi patut menang anugerah Ballon D’or ketujuh peribadinya pada tahun ini, dan lebih memilih pemain penyerang yang beliau rasa sangat handal sejak sedekad lalu untuk memenangi anugerah tersebut.

Minggu lalu, France Football mendedahkan senarai 30 calon untuk memenangi anugerah Ballon D’or 2021, dengan membariskan para pemain terhebat dunia pada ketika ini.

Lionel Messi dianggap calon kegemaran untuk memenangi anugerah tersebut, selepas melihat pencapaian gemilang beliau sepanjang musim lalu.

Selain Messi, gandingan midfield Chelsea, Jorginho dan N’Golo Kante turut dianggap calon kegemaran dan antara yang terbaik untuk memenangi anugerah tersebut.

Ia kerana kedua-dua mereka memainkan peranan penting dalam membantu Chelsea memenangi gelaran Champions League dan Super Cup pada tahun ini.

Jorginho pula dianggap sebagai calon yang lebih baik berbanding Kante kerana beliau turut berjaya membawa skuad Itali untuk memenangi gelaran Euro yang dipertandingkan pada tahun ini.

Robert Lewandowski juga antara yang berpotensi untuk membawa pulang anugerah paling berprestij ini, selepas beliau memecahkan rekod 50 tahun Bundesliga sebagai penjaring gol terbanyak dalam satu musim.

Tambahan pula, beliau merupakan individu paling layak untuk memenangi anugerah ini pada tahun lalu, namun sayangnya ia tidak berlaku kerana anugerah tersebut dibatalkan atas masalah pandemik.

Walau bagaimanapun, Ronaldo Nazario percaya yang anugerah itu sepatutnya diberikan kepada bintang handalan Real Madrid dan Perancis, Karim Benzema.

Pemenang anugerah Ballon D’or paling muda dalam sejarah itu memuat naik status di laman Facebook dengan menyatakan:

“Tanpa keraguan, calon pilihan saya untuk memenangi anugerah Ballon D’or tahun ini adalah Karim Benzema. Penyerang terhebat, sangat menakjubkan untuk tempoh 10 tahun terakhir ini dan Juara berbanding yang lain. Kamu tak rasa betul?”

Tanpa Cristiano Ronaldo, Benzema telah memainkan peranan terpenting dalam skuad Real Madrid dan beliau turut menjadi penjaring utama Los Blancos sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pemergian Sergio Ramos pada musim panas lalu menyertai Paris Saint Germain, telah menyebabkan beban yang dipikul oleh Benzema di Santiago Bernabeu semakin bertambah.

Pemain berusia 33 tahun itu setakat ini sudah berjaya menjaringkan 35 gol untuk kelab dan negara dalam tahun ini.

Beliau turut cemerlang membantu Perancis menjuarai saingan UEFA Nations League pada minggu lalu, selepas gagal melakukannya ketika aksi saingan Euro 2020 beberapa bulan lalu.

Bercakap baru-baru ini, Benzema mendedahkan yang memenangi anugerah Ballon D’or sudah menjadi impian beliau sejak dari kanak-kanak lagi.

“Sejak saya masih kecil, saya selalu mengimpikan untuk memenangi anugerah Ballon D’or, ia merupakan impian setiap pemain.”

“Jelas sekali bola sepak merupakan sukan berkumpulan, tapi ketika kamu membantu pasukan untuk menang, ketika kamu menjadi penting sebalik kejayaan, ketika kamu jaringkan gol kemenangan, ia sudah menjadi lumrah untuk mana-mana pemain berimpian untuk memenangi anugerah Ballon D’or.”

“Sudah tentu, saya bekerja keras semampu saya untuk menang Piala, dan saya harap, satu hari nanti saya akan mampu untuk capai impian saya sejak kanak-kanak.”

Ronaldo Nazario jelas yakin yang Benzema sepatutnya layak untuk memenangi anugerah Ballon D’or tahun ini, namun melihat kepada senarai calon, agak sukar sebenarnya untuk bintang Perancis itu menewaskan pesaing-pesaing terdekatnya.

30 Calon Akhir Ballon d’Or 2021

1. Cesar Azpilicueta (Chelsea)

2. Nicolo Barella (Inter Milan)

3. Karim Benzema (Real Madrid)

4. Leonardo Bonucci (Juventus)

5. Kevin De Bruyne (Manchester City)

6. Giorgio Chiellini (Juventus)

7. Cristiano Ronaldo (Manchester United)

8. Ruben Dias (Manchester City)

9. Gianluigi Donnarumma (Paris Saint-Germain)

10. Bruno Fernandes (Manchester United)

11. Phil Foden (Manchester City)

12. Erling Braut Haaland (Borussia Dortmund)

13. Jorginho (Chelsea)

14. Harry Kane (Tottenham Hotspur)

15. N’Golo Kante (Chelsea)

16. Simon Kjaer (AC Milan)

17. Robert Lewandowski (Bayern Munich)

18. Romelu Lukaku (Chelsea)

19. Riyad Mahrez (Manchester City)

20. Lautaro Martinez (Inter Milan)

21. Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain)

22. Lionel Messi (Paris Saint-Germain)

 23. Luka Modric (Real Madrid)

24. Gerard Moreno (Villarreal)

25. Mason Mount (Chelsea)

26. Neymar (Paris Saint-Germain)

27. Pedri (Barcelona)

28. Mohamed Salah (Liverpool)

29. Raheem Sterling (Manchester City)

30. Luis Suarez (Atletico Madrid)

Senarai 10 Calon Akhir Yashin Trophy

Anugerah Yashin Trophy merupakan anugerah baru yang diperkenal di Anugerah Ballon d’Or yang berlangsung di di Theatre du Chatelet, Paris, Perancis pada tahun 2019 khas untuk penjaga gol yang sering dianak tirikan.

Anugerah Yashin Trophy dinamakan sempena nama penjaga gol lagenda dunia dan Russia, Lev Yashin yang telah diangkat sebagai penjaga gol terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Kali terakhir penjaga gol memenangi Ballon d’Or adalah pada tahun 1963 apabila penjaga gol lagenda, Lev Yashin diangkat sebagai pemenang.

Alisson Becker yang merupakan penjaga gol pasukan paling hebat di muka bumi ini, Liverpool telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pemain pertama yang memenangi anugerah Yashin Trophy.

Berikut merupakan senarai 10 Calon Akhir Yashin Trophy dan tiada Alisson Becker:

1. Gianluigi Donnarumma
2. Ederson
3. Kasper Schmeichel
4. Edouard Mendy
5. Thibaut Courtois
6. Keylor Navas
7. Emiliano Martinez
8. Manuel Neuer
9. Jan Oblak
10. Samir Handanovic

Sumber: SPORTbible

Kredit:thesukan.net

“Nak Cakap Apa, Nak Datang Meminang” DSV ‘Cer0b0h’ Rumah Lqbal Bagi Cincin Pukul 3 Pagi

 


Usahawan dan bakal penyanyi, Iqbal Zulkefli terkejut dengan kedatangan jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida ke kediamannya seawal pukul 3 pagi pada Sabtu.

Jelas Iqbal, tindakan Vida seakan-akan mencer0boh kawasannya itu tanpa dirancang biarpun telah merahsiakan alamat kediamannya daripada pengetahuan sesiapa sebelum ini.

“3 pagi, terkejut. Mana dapat alamat ni. Aduh, tak faham betullah. Tanpa bagitahu pun mahu datang.

Terkejut saya keluar tak pakai baju tak pakai seluar. Tadi nasib balk gelap,” kata Iqbal dalam sepotong video yang dimuat naik di media sosialnya.

Dalam video berkenaa, Vida memegang sebentuk cincin permata jenis tanzanite biru sambil memakainya di hadapan Iqbal.

Kata Vida; “Nak cakap apa, I nak datang meminang?”

Selain Vida, sesi pertemuan itu turut ditemani anak terunanya, Kacak yang muncul bersama kereta pemandu peribadi mereka.

Tegas Iqbal, dia tidak berupaya memberikan Iayanan balk kepada tetamunya yang muncul secara mengejut dan akan memulangkan semula cincin yang telah dihadiahkan kepadanya itu.

“Kedatangan Datuk Seri Vida di rumah saya jam 3 pagi tadi tanpa pengetahuan saya. Kali terakhir saya berhubung dengan beliau pada bulan September. Saya keluar tanpa pakaian penuh kerana fikir adik saya yang ketuk pintu rumah.

Alamat rumah saya pun entah dari mana beliau jumpa.

“Saya layan sahaja dengan em0si yang tidaklah seberapa baik. Beliau tinggalkan sebentuk cincin, pasti saya tdak akan sesekali pakai.

Semestinya saya akan pulangkan kembali. Saya sebenarnya penat begin’,” tulis Iqbal.

Dalam hantaran sama, Iqbal turut menghubungi pengawal keselamatan mempertikaikan kebenaran untuk kenderaan milik Vida memasuki kawasan rumahnya pada lewat malam.

Sumber : Gempak

Kredit:gegar hiburan.com

“Caprice Ni Poyo, Syok Sendiri, Minta RM600,000 Untuk Buat Lagu” -Iqbal


 Baru-baru ini, perkongsian bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal Zulkifli menjadi perhatian apabila mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar segera.

Menerusi perkongsian tersebut, Iqbal turut menawarkan bajet dengan kos rendah iaitu sebanyak RM500,000 untuk mencipta lagu termasuk muzik video. Ujarnya, tujuan lagu tersebut adalah untuk meluahkan perasaan sedihnya dan mahu lagu tersebut menjadi kenangan.

Terbaru, hasrat Iqbal untuk bergelar penyanyi hampir terbantu apabila penyanyi rap Caprice meletakkan harga tinggi untuk sebuah lagu ciptaannya.

Bagaimanapun, Iqbal menyifatkan Caprice seorang yang berlagak serta permintaan penyanyi itu agak mengarut apabila memintanya untuk menari di depan orang ramai.

“Saya nak lagu yang strong dan ada standard, bukan lagu yang ala-ala lagu TikTok. Caprice nak harga RM600,000, mengarutkan?” katanya.


Sebelum ini, menerusi Insta Story, Iqbal berkata dia sudah menghubungi kumpulan Floor88 untuk menghasilkan lagu untuknya dan kini sedang mengikuti kelas vokal.
“Saya dah lock buat lima buah lagu dengan Eric (Floor88). Dia telak harga market dan standard semasa, tak macam orang lain ambil kesempatan dengan saya.

“Tapi kalau ikut hati nak lagu daripada komposer yang ada nama macam M.Nasir, baru ada standard.

“Sebenarnya suara saya okay je. Tak perlu menyanyi pakai autotune. Dulu saya belajar taranum jadi tahu sikit macam mana lontar vokal,” katanya.

-rotikaya.com

“Caprice ni poyo, syok sendiri. Saya minta lagu lain tapi dia nak ikut pendapat dia je. Ada ke patut dia suruh saya nyanyi lagu hip hop lepas tu menari depan orang ramai.