"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Ahad, 13 Februari 2022

Ini cara transfer duit ASB ke bank lain secara online yang ramai tak tahu

 

Ini cara transfer duit ASB ke bank lain secara online yang ramai tak tahu. Cara Keluarkan Duit ASB Secara Online Dengan Mudah.

Dah tak perlu beratur dan ambil giliran pun untuk membuat pengeluaran wang ASB.

Anda boleh buat pengeluaran secara online sahaja melalui myASNB dalam beberapa minit sahaja urusan selesai!

Duit ASB dah boleh keluar secara ONLINE menerusi portal myASNB sahaja.

Jom kami kongsikan caranya.

Pengeluaran myASNB Secara Dalam Talian

Kemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.

Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.

Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.

Bagi yang belum ada akaun ASB, anda juga boleh membuka akaun secara online tau!

Sila rujuk:

Cara Buka Akaun ASB Online Melalui Apps myASNB, Tak Perlu Ke Kaunter

Cara Keluarkan Duit ASB Online

Untuk buat pengeluaran ASB secara online, pastikan anda mempunyai akaun myASNB.

Jika belum ada, bolehlah daftar terlebih dahulu. Sila rujuk panduan mendaftar di sini: MyASNB Login: Pendaftaran ASB Online & Semakan Baki / Dividen

Bagi yang dah ada akaun, sila rujuk panduan pengeluaran (jualan balik) ASB mengikut langkah berikut:

  1. Log in ke aplikasi myASNB atau portal MyASNB di pautan https://www.asnb.com.my
  2. Pergi ke menu “Portfolio”. Pilih dana yang ingin dikeluarkan.
  3. Tekan “Transaksi”. Pilih “Jualan Balik”.
  4. Pilih “Seterusnya”.
  5. Akan keluar maklumat akaun bank yang kita daftarkan dalam portal.
  6. Isikan maklumat dan buat pengesahan untuk pengeluaran.
  7. Duit akan dimasukkan ke akaun simpanan kita dalam masa 1 hari bekerja.
  8. Lepas tu bolehlah login online banking untuk semak wang yang dipindahkan dari ASB.

*Rujuk panduan bergambar di bawah:

CARA KELUARKAN DUIT ASB ONLINE

LANGKAH 1

Log masuk ke akaun myASNB : https://www.myasnb.com.my/

Ini cara transfer duit ASB ke bank lain secara online yang ramai tak tahu

LANGKAH 2

Klik Portfolio > Transaksi > Jualan Balik

Ini cara transfer duit ASB ke bank lain secara online yang ramai tak tahu

LANGKAH 3

Semak maklumat bank untuk pemindahan dana.

Ini cara transfer duit ASB ke bank lain secara online yang ramai tak tahu

LANGKAH 4

Tandakan kotak kecil dan klik Seterusnya.

Ini cara transfer duit ASB ke bank lain secara online yang ramai tak tahu

LANGKAH 5

Pilih amaun > Klik Seterusnya

Ini cara transfer duit ASB ke bank lain secara online yang ramai tak tahu

LANGKAH 6

Semak semula butiran bank dan klik Teruskan.

Ini cara transfer duit ASB ke bank lain secara online yang ramai tak tahu
LANGKAH 7

Klik Permintaan TAC > Seterusnya

Ini cara transfer duit ASB ke bank lain secara online yang ramai tak tahu

SELESAI!

HAD MAKSIMUM PENGELUARAN ASB ONLINE

  • Had pengeluaran secara dalam talian ialah RM1000 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda.
  • Namun, tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.
  • Pengeluaran boleh dibuat maksima 3 kali setiap bulan.
  • Jumlah minimum setiap pengeluaran RM100.
  • Anda boleh menjual balik berulang kali dalam talian pada hari yang sama tetapi tertakluk kepada jumlah had maksimum dan had bilangan urus niaga yang dibenarkan.

Tempoh Transfer Duit ASB Masuk Bank

Sekiranya anda menerima notifikasi transaksi berjaya melalui SMS, permohonan anda telahpun diterima oleh ASNB untuk proses pengkreditan.

Wang hasil jualan balik unit amanah ASNB anda akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.

Namun begitu, jika wang masih belum dikreditkan dalam tempoh yang ditetapkan, ianya mungkin disebabkan oleh perkara berikut:

  1. Maklumat akaun bank tidak sah/ tepat.
  2. Mengunakan akaun yang tidak dibenarkan (contoh: akaun pihak ketiga/ akaun bersama/ akaun e-wallet).
  3. Maklumat peribadi di ASNB berbeza dengan rekod di bank (contoh: nama/ kad pengenalan).
  4. Akaun bank tidak wujud atau tidak aktif.

Sila pastikan maklumat akaun yang diberikan adalah tepat dan memenuhi syarat yang ditetapkan bagi megelakkan sebarang kelewatan penerimaan wang anda.

Sekiranya pengkreditan pembayaran tidak berjaya, unit akan dikembalikan ke dalam akaun tabung unit amanah anda dalam tempoh 10 hari bekerja.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim berkenaan Pengeluaran / Jualan Balik unit myASNB di pautan berikut: https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php

Facebook: Amanah Saham Nasional Berhad
Hotline ASNB: 03-7730 8899

-mhdaily.net

Hukum Memakan Ulat Sagu — Ulat Mulong

 Soalan:         

Assalamualaikum w.b.t. Apakah hukum makan ulat sagu, yang dikenali juga sebagai ulat mulong? Terima Kasih.


Jawapan:

Waalaikumussalam w.b.t.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

قُل لَّا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَن يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَّسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ

Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor — atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain daripada Allah.’[1]

Begitu juga firman Allah SWT:

يَسْأَلُونَكَ مَاذَا أُحِلَّ لَهُمْ ۖ قُلْ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): ‘Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?’ Bagi menjawabnya, katakanlah: ‘Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik.’[2]

Ayat di atas menunjukkan secara umumnya Allah ‘Azza wa Jalla telah menghalalkan buat kita makanan yang baik-baik. Justeru, semua yang baik-baik itu adalah diharuskan untuk memakannya, manakala semua yang buruk dan jijik pula adalah diharamkan daripada memakannya. Penentuan sama ada makanan itu baik atau jijik — jika tiada nas mengenainya — adalah berdasarkan perasaan dan naluri orang Arab kerana al-Quran turun kepada mereka — yakni dalam bahasa mereka.[3]

Definisi ulat sagu

Ulat sagu merupakan larva yang berasal daripada sejenis kumbang yang hidup di dalam batang sagu, pohon rumbia, pokok mulong atau pokok pantu yang reput. Ia biasanya berada dalam batang phon tersebut yang tua atau yang sudah tumbang dan membusuk. Ketika di bahagian dalam pohon yang membusuk, akan ada larva yang berasal daripada telur kumbang itu. Lalu larva itu nantinya akan berubah menjadi anak ulat dan tumbuh menjadi ulat dewasa. Bahagian pohon sagu itu dipenuhi dengan zat tepung yang menjadi makanan ulat sagu. Ulat sagu memiliki ciri tubuh berwarna putih dan kepala berwarna coklat. Tubuh ulat sagu tampak gemuk dan gemuk. Biasanya ukurannya mencapai tiga hingga empat centimeter. Ulat mulong atau sagu ini dikenali dengan pelbagai gelaran mengikut kaum di Sarawak. Kaum Melanau memanggilnya dengan gelaran Si’et, kaum Iban pula memanggilnya dengan nama Tinduh manakala ulat mulong digelar sebagai Sikot dalam kalangan masyarakat Bidayuh.[4]

Nama saintifik ulat ini ialah Rhynchophorus ferrugineus atau dikenali juga dengan nama red palm weevil.[5] Ia biasanya dimakan mentah setelah dibersihkan atau dimasak mengikut cara setempat. Masyarakat Kadazan Dusun menggoreng ulat ini sehingga garing dan dihidangkan dengan nasi panas mahupun dijadikan makanan cekut dalam upacara keramaian. Manakala Orang-orang Maluku dan Kamoro di Papua pula membakar ulat-ulat ini seperti sate.[6]

Menurut penelitian yang dilakukan oleh Nirmala IR, MSc, dan rakannya, ulat sagu mengandungi protein, karbohidrat, asid lemak omega 3, 6, dan 9, serta asid amino. Meskipun belum ada penelitian yang lebih mendalam mengenai manfaat ulat sagu, namun berdasarkan nutrisinya ada beberapa manfaat yang mungkin boleh didapatkan, antaranya:

  • Membina otot. Hal ini kerana ulat sagu mengandungi protein yang tinggi. Protein adalah komponen penting yang berperanan dalam membina sekaligus memperbaiki sel dan jaringan tubuh, seperti tulang, otot, dan kulit.
  • Mencegah pelbagai penyakit. Ulat sagu mengandungi pelbagai asid lemak baik, seperti asid oleik, omega 3, omega 6, dan omega 9. Kandungan asid lemak dipercayai dapat mengurangkan keradangan dalam badan, seterusnya mengurangkan risiko penyakit Alzheimer, kemurungan, asma, dan reumatik. Asid lemak juga digunakan secara meluas sebagai makanan tambahan untuk mengurangkan tahap trigliserida tinggi yang menyebabkan penyakit jantung.
  • Meningkatkan mood dan prestasi sukan. Ulat sagu mengandungi pelbagai jenis asid amino, seperti isoleucine, leucine, histidine, dan phenylalanine. Asid amino ini membantu menghasilkan serotonin, bahan kimia otak yang boleh meningkatkan mood dan kitaran tidur anda. Selain itu, asid lemak ini juga boleh memulihkan otot yang rosak dengan lebih cepat dan mengurangkan kesakitan otot selepas bersenam.[7]

Hukum makan ulat sagu

Ulat sagu tergolong dalam jenis ulat. Justeru, bagi menjawab persoalan ini, kami datangkan pendapat para ulama berkenaan hukum memakan ulat.

Pada asasnya, dalam mazhab Syafi‘i, hukum memakan ulat adalah diharamkan melainkan ulat yang berada dalam keju, cuka, kacang hijau, buah-buahan dan seumpamanya yang terdiri daripada makanan, yang mana ulat-ulat berkenaan lahir daripada bahan-bahan suci tersebut. Imam al-Nawawi menyebutkan bahawa terdapat tiga pendapat ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i berkenaan kehalalan ulat ini iaitu pendapat pertama, ia adalah halal untuk dimakan. Pendapat kedua pula, ia adalah haram untuk dimakan. Manakala pendapat ketiga, ia halal dimakan bersama makanan yang ia lahir daripadanya, bukan secara terasing kerana haram memakannya secara terasing.[8]

Selain itu, al-Khatib al-Syirbini juga ada menyebutkan bahawa mengikut pendapat yang kuat dalam mazhab Syafi‘i, dihalalkan untuk memakan ulat yang dilahirkan daripada makanan seperti cuka, keju dan buah-buahan, hanya jika ia dimakan secara bersama. Begitu juga hukumnya apabila ia mati — dalam makanan itu — yakni halal untuk dimakan mengikut pendapat yang kuat. Hal ini kerana kesukaran untuk mengasingkannya. Sebahagian ulama terkemudian menyandarkan hukum daging yang berulat dengan hukum buah-buahan — yang mengandungi ulat. Berdasarkan kepada ‘illah ini, maka jika ia mampu atau mudah untuk diasingkan seperti ulat yang berada dalam epal, maka haram untuk memakannya secara bersama. Ibn Syahbah berkata bahawa itulah pendapat yang zahir, yakni apabila tidak kesukaran untuk membezakannya.

Di samping itu, terkeluar daripada lafaz “مَعَهُ” (yakni memakan ulat secara bersama dengan makanan itu), bagi kes memakan ulat secara berasingan. Hal ini kerana hukumnya adalah haram disebabkan oleh kenajisan bangkainya dan juga kejijikannya. Begitulah juga — yakni haram hukumnya — jika ulat itu diangkat ke tempat yang lain sebagaimana disebutkan oleh al-Bulqini, atau ulat itu pergi dengan sendiri ke tempat lain, kemudian ia kembali semula ke sarangnya (dalam buah itu) selepas ia dapat dipelihara daripadanya seperti mana yang dibahaskan oleh sebahagian ulama terkemudian. Pendapat kedua pula mengatakan halal secara mutlak, kerana ulat itu dianggap sebahagian daripada buah. Manakala pendapat ketiga mengatakan haram secara mutlak kerana ulat itu dikira sebagai bangkai.[9]

Di sampin itu, Jabatan Mufti Negeri Sarawak (JMNS) juga ada menyatakan bahawa memakan ulat sagu (mulong) adalah haram dan dilarang dalam Islam kerana ia dianggap jijik. Dalam mengkategorikan sesuatu itu jijik fuqaha menentukannya berdasarkan uruf masyarakat setempat. Oleh kerana masyarakat Islam Malaysia mengkategorikan bahawa ulat adalah daripada haiwan yang menjijikkan (khabis) dan kotor termasuklah juga Ulat Mulong.[10]

Kesimpulannya

Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa ulat sagu (mulong) haram dimakan kerana ia dianggap jijik sebagaimana pendapat ulama dalam kalangan mazhab Syafi‘i. Pendapat ini juga adalah selari dengan keputusan fatwa yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sarawak, bertarikh: 20 November 2014.

Islam menganjurkan umatnya untuk memakan makanan yang halal lagi baik berdasarkan firman Allah SWT:

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: “Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.[11]

Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Wallahua‘lam.

Bertarikh: 13 Februari 2022 bersamaan11 Rejab 1443H

[1] Surah al-An‘am: 145

[2] Surah Ma’idah: 4

[3] Lihat https://aliftaa.jo/Research.aspx?ResearchId=16#_edn18.

[4] Lihat https://food.detik.com/info-kuliner/d-5230291/5-fakta-ulat-sagu-kuliner-ekstrem-yang-kaya-nutrisi. Lihat juga https://www.iloveborneo.my/cerita-menarik-dari-borneo/benarkah-makanan-eksotik-borneo-ulat-mulong-haram-dimakan/. Diakses pada 10 Februari 2022.

[5] Lihat https://hellosehat.com/sehat/informasi-kesehatan/manfaat-makan-ulat-sagu/. Diakses pada 10 Februari 2022.

[6] Lihat https://ms.wikipedia.org/wiki/Ulat_rumbia. Diakses pada 10 Februari 2022.

[7] Lihat artikel yang ditulis oleh Aprinda Puji dan disemak oleh Dr. Yusra Firdaus. https://hellosehat.com/sehat/informasi-kesehatan/manfaat-makan-ulat-sagu/. Diakses pada 10 Februari 2022.

[8] Lihat Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 9/15.

[9] Lihat Mughni al-Muhtaj, 6/99.

[10] Lihat https://muftinegeri.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?mod=news&sub=news_view&nid=156. Diakses pada 10 Februari 2022.

[11] Surah al-A‘raf: 157

-maktabahalbakri.com

'Perangai BN, makan semeja satu lauk tapi tikam belakang'

 


PRN JOHOR | Kestabilan politik hanya boleh dicapai jika Umno dan BN disekat kemaraannya untuk kembali memerintah, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Muhammad Sanusi Md Nor.

Ini kerana Umno-BN selepas mendapat kuasa mempunyai kecenderungan untuk mencetuskan pilihan raya negeri, katanya.

“Formulanya Umno tiada, kita boleh ada kestabilan. Mana-mana negeri yang Umno mempunyai kerusi lebih sikit mesti PRN. Macam di Melaka, orang dia sendiri jatuhkan Ketua Mnteri. Johor pun begitu kerana kerusi mereka lebih.

“Kita tengok negeri lain bila mereka (Umno) kerusi sikit, sikapnya lain. Seperti di Kedah kita tidak mengalami masalah, jadi syarat dia senang, kerusi dia (BN) sikit, jadi penting kita tentukan BN jangan menang banyak,” katanya, petik Sinar Harian.

Menteri besar Kedah itu dilaporkan merasmikan Majlis Himpunan Petugas Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Kawasan Pulai di Johor, semalam.

‘Zahid ikut formula Anwar’

Menurut Sanusi, BN khususnya Umno dilihat terus menjadi pihak yang mencetuskan perbalahan sehingga sukar mencapai kesepakatan dengan PAS.

“Dia macam kita duduk satu rumah, makan satu meja masak satu lauk, tetapi dia tikam belakang kita, inilah lah perangai BN. Kita kalau nak hidup aman, lidah dengan hati mesti sama.

“Mereka (Umno) sudah menerima macam-macam tetapi tetap tamak kerana mereka kalau boleh mahu semua.

"Tengok apa yang mereka tidak dapat, jika bukan jawatan menteri mesti pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” dakwa Sanusi.

Sementara itu, Sanusi juga mendakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggunakan formula Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang mahu menunjukkan parti mereka sudah kembali diterima rakyat dengan menuntut mengadakan beberapa PRN.

“Ini strategi digunakan Anwar dan diikut pula oleh Zahid yang juga anak muridnya. Mereka (Umno) mahu tunjuk yang konon mereka sudah mendapat keyakinan kembali, itu sebab mereka buat PRN demi PRN.

“Beza sikit daripada Anwar, kalau boleh lihat berapa beliau (Anwar) berjaya buat Pilihan Raya Kecil (PRK) pada tahun 2008 hingga 2013 tetapi tidak boleh buat PRN kerana ketika itu tiada negeri yang goyah, Zahid berjaya lakukan,” katanya lagi.

Di Melaka, wakil rakyat Umno yang berpaling tadah membawa kepada pilihan raya mengejut, manakala di Johor, Umno mewajarkan perlunya pilihan raya negeri baru kerana pemerintahan dengan majoriti tipis satu kerusi.

Mengulas kenyataan Sanusi, Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan berkata parti lain yang menyebabkan ketidakstabilan.

Tanpa menyebut nama, dia memetik insiden sebuah parti menjatuhkan kerajaannya sendiri selepas 22 bulan, menukar menteri besar kurang setahun selepas dia memegang jawatan, menukar ketua parti negeri, dan mengancam pilihan raya mengejut yang memaksa PRN Johor.

Ini rujukan jelas kepada Bersatu, yang merupakan rakan pilihan PAS selepas sebahagian besarnya meninggalkan Umno.

"Kestabilan politik adalah sinonim dengan Umno," kata Shahril.

-malaysiakini

Sabtu, 12 Februari 2022

Bila Tukar Tayar, Selalu Ditanya “Nak Tukar Nut Camber Tak”, Persoalannya Kena Tukar Ke? Ini Jawapan Mekanik


“Camber depan you sudah lari, kena tukar bolt…”

Pernah tak korang terima soalan begini setiap kali membuat penjajaran roda (wheel alignment). Sekali tukar bukan harga murah, boleh dikatakan lebih RM50 sebelah tayar sahaja.

Dari situ timbullah persoalan di mana ianya perlu atau tidak tukar skru camber. Jadi, jom kita sama-sama baca penjelasan daripada pakar tentang hal ini supaya kita semua lebih arif tentang tukar ganti barang kereta.

Persoalannya, perlu tukar atau tidak?

Camber nut atau camber bolt ni fungsi utamanya adalah untuk melaraskan sudut tayar. Apabila ia tidak dilaraskan dengan betul, ia boleh mengakibatkan tayar makan luar/dalam.

Kebiasaannya, camber nut ini akan diganti bila kita modify kereta. Nak kangkang kan tayar, chamber kena ganti dengan jenis ‘adjustable’. Kalau yang original, chamber nut tak boleh adjust

Atau kemungkinan lain juga, bila kereta langgar lubang/lopak yang besar. Ia boleh menyebabkan kerosakan pada camber nut.

“Jadi, kalau pomen suggest tukar nak tukar tak?”

Sebaiknya, tak perlu tukar dulu. Buat sahaja allingment seperti biasa. Bila dah tukar tayar, dah buat allignment ada masalah, baru bawa ke bengkel untuk checking lagi.

Kenapa kami tak suggest untuk tukar terus?

1. Sebab camber nut ini jarang rosak
2. Elakkan membeli harga premium

Sesetengah bengkel, cas sehingga RM50-60 sebiji chamber sedangkan kos camber ini tak sampai RM10. Ada juga kes di mana ada sesetengah kedai yang ambil kesempatan sampai RM120 untuk satu camber.

So next time tukar tayar kereta, ingat bebenang ni untuk elakkan daripada kita tukar barang yang masih elok digunakan.

Sumber: Carput

Kredit: Siakap Keli

Tular rakaman suara, video kehadiran harimau di Kedah

Rakaman video tular memaparkan seekor harimau berkeliaran yang tersebar di media sosial pada Sabtu.

ALOR SETAR - Tular rakaman video dan klip audio kehadiran harimau belang yang dikatakan berlaku di Bukit Wang, Kubang Pasu, di sini, dalam media sosial pada Sabtu.

Rakaman berdurasi 30 saat itu memperlihatkan 'pak belang' itu berkeliaran dalam kawasan dipenuhi pokok sambil haiwan tersebut mengaum kuat berulang kali.

Rakaman haiwan pemangsa itu tersebar bersama satu klip audio seorang lelaki dengan loghat tempatan.

Dalami klip audio tersebut, lelaki itu menyebut 'Ha tu pak belang tu, Jalan Bukit Wang nak pi Changlun dalam kebun jati'.

Bagaimanapun, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah ketika dihubungi Sinar Harian menafikan video tular penemuan seekor harimau berkeliaran di kawasan Bukit Wang, di sini.

Pengarah Perhilitan Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim memberitahu, kejadian berkenaan tidak berlaku di negeri ini, sebaliknya berlaku di luar negara.

-SH Online