"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Sabtu, 18 September 2021

Semakan Status Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa 3 (September 2021)

 


Semakan status BPR (Bantuan Prihatin Rakyat) 2021 akhirnya boleh dilakukan di laman portal rasmi BPR bagi mereka yang membuat rayuan pada 15 Jun – 30 Jun 2021.

Sebelum ini Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah membuka permohonan rayuan BPR 2021 bagi pemohon yang berstatus Tidak Lulus BPR 2021; atau pemohon yang berstatus Lulus BPR 2021 dan terhad kepada rayuan bagi tambahan anak, perubahan status perkahwinan dan perubahan pendapatan sahaja. 

Semakan Status BPR 2021

Sebagai makluman, semakan status BPR bagi yang membuat rayuan dan pemohon sedia dibuka mulai 18 September 2021 (Sabtu) melalui laman portal rasmi BPR 2021

https://bpr.hasil.gov.my/

Selain daripada laman portal, semakan BPR juga boleh dibuat melalui cara berikut;

  1. Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  2. Hubungi MoF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
  3. Hadir ke LHDNM yang berhampiran 

Cara Membuat Semakan Status BPR 2021 Melalui Portal Rasmi BPR (https://bpr.hasil.gov.my

  1. Klik Log Masuk
  2. Masukkan Nombor MyKad
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan kata laluan
  5. Klik Menu Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan
    1. Status Permohonan
    2. Maklumat Pembayaran (Jika Ada)
Jumlah Bayaran BPR Fasa 3 (September 2021)

Untuk bayaran BPR fasa 3, jumlah bayaran adalah bergantung kepada kategori masing-masing.

Kategori Isi rumah

  • Isi rumah <2500 (Kurang dari 1 anak) – RM500 
  • Isi rumah <2500 (2 anak ke atas) – RM1100
  • Isi Rumah >2501 – 4000 (Kurang dari 1 anak) – RM200 
  • Isi Rumah >2501 – 4000 (2 anak ke atas) – RM600
  • Isi Rumah >4001 – 5000 (0-1 anak berumur 60 ke atas) – RM200
  • Isi Rumah >4001 – 5000 (Kurang dari 1 anak) – RM100 
  • Isi Rumah >4001 – 5000 (2 anak ke atas) – RM200
Jumlah Bayaran BPR Fasa 3 ke atas

Sumber: https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021(FAQ)BayaranFasaKedua.pdf 

* Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada pengumuman yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan dalam masa terdekat.

Kategori Bujang

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pembayaran bagi kategori bujang untuk fasa tiga kerana peruntukan BPR fasa 3 hanya diberikan bagi fasa pertama dan kedua sahaja.

Jumlah keseluruhan BPR untuk bujang adalah RM350 dan tiada pembayaran untuk fasa 3.

Bujang Tiada Pembayaran Fasa 3
Tarikh Pembayaran BPR Fasa 3

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank pada penghujung bulan September bersekali dengan pemohon yang lulus rayuan BPR.

Pun begitu, tarikh sebenar pembayaran tidak dimaklumkan oleh beliau. Kementerian Kewangan dijangka akan mengumumkan tarikh pembayaran rasmi selepas ini

Info dan Maklumat Lanjut

Sebarang info dan maklumat lanjut sila lihat laman rasmi portal BPR

https://bpr.hasil.gov.my/

Tarikh Kemaskini: 18 September 2021

Soalan Lazim

Bilakah tarikh semakan rayuan BPR boleh dibuat?

Mulai 18 September 2021 (Sabtu) melalui laman portal BPR https://bpr.hasil.gov.my/ 

Bilakah Tarikh Pembayaran BPR Fasa 3?

Penghujung September 2021, tarikh sebenar akan dimaklumkan.

Berapa Jumlah Bayaran BPR Fasa 3?

Sila rujuk artikel

-bantuanrakyat.my

Pelantikan abang PM undang kebimbangan komitmen kerajaan laksana reformasi institusi, kata Guan Eng

 

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata pelantikan abang Perdana Menteri, Zamri Yaakob sebagai Pengerusi NAFAS menimbulkan perasaan skeptikal terhadap kerajaan dalam usahanya melakukan reformasi institusi.

PETALING JAYA: Pelantikan Zamri Yaakob, yang juga abang kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, sebagai Pengerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengundang kebimbangan terhadap komitmen kerajaan melaksanakan reformasi institusi selepas persetujuan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Transformasi dan Kestabilan membasmi konflik kepentingan, termasuk nepotisme.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berkata pelantikan Zamri itu menimbulkan perasaan skeptikal terhadap kerajaan.

“Walaupun MoU bagi Transformasi dan Kestabilan antara Perdana Menteri dan Pakatan Harapan (PH) tidak menyebut sebarang perkara mengenai pelantikan Kabinet atau GLC (syarikat berkaitan kerajaan), tidak ada keraguan bahawa pelantikan berbentuk habuan politik sebagai pertukaran untuk sokongan, konflik kepentingan atau nepotisme akan meningkatkan pengawasan atau keraguan yang lebih besar mengenai komitmen kerajaan terhadap reformasi institusi yang disebut dalam MoU,” katanya dalam kenyataan.

Kandungan MoU itu meliputi enam perkara, yang ditandatangani Ismail dan kepemimpinan tertinggi PH membabitkan Lim, Presiden PKR Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah Mohamad Sabu, serta Presiden UPKO Wilfred Madius Tangau.

MoU terbabit antara lain bertujuan menstabilkan situasi politik demi memastikan pengurusan Covid-19 tidak terganggu, selain memulihkan ekonomi negara.

Semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Azizi, mempertahankan pelantikan Zamri, dengan menyatakan tidak berlaku amalan nepotisme kerana beliau layak memegang jawatan berkenaan.

Nazri berkata, beliau percaya pelantikan Zamri yang sebelum ini ialah Pengerusi Pertubuhan Peladang Pahang, tiada kaitan dengan Perdana Menteri kerana ia dimuktamadkan oleh Ahli Lembaga NAFAS.

“Dia ada kebolehan, takkan kerana dia abang kepada PM, dia tak boleh buat kerja apa-apa. Tun M (Mahathir Mohamad) dulu pun cakap begitu juga, anak-anak dia diberi jawatan macam-macam, tapi dia kata tak boleh nak halang sebab orang lantik dia.

“Jadi, dalam isu ini, kita tak boleh nak marah (PM), tiada isu pun…masing-masing ada kebolehan untuk manfaat negara,” katanya kepada FMT.

Reda Tiada Jodoh, Iqbal Putus Asa Kahwini DSV?


 Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkifli.

Bagaimanapun, perkahwinan itu tidak dipersetujui oleh Cik B. Terbaru, Iqbal reda sekiranya tidak bertemu jodoh serta tidak akan berkeras lagi untuk menjadikan Vida sebagai isterinya.


Kata Iqbal, dia perlu menghormati perasaan Cik B dan Kacak serta menjaga maruahnya kerana selama ini dia yang bertahun-tahun memperjuangkan untuk berkahwin.

Ujar Iqbal lagi, dia masih mempunyai perasaan cinta terhadap Vida namun dia bimbang adakah Vida sanggup bersamanya disaat dia jatuh mahupun ketika sakit.


Dalam pada itu, Iqbal turut memohon maaf di atas kisah cinta mereka yang tular di media sosial sehingga berlarutan sejak sebulan lalu.

-RotiKaya

Fara Salleh rimas masih diganggu Shuk?


Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pelakon dan pelawak Shuk Sahar disebabkan orang ketiga dikenali sebagai Fara Salleh.

Bagaimanapun, Shuk sudah pun memohon maaf dan berjanji akan melakukan yang terbaik buat keluarganya untuk menebus kesalahan tersebut. Malah, difahamkan, baru-baru ini Shuk sedang mengikuti tabligh.

 Terbaru, menerusi satu perkongsian di IG Story Fara meluahkan rasa rimas kerana masih lagi diganggu oleh seorang lelaki yang tidak berhenti mencarinya.


Tidak menyebut nama individu berkenaan, namun Fara ada mengatakan lelaki tersebut pergi tabligh seolah merujuk kepada Shuk yang juga baru-baru ini turut mengikuti jemaah berkenaan

Menerusi perkongsian tersebut, Fara turut memuat naik gambar memaparkan bahagian belakang badan individu tersebut.

Bagaimanapun, Fara sudah pun memadam perkongsian berkenaan selepas beberapa minit memuat naik gambar tersebut.

-RotiKaya

Jawatan Kosong: Majlis Amanah Rakyat (MARA)


Sila pastikan anda membaca maklumat jawatan, syarat serta kelayakan yang dikehendaki dengan teliti sebelum mengemukakan sebarang permohonan bagi jawatan kosong ini.

 Permohonan Jawatan

1. Pegawai Latihan Vokasional Gred DV41

2. Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV29

3. Penolong Jurutera Gred JA29

Kelayakan Minima: STPM / Diploma / Ijazah

Majikan: Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA)

Tutup Permohonan: 26 September 2021

Untuk Memohon, Rujuk Pautan Berikut

Untuk makluman anda, permohonan jawatan kosong MARA ini adalah merupakan kekosongan terkini di https://www.mara.gov.my/en/job-opportunities-at-mara/

Pemohon haruslah mengisi maklumat yang lengkap merangkumi maklumat peribadi diri serta memastikan untuk turut memuat naik resume pemohon yang terkini serta dokumen sokongan berkaitan.

Sila kemukakan permohonan anda melalui portal atas talian MARA seperti yang diberikan pada point kelima.

Hanya calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk sesi temuduga dan permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan adalah dianggap tidak berjaya:

Untuk maklumat lanjut & syarat-syarat kelayakan jawatan ini, sila klik pada pautan berikut: KLIK SINI

Keperluan & Kelayakan Memohon

Sekiranya anda merupakan calon yang memiliki kelayakan dengan kelulusan Ijazah, Diploma, Sijil Persekolahan (PMR, SPM, STPM, “A” Level, Pra-Universiti) atau Kelayakan Professional yang diiktiraf adalah di pelawa bagi mengisi kekosongan jawatan yang dinyatakan di atas. (Sila rujuk syarat kelayakan di bawah terlebih dahulu)

Kelebihan Pemohon

  • Kemas
  • Berpengetahuan am
  • Mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain (rujuk kelayakan permohonan di bawah)

Manfaat Pekerjaan

  • Gaji dengan pelbagai imbuhan menarik
  • Cuti Tahunan
  • Cuti Sakit dan lain-lain (rujuk iklan permohonan kerja kosong di bawah)

Bagaimana Memohon

  1. Permohonan kerja kosong terbaru di atas boleh dilakukan secara online/ atas talian. Sila ikuti arahan seperti di bawah.
  2. Klik pada pautan “KLIK SINI” di atas, kemudian rujuk pada maklumat permohonan, syarat serta tarikh tutup permohonan jawatan tersebut.
  3. Bagi permohonan kali pertama, pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu (sekiranya diperlukan) sebelum melakukan pengisian maklumat yang diperlukan oleh sistem.
  4. Pemohon disarankan bagi mengemaskini maklumat-maklumat terkini yang diperlukan di dalam sistem ini. Calon yang disenarai pendek akan dipanggil temuduga. Semoga berjaya!
Sumber:portalmalaysia.com

PANAS TERBARU!!! LHDN BAKAL AMBIL TINDAKAN MAHKAMAH TERHADAP KFA ?


Potongan cukai pemain bolasepak sejak 2014 tidak dibayar. Mukhriz dan Asmirul dituntut beri penjelasan.

Minggu lepas pengurusan KFA menerima tamparan hebat apabila LHDN memberi katadua terhadap KFA supaya menjelaskan tunggakan cukai para pemain bolasepak Hijau Kuning sejak 2014 yang berjumlah RM9.7 juta.

Pasukan bolasepak KDA FC juga menghadapi risiko untuk tidak dibenarkan menyertai Piala AFC jika terdapat bekas pemain yang membuat laporan terhadap AFC berhubung pengianayaan yang dilakukan terhadap pemain bolasepak sebelum ini.

Sebagai maklumat, tunggakan tersebut berlaku sebelum dari KFA bertukar tangan kepada Presiden terkini, Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Sewaktu Sanusi mula mengambil alih pentadbiran KFA tahun lalu, beliau dikejutkan dengan hutang pengurusan bolasepak berjumlah RM16 juta (termasuk tunggakan gaji pemain). Bagaimanapun Sanusi telah melunaskan semua gaji pemain yang tertunggak. Kini beliau berhadapan pula dengan tunggakan cukai pendapatan pemain, angkara pentadbiran KFA terdahulu.

Rakyat Kedah menuntut bekas Presiden KFA YB Dato’ Mukhriz dan bekas Setiausaha Kehormat KFA, YB Asmirul Anuar Aris memberi penjelasan berhubung perkara tersebut dalam Sidang DUN Kedah yang akan diadakan Isnin nanti.

Jumaat, 17 September 2021

Wow: Umur baru 17 tahun sudah ada dua isteri

 

Foto tular yang menunjukkan upacara akad nikah dengan salah seorang pengantin perempuan sedang berlangsung. 

JAKARTA – Seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di  wilayah Sumatera Selatan menjadi tular kerana melangsungkan pernikahan dengan dua orang gadis dalam tempoh selang dua jam pada  Jumaat lepas, lapor laman berita Suara.com.

Remaja dikenali sebagai Supandi itu  menikahi Annisa, 17 dan Sangkut yang juga berumur  17 tahun. Ketiga-tiga  mereka berasal dari kampung yang sama.

Menurut Setiausaha Kampung Karang Anyar, Wildan Hakim, ketiga-tiga mereka sememangnya mempunyai hubungan yang rapat sejak beberapa tahun lalu.

“Kedua-dua datuk pengantin perempuan ialah adik-beradik.

“Pernikahan mereka telah dirancang dan berlangsung di rumah pengantin perempuan,” kata Wildan.

Upacara akad nikah pertama antara Supandi dan Annisa dilangsungkan di rumah keluarga gadis itu pada pukul 1 petang (waktu tempatan), manakala akad nikah bersama Sangkut dilakukan di rumah gadis itu pada pukul 3 petang (waktu tempatan).

“Pernikahan itu direstui oleh kedua-dua keluarga.

“Bagaimanapun, mereka hanya melakukan upacara akad nikah kerana majlis perkahwinan akan diadakan pada tahun depan,” ujar Wildan.

Sementara itu, Wildan berkata, pemerintah kampung telah mengingatkan ketiga-tiga pengantin baharu itu bahawa pernikahan tersebut dikategorikan sebagai perkahwinan bawah umur.

“Bagaimanapun, semua keluarga terlibat mempersetujui pernikahan itu dan mereka perlu tinggal bersama ibu bapa masing-masing,” ujarnya. – AGENSI 

Dapat berita mak ayah terpaksa ditidurkan, polis menangis ketika bertugas

 


Menerima khabar kurang enak berkaitan keluarga ketika sedang bertugas sememangnya satu perkara yang sangat membimbangkan.

Sudah tentu hari yang berlalu terasa lama dan sangat merisaukan kerana tidak dapat menatap terus sosok ahli keluarga yang tidak bersama kita.

Menangis ketika bertugas

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @mrbulatt87 apabila memuat naik momen sedih yang dihadapi seorang anggota polis apabila menerima panggilan memaklumkan ibu dan bapanya terpaksa ditidurkan kerana Covid-19.

Mak ayah juga anggota polis

Dapat dilihat anggota polis tersebut tidak dapat menahan tangis selepas dimaklumkan hal tersebut menerusi panggilan telefon.

Difahamkan, ibu bapa kepada anggota polis berkenaan juga merupakan anggota polis sebelum ini.

Semoga tetap kuat

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa sebak melihat keadaan tersebut.

Mereka juga mengakui perkara sebegitu sememangnya sangat memeritkan lagi-lagi mendapat berita ketika sedang bekerja.

Semoga ibu dan bapanya diberi kesembuhan seperti sedia kala.

Keras mana pun kita bab mak ayah tetap tewas

Dah lama tak jumpa dapat berita gini memang sedih

Semoga ibu bapanya diberi kesembuhan

Kalau bab mak ayah memang akan terluka & menangis

 

Sumber: TikTok @mrbulatt87

Credit: ohmymedia.cc

Ismail Sabri adalah PM kepada rakyat, bukan hanya Presiden UMNO

 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Seperkara yang perlu difahami selepas perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) kerajaan dengan pembangkang adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan Perdana Menteri (PM) kepada semua rakyat dan bukan hanya kepada Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO tidak lagi boleh mengawal Ismail Sabri atau melayaninya seperti memegang jawatan Naib Presiden dalam parti, ia bermakna mereka tidak boleh memaksanya untuk mengikut telunjuk sesuka hati.

Bagi Ismail Sabri, perkara yang lebih penting sekarang adalah memberi fokus ke arah usaha memulihkan negara, implikasi pandemik Covid-19 bukan sahaja terhadap ekonomi negara tetapi ia juga sudah mengubah sebahagian kehidupan rakyat di bawah ketika ini.

Jika dahulu sebelum Covid-19 muncul, rakyat boleh hidup dengan selesa walaupun tidak mewah, bagaimanapun keadaan tersebut sudah berubah apabila yang dahulunya hidup selesa kini ramai juga yang jadi papa kedana.

Banyak yang kehilangan pekerjaan, kemunculan banyak penjaja-penjaja yang memacak payung berniaga di tepi jalan sudah cukup mencerminkan kepayahan hidup yang dihadapi sekarang, ia belum mengambilkira profesional seperti juruterbang, jurutera, kontraktor dan eksekutif di syarikat swasta yang juga terkena tempias apabila dibuang kerja.

Realitinya, zaman pandemik menguji rakyat dengan pelbagai cabaran hidup baharu, tiada pilihan selain mencari jalan untuk survival demi sesuap nasi tanpa mengira cara apa sekalipun asalkan ia halal.

Rakyat sudah berubah dan parti-parti politik juga perlu mengubah cara pemikiran mereka serta mencari strategi yang berbeza, tidak ada guna lagi bergaduh setiap hari dan berebut kuasa tetapi akhirnya yang rugi adalah rakyat.

Begitu juga UMNO, pemimpinnya tidak boleh melayani Ismail Sabri sebagai budak suruhan parti yang hanya akan mengikut telunjuk segelintir pemimpin atasan, jalan terbaik adalah menasihati dan memberi cadangan yang dapat membantu beliau dalam mengendalikan urusan pentadbirannya.

Namun, ia bukan mudah untuk mengubah pemikiran lama yang sudah berkarat dalam UMNO, segelintirnya masih berlagak seolah-olah parti tersebut kuat seperti dahulu dan mahu membuat keputusan mengikut sesuka hati.

Keadaan tersebut sudah tidak lagi wujud dan UMNO perlu berpijak di bumi yang nyata dan bukan lagi hidup dalam kenangan, kebergantungan UMNO sekarang adalah kepada Bersatu, PAS, GPS dan beberapa Ahli Parlimen Bebas yang menyokongnya.

Jika tanpa sokongan rakan parti-parti ini mustahil UMNO dapat menjadi dominan dan kembali berkuasa di Putrajaya, sikap lama yang mendabik dada dan sombong perlu diketepikan sebaliknya pendekatan diplomasi dengan semua parti yang ada adalah jalan terbaik.

Oleh sebab itu, Ismail Sabri mengambil jalan perdamaian atau dalam erti kata lain tidak mencari gaduh dengan musuh, kerjasama politik rentas parti yang dahulunya dilontar oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin diteruskan demi menjamin kestabilan politik negara.

Langkah tersebut mungkin tidak memuaskan hati segelintir kecil dalam UMNO. Individu seperti Zahid, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Khaled Nordin, Datuk Puad Zarkashi, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan lain-lain yang suka menjadi batu api tidak perlu dilayani Ismail Sabri sekiranya mahu lama menjadi PM.

Ismail Sabri boleh mendengar nasihat dan pendapat yang diberikan tetapi tidak bermakna ia perlu diterima bulat-bulat, bukankah konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan seharusnya memupuk semangat musyawarah dan diplomasi sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Ideologi politik lama di mana semua keputusan yang dibuat oleh UMNO adalah betul dan perlu diikuti sudah tidak lagi relevan dalam konteks politik sekarang, Ismail Sabri mungkin tidak berani untuk menyuarakan pandangan sedemikian kerana ia pasti mengundang rasa tidak puas hati di kalangan akar umbi.

Tetapi apa pilihan yang Ismail Sabri ada, pilihan dan jawapan terbaik kepada setiap keputusan yang bakal diputuskannya perlu mengambilkira semua pihak dan tidak membelakangi semangat ‘Keluarga Malaysia’ yang beliau sendiri perkenalkan.

Ia tidak bermakna Ismail Sabri perlu tunduk kepada pembangkang tetapi beliau boleh menggunakan jalan tengah atau keputusan ‘menang-menang’ yang dapat memberi kelegaan kepada semua, bukan hanya kepada UMNO tetapi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Hanya dengan menjadi PM kepada semua rakyat baharu Ismail Sabri akan dapat membawa keluar negara daripada krisis kesihatan paling teruk pernah berlaku dalam sejarah negara, bukan PM kepada Zahid atau parti UMNO sahaja.

Semoga maju jaya Datuk Seri Ismail Sabri.

-Agenda Daily

Perang poster makin hangat (ABPBH). Wajarkah?

 

Strategi Siti Nordiana FC bersandarkan kepada kekuatan dan semangat penyokong yang sentiasa gigih berusaha demi memastikan undian buat Siti Nordiana.

HALAMAN HIBURAN

Perang poster makin hangat Anugerah Bintang Popular ..

KUALA LUMPUR: Sebaik pusingan pertama undian Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 dibuka minggu lalu, perang poster digital antara individu dan kelab peminat melalui media sosial, makin rancak.

Sejak proses undian calon kategori utama dan online ABPBH dilaksanakan 100 peratus atas talian pada 2017, penggunaan platform digital terutama media sosial dalam kempen meraih undi calon dan mempromosikan acara anugerah ini, meningkat setiap tahun.

Kali kedua dianjurkan pada era pandemik COVID-19, penyokong termasuk ahli kelab peminat atau 'FC' dilihat sudah membiasakan diri mempromosi dan melobi calon ABPBH 34 melalui penerapan norma baharu termasuk pergantungan kepada media sosial sebagai kaedah paling selamat mendekati kumpulan sasaran.

Tidak hairanlah, sejak 10 September lalu, sebaik undian peringkat pertama ABPBH 34 dibuka, perang poster calon awal acara anugerah ini mula dilihat dengan masing-masing melakukan gerak gempur memastikan artis pujaan mara ke peringkat Top 5.

Bukan sekadar poster kreatif, kreativiti peminat diserlahkan lagi dengan perkongsian video atau foto yang diiringi lagu latar, tanda pagar #ABPBH34 dan tema #KITABERSAMA yang diangkat pada edisi ke-34 acara anugerah pilihan peminat paling lama bertahan di Malaysia ini.

BH mendapatkan reaksi beberapa kelab peminat yang tidak putus-putus berkempen memastikan artis pujaan mereka mara ke peringkat Top 5, sekali gus melakar kejayaan pada malam kemuncak ABPBH 34 yang bakal diadakan pada 13 November depan.

Bagi kelab peminat artis serba boleh, Sherry Alhadad, strategi sama diatur kali ini bagi memastikan artis kesayangan mereka bolos Top 5.

Presiden dan Pengurus Sherrylicious Fan Club (FC), Wan Rohaya Wan Azmi, berkata selain berkempen, ahli kelab memastikan undian dilakukan konsisten.

"Strategi kami masih sama seperti tahun lalu. Kami ada pasukan yang fokus kepada undian harian dan akan sentiasa mencari jalan untuk menambahbaik proses itu.

"Selain itu, kami berkempen dan mengajak peminat Sherry sama-sama mengundinya. Dalam menyediakan poster digital, kami bagaimanapun tidaklah selalu di hadapan.

"Namun, kami masih melakukannya untuk menyemarakkan ABPBH 34. Ini juga bukti sokongan tidak berbelah bahagi kami kepada Sherry," katanya.

Selain berkempen, ahli Sherrylicious Fan Club memastikan undian dilakukan konsisten.

Pada ABPBH 34, Sherry tersenarai sebagai calon awal lima kategori iaitu Pelakon Filem Popular, Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular, Artis Komedi Popular dan Gandingan Serasi Filem Popular bersama Azhan Rani menerusi filem Bikin Filem.

Pada ABPBH 33, Sherry menang kategori Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular.

Wan Rohaya berkata, kelab akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Sherry berada pada kedudukan selesa dan mara sebagai finalis ABPBH 34.

"Soal kemampuan Sherry mengekalkan dua trofi dimenangi tahun lalu, kami berserah. Disebabkan Sherry tercalon dalam lima kategori tahun ini, kami akan cuba sehabis baik dan bertawakal.

"Menang atau kalah, kami tetap bersama Sherry. Namun, kalau menang, itu sudah dianggap bonus buat kami... Insya-Allah," katanya.

Presiden Siti Nordiana FC, Mohd Zuhdi Zainul Abidin berkata, ahli kelab mengekalkan strategi memastikan kemaraan artis versatil itu seperti tahun sebelumnya.

"Berhubung soal perancangan dan strategi, tiada perubahan dibuat kali ini. Cuma, pada era pandemik, kami selalu mengadakan pertemuan virtual bersama peminat.

"Melalui cara itu, kita berkempen untuk meraih undi. Kaedah ini lebih mendekatkan ukhuwah antara peminat Siti Nordiana.

"Strategi kami bersandarkan kepada kekuatan dan semangat penyokong yang sentiasa gigih berusaha demi memastikan undian buat Siti Nordiana," katanya.

Mohd Zuhdi berkata, Siti Nordiana FC juga antara kelab peminat yang agresif dalam perang poster demi memastikan kejayaan artis pujaan.

"Memang kami antara FC yang bersemangat dalam perang poster. Terima kasih buat semua pasukan SitiNordiana FC atas usaha dan inisiatif diambil.

"Ada yang buat poster kreatif sendiri biarpun tiada kepakaran dalam bidang rekaan grafik," katanya.

Khai Bahar Empire melakukan gerak gempur undian awal menerusi pelbagai platform termasuk kumpulan WhatsApp dan Telegram.

Mohd Zuhdi berkata, kelab melancarkan tanda pagar #inilahmasanya sebagai laungan keramat dalam meraih sokongan terhadap Siti Nordiana yang berentap dalam kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Versatil Popular.

"Bukan senang untuk mengekalkan kemenangan lalu. Namun, kami mesti cuba sedaya upaya. Selebihnya, kami berdoa dan bertawakal... Semua yang berlaku adalah atas izin-Nya," katanya.

Sementara itu, Presiden Khai Bahar Empire (KBE), Sarhan Ezani, berkata gerak gempur undian awal dilakukan dalam pelbagai platform termasuk kumpulan WhatsApp dan Telegram.

"Seperti tahun sebelumnya, sebagai strategi awal, kami cuba undi sebanyak mungkin untuk memastikan Khai berada dalam kelompok Top 5.

"Kami berkempen dan melakukan gerak gempur setiap hari. Kelab juga mula berkempen melalui poster sejak pencalonan dibuka.

"Poster ini bukan dari Ahli Jawatankuasa (AJK) FC sahaja, malah, ahli biasa ambil inisiatif sendiri mencipta poster untuk memeriahkan kempen ABPBH 34 di Instagram (IG), Facebook (FB) dan Twitter," katanya.

Sebelum ini, Khai pernah melakukan hatrik mengekalkan trofi Penyanyi Lelaki Popular sejak edisi ke-30 ABPBH sebelum dirampas Haqiem Rusli, tahun lalu.

Pada ABPBH 33, Khai menang kategori Artis Duo Popular bersama Siti Nordiana menerusi lagu Satukan Rasa.

Pada ABPBH 34, Khai menjadi calon awal kategori Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Duo Popular bersama Aina Abdul untuk lagu Nafas Cinta.

Usaha dipergiatkan dilakukan DJ Lin Followers bagi memastikan penyampai radio Suria FM itu sekali lagi membawa pulang trofi Penyampai Radio Popular.

Bagi Presiden DJ Lin Followers, Tuan Auzan Tuan Kamaluddin, usaha dipergiatkan bagi memastikan penyampai radio Suria FM, DJ Lin sekali membawa pulang trofi Penyampai Radio Popular.

"Selepas mendapat tahu DJ Lin tercalon, berita gembira itu dikongsi bersama semua ahli jawatankuasa (AJK) DJ Lin Followers.

"Perkara ini turut dihebahkan kepada semua peminat DJ Lin melalui platform media sosial seperti IG, Twitter dan FB.

"Kami kemudian membuka kumpulan WhatsApp untuk membincangkan strategi undian berdasarkan syarat dan peraturan yang ditetapkan penganjur ABPBH 34," katanya.

Tuan Auzan berkata, kelab merangka strategi dengan menubuhkan dua pasukan di mana masing-masing mempunyai misi berbeza dalam memastikan undian secara optimum.

"Satu kumpulan memberi fokus kepada undian melalui peranti Xiaomi manakala satu kumpulan melakukan kerja-kerja undian percuma," katanya.

Tuan Auzan berkata, mereka bekerja keras bagi memastikan DJ Lin bolos calon Top 5.

"Kemenangan DJ Lin adalah kebahagiaan kami sebagai pengikut setia dan peminat tegar DJ Lin serta Suria Cinta.

"Semua peminat setia DJ Lin pasti bertungkus-lumus dan bekerja keras dalam memastikan rezeki, nasib serta tuah sekali lagi berpihak kepada DJ Lin.

"Sama-sama kita berdoa dan berusaha untuk memastikan DJ Lin sekali lagi berjaya dinobatkan sebagai Penyampai Radio Paling popular pada ABPBH 34.

"Jika hasrat kami menjadi realiti, ini adalah rezeki berganda buat DJ Lin selepas merangkul trofi Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai di Malaysia untuk 2021 anjuran Majalah antarabangsa, Reader's Digest," katanya.

Miralegacy mengatur strategi agar Mira yang pernah merangkul trofi Bintang Paling Popular ABPBH 32 mara sebagai calon Top 5.

Sementara itu, Ketua Urus Tadbir Miralegacy, Ross Harun, berkata strategi diatur agar pelakon dan pengacara, Mira Filzah yang pernah merangkul trofi Bintang Paling Popular ABPBH 32 mara sebagai calon Top 5.

"Alhamdulillah, Miraclegacy teruja dan bersyukur atas empat pencalonan diterima Mira melalui penampilan dalam drama Bidadari Kiriman Tuhan dan Adellea Sofea kali ini.

"Sebaik mendapat tahu undian dibuka sejak 10 September lalu, kami tanpa berlengah mengerah tenaga untuk mengundi Mira melalui setiap saluran," katanya.

Bagaimanapun, Miralegacy tidak menaruh harapan tinggi untuk artis kesayangan membawa pulang trofi. Sebaliknya, menang atau kalah, mereka mahu terus menyokong Mira.

"Untuk ABPBH 34, Miraclegacy tidak meletakkan apa-apa harapan. Kami sangat memahami prinsip dan pegangan Mira iaitu apa juga anugerah atau pengiktirafan yang diperoleh, harus selari dengan kejayaan sesuatu produk atau drama yang dibintangi.

"Kami akan sentiasa memberikan sokongan padu demi kelancaran dan kejayaan karier Mira dalam industri seni seperti slogan Miraclegacy iaitu 'Together We Strong'," katanya.

Mira Filzah dicalonkan dalam kategori Pelakon TV Wanita Popular, Pengacara TV Popular, Artis Versatil Popular serta Gandingan Serasi Drama Popular menerusi dua drama iaitu Bidadari Kiriman Tuhan bersama Zul Ariffin dan Adella Sofea bersama Ungku Ismail.

Penaja utama ABPBH 34 adalah Xiaomi.

Undian peringkat pertama ABPBH 34 dibuka sejak 10 September lalu sehingga 3 Oktober depan.

Sebanyak 14 kategori utama dan enam kategori online dibuka. Bagaimanapun, dua kategori online, iaitu Artis TikTok Popular dan Anugerah FANtastik Popular akan dibuka, bulan depan.

Layari www.abpbh.com.my untuk mengundi artis pilihan anda.