"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Ahad, 8 Ogos 2021

Tauke mengaku ditahan polis untuk bantu siasatan kes pemerdagangan manusia

 Tauke mengaku ditahan polis untuk bantu siasatan kes pemerdagangan manusia

Pelawak terkenal, Tauke mengaku ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan polis berkaitan kes pemerdagangan manusia. - Gambar/ Facebook
KUALA LUMPUR: Pelawak terkenal, Tauke mengaku ditahan polis bagi membantu siasatan berkaitan kes kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks baru-baru ini.
Tauke atau Zamatul Amri Zakaria, 45, berkata dia telah memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa susulan kes berkenaan.
Namun, dia menafikan menjadi 'bapa ayam' atau mempunyai kaitan dengan aktiviti berkenaan.
“Kepada yang tidak puas hati, memang aku ditahan untuk bantu siasatan dan aku telahpun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa.
“Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut,” jelas Tauke yang membuat pengakuan tersebut menerusi akaun Instagram Story miliknya yang diulang siar isterinya, Nadia Mohd Effendi pada Sabtu.
Sebelum ini, Tauke dikatakan terkilan apabila namanya dikaitkan dengan kes pemerdangangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah.
Media melaporkan seorang pelawak terkenal ditahan di sebuah hotel di Kuala Pilah pada Ahad lalu bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.
Pelawak lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan jam 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuala Pilah selepas hasil maklumat dan risikan pihaknya.
Sehubungan itu, polis telah berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks.
-AstroAwani

Sabtu, 7 Ogos 2021

"Allah hadirkan keajaiban di depan mata saya" - Shuib syukur perkembangan Siti Sarah

 "Allah hadirkan keajaiban di depan mata saya" - Shuib syukur perkembangan Siti Sarah

Perkembangan positif yang ditunjukkan Siti Sarah amat-amat menggembirakan Shuib kerana sebelum ini dia mengakui hampir putus asa terhadap keadaan isteri kesayangannya itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kesyukuran tidak henti-henti dipanjatkan pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu apabila doktor memaklumkan keadaan isterinya, Siti Sarah Raisuddin semakin stabil.
Bahkan, perkembangan positif yang ditunjukkan Siti Sarah, 36, amat-amat menggembirakan Shuib kerana sebelum ini dia mengakui hampir putus asa terhadap keadaan isteri kesayangannya itu.
Menurut Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, setakat pukul 6 petang Sabtu, kadar oksigen Siti Sarah sudah mencecah paras 85 berbanding paling rendah sebanyak 40 pada pukul 11 malam Jumaat sedangkan kadar ideal oksigen bagi manusia ialah melebihi 95 peratus.
“Allah maha baik. Allah bantu saya dan Siti Sarah dengan memberikan rahmatNya, dihadirkan ramai orang berdoa, membaca Yassin dan mengadakan solat hajat tanya henti.
“Berkat kebaikan semua orang pada isteri saya itu, Allah hadirkan keajaiban buat saya. Keajaiban itu berlaku di depan mata saya. Saya amat-amat bersyukur dan menginsafi kebaikan Allah buat saya dan isteri,” kata Shuib ketika berkongsi perkembangan terkini Siti Sarah dalam sesi bacaan Yassin dan doa selamat menerusi aplikasi Zoom sebentar tadi yang disertai oleh 157 kenalan pasangan itu.
Selepas berhari-hari melalui detik-detik yang sukar sehingga tidak lelap tidur serta hilang selera makan, Shuib mengakui, keajaiban yang Allah hadirkan dalam tempoh 24 jam lalu telah mengembalikan semangat serta senyumannya.
“Di sebalik uijan ada kemanisan yang Allah berikan. Saya sangat beremosi dan terlalu seronok melihat keprihatinan rakan-rakan kami yang saling berganti menghadiahkan bacaan Yassin, solat hajat serta doa yang tidak putus-putus buat Siti Sarah serta anak kami.
“Saya seperti mendapat semangat baharu. Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhan buat Siti Sarah, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya,” kata Shuib.
Siti Sarah yang popular dengan lagu Kesetiaan itu dikejarkan ke Hospital Canselor Tunku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia pada Rabu lalu kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan selepas dijangkiti COVID-19.
Selain Siti Sarah, Shuib bersama tiga anak mereka Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, disahkan positif.
Shuib dan anak-anaknya bagaimanapun, disahkan negatif selepas melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari.
Berikutan Siti Sarah sedang hamil tujuh bulan, doktor telah mengeluarkan bayi dalam kandungannya sekitar pukul 5 petang Jumaat.
Anak keempat pasangan artis itu diberi nama Ayash Affan kini berada dalam keadaan stabil.
Kata Shuib, anak bongsu mereka itu masih ditempatkan di HCTM tetapi sudah mula menunjukkan perkembangan yang baik.
“Pada awalnya doktor maklumkan anak kami tidak bernafas dan tidak bergerak tetapi selepas memantaunya … sudah mula menunjukkan perkembangan, sudah mula menendang kaki dan menggenggam tangannya selain sudah membuka mata,” cerita Shuib dalam nada penuh syukur.-Astro Awani

BENDA SALAH YANG KITA INGAT BIASA WAKTU RENOVATE RUMAH.

Gambar hiasan

Kebiasaannya kita ni bila dah beli rumah, rasa kita nak buat apa pun boleh, ye lah rumah kita kan, hasil titik peluh dari kecil menabung, dah besar ni mesti nak renovate rumah bagi cantik. Renovate? Tak ada masalah tapi tau tak apa yang boleh dan tak boleh?

1. Tiada permit.

Kalau diikutkan, kerja-kerja kecil seperti tukar tile dapur, toilet pun perlu permit. Permit ubahsuai dalaman/ permit kerja kecil namanya. Untuk kerja yang tidak mengubah struktur sedia ada. 

Nak letak tong roro di depan rumah pun perlu ada permit ya. Tak boleh suka-suka pasal depan rumah dah bukan kawasan kita, itu kawasan PBT dah. 

Jadi cuba pergi ke majlis dan bertanya kan hal ini, untuk mengelakkan kita kena denda waktu random spot check oleh majlis. 

2. Tambah floor area tanpa kelulusan PBT

Alah tambah dapur belakang je bang, alah tambah bilik tepi sikit saja. Jangan main-main ya main tambah kiri kanan atas tanpa kelulusan majlis, kalau tertangkap, ready lah duit untuk bayar denda. 

Nak renovate tambah floor area ni memerlukan kelulusan dari PBT. Tak boleh terus hire kontraktor dan jalan terus. Salah. Hire arkitek dan arkitek akan selesaikan urusan untuk menyediakan dan mendapatkan pelan lulus dari PBT. 

Arkitek mahal? Saja nak beritahu, kalau majlis tahu anda buat renovation tanpa pelan lulus, denda 10x dari wang proses pelan dan kena submit lalu arkitek juga. Mana lagi mahal? Ikut cara betul ke salah? Boleh fikir-fikirkan. 

3. Tak bincang dengan jiran

Sebelum nak renovate, berbincang lah dengan jiran dulu. Pasal bila bising kerja renovate, mereka yang kena hadap. Kalau 8 bulan bising, 8 bulan lah mereka makan hati. Last-last jiran sendiri yang report ke PBT, tambah pula tak ada kelulusan. Dah satu hal pula. 

Tak rugi berbaik dengan jiran. Lagi pula kepada siapa yang baru berpindah dan terus renovate rumah, jiran pun tak kenal, main langgar terus renovate. 

Sekarang pun kalau nak renovate memang memerlukan consent dari jiran.Macam borang yang kita dah inform jiran kita nak renovate. Percayalah, tak rugi berbaik dengan jiran. 

4. Renovate sampai line pagar depan. 

Perlu diingat, walaupun DALAM kawasan pagar tu rumah anda, tak bermakna anda boleh buat rumah sampai pagar. haha. Tak boleh ya. Kalau rumah, perlu ada anjakan sehingga 6.1m atau 20 kaki dari line pagar/line sempadan. Itu adalah kehendak PBT. 

Anda boleh didenda jika berbuat demikian. Boleh jadi akan dirobohkan. Ikut budi bicara majlis, apa pun saya ingat kan awal-awal, tak boleh ya. Cuba rujuk arkitek atau PBT kalau tak percaya. 

5. Renovate LUAR dari pagar depan!

Ini level legend. Biasa ni level-level T20 ni. Dia nak buat apa? Dia nak buat guard house weh! Gated and guarded community dah, tapi rasa tak selamat lagi. Sayang kan Mustang punya pasal, dia buat pondok guard luar dari pagar. Tak boleh ya. 

Terang lagi bersuluh tak boleh. Kalau bertanya dengan majlis ni, confirm dia jeling punya. Tak sempat tanya dah kena reject. haha. 

Baru ni ada juga viral segala tanaman, kerusi batu, reban dekat depan rumah kena clear dengan jentolak pasal ada kerja repair paip. PBT cakap dah luar pagar bukan area kita, jadi hadap sajalah kalau semua tu kena clear kan untuk kerja-kerja pembaikian. 

6. Submit pelan lulus lain, buat di site lain!

Jenis ni ada juga. Submit untuk permit kelulusan saja, lepas tu dibuat lebih lagi dari ikut pelan lulus. Banyak kes arkitek pun tak tahu. Sudah nya, arkitek tarik diri, CCC pun tak ada. Ini pun tak boleh ya. 

To sum up, ikut lah undang-undang. Mudah. Jangan kerana terlalu ingin berjimat, hujung nya kita rugi juga. 

Ar.Ahmadkhairul Sabirin of Sabirin Rosli Architect

Malu bertanya, duit lebur 

Jumaat, 6 Ogos 2021

Peguam rugi hampir RM260,000 ditipu Macau Scam

 - Hiasan

- Hiasan

GEORGETOWN: Seorang peguam kerugian RM259,900 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang mendakwa kononnya lelaki itu terbabit dalam kes dadah di samping mempunyai tunggakan cukai dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mohd Rosni Mohd Lazim berkata, peguam berusia 40 tahun dan mempunyai pejabat guaman di Bukit Mertajam, mendakwa ia bermula apabila dia menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mengaku pegawai LHDN.

Katanya, suspek mendakwa peguam itu kononnya mempunyai tunggakan cukai RM32,000, sebelum panggilan itu disambungkan kepada lelaki mengaku pegawai polis, yang memberitahu peguam itu terbabit kes jenayah.

Peguam yang ketakutan dan bimbang ditahan polis itu kemudian mengikut arahan suspek dengan melakukan pindahan wang secara berperingkat berjumlah RM259,900 ke tiga akaun berbeza, sebelum gagal menghubungi semula 'pegawai polis' berkenaan," katanya.

Mohd Rosni berkata, peguam itu kemudiannya membuat laporan polis berhubung kejadian itu semalam dan semakan ke atas tiga nombor akaun digunakan suspek untuk mangsa memindahkan wang itu dipercayai ia milik keldai akaun.

"Setakat ini tiada laporan polis ke atas tiga nombor akaun itu, namun nombor telefon yang digunakan sindiket bersangkut dengan tiga laporan di Dato Keramat, Bukit Mertajam serta Nilai, Negeri Sembilan," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu tipu. - BERNAMA


Keputusan UMNO tangguhkan pemilihan 18 bulan tidak sah – RoS


 PUTRAJAYA: Keputusan UMNO menangguhkan pemilihan Majlis Tertinggi (MT), Bahagian dan Cawangan selama 18 bulan adalah tidak sah.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berkata, perkara itu sebagaimana terkandung dalam minit mesyuarat MT UMNO pada 7 Julai lalu.

RoS berpandangan, ketetapan itu adalah kerana tempoh pemegang jawatan MT bagi penggal 2018/2021 telah tamat pada 30 Jun lalu.

“RoS bertanggungjawab untuk memastikan semua aktiviti dan pentadbiran pertubuhan berdaftar dilaksanakan sejajar dengan Perlembagaan Pertubuhan masing-masing yang tidak bercanggah dengan Akta Pertubuhan 1966 atau undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Covid19: Siti Sarah selamat lahirkan bayi secara pembedahan tetapi keadaan kritikal

 Siti Sarah bersama keluarganya.

Siti Sarah bersama keluarganya.

Kuala Lumpur: Penyanyi Siti Sarah yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), di sini, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.

Sebelumnya, penyanyi lagu Kesetiaan yang hamil lapan bulan itu terpaksa melalui proses pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan selepas tahap oksigen menurun sejak pagi, hari ini.

Suaminya juga pelawak Shuib berkata, Siti Sarah selamat melahirkan anak lelaki, jam 5 petang, hari ini.

Bagaimanapun, menurut Shuib isterinya berada dalam keadaan kritikal.

"Alhamudillah, jam 4 lebih bayi berjaya dikeluarkan dan keadaan bayi alhamdulillah baik tapi perlukan alat bantuan pernafasan kerana lahir pra matang. Cuma, keadaan Sarah agak kritikal.

"Saya sekeluarga mohon semua teruskan doa untuk Siti Sarah. Juga kita doakan semoga sesiapa saja yang sedang bertarung nyawa dengan Covid-19 dipermudahkan urusan," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Siti Sarah ditidurkan selepad dia dimasukkan ke ICU HUKM akibat tahap oksigen tidak stabil.-myMetro

Covid19: Kanak-kanak 12 tahun tabah kuarantin seorang diri di rumah

ZALIFAH Ithnin (kiri) meletakkan sumbangan di hadapan kediaman seorang kanak-kanak lelaki kuarantin kendiri di rumah di sebuah kawasan perumahan di Kluang. FOTO Ihsan NGO
ZALIFAH Ithnin (kiri) meletakkan sumbangan di hadapan kediaman seorang kanak-kanak lelaki kuarantin kendiri di rumah di sebuah kawasan perumahan di Kluang. FOTO Ihsan NGO

Johor Bahru: "Saya hanya mampu berdoa agar kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang kuat mental itu dan menjalani kuarantin kendiri di rumah keluarga diberikan kesembuhan segera," kata Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Kluang, Johor (Petak), Zalifah Ithnin di sini, semalam.

Berkongsi dugaan diharungi si cilik berkenaan, Zalifah berkata, kanak-kanak dikenali sebagai Arshad adalah anak sulung daripada lima beradik dan baru saja kehilangan bapanya berusia 38 tahun yang meninggal dunia akibat Covid-19.

Beliau berkata, buat masa ini tiga adik-beradiknya tinggal di rumah ibu saudara di Johor Bahru selepas dibenarkan pulang dari Hospital Permai.

Menurutnya, hanya ibunya berusia 38 tahun dan seorang adiknya masih dirawat di Hospital Permai di Tampoi di sini akibat Covid-19.

Katanya, difahamkan kanak-kanak berkenaan memperoleh keputusan negatif ketika menjalani saringan Covid-19 pertama.

"Ia mengakibatkan kanak-kanak itu kuarantin kendiri di rumah bagi tempoh tertentu dan hasil menjalani saringan kedua baru-baru ini keputusannya juga positif.

"Saya bersyukur kerana Allah memberi peluang bagi menyantuni kanak-kanak lelaki berkenaan di sebuah kawasan perumahan di Kluang di sini, semalam," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Zalifah berkata, sumbangan barangan kepada kanak-kanak itu adalah daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Muhamad Said Jonit.

Menurutnya, berikutan keperluan makanan harian serta ubat-ubatan sudah disediakan oleh waris berdekatan yang memantau kanak-kanak berkenaan, oleh itu pihaknya menyumbang susu kotak, biskut dan roti sebagai bekalan kudapan kanak-kanak itu.

"Hati saya agak sayu ketika bertanya sama ada dia ada berhubung dengan ibunya kerana dia menyatakan cuba menghubungi ibunya namun tiada maklum balas sejak kelmarin.

"Saya melihat sedikit kegusaran pada wajahnya kanak-kanak itu saat berkenaan kerana dia baru saja kehilangan bapa kesayangan dan harap dia terus kuat," katanya.

Zalifah berkata, dia dapat memahami situasi ditempuhi kanak-kanak berkenaan kerana kebiasaannya kanak-kanak sebayanya memerlukan perhatian.

"Menjadi tanggung jawab kita sebagai masyarakat prihatin memberi semangat kepada mereka dan saya difahamkan jirannya juga sentiasa mengambil berat berkaitannya," katanya.

Zalifah berkata, sejak pandemik Covid-19 bermula, Petak berusaha membantu mereka yang terkesan daripada segi keperluan makanan asas.

"Bekalan makanan asas dari Gerobok Rezeki Petak akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira bangsa," katanya.-myMetro

Perincian Tawaran Kontrak 10 Tahun Bernilai €700 Juta Dari Manchester City Untuk Messi

 


Masa depan Lionel Messi di Barcelona sudah terjawab apabila pemenang enam kali anugerah Ballon d’Or itu secara rasmi berpisah dengan kelab yang diwakilinya sejak remaja selepas pembaharuan kontraknya terhalang oleh peraturan kawalan ekonomi (ECP) La Liga.

Ini bermakna Messi akan meninggalkan kelab Catalan itu sebagai ejen bebas dan dibenarkan untuk menyertai mana-mana kelab secara percuma memandangkan kontraknya telah pun berakhir pada 30 Jun lalu.

Maka persoalan terbesar yang bermain di fikiran peminat bola sepak di seluruh dunia ketika ini adalah, di mana destinasi baru buat Messi bagi meneruskan kariernya selepas ini?

Tawaran lumayan

Perkembangan tersebut sudah tentu memberi peluang kepada City Football Group yang memiliki empayar bola sepak di seluruh dunia termasuk kelab Manchester City untuk merangka perancangan jangka panjang.

Kumpulan itu bakal menawarkan pemain berusia 34 tahun itu dengan kontrak mewah selama 10 tahun yang dianggarkan bernilai €700 juta.

Berdasarkan laporan The Times, tawaran tersebut telah pun dibentang pada penghujung tahun lalu di mana dalam tempoh 10 tahun itu, beliau dibenarkan untuk beraksi bukan hanya bersama Manchester City, tetapi juga mana-mana lapan pasukan lain yang dimiliki oleh syarikat tersebut.

Ia bermaksud sekiranya Messi sudah tidak mahu beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL), beliau boleh beraksi di Amerika Syarikat bersama kelab MLS iaitu New York City FC, kelab liga Australia Melbourne City, kelab liga Jepun Yokohama Marinos atau kelab-kelab lain.

Nilai komersial Messi

Apabila Messi mengambil keputusan untuk menggantung but, dengan baki kontraknya itu, beliau akan berperanan sebagai duta global buat City Football Group.

Ia jelas menggambarkan nilai komersial yang dimiliki oleh pemain ini sekalipun selepas beliau bersara. Dengan imej ikonik yang dimilikinya, City boleh menanam hasrat untuk menandingi pasaran komersial yang dimiliki oleh Manchester United dan Liverpool di serata dunia.

Kemungkinan Messi untuk dibawa masuk ke Stadium Etihad bertambah cerah selepas Pep Guardiola melanjutkan kontraknya selama dua tahun di kelab tersebut dan semua pihak tau hubungan baik di antara kedua-dua mereka.

Bagaimanapun, City tidak berdepan dengan jalan mudah untuk memancing pemain terbaik dunia ini kerana kelab-kelab ternama lain juga sudah tentu mahu menggunakan kesempatan terbaik ini.

Perlumbaan bermula

Paris Saint-Germain juga diketahui sebagai sebuah pasukan yang mempunyai kekuatan kewangan yang cukup besar, apatah lagi musim ini mereka belum lagi berbelanja besar kerana berjaya mendapatkan beberapa pemain ejen bebas secara percuma.

Begitu juga dengan Chelsea yang sedang terdesak untuk membawa masuk penyerang baharu di mana bidaan mereka untuk mendapatkan Erling Haaland dan Romelu Lukaku telah ditolak.

Tidak terkecuali adalah Bayern Munich, Inter Milan dan juga kelab pertama yang disertai Messi iaitu Newell Old Boys.

Penutup

Walaupun usianya telah mencecah 34 tahun, Messi masih kekal menjadi penyerang paling efektif di dunia berdasarkan statistik yang dimiliki. Musim lalu, dalam penampilan bersama kelab dan negara , beliau telah merekodkan 44 gol serta menyumbang 19 bantuan jaringan.

Apatah lagi beliau masih segar dengan kejayaan memimpin Argentina menjulang kejuaraan Copa America tempoh hari dan menamatkan kejohanan tersebut selaku pemenang anugerah pemain terbaik dan penjaring terbanyak.

Sumber: semuanyabola.com

Jangkitan Covid-19 melonjak lagi, 20,889 kes baharu hari ini

 GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP

GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Kes positif Covid-19 terus meningkat apabila merekodkan 20,889 kes hari ini berbanding 20,596 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan 1,224,595 kes.

Beliau berkata, Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 8,792 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,483 kes.

"Selain itu, Johor merekodkan (1,275 kes), Sabah (1,291), Sarawak (652), Negeri Sembilan (986) dan Kedah (1,371).

"Pulau Pinang pula merekodkan (776), Kelantan (938), Perak (624), Melaka (491), Pahang (610),Terengganu (460), Labuan (9), Putrajaya (122) dan Perlis (9)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.-myMetro

‘Baby’ Kembali Imbau Kenangan Bersama Saiful Apek?

OH! ARTIS


Siapa tak kenal Saiful Apek? Seorang pelawak dan pelakon terkenal tanah air yang pernah mencipta nama dalam industri seni suatu ketika dahulu.

Mana tidaknya, telatah serta aksi spontannya di hadapan kamera sudah cukup untuk membuatkan penonton tidak kering gusi melihat jenakanya.

Bakat Saiful Apek yang dicungkil menerusi Sinaran Passpot Gemilang pada tahun 1994, pernah juga memenangi Anugerah Bintang Popular pada tahun 2003. kumpulan Senario

Namun, baru-baru ini, beliau telah berkongsikan sebuah kisah menarik melalui laman Instagramnya mengenai Direct Message (DM) yang diterimanya.

Saiful Apek kongsi tangkap layar

Apek melalui laman Instagramnya telah berkongsi sekeping tangkap layar seorang individu yang menyatakan pernah ‘disapa’ olehnya ketika masih dalam kandungan.

Menerusi perkongsian itu, individu tersebut menceritakan bagaimana pertemuan yang terjadi sekitar 20 tahun itu boleh berlaku.

Sebenarnya, saya sudah lama nak DM (mesej) Uncle, tapi asyik lupa dan saya rasa, Uncle takkan buka mesej saya. Tapi tak mengapa, saya nak juga mesej hari ini.

Kalau Uncle masih ingat 20 tahun lalu, Uncle pernah ada lakonan atau bercuti di Kota Kinabalu, Sabah dan Uncle singgah ke satu kedai cenderamata.

Baby nak tido..

Individu berkenaan turut menyatakan bahawa Apek pernah berjenaka dengan ibunya yang ketika itu sedang sarat mengandungkan individu tersebut.

Seorang pekerja di kedai itu sedang hamil dan itu adalah ibu saya. Uncle minta pekerja di situ jangan buat bising, ‘Shhh. Ada ‘baby’ tengah tidur’ sambil pegang perut ibu. Saya rasa Uncle dah dapat agak. Sayalah ‘baby’ itu.

Dia juga turut gembira terharu oleh kerana perkara istimewa itu berlaku kepada ‘dirinya’ selepas ibunya menceritakan detik itu kepadanya yang berlaku 20 tahun yang lepas.

Individu itu juga turut menyatakan filem lakonan apek kegemarannya selain turut mendoakan kesihatan pelawak tanah air itu.

Kata-kata hikmah Apek

Selain itu, menerusi hantaran itu, Saiful Apek tidak terlepas memberikan kepsyen mengenai nikmat kehidupan dan saling melengkapi sesama manusia.

Saya terfikir, sejauh mana dapat melangkah dalam kehidupan kalau beberapa tahun lalu, saya hanya fikirkan mengenai diri sendiri sahaja.

Manusia memang tidak sempurna, bila saling melengkapi kelemahan masing-masing, kita sebenarnya sedang menuju kesempurnaan.

Perkongsian yang dibuat Apek atau nama sebenarnya Mohd Saiful Azam Mohamed Yusoff, 51, telah mendapatkan lebih daripada 17,000 tanda suka serta berjaya menyentuh hati ramai pengikutnya.

Kredit: Instagram Saiful Apek I Harian Metro

Sumber: ohmedia.my