"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Rabu, 15 September 2021

‘Kekang beruk yang lari bersekongkol jatuhkan kerajaan,’ kata Salahuddin Ayub

 

Salahuddin Ayub berkata, undang-undang lompat parti sepatutnya dilaksanakan dalam sesi Parlimen ini, selewat-lewatnya sebelum hujung tahun.


KUALA LUMPUR: Salahuddin Ayub (PH-Pulai) bersetuju dengan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar supaya wakil rakyat tidak menjadikan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor sebagai “sangkar beruk”.

Katanya, perbuatan itu juga perlu diterapkan oleh Ahli Parlimen supaya tidak menjadikan Dewan Rakyat sebagai sangkar beruk dengan bertindak melompat menyertai parti lain sehingga menjatuhkan kerajaan.

Katanya, beliau bersetuju dengan cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021 bagi menghalang wakil rakyat melompat parti.

“Saya setuju dengan undang-undang lompat parti ini, sepatutnya dilaksanakan dalam sesi Parlimen ini, paling lewat sebelum hujung tahun.

“Sultan Johor bertitah semasa perasmian DUN Johor, baginda mengingatkan jangan jadikan DUN Johor sangkar beruk, ya saya setuju jangan jadikan Parlimen (juga) dan DUN sangkar beruk, lompat kepada satu parti kepada satu parti lain sehingga jatuh kerajaan, jadi undang-undang antilompat parti penting,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Ucapan Salahuddin itu dipercayai merujuk kepada beberapa Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH0 yang keluar daripada gabungan itu sehingga kerajaan PH jatuh pada Februari 2020.

Sementara itu Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) bangkit mencelah menyoal bagaimana pula dengan tindakan Salahuddin serta beberapa Ahli Parlimen meninggalkan PAS dan menubuhkan Amanah.

Salahuddin kemudian menjelaskan bahawa tindakan beliau bersama beberapa wakil rakyat keluar PAS tidak menyebabkan kerajaan tumbang.

“Saya lari dari PAS dulu tak jatuh kerajaan, ini lari bersubahat, bersekongkol menjatuhkan kerajaan, ini beruk-beruk harus kita kekang, jangan ada lagi dalam Dewan Rakyat ini (melompat).

“Kita dipilih menjadi YB, bukan pelacur politik. Kita mahu Akta Lompat Parti ini dilaksana,” katanya.

Sebelum ini Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman Said mencadangkan supaya RUU Akta Lompat Parti didebatkan secepat mungkin.

-wrlr

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔𝐉𝐔𝐇 (𝐁𝐌𝐓) 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝟏𝟓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟏.

 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐔𝐏𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐒𝐈𝐌 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔𝐉𝐔𝐇 (𝐁𝐌𝐓) 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐁𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀 𝟏𝟓 𝐒𝐄𝐏𝐓𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑 𝟐𝟎𝟐𝟏.


Sukacita dimaklumkan, RISDA sedang mengemaskini maklumat permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT 2021) Pekebun Kecil dan Penoreh Getah.

Sila layari 

https://bmt.risda.gov.my untuk kemaskini permohonan bermula 15 September 2021 atau ke laman www.pekebunkecilmakmur.com.my untuk mengetahui informasi syarat kelayakan bantuan. 

Sekiranya Tuan / Puan

mempunyai pertanyaan atau masalah mengenai permohonan, sila hubungi Pejabat RISDA Negeri / Daerah di talian ☎️_____ .

_________________________.

Kehadiran ke pejabat buat masa ini adalah melalui temujanji sahaja.

Sekiranya hadir ke pejabat sila pastikan Tuan / Puan memakai pelitup muka dan mematuhi garis panduan

pencegahan Covid-19 yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kerjasama anda amat kami hargai.

#RISDAPrihatin 

#RISDAMALAYSIA 

#PekebunKecilMakmur 

#BMT2021

Jawatan Kosong: Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

 Jawatan Kosong Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)


Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan ditawarkan untuk memohon jawatan kosong di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

Sejarah

The University of Malaya was initially set up in Singapore in 1949 as an amalgamation of the two premier institutions of higher education in colonial Malaya and Singapore, Raffles College and King Edward VII College of Medicine to serve the needs of the colony. Following independence of Malaya in 1957, two autonomous divisions of the university, one in Singapore and one in Kuala Lumpur, were established in 1959. The government of Malaya expressed a desire to change the status of the Kuala Lumpur division to a national University and following appropriate legislation, the University of Malaya was established in 1962. The Singapore Division was renamed the University of Singapore.

In 1961, the Board of Education, University Malaya had proposed that a medical institution be established to cater to the shortages of medical doctors in Malaya at that time.The first Faculty of Medicine in Malaysia was established in the University of Malaya in 1963. Instruction started in 1964 with the first batch of students.

The University motto, “Ilmu Punca Kemajuan” (Knowledge is the Key to Success) and the UMMC and Faculty of Medicine continues to strive to the best of ability to live up to this ideal. University Malaya Medical Centre (UMMC) is one of the organisations in the Ministry of Higher Education. Main objectives of UMMC are health services, learning and research.

Jawatan:

1. PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S41

2. PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S41

3. PEGAWAI PSIKOLOGI GRED S41

4. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN GRED U29

5. JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN GRED U29

6. JURU X-RAY (RADIOTERAPI) GRED U29

7. JURU X-RAY GRED U29

8. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N19

9. PEMBANTU KEMAHIRAN H19 (ELEKTRIK)

10. PENOLONG AKAUNTAN GRED W29

11. JURURAWAT GRED U29

12. PENOLONG JURUTERA GRED (MEKANIKAL) JA29

13. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN GRED U29

14. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN U11

15. PENGAWAL KESELAMATAN GRED KP11

16. PEMBANTU OPERASI GRED N11

Syarat Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

1. Kelayakan SPM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam

a. Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM berikut:

i. Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau

ii. Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang terkumpul dalam dua peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.

b.Selain itu, terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan Kepujian/ Lulus dalam mata pelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti 1(a)(i) dan 1(a)(ii) di atas.

2. Kelayakan SVM Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam

a. Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SVM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SVM berikut:

i. Mata pelajaran Bahasa Melayu (Kod 1104) di peringkat Kepujian (Gred C); dan
ii. Kelayakan SVM dalam bidang berkaitan mengikut syarat skim perkhidmatan.

3.Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1 dan 2 di atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis/ bekas tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis/ tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan:

Syarat Kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR)/ Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

1. Kelayakan PMR/PT3 Sebagai Syarat Lantikan Dalam Perkhidmatan Awam

Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat PMR/PT3, calon hendaklah memenuhi syarat minimum PMR/PT3 iaitu

a. memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya Lulus (Gred D) dalam empat (4) mata pelajaran lain termasuk mata pelajaran Matematik di peringkat PMR; atau

b. memperoleh sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya Lulus (Gred E) dalam empat (4) mata pelajaran lain termasuk mata pelajaran Matematik di peringkat PT3.

2. Syarat-syarat yang dinyatakan dalam perkara 1 atas adalah dikecualikan bagi bekas anggota polis/ bekas tentera yang memohon jawatan berikut tertakluk kepada calon telah disahkan dalam perkhidmatan ketika berkhidmat sebagai anggota polis/ tentera serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan:

Iklan ini telah disiarkan pada 13 Sep 2021 dimana tarikh mula permohonan akan dibuka pada 13 Sep 2021 dan tarikh tutup adalah pada 27 Sep 2021. Sebarang permohonan tidak akan dibenarkan selepas tarikh tutup. Sila log masuk terlebih dahulu untuk membolehkan anda membuat permohonan.

* Sila baca terlebih dahulu iklan lengkap di bawah sebelum membuat permohonan.

Tarikh Tutup Permohonan : 27 September 2021 (Isnin)

Klik Untuk Maklumat Lengkap Iklan

Klik Mohon Secara Online

Semoga Anda Berjaya!

Sumber:Portal Malaysia

Semakan GKP 4.0 : Tarikh Bayaran RM1000 September & November

 


Kerajaan telah memperuntukkan bantuan GKP 4.0 yang akan dibayar pada bulan September 2021.

Untuk pengetahuan, anda juga boleh semak bantuan terbaru yang akan masuk bulan ini iaitu BPR Fasa 3.

GKP 4.0

Geran Khas Prihatin 4.0 ini merupakan bantuan khas kepada PKS (Perusahaan Kecil & Sederhana) Mikro.

Bantuan secara one-off ini adalah untuk membantu meringankan beban & merancakkan ekonomi setempat.

Jumlah Bayaran GKP 4.0

Untuk GKP 2021 ini, pemohon yang layak akan dapat RM1000. Jumlah & tarikh untuk bantuan tambahan  ini adalah seperti berikut :

  • September 2021 – RM500
  • November 2021 – RM500

gkp 4 0 semakan

Semakan GKP 4.0 2021

Semakan online geran ini boleh dibuat dengan cara berikut :

  1. Sila login Portal Rasmi GKP : Klik Sini
  2. Masukkan ID Pengguna & klik Ya untuk Kata Kunci Keselamatan
  3. Masukkan Password
  4. Penyata semakan status bayaran akan dipaparkan

Jika lulus, pastikan nombor akaun bank anda adalah betul.

Untuk maklumat anda, hanya akaun bank persendirian sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan pengkreditan bayaran.

Tarikh semakan status kelulusan GKP 4.0 ini akan diumumkan dalam masa terdekat. Nantikan.

Permohonan Baru GKP 2021

Jika anda tidak pernah dapat GKP sebelum ini, atau anda tidak layak, anda boleh daftar permohonan baru.

Caranya adalah seperti berikut :

  1. Mohon online di GKP Hasil : Daftar
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan
  3. Isi borang permohonan & muat naik dokumen sokongan
  4. Selepas pendaftaran, sila log masuk semula untuk semakan permohonan

Saya tidak pernah dapat GKP, apakah syarat untuk buat permohonan?

Perlu ada SSM dan masih aktif menjalankan perniagaan.

Berapa jumlah bantuan GKP 4.0?

Bagi yang layak, anda akan dapat RM500 secara one-off.

Bilakah tarikh rasmi GKP 4?

Akan dibayar pada bulan September. Untuk tarikh rasmi sila rujuk di sini

Selasa, 14 September 2021

SAINGAN 100 TAHUN PIALA MALAYSIA DIJANGKA SENGIT

 


Dua pasukan yang mengisi balang 2 menjelang undian TM Piala Malaysia 2021, Selangor FC dan Kuala Lumpur City FC dijangka menjadi pasukan yang mahu dielakkan oleh kebanyakan pasukan terutama empat pasukan pilihan, Johor Darul Ta’zim (JDT), Kedah Darul Aman (KDA) FC, Penang FC dan Terengganu FC dari balang 1 menjelang undian 100 tahun Piala Malaysia yang akan berlangsung esok.

Faktor itu terjadi kerana kedua-dua pasukan sedang berada di prestasi terbaik pada penghujung saingan Liga Super yang menyaksikan mereka boleh menewaskan sesiapa sahaja lawan yang akan ditemui di TM Piala Malaysia.

Menurut penganalisis Liga Malaysia yang juga merupakan bekas penyerang kebangsaan, Rudie Ramli, beliau menjangkakan mana-mana pasukan yang akan diundi bersama dua pasukan ini bakal memperlihatkan saingan sengit di peringkat kumpulan.

“Kalau kita tengok persembahan Selangor dan KL City kebelakangan ini, sememangnya mereka akan menjdi cabaran besar kepada pasukan-pasukan di balang satu.

“Biarpun Selangor tewas kepada PJ City pada aksi terakhir namun dalam beberapa perlawanan sebelum itu, mereka saya dapati ada adunan pemain senior dan junior yang begitu baik.

“Mereka tampil cemerlang dalam kebanyakan perlawanan yang dilangsungkan di tempat lawan dan secara keseluruhan, kualiti mereka tidak jauh dengan empat pasukan di tangga teratas.

“KL City pula mempunyai rekod begitu menakjubkan apabila tidak tewas dalam 11 perlawanan di tempat sendiri walaupun mereka ada masalah ketiadaan penyerang import.

“Bagaimanapun, Bojan Hodak (ketua jurulatih KL City) begitu ‘masak’ dengan Liga Malaysia apabila bijak menggunakan Paulo Josue dan Romel Morales beraksi di posisi penyerang selain sudah mula menggunakan Safee Sali.

“Namun, jangan juga memandang rendah satu lagi pasukan di balang kedua iaitu PJ City, mereka sudah mula menemui rentak kemenangan pada dua aksi terakhir selain Melaka United,” katanya.


11 pasukan Liga Super telah mengesahkan tempat selain 2 pasukan Liga Premier, Negeri Sembilan FC dan Sarawak United FC sementara baki tiga lagi slot ke TM Piala Malaysia akan ditentukan antara empat lagi pasukan Liga Premier iaitu membabitkan PDRM FC, Kuching City FC, Kelantan FC dan Kelantan United FC.

Selain balang satu dan dua, balang tiga akan menyaksikan empat pasukan dari tangga kesembilan hingga sebelas Liga Super iaitu Sabah FC, Sri Pahang FC dan Perak FC manakala satu lagi akan diisi juara Liga Premier manakala balang empat antara pasukan di tangga kedua hingga kelima Liga Premier, tanpa mengambil kira kedudukan pasukan Reserve Team.

Undian akan dijalankan dengan cabutan pemilihan pasukan daripada balang pasukan dan komposisi kumpulan akan terbentuk selepas cabutan balang komposisi.

Sementara itu, seorang lagi penganalisis, Syed Adney Syed Hussein, mengakui juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) masih menjadi pilihan utama di atas kertas bagi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi dua tahun lalu namun terdapat beberapa pasukan dijangka mampu memberikan cabaran.

Beliau juga merupakan bekas penjaga gol kebangsaan serta menyarung jersi Selangor, Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), berkata Terengganu FC di bawah kendalian Nafuzi Zain, dijangka akan membuat kebangkitan selepas melalui kekecewaan di penghujung saingan Liga Super.

“Penang, Kedah, Terengganu FC, dan Selangor saya rasa akan beraksi lebih baik di Piala Malaysia dengan mereka mempunyai dua minggu untuk melakukan persiapan.

“Namun saya rasa Terengganu yang menjadi pasukan paling kecewa kerana selepas sekian lama berada di tempat kedua tetapi akibat gagal peraga prestasi terbaik dalam beberapa perlawanan terakhir, mereka terus jatuh ke tangga keempat.

“Saya rasa Nafuzi pasti membangkitkan semula semangat pemain-pemainnya di TM Piala Malaysia yang hanya punyai enam perlawanan sahaja untuk diharungi di peringkat kumpulan.

“Begitu juga dengan Kedah, mereka akan bertambah garang dengan kehadiran semula Kpah Sherman untuk kembali bergandingan semula bersama Tchetche Kipre.

“Namun, saya masih meletakkan JDT sebagai pasukan pilihan kerana ada kekuatan yang baik dari segi barisan pemain utama dan simpanan malah mereka boleh melakukan penggiliran pemain jika diperlukan ekoran kecederaan atau penggantungan mana-mana tonggak utama,” katanya.

-MFL

Respek! Cristiano Ronaldo Dipuji Peminat Guna Kaki Kanan Masuk, Keluar Padang


 SELEPAS 12 tahun meninggalkan Old Trafford, Cristiano Ronaldo memulakan aksinya semalam membelasah Newcastle 4-1.

Walaupun mengakui gugup dalam penampilan kedua bersama Red Devils, pemain berusia 36 tahun itu mula menunjukkan belang sekali gus membantu pasukannya melonjak ke puncak carta Liga Perdana Inggeris.

Gerak geri bekas pemain Juventus itu menjadi perhatian ramai. Tidak hanya 76,000 penonton di stadium, perlawanan tersebut turut ditonton menerusi televisyen dan penstriman langsung di media sosial.

Ketika memasuki padang untuk sesi memanaskan badan dan perlawanan, Cristiano dilihat peminat melangkah masuk menggunakan kaki sebelah kanan.

Malah, selepas aksi perlawanan, bintang bolasepak yang memiliki 342 juta pengikut di Instagram itu turut melangkah keluar menggunakan kaki yang sama.

Pun begitu, para pemerhati sukan Barat menyifatkan ia adalah ‘ritual pelik.’

Malah dalam satu rakaman di TikTok, beliau sanggup mengecilkan langkah untuk memastikan kaki kanan mendahului ketika keluar garisan padang.

Rata-rata wargamaya khususnya Malaysia dan Indonesia memuji tindakan Cristiano yang disifatkan beradab.

Malah, rata-rata menganggap penjaring gol terbanyak dunia itu mencontohi jejak langkah pemain beragama Islam iaitu Paul Pogba dan Mesut Ozil.

Cristiano Ronaldo juga kini pemegang rekod penjaring gol terbanyak antarabangsa. Beliau malah penjaring terbanyak kejohanan UEFA Euro 2020 dengan lima gol.

-SH Online

Isnin, 13 September 2021

Terima tawaran kerajaan diterajui UMNO, Anwar tak rasa terhina ke?

 

Laporan berita sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tawaran kerjasama dwipartisan yang dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Termeterai sudah Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara blok pembangkang dan kerajaan hari ini yang menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tidak rasa terhina lagi.

Berbeza dengan tawaran sama yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, Ketua Pembangkang itu berkata dihina apabila tawaran tersebut diberikan kepadanya tetapi apabila kerajaan baharu diterajui UMNO membuat tawaran beliau rasa bangga dan menerimanya pula.

Bagaimanapun, ia bukan suatu yang luar biasa apabila Anwar membuat keputusan sedemikian kerana sikapnya yang suka memutarbelit fakta dan ia terserlah apabila menipu kononnya memiliki majoriti untuk menjadi Perdana Menteri (PM) sebelum ini.

Ia bukan kali pertama Anwar mendakwa dirinya memiliki sokongan majoriti untuk menjadi PM, sebelum ini juga sudah banyak kali mendabik dada kononnya ada sokongan walhal faktanya tidak ada sokongan.

Untuk rekod, Anwar semasa menolak tawaran Muhyiddin sebelum ini berkata, “Tak pernah saya sebut. Tak pernah saya minta. Tak pernah saya fikir pun munasabah untuk dalam keadaan pandemik, ekonomi yang meleset ini mahu dapat RM40,000, RM50,000 gaji tambahan dan kemudahan setaraf menteri kanan.

“Saya tidak langsung berfikir ini wajar dan munasabah. Takkanlah ini boleh dibuai. Bagi saya satu penghinaan, orang nak dapat RM50, RM100 tambahan sebulan untuk cari nafkah anak-anak pun susah, kamu pelawa ketua pembangkang RM40,000, RM50,000 sebulan tambahan dengan segala status dan sebagainya.”

Sekilas pandang, rakyat akan terpukau dengan kata-kata manis Presiden PKR tersebut, namun selepas keputusan pembangkang bersetuju menandatangani MoU hari ini adakah beliau sudah terlupa kata-katanya sebelum ini?

Lebih memalukan, Anwar menerima tawaran tersebut daripada kerajaan yang diterajui UMNO, tetapi ia bukan satu masalah kerana beliau juga sanggup bersekongkol dengan kleptokrat untuk menjayakan misinya menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Jadi, dimana prinsip perjuangan reformasi dan keadilan yang dilaung-laungkan oleh Anwar bersama pengikut fanatiknya dalam Parti Amanah dan DAP?

Alasan Anwar untuk menerima tawaran PM Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah kerana mengutamakan kepentingan rakyat dan ingin memberi tumpuan kepada usaha menangani krisis kesihatan Covid-19, jadi kesimpulannya sekarang baharu beliau sedar?

Sebelum ini Anwar mungkin tidak berkesedaran sehingga terlupa beliau adalah punca kepada kemelut politik melanda negara dan bertindak membuat komplot bersama anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata mengejar cita-cita peribadi.

Rakyat tidak lupa perbualan klip audio tular antara Anwar dan Zahid pada April lalu, malah rakyat juga tidak lupa surat yang dihantar oleh Zahid dan Datuk Seri Najib Razak sebelum ini ke Istana Negara yang menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai calon PM.

Hari ini, kerajaan dan PH buat pertama kali menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik di Bangunan Parlimen.

MoU berkenaan yang membentuk satu kerjasama ‘dwipartisan’ dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, mempunyai enam agenda merangkumi pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan institusi kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan pembentukan jawatankuasa pemandu.

Untuk rekod, tawaran kerjasama tersebut sebelum ini pernah dibuat oleh Muhyiddin sebelum meletak jawatan tetapi ditolak mentah-mentah pembangkang.

Hanya dengan kerajaan baharu diterajui UMNO sahaja Anwar tunduk dan menerima tawaran MoU tersebut, begitu takut beliau kepada UMNO sehingga mengadaikan prinsip perjuangannya sebelum ini.

-Agenda Daily

Hadiah TMJ kepada Azizulhasni cetus spekulasi

 Gambar menunjukkan Azizulhasni bersama kereta Ford GT milik TMJ yang menjadi tular, baru-baru ini.

Gambar menunjukkan Azizulhasni bersama kereta Ford GT milik TMJ yang menjadi tular, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: Bentuk ganjaran yang dikurniakan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang menjadi tanda tanya khususnya dalam kalangan peminat sukan tanah air.

Malah, ada yang cuba mencetuskan spekulasi atau andaian bahawa TMJ yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) menghadiahkan sebuah 'supercar' kepada Azizulhasni.

Andaian itu dibuat sesetengah pihak dengan hanya melihat Azizulhasni yang dikenali senagai 'The Pocket Rocketman' bergambar bersama kereta Ford GT milik TMJ, baru-baru ini.

Namun, ada juga yang bersikap lebih positif dengan menganggap agak mustahil untuk TMJ menghadiahkan koleksi kereta kesayangannya kepada Azizulhasni.

Menurut laporan beberapa portal, kereta Ford GT itu dipandu TMJ ketika menerima mengadap pelumba basikal trek profesional itu di ibu pejabat JDT.

Berdasarkan status di Facebook HRH Crown Prince of Johor, Selasa lalu juga tidak mendedahkan apa bentuk ganjaran peribadi yang dikurniakan oleh TMJ atas pencapaian Azizulhasni di Sukan Olimpik 2020 baru-baru ini.

Azizulhasni dalam hantaran di Facebook miliknya pada hari yang sama hanya berterima kasih atas kurniaan ganjaran peribadi daripada TMJ dan turut tidak mendedahkan mengenai hadiah yang diterimanya.

"Menjunjung kasih Tunku diatas hadiah peribadi daripada Tunku kepada patik. Patik akan ingat sampai bila-bila. Semoga Allah murahkan rezeki dan merahmati Tunku serta seluruh kerajaan Tunku," tulis Azizulhasni.

Usaha BH Sukan untuk mendapatkan komen daripada Azizulhasni sendiri mengenai spekulasi yang bermain di media sosial berkaitan hadiah peribadi dari TMJ itu juga tidak berjaya.

-myMetro

COVID19:KELONGGARAN PPN KE FASA 2. DILUAR SANA MASIH MERBAHAYA


Nabi Nuh AS melepaskan seekor burung merpati untuk mengetahui sama ada air sudah surut sepenuhnya.  

Oleh sebab air masih meliputi seluruh muka bumi, burung merpati itu tidak mendapat tempat untuk hinggap. Burung merpati itu kembali ke bahtera. Nabi Nuh menunggu selama tujuh hari, kemudian melepaskan burung itu semula. Pada petang hari, burung itu kembali kepada Nuh sambil membawa sehelai daun zaitun yang segar pada paruhnya. Dengan itu Nuh mengetahui bahawa air sudah surut. Dia menunggu selama tujuh hari lagi, lalu melepaskan merpati itu sekali lagi, kali ini merpati itu tidak kembali. Nabi Nuh mengetahui segala yg ada di dalam bahteranya selamat untuk mendarat.

PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI:

Jangan tergesa-gesa keluar beramai-ramai ke sana ke sini walau pun untuk balik kampung kerana di luar sana masih merbahaya. Mari kita ikut contoh Nabi Nuh A.S, mematuhi SOP seberapa ketika di dalam "Bahtera" kita sehingga yakin semuanya selamat.

Wallahua'lam.

Ahad, 12 September 2021

Ajaran Sesat: Kenapa mudah terpengaruh?

 AJARAN sesat bukan jalan pintas menuju ke syurga.

AJARAN sesat bukan jalan pintas menuju ke syurga.

Sampai bila ajaran sesat akan terus bertapak di Malaysia? Mengapa ia terus mudah bertapak? Apa pula langkah diambil agensi berkaitan untuk membanterasnya?

Baru-baru ini, Metro Ahad/Harian Metro mendedahkan ajaran baharu dikenali sebagai Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT) sebelum pengasasnya ditahan polis.

Paling membimbangkan, apa akan jadi jika pengikut fanatik ajaran sesat sanggup melakukan apa saja, termasuk mencipta kekacauan, untuk merealisasikan hasrat mereka.

Ikuti wawancara Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) DR ZAMIHAN MAT ZAIN yang juga pakar pemulihan akidah bersama wartawan, MUHAMMAD SAUFI HASSAN.

Kita ada ramai agamawan, agensi berkaitan agama, pakar rujuk agama, malah tokoh agama tersohor namun ajaran sesat masih lagi berkembang. Kenapa?

Faktor utama mengapa ramai masyarakat kita masih terjebak dengan ajaran sesat adalah kerana kejahilan.

Golongan ini lebih suka mencari agama dengan jalan yang mudah, mahu sesuatu yang 'tidak diajar' oleh pendakwah arus perdana, akibatnya mereka terjerumus dalam mengenali seorang 'guru' yang bersifat palsu.

Wujud juga segelintir masyarakat pada hari ini yang sangat mudah terpesona dengan pemakaian serta tutur kata sehingga tidak menilai kata-kata seseorang itu sama ada benar atau sebaliknya.

Orang lebih mudah tergoda dengan kata-kata lembut daripada individu berkaitan sedangkan kata-katanya memberi maksud yang buruk.

Selain itu, perkara yang perlu kita akui adalah penguatkuasaan undang-undang syariah yang lemah serta terlalu banyak birokrasi hanya untuk menegakkan agama Islam ini.

Jika dilihat, penyebar ajaran sesat semuanya tiada langsung identiti atau 'gaya' penyebar kebenaran. Kenapa tetap ramai pengikut?

Wujud segelintir dalam masyarakat kita hari ini terlalu gemar untuk mencari 'rahsia' di dalam Islam itu sehingga tidak mengutamakan perkara yang asas dalam agama.

Kita tahu hari ini ada juga orang menyebarkan fahaman tentang mimpi yang diterimanya seperti yang didedahkan secara eksklusif di Metro Ahad/Harian Metro dan paling menariknya, hanya sekadar mimpi, dalangnya mampu menarik ribuan pengikut.

Perkara yang perlu kita lihat tentang ajaran sesat ini adalah pembabitan unsur lain dalam menarik perhatian orang lain atau kekaguman pihak ketiga.

Berdasarkan pengalaman saya, terdapat banyak ajaran sesat yang menggunakan sihir untuk menarik perhatian orang lain.

Namun, masih wujud faktor lain seperti ada dalam kalangan pesalah akidah atau pengamal ajaran sesat ini yang petah berkata-kata, pandai memutar belitkan dalil di dalam agama, mempunyai jaringan yang baik termasuk sokongan daripada aspek material pihak ketiga.

Kita tidak boleh menafikan semua faktor ini, ia sebenarnya wujud dan masih berlegar dalam 'komuniti ajaran sesat'.

KEMBALILAH kepada Allah SWT dengan sentiasa bermuhasabah serta menguasai disiplin ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah.
KEMBALILAH kepada Allah SWT dengan sentiasa bermuhasabah serta menguasai disiplin ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Golongan profesional turut jadi pengikut ajaran sesat sedangkan individu ini lebih terpelajar, bijak selain lebih berjaya daripada guru mereka. Puncanya?

Perkara paling asas yang perlu kita faham adalah tidak semua orang yang profesional itu mempunyai asas dalam beragama atau mampu menilai rasional setiap dakwaan seseorang yang kononnya bergelar guru dan mahu mencari jalan singkat.

Sepanjang pembabitan saya dalam program pemulihan baik daripada pengikut ajaran sesat ataupun tahanan yang terbabit dengan aktiviti keganasan, mereka ini mahu jalan pintas menuju ke syurga.

Wujud sebahagian daripada dua golongan yang saya nyatakan hidup dalam keadaan terlalu bebas, jadi mereka ada kesedaran untuk kembali kepada agama namun menjumpai saluran yang salah.

Akibat mahu mencari jalan pintas untuk mendapat reda Allah SWT, mereka terjerumus dalam kancah yang amat bahaya sehingga merosakkan keimanan, tauhid dan akidah secara keseluruhan.

Saya boleh katakan sebahagian besar pengikut ajaran sesat ini adalah mereka yang mahu 'cepat sampai kepada Tuhan' sehingga membelakangi setiap panduan yang sudah dinyatakan oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Apa yang ada pada diri penyebar ajaran sesat ini hingga kata-kata dusta mereka ini disangka benar dalam kalangan pengikutnya?

Dalam banyak kes, jika kita analisis semula karektor ketua ajaran sesat ini, mereka selalunya mempunyai keterampilan dalam berkata-kata dan memutarbelitkan ayat al-Quran, hadis serta dalil-dalil agama yang lain.

Biarpun secara logiknya, kita boleh berfikir bahawa setiap kata-kata mereka ini sangat bersalahan dengan dalil serta logik akal namun bagi pentaasub sesuatu ajaran, mereka memegang kata ketua mereka dengan sungguh-sungguh.

Kedua, ketua sesuatu ajaran ini perlu licik dalan menggunakan kata-kata termasuk gabungan ilmu akhir zaman yang semakin dekat di hati masyarakat kita pada hari ini.

Cuba kita buat sedikit pola atau trend ciri utama kumpulan ajaran sesat, pasti kita akan menjumpai ciri antaranya dijanjikan pengikut Imam Mahdi, masuk ke dalam syurga dengan jaminan 'guru' berkenaan serta terlepas daripada neraka.

Menggabungkan ilmu akhir zaman antaranya gerakan panji hitam, tentera al-Mahdi dan sebagainya termasuk tawaran berbentuk material.

Akhirnya, pelengkap kepada ajaran sesat ini adalah golongan pengikut fanatik buta yang gagal meletakkan satu perspektif pemikiran yang rasional mengikut nas serta dalil yang benar.

Jika dilihat, penyebar ajaran sesat ini semuanya akan meminta perkara sama daripada pengikut seperti sumbangan wang serta harta benda selain keperluan batin atas nama 'kebenaran'?

Hawa nafsu sememangnya menjadi kuda tunggangan hampir semua ajaran sesat manakala melampiaskan nafsu dalam kalangan pengikut kononnya sebagai ritual penyucian dosa dan sebagainya.

Kalau kita lihat semula sejarah serta kes ajaran sesat terdahulu, motifnya memang seksual dengan meletakkan 1,001 janji manis tanpa disedari oleh pengikut sesuatu kumpulan ajaran sesat terbabit.

Bagaimanapun, rekaan konsep ajaran sesat itu sudah sedikit berubah beberapa tahun kebelakangan ini apabila kebanyakan kumpulan songsang ini lebih bermotifkan kepada wang kononnya sumbangan 'infaq' sedangkan untuk kegunaan sendiri.

Ajaran sesat di Malaysia tidak akan berakhir. Adakah ia kenyataan atau omong kosong?

Ya. Realitinya ajaran sesat di negara kita memang tidak akan berakhir kerana ia sentiasa berevolusi seiring perkembangan pemikiran kontemporari, cara hidup manusia dan tabiat kemanusiaan itu sendiri.

Kesimpulannya, kembalilah kepada Allah SWT dengan sentiasa bermuhasabah, menguasai disiplin ilmu Ahli Sunnah Wal Jamaah, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia sebagaimana Nabi kita, Nabi Muhammad SAW.

-myMetro