"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Rabu, 6 Julai 2022

Rakyat Kelantan cuti 5 hari sempena Aidiladha

Jemaah haji wukuf di Arafah. (Foto hiasan)

KOTA BHARU: Sempena Hari Raya Aidiladha minggu hadapan rakyat Kelantan berpeluang cuti sehingga lima hari dengan tambahan cuti sempena Hari Wukuf pada Sabtu ini.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri memberitahu kerajaan negeri mewartakan tarikh 9 Zulhijah 1443 bersamaan 9 Julai 2022 sebagai hari kelepasan am negeri sempena Hari Wukuf di Padang Arafah.

Katanya, surat pemakluman mengenai perkara itu bertarikh 10 Jamadilakhir 1443 bersamaan 13 Januari 2022.

“Sehubungan itu memandangkan Hari Wukuf jatuh pada hari Sabtu (9 Julai), dan Hari Raya Korban pertama dan kedua masing-masing jatuh pada 10 dan 11 Julai.

“Maka bertepatan dengan pemakluman surat berkenaan, hari Selasa iaitu 12 Julai ini adalah hari kelepasan am sebagai cuti gantian Hari Raya Korban hari yang kedua,” katanya pada kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan Kerajaan Kelantan akan mengadakan sambutan Hari Wukuf pada Sabtu ini di 14 kawasan parlimen di negeri itu.

Sambutan tersebut akan diadakan bermula jam 8.30 pagi turut disiarkan rakaman ucapan amanat Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob dan kuliah oleh penceramah jemputan.

Di kawasan parlimen Kota Bharu sambutan Hari Wukuf akan diadakan di pekarangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Kelochor, di mana kuliah akan disampaikan pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Dr Mohd Azhar Abdullah.

Di Pengkalan Chepa pula Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Marzuk Shaary akan diadakan kuliah sempena Hari Wukuf di Dataran Pantai Kundur bermula jam 8.30 pagi. – HARAKAHDAILY 5/7/2022

Najib bersalah, perlu masuk penjara, tahniah Mat Hasan, kata Rafizi

 


ULASAN l Negara dikejutkan dengan laporan-laporan berita hasil satu wawancara di antara Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan dengan dua wartawan Nick Kochan dan Nile Bowie.

Berita yang bertajuk “Umno’s No 2 thinks Najib should go to jail” atau “Pemimpin No. 2 Umno berpendapat Najib perlu ke penjara” itu disiarkan oleh laman berita antarabangsa Asia Times.

Dalam temu ramah itu, Mohamad atau dikenali sebagai Mat Hasan secara jelas menyatakan pendapatnya bahawa bekas Perdana Menteri, Najib Razak adalah bersalah setelah mahkamah membuktikan Najib menyeleweng dana rakyat melalui 1MDB.

“Mahkamah adalah tempat kamu (Najib) boleh buktikan kamu bersalah atau tidak. Dia tidak buktikan dia tidak bersalah. (Malah) Dia tidak dapat buktikan dia tidak bersalah.”

“Setiap orang perlu menanggung kesan perbuatan mereka. Kalau kita (Umno) mahu memberi pengampunan, dia (Najib) perlu melalui proses. Dia (Najib) perlu ke penjara dahulu.”

Mohamad Hasan, Timbalan Presiden Umno

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Mat Hasan kerana masih ada suara-suara berani di dalam Umno yang menyanggah kempen Najib yang cuba memperbodohkan rakyat, terutamanya orang Melayu bahawa dia tidak bersalah.

Walaupun Umno adalah saingan PKR, masa depan negara bergantung kepada parti-parti politik (termasuk Umno) dipimpin oleh mereka yang bersih dari rasuah, cekap mentadbir dan mempunyai wawasan.

Jika pun parti yang menang (pada suatu masa nanti) adalah PKR, negara masih memerlukan barisan pembangkang (seperti Umno) yang cekap dan bersih untuk membawa isu-isu rakyat serta menyemak tindakan kerajaan.

Oleh sebab itu, kempen berterusan Najib yang ingin menyelewengkan fakta yang telah dibentangkan di mahkamah adalah berbahaya kepada Umno dan negara. Apatah lagi apabila sebahagian besar dari rakyat Malaysia percaya bahawa Najib adalah bersalah dan telah menyeleweng dana rakyat melalui 1MDB.

Dalam satu kaji selidik dan laporan kepada organisasi korporat dan perbankan yang melantik syarikat saya untuk memberi pandangan mengenai populariti Najib (dan pimpinan politik lain) dalam tahun 2021, dapatan menunjukkan lebih 80 peratus rakyat Malaysia percaya Najib bersalah (termasuklah dari kalangan orang Melayu dan ahli Umno sendiri).

Negara kita sedang berdepan dengan pelbagai cabaran terutamanya cabaran ekonomi. Rakyat terpaksa berdepan dengan bebanan sara hidup yang lebih tinggi dan kemampuan kerajaan untuk membantu rakyat makin terbatas kerana ruang fiskal yang sempit.

Sebahagian dari punca kebuntuan kewangan kerajaan ini adalah disebabkan bebanan hutang 1MDB yang diwariskan oleh Najib kepada rakyat.

Sebab itu, untuk negara bergerak ke hadapan dan menerima hakikat kita akan terus dibebankan dengan bencana kewangan yang berpunca dari 1MDB, sekurang-kurangnya kita wajar diberi keadilan bermula dengan dalang-dalang utama 1MDB dihukum seadilnya oleh mahkamah.

Walaupun kita tidak akan dapat kembali semua wang yang telah diselewengkan, sekurang-kurangnya rakyat mendapat keadilan apabila dalang-dalang utama 1MDB dihukum.

Dalam konteks itu, keberanian Mat Hasan menyuarakan apa yang terbuku di hati rakyat kebanyakan wajar mendapat pujian dan sokongan semua pihak.


RAFIZI RAMLI adalah timbalan presiden (dipilih) PKR dan bekas ahli parlimen Pandan.

Tulisan ini adalah pendapat peribadinya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Isnin, 4 Julai 2022

Apa ni:Bekalan minyak masak bersubsidi tidak pernah terputus di Golok

 FOTO HIASAN.

FOTO HIASAN.

Kota Bharu: Bekalan minyak masak subsidi Malaysia dikatakan tidak pernah terputus di Golok, Thailand selain senang didapati terutama di pasar negara berkenaan.

Minyak berkenaan dijual dengan harga sekitar RM6.80 hingga RM7 sepaket, mahal sedikit berbanding sebelum ini RM5.80 hingga RM6.

Malah, penduduk mendakwa boleh dikatakan hampir setiap rumah di Pekan Golok itu mempunyai bekalan minyak subsidi Malaysia memandangkan harga jauh lebih murah berbanding minyak masak keluaran negara itu.

Penduduk di Golok, Thailand yang mahu dikenali sebagai Imah, 44, turut mengakui menggunakan minyak masak dari Malaysia itu untuk kegunaan seharian.

"Memang sejak dahulu lagi minyak masak ini yang menjadi pilihan kami sekeluarga memandangkan harga yang jauh lebih murah berbanding minyak masak Thailand.

"Bayangkan jika minyak masak Malaysia hanya RM7, berbanding minyak masak Thailand RM9.50 bagi sekilogram. Jadi, sudah tentu kami akan memilih minyak yang lebih murah.

"Sebagai penduduk di sini kami tidak tahu sama ada ia menjadi kesalahan apabila minyak ini dibawa masuk ke Thailand kerana ia bukan perkara baharu sebaliknya sudah sekian lama," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mereka hanya menganggap jika penduduk di Thailand menggunakan minyak masak Malaysia, orang Malaysia pula menggunakan beras Thailand.

Dari segi bekalan memang tidak menjadi masalah di sini kerana ia boleh didapati di pasar pagi dan setahu saya bekalan tidak pernah terputus," katanya.

Penduduk, Aziz Mohd pula memaklumkan minyak subsidi Malaysia itu dijual secara terbuka tanpa larangan di kedai runcit dan pasar pagi di negara berkenaan.

"Tiada halangan nak beli berapa paket, jika ada duit banyak nak beli 50 paket pun tiada masalah dan sememangnya minyak ini menjadi pilihan penduduk serta peniaga di sini kerana harga jauh lebih murah.

"Saya sendiri tidak tahu bagaimana minyak subsidi di Malaysia itu dibawa masuk ke Thailand, namun yang pasti minyak ini senang diperoleh dan sentiasa ada di sini," katanya.

-myMetro

Rasmi: Rafizi menang timbalan presiden PKR

 


PKR telah mengeluarkan keputusan rasmi untuk pemilihan pucuk pimpinan parti - dan mengesahkan bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli adalah timbalan presiden baru parti itu.

Kemenangannya, dan beberapa lagi yang lain, tidak berubah selepas audit forensik.

Kiraan rasmi terakhir menunjukkan Rafizi memenangi saingan dengan majoriti 16,668 undi mengatasi Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Saifuddin Nasution Ismail.

Keputusan rasmi juga mengesahkan bahawa empat naib presiden yang dipilih ialah (mengikut susunan kronologi), Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, Ahli Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, dan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun.

Chang, Nik Nazmi, and Aminuddin dikaitkan dengan kem Rafizi.

Dalam satu kenyataan, pengarah jawatankuasa pemilihan parti (JPP) PKR Zaliha Mustafa mengakui bahawa audit forensik telah menemui percubaan menggodam oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mempengaruhi keputusan pemilihan.

Bagaimanapun, dia berkata firma audit telah mencadangkan supaya keputusan itu dibersihkan - yang dijalankan oleh jawatankuasa itu mengikut penemuan analisis digital.

"Bagaimanapun (pembersihan) tidak menjejaskan keputusan majoriti calon sama ada di peringkat pusat atau bahagian," katanya.

Sabtu lalu, Malaysiakini memetik sumber sebagai berkata bahawa audit forensik mendapati penipuan berlaku dalam pemilihan parti.

JPP menafikan perkara itu, namun mengesahkan terdapat cubaan godam untuk mempengaruhi pemilihan.

Sementara itu, keputusan rasmi juga memaparkan Adam Adli Abdul Halim menang jawatan ketua Pemuda PKR.

Di Gombak, Farhash Wafa Salvador, yang mengkritik keputusan undian, secara rasmi kalah dalam perebutan ketua bahagian menentang Amirudin.

-malaysiakini